koleksi peribadi drs. abdul rahman al-ahmadi...(ibkkm), universiti kebangsaan malaysia ( 1976-1978)....

7
SEKITAR PERPUSTAKAAN BIL. 39/2005 KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI oleh Raslin bin Abu Bakar* Abstrak Makalah ini memberi fokus kepada koleksi peribadi Drs. Abdul Rahman AI-Ahmadi sebagai koleksi pertama yang diperolehi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi ini telah diperolehi pada tahun 1994, merangkumi 2,041 judul dan 4,080 naskhah. Di antara bahan-bahan koleksi beliau terdiri daripada koleksi buku sebanyak 1,518 judul, majalah 280 judul, persidangan/seminar 70 judul, risalah 47 judul, kertas kerja 28 judul dan kamus 14 judul. Bahan lain-lain terdiri daripada memo, keratan akhbar, warta, manu skrip , buku cenderamata, minit mesyuarat, kertas kerja bengkel, bibliografi, laporan, tesis, ucapan dan surat. Syair Kemerdekaan yang diterbitkan pada tahun 1958, mengandungi 315 rangkap menceritakan peristiwa gilang gemilang dalam sejarah tanah air ketika sambutan kemerdekaan 1957 dengan terperinci berserta persembahan. Beliau merupakan seorang penulis artikel untuk majalah Dian dan beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Pengenalan Perpustakaan Negara Malaysia telah mewujudkan Koleksi Khas pada tahun 1971 dan seterusnya aktiviti perolehan dijalankan. Pembinaan koleksi ini diusahakan bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan dan penyelidik tempatan khasnya dan luar negara amnya. Ia mengandungi koleksi nadir, bahan fana, bahan arkib Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), bahan terperingkat (haram, sulit, terhad) dan brosur terbitan Jabatan. Sehingga kini PNM memperolehi koleksi peribadi daripada sepuluh (10) tokoh. Statistik keseluruhan koleksi peribadi adalah seperti dalam Jadual 1. Koleksi Khas terletak di bawah pengurusan Pusat Maklumat Malaysiana. Perkhidmatan bagi Koleksi Khas ini adalah secara akses tertutup di mana pelanggan perlu memohon bahan yang dikehendaki dari pegawai bertugas di kaunter Penasihat Pembaca. Hanya pada tahun 1994 koleksi peribadi diwujudkan dengan perolehan pertama koleksi peribadi Abdul Rahman AI-Ahmadi. 1 Makalah ini akan memberi fokus kepada koleksi peribadi Drs. Abdul Rahman AI- Ahmadi sebagai koleksi yang pertama diperolehi oleh Jabatan ini. Koleksi ini telah diperkenalkan dalam Seminar Antarabangsa * Pengarah Perkhidmatan Maklumat Malaysiana, Perpustakaan Negara Malaysia 1 Koleksi Abdul Rahman AI-Ahmadi. Pustaka Warisan Bangsa: Perpustakaan Negara Malaysia 1966-1996 (1996) : 23. Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 07-Nov-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

SEKITAR PERPUSTAKAAN BIL. 39/2005

KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI

oleh Raslin bin Abu Bakar*

Abstrak

Makalah ini memberi fokus kepada koleksi peribadi Drs. Abdul Rahman AI-Ahmadi sebagai koleksi pertama yang diperolehi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi ini telah diperolehi pada tahun 1994, merangkumi 2,041 judul dan 4,080 naskhah. Di antara bahan-bahan koleksi beliau terdiri daripada koleksi buku sebanyak 1,518 judul, majalah 280 judul, ke~as persidangan/seminar 70 judul, risalah 47 judul, kertas kerja 28 judul dan kamus 14 judul. Bahan lain-lain terdiri daripada memo, keratan akhbar, warta, manu skrip , buku cenderamata, minit mesyuarat, kertas kerja bengkel, bibliografi, laporan, tesis, ucapan dan surat. Syair Kemerdekaan yang diterbitkan pada tahun 1958, mengandungi 315 rangkap menceritakan peristiwa gilang gemilang dalam sejarah tanah air ketika sambutan kemerdekaan 1957 dengan terperinci berserta persembahan. Beliau merupakan seorang penulis artikel untuk majalah Dian dan beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku.

