kajian tindakan - konsep

30
Objektif Memahami konsep asas Kajian Tindakan Mengetahui ciri-ciri utama Kajian Tindakan Mengetahui kepentingan Kajian Tindakan Membezakan Kajian Tindakan dengan kajian konvensional Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah. (Elliot & Adelman: 1976) Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru- guru lain secara kolaboratif (McNiff :1988) Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan. (Hanipah Hussin : 2001) 2 Prinsip Utama Kajian Tindakan Prinsip 1 Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps) Prinsip 2 Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka. Kepentingan Kajian Tindakan 1 Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya; 2 Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan; 3 Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri; 4 Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif; 5 Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum; 6 Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan; dan

Upload: monasrim

Post on 12-Jun-2015

6.197 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan - konsep

Objektif

Memahami konsep asas Kajian Tindakan

Mengetahui ciri-ciri utama Kajian Tindakan

Mengetahui kepentingan Kajian Tindakan

Membezakan Kajian Tindakan dengan kajian konvensional

Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.                                                                                           (Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif                                                                                                           (McNiff :1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.                                                                                                   (Hanipah Hussin : 2001)

2 Prinsip Utama Kajian Tindakan

Prinsip 1

Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)

Prinsip 2Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaiki amalan kerja mereka.

Kepentingan Kajian Tindakan1  Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

2  Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

3  Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

4  Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif; 5  Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang  kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;

6  Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan; dan

7  Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.

Page 2: Kajian Tindakan - konsep

Berikut adalah soalan perbandingan antara Kajian Tindakan dengan kajian konvensional. Fikirkan kemungkinan jawapan kepada soalan-soalan sebelum anda menyemak jawapannya.

Soalan 1.   Apakah tujuan menjalankan Kajian Tindakan?  Untuk para pendidik memperbaiki amalan mereka sendiri manakala kajian konvensional untuk membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip.         Soalan 2Bagaimanakah rekabentuk Kajian Tindakan?   Berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah dan rekabentuknya boleh diubahsuai. Manakala rekabentuk kajian konvensional ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan.    Soalan 3Siapakah subjek Kajian Tindakan?Penyelidik Kajian Tindakan adalah sebahagian daripada subjek kajian dan maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian. Manakala penyelidik kajian konvensional merupakan pengkaji dari luar dan subjek kajian merupakan sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. Soalan 4Bagaimanakah metodologi Kajian Tindakan?        Kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar secara gelungan/kitaran dengan beberapa langkah (merancang, bertindak, menilai dan mereflek) dan memadai analisis bersifat kualitatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan naratif. Manakala dalam kajian konvensional pula nilai penyelidikan bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan data yang dikutip. Soalan 5Bagaimanakah bentuk hasil laporan Kajian Tindakan? Laporan hasil Kajian Tindakan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru. Manakala laporan kajian konvensional bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya (analisis bagi statistik inferential seperti Ujian t, Anova dan sebagainya).

Latar Belakang Kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang pentingiaitu:

· Keputusan kumpulan · Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yangmenegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

 

Page 3: Kajian Tindakan - konsep

Senario Kajian Tindakan di Malaysia

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding Seminar, BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999)

Apakah kaitan antara perkataan di bawah dengan Kajian Tindakan?

Situasi Sosial

Hubungan antara perkataan situasi sosial dengan kajian tindakan dapat dilihat dengan jelas apabila guru melihat dan meneroka perkara-perkara yang berlaku di sekitar bilik darjah, sekolah, masyarakat, daerah dan hingga ke peringkat negara. Situasi sosial juga dilihat dari aspek aliran pemikiran yang berkembang dalam masyarakat yang membawa kesan kepada tingkah laku pelajar, guru, pentadbir dan masyarakat Situasi sosial yang kritikal biasanya mendapat perhatian guru. Kritikal di sini bermaksud masalah utama yang harus diselesaikan segera . Guru perlu bertindak untuk memperbaiki situasi sosial di tempat kerja mereka mengikut bidang tugas guru dan kemampuan guru. Cara paling berkesan ialah dengan merancang tindakan, melaksanankan rancangan, menilai tindakan dan kesan tindakan dan membuat renungan ke atas proses pendidikan yang telah berlaku. Jika guru berbuat demikian, maka guru telah berada dalam gelungan kajian tindakan.

Kolaboratif

Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep pengongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan.

Inkuiri

Inkuiri dalam konteks kajian tindakan merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan menyoal, merenung dan menaakul masalah, memerhati, menyelidik, meneroka alternatif mencari jawapan dan menyoal jawapan semula dalam usaha mencari satu keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah. Inkuiri dalam

Page 4: Kajian Tindakan - konsep

kajian tindakan merupakan proses penerokaan yang memberi peluang kepada pelajar dan pengkaji menjalankan teknik cuba jaya, ansur maju dalam menjalankan apa sahaja cadangan untuk memperbaiki masalah yang sedia ada.

Konvensional

Konvensional membawa gambaran amalan yang sedia ada, amalan yang telah biasa dilaksanakan. Membawa erti biasa dan sudah lama diamalkan.

Kefahaman anda terhadap definisi dan konsep Kajian Tindakan dapat dibuktikan dengan penulisan refleksi di bawah

1    Tulis satu perkara yang hendak diperbaiki dalam proses P&P       di bilik darjah anda .

2.   Mengapakah anda berpendapat perkara tersebut perlu       diperbaiki ? Tuliskan rasional anda.

3.   Tuliskan cadangan yang mungkin boleh diambil untuk        menyelesaikan masalah di atas

4.   Tuliskan tindakan awal yang anda akan ambil untuk       mengatasi masalah tersebut.

(Bincangkan dengan rakan sejawat anda)

FAQSoalan 1:

Kenapa guru perlu membuat penyelidikan/Kajian Tindakan sedangkan pada pandangan guru tugas tersebut adalah tugas Kementerian Pendidikan Malaysia?  

Jawapan 1:

Secara amnya penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro dan mikro. Di peringkat makro, penyelidikan dijalankan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan dan universiti tempatan. Di peringkat mikro pula, penyelidikan dijalankan secara kecil-kecilan oleh institusi pendidikan seperti sekolah, maktab perguruan atau universiti. Tujuan dan fokus penyelidikan yang dijalankan adalah pelbagai. Di peringkat makro, penyelidikan kebanyakannya tertumpu kepada penilaian dasar dan penilaian program-program pendidikan. Manakala di peringkat mikro, penyelidikan yang dijalankan di sekolah, maktab perguruan atau universiti banyak bertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah penyelidikan telah digunakan sama ada penyelidikan gunaan atau Kajian Tindakan. Penyelidikan ini dijalankan secara kolaboratif atau sebagai latihan ilmiah untuk program pasca siswazah di universiti dan juga sebagai sebahagian daripada keperluan program latihan dalam perkhidmatan di maktab-maktab perguruan. Menurut Bennett (1993) guru menganggap penyelidikan sebagai satu kegiatan tambahan atau sampingan yang lebih membebankan. Ini kerana guru tidak melihat perkaitan yang rapat di antara pengajaran dan penyelidikan. Penyelidikan atau Kajian Tindakan perlu dilakukan untuk melihat kesediaan guru dan pihak pentadbir melakukan perubahan berdasarkan penyelidikan yang relevan dengan konteks dan pengalaman sendiri.                             

