komponen sistem bumi

9

Click here to load reader

Upload: haswendren-bala

Post on 07-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

nota geo

TRANSCRIPT

Page 1: Komponen Sistem Bumi

KOMPONEN SISTEM BUMI

Bumi kita terdiri daripada empat bahagian sfera iaitu Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera, dan Biosfera. Setiap bahagian sfera mempunyai ciri-ciri dan berinteraksi atau salingkaitan antara satu dengan yang lain berasaskan pengaliran sumber tenaga atau bahangan daripada matahari. Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sejumlah tenaga ini sudah cukup untuk menghidupkan sistem bumi.

1.Atmosfera                                                                   

Atmosfera merupakan lapisan udara yang meliputi bumi degan ketebalan lebih kurang 1000 km. Lapisan atmosfera mempunyai ketumpatan 0 dan mengandungi gas, wap air, debu dan habuk. Gas-gas yang terdapat dalam atmosfera seperti nitrogen 78%, oksigen 21%, argon 0.93%, karbon dioksida 0.03% dan lain-lain gas seperti neon, helium, metana, hidrogen, nitrusoksida dan ozon. Nitrogen, oksigen karbon dioksida merupakan gas-gas yang utama dan hampir dengan permukaan bumi. Lapisan udara semakin padat berhampiran dengan permukaan bumi dan semakin nipis di lapisan atas daripada permukaan bumi. Atmosfera merupakan lapisan udara yang amat penting kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kepentingannya dapat dijelaskan sebagai berikut:

1.     Gas oksigen amat penting kepada pernafasan semua kehidupan.

2.     Gas karbon dioksida pula penting untuk proses fotosentesis bagi tumbuh-

      tumbuhan.

3.     Fenomena cuaca akan berlaku pada ruang atmosfera seperti proses

      penyejatan, pembentukan awan dan kejadian kerpasan yang amat penting

      kepada seluruh kehidupan di bumi kerana dapat membekalkan sumber air.

4.     Lapisan atmosfera merupakan ruang pergerakan ruang pergerakan gelombang

      yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi.

5.     Pada ruang atmosfera yang terdapat lapisan ozon pula amat penting sebagai

      lapisan penyerap jenis cahaya matahari iaitu cahaya ultrungu.

6.     Oleh kerana terdapat pelbagai bahan dalam ruang atmosfera,maka ia turut

      berfungsi sebagai penebat haba kerana dapat menyerap sebahagian haba  

      yang dipancarkan dari matahari dan haba yang dibalikkan semula oleh bumi.

7.     Atmosfera juga menjadi ruang yang mampu membolehkan pembakaran dan 

Page 2: Komponen Sistem Bumi

     penghancuran meteorit, yang boleh mengelak dari jatuh terus ke permukaan

     bumi.

Komponen Atmosfera

a.     Troposfera

Troposfera merupakan lapisan yang paling hampir dengan permukaan bumi dan tarikan gravitinya yang kuat. Ketebalan lapisan ini dianggarkan kira-kira 8km hingga 18km. Ia  merupakan lapisan yang tidak stabil kerana sekitar lapisan inilah sering berlakunya keadaan cuaca seperti perubahan suhu, pergerakan angin, pembentukan awan dan hujan dari wap-wap air yang tersejat. Turut terdapat pada ruang troposfera ialah gas oksigen, karbon dioksida dan wap air yang membolehkan manusia,haiwan dan tumbuhan hidup di lapisan permukaan bumi. Selain itu, lapisan ini berfungsi sebagai penebat kepada haba iaitu dapat meresap sebahagian haba daripada matahari dan bumi. Keadaan tekanan udara pada lapisan ini adalah tinggi kerana terdapat tarikan graviti yang lebih kuat. Lazimnya pada ruang atmosfera perubahan suhu akan menurun sebanyak 1^C bagi setiap kenaikan 165 m dan sebaliknya. Lapisan yang memisahkan troposfera dengan stratosfera ialah Tropopaus.

b.     Staratosfera

Statosfera merupakan lapisan  yang lebih tebal daripada troposfera iaitu dianggarkan lebih dari dua kali ganda. Ianya bermula dari troposfera kira-kira pada ketinggian 18 km hingga ke lapisan ke 80 km. Lapisan ini tidak berawan, kering dan nipis. Oleh itu ia lebih stabil dan sesuai bagi penerbangan kapal terbang. Pada lapisan ini suhunya akan meningkat iaitu dari 50^C pada lapisan tropopaus tetapi meningkat kepada 0^C di kawasan atasnya. Lapisan yang memisahkan stratosfera dengan mesosfera ialah Sratopaus.