Pengenalan

Perpustakaan Negara Malaysia telah mewujudkan Koleksi Khas pada tahun 1971 dan seterusnya aktiviti perolehan dijalankan. Pembinaan koleksi ini diusahakan bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan dan penyelidik tempatan khasnya dan luar negara amnya. Ia mengandungi koleksi nadir, bahan fana, bahan arkib Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), bahan terperingkat (haram, sulit, terhad) dan brosur terbitan Jabatan.

Sehingga kini PNM memperolehi koleksi peribadi daripada sepuluh (10) tokoh. Statistik keseluruhan koleksi peribadi adalah seperti dalam J adual 1. Koleksi Khas terletak di bawah pengurusan Pusat Maklumat Malaysiana. Perkhidmatan bagi Koleksi Khas ini adalah secara akses tertutup di mana pelanggan perlu memohon bahan yang dikehendaki dari pegawai bertugas di kaunter Penasihat Pembaca.

Hanya pada tahun 1994 koleksi peribadi diwujudkan dengan perolehan pertama koleksi peribadi Abdul Rahman AI-Ahmadi. 1

Makalah ini akan memberi fokus kepada koleksi peribadi Drs. Abdul Rahman AI­Ahmadi sebagai koleksi yang pertama diperolehi oleh J abatan ini. Koleksi ini telah diperkenalkan dalam Seminar Antarabangsa

* Pengarah Perkhidmatan Maklumat Malaysiana, Perpustakaan Negara Malaysia 1 Koleksi Abdul Rahman AI-Ahmadi. Pustaka Warisan Bangsa: Perpustakaan Negara Malaysia 1966-1996 (1996) : 23.

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

SEKITAR PERPUSTAKAAN BIL. 39/2005

Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara yang diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang,

Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Jun 1995.

Jaduall : Statistik Koleksi Peribadi Mengikut Tokoh

Bil. Tabuo Tokoh Peribadi Jumlah Jumlab diperolehi Judul Naskbah

1. 1994 Abdul Rahman AI-Ahmadi 2,041 4,080 2. 1995 John Bastin 3,065 3,065 3. 1997 Che Ismail Che Daud 637 1,193 4. 1997 Pak Sako (Ishak Hj. Muhammad) 1,362 1,362 5. 1998 Aziz Jahpin 202 205 6. 1999 N.A. Halim (Abd. Halim Nasir) 63 63 7. 2000 Cina Peranakan 304 309 8 2002 Bung Karim (Abd. Karim Abdullah) 4,340 4,340 9. 2003 Mohd. Idris Kamaruddin 290 290 10. 2004 N aharudin Hj. Ali 42 43

JUMLAH KESELURUHAN 12,346 14,950

Latar Belakang Penyumbang Koleksi

Drs. Abdul Rahman AI-Ahmadi memulakan kerjaya dalam bidang penulisan sebagai pengarang Majalah Dian (1964-1969). Berkecimpung dalam bidang pendidikan sebagai pendidik di Yayasan Pengajian Tinggi Nilam Puri, Pengetua Maktah Adabi (1971-1972), Kota Bahru, Kelantan. Beliau pernah mengetuai Unit Ensiklopedia Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1975). Pensyarah sambilan di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978).

Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada, Indonesia diikuti dengan Bidang Sejarah, peringkat sarjana di Universiti Malaya. Beliau berkecimpung dalam dunia penulisan meliputi bidang sejarah, filologi, agama dan kebudayaan. ,'«., .-

Beliau telah dilantik sebagai Mualim Tamu, Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun

1993-1994 kemudian menjadi Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 1994-1995. Dalam tahun 1997 -1998 beliau kembali dilantik sebagai Mualim Tamu di PNM.

