kompetensi 1 lengkap

14
No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 14 KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME WTP 101 / TEKNOLOGI PEMBINAAN TAHAP / LEVEL L1 NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT K01 THE FUNDAMENTAL OF BUILDING TRADE IN CONSTRUCTION INDUSTRY OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE PERFORMANCE STANDARD M1K1.1 Mengenal pasti jenis-jenis perniagaan bangunan dalam industri pembinaan. M1K1.2 Mengenal pasti kepentingan langkah- langkah keselamatan dalam industri pembinaan. M1K1.3 Mengenal pasti teknologi pembinaan yang digunakan dalam industri pembinaan. No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10 Nama Pelatih : Tarikh: TAJUK : TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum kepada pelajar / pelatih tentang tred bangunan dalam industri pembinaan. Ianya sebagai satu pengenalan kepada pelajar yang berkeinginan untuk membangun kemahiran dan kompetensi mereka berkaitan teknologi pembinaan. Disamping itu kepentingan amalan langkah-langkah

Upload: zul-hilmi

Post on 19-Jun-2015

199 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGANKOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

WTP 101 / TEKNOLOGI PEMBINAAN

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE

M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY

NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT

K01 THE FUNDAMENTAL OF BUILDING TRADE IN

CONSTRUCTION INDUSTRY

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

PERFORMANCE STANDARD

M1K1.1 Mengenal pasti jenis-jenis perniagaan bangunan dalam industri pembinaan.M1K1.2 Mengenal pasti kepentingan langkah-langkah keselamatan dalam industri pembinaan.M1K1.3 Mengenal pasti teknologi pembinaan yang digunakan dalam industri pembinaan.

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 1 Drp: 10

Nama Pelatih : Tarikh:

TAJUK : TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum kepada pelajar / pelatih

tentang tred bangunan dalam industri pembinaan. Ianya sebagai satu pengenalan kepada

pelajar yang berkeinginan untuk membangun kemahiran dan kompetensi mereka berkaitan

teknologi pembinaan. Disamping itu kepentingan amalan langkah-langkah keselamatan diberi

penjelasan untuk melahirkan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat di dalam industri

pembinaan.

Page 2: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 2 Drp: 10

PENERANGAN

1.0 PENGENALAN

Tred bangunan ialah bidang-bidang kemahiran yang merujuk kepada sesuatu

kepakaran dan dipraktikkan dalam bidang pembinaan bangunan.Dalam industri

pembinaan, wujud pelbagai tred atau ketukangan yang menfokus kepada kepakaran

dalam sesuatu bidang secara khusus. Di Malaysia, bidang-bidang ini telah mengalami

banyak kemajuan sejajar dengan kemajuan industri pembinaan. Dalam kontek ini,

sebuah agensi iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau CIDB telah

dipertanggungjawabkan untuk membangun industri pembinaan negara.Melalui CIDB

bidang-bidang tred yang relevan dapat dikenalpasti. Maka latihan-latihan yang paling

diperlukan oleh sumber manusia dalam industri pembinaan negara dapat dibentuk dan

latihan peningkatan kemahiran melalui agensi latihannya dapat diperkasakan. Dalam

waktu yang sama agensi lain seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui MLVK

telah juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan latihan bagi menyediakan

tenaga mahir seiring dengan keperluan negara. Maka lahirlah beberapa tred bangunan

di bawah kendalian dan pengiktirafannya.

2.0 JENIS-JENIS TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan CIDB

i. Perpaipan( Retikulasi Air) /Plumbing (Water Reticulation)

ii. Perpaipan ( Bangunan& Kelengkapan Sanitasi)

iii. Penerap bata

iv. Pelepaan/ Plastering

v. Penjubinan/Tiling

vi. Pertukangan kayu (Tanggam)/Carpentry(Joinery)

vii. Pertukangan kayu (Kerja Acuan)

viii. Pemasangan Dinding Sekatan/ Drywall Partition Installation

ix. Pemasang siling Tetap/ Fixed Ceiling installation

x. Pemasangan Siling Sangkut/ Demountble Ceiling Installation

xi. Konkrit/Concreting

xii. Pembengkok bar / Barbending

Page 3: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 3 Drp: 10

xiii. Penyenggaraan & Operasi Bangunan ( Awam & Struktur)

xiv. Pemasangan Peranca

xv. Pemasangan Blok Konkrit ringan

xvi. Building Decorative Painting

xvii. Pengecat bangunan Alikasi Lapisan ( Senibina)

xviii. Pemasang Kerangka Aluminium

Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan JPK

i. Jurubina Bangunan (Building Constructor)

ii. Jurubina Berasaskan Kayu

iii. Perpaipan ( Plumbing)