Soalan 2:

Bagaimana guru yang tidak begitu mahir dengan statistik hendak menjalankan penyelidikan/Kajian Tindakan?

Jawapan 2:

Page 5: Kajian Tindakan - konsep

Ramai di kalangan guru memikirkan bahawa penyelidikan/Kajian Tindakan yang dibuat tentang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sekolah perlu menggunakan soal selidik dan datanya diproses menggunakan pakej pemprosesan data yang tertentu seperti "Statistical Package for Social Sciences"(SPSS) atau SAS. Sebenarnya guru yang hendak menjalankan Kajian Tindakan di kelas atau sekolah masing-masing tidak perlu mahir dengan statistik yang canggih terutama statistik inferential (seperti Ujian t atau Anova), cukup dengan statistik yang mudah seperti peratusan, kekerapan atau min. Untuk menjalankan Kajian Tindakan memadai dengan analisis bersifat kualitatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan naratif yangmana kaedah pengutipan data secara temubual ataupun pemerhatian. Perlu diingat tujuan guru menjalankan Kajian Tindakan bukannya untuk membuat generalisasi daripada dapatan kajian tetapi melalui Kajian Tindakan guru mendapat sumber maklumat untuk memahami amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid supaya guru dapat memperbaiki amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seven Stages in my First Action Research Project

by Michael Prendergast

Preface

The following is a collection of anecdotal comments taken from my writing folder as an M.Ed. student engaged in Action Research (AR) for the first time. The purpose of the writing folder was to reflect upon my experiences with Action Research as I struggled to work through a research project. These excerpts focus on the process of the research and how it influenced and changed my practices as a grade 2 classroom teacher. The project focused on strategies to improve the self-confidence of children in read ing and writing at the beginning developmental stages. It involved two other classroom teachers working at the grade 1 level, and a recent graduate of teachers college who has been volunteering in my classroom. The entries are in chronological order to reflect my experience, which began in September and culminated in mid-November. The comments in brackets were added as afterthoughts as I compiled these entries for this book.

In the Fog--Stage OneThis leads me to my action research proposal dilemma. Initially, I wanted to involve parents in some type of action research in the classroom. I wanted to see more parental involvement in the classroom and in the home to improve the understanding of the learning of the child and increase the awareness of the parents as to what is happening in our classroom. I thought by offering an "open door" concept to the parents I would receive some support for this idea; however, this was not the case at all.

One of my main concerns with AR is identifying a theme. This has proven to be a very difficult task for me as I have been considering several issues over the past two weeks. During discussions on AR with fellow M.Ed. students I have been cautioned against a thematic concern that is too broad and would require research into many areas of the classroom. "Start small and save it for your thesis," was their advice. I had also been advised by a fellow teacher who has already undertaken an AR-type research pr oject in her classroom to look for a small issue that is manageable and could be done with one other teacher.

She advised me to look for a curriculum issue and suggested I pose a question like "Which spelling program works best, A or B?" This, she suggested, would be something that could be done on an individual basis and then the results easily compared later. She warned me about the problems of time management while doing AR and trying to teach all day. She also complained that her professor wanted their research to publish and she felt as if she was being used for his own research purposes. I consider her t o be an expert teacher in her field and it is unfortunate that she has not, since that first experience, undertaken another AR-type project.

Another concern around identifying a theme is asking other teachers to become involved when many already struggle with their workload. One of the M.Ed. students in our class who is in an administrative role commented that he would not involve staff in his project for that exact reason. I also have concerns about asking teachers to take time out of their day to do that extra work which an AR project requires. The

Page 6: Kajian Tindakan - konsep

benefit of doing a reflective journal and being involved in group discussions around a commo n theme is not something all teachers have experienced, and may be viewed as an extra burden in an already hectic life in the classroom.

[I tried several other thematic concerns before I arrived at my project. It was a frustrating and difficult task to identify one issue that was relevant and manageable. Many of my fellow M.Ed. students doing Action Research for the first time also had difficulty identifying a thematic concern. My advice would be to start small and focus on something you can complete in a few months.]

It Begins to Clear--Stage TwoMy main concern with my practice is "How can I improve my teaching in the area of language arts so that children learn to be confident readers and writers of language?" I feel that there is a negative influence at work when children at the grade 2 level come to the classroom with an "I can't ..." attitude towards reading and writing that needs to be changed. I want to examine the causes of this attitude and change it along the way toward children becoming comfortable using language in the reading and wri ting activities of the classroom.

The best approach to achieving this objective is to continue the reflective practices mentioned earlier that Iím presently using. I want to work with other teachers to discover the most effective methods to teach language arts. This goal will require seeking out and discovering others who share my concern and who are also reflective practitioners. We need to examine the use of whole language, basal readers, phonics and other current teaching methods. [This is what I did!]

The Project Begins--Stage ThreeThis brings me to Chapter V of the NSSE Yearbook, the chapter by Connelly and Clandinin, and to the importance of collaboration in the process of doing research that allows "the potential to alter the participants" understanding of each other as well as embedding the separate understandings of each in the ethnography. Two people working together "change each other through the process." (p.88) This can be true not only in a relationship between teacher and university researcher in creating change in the k nowledge of one another, but also with teachers working in the same setting on an action research project. The sharing of professional knowledge that has occurred amongst the participants of our research group is limited because we are in the initial stages of the research; even so, I already feel we have made progress in our personal and professional relationships because of the action research process.

Being relatively new to teaching (five years of experience) causes me to question my knowledge in relation to colleagues I am currently working with, teachers who have more experience and different theories and practices in use in their classroom. Because my teacher training and methods are whole-language-based and my colleagues experience also includes what I call "more traditional" types of teaching practices, we can learn from each other. The ideas we discuss, and our common experience of being in prim ary classrooms, lead to our better understanding each other as individuals. This has enhanced my workplace because I am with a new staff this year and the shared inquiry has allowed us to feel more comfortable with each other.

The Group--Stage FourOne of the positive aspects of doing Action Research has been the change in the relationship between the colleagues with whom I have been collaborating on my project. This type of sharing between interested professionals around a common theme seems not only to be benefiting the program and methods in our classroom, but also to be helping us to develop our personal relationships with each other.

Teachers are among the most creative and dynamic individuals in regards to their practice, yet often they close their doors to their peers. I have found in the past a noticeable reluctance on the part of many "expert" teachers to become involved in group development activities. Many factors may cause this reaction to the sharing of theories or practice amongst teachers. Time is probably the single most negative influence, for there is simply not enough of it to go around. Administrators have not given t eacher research consideration when scheduling planning time, nor have they allotted the extra preparation time for staff to collaborate.

"Team teaching" is one of the "buzzwords" created by the theory-practice developers that has no practical application in the system. The structure of the schools works against those who wish to collaborate.

Page 7: Kajian Tindakan - konsep

Timetables, rotary systems, regimented curriculum, and even the latest Common Curriculum document work against those who wish to experiment together to improve teaching methods when provincial standards are being emphasized.

After considering all this I realize how great our Action Research group has been at my school. It requires dedicated individuals to try to improve themselves, through the process of Action Research. What began as a group of four who literally had just met in September is now a close-knit bunch who share much more than ideas around our research. Although we contributed in different ways and to varying degrees to the project, we have all found greater personal understanding and respect for each other. Fo r me this could be more important than the result of my completed project.