Pak Rahman mula menghimpun koleksi peribadi sekembalinya dari pengajian di Indonesia sekitar tahun 1960-an. Pada peringkat awal beliau menumpukan kepada karya-karya Ulamak Kelantan dan selanjutnya berkembang kepada bidang sejarah, novel, kitab-kitab tajwid, syair dan kol~ksi majalah Pengasuh. Minat mengumpulkan buku-buku ini pada peringkat awal didorong oleh, selain daripada keinginan sendiri adalah persekitaran keluarga beliau, di mana bapa beliau memiliki kedai buku di Kota Bharu, Kelantan.

Penyerahan Koleksi

Sebagai Mualim Tamu di PNM, beliau perIu melakukan kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu serta menghasilkan penulisan buku yang akan diterbitkan oleh Jabatan. Hasil

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

kajian beliau Syair Siti Zubaidah Perang China: Perspektif Sejarah telah diterbitkan pada tahun 1994. 2

Dalam usaha melakukan kajian beliau sudah pasti melakukan rujukan dan penyelidikan terhadap bukan sahaja manuskrip yang berkaitan tetapi juga bahan-bahan bacaan dan terbitan lain yang dapat membantu memperkukuh hujah dan pemyataan fakta. Kesukaran memperolehi maklumat akibat ketiadaan sumber rujukan berkaitan dalam koleksi PNM, menyulit dan mengganggu kelicinan perjalanan penyelidikan. Justeru, beliau terpanggil untuk menyumbangkan sebahagian besar daripada koleksi peribadi beliau bagi memperkukuhkan koleksi PNM terutama karya terbitan negeri Kelantan yang dapat menyumbang kepada kemudahan penyelidikan berkaitan sumbangan ulamak, institusi pondok dan penulisan berkaitan agama Islam.

Walaupun pada hakikatnya beliau amat sayang untuk melepaskan koleksi tersebut kepada PNM, tetapi atas keyakinan dan kepercayaan bahawa PNM mampu menyenggara, memulihara dan memelihara bahan-bahan berkaitan supaya dapat bertahan lebih lama, di samping itu penyelidik tempatan dan luar negara mendapat akses kepada koleksi tersebut.

Koleksi Peribadi Drs. Abdul Rahman AI­Ahmadi

Koleksi peribadi Drs. Abdul Rahman AI­Ahmadi atau lebih dikenali dengan Pak Rahman yang diserahkan kepada PNM berjumlah 2,041 judul merangkumi 4,080 naskhah. Ia merupakan salah satu koleksi peribadi yang terbesar selepas koleksi Bung Karim yang berjumlah 4,340 judul.

SEKITAR PERPUSTAKMN BIL. 39/2005

Buku adalah merupakan jumlah yang terbesar iaitu 1,518 judul diikuti oleh majalah sebanyak 280 judul, kertas persidangan/seminar70 judul, risalah 47 judul, kertas kerja 28 judul dan kamus 14 judul. Lain-lain bahan terdiri daripada memo, keratan akhbar, warta, manuskrip, buku cenderamata, minit mesyuarat, kertas bengkel, bibliografi, laporan, tesis, ucapan dan surat. Butiran terperinci berkaitan koleksi Pak Rahman sebagaimana dalam J adual 2.

