konsep asas tolak

Upload: azidawa

Post on 04-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Konsep Asas Tolak

    1/4

    4 Model Operasi TolakAda 4 jenis model operasi tolak yang boleh diperkenalkan konsepnya kepada kanak-kanak untuk

    mengukuhkan kefahaman mereka tentang operasi ini. Konsep-konsep ini mampu memberi persiapan dan

    pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid-murid apabila mencuba matematik yang lebih sukar.

    ModelTake-away (keluarkan)Model ini adalah yang paling biasa diperkenalkan apabila guru-guru mula memperkenalkan operasi tolak

    kepada murid-murid. Ia menerangkan kepada murid-murid bahawa konsep ini ialah mengeluarkan

    sebahagian objek dari set keseluruhan. Contohnya ada satu set objek yang terdiri daripada 10 biji epal. 3

    daripadanya dikeluarkan. Murid-murid dikehendaki mencari baki buah epal yang tinggal. Dalam latihan

    operasi tolak seperti ini, murid-murid telah belajar bahawa penolakan bermakna mengeluarkan

    sebahagian objek daripada keseluruhan objek yang diberi.

    Model Pelengkap

    Model ini bertujuan menyediakan murid-murid kepada algebra yang lebih mencabar. Dalam operasi tolak,

    murid-murid dikehendaki mencari nilai yang kurang supaya nilai itu dapat melengkapkan jumlah yang

    dikehendaki. Contohnya begini; 7 - ? = 10. Alat-alat manipulatif seperti blok ( guli, straw, biji getah dll)

    boleh digunakan untuk menerangkan konsep pelengkap ini.

    Model Banding/Beza

    Biasanya model ini digunapakai ketika meminta murid-murid mencari beza objek atau kuantiti daripada

    dua set objek atau dua kuantiti . Adalah tidak sesuai apabila meminta pelajar menggunakan konsep

    keluarkan objek untuk mencari beza dua set objek atau kuantiti tersebut. Contohnya; Jika Yasmin

    mempunyai 12 biji gula-gula manakala Amin mempunyai 7 biji gula-gula, berapa biji gula-gulakah Yasmin

    dapat lebih daripada Amin ? Contoh yang lain pula; Jika Nana berumur 7 tahun dan ibunya berumur 32

    tahun, berapa tahun beza umur kedua-dua mereka ?

    Model Whole-Part-Part (Sebahagian-keseluruhan)

  • 7/29/2019 Konsep Asas Tolak

    2/4

    Model ini melibatkan aktiviti mensubkategori objek. Contohnya;" Ben ada 15 biji kek untuk dijual. 8

    daripada kek tersebut ialah kek mentega manakala selebihnya ialah kek pandan. Ada berapa bilangan

    kek bukan mentega ?". Dalam aktiviti menentukan subkategori, guru-guru boleh meminta pelajar

    mengumpulkan objek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi berlainan disegi warna, rasa atau

    bentuk. Contohnya seperti gula-gula berperisa oren dan strawberi atau guli-guli yang mempunyai dua

    warna yang berbeza.

    Operasi Tolak

    Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan

    penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan

    pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasitolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat

    ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta

    asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan

    penolakan.

    nsep Tolak

    Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau

    mengabil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau mengambiljalan keluar - daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan.

    Contohnya:

    Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam

    beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?

    Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan

    dipadankandengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau

    beza.

    Contohnya:

    Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula

    melebihi bilangan kek?

  • 7/29/2019 Konsep Asas Tolak

    3/4

    Pelengkap bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk

    melengkapkan set keseluruhan.

    Contohnya:

    Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda.

    Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?

    Penyekatan dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk

    menepati sesuatu syarat.

    Contohnya:

    Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan dan

    yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

    kta Asas

    Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1

    digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan

    fakta asas tolak iaitu mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan dan mengekalkan bilangan

    unsur dalam set asal.

    erasi

    Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula

    kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan

    mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut:

    - fakta asas bagi tolak

    - menolak nombor yang sama nilai tempatnya

    - nilai tempat bagi angka

    - menulis nombor dalam bentuk tambah menggikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor

    berkenaan dalam bentuk yang lain.

  • 7/29/2019 Konsep Asas Tolak

    4/4