Oleh kerana pada lapisan ini terdapat lapisan ozon maka ianya amat berfungsi menyerap cahaya/ pancaran ultraungu boleh menyebabkan penyakit ketarak mata, kanser kulit dan boleh melemahkan sistem pelalian badan manusia.

c.      Mesosfera

Lapisan ini terletak pada aras 50 km iaitu dari stratosfera hingga ke 80 km. Keadaan suhu pada lapisan ini dikatakan semakin rendah bila semakin menghampiri kawasan

Page 3: Komponen Sistem Bumi

angkasa lepas. Min suhunya berubah-ubah dari kira-kira 0^C hingga 80^C . Ruang inilah merupakan kawasan yang boleh menghasilkan pembakaran dan penghancuran meteorit sebelum ianya jatuh ke permukaan bumi. Lapisan yang memisahkan mesosfera dengan termosfera ialah Mesopaus.

d.     Termosfera

Termosfera merupakan satu lapisan yang luas yang terbentang dari ketinggian 80 km hingga ke 600 km dari permukaan bumi. Lapisan ini juga dikenali sebagai lapisan Lonosfera, terutama yang terletak pada aras ketinggian 100 km hingga ke 600 km. suhu di ruang ini menjadi semakin meningkat mengikut ketinggian kerana ia merupakan lapisan yang banyak menyerap sinaran cahaya ultraungu. Dianggarkan suhunya kira-kira 1650^C. Pada ruang atmosfera ini terdapat zarah-zarah yang terdiri daripada gas-gas yang bercas (ION) yang dapat memantulkan gelombang radio ke permukaan bumi dan inilah yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi manusia. Turut terdapat pada lapisan ini ialah jalur-jalur yang berwarna –warni hasil daripada tindakan di antara zarah-zarah bercas  dengan magnet bumi dan gas-gas atmosfera yang dikenali sebagai “aurora”.

e.     Eksosfera

Eksosfera adalah lapisan yang paling jauh ke atas dari permukaan bumi dan mengandungi gas-gas ringan seperti helium, hidrogen dan argon. Udara pada lapisan ini amat nipis sehingga ia digelar sebagai lapisan Vakum. Kedudukannya ialah pada aras ketinggian hingga 700km hingga ke 1000km .

Page 4: Komponen Sistem Bumi

2.Litosfera

Litosfera  merupakan bahagian luar bumi yang bersifat pejal dan terdiri daripada batuan dan mineral. Lapisan ini adalah bahagian kerak bumi dan terletak di atas lapisan mantel. Ketebalan kerak bumi / litosfera adalah antara 30 km yang membentuk daratan dan kira-kira 10 km yang menjadi dasar lautan dan lapisan mantel. Oleh itu bahagian membentuk daratan sebagai sial dan dasar lautan sebagai sima. Litosfera merupakan lapisan yang dinamik dan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, dataran tinggi, dataran, dan dasar laut.  

·        Kepentingan lapisan litosfera kepada kehidupan di bumi

1.  Merupakan habitat kepada organisma hidup seperti manusia, haiwan dan

    tumbuh-tumbuhan.

2.  Lapisannya amat kaya dengan oleh pelbagai mineral dan batuan untuk menjana

    kemajuan dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembinaan.

3.  Batuan yang lama terdedah pada luluhawa akan menghasilkan tanah tanih yang

    amat penting kepada kegiatan pertanian.

