komitmen jabatan hutan dan sarawak forestry corporation · gunaan ma pan untuk fauna dan flora...

1
p e m b a n g u n a n SELASA • 2 Ogos 2016 • 28 Syawal 1437H HAINI DARANI SIRI II S ARAWAK memang ter- kenal dengan kepel- bagaian bionya dan sentiasa mengamalkan peng- gunaan mapan untuk fauna dan flora liarnya. Namun demikian, Sarawak masih lagi berhadapan dengan aktivi- ti pemburuan dan pemerda- gangan hidupan liar secara haram. Jabatan Hutan yang ber- tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan hidupan liar di negeri ini sendiri me- ngakui memang pemerdagan- gan/ penyeludupan hidupan liar masih berlaku di negeri ini dan sebahagiannya dijalankan secara terbuka di pasar ming- gu seperti di Kapit, Bintulu dan Batu Niah. Menurut Pengawal Hidupan Liar, Jabatan Hutan Sarawak, Haji Sapuan Ahmad, pihaknya berhadapan beberapa caba- ran dalam menangani isu ber- kaitan hidupan liar di Sarawak. Antara cabaran yang dimak- sudkan ialah wujudnya per- mintaan dan pasaran untuk daging hidupan liar yang meningkat sehingga menyum- bang kepada pemburuan hidupan liar. Apabila permintaan pasaran meningkat, maka pemburuan juga semakin kerap berlaku Hidupan liar merupakan sum- ber protein untuk kebanyakan penduduk tempatan sejak zaman dahulu. Justeru, hidupan liar diburu sebagai makanan mereka. “Sekiranya pemburuan yang dilakukan bagi tujuan untuk makan sahaja, itu tidak akan menimbulkan sebarang ma- salah, tetapi sekiranya pem- buruan dilakukan bagi tujuan untuk dijual, itu yang mewu- judkan masalah,” tambah beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Hutan Sa- rawak. Sementara itu, larangan pemerdagangan hidupan liar telah menyebabkan harga pasaran gelap daging hidupan liar meningkat secara men- dadak. Oleh yang demikian, ia menjadi sumber pendapatan kepada pembekal yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, program pen- didikan dan kesedaran bagi meningkatkan kesedaran awam berhubung pemeli- haraan dan perlindungan hidupan liar juga masih belum memadai. “Namun, Jabatan Hutan tidak meneruskan program berkenaan sejak 10 hingga 15 tahun lalu, selepas pembaha- gian fungsi di antara agensi perhutanan dilakukan,” kata Haji Sapuan. Menurut Haji Sapuan, Jabatan Hutan juga mem- punyai jumlah kakitangan yang tidak berkadar dengan kawasan litupan pentadbiran. “Sebagai contoh, di Sanktu- ari Hidupan Liar Lanjak Enti- mau (LEWS) yang mempunyai keluasan lebih 200,000 hek- tar, kami hanya mempunyai kurang daripada 20 kakita- ngan menjalankan tugas pe- ngurusan termasuk penguat- kuasaan dan penyelengga- raan sempadan,” ujar beliau. Haji Sapuan juga mengakui program pengurusan dan per- lindungan hidupan liar yang dilaksanakan tidak fokus. Ini disebabkan Jabatan Hutan perlu mengurus dan menguatkuasakan tiga ordi- nan iaitu Ordinan Hutan, 2015; Ordinan Taman Negara dan Rezab Semulajadi, 1998 dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998. Pemerdagangan hidupan liar ...Dilema yang belum berkesudahan MENYEDARI keperluan bagi membendung aktiviti pem- buruan dan pemerdagangan hidupan liar, Jabatan Hutan Sarawak kini giat menjalankan pelbagai program bagi tujuan ini. Bagi menangani masalah ini secara holistik dan jangka panjang, Haji Sapuan berkata Kerajaan Negeri telah bersetu- ju menubuhkan jabatan baru yang akan dikenali sebagai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar, Sarawak. Jabatan ini akan memberi tumpuan terhadap pengu- rusan Kawasan Terlindung Sepenuhnya dan perlindungan hidupan liar di Sarawak. Di samping itu, penubuhan Komitmen Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporation jabatan baru ini akan memberi peluang menambah bilangan kakitangan mengikut keper- luan dan mereka akan lebih fokus dengan tugas dan tang- gungjawab baru yang berkai- tan pemeliharaan. Selain itu, pihak Jabatan Hutan juga meningkatkan jum- lah dan kualiti pengisian Pro- gram Pendidikan dan Keseda- ran Alam Sekitar. Program ini bertujuan me- nerangkan kepada pihak awam tentang kepentingan hidupan liar kepada manusia dan alam semula jadi dengan harapan ia dapat mendidik orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan sama-sama melindungi hidupan liar. Kumpulan sasaran ialah penduduk kampung di peda- laman, pekerja di dalam sek- tor perkayuan dalam kawasan konsesi pembalakan, pelajar sekolah rendah dan menengah dan guru pelatih di Institusi Perguruan di seluruh negeri. Jabatan Hutan juga telah melantik Renjer Kehormat Hidupan Liar di kalangan ketua-ketua masyarakat dan pihak yang berkepentingan. “Tanggungjawab renjer ini adalah untuk bertindak sebagai “mata” dan ‘’telinga” bagi pihak Kerajaan. “Mereka juga berperanan sebagai ejen kepada pihak Kerajaan untuk menyebarkan maklumat seperti larangan menjual hidupan liar kepada ruang lingkup pentadbiran ren- jer berkenaan,” kata beliau. Program lain yang turut diadakan ialah mengedarkan poster dan risalah hidupan liar, menyenaraikan hidupan liar di dalam senarai haiwan terlin-dung, menjalankan pe- nguatkuasaan dari semasa ke semasa dan membentuk semu-la Unit Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar. Sementara itu, jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata pihaknya dilan- tik oleh Kerajaan Negeri mem- bantu menguruskan hidupan liar di Sarawak. Menurut beliau, SFC melalui Swift Wildlife Action Team (SWAT) lebih memberi fokus kepada aktiviti menyelamat hidupan liar dan menguruskan aduan awam seperti serangan haiwan ganas, misalnya buaya, beruang dan sebagainya. Pada masa yang sama, SFC juga giat mempromosikan kesedaran tentang pentingnya hidupan liar melalui Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA). • LIHAT MUKA 2 Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga bertindak sebagai Pengawal Hidupan Liar, Jabatan Hutan Sarawak, Haji Sapuan Ahmad. Spesies beruang Helarctos malayanus atau Sun Bear merupakan haiwan terlindung di Sarawak. Ketua Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad. Ketua Program WWF-Malaysia Sarawak, Jason Hon. Pemerdagangan hidupan liar secara terbuka masih berlaku di kawasan luar bandar Sarawak. Hidupan liar menjadi sumber protein masyarakat luar bandar sejak zaman dahulu.