3.0 DEFINISI

Definisi Teknologi

Merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Secara

umumnya teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin bahan dan

proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

 

Definisi Pembinaan

Pembinaan merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni

bina dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran dan

teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu

oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina, jurutera pembinaan atau arkitek. Untuk

memastikan pembinaan berjalan dengan lancar, perancangan yang berkesan amat

penting.

Page 4: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 4 Drp: 10

Kerja-kerja Pembinaan

meliputi kerja pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan,

penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau

perobohan :-

a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong,

sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan

atau padang terbang;

c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;

d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung,

pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan,

Definisi Teknologi Pembinaan

Melalui takrifan teknologi dan pembinaan dapat disimpulkan bahawa teknologi

pembinaan dimaksudkan sebagai aplikasi prinsip, sains dan teknologi kejuruteraan

dalam pembinaan bagi memudahkan dan kerja pembinaan agar lebih efektif, berkualiti

dan murah.

4.0 KESELAMATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN.

Pengenalan

Keutamaan keselamatan di tapak bina perlu dititikberatkan kerana terdapat banyak kerja –kerja pembinaan yang boleh membahayakan pekerja dan orang awam yang berada di sekitarnya.

Bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekrja serta memberi perlindungan terhadap risiko yang mungkin dihadapi di tapak bina, satu akta yang dinamakan Akta Keselamatn dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA – Occupational Safety and Health Act 1994) telah diwujudkan.

Page 5: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 5 Drp: 10

Berdasarkan akta ini, majikan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.

Peraturan Keselamatan di Tapak Bina

Panduan untuk Majikan

- Hendaklah selalu mengadakan sesi penerangan yang bertujuan untuk

memberi panduan tentang peraturan keselamatan dari semasa ke semasa

kepada pekerja.

- Hendaklah memasang jaring keselamatan pada bangunan tinggi bagi

mengelakkan objek yang terjatuh menimpa pekerja yang bekerja di bahagian

bawah.

- Hendaklah memastikan papan tanda keselamatan diletakkan di tempat-

tempat yang perlu supaya pekerja sentiasa peka dengan keselamatan.

- Hendaklah meletakkan Peraturan Am tentang keselamatan di tempat

strategik.

- Semua pihak terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan ketika

bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan, cermin

mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut keperluan.

- Tempat kerja hendaklah sentiasa kemas dan teratur, manakala peralatan

pula hendaklah tersusun.

- Alatan elektrik yang digunakan hendaklah berfungsi dengan baik.

- Laluan jentera atau lori ke dalam kawasan tapak hendaklah diselia dengan

rapi. Begitun juga dengan pemunggahan bahan-bahan dan bahan dari lori,

kren dan sebagainya perlu diselia oleh seorang pekerja khas.

- Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa tersedia ditempat yang strategik

supaya mudah diambil apabila diperlukan.

- Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna

sebelum menggunakannya.

- Lif yang disediakan untuk ke tempat tinggi perlu diselia oleh seorang petugas

khas.

- Pemadam api perlu disediakan di pejabat tapak supaya apabila berlaku

kebakaran tindakan sewajarnya dapat diambil.

Page 6: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 6 Drp: 10

Panduan untuk Pekerja

- Semua pihak yang terlibat hendaklah menggunakan peralatan keselamatan

ketika bekerja. Contohnya sarung tangan, topi keledar, kasut keselamatan,

cermin mata keselamatan, perisai dan alat perlindungan telinga mengikut

keperluan.

- Hendaklah memakai tali pinggang keselamatan ketika bekerja di tepi

bangunan yang tidak mempunyai penghadang.

- Gunakan alat bantuan pernafasan apabila memasuki kawasan yang

mengalami kebocoran gas beracun.

- Periksa dahulu semua jenis alatan bagi memastikan keadaannya sempurna

sebelum menggunakannya.

- Hanya bekerja di atas peranca yang telah dipasang dengan sempurna.

