koleksi penanda wacana dan bahasa gramatis

12
SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014) Nama: Kelas: Ekspres SPM Penulisan Karangan Bahasa Melayu ---------------------------- Koleksi Bahasa Gramatis Senarai Koleksi: 1. Penanda Wacana 2. Senarai Peribahasa Dalam Buku Teks SPM 3. Kamus Bahasa 4. Frasa Menarik Penanda Wacana (Sampel 1) 1) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, 2) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, atau Selanjutnya, 3) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala 4) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) …contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti 5) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan 1

Upload: mzliah-mzlan

Post on 28-Nov-2015

3.514 views

Category:

Documents


212 download

DESCRIPTION

Koleksi ini ialah hasil suntingan daripada laman-laman bahasa di internet, dan bermanfaat untuk penulisan karangan SPM, juga STPM. Semoga bermanfaat untuk semua.

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

Nama:

Kelas:

Ekspres SPM

Penulisan Karangan

Bahasa Melayu

----------------------------

Koleksi Bahasa Gramatis

Senarai Koleksi:

1. Penanda Wacana 2. Senarai Peribahasa Dalam

Buku Teks SPM3. Kamus Bahasa 4. Frasa Menarik

Penanda Wacana (Sampel 1)

1) Penanda permulaan karangana) Pada era globalisasi ini,b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,c) Dalam meniti arus kemodenan ini,

d) Dewasa ini,e) Pada masa ini,f) Kini,g) Dasawarsa ini,h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,i) Sejak sedekad yang lalu,j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,k) Kebelakangan ini,l) Belakangan ini,m) Sejak akhir-akhir ini,

2) Penanda memulakan isi baharua) Selain itu,b) Di samping itu,c) Sementara itu,d) Lebih-lebih lagi,e) Dalam pada itu,f) Lain daripada itu,g) Pada waktu yang sama,h) Dalam pada itu,i) Seterusnya, atau Selanjutnya,

3) Penanda huraian isi karangana) Hal ini demikian keranab) Hal ini berlaku keranac) Hal ini terjadi keranad) Hal ini disebabkan olehe) Hal ini wujud akibat daripadaf) Hal ini bersangkut-paut dengang) Hal ini berpunca daripadah) Hal ini tercetus apabilai) Hal ini timbul apakala

4) Penanda memberi contoh dalam karangana) Misalnya,b) …contohnya,c) Sebagai contoh,d) Tamsilnya,e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,f) Antaranya adalah seperti

5) Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkanb) Hal ini menyebabkanc) Oleh itu,d) Maka,e) Oleh hal yang demikian,f) Oleh sebab itu,g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,

6) Penanda menutup isia) Kesannya,b) Natijahnya,c) Akibatnya,d) Akhirnya,e) Ironinya,

1

Page 2: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

f) Dengan berbuat demikian,g) Dengan keadaan sedemikian,

7) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayatContoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian1) …… membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justerub) malahc) malahand) tambahan pulae) sementelahanf) sekali gusg) di sampingh) bahkani) malar-malar

8) Penanda memulakan perenggan penutupa) Kesimpulannya,b) Intihanya,c) Secara tuntas,d) Konklusinya,e) Sebagai penutup wacana,f) Sebagai penghias bicara akhir,g) Sebelum mengakhiri wacana ini,h) Secara keseluruhan,i) Secara total,

9) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbezaa) Walau bagaimanapun,b) Walakin begitu,c) Namun demikian,d) Daripada perspektif yang berbeza,e) Jika dilihat dari sudut lain,f) Dengan kata lain,g) Kontradiksinya,i) Di sebalik itu,j) Dalam pada itu,k) Dari sudut lain,

10) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasaa) Bak kata peribahasa, .......b) Bak kata peribahasa Melayu, ............c) Bak kata orang tua-tua, ...........d) Bak kata mutiara, .........e) Bak peribahasa, ............f) Bak kata cendekiawan, .............g) Persis kata peribahasa, ............h) Persis kata peribahasa Melayu, .............i) Persis kata orang tua-tua, ............j) Persis kata mutiara, ............k) Persis peribahasa, ...............

l) Persis kata cendekiawan, .............m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni..o) Fenomena ini dikatakanp) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa..