Upload: donhi

Post on 07-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

p e m b a n g u n a nSELASA • 2 Ogos 2016 • 28 Syawal 1437H

HAINI DARANISIRI II

SARAWAK memang ter-kenal dengan kepel-bagaian bionya dan

sentiasa mengamalkan peng-gunaan ma pan untuk fauna dan flora liarnya. Namun demikian, Sarawak masih lagi berhadapan dengan aktivi-ti pemburuan dan pemerda-gangan hidupan liar secara haram.

Jabatan Hutan yang ber-tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan hidupan liar di negeri ini sendiri me- ngakui memang pemerdagan-gan/ penyeludupan hidupan liar masih berlaku di negeri ini

dan sebahagiannya dijalankan secara terbuka di pasar ming-gu seperti di Kapit, Bintulu dan Batu Niah.

Menurut Pengawal Hidupan Liar, Jabatan Hutan Sarawak, Haji Sapuan Ahmad, pihaknya berhadapan beberapa caba-ran dalam menangani isu ber-kaitan hidupan liar di Sarawak.

Antara cabaran yang dimak-sudkan ialah wujudnya per-mintaan dan pasaran untuk daging hidupan liar yang meningkat sehingga menyum-bang kepada pemburuan hidupan liar.

Apabila permintaan pasaran meningkat, maka pemburuan juga semakin kerap berlaku Hidupan liar merupakan sum-ber protein untuk kebanyakan

penduduk tempatan sejak zaman dahulu.

Justeru, hidupan liar diburu sebagai makanan mereka.

“Sekiranya pemburuan yang dilakukan bagi tujuan untuk makan sahaja, itu tidak akan menimbulkan sebarang ma- salah, tetapi sekiranya pem-buruan dilakukan bagi tujuan untuk dijual, itu yang mewu-judkan masalah,” tambah beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Hutan Sa- rawak.

Sementara itu, larangan pemerdagangan hidupan liar telah menyebabkan harga pasaran gelap daging hidupan liar meningkat secara men-dadak.

Oleh yang demikian, ia

menjadi sumber pendapatan kepada pembekal yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, program pen-didikan dan kesedaran bagi meningkatkan kesedaran awam berhubung pemeli-haraan dan perlindungan hidupan liar juga masih belum memadai.

“Namun, Jabatan Hutan tidak meneruskan program berkenaan sejak 10 hingga 15 tahun lalu, selepas pembaha-gian fungsi di antara agensi perhutanan dilakukan,” kata Haji Sapuan.

