bumi sebagai satu sistem: tenaga dan proses

25
Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses Kuliah 3

Upload: ocean

Post on 27-Jan-2016

89 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses. Kuliah 3. Proses dan tenaga. Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai ‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’. Proses. Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 2: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Proses dan tenaga

Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai

‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’

Page 3: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Proses

Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan.

Dalam satu-satu sistem, proses itu berlaku apabila unsur-unsur yang membentuk sistem itu berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan bentuk/ rupa/ fenomena/ kejadian dll.

Manakala proses atau interaksi fizikal bumi berlaku dengan kehadiran (Input) tenaga

Page 4: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

TENAGA• Tenaga ialah keupayaan atau kuasa yang

membolehkan sesuatu kerja dilakukan• Tenaga menggerakkan objek• Tenaga tidak boleh diukur secara langsung, hanya

boleh diukur secara tidak langsung dengan melihat berapa banyak kerja yang dapat dilakukan.

• Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.

• Dua bentuk tenaga utama adalah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan

• Bentuk tenaga lain ialah: • Tenaga Elektromagnet• Tenaga Haba• Tenaga Kinetik• Tenaga Potensi• Tenaga Elektrik• Tenaga Graviti

Page 5: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Dua bentuk tenaga yang utama

Tenaga keupayaan Tenaga kinetik

Tenaga keupayaan adalah tenaga yang disimpan

Tenaga bersifat getaran

1. Tenaga keupayaan tarikan graviti/ kedudukan

2. Tenaga keupayaan elektrik (statik/arus)

1. Tenaga kinetik bunyi

2. Tenaga kinetik terma

3. Tenaga kinetik haba

4. Tenaga kinetik cahaya

Page 6: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tenaga Elektomagnet/ Sinaran – Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari dan dihantar terus

melalui angkasa lepas ke bumi.

Tenaga Haba Rasa – cth : Tenaga Sinaran yang mengenai permukaan seperti air

yang lama-kelamaan permukaan itu akan beransur panas.

Tenaga Haba Pendam – cth : Air yang naik ke atas melalui proses sejatan akan

membawa haba yang terpendam.

Tenaga Potensi – cth : Wap air yang tersejat dan membentuk awan terapung

di atmosfera mempunyai Tenaga Potensi

Page 7: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tenaga Kinetik – cth : Kawasan permukaan yang terkena sinaran eletromagnet

semakin lama semakin panas dan membentuk satu kawasan tekanan rendah. Pergerakan udara sejuk ke dalam sel tekanan rendah ini dikenali Tenaga Kinetik.

Tenaga Elektrik –Pertembungan cas (+ve) dan (-ve) yang terdapat dalam awan

akan mengahasilkan tenaga elektrik.

Tenaga Kimia – cth : Tenaga yang boleh memproses bahan kimia/ menukar

sifat kimia

Tenaga Graviti – kebolehan sesuatu benda untuk bergerak ke bawah melainkan

disekat

Page 8: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tenaga eksogen- Proses Eksogen1. Tenaga luaran khususnya daripada matahari2. Proses di permukaan litosfera3. Banyak mempengaruhi proses permukaanbumi dan di atmosfera.

Tenaga Endogen-Proses Endogen1. Proses berlaku di perut bumi namun kesannya

turut mempengaruhi permukaan bumi.2. Tenaga diperolehi daripada perut bumi seperti

geoterma

Proses ExterresterialProses dari jatuhan meteorit/tahi bintang dsb

Jenis Tenaga dan Proses

Page 9: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Contoh proses dan jenis tenagayang terlibat

• b. Tenaga Endogenetik(Dalaman)

• Proses Lipatan• Proses Gelinciran• Gunung Berapi

• a. Tenaga Eksogenetik(luaran)

• Kitaran Hidrologi• Edaran Atmosfera• Tiupan Angin• Arus• Rantaian Makanan• Proses Degradasi

Page 10: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Bagaimana tenaga mengalir?

Padi menggunakan tenaga matahari, oksigen, udara , air dan tanah serta nutrien tanih dalam proses fotosintesis untuk menghasilkan buah padi. Tenaga haba disimpan dalam bentuk tenaga kimia dalam tisu tumbuhan tersebut. Padi dituai dan digunakan juga untuk binatang ternakan. Ternakan makan padi lalu menyimpan tenaga padi dalam tisu ternakan. Apabila ternakan dimakan manusia, sebahagian tenaga yang diperoleh di digunakan untuk proses respirasi/ perpeluhan untuk boleh mengalami pertumbuhan dan juga bergerak. Akhirnya jumlah tenaga pada buah padi sepatutnya sama dengan jumlah tenaga dalam bentuk lain seperti tenaga haba yang dibebaskan ke udara melalui respirasi.

