konflik sempadan asean

Upload: shamel-syah

Post on 17-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

perkongsian

TRANSCRIPT

BAB 8

KONFLIK SEMPADAN DIKALANGAN NEGARA ASEANMOHD FOAD SAKDAN

AHMAD MARTADHA MOHAMED1.0PENDAHULUANGaris sempadan yang membahagikan satu kawasan geografi dengan satu kawasan yang lain adalah lebih kompleks berbanding mengikut apa yang terlakar di atas peta. Pemetaan hanya menunjukkan lakaran garisan yang merentasi lembah, bukit, sungai atau satu garis lurus yang merentasi sebuah gurun. Sebaliknya tidak semua garis sempadan adalah sama seperti apa yang dilukis di atas peta. Terdapat beberapa perbezaan wujud dalam keadaan sebenar di mana secara nyata ia adalah lebih berkaitan dengan sejarah dan status semasa kedudukan garis sempadan tersebut. Secara umum garis sempadan boleh diklasifikasikan kepada sempadan antarabangsa dan sempadan informal (perbezaan budaya, pengagihan kumpulan etnik, dorongan keagamaan). Selain daripada itu, dalam sesebuah negara wujud pula sempadan antara negeri, wilayah dan daerah yang hanya bertujuan untuk memudahkan pentadbiran negara dan ini mengikut sistem pemerintahan sesebuah negara tersebut.

Sempadan antarabangsa adalah garisan sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Ia biasanya dilakukan secara persetujuan bersama atau melalui perjanjian. Konflik sempadan antarabangsa biasanya berlaku apabila dua atau lebih negara bersaing secara terbuka mengenai kawasan atau wilayah dengan mengatakan kawasan tersebut di bawah wilayah atau negaranya. Sesuatu Cease Fire Line biasanya dipersetujui melalui satu perjanjian yang rasmi antara dua atau lebih negara yang mana ia adalah persempadan antarabangsa sementara hasil tindakbalas daripada penyelesaian konflik.

Perjanjian persefahaman sempadan (Treaty Line) ialah garisan sempadan yang dibuat berasaskan perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara tetapi masih belum dipersetujui hak sebenar di kalangan mereka yang berkonflik sehingga penyelesaian dibuat. Manakala persempadanan yang tidak menentu (Indefinite Boundries) pula merupakan persoalan anggaran sempadanan yang masih belum diukur secara rasmi atau berasaskan maklumat pengukuran dari sejarah lama.

Dalam Penentuan dan Pengiktirafan Sempadan ini terdapat terdapat beberapa keadaan di mana satu-satu sempadan itu boleh ditentukan dan diiktiraf. Antaranya ialah melalui Uti Possidetis Juris ( suatu prinsip undang-undang antarabangsa yang dikhususkan kepada negeri-negeri yang baru hendak ditubuhkan tentang perlunya ada sempadan-sempadan), Pembentukan Sungai ( Sungai-sungai yang besar digunakan untuk membahagikan antara dua buah kawasan. Dalam pembahagian itu garisan tengah dikenali sebagai thalweg) dan Perkhidmatan ( wilayah yang dimiliki oleh salah satu negara digunakan untuk memberikan perkhidmatan dan mempunyai kepentingan kepada negara lain. Contohnya di dalam kes Right of Passage (1960),

Sementara itu terdapat juga terdapat pelbagai Kaedah dalam pembentukan, pertambahan dan pengurangan kawasan di dalam sempadan negara antaranya melalui, secara semulajadi ( perubahan fizikal alam),Penyerahan (penyerahan kawasan sempadan hasil dari keputusan mahkamah) Penaklukan dan Penawanan wilayah, Memperolehi melalui Terra Nullius (wilayah yang tidak dimiliki oleh sesiapa), Keputusan Hakim ( oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa) dan Penyusunan melalui keputusan bersama antara negara yang terbabit.1.1BENTUK-BENTUK PERTIKAIAN SEMPADAN

Pertikaian sempadan wujud apabila sesebuah negara menuntut kawasan yang berhampiran dengan negaranya disebabkan oleh sesuatu kualiti yang dimiliki oleh kawasan tersebut. Kualiti yang dimaksudkan termasuklah dari segi kepentingan sejarah, kawasan berstrategi dan mempunyai sumber ekonomi yang berpotensi seperti hasil minyak atau kawasan laut dalam untuk pelabuhan.