What am I doing anyway?--Stage FiveDuring our last class, the issue of the validity of Action Research was raised. In her writings, Virginia Richardson differentiates between Action Research and other forms of teacher research and "formal research." She makes the distinction that practical inquiry is limited in its influence to the individuals who are undertaking the research, while formal research has a greater impact on the larger communityís knowledge base. (Richardson, "Conducting Research on Practice," 1994). During our class discus sion and on the commute home, the question of validity in our own personal Action Research projects was raised. Richardson seemed to imply that Action Research was on a lesser plane than formal research because of the lack of a scientific method. She states, "The individual or group of practitioners involved in practical inquiry need only respond to a personal sense of validity and further questioning." (p.7) I believe she draws much of her argument from this statement that, because Action Research is not examined or evaluated by outside researchers, it hasn't yet reached the level of "formal research" and cannot enhance the knowledge base of the larger educational community to influence political or social change. She views practical inquiry, then, as a stepping-stone that may lead to formal research and its structured methodology.

This prompted me to examine what I was doing in my classroom:

How was I measuring whether my methods were actually improving my practice in regards to the thematic concern?

Was I following the Action Research spiral? Is Action Research really a valid way of doing research? What data was I collecting? Have I been doing any type of formative, diagnostic, or summative evaluation on my research?

It was time to look at Action Research critically. I have kept anecdotal records in a reflective journal. It is full of field notes (observations) on the subjective impressions and interpretations of what I am doing to improve the confidence level of children who struggle with reading and writing. It describes the response of particular students to lesson ideas, as well as strategies I have been experimenting with. I have tracked progress in reading and writing through various forms of assessment requir ed for school evaluation policies. I have started to do interviews with students to collect information on their assessment of me as a teacher and my methods. This has proven to be difficult because of the grade level (2) of my students and the newness of such an activity to them. They are not taught to be critical of their learning, nor are they comfortable at this age with being critical of their teacher (at least not face-to-face). I also struggle with my questions and techniques in eliciting a respo nse from them on a particular lesson or strategy. I have kept records of conversations with my peers in the Action Research group with regard to our project, and my reflections following these discussions.

Does all this make my Action Research valid? I would argue that it does in relation to the definition given by Colin Henry and Stephen Kemmis in their article, "A Point-by-Point Guide to Action Research for Teachers." It is self-reflective research that is being done in a social situation as a collaborative inquiry to improve our practice. To better understand the children with initial low self-confidence in reading and writing, our methods have been changing. This meets the criteria of Henry and Kemmi s. I have covered most of Appendix B in The Action Research Planner. The Action Research spiral is being used. So technically, I am doing Action Research in my classroom and with others. Is it a valid form of research in the eyes of Virginia Richardson? Who cares! To me it has more than proven itself in its validity because my teaching has improved. My collaborators and I benefit from our discussions and sharing of ideas. Our students are exposed to new and varied practices in an attempt to help the m grow as individuals.

Page 8: Kajian Tindakan - konsep

The End is Near--Stage SixEarlier journal entries have already touched on the benefits of Action Research when done in collaborative groups. I had spoken of the positive influences our research has had on the professional and personal relationships (Oct. 18th folder) of my group of researchers. But what about the journal I write in to reflect on my research? It is very much personal and will provide a large part of my final analysis and reflection on our research. Is this in keeping with the collaborative nature of Action Resea rch? Lately, I feel that the issue of isolation in Action Research has become very relevant to me. As we near the end of our research project, we communicate less and the responsibility seems to fall heavily on me to bring this to closure. Itís my sense that because I am the M.Ed. student, and the others feel I was the driving force behind our work--after all, I was the one who approached them--I should be the one to finish it. I find this disappointing because the group has adopted the view of the theo ry-practice relationship in our project. I feel now that I am the researcher from the Ivory Tower and, although they all agree they have benefited from our working together, the interest in further dialogue is declining rapidly.

Perhaps my expectations were too great in believing that my fellow researchers would see this through to the end. I now have to collect data, take observations from the group, assess what we have done and prepare a final report on our research. The others are not taking EDUC 801: should I then expect them to participate in all of this? Professionally, Iím not comfortable in asking them to do so because they have already contributed so much of their time and energy to the project. However, I feel they wou ld benefit from preparing some type of final summative exercise to establish the validity of our research and see how it has improved our teaching. Regardless of what happens, I will share my findings and observations on the project with them.

I've Actually Done Something -- Stage SevenIn Colin's recent e-mail to Tom (Oct. 25), the criteria for evaluating AR projects helped to reaffirm my own involvement in one. Colin stated that AR produces educational practices that are less irrational and less unjust. Our project focused on how to improve the self-confidence of children who are in the beginning developmental stages of reading and writing. As we tried various strategies, we were forced to examine current practices, reexamine older practices, and experiment with new methods to help our students grow. The process of AR causes you to ask yourself why you teach as you do and why method A works better than B or C. This type of questioning does indeed help to rationalize our practice in the classroom so that we can articulate what we are doing and justify our methods. Being able to tell a parent, an administrator, fellow teachers and most importantly ourselves why we do things in our classroom in particular ways (and not in others) is critical. If we do not know where our practice has come from as we try to change, the improvement that may occur by doing Action Research cannot be recognized.

By attempting to make our practice more just, Action Research tries to identify an area of concern and create a change in our teaching to address the issue. The children whom we focused on in our project tended to come from backgrounds where reading and writing was not emphasized or valued at home. Their past experience with schooling had also led to low self-confidence in their abilities. It was our job to change this and, by working with the children at school and the parents at home, we tried differe nt strategies to accomplish this end. We experienced some success, not only with the children we were focusing on, but also with many others in the classroom who were further motivated by the methods we used. Our project has produced new practices that meet the needs of many.

[Note: Much of the time I was doing my Action Research project I felt confused and unsure about the process of doing this type of research. In the end I now realize that my research is valid and that my practice has improved. However, and more importantly, the attitudes of my students towards reading and writing and their levels of confidence in their abilities are changing. Like any new concept or theory, Action Research can be difficult to grasp initially. The end result for me has proven to be worthwhile, from wading through the fog in the beginning, reflecting along the way, constantly questioning our methods, and spending time and energy in the process.]

Objektif

Mengetahui cara bagi mengenalpasti masalah/isu pada peringkat tinjauan awal Mengetahui instrumen yang digunakan pada peringkat tinjauan awal Mengetahui cara bagi menganalisis data di peringkat tinjauan awal

Page 9: Kajian Tindakan - konsep

Menentukan fokus kajian Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini

Pengenalan Sebelum sesuatu tindakan dapat dirancang atau diambil tindakan, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenalpasti masalah/isu pada peringkat tinjauan awal. Ini bertujuan bagi menentukan fokus kajian. Fokus kajian adalah penting bagi memudahkan pengkaji membuat perancangan tindakan.