Page 11: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tenaga yang boleh diperbaharui

Tenaga solar: Tenaga yang telah lama digunakan oleh manusia. Ia boleh ditukarkan secara langsung atau tidak langsung kepada bentuk haba dan elektrik

Tenaga angin: Manusia telah menggunakannya untuk kincir angin

Tenaga Geoterma: Digunakan bagi jana kuasa elektrikTenaga Biomas : Ia adalah bahan organik yang mempunyai

tenaga kimia melalui fotosintesis. Apabila dibakar, tenaga haba dibebaskan

Tenaga keupayaan hidro : Dari stesen jana hidro. Tenaga nuklear: Tenaga yang dibebaskan semasa reaksi

nuklear

Page 12: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tenaga yang TIDAK BOLEH diperbaharui

• Tenaga bahan fosil : minyak,gas & arang batu

• Tenaga uranium dan tenaga nuklear

Page 13: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

PEROLAKAN ARUS OLEH TENAGA

Contoh 1

Contoh 2

Page 14: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

PERGERAKAN PLAT JUGA DIPENGARUHI OLEH TENAGA

Page 15: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

PERGERAKAN ANGIN DAN TEKANAN/ TENAGA

Page 16: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

PROSES PERGERAKAN/ GELINCIRANYANG DIPENGARUHI OLEH TENAGA-TERUTAMANYA TENAGA ENDOGEN

PROSES INI BOLEH MENYEBABKAN GEMPA BUMI

Page 17: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Ensotan tanih oleh pergerakanBatuan. Lihat tiang-tiang condongMembuktikan berlakunya pergerakan.Ini juga dipengaruhi oleh Kehadiran tenaga

Page 19: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Matahari Matahari adalah bebola gas yang mempunyai reaktor

nuklear di tengahnya  Cahaya dan haba yang dibekalkan oleh reaktor nuklear ini

mengawal iklim bumi dan membolehkan bumi dihuni. Bumi berada pada 150 juta km dari matahari, kesemua

sistem di bumi mendapat tenaga dari matahari. 

Page 20: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Keluaran Tenaga Daripada Matahari Tenaga yang dipancarkan setiap saat dipanggil luminositi, namun bumi Cuma mendapat sebahagian kecil sahaja luminositimatahari.

 Gelombang Elektromagnet Cahaya adalah sebahagian dari gelombang elektromagnet di angkasa. Gelombang elektromagnet membentuk julat yang besar terdiri dari gelombang radio yang mempunyai jarak gelombang 1 m atau lebih hingga ke X-Ray yang mempunyai jarak gelombang kurang dari 1/billion. Gelombang pendek X-Ray (bersifat partikel) manakala gelombang panjang bersifat gelombang 

Page 21: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Tahukah anda sejauh mana manusia bergantung kepada tenaga suria?

Cuba perhatikan senario berikut:

Kita semua memerlukan makanan, maka ianya sangat mudah, iaitu kita boleh membeli makanan di mana-mana tempat menjual makanan. Tapi dari manakah makanan itu diperolehi oleh penjual? ……Semuanya hasil daripada sumbangan tenaga suria….sayuran, hasil tenusu, daging dan sebagainya……..Ini kerana tanpa tanaga suria, maka tidak ada hidupan di bumi. Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk proses fotosintesis, tumbuhan pula sebagai pengeluar kepada hidupan lain dalam rantai makanan. 

Page 22: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

• Adakah mesin dan kenderaan juga memerlukan tenaga suria?

Jawapannya ialah YA!

Bahan api yang digunakan untuk menggerakkan mesin dan kenderaan dihasilkan berjuta tahun daripada hidupan yang reput dan ditekan. Tenaga yang disimpan dalam hidupan yang reput itulah sebenarnya yang menghasilkan bahan bakar tersebut. Ia merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui (stored energy).

• Tenaga tersimpan (stored energy) ini semakin berkurangan dan manusia harus menggunakan tenaga ini dengan bijak.

Page 23: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

• Tenaga membolehkan proses berlaku dan menggerakkan sesuatu.

• Peranan tenaga akan dibincang dengan lebih terperinci pada bab 4 dan seterusnya

Penutup

Page 24: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Cadangan Rujukan

• Bradshaw, M & Weaver, R. 1993. The Physical Geography: an introduction to earth environments. United State of America: The C.V Mosby Company.

• Doerr, A. 1990. Fundamental Of Physical Geography. USA: Wm. Brown Publisher.

• Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar Geografi fizikal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Tengku Anuar Teng Dalam & Shaharuddin Hj. Ahmad. Geografi Fizikal. Ed.3. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

• Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Tjia, H.D., Juhairi Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun & Anizan Isahak. 1987. Proses eksogen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 25: Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses

Sekian