Jadual2 : Jenis-jenis Koleksi Abdul Rahman AI-Ahmadi

Bil. Jenis Koleksi Bilangan

1. Buku 1518 2. Majalah 280 3. Risalah 47 4. Kamus 14 5. PersidanganlSeminar 70 6. Memo 1 7. Keratan akhbar 5 8. Warta 1 9. Forum 2 10. Manuskrip 5 11. Cenderamata 2 12. Mesyuarat 2 13. Nota 1 14. Minit Mesyuarat 13 15. Surat Pekeliling 2 16. Kertas syarahan 1 17. Muktamar 2 18. Bengkel 23 19. Bibliografi 8 20. Kertas kerja 28 21. Laporan 11 22. Tesis 3 23. Kertas Ucapan 2 24. Surat 1

JUMLAH KESELURUHAN 2,041

2 Perpustakaan Negara Malaysia. Laporan Tahunan Perpustakaan Negara Malaysia 1995: 19.

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

SEKITAA PERPUSTAKAAN SIL. 39/2005

Beberapa monograf terbitan yang tidak dinyatakan tahun terbitannya, dianggarkan pada tahun 1940-an dan 1950-an seperti Pergerakan Kaum Wanita Di Alam Islami oleh Abu Bakar Alashari, Madah Sukma (Impian Nafsu dan Kesedaran) gubahan Altaib, Syair Kemerdekaan oleh loon Hasan AI-Qudsi, Almanak Melayu oleh Nijar Abdul Hamid tahun 1941 dan cetakan skrip jawi dicetak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Bahan-bahan ini tidak terdapat dalam koleksi PNM.

Syair Kemerdekaan diterbitkan pada tahun 1958, mengandungi 315 rangkap syair yang mengandungi 4 bait setiap satu rangkap. Pengarang syair ini menyatakan tujuan Syair Kemerdekaan ini dikarang sebagaimana petikan pada syair ke empat seperti berikut :

Bukanlah menunjuk pandai dan bijak Atau menandakan pandai bersajak Kami bercerita kalau-kalau mustahak Itulah niat serta kehendak

Niat kedua untuk berbakti Kepada saudaraku pemuda pemudi Serta kepdda ibu pertiwi Dengan ikhlas tawadu' di hati

Amat menarik isi kandungannya yang menceritakan peristiwa gilang gemilang dalam sejarah tanahair ketika sambutan kemerdekaan 1957 dengan terperinci berserta persembahan yang diadakan. Walaupun dalam bentuk syair tetapi sarat mengandungi maklumat dan fakta berkaitan sambutan tersebut dan menjadikan ia sebagai salah satu bahan rujukan penting.

Pengasuh merupakan judul majalah yang ,. paling nadir dalam koleksi Pak Rahman, iaitu terbitan tahun 1919.3 Beliau mengumpulkan judul Jili sejak keluaran 1919 hingga awal

3 Senarai Majalah Koleksi Abdul Rahman AI-Ahmadi.

tahun 1979 tetapi tidak lengkap kerana keluaran tahun tertentu tidak terdapat dalam koleksi ini.

Pengasuh sumbangan Pak Rahman ini dapat membantu melengkapkan isu atau keluaran yang terdapat dalam koleksi PNM iaitu yang terawal ialah bi1.351 keluaran 1967. Majalah ini adalah satu-satunya majalah tertua iaitu diterbitkan pada 11 Julai 19184 dan terpanjang usianya di Malaysia yang masih diterbitkan hingga kini. Pengasuh adalah majalah yang mengandungi kandungan yang mantap menunjangkan fikiran dan membuka minda orang Melayu menjadi rujukan sejarah dan kemajuan perkembangan pelbagai ilmu seperti agama, falsafah dan tamadun Islam.5

AI-Hidayah (1923-1924), AI-Hikmah (1934-1940) dan Seruan Azhan (1927), Suluh Malaya, Penuntun, Penyedar juga merupakan himpunan bahan yang nadir. Judul-judul ini tidak terdapat dalam koleksi PNM. Demikian juga bagi judul Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di mana PNM mempunyai isu keluaran tahun 1966 manakala koleksi peribadi Pak Rahman mengandungi isu Oktober 1958, 196 ... dan 1964 yang tidak terdapat dalam koleksi PNM.