Pertikaian tidak akan timbul sehinggalah ia melibatkan perbalahan diplomatik atau melibatkan penggunaan kuasa ketenteraan, tetapi secara tidak langsung ia akan memberi tekanan kepada pihak yang kena tuntut. Menurut undang-undang antarabangsa sesuatu pertikaian sempadan adalah disebabkan oleh ketidak persetujuan ke atas fakta atau konflik ke atas tuntutan perundangan atau atas kepentingan antara dua atau lebih pihak yang terlibat.

Secara umumnya terdapat empat jenis pertikaian sempadan yang utama iaitu pertikaian posisi, pertikaian kawasan, pertikaian ke atas sumber dan pertikaian budaya. Dalam pertikaian posisi kedudukan atau lokasi sebenar persempadanan adalah di dalam tanda tanya. Sesebuah negara mungkin tidak setuju dengan sesuatu garis sempadan kerana mungkin ianya diukur secara tidak tepat, rekod yang ketinggalan zaman atau disebabkan oleh alasan-alasan lain. Contohnya pertikaian kedudukan wilayah Cordillera del Condor di antara Ecuador dan Peru.

Kedudukan geografi seperti sungai dan banjaran gunung biasanya digunakan sebagai asas persempadanan, akan tetapi posisi yang dianggap tetap ini lama-kelamaan mengalami proses geophisical akan berubah juga posisinya. Bila kedudukan ini turut berubah, maka pertikaian akan timbul. Contohnya posisi Sungai Congo yang menjadi sempadan antara Republik of the Congo dengan Demokratik Republik of Congo (Zaire) menjadi pertikaian disebabkan oleh penghakisan dan penimbunan lanar dan lumpur Sungai Congo.

Pertikaian kawasan pula terjadi apabila sesuatu kawasan negara menuntut sesuatu kawasan di dalam sesebuah negara lain yang didakwa adalah miliknya. Pertikaian jenis ini berlaku disebabkan alasan faktor sejarah atau alasan budaya. Suatu kawasan mungkin telah diduduki oleh sekumpulan manusia atau menjadi kawasan sesuatu negara mengikut sejarah dahulu kala. Faktor sejarah ini terbongkar kemudian daripada pembahagian asal dan ini menyebabkan negara menuntut semula tambahan kawasan sebagai wilayahnya. Contohnya kes Iraq menuntut wilayah Kuwait dalam tahun 1990 dengan mendakwa Kuwait adalah wilayah Iraq pada zaman dahulu. Contoh lain ialah pertikaian kawasan antara Nigeria dan Cameroon ke atas Semenanjung Bakasi.

Manakala pertikaian ke atas sumber pula selaras dengan perkembangan populasi penduduk dunia, keperluan kepada sumber asas seperti makanan, minuman dan minyak yang menjadi semakin kritikal untuk sesebuah negara terus hidup. Pertikaian sempadan ini biasanya kerana perebutan ke atas sumber-sumber asli untuk kepentingan ekonomi sesebuah negara. Hari ini jika dilihat kebanyakan konflik yang berlaku di dunia adalah berpunca dari asas pertikaian bentuk ini.

Perbezaan budaya, anutan agama dan fahaman politik merupakan satu bentuk lagi punca kepada pertikaian sempadan. Perbezaan ini walaupun sukar untuk menentukan sempadannya, namun ia kerap menjadi sumber kepada pertelingkahan yang melibatkan penduduk sesebuah negara. Kadangkala perbezaan kumpulan etnik ini membawa kepada penyingkiran atau dihalau keluar dari sempadan kawasan etnik majoriti setempat.

Pertelingkahan jenis ini agak sukar untuk diselesaikan kerana mereka yang terlibat adalah juga warganegara dan pengasingan mereka ke kawasan lain melibatkan pencerobohan sempadan negara yang berkenaan. Contohnya pertikaian di dalam dan di sekitar sempadan Jurusalem yang berasaskan anutan agama di kalangan penganut Yahudi, Kristian dan Islam. Manakala di Ireland Utara pula pertelingkahan antara penganut Roman Katolik dan Protestan yang mahukan kawasan itu dijadikan kawasan Protestan sepenuhnya.

