komsas t1puisi tradisional pantun dua kerat

13
Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1 Genre Puisi Tradisional Tingkatan : Satu Masa : 80 minit Tajuk : Pantun Dua Kerat (Nasihat) Genre : Puisi Melayu Tradisional. (Antologi Kasut Kelopak Jantung) Fokus Utama: 10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi. Aras 1 (v) Menyatakan jenis, ciri dan bentuk puisi. Fokus Sampingan: 12.1 Menghasilkan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Aras 1 (iii) Memilih diksi yang sesuai untuk membina baris pantun dua kerat. Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menyatakan empat ciri atau bentuk pantun dua kerat. ii. Menyatakan maksud bagi Pantun Dua Kerat iii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata nama am dan kata nama khas daripada petikan tersebut. Kemahiran Bahasa : Kemahiran Membaca 1

Upload: codybowlsmalaysia

Post on 26-Jun-2015

1.122 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

Tingkatan : Satu

Masa : 80 minit

Tajuk : Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Genre : Puisi Melayu Tradisional. (Antologi Kasut Kelopak Jantung)

Fokus Utama: 10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.Aras 1 (v) Menyatakan jenis, ciri dan bentuk puisi.

Fokus Sampingan: 12.1 Menghasilkan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Aras 1 (iii) Memilih diksi yang sesuai untuk membina baris pantun dua kerat.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan empat ciri atau bentuk pantun dua kerat.ii. Menyatakan maksud bagi Pantun Dua Kerat iii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata nama am dan kata nama khas daripada petikan

tersebut.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran Membaca : Kemahiran Menulis

1

Page 2: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

Sistem Bahasa

Tatabahasa: Kata nama

Kosa Kata: Umum: belanga, gantang, jentik.

Istilah: -

Pengisian Kurikulum

Ilmu: moral

Nilai: kerajinan, berterima-kasih, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah:

2

Page 3: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

Langkah Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaianFormatif

KBT / Catatan

Set Induksi Lakonan Situasi

Guru memilih dua orang murid untuk melakonkan situasi.

Guru mengarahkan murid-murid lain memberi perhatian terhadap lakonan tersebut.a. Perbualan antara Salman, seorang murid yang melakukan kesalahan

disiplin dengan pengawas sekolah yang menangkapnya.

Guru meminta murid menyatakan jenis puisi yang digunakan dalam lakonan.

Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.

Lampiran 1(Skrip Lakonan situasi)

3

Page 4: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

1 Guru meminta murid merujuk Pantun Dua Kerat dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung.

Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan memberikan arahan.

a. Guru mengarahkan murid memberi maksud Pantun Dua Kerat.b. Guru mengarahkan murid menentukan pembayang dan maksud dalam

pantun.c. Guru meminta murid mencari andaian yang tersirat pada baris maksud

pantun.d. Guru menyuruh murid merenung semula pendapat atau andaian maksud

tadi.

Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.a. Guru meminta semua ahli kumpulan mengambil bahagian.b. Guru meminta murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang

betul. Kemudian nyatakan maksud pantun dengan tepat.

Lampiran 2(pembahagian tugas kumpulan)

2 Guru mengedarkan lembaran kerja kosong tentang bentuk-bentuk yang terdapat dapam pantun dua kerat.

Guru mengarahkan murid secara berpasangan untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut.

Guru memantau perbincangan murid. Secara rawak, guru memilih beberapa orang murid untuk mengisi carta di

papan putih berdasarkan lembaran kerja. Guru memurnikan jawapan murid dan menerangkan secara terperinci bentuk

pantun dua kerat.

Objektif pertama tercapai

(lampiran 3)Lembaran kerja

4

Page 5: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

3 Guru mengulang kaji tentang kata nama kepada murid-murid di dalam kelas. Guru mengarahkan murid menyenaraikan kata nama am dan kata nama

khas. Guru akan mempamerkan hasil kerja kumpulan murid yang terbaik di sudut

mata pelajaran di dalam kelas.