Mengenalpasti Masalah/IsuKajian Tindakan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah/isu (keprihatinan). Masalah/isu dalam konteks sekolah boleh timbul dalam mana-mana aspek:

· Pengajaran dan pembelajaran · Panitia mata pelajaran · Pentadbiran · Disiplin · Kokurikulum · Ibu bapa/penjaga

Masalah/isu ini boleh digambarkan melalui beberapa persoalan seperti: ·

· Apakah yang sedang berlaku? · · Bagaimana masalah/isu itu boleh wujud? · Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubah situasi/keadaan berkenaan? · Saya ingin memperbaiki …………………. · Apakah yang merupakan punca masalah/isu? · Saya mempunyai idea baru dan ingin mencubanya.

Apabila anda mulai bertanya persoalan-persoalan ini dan menggambarkan idea tertentu, kegiatan ini merupakan tanda permulaan anda berminat atau berprihatin dan ingin mencari jalan untuk memahami masalah/isu berkenaan serta apa tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah/isu tersebut.

Garis Panduan Mengenalpasti Masalah/Isu:1. Hanya melibatkan persoalan yang boleh diambil tindakan oleh pengkaji seperti sebagai guru mata pelajaran, guru panitia mata pelajaran, guru kelas, Guru Besar, Pengetua, guru disiplin dan sebagainya. Contoh

2. Menghadkan kajian kepada persoalan yang kecil. Ini bermakna bagi sesuatu mata pelajaran, hanya topik tertentu sahaja yang dikaji. Contoh 1: Contoh 2:

3. Pilih persoalan yang penting bagi pelajar dan pengkaji. Biasanya pengkaji mempunyai banyak persoalan yang timbul. Bagi menjalankan Kajian Tindakan pengkaji perlu memilih persoalan yang paling penting atau memberi keutamaan berdasarkan persoalan mana yang perlu didahului. Contoh:

4. Sebaik-baiknya kajian itu boleh atau dapat dilakukan secara kolaboratif iaitu menjalankan kajian secara usahasama, pasukan, mempunyai hubungan dua hala antara pengkaji dengan rakan sekerja yang lain. Contoh:

Instrumen/alat Untuk Mengenalpasti Masalah/Isu

Page 10: Kajian Tindakan - konsep

1. TemubualTemubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam memahami sesuatu situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:

rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama ketua panitia mata pelajaran pelajar/ murid ibu bapa

pentadbir 1.1 Temubual Berstruktur

Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya pengkaji dapat menyoal secara sistematik.Contoh 1Contoh 2

1.2 Temubual Tidak BerstrukturSoaljawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun perbincangan terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Contoh

2 Ujian Kertas Pensil / Bertulis Ujian kertas pensil / bertulis boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai sumber. Contohnya:

ujian bulanan ujian percubaan ujian tahunan

ujian semester 3 Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang dibentuk mesti memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenalpasti. Hasil soal selidik yang memberi fokus kepada item-item dalam sub-topik boleh dijadikan indikator dalam menentukan fokus terhadap masalah/ isu.

Terdapat beberapa jenis soalan dalam soal selidik :1. Dichotomous - bertujuan untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2 pilihan yang diberi.Contoh

2. Likert scale - bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian / persepsi / persetujuan sampel. Skala jawapan: 3-poin/4-poin/5-poin/7-poinContoh 1Contoh 2

3. Rank Order - bertujuan untuk mendapatkan penilaian sample kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunkan beberapa item yang mempunyai ciri-ciri yang sama (mutually exclusive) mengikut keutamaanContoh

4. Soalan Terbuka (Open-Ended) - bertujuan untuk mendapatkan pendapat sample dengan menulis sendiri pendapatnya.Contoh

Page 11: Kajian Tindakan - konsep

5. Inventori KendiriSoalan inventori kendiri boleh dibentuk oleh penyelidik untuk memahami masalah yang wujud dalam bidang tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.Contoh

6. Borang PemerhatianBorang pemerhatian dibentuk bagi meneliti situasi/kejadian serta memikirkannya secara kritikal.Contoh

7. Catatan Harian Rancangan Mengajar Guru

jurnal refleksi guru/ pelajar diari guru/ pelajar

memo arahan kerja

Contoh

Refleksi Pedagogi Dalam Tinjauan Awal (Format yang digunakan ialah Refleksi Grid)

.Refleksi .Cadangan Tindakan

Teknik dapat tarik perhatian pelajar lemah Tajuk-tajuk lain dikaitkan dengan minat pelajar

Pelajar diberi peluang berkomunikasi antara satu sama lain

Mesti peruntukan masa pelajar melahirkan secara lisan apa yang telah diajar.

Tanamkan sikap jangan malu untuk menjawab walaupun mungkin salah

Membuat borang semakan mengenai kekerapan pelajar berani menjawab secara individu

Saya mesti lebih sistematik dalam penerangan konsep digit dan nombor

Guna kapur yang berwarna-warni semasa penerangan

Galakkan 'peer tutoring' di kalangan pelajarWujudkan struktur untuk kerja berpasangan /kumpulan

Contoh-contoh lain harus didedahkan Adakan lembaran kerja berkaitan latihan ini

Syarat-syarat terhadap digit perlu ditekanMembuat analisis soalan SPM 93-97 berkaitan bentuk soalan ini.

Cara Menganalisis Data Data perlu dianalisis selepas dikutip. Ini bertujuan untuk membantu mendalami data secara dekat dan jelas serta untuk melihat perkara-perkara yang dalam jangkaan atau di luar jangkaan, sedar atau tidak sedar berlaku.

Panduan untuk menganalisis data ialah: Baca dan ulang baca, lihat dan ulang lihat sehingga data tersebut difahami

sepenuhnya. Analisis data secara menyeluruh amatlah penting. Ini kerana sesetengah data mempunyai kandungan yang lebih bermakna daripada data lain. Jadi adalah lebih baik untuk mengutip paling kurang dua data yang berlainan jenis seperti data dari temubual dan dari soal selidik atau pemerhatian, tetapi berkaitan di antara satu sama lain dan boleh dibandingkan.

Adalah baik jika proses analisis dan refleksi dari data dilakukan bersama rakan sekerja atau secara kolaboratif. Kemungkinan besar pandangan yang berlainan dapat dikemukakan dari data yang sama.

Matlamat terakhir dari analisis dan refleksi ialah untuk membuahkan kemungkinan

Page 12: Kajian Tindakan - konsep

sebab dan akibat yang boleh dijadikan asas untuk merancang langkah-langkah tindakan.

1. Temu BualContoh 1

Guru : Suka ke tidak tajuk Set?Guru meneroka masalah P&P

Pelajar : Tak

Guru : Apa masalah awak dalam tajuk Set?Masalah pelajar dalam P&P

Pelajar : Susah, memeningkan. Kalau saya cubapun selalu dapat salah, jadi saya malas nak cuba lagi.

Guru :Apa cadangan awak supaya awak boleh jawab soalan Set dengan berjaya?

Cadangan perbaiki masalah Pelajar :

Cikgu cakap slow-slow sikit. Bagi contoh banyak sikit. Buatlah lawak.

Contoh 2

Guru : Mengapa kamu tidak minat untuk belajar tajuk pecahan?

Murid : Buat apa nak belajar tajuk pecahan? Faktor Murid

Kenapa cikgu nak ajar tajuk ni?

Cikgu ajar cepat sangat.

Faktor Guru Cikgu tak pakai banyak gambar macam dia selalu buat.

Lepas tu banyak kerja rumah.

