konsep asas kepemimpinan guru

9
KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN GURU Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara. Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah. Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit. Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu

Upload: joshua-peterson

Post on 06-Feb-2016

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

guru sebagai pemimpin di kelas

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN GURU

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan

Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada

kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang

menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang

berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara.

          Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan

kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah

laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang

ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin.  Bagi mengekalkan

kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan

kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan

melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai

dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang

perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.

          Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep kepemimpinan ini

kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.

          Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk

menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam

bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru

menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang

lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan

suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan kepada murid.  Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang

efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan

Page 2: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh

dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal,

faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam

bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan.

Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran.

Di samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan

membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang

menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke

arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika

suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising

dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.

          Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam. Menurut

perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang

memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah, membuat

segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya

beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak

kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan

ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh.

Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan peribadi terpuji

selaras dengan tuntutan agama.  Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya

member kekuatan jatidiri kepada para guru yakni pemimpin di dalam memimpin sesebuah

organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah. Dalam merealisasikan

dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan, beberapa

peranan penting harus lah dimainkan oleh seseorang pendidik.peranan paling utama yang perlu

ditonjolkan adalah menjadi role model kepada setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya

dan berkemampuan untuk memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan

dengan seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang

diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak guru itu

sendiri. Seorang guru yang baik mesti mampu untuk merubah murid menjadi baik dan begitulah

sebalikya.

          Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk

menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini

bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan

untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan

nilai ahli-ahli dalam kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk

kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa

tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Proses ini

selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk

mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi

memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.

          Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang

berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan

perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang

menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai

Page 3: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid

berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut

sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat

para murid. Justeru, guru perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan

boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan

yang sesuai. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid

terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah

mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring

dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.

          Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan

guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah. Kerjasama

dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut

menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu

organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatanya dan

seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasamaantara

mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesanbiasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru

dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti

tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya kepimpinan sesame guru ini adalah seperti

keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama, berinteraksi serta mendorong rakan

sejawatanya dengan menggunakan kuasa pujukan daripada paksaan untuk mencapai matlamat

sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan.

          Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas dengan

melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat

menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat

yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada

kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa

dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa

dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang

kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru

dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan guru yang berkesan

juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai

contoh, pengagihan tugas dalam  mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa

akan mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama

dua hala melalui kepimpinan guru.

Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang

mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada Cuma

persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang akan

berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar tersebut.

Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi

yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan betapa

pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan salam

melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. , kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah

melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi

memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh itu,

Page 4: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada pentadbir,

pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah.

Mengajar merupakan serangkaian proses pendidikan untuk membantu siswa lebih memahami dan menguasai

sesuatu.  Guru mendorong siswa  terus belajar bagaimana seharusnya belajar yang efektif. Guru meningkatkan

kewirausahaan belajar siswa.

Guru dalam kelas berperan sebagai pemimpin. Tugasnya adalah mempengaruhi siswa melalui pengembangan 

organization of learning atau pengorganisasian pembelajaran.  Sukses pembelajaran bergantung pada

kemampuan guru memimpin dan mengorganisasikan pembelajaran dalam kelas sehingga dapat mewujudkan

produk belajar sesuai dengan tujuan.

Mengajar memerlukan dukungan suasana yang kondusif dan proses yang baik  untuk mengembangkan

pengalaman siswa sehingga menjadi pengalaman yang produktif dalam interaksi sosial yang  efektif. Guru dalam

proses ini berfungsi sebagai pemimpin. Suasana belajar memberikan ruang yang luas untuk berkreasi karena

hati dan pikiran siswa yang terbuka. Pembelajaran yang efektif memerlukan dukungan yang baik dari berbagai

komponen, di antaranya :

1. Kesiapan psikologis siswa atau grup untuk belajar pembelajar

2. Suasana lingkungan yang mendukung siswa beraktivitas.

3. Fasilitas, tempat dan waktu pertemuan yang jelas, buku dan bahan materi lain untuk pembelajaran

4. Prosedur yang rapi dan dipahami bersama (rutin dan terjadwal, atau bervariasi) yang menunjang kegiatan

presentasi, diskusi dan evaluasi.

