kon krit

2
KONKRIT Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air yang dicampurkan pada nisbah campuran tertentu. Bagi campuran biasa, kadar campuran simen, pasir dan batu baur ditetapkan mengikut nisbah berat atau nisbah isipadu. Konkrit digunakan dengan meluas dalam pembinaan bangunan, terutamanya pada tiang, rasuk dan papan lantai. Konkrit juga digunakan dalam pembinaan jambatan, kerja pembentungan, jalanraya, landasan kereta api,empangan, struktur dalam laut dan sebagainya. Apabila bancuhan konkrit ditempatkan ke dalam acuannya, perlu memastikan bahawa di sekeliling tetulang diliputi dengan konkrit. Penutupan inidikenali sebagai kulit konkrit (concrete cover ). Kulit konkrit ini mestilah mencukupi supaya tetulangnya tidak muncul dan berkarat. Pada dasarnya, tebal kulit konkrit ini tidak boleh kurang daripada 12.5 mm atau diameter tetulangnya. Tebal kulit konkrit ini boleh ditetapkan dengan menggunakan blok jarak (spacer )semasa memasangkan acuan konkrit. KIUB TEST Kiub test adalah tujuannya untuk menentukan kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama seperti Slump Test. Ujian dibuat ke atas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.Tujuan Slump test adalah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya. BEAM (RASUK) Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadangkala rasuk bertindak sebagai pengikat.

Upload: noor-shaliza

Post on 11-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

konkrit

TRANSCRIPT

Page 1: Kon Krit

KONKRIT

Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air yang dicampurkan pada nisbah campuran tertentu. Bagi campuran biasa, kadar campuran simen, pasir dan batu baur ditetapkan mengikut nisbah berat atau nisbah isipadu. Konkrit digunakan dengan meluas dalam pembinaan bangunan, terutamanya pada tiang, rasuk dan papan lantai. Konkrit juga digunakan dalam pembinaan jambatan, kerja pembentungan, jalanraya, landasan kereta api,empangan, struktur dalam laut dan sebagainya.

Apabila bancuhan konkrit ditempatkan ke dalam acuannya, perlu memastikan bahawa di sekeliling tetulang diliputi dengan konkrit. Penutupan inidikenali sebagai kulit konkrit (concrete cover ). Kulit konkrit ini mestilah mencukupi supaya tetulangnya tidak muncul dan berkarat. Pada dasarnya, tebal kulit konkrit ini tidak boleh kurang daripada 12.5 mm atau diameter tetulangnya. Tebal kulit konkrit ini boleh ditetapkan dengan menggunakan blok jarak (spacer )semasa memasangkan acuan konkrit.

KIUB TEST

Kiub test adalah tujuannya untuk menentukan kekuatan konkrit mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sama seperti Slump Test. Ujian dibuat ke atas kiub konkrit pada hari ke-7 dan ke-28 dari tarikh kiub tersebut dibuat.Tujuan Slump test adalah untuk memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit di samping mengawal kekuatannya.

BEAM (RASUK)

Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadangkala rasuk bertindak sebagai pengikat.

a) Rasuk Utama (Main Beam)

Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.

b) Rasuk Kedua (Secondary Beam)

Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama.

c) Rasuk pengikat (Tie Beam)

Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.