komponen latihan kaunselor di malaysia

9
Komponen Penting Dalam Latihan Kaunselor Di Malaysia Ng Haw Kuen PENGENALAN Menurut Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze dan Martha Russell (2002), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kesemua sekolah terutama sekolah menengah patut mempunyai guru panduan masing-masing (Guidance Teachers) pada tahun 1963. Peristiwa ini merupakan perintis kepada perkembangan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negara ini. Pada tahun 1960an, ia lebih menintikberatkan kepada panduan kerjaya dan pelajaran di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Namun Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah memperkembangkan lagi perkhidmatan ini dengan menyatakan: Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Pada hari ini, Akta 580 atau Akta Kaunselor 1998 telah sekali lagi membuktikan kepentingan perkhihdmatan bimbingan dan kaunseling di negara ini. Bilangan Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan telah mencapai 1746 orang (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2010). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan nisbah 1 kaunselor untuk 500 orang pelajar di setiap sekolah. Jawatan Pegawai Kaunseling Psikologi yang setaraf dengan Pegawai Psikologi Klinikal dan Pegawai Psikologi juga telah diwujudkan di institusi kerajaan (Othman Mohamed, 2008). Dari peristiwa atas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mengambil tempat di negara kita, tetapi tanpa komponen latihan kaunselor yang efektif, adalah mustahil bahawa kerjaya ini boleh terus berkembang maju.

Upload: johar7766

Post on 29-Dec-2014

121 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Page 1: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

Komponen Penting Dalam Latihan Kaunselor Di Malaysia

Ng Haw Kuen

PENGENALAN

Menurut Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze dan Martha Russell

(2002), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kesemua sekolah terutama

sekolah menengah patut mempunyai guru panduan masing-masing (Guidance Teachers) pada

tahun 1963. Peristiwa ini merupakan perintis kepada perkembangan perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling di negara ini.

Pada tahun 1960an, ia lebih menintikberatkan kepada panduan kerjaya dan pelajaran di

sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Namun Laporan Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah memperkembangkan lagi perkhidmatan ini dengan

menyatakan:

Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah

dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan

kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja.

Pada hari ini, Akta 580 atau Akta Kaunselor 1998 telah sekali lagi membuktikan

kepentingan perkhihdmatan bimbingan dan kaunseling di negara ini. Bilangan Kaunselor

Berdaftar dan Perakuan Amalan telah mencapai 1746 orang (Lembaga Kaunselor Malaysia,

2010). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan nisbah 1 kaunselor untuk

500 orang pelajar di setiap sekolah. Jawatan Pegawai Kaunseling Psikologi yang setaraf dengan

Pegawai Psikologi Klinikal dan Pegawai Psikologi juga telah diwujudkan di institusi kerajaan

(Othman Mohamed, 2008).

Dari peristiwa atas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mengambil

tempat di negara kita, tetapi tanpa komponen latihan kaunselor yang efektif, adalah mustahil

bahawa kerjaya ini boleh terus berkembang maju.

Page 2: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

PIAWAI DAN KELAYAKAN LATIHAN KAUNSELOR

Piawai dan kelayakan latihan kaunselor ini dihasilkan oleh Lembaga Kaunselor pada tahun 2003

yang membincangkan latihan minima untuk melayakkan seseorang berdaftar sebagai seorang

kaunselor. Tiga bahagian dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor ialah:

a. Kerangka Pengakreditasian

b. Kurikulum Latihan Kaunselor

c. Piawai Praktikum dan Internship

Untuk lebih memahami aspek latihan kaunselor, maka beberapa perkara perlu diambil

perhatian iaitu pecahan kursus, pengiraan nilai jam kredit dan bidang kursus pengajian.