4.  Tanih yang mengandungi nutrien yang banyak amat berguna kepada

     pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan       

3.     Hidrosfera

Page 5: Komponen Sistem Bumi

Ianya merupakan bahagian yang terdiri daripada air iaitu dianggarkan kira-kira 71% atau 2/3  daripada permukaan bumi.  Bahagian yang terdiri daripada air ini termasuk laut dan lautan kira-kira 97.2% (air  masin) manakala air sungai, air tasik, air bawah tanah, wap air dan litupan salji serta dan glasier kira-kira 2.8%. Kawasan lautan yang utama di dunia terdiri dari Lautan Pasifik (yang terbesar), Lautan Artik, Lautan Hindi dan Lautan Antartik. Suhu air laut adalah berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya di Kawasan Khatulistiwa suhunya panas kira-kira 21^C , manakala di kawasan garis lintang sederhana iaitu 45^C turun kepada 13^C dan di kawasan dengan hampir dengan Kutub pula suhu air lautnya hingga 0^C iaitu di bawah takat beku.

Kitaran hidrologi / kitaran air, menjamin kuantiti air di lapisan hidrosfera tidak banyak berubah kerana kehilangan air dari proses sejatan dari laut digantikan semula oleh hujan dan aliran terus sebahagiannya ke laut semula. Manusia, haiwan dan segala kehidupan amat bergantung kepaada hidrosfera.

·        Kepentingan hidrosfera

1.  Merupakan habitat kepada pelbagai organisma dan tumbuh-tumbuhan air.

2.  Sungai, laut, lautan manjadi jalan perhubungan dan  pengangkutan semulajadi

     yang penting.

3.  Membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

4.  Punca pendapatan penduduk yang tiggal berhampiran dengan laut, sungai dan

     tasik.

5.  Dapat membangunkan industri menjana kuasa hidroelektrik.

6.  Membekalkan sumber air kepada penggunaan domestik penduduk seperti

    membasuh, minum, mandi dan memasak.

7.  Manjadi bahan penting dalam industri yang berkaitan dengan  bekalan air

     seperti besi keluli, membuat batik, dan industri minuman.

8.  Membekalkan air kepada sistem pengairan di kawasan pertanian.

9.  Kawasan yang bertakung air dapat ditanam dengan tanaman seperti jut, padi,

     bakau dan nipah. 

4       Biosfera   

Page 6: Komponen Sistem Bumi

  

Biosfera merupakan bahagian yang terdiri daripada segala hidupan termasuklah manusia, haiwan tumbuh-tumbuhan dan organisma seni. Hidupan ini saling berkaitan dengan sistem yang lain dalam sistem bumi untuk terus hidup.

·        Kepentingan biosfera

1.     Manusia dan haiwan membekalkan karbon dioksida ke atmosfera dan berguna

      kepada tumbuhan  hijau untuk proses fotosintesis iaitu proses di mana pokok

      membuat makanannya.

2.  Tumbuhan pula membebaskan oksigen ke lapisan udara dan berguna untuk

     pernafasan manusia dan haiwan. Turut penting tumbuhan membekalkan       

     makanan  kepada manusia, haiwan dan menjadi bahan mentah dalam   

     perindustrian.

3.  Bakteria dan kulat pula menjadi agen untuk mengurai dan mereputkan haiwan

     dan tumbuhan yang  mati untuk membekalkan nutrien dan kesuburan tanah.

     Ini menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. 

Pada umumya kesemua sistem dalam sistem bumi yang  terdiri daripada Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera dan Biosfera sebenarnya saling berinteraksi dan bergantungan antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan keseimbangan dan hidupan dalam ekosistem. Walaubagaimanapun, matahari turut menjadi punca  atau tenaga utama dalam interaksi sistem-sistem bumi. Batuan direputkan untuk membentuk tanah –tanih bagi membolehkan tumbuhan tumbuh, matahari mempengaruhi proses penyejatan, membentuk awan dan kejadian hujan untuk pokok tumbuh subur. Tumbuhan membekalkan oksigen kepada pernafasan haiwan dan manusia dan seterusnya membekalkan makanan. Manusia membebaskan karbon dioksida ke udara dan digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanannya. Hidrosfera menjadi habitat hidupan air dan menjadi bekalan makanan manusia. Air laut membekalkan hujan ke bumi melalui sejatan dan kerpasan serta banyak lagi contoh saling kaitan dan interaksi di antara sistem-sistem bumi.