Saya buat sedikit sahaja sebab saya betul-betul tak faham.

Faktor Murid

2. Data Diskriptif dari Penulisan Refleksi (content analysis)Mengikut Strauss, A and Corbin, J (1990). Basic of Qualitative Research. Sage: Newsbury Park, CASila rujuk: http://citeseer.nj.nec.com/context/821466/0

Analisis isi kandungan sesuatu trankrip dari temubual, refleksi, catatan atau transkripsi boleh dibuat dengan menganalisis elemen-elemen di bawah:

morfem frasa ayat ( Contoh )

perenggan

Cara Analitik

keseluruhan artikel Cara Tema/ Holistik

Di bawah ini adalah jadual yang menunjukkan proses bagaimana menganalisis isi kandungan refleksi di atas dengan menggunakan kaedah kualitatif yang dipanggil 'coding and categories in grounded theory ' oleh Strauss & Corbin.

Lihat lajur (column) yang membahagikan ayat kepada peringkat-peringkat tertentu. Ayat dipisahkan untuk menentukan contoh kenyataan, melebel kenyataan dan membentuk beberapa sub-kategori. Dari beberapa sub-kategori yang sama akan membentuk kategori yang lebih umum dan dari beberapa kategori yang umum akan membentuk sebuah konsep terhadap pemikiran. Dengan kaedah 'grounded theory' ini, refleksi penulis boleh dianalisiskan.

Contoh: Analisis yang menggunakan 'grounded theory' Teaching Knowledge by Student Teachers Derived From Weekly Reflective Journal Entries

Page 13: Kajian Tindakan - konsep

Case 1: Journal, Week 8 (4/10/96) Cycle 1 of Practicum 2

'Contoh-contoh dalam jurnal refleksi' References on Teaching Knowledge by Student Teacher in Journal Entries

'Menyata dan melebel kenyataan' Clarifying and Labeling the statement

'Membentuk Sub-kategori' Sub-categories

'Membentuk Kategori' Categories

'Membentuk Konsep' Construct the concept

Now I have been step in the eight week, it almost going to be two month.

is on eight week in school. School Educational context

Found that Case 1 reflect more on knowledge of self as teacher.Found that Case 1-also reflect on educational context

There are a lot of changes in my life, if I compared my first week and the 8th week

A lot of changes in my life Personal Knowledge of self as teacher

In my case, I went through a lot of tasks and obstacles but I manage to overcome all the obstacles.

I managed to overcome the

obstacles in my Seen aspect of self as teacher

Knowledge of self as teacher

The encouragement given bymy family members lectures, my mentor and last my friends.

I have encouragement from the school community

communityEducational context

These two days can say less food and sleep.

Lack of healthperception on self as a person

Educational context

I tried to plan because I need do many things such as teaching aids lesson plan and ect.

Preparation is the main thing in teaching life

seen self as a teacher Knowledge self as a teacher

Sumber: Hanipah Hussin, 1999, Learning to be reflective. Unpublished Thesis PhD. Sydney University.

Peratusan (contoh)

Analisis Ujian Pra dan Pos

Gred Ujian 1 (Orang) Ujian 2 (Orang) Ujian 3 (Orang)

A 0 0 7

B 6 12 10

C 7 14 9

D 16 5 5

E 2 0 0

Peratus 42.0% 84.0% 96.1%

Sumber: Mohammad bin Harun (1999)SK Bukit Tembakau, Melaka

Kekerapan (contoh)

Jadual : Tingkahlaku Pelajar Semasa Intervensi Dilaksanakan

... Aktiviti Tingkahlaku Pelajar Kekerapan

1.Memperkenalkan Set dan konsep rajah Venn sebagai sebuah padang bola

Ketawa ///// /// (8)

2. Analogi U nC, A' dan nTumpukan perhatian.Ternanti-nanti 'surprise' yang bakal diutarakan

///// ///// ///// ///// ///// // (23)

3. Soal jawab lisan Suka menjawab beramai-ramai

///// /// (8)

4.Contoh soalan melibatkan gambarajah Venn

Tekun mendengar /// (3)

Page 14: Kajian Tindakan - konsep

5. Latihan melibatkan gambarajah Venn Suka tanya rakan ///// ///// ///// ///// // (22)

6. Penerangan soalan berbentuk ayat Ramai tidak faham istilah digit dan nombor perdana

///// ///// ///// ///// ////////// ///// ///// /// (43)

7. Latihan melibatkan ayat Selalu bertanya guru maksud soalan

///// ///// ///// ///// // (22)

Sumber: Sharifah bt.Ahmad (1998). SMK Gelang Patah, Johor Bharu, Johor

Menentukan Fokus Kajian

Hasil penganalisaan data sebelum ini membantu pengkaji dalam memberikan gambaran sesuatu situasi dan penyataan masalah yang sebenar. Bermula dari sini satu fokus kajian dapat dikemukakan atau dapat dijadikan titik mula Kajian Tindakan.

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam menentukan fokus kajian: · Masalah/isu itu perlu tindakan segera · Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada pengkaji? · Sejauh manakah mustahaknya masalah/isu itu kepada murid/pelajar? · Siapa yang berminat untuk membantu dalam kajian tersebut? · Penumpuan kepada satu bahagian yang penting. · Peluang untuk mendalami masalah/isu tersebut.

Contoh

Rumusan Analisis Data Kesimpulan yang boleh dibuat daripada analisis itu ialah pencapaian murid dalam menguasai Kemahiran Proses Sains - inferens adalah rendah. Kelemahan itu merangkumi kegagalan murid mengaitkan maksud inferens sebenar mengikut kehendak soalan Berdasarkan pandangan yang diterima daripada murid, didapati amalan pengajaran guru vang kurang mendedahkan mereka dengan kepelbagaian bentuk soalan telah mengekalkan prestasi rendah di kalangan murid.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima tersebut, langkah pengajaran yang seharusnya diutamakan ialah membantu murid menguasai sepenuhnya maksud inferens yang mudah difahami dan penggunaannya mengikut kehendak soalan. Di samping itu pendedahan yang lebih terhadap istilah-istilah Sains perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan murid dengan lebih banyak soalan yang agak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi.

Fokus Kajian Kajian ini difokuskan kepada penguasaan murid terhadap Kemahiran Proses Sains - inferens melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang.

Sumber: SK Felda Jerangau Barat, Ajil, Terengganu.

Kefahaman1. Dalam panitia mata pelajaran, bincangkan semua masalah/isu yang terdapat dalam mata

pelajaran yang diajar. Kemudian daripada semua masalah/isu tersebut, pilih satu masalah/isu yang hendak dikaji berdasarkan keutamaan. Sila nyatakan sebab-sebab pemilihan pada masalah/isu tersebut.

2. Sila buat satu instrument yang mudah untuk meninjau masalah yang telah dikenalpasti untuk dikaji.

Page 15: Kajian Tindakan - konsep

FAQ

Dalam membuat tinjauan awal, bolehkah digunakan data daripada keputusan peperiksaan semester yang telah dianalisis?

Jawapan: Sebenarnya terdapat banyak data di sekolah yang diperolehi melalui ujian bulanan, peperiksaan semester, dari pemerhatian dan temubual secara tidak langsung yang boleh dianalisis serta ditentukan fokus bagi tinjauan awal.