Dari perbincangan di atas, konflik juga mungkin berpunca dalam dua atau lebih dari bentuk-bentuk yang dinyatakan secara serentak. Pertikaian sempadan juga tidak seharusnya berpunca dari perbalahan antara negara dengan negara, tetapi juga oleh faktor dalaman negara sendiri seperti pertikaian sempadan negeri atau daerah yang berpunca dari kelemahan pentadbiran dan masalah sumber pendapatan atau perebutan sumber ekonomi dan kuasa politik. Masalah dalaman seperti perbezaan etnik, agama, budaya juga menjadi pertikaian hingga membawa tuntutan kepada pemecahan sempadan untuk kuasa pemerintahan sendiri atau memohon kuasa autonomi bagi sesuatu wilayah dalam sesebuah negara.

1.3KAJIAN KES KONFLIK SEMPADAN DI ASEANKonflik Persempadanan Laut dan Tuntutan ke Atas Kepulauan Spratly

kepulauan Spratly

Konflik tuntutan ke atas kepulauan Spratly ini telah bermula sejak Perang Dunia Kedua. Namun sehingga tahun 1950 masih tidak wujud lagi tuntutan yang sah dibuat ke atas kepulauan ini dan ia hanya dianggap sebagai halangan terhadap pelayaran. Bagaimanapun pada hari ini tiada satu negarapun yang dapat menuntut sepenuhnya hak kedaulatan ke atas kepulauan Spratly tanpa dicabar oleh negara-negara yang berhampiran. Secara keseluruhannya terdapat 6 buah negara yang masing-masing menuntut sepenuhnya ataupun sebahagian kecil daripada kepulauan ini. Negara-negara yang terlibat dalam kemelut tuntutan bertindih kepulauan Spratly ini terdiri daripada China, Taiwan, Vietnam, Filipina, Malaysia dan tidak ketinggalan Brunei.

Antara tahun 1980 hingga 1990 telah bermula perlumbaan untuk menyokong tuntutan ke atas kedaulatan oleh negara-negara yang terlibat di dalam tntutan bertindih ke atas dengan kepulauan Spratly ini dengan menduduki pulau-pulau yang dapat menampung kehidupan atau membina marker atau petanda di mana pulau itu tidak dapat menampung kehidupan. Dalam kes-kes tertentu, negara yang menuntut telah membina struktur binaan di atas pulau yang tenggelam ketika air pasang supaya dapat mengekalkan kehadiran secara fizikal pulau ini. Perlumbaan untuk menduduki kepulauan Spratly ini telah meningkatkan ketegangan sehingga mewujudkan konflik antarabangsa. Hasilnya telah berlaku ancaman ketenteraan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kepulauan Spratly menjadi rebutan iaitu dari aspek kedudukannya yang strategik dan ekonomi. Dari sudut strategik di mana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah laluan utama timur dan Barat. Manakala dari aspek eoonomi, gugusan kepulauan Spratly ini dikatakan mempunyai sumber galian yang masih belum diterokai lagi. Kedua-dua aspek ini menyebabkan penyelesaian terhadap isu ini sukar dicapai.

Isu pertelingkahan perebutan pulau Spratly adalah isu yang sukar untuk diselesaikan di dalam bentuk perundingan. Meskipun terdapat banyak perundingan penyelesaian terhadap isu ini masih belum sampai ke jalan penghujungnya. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan isu ini masih belum diselesaikan sehingga sekarang. Isu ini yang unik. Pertamanya kerana ia menjadi rebutan banyak negara Asia Tenggara termasuk China. Kedua, pulau Spratly merupakan gugusan pulau-pulau yang kaya dengan sumber mineralnya. Ketiga, tuntutan kesemua negara penuntut adalah seimbang dan isu ini benar-benar mencabar kewibawaan undang-undang antarabangsa terutamanya dari aspek perundangan maritim.

China dan Taiwan menuntut pulau ini berdasarkan faktor sejarah. Tuntutan Filipina terhadap kepulauan itu adalah berdasarkan prinsip terra nullius dan berbeza daripada prinsip terra nullius dan berbeza daripada prinsip tuntutan negara-negara lain. Sementara itu tuntutan Malaysia dan Brunei ke atas kepulauan Spratly adalah berdasarkan Pentas Benua. Secara keseluruhannya konflik Spratly ini mempunyai potensi untuk diselesaikan melalui undang-undang antarabangsa. Walau bagaimanapun undang-undang antarabangsa itu sendiri terutamanya dalam undang-undang persempadanan perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci bagi meningkatkan kredibilitinya. Di samping itu juga negara-negara yang menuntut perlulah bekerjasama dan lebih komited untuk menyelesaikan masalah ini. Sesungguhnya isu Spratly ini sangat kompleks dan penyelesaian yang konkrit tidak mungkin dicapai dalam masa yang terdekat ini.