Pecahan Kursus adalah seperti berikut:

Komponen Ijazah Sarjana Muda

(Kredit)

Diploma Pasca Ijazah

(Kredit)

Sarjana (Kredit)

1. Teras

2. Praktikum

3. Internship

4. Elektif

66

3

6

45

33

3

6

6

33

3

6

6

Jumlah 120 48 48

Jadual 1 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Page 3: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

Nilai 1 Jam kredit atas dikira dengan formula berikut:

Perkara Formula

Kuliah 1 jam kredit = 1 jam seminggu X 14 minggu

Tutorial/Makmal 1 jam kredit = 3 jam seminggu X 14 minggu

Latihan Pratikum 1 jam Kredit = 8 jam sehari selama 10 hari di tempat latihan.

Jadual 2 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Bidang kursus untuk memenuhi keperluan minimum piawai adalah:

Teras Ijazah Sarjana Muda Sarjana

1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia 12 3

2. Perhubungan Menolong 15 6

3. Kepelbagaian Sosial dan Budaya 6 3

4. Kerja Kelompok 6 3

5. Perkembangan Kerjaya 6 6

6. Penaksiran 6 6

7. Penyelidikan dan Penilaian Program 12 3

8. Identiti Profesional 3 3

9. Praktikum Kaunseling 3 3

10. Internship 6 6

11. Kursus-kursus Elektif dan Projek Penyelidikan

45 6

Jumlah 120 48

Jadual 3 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Page 4: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

Contoh Kursus Dalam Komponen Latihan Kaunselor

Teras Pengenalan Contoh Kursus

1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Kefahaman tentang teori perkembangan manusia.

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Teori Personaliti

Psikologi Bilazim

Teori Pembelajaran

Psikologi Kanak-kanak dan Remaja

2. Perhubungan Menolong

Kefahaman tentang perhubungan kaunseling dan perundingan dalam proses menolong.

Meningkatkan kesedaran suadiri bagi mewujudkan hubungan terapeutik kaunselor-klien serta memelihara sempadan profesional.

Teknik dan Proses Kaunseling

Perundingan dalam Kaunseling

Kaunseling Keluarga

Kepimpinan dalam Kaunseling

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

3. Kepelbagaian Sosial dan Budaya

Kefahaman tentang kepelbagaian sosial dan konteks budaya seperti aspek perhubungan, isu dan trend dalam masyarakat majmuk dan berbilang budaya.

Kaunseling Pelbagai Budaya

Kaunseling Silang Budaya

Psikologi Sosial

Individu dan Masyarakat

Antropologi dan Sosiologi Budaya

4. Kerja Kelompok

Kefahaman tentang tujuan, perkembangan dan dinamika kelompok, teori dan kemahiran kaunseling kelompok serta pendekatan kelompok yang lain.

Kaunseling Kelompok

Prosedur Kelompok

Teori dan Teknik Kelompok

Dinamika dan Proses Kelompok

Kelompok dan Komunikasi Kelompok

Page 5: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

Teras Pengenalan Contoh Kursus

5. Perkembangan Kerjaya

Kefahaman tentang perkembangan kerjaya dan faktor yang berkaitan dengan kehidupan.

Kaunseling Kerjaya

Teori Perkembangan Kerjaya

Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan Personel

Perkembangan Kemajuan Kerjaya

Maklumat dan Perkembangan Kerjaya

6. Penaksiran Memberi kefahaman tentang pendekatan individu dan kelompok dalam penaksiran dan penilaian.

Ujian dan Pengukuran dalam Kaunseling

Analisis Individu dan Kelompok dalam Kaunseling

Penaksiran dalam Kaunseling

Penaksiran dalam Kesihatan Mental

Ujian dan Pengukuran Psikologi

7. Penyelidikan dan Penilaian Program

Kefahaman tentang kaedah penyelidikan, analisis statistik, taksiran keperluan dan penilaian program.

Didedahkan kepada kepentingan, peluang dan masalah penyelidikan dalam profesion kaunseling.

Penyelidikan dalam Kaunseling

Statistik dalam Kaunseling

Taksiran dalam Kaunseling

Kaedah Penyelidikan kaunseling

Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Kaunseling

8. Identiti Profesional

Pemahaman tentang semua aspek kefungsian profesional termasuk sejarah,peranan, struktur organisasi, etika, perundangan, pensijilan, perlesenan, kepiawaoan dan pengakreditasian.