Koleksi peribadi Pak Rahman terutama dalam bidang perkara agama Islam mempunyai kelebihan tersendiri di mana karya dan penerbitan ulamak Negeri Kelantan. Koleksi ini memuatkan karya yang lengkap oleh Tuan Tabal, Sheikh Nawawi AI-Bantani, Kitab Tajwid dalam bahasa Melayu termasuk kitab tajwid dari Acheh dan J ambi. Selain daripada ito terdapat juga himpunan karya Haji Umar Nuruddin, Sheikh Haji Wan Ali, Haji Ahmad Mahir, Datok Haji Nik Mahmud dan Haji Muhamad Nur Ibrahim. Himpunan koleksi ini membuktikan kekayaan dan sumbangan

4 Syed Othman Syed Omar. Sumbangan Pengasuh kepada Masyarakat. Majalah Pengasuh. 15 Julai 2000: 1. 5 A. Aziz Deraman. Kelantan: Di antara Serambi Dunia Persuratan Melayu. Majalah Pengasuh. 15 Julai 2000: 12-13 .

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

pemikiran ulamak Kelantan dan budaya ilrnu yang subur di negeri Kelantan.

Kelantan terkenal sebagai salah sebuah negeri yang giat dalam pendidikan rnelalui institusi pondokdiMalaysia. Sebagai negeri yangrnemiliki bilangan pondok yang terbanyak dan antara yang terbesar di Sernenanjung Malaysia, institusi pondok rnernpunyai kedudukan yang istimewa di kalangan rnasyarakat Melayu khususnya di Kelantan. Kredibiliti institusi pondok ini berkait rapat dengan wibawa guru-guru dan tokoh agama terbabit. Koleksi ini juga secara tidak langsung memaparkan sejarah perkernbangan institusi pondok di Kelantan yang rnelahirkan graduan dan sarjana dalam bidang pengajian agama Islam dari Mesir dan Arab Saudi.

Skop pengurnpulan koleksi Pak Rahman tidak sernata-rnata terturnpu kepada bidang agama tetapi juga rnerangkumi bidang perkara lain seperti pentadbiran, kesusasteraan, kebudayaan, penulisan kreatif, penterjernahan dan sebagainya. Bahan dalam koleksi bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi terdapat juga dalam bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.

. , ·Penulisan Pak Rahman

Pak Rahman giat rnenulis sernasa beliau memegang jawatan sebagai Pengarang majalah Dian dari tahun 1964-1969. Hasil dari kegiatan tersebut beliau telah rnenerbitkan beberapa buku pada tahun 1966, antaranya ialah Pengantar Sastera dan Pengantar Ilmu Politik yang kedua-duanya diterbitkan oleh Pustaka Arnan Press.

Bagi penulisan artikel pula karya beliau telah diterbitkan dalarn rnajalah Dian

SEKITAR PERPUSTAKAAN Silo 39/2005

terbitan tahun 19676 dan 1969 dalam segrnen Tinjauan Undang-undang. Sebagai rnenyebut sebahagian daripada judul berkaitan termasuk Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan Be rten tangan Dengan PerlembagaanMalaysia Sendiri dalam Dian bilangan 9 tahun 1967 dan Erti Pengakuan Bagi Sesuatu Negara Menurut Hukum Antarabangsa yang dirnuatkan dalam bilangan 10 tahun 1967.7

Beliau rnenghasilkan Tarnadun Rurnpun Budaya Melayu yang diterbitkan oleh Kernenterian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 2003, Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Suatu Perbandingan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004, Kalung Bunga: Kumpulan Esei Abdul Rahman AI-Ahmadi diterbitkan oleh Kernenterian Belia dan Sukan pada tahun 1983. Artikel beliau rnenyentuh tentang rnonurnen bersejarah di negara, adat istiadat penyernpumaan rnayat orang Islam, adat istiadat Raja-raja Melayu dan asas-asas tradisi Melayu.