Penanda Wacana (Sampel 2)

A. Penanda Wacana Untuk memulakan Ayat Pendahuluan Karangan

a. Sedasarwasa ini,isu … sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini.

b. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

c. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

d. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, permasalahan sosial semakin membimbangkan

e. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, …

f. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini, memang kita dapat menyaksikan …

B. Penanda Wacana Ayat Terakhir Pendahuluan Karangan

a. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

b. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

c. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

d. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

e. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan

2

Page 3: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. Penanda Wacana Ayat Pertama Setiap Perenggan

a. Kita dapat menyaksikan betapa…b. Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…c. Lazimnya, dalam keadaan …d. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dipinggirkankan ialah …d. Pada hemat saya …e. Pada pandangan saya …f. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawag. Sebagaimana yang kita ketahui, …h. Sebagaimana yang kita maklumii. Sejak awal lagi, …j. Sejak kebelakangan ini, …k. Selain itu, pada masa ini juga …l. Seperti yang telah dinyatakan, m. Umum mengetahui bahawa

D. Penanda Wacana Ayat Kedua dan Seterusnya yang Lain

· Bagi sesetengah orang …· Begitu juga dengan …· Begitu juga halnya dengan …· Bertitik tolak daripada itu …· Bukan itu sahaja …· Dalam hal ini …· Dalam konteks ini ..· Dalam zaman yang serba canggih ini …· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …· Dengan adanya …· Dengan berbuat demikian …· Dengan perkataan lain ..· Disebabkan hal itu· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..· Hal ini berlaku disebabkan· Hal ini penting dalam· Hal ini serupa dengan· Hal yang serupa berlaku apabila· Hal ini disebabkan· Hal ini membuktikan bahawa· Hal ini menggambarkan bahawa· Perkara Ini secara tidak langsung akan· Ini semua meninggalkan kesan kerana· Perkara ini tentu sekali membuatkan· Jadi kita perlu· Jadi kita hendaklah· Keadaan ini tentunya· Lantaran itu, sehingga kini· Kesemua ini menyumbang kepada· Kita mengakui hakikat bahawa· Kita sering menonton di kaca televisyen· Kita sering membaca di dada-dada akhbar· Memandangkan keadaan yang sedemikian· Namun sejak kebelakangan ini,· Oleh itu, bolehlah dikatakan· Secara logiknya masa yang· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita· Keadaan ini seharusnya boleh· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· Kendatipun demikian, kita masih· Perkara yang paling nyata ialah· Apa yang perlu kita pastikan ialah

E. Penanda Wacana Untuk Menyatakan Statistik

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

F. Penanda Wacana Untuk Menyatakan Contoh

a. Sebagai contohnyab. Biar kita lihatc. Biar kita ambil contohd. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialahe. Sebagai analoginya,f. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah …

G. Penanda Wacana Untuk Kesimpulan

· Intihanya,· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas· Konklusinya,· Dengan ini diharapkan· Bukan itu sahaja· Mudah-mudahan perkara ini· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

H. Penanda Wacana Umum

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, hal ini akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu,

3

Page 4: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

akhirnya

3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,dengan itu

9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Senarai Pebibahasa Dalam Buku Teks SPM

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diriMaksud : Sombong

5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.

6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.

16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong

17. murah hatiMaksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong Maksud : Hampa. 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan

4

Page 5: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita

kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hatiMaksud : Gembira.

25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalangMaksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Kamus Bahasa (Sampel 1)

1. bermaharajarela - berleluasa2. konflik jiwa - pergolakan jiwa3. menopang dagu- termenung 4. tonggak - asas/dasar5. aset - sesuatu yang bernilai 6. menuding jari - menyalahkan orang lain7. seantero - seluruh8. malapetaka- bencana/ bala9. keserakahan - kerakusan, ketamakan10. konkrit- kuat, kukuh, mapan11. merealisasikan - menjadikan kenyataan12. vandalisme - merosakkan harta benda13. lumrah - kebiasaan14. duniawi - hal-hal dunia15. ketandusan - tidak ada16. disisihkan - dipinggirkan17. kritikal - serius