Adakah boleh dengan hanya menggunakan soal selidik untuk mengutip data bagi tinjauan awal?

Jawapan: Pada peringkat tinjauan awal, data boleh dikutip dengan hanya menggunakan soal selidik. Sebaiknya dalam soal selidik gunakan soalan terbuka (open-ended) supaya mendapat pelbagai respons. Ini kerana responden dapat menyuarakan pendapat mereka. Melalui soalan terbuka dalam soal selidik peringkat tinjauan awal dapat membantu menentukan fokus kajian serta merancang tindakan.

MERANCANG

Objektif

Mengetahui bagaimana merancang langkah-langkah tindakan (action plan) dalam Kajian Tindakan.

Boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi ini.

Dalam merancang tindakan, beberapa langkah perlu diambil kira supaya tindakan yang dirancang secara sistematik dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Langkah 1: Refleksi awal sebelum kajian

Selepas menentukan fokus kajian, perancangan tindakan bermula dengan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pelan tindakan (action plan). Ketua kumpulan pengkaji perlu meminta ahli-ahli membuat refleksi awal dengan memberikan beberapa perkara penting yang perlu difikirkan oleh mereka, seperti cabaran atau permasalahan yang dihadapi dalam bilik darjah, punca-punca terjadinya masalah tersebut, perasaan mereka terhadap masalah tersebut, cadangan untuk mengatasinya dan tindakan segera yang patut diambil oleh mereka. Seterusnya ketua kumpulan kajian akan merumuskan hasil perbincangan refleksi dan mencatatkan rumusan perbincangan itu di atas kertas mahjung.

Contoh Refleksi awal 1. Masalah yang dihadapi Cabaran mengajar mata pelajaran matematik bagi tajuk-tajuk mudah yang masih belum dikuasai oleh murid, khasnya tajuk membundarkan nombor bulat kepada ratus, ribu,dan puluh ribu. 2. Punca terjadinya masalah

Puas juga saya mencari kelemahan pengajaran saya, mungkin pengajaran saya tidak berkesan, atau saya tidak berpandukan buku panduan guru untuk mengajar sub-topik tersebut. Mungkin juga ini disebabkan oleh kelemahan murid yang tidak memberikan tumpuan semasa saya mengajar. Walau bagaimanapun saya masih gagal untuk mencapai objektif saya agar semua murid boleh menguasai kemahiran tersebut.

3. Perasaan terhadap masalah

Page 16: Kajian Tindakan - konsep

Apabila saya mendapati objektif pengajaran masih belum tercapai sepenuhnya, saya merasa sungguh bersalah kerana masih ada murid yang belum boleh menguasai kemahiran tersebut. Perkara ini seolah-olah menunjukkan bahawa saya sendiri tidak melaksanakan tanggungjawab saya sepenuhnya semasa berada di bilik darjah.

4. Cadangan untuk mengatasi masalah

Mungkin saya boleh mengaplikasikan kaedah atau teknik yang baru untuk lebih memudahkan pengajaran sub-topik tersebut. Saya juga mungkin boleh mengambilkira teknik pengajaran guru-guru matematik yang lain sekiranya boleh diaplikasikan di bilik darjah secara berkesan.

5. Tindakan segera yang boleh diambil

Saya akan mencuba teknik permainan matematik yang baru ini pada minggu hadapan. Jika teknik ini berkesan, saya akan mencadangkan kepada ketua panitia matematik.

(Sumber: Ronny Yunus, SK Kiawayan, Tambunan, Sabah: Kursus Kajian Tindakan Zon Sabah, Julai, 2001).

Langkah 2: Menyediakan portfolio / fail Kajian Tindakan

Salah satu cara yang berkesan untuk merekodkan data yang dikutip dalam Kajian Tindakan adalah dengan mendokumentasikannya ke dalam portfolio. Portfolio merupakan satu himpunan bukti-bukti atau data hasil daripada proses penyelidikan. Biasanya portfolio Kajian Tindakan disediakan secara individu walaupun penyelidikan dijalankan secara berkumpulan. Perkara yang perlu direkodkan meliputi:

apa yang diperhatikan atau dengar apa yang telah berlaku dan akan berlaku apa yang difikirkan, dijangka, dibimbangkan atau dirumuskan apa yang dirasakan apa yang dirancang dan diharapkan

Susunan portfolio boleh dibahagikan seperti berikut:

Bahagian I (Butiran Peribadi Penyelidik)

Latar belakang/ butir peribadi penyelidik (termasuk CV, pernyataan professional tentang visi, misi dalam penyelidikan).

Bahagian II (Projek Penyelidikan)

Bahan-bahan berkaitan penyelidikan (skedul kerja, cadangan penyelidikan, laporan penyelidikan, kertas kerja, laporan eksekutif, dokumentasi data penyelidikan, dokumentasi persidangan/ perbincangan, surat-surat berkaitan dan sebagainya). Dokumentasi penglibatan dalam penyelidikan (perundingan dengan pakar rujuk, tinjauan literature, artikel-artikel, abstrak dan sebagainya).

Refleksi ( menyeluruh dan peringkat demi peringkat)

Bahagian III (Aktiviti berkaitan penyelidikan)

Dokumentasi penglibatan dalam aktiviti penyelidikan (kursus-kursus/ seminar yang pernah dihadiri, kursus yang pernah diberi, kursus yang pernah dikelolakan, pembentangan kertas kerja di seminar, khidmat pakar rujuk yang diberi dan sebagainya).

Page 17: Kajian Tindakan - konsep

Refleksi (penglibatan secara menyeluruh dan perkembangan diri)

Langkah 3: Menentukan peranan ahli- ahli kumpulan

Kumpulan bertindak dalam Kajian Tindakan adalah kumpulan yang sama-sama bertanggung jawab merancang dan melaksanakan kajian. Pengkaji boleh membuat ilustrasi terhadap spek kerja masing-masing dalam bentuk jadual seperti dalam rajah berikut:

Bil. Nama Jawatan Peranan/Spek kerja

1 Faridah Md.Rah Guru Panitia SainsKetua Kumpulan Penyelidik

2 Anthony Victor Guru Sains Penyelidik

3 M.Salim Masrah Guru Sains Penyelidik

4 Laurah Julius Guru Kelas Penyelidik

5 Elizaberth Abdullah Pegawai JPN Fasilitator

6 Jenifah Abdullah Pengetua Penasihat

Walaupun nama ahli kumpulan penyelidik telah dikenal pasti dalam perancangan, ahli baru boleh dijemput menyertai kumpulan penyelidik bagi memantapkan organisasi kerja.

Langkah 4: Membuat kerangka konsep terhadap projek

Kerangka konsep merupakan salah satu cara untuk melihat hubungan kerja, interaksi antara kumpulan dan maklum balas yang boleh dipersembahkan dalam bentuk:

peta konsep carta aliran carta tulang ikan (fishbone diagram)

terhadap cadangan projek Kajian Tindakan. Sesi sumbang saran perlu dijalankan untuk mendapatkan input daripada ahli-ahli kumpulan penyelidik.