Konflik Malaysia-Singapura ke atas Tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih

Kemerosotan dalam kemesraan hubungan antara Singapura dan Malaysia menampakkan fenomena yang kerapkali berlaku. Di sebalik beberapa perbezaan pendapat pada tahap rasmi ini, terdapat beberapa petanda tentang merosotnya kemesraan dalam hubungan antara dua negara ini.

Isu-isu persempadanan merupakan salah satu penyebab kepada krisis antara kedua buah negara. Singapura mempertikaikan haknya ke atas Pulau Batu Putih di mana kawasan atau pulau ini sebenarnya berada dalam kawasan tuntutan yang bertindih dengan Malaysia.

Kerajaan Singapura sangat memerlukan pulau tersebut sebagai satu kawasan pembangunan negaranya. Sebagai mempertahankan tuntutan ini pelbagai helah telah dibuat oleh Singapura seperti memburukkan kerajaan Malaysia dan mewujudkan suasana yang tegang sebagai provokasi kepada Malaysia. Walaupun begitu, Malaysia dan Singapura masih berada dalam satu pertubuhan kerjasama serantau yang sama iaitu ASEAN. Pertubuhan ini mempunyai cara yang tersendiri dalam menyelesaikan mengikut prinsip-prinsip yang termaktub di dalam perlembagaannya. Prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman dan luaran negara ahli yang lain, Self-Restraint dan amalan Musyawarah (Consensus) menjadi satu budaya ASEAN.

Dalam pertikaian antara Singapura dan Malaysia, pihak yang terlibat bersetuju untuk mencari penyelesaian secara perundangan. Ini adalah selaras dengan Deklarasi ASEAN yang ditandatangani pada bulan Julai 1992. Deklarasi ini antara lain meminta semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan pertikaian di antara dengan negara biarlah secara aman dan melalui perundangan. Tindakan ini selaras dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia sebagai satu kod perlakuan antarabangsa yang melingkungi wilayah ASEAN.

Setelah kes pertikaian ini berlangsung selama 28 tahun, pada 23 Mei 2008 pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah hak milik Singapura.Konflik Malaysia-Indonesia ke atas Pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia menjadi kontroversi pada 1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut. Kontrovesi terhadap pulau yang seluas 23 hektar ini disebabkan oleh kesamaran persempadanan yang menjadi garis pemisah antara kedua negara. Sengketa pemilikan Sipadan dan Lingitan telahpun berbangkit semenjak pemerintahan Hindia Belanda dengan Inggeris pada tahun 1917 lagi.

Konflik Sipadan dan Ligitan dikatakan terungkit semula apabila Indonesia menyatakan bahawa Malaysia dalam pemetaan yang dibuat pada 21 Disember 1979 telah mencantumkan kedua-dua buah pulau tersebuta dalam wilayahnya. Indonesia telah mengemukakan protes diplomatiknya pada 8 Februari 1980 dan 14 April 1992.

Bagi menyelesaikan konflik persempadanan secara `berjiran ini, satu pertemuan peringkat kemimpinan tertinggi antara kedua negara telah diadakan iaitu melibatkan Presiden Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan. Walaupun begitu penyelesaian masalah melalui rundingan ini menghadapi jalan buntu dan gagal. Selepas rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Isu perebutan ini menjadi bertambah gawat apabila berlakunya pertembungan kepentingan ekonomi antara kedua negara berkaitan dengan hak eksporasi industri minyak di kawasan tersebut. Malaysia melalui syarikat Petronasnya telah memberikan hak kepada Shell untuk melakukan eksplorasi di wilayah perairan laut di sebelah timur Kalimantang Timur yang dinamakan sebagai Blok ND6 (Y) dan ND7 (Z). Dalam masa yang sama Indonesia juga menerokai kawasan tersebut dengan melebalkan kawasan sebagai blok Ambalat dan Ambalat Timur dalam usahanya mengerudi minyak bumi dan gas.

Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-masing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Konflik Persempadanan Thailand dan Kemboja

Kuil Preah Vihear ialah sebuah kuil Khmer yang terletak di atas cenuram setinggi 525 meter di Pergunungan Dngrk di wilayah Preah Vihear, Kemboja dan di sempadan wilayah Sisaket di bahagian timur laut Thailand telah menjadi titik tengah perbahasan hangat antara negara-negara Kemboja dan Thailand. Pertikaian pemilikan kuil ini timbul semula apabila Kemboja mengemukakan permohonan kepada UNESCO agar Kuil Preah Vihear diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Thailand mendakwa bahawa permohonan jirannya itu merangkumi tanah sekeliling kuil itu yang dituntut oleh Thailand. Pihak Kemboja menarik balik permohonannya, sehingga tahun 2008, setelah mendapat restu Thailand, mengemukakan semula permohonannya yang diubahsuai agar hanya kuil itu yang diiktiraf dan bukan tanah di sekelilingnya. Konflik yang berlaku ini merupakan lanjutan daripada pertikaian hampir sedekad selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan hak kedaulatan kuil Preah Vihear kepada Kemboja pada 1962.Status tanah berdekatan kuil Hindu seluas 4.6km persegi itu masih tergantung menyebabkan ia menjadi kawasan panas dan diletakkan di bawah perhatian serius oleh pasukan keselamatan kedua-dua buah negara.. Kemboja menganggap engiktirafan ICJ ke atas kuil yang dibina pada kurun ke-11 itu turut sama mengiktiraf kedaulatan kawasan 4.6km persegi di sekitar pergunungan Dangrek sebagai hak mereka. Ia juga sejajar dengan Perjanjian 1907 antara Perancis yang memerintah Kemboja ketika itu dan kerajaan Siam yang mana sebaik-baik Kemboja mencapai kemerdekaan pada 1954, kuil itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah negara berkenaan.Pada 11 November 2009, Menteri Kehakiman, Pirapan Salirathavibhaga menyatakan kerajaan Thailand akan menuntut semula kuil sempadan itu. Sementara itu sekumpulan penduduk kampung di Kemboja membakar patung menyerupai wajah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sambil mendakwa polisi beliau telah menyebabkan ketegangan di sempadan. Hubungan diplomatik dengan Kemboja menjadi tegang kerana rakyatnya ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja atas tuduhan mengintip.Sehingga kini , isu ini masih tidak dapat diselesaikan lagi telah kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk mengemukakan semula kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).Konflik Persempadanan Indonesia dan negara JiranSebagai sebuah negara pulau, Indonesia mempunyai rantaian 17,506 buah pulau. Daripada jumlah ini terdapat 83 buah pulau yang berada dipersempadanan dengan 10 negara jiran yang melibatkan India, Malaysia, Singapura, Vietnam. Filipina, Australia, Timur-Timur, Palau, Papua New Guinea dan Thailand.. Lantaran daripada keadaan ini, tidak dinafikan bahawa Indonesia sememangnya mempunyai konflik persempadanan yang rumit dan sukar untuk diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Antara persoalan persempadanan yang dihadapi oleh Indonesia meliputi kepulauan Riau (20 pulau), Maluku (18 pulau), Sulawesi Utara (11 Pulau), Papua (9 pulau) Nanggroe Acheh Darussalam (6 pulau), NTT (5 pulau), Sumetra Utara dan Kalimantan Timur (4 pulau), Sulawesi Tengan, Sumetra Utara dan Jawa Timur (3 pulau), Bengkulu dan Sumetra Barat (2 pulau), Nusa Tenggara Barat, Maluku Utara, Jawa Tengah, Jawa barat, Banten dan Lampung (masing-masing satu pulau) (Kompas, 8 Mac 2005); Secara terperincinya antara pulau-pulau yang terlibat ialah; 1. Pulau Rondo (Indonesia dan India)