5

Page 6: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

18. sanubari - jiwa19. akar umbi - punca20. meranapkan - menghancurkan21. kesedaran sivik - kesedaran ttg tanggungjawab22. perdana - utama, primer23. materialistik - kebendaan24. membendung - mengawal25. realiti - hakikat26. berjat - kawan27. pancaroba - keadaan yang kacau28. mengheret - membawa kepada29. sayugia - harus, patut30. merunsingkan- merisaukan31. kepupusan - kehilangan32. khazanah - harta benda33. global - dunia seluruhnya 34. pusaka - sesuatu yang diwarisi turun-temurun35. warisan - harta pusaka36. prihatin - peka, cakna37. demonstrasi - menunjukkan38. gemuruh- hebat39. serampang dua mata - melakukan dua kerja serentak40. terjebak - terlibat41. arkib - tempat menyimpan benda khazanah42. mencungkil- mencari43. iltizam - harapan tinggi44. silaturahim - persaudaraan45. motivasi - semangat tinggi46. menyarankan - mencadangkan47. era - zaman48. sistematik- teratur, mengikut peraturan49. intensif- giat, bersungguh-sungguh50. menberangsangkan- membanggakan51. menimba- mendapat52. rentetan - ekoran53. tersadai - tidak bergerak54. peras ugut- ancaman, paksaan55. dif - tetamu56. sahsiah- keperibadian57. komitmen- kesungguhan58. perspektif - tanggapan59. julung-julung kali - pertama60. nadi - penggerak61. mengikis - membuang62. kegawatan - kejatuhan63. tampil - keluar64. syabas - tahniah65. kewibawaan- keupayaan66. muafakat - kerjasama67. terpikul- tertanggung68. teladan - contoh69. mengubah- menukar70. dinafikan - disangka71. menyeru- meminta72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan73. mutakhir- terkini 

74. fasilitator - pemudah cara75. fleksibel - mudah diubah suai76. kebejatan - kejatuhan77. persada -gelanggang, arena78. boikot- dipulaukan79. manfaat - faedah80. total- menyeluruh81. senggang - santai, tidak sibuk82. bergelandang- berperleseran83. maslahat- faedah84. norma - adat85. tersohor- terkenal86. kutsi - suci87. diuar-uarkan- dicanangkan88. dana - modal89. menerajui - memimpin, mengetuai90. imej - penampilan91. emansipasi - hak kebebasan92. merencatkan - menggagalkan93. dimonopoli - dikuasai94. kolot- kuno95. profesion - kerjaya96. informasi - penerangan97. integrasi - perpaduan98. aspirasi - cita-cita, keinginan99. memudaratkan - memburukkan100. dinamis - berdaya saing101. progresif- sihat dan cemerlang102. drastik - cepat103. perisai - pertahanan104. diagnosis - mengenal pasti105. pemantauan - pengawasan, pemeriksaan106. manifesto - pendirian107. waswas - tidak yakin108. natijahnya - kesannya109. mencerminkan- melambangkan110. jenama - jenis barang111. pornografi - bahan-bahan lucah112. diiktiraf -diakui113. obligasi - tanggungjawab114. impak - kesan115. tuntasnya- keseluruhannya116. akur - bersetuju117. efektif - berkesan118. konvensional- ceramah119. panji - bendera120. individualistik - mementingkan diri sendiri121. manipulasi- tindakan122. musibah - bencana123. lewa - tidak sepenuh hati124. prosedur - peraturan125. inisiatif - daya usaha126. anasir- gejala127. penggemblengan - penyatuan128. transisi - perantaraan129. kaliber - berkeupayaan130. dasawarsa - satu dekad131. insentif - imbuhan, ganjaran

6

Page 7: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

Kamus Bahasa (Sampel 2)

1. interpretasi : tafsiran2. mendepangi : menghadapi3. revolusi : perubahan secara cepat dan

meluas4. sejagat : seluruh dunia5. bertunjangkan : berdasarkan6. globalisasi : mengenai dunia seluruhnya7. marcapada : dunia sekarang ini8. dangkal : cetek, sedikit9. mapan : mantap, tidak berubah-ubah10. propoganda : pendapat yang dihebahkan

untuk mempengaruhi orang ramai11. dinobatkan : ditabalkan12. mangkin : faktor yang mempercepat

berlakunya sesuatu perkembangan13. dana : kumpulan wang untuk sesuatu

kegunaan14. memantau : melihat15. merintis : membuka jalan, mempelopori16. memacu : menggesa supaya bergerak

pantas17. menelusuri : menjejaki18. siratan : sesuatu yang tersembunyi19. terampil : cekap20. diperlekeh : dipermudah21. meritokrasi : sistem sosial yang

menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya

22. merit : sifat / kualiti yang layak mendapat23. mandiri : berdiri sendiri24. aktivis : orang yang melibatkan diri dalam

sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif

25. pugut : vandalisme26. pincang : ada kekurangannya27. mukadimah : permulaan kata28. fatan : cerdik / pandai29. arbitrari : tidak berasaskan pemikiran30. afiliasi : pertalian31. prolifik : banyak menghasilkan karya32. lampas : halus / lepas mulut33. menyingkap : membongkar / mendedahkan34. kebejatan : kerosakan / keburukan35. tempias : percikan / arus36. kancah : medan / gelanggang37. melestarikan : mengekalkan38. gimik : sesuatu yang digunakan untuk