Contoh 1 Carta Tulang Ikan (fishbone diagram)

Page 18: Kajian Tindakan - konsep

Langkah 5: Membuat objektif/ soalan kajian

Dalam projek Kajian Tindakan, biasanya terdapat dua objektif utama iaitu untuk merubah amalan professional dan menambah ilmu pengetahuan baru. Dalam proses menentukan objektif/soalan kajian, ketua kumpulan kajian boleh mengadakan sesi sumbang saran berpandukan kepada soalan berikut:

Apakah persoalan yang hendak didalami ? Apakah yang telah diketahuai tentang topik tersebut? Apakah kesukaran yang dialami oleh murid? Mengapakah masalah ini terjadi? Apakah pengubahsuaian pada pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu?

Contoh Tajuk Kajian: Kajian meningkatkan kemahiran penggunaan alat muzik rekorder di kalangan murid Tahun 4B SK Seri Bayu.

Objektif :Objektif kajian ini untuk :1. menentukan kaedah pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam penggunaan alat muzik rekorder2. meningkatkan penguasaan teknik penjarian dalam penggunaan alat muzik rekorder3. meningkatkan kemahiran membaca skor di kalangan murid dalam penggunaan alat muzik rekorder

Soalan kajian:1. Apakah kaedah pengajaran guru yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid bermain alat muzik rekorder?2. Sejauhmanakah murid dapat meningkatkan penguasaan teknik penjarian dalam penggunaan alat muzik rekorder?3. Sejauhmanakah murid dapat meningkatkan kemahiran membaca skor dalam penggunaan alat muzik rekorder?

Langkah 6: Menyediakan perancangan pelaksanaan intevensi/ tindakan

Intervensi dalam Kajian Tindakan adalah bahagian yang paling penting untuk mendapatkan kesan perubahan ke atas sesuatu amalan dalam pendidikan atau memperolehi pengetahuan baru. Jadual perancangan yang rapi perlu diatur supaya semua ahli kumpulan penyelidik/partisipan mengetahui spek kerja dan tempoh masa yang diperuntukkan.

    Contoh 1 Skedul Kerja dan Intervensi Dalam Projek Kajian Tindakan Bertajuk " Keberkesanan Pendekatan Proses Dalam Kemahiran Menulis Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 

Tarikh Aktiviti/ Intervensi/Spek Kerja Yang dijangka Tindakan

20 - 28/2/01 Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan Pensyarah

19 - 23/3/01 Mengumpul Karangan 1 Guru B.M T2

24 - 30/3/01 Memeriksa Karangan 1 Guru B.M T2

3 - 5/4/01 Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 1:

 Pensyarah dan Guru B.M T2

Page 19: Kajian Tindakan - konsep

Memberi pelbagai format untuk menulis karangan yang pelbagai

Mentadbir format dan penulisan Karangan 2

9 - 20/4/01 Mengumpul Karangan 2 Guru B.M T2

23/4 - 18/5/01 Memeriksa Karangan 2 Guru B.M T2

21/5 - 5/6/01

Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 2:

Memberi pelbagai format untuk menulis karangan yang pelbagai

Mentadbir format dan penulisan Karangan 3

Guru B.M T2

6 -12/6/01 Mengumpul Karangan 3 Guru B.M T2

13 - 20/6/01 Memeriksa Karangan 3 Guru B.M T2

27/6 - 11/7/01

Merancang dan Melaksanakan Strategi

Pelaksanaan Tindakan Langkah 3:

Memberi pelbagai format untuk menulis karangan yang pelbagai

Mentadbir format dan penulisan Karangan 4

Guru B.M T2

16 - 20/7/01 Mengumpul dan Memeriksa Karangan 4 Guru B.M T2

    Contoh 2

Tajuk: Kajian Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Stoikiometri Kimia.

MERANCANG TINDAKAN Bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dalam tinjauan awal, beberapa aktiviti telah dirancang untuk dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Segala aktiviti ini adalah bertujuan memberikan pendedahan dan latih-tubi bagi memantapkan kemahiran pelajar dalam aspek-aspek kecil. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah:

Menguasai formula dan persamaan · Meninjau keseluruhan sukatan Kimia Tingkatan 4 dan 5 dan menyenarai semua bahan kimia yang disebut dalam sukatan pelajaran. (kerja berkumpulan) · Memilih bahan-bahan yang formula-formula belum dikuasai oleh kumpulan. · Menyediakan formula-formula bahan dalam kertas lukisan secara menarik. · Memaparkan formula dalam makmal-makmal dan koridor untuk ditatap setiap hari. · Mengulangkan semua aktiviti di atas bagi persamaan kimia.

Menguasai nisbah mol· Pelajar diminta menyalin persamaan kimia yang telah dijumpai dalam buku teks lalu merumus dan menuliskan nisbah mol bagi setiap persamaan. · Membandingkan keputusan yang diperolehi dengan rakan dalam kumpulan. · Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan sekurang-kurangnya 50 persamaan yang dirumus nisbah molnya

Menguasai pengiraan mol bahan tindak balas dan hasil tindak balas. · Mengkaji contoh-contoh yang dibekalkan oleh guru. - Membincang dalam kumpulan. - Membina soalan sendiri dengan menggunakan angka berlainan daripada contoh guru bagi setiap soalan yang diberi.

Page 20: Kajian Tindakan - konsep

Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti · Keberkesanan aktiviti penguasaan dan latih tubi ditinjau melalui aktiviti-aktiviti berikut: · Mengadakan kuiz formula dan persamaan secara individu melalui Persatuan Sains dan Matematik. Soalan yang dikemukakan adalah seperti dalam tinjauan awal. Bilangan penyertaan pelajar bagi sesi kuiz individu dicatat. Ini memberi petunjuk kepada keyakinan pelajar serta kemahuan pelajar menguji diri sendiri. · Mengadakan ujian pengiraan bertulis berdasarkan persamaan.

(Sumber: Teng Chuan Wan:Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Stoikiometri Kimia. SMK Tun Ismail, Parit Raja, Johor. 27 November 1999).

    Contoh 3

PENGGUNAAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

SUBJEK : GeografiTINGKATAN : 1MASA : 3 jamTAJUK : Malaysia : Bentuk Muka BumiOBJEKTIF : Diakhir pelajaran pelajar akan dapat:i. Mengelaskan keadaan bentuk muka bumi di Malaysiaii. Menyenaraikan nama dan kedudukan banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan pinggir lautiii. Membezakan antara kawasan tanah tinggi, kawasan tanah pamah dan pinggir laut.iv. Membuat keputusan tentang kepentingan kawasan pergunungan, tanah pamah dan pinggir laut.

AKTIVITI : i. Pelajar dikehendaki menghuraikan pengetahuan sedia ada tentang keadaan bentuk muka bumi di Malaysia.ii. Pelajar mengelaskan keadaan bentuk muka bumi Malaysiaiii. Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan menanda nama dan kedudukan rangkaian    banjaran gunung, kawasan tanah pamah dan pinggir laut negara berdasarkan peta Malaysia.iv. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap kemampuan mereka.v. Bagi kumpulan 1, aktiviti pengayaan : kumpulan pelajar diminta mencari gambar-gambar yang berkaitan keadaan bentuk muka bumi dan menerangkan kepentingan kawasan tersebut dari laman web (http:// members. Tripod.com/zupie/bmmsia. Htm)vi. Bagi kumpulan 2, aktiviti pemulihan: pelajar akan diberi keratan akhbar yang mengandungi     gambar-gambar berkaitan keadaan bentuk muka bumi di Malaysia dan mencari gambar     kepentingan kawasan tanah tinggi, pinggir laut dan tanah pamah. Pelajar dikehendaki     mengelaskan gambar tersebut berdasarkan kategorinya.vii. Setiap dapatan yang diperolehi akan dibentangkan oleh wakil kumpulan pelajar.