- Mengendalikan peralatan hanyalah sesudah mengetahui cara

penggunaanya. Hubungi penyelia sekiranya mengalami masalah.

- Laporkan semua jenis kemalangan kepada pihak majikan.

Kepentingan langkah–langkah penjagaan keselamatan dalam Industri Pembinaan

Di sebalik kepesatan industri pembinaan, majikan, pekerja dan pelanggan merupakan

kumpulan yang terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kelancaran

industri berkenaan. Dengan penglibatan ini kumpulan ini sering terdedah dengan bahaya

kemalangan dan memerlukan prosedur keselamatan sebagai panduan bagi menghindari

kecederaan. Prosedur keselamatan adalah satu kawalan dalaman yang penting.Sesuatu

operasi menggunakan prosedur keselamatan bagi memastikan pemilik dan pekerja tidak

tercedera dan tidak mencederakan pelanggan semasa operasi. Oleh itu pekerja-pekerja

industri tidak kira kedudukan dan pangkat perlu dijamin keselamatan kerana tugasnya yang

berisiko dan bahaya. Oleh itu langkah-langkah penjagaan perlu dititikberatkan demi

kepentingan keselamatan. Diantara kepentingannya ialah ;

i. Mengurangkan Insiden Kemalangan

Prosedur keselamatan boleh membantu mengurangkan bilangan insiden di tempat kerja.

Banyak syarikat menggunakan manual pekerjaan atau buku panduan bagi menjelaskan dan

mendidik pekerja tentang prosedur keselamatan.Dengan pengurangan insiden kemalangan

boleh membantu syarikat menjimatkan wang bagi tujuan polisi insuran.

Page 7: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 7 Drp: 10

ii. Mengekalkan Pensijilan

Syarikat atau Pengendali Industri akan menerima Sijil Prosedur Keselamatan. Pemilik

syarikat perlu untuk melaksanakan prosedur keselamatan bagi mengekalkan pensijilan

pihak ketiga (third-party certification). Dengan cara ini syarikat dapat menjimatkan wang

bagi polisi insuran dan menambah baik kebajikan pelanggan.

iii. Tanggungjawab Undang-undang (Legal Liability)

Prosedur keselamatan boleh membantu Syarikat pembinaan mengurangkan

tanggungjawab undang-undang. Tanggungjawab undang-undang sering berlaku apabila

pekerja atau pelanggan cedera semasa berurusan dan operasi.Kecederaan pelanggan

disebabkan kegagalan prosedur keselamatan membolehkan mereka mendakwa melalui

peguam atau petition bagi mengaudit syarikat berkenaan. Dengan adanya langkah-langkah

penjagaan dn Prosedur Keselamatan boleh menghindarkan pendedahan sedemikian

dihadapi oleh majikan.

iv. Menambah baik Operasi

Syarikat pembinaan boleh menambahbaik operasi perniagaan melalui penggunaan

peraturan keselamatan. Pemilik syarikat atau pengurus yang mahukan pekerja-pekerja

mereka menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan baik boleh mencari cara terbaru bagi

menambahbaik keberkesanan dan efisien proses pengeluaran. Prosedur keselamatan

membolehkan pekerja berkerja lebih cepat dan menambahbaik pengeluaran. Ini boleh

membantu menurunkan kos perniagaan dengan mengurangkan pekerja bagi mengekalkan

pengeluaran pada paras spesifik

5.0 TEKNOLOGI PEMBINAAN YANG DIGUNAKAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

DENGAN MEMATUHI PERATURAN BANGUNAN DAN KOD

Teknologi pembinaan diguna bagi pembinaan residential, sistem pengangkutan, sistem

industri dan projek berkaitan tenaga. Teknologi pembinaan melibatkan banyak aspek dalam

proses pembinaan bangunan. Ia menyediakan pengenalan, kaedah yang komprehensif dan

bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aspek teknologi pembinaan termasuk elemen-

elemen pembinaan komersial dan prinsip-prinsip perundangan. Secara spesifiknya ia