Artikel beliau berjudul Aksara dan Batu Bersurat Melayu Kuno telah dirnuatkan dalam Jurnal Filologi Melayu Jilid Idan 2, 1992. Kajian yang rnendalam rnelalui penyelidikan yang rneluas rnelahirkan artikel yang ilmiah. Artikel ini rnernbincangkan berkaitan aksara Melayu Kuno yang wuju9 dan digunakan sejak abad ke-4 Masihi dengan penernuan Batu Bersurat di Dong Yen Chau, Vitenam Selatan (Champa).8 Satu kajian yang rnenarik dan perIu diketahui oleh generasi kini.

Beliau juga rnengarang Syair Tadbir Mimpi yang rnernperkatakan tentang tafsiran mirnpi seseorang juga rnernberikan perspektif

6 Abdul Rahman AI-Ahmadi. Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia Sendiri. Majalah Dian, bil.9, 1967: 48-52.

7 Abdul Rahman AI-Ahmadi. Erti Pengakuan Bagi Sesuatu Negara Menurut Hukum Antarabangsa. Majalah Dian bil. 10, 1967: 139-145.

8 Abdul Rahman ai-Ahmadi. Aksara dan Batu Bersurat Melayu Kuno. Jumal Filologi Melayu. Jilid 1, 1992: 11-41 dan Jilid 2, 1992: 12-20.

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

SEKITAR PERPUSTAKMN SIL. 39/2005

pendidikan tentang alamat yang hadir dalam mimpi. Pada tahun 1994, PNM menerbitkan hasil penyelidikan beliau terhadap manuskrip Melayu berjudul Syair Siti Zubaidah Perang China: Perspektif Sejarah dan kemudian beliau menghasilkan Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi yang diterbitkan oleh PNM pada tahun 2000.

Pak Rahman aktif memberikan sumbangan dalam penulisan rencana meliputi aspek sejarah, agama sastera, falsafah, kebudayaan dan politik yang disiarkan dalam majalah­majalah tempatan seperti Dian, Mingguan Kota Bahru, Pengasuh, Warisan Kelantan dan lain-lain. Buah fikiran beliau turot termuat dalam lebih 50 kertas kerja yang dibentangkan dalam dan luar negara.

Beliau turot bergiat aktif dalam bidang penterjemahan dan antara hasil yang telah mendapat sentuhan beliau ialah seperti berikut:

a. Pulau Khazanah - Treasure Islam Uudul asal) oleh R Stevenson. K-uala Lumpur: Oxford University Press, 1968.

b. Satu U sui Baru Tentang Teori Letak Srivijaya - A Proposd'une Theorie sur Ie de Srivijaya Uudul asal dalam bahasa Perancis) dalam majalah Dian Bil. 10, 1967.

c. Kesusasteraan Melayu Rumi Cina Melayu: Satu Kajian Awal - Le letterature en Malaise Romaise des Chinios de Malaise Premier Enquete Uudul asal dalam bahasa Perancis) dalam Dewan Bahasa Jil (22) Bil 12 1978.

d. Ibnu Batutah - Textes 'Relation L'Extreme Orient (teks'ftsal dalam bahasa Perancis) .

e. Kun Lun dan Dwipantara - kouen louen et Dvipantara Uudul asal dalam Bahasa

Perancis) oleh M Sylvian Levi, dikutip dari Bijdragen Tot de Taal - Landen En Volkenkunde Van Nedul Indie, Deel 88, 1931.

f. Pelayaran Ibnu Batutah : Satu Fragmen Ringkas - Rihla Ibnu Batutah Uudul asal dalam bahasa Arab) Maktabah Al Khairiah, 1322 Hijrah.

Pemuliharaan Koleksi Pak Rahman

Kebanyakan bahan-bahan dalam koleksi ini terotama terbitan sebelum tahun 1960-an keadaan fizikalnya sudah uzur, rapuh dan mengandungi asid yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan usaha pengkatalogan bahan­bahan ini tergendala dan pemuliharaan perlu didahulukan.