2. Pulau Nipa (Indonesia dan Singapura)

3. Pulau Sekatung (Indonesia dan Vietnam)

4. Pulau Marore, Pulau Mianggas dan Pulau Marampit (Indonesia dan Filipina)

5. Pulau Batek (Indonesia dan Timor-Timor)

6. Pulau Dana (Indonesia dan Australia)7. Pulau Fani, Pulau Fanildo dan Pulau Brass (Indonesia dan Palau)

8. Pulau Berhala (Indonesia dan Malaysia).Sehingga kini, tiada penyelesaian yang muktamad dicapai dalam konflik persempadanan tersebut.1.4MENANGANI KONFLIK SEMPADAN

Terdapat beberapa penyelesaian yang boleh diutarakan sebagai usaha mengatasi kemelut konflik sempadan ini. Perkara ini telah menjadi agenda utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945 berikutan kegagalan Liga Bangsa dan Concert of Europe dalam menangani permasalahan kedamaian dunia. Malahan hasrat keamanan dan keselamatan serantau menjadi hasrat seluruh warga dunia.Peranan Institusi dan Prosedur Undang-Undang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi matlamat ini. Tercatat di dalam Bahagian (A), Artikel 1, bahawa matlamat utama yang membawa kepada penubuhan PBB ialah untuk memperjuangkan kepada keselamatan dan keamanan di peringkat antarabangsa. Secara tak langsung ketegangan yang dicetuskan akibat daripada pertelagahan persempadanan baru yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua akan dapat diselesaikan menurut jalan yang betul. Dalam masa yang sama penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah alternatif kedua yang difikirkan dapat membawa jalan keluar dan penyelesaian kepada konflik. Keberkesanan kedua-dua badan ini yang menjadi badan rujuk utama dalam menyelesaikan pertikaian persempadanan walaupun tidak begitu praktikal secara pasti tetapi mampu meredakan ketegangan dan mampu membawa pihak yang bertelagah ke meja perundingan.

Kedua-dua institusi ini mengaplikasikan sepenuhnya Undang-Undang Antarabangsa (Statue of International Court of Justice) dan Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Charter of United Nation) sebagai garis panduan dalam menyelesaikan pertelingkahan yang wujud akibat pertikaian sempadan.

DiplomasiDiplomasi ialah jalan penyelesaian yang menggunakan asas perundingan dan perbincangan yang akan mewujudkan persetujuan bersama ke atas sesuatu perkara. Jaringan kerjasama antara negara yang semakin akrab negara boleh membantu mengatasi masalah ini.

Kewujudan para diplomat ini sebenarnya selain daripada menjadi wakil negara, para diplomat ini juga berperanan untuk menjalankan misi perdamaian serta melakukan perbincangan awalan bagi mengelakkan sesuatu konflik daripada berterusan. Tambahan pula diplomat yang diutus ke negara jiran yang berkongsi sempadan yang sama. Kes ini dapat dilihat dalam peristiwa pertelagahan tuntutan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Para diplomat yang bertugas di dalam kedua negara berterusan mempraktikkan diplomasi peringkat tertinggi bagi mengelakkan pertelingkahan ini dari berlarutan.

Peranan diplomasi ini tidak terhad kepada bahu para para diplomat sahaja. Malahan ketua sesebuah negara juga mampu untuk melakukan perbincangan atas asas diplomasi bagi mengelakkan berlakunya perbalahan yang mengakibatkan pertumpahan darah mengenai isu sempadan. Banyak kes-kes yang diselesaikan berikutan persetujuan kedua belah pihak yang bertelagah mengenai persempadanan negara masing-masing selepas kedua belah pihak menjalankan proses perundingan walaupun kadangkala mengambil tempoh masa yang cukup lama.

Diplomasi juga memainkan peranan dalam mewujudkan kewujudan kepada perjanjian-perjanjian damai yang dipersetujui antara pihak yang bertelagah. KESIMPULAN

Konsep negara berasaskan kepada nilai sempadan adalah penting dalam meletakkan maruah mereka selain daripada kedaulatan, pengiktirafan, penduduk serta kerajaan. Lantaran itu, perletakan skala sempadan yang tertentu akan menaikkan prestij negara itu sendiri di mata dunia. Malahan sesebuah negara itu dianggap hebat seandainya mampu mengawal sempadan negaranya daripada dicerobohi dan menggunakan sepenuhnya asas persempadan ini dalam memajukan taraf sosio ekonomi, politik dan budaya negaranya. Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya sesebuah negara sanggup berperang kerana mempertahankan sempadannya daripada dicerobohi oleh negara lain kerana nilai kedaulatan sesebuah negara dilihat daripada keupayaan sesebuah negara mempertahankan sempadannya daripada dicabuli oleh negara lain.

