konsep kajian tindakan

Upload: siti-nurbaiti-hamzah

Post on 10-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

KONSEP KAJIAN TINDAKANKajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.

Carl & Kemmis (1986) berpendapat:Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.

Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:

a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve themKajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:i. kajian tindakan amalan (practical action research)ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh modelLewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Model Kemmis dan McTaggart (1988)iaitu action research cycle merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu:1. Mereflek (reflect)2. Merancang (plan)3. Bertindak (action)4. Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

KELEBIHANKELEMAHAN

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran guru terhadap amalan dan tindakan guru.Mengambil masa yang agak panjang kerana percubaan demi percubaan perlu dilakukan.

Memperbaiki amalam guru untuk mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.Guru terpaksa memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan.

Model ini bersifat sistematik dimana langkah-langkah atau peringkat-peringkat dijalankan secara teratur.

Memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada model Kemmis & McTaggart (1998)