Kerja-kerja pemuliharaan memakan masa oleh itu ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur. Keutamaan diberi kepada bahan yang rosak teruk. Terdapat juga faiI­fail berkaitan kebudayaan yang terbakar di mana keadaannya amat uzur dan sukar untuk dipulihara.

Sebahagian bahan yang masih baik dan kukuh keadaan fizikalnya telah siap dikatalog. Masih terdapat sebahagian bahan yang masih belum dikatalog terotama judul-judul dalam bahasa Arab.

Penutup

Penjelasan berkaitan koleksi yang terdapat dalam Koleksi Peribadi Abdul Rahman Al­Ahmadi dapat memberi gambaran dan penilaian kepada khalayak tentang kepentingan koleksi tersebut. Perpustakaan Negara Malaysia merasa bertuah kerana telah memperolehi koleksi beliau. Koleksi ini diharapkan akan dirujuk oleh pelanggan terutama penyelidik dan para sarjana dan memanfaatkan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi Pak Rahman .

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: KOLEKSI PERIBADI DRS. ABDUL RAHMAN AL-AHMADI...(IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976-1978). Bidang Hubungan Antarabangsa merupakan jurusan awal dari Universitas Gajah Mada,

Koleksi Peribadi ini boleh dirujuk oleh penyelidik di Perkhidmatan Maklumat M~aysiana, Aras 3, Blok Timur. Pelanggan yang ingin merujuk boleh memohon kepada Penasihat Pembaca yang bertugas. Masalah dankemusykilan yang dihadapi oleh penyelidik berkaitan Koleksi Peribadi boleh diajukan kepada pegawai bertugas.

Amalan mengumpul dan menyimpan bahan­bahan terbitan, karya peribadi, catatan harian dan sebagainya merupakan satu amalan yang penting dalam budaya ilmu tamadun moden. Tradisi ini telah dirintis oleh tokoh pemikir tanah air seperti Pendita Za'ba. Amalan mengumpul dan menyimpan ini masih belum menjadi amalan masyarakat Malaysia khususnya. Justeru, generasi sekarang adalah wajar untuk memulakan tabiat dan budaya ini.

Sumbangan oleh Pak Rahman ini ini amat bermakna dan besar ertinya kepada PNM kerana ia merupakan pelengkap kepada judul dan isu yang tidak terdapat dalam koleksi PNM. Sementara bagi judul bertindih ia berfungsi sebagai naskhah tambahan. Harapan PNM

.. ~upaya ramai lagi individu akan tampil untuk menyerahkan koleksi kepada PNM.

SEKITAR PERPUSTAKAAN BIL. 39/2005

Rujukan

A. Aziz Deraman. Kelantan: Di antara Serambi Dunia Persuratan Melayu. Majalah Pengasuh. 12-13; 15 Julai 2000.

Abdul Rahman Ah-Ahmadi. Rang Undang­undang Bahasa Kebangsaan Bertentangan Dengan Perlembagaan Malaysia Sendiri. Dian, bi1.9, 1967.

Abdul Rahman Ah-Ahmadi. Erti Pengakuan Bagi Sesuatu Negara menurut Hukum Antarabangsa. Dian, bil.l0, 1967.

Asma Ahmat dan Shaharom T.M. Sulaiman. Koleksi Nadir dan Koleksi Abdul Rahman aI-Ahmadi: Satu Pengenalan. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Antarabangsa Koleksi Khas Pengajian Asia Tenggara, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 19-21 Jun 1995.

Perpustakaan N egara Malaysia. Laporan Tahunan, 1995. Kuala Lumpur Perpustakaan N egara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia. Pustaka Warisan Bangsa : Perpustakaan Negara Malaysia 1966-1996. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1996.

Senarai Majalah Koleksi Abdul Rahman Al­Ahmadi.

Syed Othman Syed Omar. Sumbangan Pengasuh Kepada Masyarakat. Majalah Pengasuh. 1; 15 Julai 2000.

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2005 - Perpustakaan Negara Malaysia