Page 8: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 8 Drp: 10

adalah satu kaedah dan panduan dalam urusan pembinaan bangunan bagi menyediakan

infrastruktur untuk kegunaan manusia. Diantara aspek-aspek yang terlibat adalah:

i. Keselamatan industri

ii. Jenis-jenis alat dan mesin yang diguna

iii. Pembinaan kerangka / struktur bangunan

iv. Pertukangan kayu

v. Pembinaan pintu, tingkap dan gerbang

vi. Pembinaan tangga

vii. Pembinaan Bumbung

viii. Perpaipan

ix. Sistem mekanikal

x. Konkrit dan Masonari

xi. Pemeriksaan Tapak

xii. Melukis, analisis pelan dan spesifikasi

xiii. Kod bangunan

xiv. Persekitaran

Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri

pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada

sesuatu standard yang diwartakan seperti ‘building by law’ dan kod pembinaan. Dalam

kontek ini standard yang dikenalpasti adalah merujuk kepada Department of Malaysian

Standard ( Standard Malaysia) iaitu satu badan akreditasi dan Piawaian kebangsaan.

Beberapa standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard

adalah seperti berikut:

BIL KETERANGAN KOD AMALAN1 Konkrit berstruktur pada bangunan dan

strukturnya tidak termasuk jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat dengan simen alumina. Rekomendasi bagi kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum dan tembok adalah dibina dari konkrit

MS 1195 : Part 1 : 1991Code of practice for structural use of concrete : Part 1 : Design and construction.

Page 9: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 9 Drp: 10

2 Kod berkaitan dengan “hot rolled steel section and plates”, dan bentuk biasa “ tubular” untuk bangunan. Tidak boleh digunakan untuk “ transmission towers” dan bangunan penternakan juga struktur yang direkabentuk untuk tujuan pengujian. Ini merangkumi definisi terma..

MS 416 : 1976Code of practice for the use of structural steel in building.

3 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari jenis rolled or built-up structural steel sections, dengan atau tanpa encasement konkrit , bertindak sepertimana slab konkrit in –situ . Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan.

MS 415 : Part 1 : 1976Code of practice for composite construction in structural steel and concrete : Part 1: Simply supported beams in buildings.

4 Piawaian yang menentukan struktur minimum, keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi kelas M, kelas J dan kelas S cerucuk konkrit tuang dahulu yang diguna dalam kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam.

MS 1314 : Part 3 : 2004Precast concrete piles : Part 3 : Precast reinforced concrete square piles (RC piles) Class M, Class J and Class .

5 Malaysian Standard meliputi peraturan dan maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod ini akan membantu profesional bangunan dalam industri pembinaan bagi menentukan dokumen kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel prefabricated .

MS 1313 : 1993Code of practice on large prefabricated panels.

6 Bahagian Malaysian Standard ini memberi rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan dalam standard ini.

MS 1294 : Part 2 : 1993Wall and floor tiling : Part 2 : Code of practice for the design and installation of external ceramic wall tiling and mosaics (including terra cotta and faience slabs).

7.0 KESIMPULAN

Industri pembinaan yang semakin pesat membangun seiring dengan teknologi

pembinaan yang semakin canggih dan tertakluk kepada undang-undang, kod dan

peraturan, amat memerlukan tenaga kerja yang cekap, mahir dan terlatih bagi setiap

tred bangunan.Menyedari hakikat ini lebih ramai tenaga mahir yang perlu dihasilkan oleh

pusat latihan yang bertauliah bagi mengatasi kebanjiran tenaga buruh asing.Bagi

memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja pula OSHA menggariskan langkah-

langkah keselamatan yang perlu dipatuhi

Page 10: Kompetensi 1 lengkap

No. Kod : WTP 101 / M01 / P ( 1 / 1 ) Muka: 10 Drp: 10

Uji diri

1. Apa yang anda faham berkaitan tred bangunan

2. Namakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengenalpasti tred-tred yang relevan dalam industri pembinaan.

3. Senaraikan 5 jenis tred bangunan yang anda ketahui

4. Nyatakan kepentingan langkah-langkah keselamatan di dalam industri pembinaan

5. Namakan satu piawaian yang digunakan di dalam teknologi pembinaan.

Bahan Rujukan:

1. Safety Precautions   for   Construction   | eHow.com www.ehow.com › Business

2. The   Safety Precautions   in a   Construction Industry wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics

3. MALAYSIAN STANDARD

www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd

4. Intelitekhttp://www.intelitek.com

5. Introduction to building trade by By Edward Roberts andGeorge Payneof The Homer S. Gudelsky Institute for Technical Education Montgomery College

6. Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan 4