PENILAIANi. Pelajar cemerlang dikehendaki menjawab soalan dari laman web   http://members.tripod.com.zupie/geografi.htmii.Pelajar lemah diberi lembaran kerja

BBMi. Peta Malaysiaii. Lembaran kerjaiii. Keratan akhbar dan gambar berkaitaniv. Laman web

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam P&P. KL

Page 21: Kajian Tindakan - konsep

    Contoh 4

PENGGUNAAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL

Subject: English

Form: Two

Topic: Prepositions

Duration: 4 x 35 minutes

Objectives: By the end of the lesson the student should be able to:1) Identify 5 prepositions of time - at, by, on, before, after2) Identify 9 prepositions of place or position - in, on, near, over, under, between, behind, in front of3) Use each preposition correctly in sentences

Procedures: 1. Students are to be divided into 3 groups of their language proficiency-weak, medioacre and     advance.2. Teacher presents a hand-out or newspaper cutting with the underlined words of prepositions     for the first paragraph.3. Students are asked to guess the underlined works.4. Teacher explains on prepositions and their functions.5. Students play the CD - Introduction to Prepositions- preposition of time- prepositons of place- prepositions of position     * Weak group attemps question for Level 1       Medioacre group attempts questions for Level 2       Advanced group attempts questions for Level 3

6. Students do the exercise, quiz and enrichment according to each level.7. Students underline prepositions in the rest of the paragraphs of the hand-out or newspaper.

Teaching aids: courseware on Introduction to prepositions                        An article in newspapers

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam P&P. KL.

Langkah 7: Menyediakan rancangan alternatif

Menyediakan satu rancangan alternatif dalam proses merancang adalah satu perkara yang perlu. Ia merupakan satu 'Plan B' bagi rancangan yang sedia ada. Perubahan dalam rancangan yang sedia ada memang selalu terjadi kerana Kajian Tindakan sangat bergantung kepada faktor-faktor persekitaran, pentadbiran dan aktiviti semasa. Menyediakan satu rancangan alternatif juga membawa implikasi kepada kebolehlaksanaan kajian yang tinggi.

Page 22: Kajian Tindakan - konsep

Langkah 8: Merancang kaedah mengutip data

Dalam merancang kaedah mengutip data, perkara yang perlu diambil kira ialah setiap kaedah yang dipilih hendaklah dapat menjawab soalan kajian atau memenuhi objektif kajian.

Kaedah Mengutip data

Jurnal dan diari Aktiviti kumpulan Temu bual Senarai semak inventori Data pencapaian pelajar Pemerhatian Penghuraian neratif Catatan peribadi Perbincangan kumpulan berfokus Bahan-bahan portfolio Soal selidik

Kutipan data pada peringkat ini merupakan kutipan data kali kedua setelah dilakukan di peringkat mengenal pasti masalah atau tinjauan awal (tinjauan awal-instrument). Nyatakan semua instrument/alat dan cara-cara yang dirancang untuk digunakan bagi mendapatkan data secara triangulasi. Semua alat/instrument untuk pungutan data perlu jelas dan ada 'logical connections' antara data yang dipungut.

Perkara lain yang harus dipertimbangkan oleh pengkaji adalah isu-isu etika. Setiap data yang dikumpul mesti mendapatkan kebenaran dari pihak yang terlibat (partisipan dan murid-murid). Prosedur ini adalah sebagai menghormati hak-hak respondent.

Langkah 9: Merancang cara menganalisis data

Semasa merancang langkah ini, panduan berikut haruslah diambilkira:

1. Huraikan cara bagaimana data yang akan dikumpul boleh dianalisis untuk menjawab soalan-soalan kajian. (cara deskriptif/kuantitatif atau kualitatif atau illustrasi bergambarajah)(tinjauan awal-analisis data)

2. Huraikan bagaimana data dapat memberi sumbangan kepada tindakan yang akan diambil.

3. Jika projek Kajian Tindakan banyak menggunakan catatan dan melibatkan pemerhatian partisipan, kedua-kedua kaedah kualitatif dan kuantitatif boleh digunakan.

4. Rujuk contoh dari pelbagai sumber untuk maklumat yang lebih terkini terhadap pemprosesan data kualitatif.

5. Modifikasi cara menganalisis data mungkin harus dilakukan jika perlu untuk menjawab soalan kajian.

Page 23: Kajian Tindakan - konsep

GlosariRefleksi adalah satu proses kognitif yang membawa kepada aktiviti merenung menaakuldan berfikir panjang dalam usaha seseorang mencari kelemahan dan kekuatan serta menganalisis pengalaman dan tindakan.Refleksi juga merupakan satu usaha yang berterusan ke arah memperbaiki amalan kerja, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk bertindak. Terdapat beberapajenis refleksi. Contoh:

 Reflection type

 Nature of reflection

 Possible content

 “Reflection-in-action”(Schon, 1983,1987) addressing IMPACT concerns after some experience in the profession

 5. Contextualization of multiple viewpoints drawing on any ot the possibilities 1-4 below applied to situations as they are actually taking place

 Dealing with on-the-spot professional problems as they arise (thinking can be recalled and then shared with others later)

       “Reflection-on-action”(Schon, 1983; Smith & Lovat, 1990; Smith & Hatton, 1992, 1993) addressing TASK and IMPACT concerns in the later stages of a preservice program 

 4. Critical (social reconstructionist), seeing as problematic, according to ethical criteria, the goals and practices of one’s profession 3. Dialogic (deliberative, cognitive, narrative) weighing competing claims and viewpoints, and then exploring alternative solutions 2. Descriptive (social efficiency, developmental, personalistic, seeking what is seen as ‘best possible’ practise

 Thinking about the effects upon others or one’s actions, taking account of social, political and / or cultural forces (can be shared) Hearing one’s own voice (alone or with another) exploring alternative ways to solve problems in a professional situation  Analysing one’s performance in the professional role (probably alone), giving reasons for action taken

 Technical rationality(Scon, 1983; Shulman, 1988; Van Mannen, 1977) addressing SELF and TASK concerns early in a program which prepares individuals for entry into a profession

 1. Technical (decision-making about immediate behaviours or skills), drawn from a given research / theory base, but always interpreted in light of personal worries and previous experience 

 Beginning to examine (usually with peers) one’s use of essential skills or generic competencies as often applied in controlled, small scale settings

Types of reflection related to concerns (Fuller, 1970; Smith & Hatton, 1993; Valli, 1992)

IntervensiAdalah satu usaha /treatment /langkah baru/ perkara yang dilaksanankan dengan tujuan untuk melihat perubahan/ peningkatan pada seseorang individu/ kumpulan. Contohnya dalam Kajian Tindakan bagi mata pelajaran Sains, penerapan konsep 'Kontruktivisme' di sekolah menengah rendah merupakan satu intervensi untuk meningkatkan proses metakognisi, pengamatan dan penanggapan di kalangan pelajar.