Etika dan Perundangan Kaunseling

Amalan Profesionalisme Kaunseling

Falsafah dan Etika Kaunseling

Isu Etika dan Profesionalisme Kaunseling

Isu Etika dan Perundangan Kaunseling

Page 6: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

Teras Pengenalan Contoh Kursus

9. Praktikum Kaunseling

Pengalaman klinikal yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar membina dan mengembangkan kemahiran asas kaunseling dan mengintegrasikan pengetahuan profesional.

Makmal Kaunseling

Mikro Kaunseling

10. Internship

Pengalaman klinikal pasca pratikum yang diselia dengan tujuan untuk membolehkan pelajar menghalusi, meningkatkan dan memantapkan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran kaunseling di tempat latihan profesional.

Intership di tempat kerja

11. Kursus-kursus Elektif dan Projek Penyelidikan

Kefahaman tentang ilmu-ilmu yang berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Kaunseling Penyalahgunaan Dadah

Kaunseling di Organisasi dan Industri

Penyeliaan dalam Amalan Kaunseling

Pengurusan Stress

Kursus-kursus yang berkaitan

Jadual 4 (Sumber dari Lembaga Kaunselor)

Page 7: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

CADANGAN KOMPONEN LAIN DALAM LATIHAN KAUNSELOR

Disebabkan pekhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mencabar, maka komponen-

komponen latihannya juga harus sentiasa diubah atau ditambah bagi tujuan menyesuaikan diri

dengan penggunaan semasa. Selain daripada beberapa komponen yang ditetapkan oleh

Lembaga Kaunselor, masih banyak lagi komponen yang dicadangkan oleh pengamal kaunseling

di seluruh dunia.

Gelo (1995) menyatakan bahawa komponen keagamaan dan kejiwaan banyak

membantu semasa proses membuat keputusan di sesi kaunseling. Banyak kebaikan apabila

mengintegrasikan unsur keagamaan dalam kaunseling kerana ia sangat dapat mengurangkan

kemurungan (depression) kanak dan remaja serta masalah pembunuhan diri (Steward, Miller,

Breland, Neil, Roberts dan Slavin, 1999).

Kemahiran Kaunseling bersama golongan yang kurang upaya seperti penglihatan,

pendengaran, pertuturan, anggota badan dan lain-lain juga tidak boleh diabaikan. Golongan ini

juga memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti orang biasa sama ada dalam

aspek kesihatan mental, perkembangan diri, akademik, seksual, perkahwinan, keluarga, kerjaya

dan lain-lain (Julies dan David, 2006).

Komponen emosi juga kian mendapat tempat di bidang kaunseling, tanpa pengurusan

emosi yang berkesan pada diri kaunselor, sesuatu sesi adalah sukar mencapai matlamat yang

diharapkan. Tanpa kemahiran emosi, kaunselor adalah sukar menunjukkan sifat empati,

ketulenan, hormat dan seterusnya menjiwai isu klien. Menurut Easton, Martin dan Wilson

(2008) apabila kaunselor berurusan dengan klien yang mempunyai masalah tingkah laku yang

berat, kaunselor juga akan menjadi lebih emosional berbanding dengan biasa.

Masyarakat Malaysia masih tidak begitu terbuka apabila membincangkan isu-isu yang

berkaitan seksual, namun kemahiran ini perlu ada pada diri kaunselor kerana mereka mungkin

akan berurusan dengan klien yang mempunyai masalah transsexual, gay, lesbian, bisexual (LGB)

dan lain-lain. Sehingga kini, ramai kaunselor yang tidak selesa dengan masalah sexual

terutamanya klien LGB. Latihan terhadap isu ini harus diberi perhatian untuk tujuan mengenal

pasti dan membantu golongan minoriti ini mencapai kesejahteraan dalam kehidupan (Uuinn M.

Pearson, 2003).