Lampiran 4(Kad imbasan)

Penilaian dan

Peneguhan

Guru memberikan sekeping kad imbasan kepada setiap kumpulan. Guru meminta murid berbincang untuk memberikan jawapan teka-teki itu

dalam bentuk pantun dua kerat yang betul bentuknya. Guru membuat kesimpulan dengan menjelaskan sekali lagi tentang objektif

P&P pada hari itu iaitu mengenal pasti empat ciri pantun, membaca pantun dan menghasilkan pantun dua kerat telah tercapai.

LAMPIRAN 1

Lakonan Situasi

Salman telah ditangkap oleh pengawas kerana kesalahan mencuru telefon bimbit rakan sekelasnya.Pengawas : Itulah awak Salman, tidak berfikir sebelum bertindak.

”Kembang jarak kembang jagung,berani buat berani tanggung”.

Salman : Saya sangat menyesal kerana tidak memikirkan akibat perbuatan saya.” Periuk belanga kuali, Busuk nama menipu mencuri”

Pengawas : Saya kata itik, awak kata ayam Sudah kena jentik baru nak diam”

5

Page 6: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

LAMPIRAN 2

Pembahagian Tugas Kumpulan

KUMPULAN MAKSUD RANGKAP1 Rangkap 1 dan 22 Rangkap 3 dan 43 Rangkap 5 dan 64 Rangkap 7 dan 85 Rangkap 9 dan 10

6

Page 7: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

LAMPIRAN 3

Lembaran Kerja

Luaran Dalaman

Bebas / Terikat Jumlah perkataan sebaris _______________________ __________________________

7

Bentuk-Bentuk Pantun

Page 8: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

Bilangan baris serangkap ___________________________

Jumlah suku kata sebaris ____________________________

Rima akhir ____________________________ Baris pertama? ____________________________ Baris kedua ? ____________________________

LAMPIRAN 4

Kad Imbasan

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

1. Banyak buah si pohon turi, Buah apa kulit berduri.

Pantun beli : ______________________________ (pembayang) ______________________________ (maksud)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

1. Banyak buah si pohon turi, Buah apa kulit berduri.

Pantun beli : Pagi-pagi ke rumah Kak Yan (pembayang) Jawapanyan mestilah buah durian (maksud)

8

Page 9: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :2. Naik beca di kota Melaka,

Bilakah tarikh negara merdeka.

Pantun beli: _________________________(pembayang) ___________________________(maksud)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :3. Naik beca di kota Melaka,

Bilakah tarikh negara merdeka.

Pantun beli: Makan jambu dicicah cuka (pembayang) 31 Ogos kita merdeka (maksud)

9

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Kain perca atas pelenggarBuah apa biji di luar?

Pantun beli:

__________________________ (pembayang) __________________________ (maksud)Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Kalau tuan bujak bestari,Binatang apa keris di kaki?

Pantun beli:

__________________________ (pembayang) __________________________ (maksud)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Kain perca atas pelenggarBuah apa biji di luar?

Pantun beli:

Ikan keli si ikan tawar (pembayang) Buah janggus biji di luar (maksud)Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Kalau tuan bujak bestari,Binatang apa keris di kaki?

Pantun beli:

Makan nasi di warung Pak Jaki (pembayang)Ayam jantan keris di kaki (maksud)

Page 10: Komsas T1Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1Genre Puisi Tradisional

10

Contoh pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Beli ikan di geri Pak Tam,Apa binatang berdarah hitam?

Pantun beli:

__________________________ (pembayang) __________________________ (maksud)

Contoh jawapan pantun dua kerat (teka-teki)

Pantun jual :

Beli ikan di geri Pak Tam,Apa binatang berdarah hitam?

Pantun beli:

Pergi ke kedai bersama nyonya(pembayang) Pastilah sotong jawapannya (maksud)