Menurut Haji Sapuan, Jabatan Hutan juga mem-punyai jumlah kakitangan yang tidak berkadar dengan kawasan litupan pentadbiran.

“Sebagai contoh, di Sanktu-ari Hidupan Liar Lanjak Enti-mau (LEWS) yang mempunyai keluasan lebih 200,000 hek-tar, kami hanya mempunyai kurang daripada 20 kakita- ngan menjalankan tugas pe- ngurusan termasuk penguat-kuasaan dan penyelengga-raan sempadan,” ujar beliau.

Haji Sapuan juga mengakui program pengurusan dan per-lindungan hidupan liar yang dilaksanakan tidak fokus.

Ini disebabkan Jabatan Hutan perlu mengurus dan menguatkuasakan tiga ordi-nan iaitu Ordinan Hutan, 2015; Ordinan Taman Negara dan Rezab Semulajadi, 1998 dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.

Pemerdagangan hidupan liar...Dilema yang belum berkesudahan

MENYEDARI keperluan bagi membendung aktiviti pem-buruan dan pemerdagangan hidupan liar, Jabatan Hutan Sarawak kini giat menjalankan pelbagai program bagi tujuan ini.

Bagi menangani masalah ini secara holistik dan jangka panjang, Haji Sapuan berkata Kerajaan Negeri telah bersetu-ju menubuhkan jabatan baru yang akan dikenali sebagai Jabatan Taman Negara dan

Hidupan Liar, Sarawak. Jabatan ini akan memberi

tumpuan terhadap pengu-rusan Kawasan Terlindung Sepenuhnya dan perlindungan hidupan liar di Sarawak.

Di samping itu, penubuhan

Komitmen Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporation

jabatan baru ini akan memberi peluang menambah bilangan kakitangan mengikut keper-luan dan mereka akan lebih fokus dengan tugas dan tang-gungjawab baru yang berkai-tan pemeliharaan.

Selain itu, pihak Jabatan Hutan juga meningkatkan jum-lah dan kualiti pengisian Pro-gram Pendidikan dan Keseda-ran Alam Sekitar.

Program ini bertujuan me- nerangkan kepada pihak awam tentang kepentingan hidupan liar kepada manusia dan alam semula jadi dengan harapan ia dapat mendidik orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan sama-sama melindungi hidupan liar.

Kumpulan sasaran ialah penduduk kampung di peda-laman, pekerja di dalam sek-tor perkayuan dalam kawasan konsesi pembalakan, pelajar sekolah rendah dan menengah dan guru pelatih di Institusi Perguruan di seluruh negeri.

Jabatan Hutan juga telah melantik Renjer Kehormat Hidupan Liar di kalangan ketua-ketua masyarakat dan pihak yang berkepentingan.

“Tanggungjawab renjer ini adalah untuk bertindak sebagai “mata” dan ‘’telinga” bagi pihak Kerajaan.

“Mereka juga berperanan sebagai ejen kepada pihak Kerajaan untuk menyebarkan maklumat seperti larangan

menjual hidupan liar kepada ruang lingkup pentadbiran ren-jer berkenaan,” kata beliau.

Program lain yang turut diadakan ialah mengedarkan poster dan risalah hidupan liar, menyenaraikan hidupan liar di dalam senarai haiwan terlin-dung, menjalankan pe- nguatkuasaan dari semasa ke semasa dan membentuk semu-la Unit Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar.

Sementara itu, jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata pihaknya dilan-tik oleh Kerajaan Negeri mem-

bantu menguruskan hidupan liar di Sarawak.

Menurut beliau, SFC melalui Swift Wildlife Action Team (SWAT) lebih memberi fokus kepada aktiviti menyelamat hidupan liar dan menguruskan aduan awam seperti serangan haiwan ganas, misalnya buaya, beruang dan sebagainya.

Pada masa yang sama, SFC juga giat mempromosikan kesedaran tentang pentingnya hidupan liar melalui Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA).

• LIHAT MUKA 2

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga bertindak sebagai Pengawal Hidupan Liar, Jabatan Hutan Sarawak, Haji Sapuan Ahmad.

Spesies beruang Helarctos malayanus atau Sun Bear merupakan haiwan terlindung di Sarawak.

Ketua Jabatan Zoologi, Fakulti Sains & Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr. Mohd. Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad.

Ketua Program WWF-Malaysia Sarawak, Jason Hon.

Pemerdagangan hidupan liar secara terbuka masih berlaku di kawasan luar bandar Sarawak.

Hidupan liar menjadi sumber protein masyarakat luar bandar sejak zaman dahulu.