kolokium _kefahaman konsep 1 malaysia

16
TAJUK: KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP 1 MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR PRA UNIVERSITI SMKLY 2011 Disediakan Oleh : HAFIZZIE MOHD NOR ISMA SHAHIR ISMAIL MOHAMAD SAIFUDDIN AZIZ FATIN SALSABILA MD NAWAWI NIK IFEKA NIK HASSAN ARNIE NADIA AZMI CHE YUSSABILA HIDAYAH GURU GURU EN MOHD ASRI BIN IBRAHIM EN MOHD ASRI BIN IBRAHIM

Upload: pengajian

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

TAJUK:KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP 1 MALAYSIA DALAM KALANGAN

PELAJAR PRA UNIVERSITI SMKLY 2011

Disediakan Oleh :HAFIZZIE MOHD NORISMA SHAHIR ISMAIL

MOHAMAD SAIFUDDIN AZIZFATIN SALSABILA MD NAWAWI

NIK IFEKA NIK HASSANARNIE NADIA AZMI

CHE YUSSABILA HIDAYAH

GURUGURUEN MOHD ASRI BIN IBRAHIMEN MOHD ASRI BIN IBRAHIM

Kandungan :Bil Perkara Halaman1. 1Malaysia 32. Definisi 93. Latarbelakang Kajian 10

4. Borang Soalselidik Kefahaman Konsep 1Malaysia 12

5. Dapatan Kajian 15

6. Rumusan 21

7. Senarai Rujukkan 23

8 Lampiran 1 : Cetakkan Powerpoint Persembahan 24

1Malaysia

Konsep 1Malaysia. Dengan slogan “Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2008. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep ini di peringkat awal diperkenalkan. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu, definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini. Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar gagasan 1Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia.

Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan. Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpu kepada

kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan.

Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1Malaysia. Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Secara definisinya, konsep 1Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu.

Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru, tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta. Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini.

Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung mengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1Malaysia. Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha

menjayakannya. Perkongsian ideologi dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Oleh itu, semangat 1Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang telah ditetapkan.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. ‘1Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Definisi

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing. Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Melalui konsep 1Malaysia pihak kepimpinan negara tidak akan melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing semata-mata. YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Penjelasan

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman terhadap konsep 1 malaysia dalam kalangan pelajar pra universiti smkly 2011. Di samping itu, terdapat juga isu kepekaan pelajar terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dan mengambilberat perkembangan negara yang menjadi elemen penting kepada pembentukan jatidiri tulen para pelajar.

Penghargaan

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKLY, Yang Berusaha En. Mohd Asri bin Ibrahim kerana member i sokongan dan tunjuka ajar kepada kami menjayakan kajian ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan kerana telah memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Abstrak

Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kefahaman terhadap konsep 1 malaysia dalam kalangan pelajar pra universiti smkly 2011. Kami menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar yang berada dalam Tingkatan 6 Rendah tahun 2011. Melalui respon soal selidik yang kami peroleh, kami mendapati bahawa majoriti pelajar Tingkatan 6 Rendah secara asasnya memahami konsep 1 malaysia yang telah diperkenelkan oleh kerajaan.

MASALAH PENYELIDIKAN

Pengenalan kepada masalah penyelidikan

Kajian ini penting untuk mengetahui sejauhmanakah para pelajar tingkatan 6 ATAS SMKLY tahun 2012 memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan seperti dasar 1Malaysia. Kesedaran kepada kepentingan kemakmuran, keamanan dan pembangunan merupakan antara objektif pendidikan negara. Namun begitu, sekiranya terdapat rakyat yang memahami tentang kepentingan tersebut, maka sudah pasti akan berlakulah suasana yang huru-hara dan tidak tenteram. Hakl ini akan bertambah buruk sekiranya, terdapat golongan belia seperti pelajar sekolah yang tidak memahami erti kepentingan perpaduan.

Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan kajian ini ialah :

i. Kefahaman terhadap konsep 1Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan terhadap semanagat cintakan negara dalam kalangan pelajar.

ii. Kefahaman terhadap konsep 1Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

iii. Kefahaman terhadap konsep 1Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan dalam semangat untuk pelajar.

Kekangan Penyelidikan

Kajian ini dilaksanakan ke atas 30 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Long Yunus. Jadi, kajian ini adalah terbatas kepada pelajar Tingkatan 6 Rendah sahaja. Kajian ini hanya menggunakan kaedah soal selidik yang dijadikan sebagai instrumen kajian. Oleh sebab itu, keberkesanan kajian ini adalah sangat bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan para pelajar dalam menjawab borang soal selidik yang diberikan.

Teori

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Justeru, konsep 1Malaysia berupaya memecahkan tembok tersebut dalam pembentukan “Bangsa Malaysia”.

METOLOGI PENYELIDIKAN

Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik . Kaedah ini digunakan kerana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan skop kajian dengan sampel yang kecil serta dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku responden .

Populasi

Populasi untuk kajian ini ialah seramai 30 orang responden pelajar Tingkatan 6 Rendah di SMK Long Yunus. Mereka terdiri daripada pelbagai bentuk sosioekonomi Tujuan kami menjadikan pelajar Tingkatan 6 Rendah tahun 2011 sebagai responden kerana akan memudahkan penyelidikan kami di samping dapat mengecilkan lagi skop kajian yang dijalankan.

Kaedah Penyelidikan

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Di mana kami mengedar borang soal selidik kepada respoden untuk mendapatkan maklumat.

Prosedur Pengumpulan Data

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal selidik yang dibuat menerusi perbincangan dengan guru penasihat kami, iaitu Cikgu Mohd Asri Ibrahim. Soal selidik ini mengandungi item-item asas seperti kefahaman tentang konsep 1Malaysia dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam konsep tersebut. Item – item yang digubal adalah memerlukan jawapan ya atau tidak sahaja bagi memudahkan para pelajar memahami tentang apa yang ditanya.

KEPUTUSAN PENYELIDIKAN

Maklumat Respoden

BORANG SOALSELIDIK KEFAHAMAN KONSEP 1MALAYSIA

Tanda / pada petak YA dan x pada petak TIDAK

BIL Soalan YA TIDAK123456789

101112

Dapatan Penyelidikan

Soalan 1

BIL Soalan YA TIDAK1 Gdhjgkkk 27 3

Berdasarkan soalan 1 ,seramai 27 orang atau 90% responden memahami konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan, manakala 3 orang atau 10% responden tidak memahami apa-apa tentang konsep 1Malaysia yang perkenalkan oleh kerajaan.

Soalan 2

BIL Soalan YA TIDAK2

Rumusan

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum

etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identiti setiap etnik dan setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap "Penerimaan" di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Ini adalah janji dan matlamat yang digariskan oleh pentadbiran YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, harapan yang dizahirkan ini telah disambut dengan baik dan diterima sebagai satu cabaran oleh remaja dan mereka juga mengharapkan bahawa kepimpinan negara akan tulus alam menjalankan tanggungjawab mereka. Harapan dan aspirasi remaja adalah masa depan Negara dan pandangan mereka harus diberi perhatian yang sewajarnya.

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Pengertian ini adalah bertunjangkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju dalam jangkamasa yang telah ditetapkan, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.

Senarai Rujukkan

1. Readings On Ethnic Relations In A Multicultural Society;Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Serdang. 2005

2. Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Bangsa Malaysia; A. Aziz Deraman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2002

3. Membina Bangsa Malaysia. Jilid 1. Perpaduan Negara, Jabatan Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Kuala Lumpur, Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 2003

4. Hubungan Etnik di Malaysia,Baterah Alias, Huzaimah Ismail, Najahudin Lateh, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lampiran 1

Cetakkan Persembahan MS Powerpoint