Walaupun begitu, konflik sempadan ini mungkin tidak akan berlaku seandainya semua negara di dunia ini melihat kepada nilai keamanan dan keselamatan antarabangsa sebagai satu landasan dan matlamat bersama. Malahan nilai idealisme keamanan dan keselamatan ini akan mampu direalisasikan oleh setiap aktor dalam arena antarabangsa sekiranya konflik dapat dielak dan diatasi berasaskan kepada faedah global yang sama. Disini lah pentingnya peranan yang dimainkan oleh ASEAN. Sejak ditubuhkan pada tahun 1967, keanggotaan ASEAN mencapai 10 buah negara. Cabaran terbesar yang dihadapi oleh ASEAN sekarang adalah usaha mewujudkan integrasi dan kerjasama terutama dalam menangani konflik dikalangan mereka. Berlandaskan kepada prinsip inilah kebanyakan konflik yang dihdapai berkaitan dengan persempadanan cuba diselesaikan secara sejagat atas nama ASEAN di bawah perjanjian Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ( TAC ) kumpulan negara serantau itu.Rujukan

Bibliografi

Adam Schwarz. 2004. Indonesia: The 2004 Election and Beyond. The Institute of Southest Asia Study.

Barston, R.P. (1997). Modern Diplomacy. Great Britain: Henry Ling Ltd.

Burton, John and Frank Dukes. 1990. Conflict: Practices in Management, Settlement, and Resolution. New York, NY: St. Martin's Press.Catley Bob & Makmur Keliat, (1997). Spratly: the dispute in The South China Sea. Brookfield: Ashgate Publishing.

Chamil Wariya, (1989). Pergolakan Antarabangsa: Perkembangan dan Isu Utama sejak 1945. AMK Interaksi Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Deutsch, M., (1973), The Resolution of Conflict: Constructive and Destructive Processes. Hew Haven: Yale University Press.

Edward Azar and John Burton, eds. 1986. International Conflict Resolution: Theory and Practice.,Boulder, Colorado: Lynne Rienner Publishers,

Frankel, Joseph. (1987). Hubungan Antarabangsa Dalam Dunia yang Sedang Berubah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Francais Jean, (1997). World in Crisis. New York: Rotldges Printing.

Francois. 1997. The Impact of the Multifiber Arrangement Phaseout on the Asian Economies: Comments in Panagariya, A., Quibria, M. G. and Rao, N. (eds) The Global Trading System and Developing Asia. Oxford; New York and Hong Kong: Oxford University Press for the Asian Development BankGurr, Ted R. (ed.). 1993. Minorities at Risk: A Global View of Ethnopolitical Conflict. Washington, DC: US Institute of Peace Press, 1993Holsti, K.J., (1992). International Politics: A Framework for Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Harris, Stuart and Cotton, James. (1991) The End of the Cold War in Southeast Asia. Melbourne: Longman Cheshire.

Morgenthau, Han. J. (1978). Politics Among Nations: The Struggle for Power and Peace, Fifth Edition, Revised . New York: Alfred A. Knopf.Polomka Peter. (1978). Ocean Politics in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1978.

Schwarz, A. . (2004).A Nation in Waiting : Indonesia's Search for Stability; Talisman Publishing. 2nd editionSchelling., Thomas C. (2003). The Strategy of Conflict Harvard University Press;

Shearer, Starkes. (1994). International Law. Butterworth, London. Edisi 11.

UNCTAD. 2000. Cross-border M&A (Mergers and Acquisitions), Foreign ownership and South East Asia business since the 1997 financial crisis xxii, 114-115;Van den Berghe, Pierre L. (ed). 1990. State Violence and Ethnicity. Niwot, CO: Univ. of Colorado Press, 1990Waltz, Kenneth . (1979). Theory of International Politics. Reading, MA: Addison-Wesley.

Wheatley Steven. (1996). International Law. London: Blackstone Press Limited.

Suratkhabar

KOMPAS, Indonesia

Utusan |Malaysia

News Strait Times

The Star

Utusan Malaysia, 28 November 1998).

(Utusan Malaysia 19 April, 1996).

(Utusan Melayu 29 Mac, 1998:1:1