Perkembangan teknologi komunikasi dan informasi (IT) banyak membantu dalam

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Telekaunseling dan ekaunseling sering dibahaskan

berkaitan keduduknya di profesion kaunseling (Elleven dan Allen, 2004). Untuk menjadi

seorang kaunselor yang berkesan kemahiran IT adalah sangat diperlukan. Pelbagai peralatan

online seperti facebook, email, chatroom, instant messager, bulletin board system dan lain-lain

Page 8: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

amat berkesan dalam usaha mempromosikan perkhidmatan, menjalin perhubungan awal dan

pemantauan klien (Herr, E.L. dan Best, P.L. ,1984).

Satu sistem pendidikan lanjutan atau perkembangan staf juga boleh dipertimbangkan

oleh Lembaga Kaunselor kepada ahlinya yang hendak membaharui perakuan amalan pada

setiap dwi-tahunan. Tindakan ini dapat memastikan kemahiran ahli pengamal kaunseling

berada pada tahap yang optimum serta menjamin mutu perkhidmtan kaunseling di negara ini.

RUMUSAN

Peringkat Pengajian minimum yang diterima untuk tujuan pendaftaran kaunselor berdaftar dari

2003-2010 oleh Lembaga Kaunselor adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Keadaan ini

sangat berbeza dengan negara barat di mana hanya peringkat Sarjana yang dibenarkan

menjalankan amalan kaunseling (Spencer G. Niles and Robert H. Pate, Jr. ,1989). Hal ini

berlaku mungkin disebabkan permintaan tinggi terhadap pasaran perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling. Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), tiada seorang pun boleh mengamalkan,

menjalankan atau mengendalikan amalan sebagai seorang kaunselor jika tidak didaftarkan dan

tidak mempunyai perakuan amalan dari Lembaga Kaunselor. Walaupun negara kita berdepan

dengan masalah kehausan kaunselor, tetapi latihan yang diberikan kepada bakal kaunselor

tetap tidak boleh diabaikan dan harus disemak sentiasa.

Page 9: Komponen Latihan Kaunselor Di Malaysia

RUJUKAN

Easton, C. , Martin, Jr.W.E. and Wilson, S. 2008. Counselor Preparation, Emotional Intelligence and

Implications for Counseling Self-Efficacy: Phase II. Counselor Education & Supervision, 47, 218-232.

Elleven , Russell K. and Allen, Jeff. 2004. Applying Technology to Online Counseling: Suggestions for

the Beginning E-Therapist. Journal Of Instructional Psychology, 31(3), 222-226.

Gelo, F. 1995. Sprituality: A Vital Componet of Health Counseling. Journal of American College. 44-1,

38-40.

Herr, E.L. and Best, P.L. 1984. Computer Technology and Counseling: The Role of the Profession.

Journal of Counseling and Development, 63, 192-195.

Julie, F.S. and David, W.S. 2006. Models of Disability: Implications for the Counseling Profession.

Journal of Counseling & Development, 84, 29-40.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Kaunselor. 1998. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

Sendirian Berhad.

Lembaga Kaunselor. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga

Kaunselor.

Lembaga Kaunselor Malaysia. Direktori Kaunselor. http://www.lkm.gov.my/ (30 Jan 2010).

Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze and Martha Russell. 2002. From

Colonialism to Ultranationalism: Histrory and Development of Career Counseling in Malaysia. The

Career Development Quarterly, 50, 264-278.

Othman Mohamed. 2008. Amalan Penyeliaan Kaunseling. Serang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Spencer G. Niles and Robert H. Pate, Jr. 1989. Competency and Training Issues Related to the

Integration of Career Counseling and Mental Health Counseling. Journal of Career Development, 16(1),

63-71.

Steward, R.J. , Miller, M.A. , Breland, A. , Neil, D. , Roberts, A. dan Slavin, R. April, 1999. Religion as an

Important Component of Diversity: Religion in Counseling Training Programs. Kertas kerja yang

dibentang di Great Lakes Regional Counseling Psychology Conference, pada 22-23 April 1999, Columbus,

Ohio.

Uuinn M. Pearson. 2003. Breaking the Silence in the Counselor Education Classroom: A Training

Seminar on Counseling Sexual Minority Clients. Journal of Counseling & Development, 81, 292-300.