5. Pentahapan yang jelas sehingga guru dan juga siswa mengetahui bagaimana pembelajaran akan

berlangsung dan apa target yang mereka hendak capai.

6. Seluruh bagian sumber daya diintegrasikan untuk mendukung pencapaian yang optimal,  pemeran

pengatur di sini adalah guru.

Mengajar adalah mengorganisasikan orang-orang agar mengerahkan pikiran, perhatian, dan usaha sehingga

mencapai tujuan yang diharapkan. Mengajar adalah kegiatan pengorganisasian. Hal tersebut menegaskan

pentingnya peran seorang guru yang tidak dapat digantikan dalam fungsi organisator. Tugas seorang organisator

adalah menggerakan kelompok dan individu berperan efektif mengembangkan potensi dirinya dalam mencapai

tujuan bersama. Pemimpin  yang efektif menyebabkan orang-orang mengembangkan potensi individunya dalam

kerja sama kelompok.

Page 5: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

Dalam hal ini peranan utama guru sebagai organisator pembelajaran memiliki karakter sebagai berikut :

1. Organisator yang baik bukanlah seorang otokrat. Guru tidak membuat semua keputusan atau mencoba

mengarahkan setiap siswa  secara detail mengenai apa yang harus dilakukan, bagaimana cara melakukan

dan kapan melakukan sesuatu. Jangan mengajari siswa memotong kayu, namun mintalah kepada mereka

membuat kapal layar yang dapat berlayar di tengah samudra.

2. Organisator yang baik menunjukkan kematangan kepemimpinan (leadership) yang positif agar dapat

berfungsi secara efektif dalam menjelaskan tujuan dan menggerakan siswa mencapai hasil yang telah

ditargetkan.

3. Pemimpin yang efektif memahami masalah atau kesulitan siswa dalam belajar sehingga dapat

menentukan formula pemecahan masalah sesuai dengan kebutuhan siswa belajar.

4. Organisator yang baik membantu kelompok dan individu untuk menemukan, memformulasikan, dan

menjelaskan tujuan yang ingin mereka raih. Guru tidak melulu memberitahukan siswa bahwa mereka harus

belajar dan melakukan ini itu.

5. Organisator yang baik mendelegasikan dan mendistribusikan tanggung jawab seluas mungkin. Guru

mencoba mengajarkan bagaimana siswa mengatur diri pada urusan mereka secara kolaboratif.

Mengembangkan kolaborasi tim membutuhkan  berpengalaman sebagai  organisator yang juga berfungsi

sebagai pemimpin dan pengarah. Selagi kelas belajar bagaimana bekerja secara tim, dan masing-masing

individu belajar mengendalikan pelajaran mereka, maka fungsi organisator berangsur-angsur lebih ke arah

pendamping.

6. Organisator yang baik mendorong dan menghargai inisiatif. Membiarkan  inisiatif berkembang bebas

sepanjang tidak menlenceng dari jalur untuk mencapai tujuan. Inisiatif harus terkait dalam ruang lingkup

pencapaian tujuan bersama kelas.

7. Organisator yang baik lebih mengedepankan membangun kekuatan daripada mengidentifikasi 

kelemahan yang ada. Guru sebaiknya berasumsi dan berprinsip bahwa setiap siswa mampu memberikan

prestasi dan kontribusi, walaupun prestasi tersebut sangat rendah. Oleh karena itu, pemimpin wajib

menghargai kecepatan dan perubahan serendah apa pun.

8. Organisator yang baik mendorong kritik diri dan evaluasi diri di dalam grup. Sebagai seorang pemimpin,

pengarah, dan pendamping, organisator harus dapat mengungkapkan gambaran  pencapaian yang telah

diraih dan di bagian apa mereka telah gagal. Namun demikian, organisator juga harus mengembangkan

kemampuan bagi setiap anggota grup agar mereka dapat melihat dan menilai sendiri prestasi dan

kegagalan yang telah mereka lalui.

9. Organisator yang baik memelihara kontrol , karena tanpa kontrol dan seorang pengontrol, dan bekerja

keras secara berkelanjutan untuk mengembangkan sistem kontrol diri sendiri demi mencapai tujuan

bersama.

10. Oganisator membangun tanggung jawab sehingga tiap orang berinisiatif untuk menjaga mutu melalui

optimalisasi usaha dalam memenuhi kewajibannya.

11. Organisator mendelegasikan kewenangan kepada siswanya, memberikan ruang kepada siswa untuk

menyelesaikan tugasnya melalui pengembangan inisiatif masing-masing individu sepanjang dapat

menghasilkan produk yang terbaik.

12. Organisator yang baik memantau perkembangan proses dan progres belajar sehingga berdasarkan itu

guru melalukan perbaikan pelayanan belajar secara bekelanjutan.

Uraian di atas merupakan beberapa karakteristik operasional dari seorang organisator yang baik. Karakter

seorang guru sebagai organisator pembelajaran. Prestasi pemimpin dinilai dari seberapa besar keunggulan

Page 6: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

bersama dapat diwujudkan. Kekuatannya terletak pada seberapa efektif mengarahkan, mendorong,

membimbing, dan memotivasi siswa mengembangkan potensi dirinya melalui kerja sama tim untuk mencapai

tujuan bersama.

Ciri-ciri Kepimpinan

CIRI KEPIMPINANGURU DAN GAYA KEPIMPINAN EFFEKTIF

OLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR(B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK)

www.akademipenulisbebas.wordpress.com

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin.Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.

Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman .Maka di peringkat sekolah sudah tentulah guru besar yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin kepada semua komuniti samada pendidik, pentadbir serta murid-murid.

Pemimpin berjiwa rakyat berpekerti mulia seharusnya didasari oleh himpunan ciri-ciri pekerti terpuji.Maka berikut diperincikan beberapa ciri terpenting yang harus wujud bagi setiap pemimpin hatta pendidik di sekolah.

Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama.Tidak kiralah samada guru besar atau pemimpin tersebut beragama Islam, Kristian, Hindhu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh.Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan agama yang dianuti.Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.

Selain itu, di antara ciri seorang pemimpin ialah berilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara.Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik.Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa

Page 7: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

bakal menjadikan minda pemimpin akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya.

Di Antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di dalam diri pemimpin di sekolah ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi.Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur .Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang.Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah.Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi.

Perkara di atas akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu mempunyai pengaruh melalui tauladan.Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang diungkapkannya.Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk diteladani oleh semua.Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui tauladan.Sebagai contohnya pemimpin yang ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain.

Selain itu, pemimpin yang mempunyai ciri pemimpin budiman harus memiliki visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.Ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk membawa komuniti yang dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya.Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain.

Bagi menjadikan pemimpin itu berkredibiliti tinggi , mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif.kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya.Guru besar yang budiman harus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti .Guru-guru muda terutamanya yang baru mula bertugas terutamanya dibimbing agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan dirinya sebaik mungkin.Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya kajian tindakan.

Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya dan semua yang terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tak lansung.Sebagai contohnya apabila seseorang guru besar telah mengenal pasti beberapa masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang guru, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi berasaskan fakta dan bukti.Andainya wujudnya keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib, maka pemimpin tersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja atau sebagainya.Ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu yang tidak diingini.

Page 8: Konsep Asas Kepemimpinan Guru

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana ciri-ciri pemimpin di sekolah dapat diterjemahkan melalui kupasan ringkas tetapi berinformasi di atas.Pemimpin di sekolah harus mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi di dalam aspek memimpin organisasi di samping cemerlang dari sudut sahsiah dan peribadinya