menarik perhatian umum39. malap : pudar / muram40. alaf : seribu tahun41. alpa : lalai / leka42. stereotaip : tidak asli43. menerajui : memimpin / mengetuai44. badai : kekacauan45. sekelumit : sedikit46. meluputkan : menghilangkan47. kepompong : ruang lingkup / sarung48. tersohor : termasyhur 49. intiha : akhir / penutup50. berganjak : beralih51. wahana: saluran52. bermaharajarela: berleluasa53. konflik jiwa: pergolakan jiwa54. menuding jari: menyalahkan orang lain55. malapetaka: bencana/ bala56. keserakahan: kerakusan,

57. disisihkan: dipinggirkan58. kritikal: serius59. kesedaran sivik: kesedaran tentang

tanggungjawab 60. Prihatin: lebih peka61. Dimonopoli: dikuasai62. profesion: kerjaya63. infomasi: penerangan64. aspirasi: cita-cita, 65. dinamis: berdaya 66. drastik: cepat67. perisai: pertahanan68. diagnosis: mengenalpasti69. permantauan: pengawasan, 70. mencerminkan: melambangkan 71. modul: unit atau bahagian tersendiri yang

lengkap72. terpanar: tercengang-cengang73. akur: patuh74. isbat: ketetapan75. sederam: serentak, sekali gus76. domestic: dalam negeri77. kental: teguh78. prasarana: kemudahan dan perkhidmatan

asas79. vaksin: cecair yang disuntik untuk

mencegah penyakit80. pengap: sesak hingga sukar untuk bernafas81. dikuarantin: diasingkan kerana menghidap

penyakit82. hipotesis: pendapat yang dianggap benar

tetapi belum disahkan kebenarannya83. revolusi: perubahan meluas secara cepat84. akuatik: sesuatu yang tumbuh atau hidup

dalam air85. ekologi: kajian tentang hubungan antara

organism hidup dengan persekitarannya86. kompetetif: berdaya saing87. efek: kesan88. menggembleng: menyatukan89. e-dagang/e-ekonomi/e-bank: Urusan atau

jual beli dalam talian (online)90. juvenil: anak muda yang belum matang91. justifikasi: hujah atau pendapat yang

dikemukakan sebagai alas an92. kesiagaan: keadaan siap sedia93. signifikan: penting atau bermakna94. kondusif: baik/situasi yang mendorong ke

arah yang positif (selesa, selamat, aman)95. insentif: giat atau bersungguh-sungguh96. ideology: fahaman97. cauvinisme: rasa cinta/setia/semangat

yang keterlaluan98. retorik: penggunaan bahasa/tulisan untuk

mempengaruhi pemikiran pendengar

Frasa Menarik (Sampel 1)

1. Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya2. Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu3. Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan

7

Page 8: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

4. Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu5. Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam6. Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan7. Alaf baharu - Masa terkini8. Mutakhir ini - Pada masa kini9. Seantero dunia - Seluruh dunia10. Menikam sanubari - Merosakkan perasaan11. Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran12. Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek13. Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli14. Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan15. Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya16. Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan17. Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang18. Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan19. Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan20. Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani21. Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu22. Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum23. Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan24. Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa25. Landasan berfikir - Cara berfikir26. Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa27. Mengaibkan diri - Memalukan diri28. Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar29. Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir30. Alpukah - Daya usaha / inisiatif31. Bacul - Tidak bersemangat32. Badai kehidupan - Cabaran hidup33. Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai34. Berkongkalikung - Bersepakat35. Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh36. Praja - Kota / negeri37. Prakarsa - Inisiatif / daya usaha38. pramusaji - Pelayan tetamu di restoran39. Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari40. Nawaitu diri - Keinginan diri

41. Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri42. privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan43. Portfolio menteri - Tugas menteri44. Pentas siasah - Dunia politik45. Polemik - Bahas / debat / konflik46. Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan47. Linglung - Hilang ingatan48. Falah - Kejayaan / kemenangan49. interpretasi - Tafsiran / penjelasan50. bersilengah - Bersikap tidak tahu

Frasa Menarik (Sampel 2)

1. mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

2. mendukung kebenaran yang kita sepakati

3. mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

4. mengambil langkah sederap5. menghirup udara hasil kemerdekaan6. mengikut acuan sendiri7. mengundang kontroversi8. menjadi cerucuk utama pembangunan9. menjulang negara ke puncak jagat10. menuntut setiap anak watan

mengotakan aspirasi11. menyambut gamitan menara impian12. menyebabkan imej negara tercalar 13. menyediakan kursus dan latihan yang

relevan14. menyembunyikan masalah utama

masyarakat15. mereka lebih cenderung kepada

keseronokan dan berpeleseran16. mewujudkan masyarakat yang

bermaklumat dan berpengetahuan17. milineum baru ini pasti sahaja sarat

dengan muatan cabaran reformasi18. muafakat merupakan inti kepada

perpaduan19. negara kita akan bersih daripada unsur

sosial yang tidak sihat20. nilai keinsanan yang syumul21. nilai-nilai material semakin memberkas

dan meluas dalam masyarakat22. pandangan pro dan kontra yang

dipaparkan23. pelbagai cabaran yang bakal

menghambat24. pelbagai masalah sosial sedang

menghinggapi masyarakat25. pembentukan masyarakat sakinah

8

Page 9: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

26. pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

27. pendedahan oleh pihak media massa28. menghangatkan senario ini29. perlu dibaja kembali30. perubahan yang diharap masih belum

menjelma31. petanda kehancuran generasi32. pewujudan masyarakat madani33. propaganda negatif terhadap negara

kita dapat ditepis34. kita perlu mengorak langkah35. kita tidak wajar hanya akur dengan

arus yang songsang ini36. komitmen menyeluruh agensi yang

terlibat37. kongkongan yang selama ini dianggap

membelenggu38. Masalahnya, kita mahu memberi

pendapat tetapi tidak rela dikritik39. makmur dari segi ekonomi tetapi

muflis nilai kekeluargaan40. mampu mengadunkan satu kombinasi

usaha yang cukup padu41. manifestasi kesanggupan bangsa42. manusia bukanlah `haiwan robotik’

yang tidak mempunyai rasa dan jiwa43. masa depan menjanjikan cabaran di

luar jangkaan44. masalah putusnya komunikasi dan

jurang generasi45. masalah sosial dan susila yang

meruncing46. masih terbelenggu dengan cara berfikir

yang sempit47. masyarakat yang naif dengan mata

kebendaan yang melalaikan48. melangkah dengan seribu kekuatan49. melontarkan soalan yang cukup

penting50. melupakan cita-cita yang lebih luhur 51. membangunkan generasi yang

berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

52. membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

53. membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

54. membetulkan ketidaktepatan fakta55. membimbing mereka memenuhi

impian56. membina impian masa depan yang

lebih gemilang57. membongkar kepincangan58. membuktikan sensitiviti, kepekaan dan

keprihatinan mereka59. mempengaruhi minda generasi muda

60. mempertahankan perasaan saling bersefahaman

61. mempertingkat dan memperteguh kefahaman

62. mempraktikkan elemen tolak ansur 63. memudaratkan kesejahteraan rakyat64. menabur bakti kepada mereka yang

kurang beruntung65. menaburkan nilai kebendaan yang

tidak bertahan lama66. menagih komitmen dan pengertian

serius semua pihak67. menampilkan wajah baru yang

disulami tekad68. menangkis tuduhan yang tidak berasas69. mencapai tahap yang mencemaskan70. mencerminkan dengan jelas akan

hakikat ini71. mencerminkan generasi yang muflis

dan tercabut daripada akar tradisinya72. mendapat perhatian dan liputan media

massa73. mendepani masa depan yang tidak

menentu74. cabaran masa depan yang kian rencam75. Sesungguhnya, menangis ketika

berundur adalah lebih baik daripada merintih selepas melangkah

76. Zaman bertukar, musim berganti....77. Remaja bukan sahaja permata dalam

rumah tangga dan generasi harapan masa depan keluarga malah merupakan pewaris kegemilangan negara

78. Diharapkan biarlah aspek pendidikan itu tunjangnya dipaterikan dengan agama.

79. anak watan pewaris bangsa 80. dapat memberi horizon baharu kepada81. golongan juvenil82. kerajaan mempunyai justifikasi sendiri

dalam…83. mengemukakan beberapa resolusi84. mengundang kesiagaan semua pihak85. mengenal pasti nanah yang

menyebabkan jenayah86. dada akhbar memaparkan…87. hal ini mencalarkan impian atau hasrat

…88. isu yang kompleks atau

komprehensif…89. Mengukur kompetensi individu90. tragedi yang merupakan titik hitam

dalam…91. mencegah lebih baik daripada

merawati…

9

Page 10: Koleksi Penanda wacana dan Bahasa Gramatis

SMK Kota Marudu II (Sesi 2013/2014)

92. membentengi diri dengan iman yang kukuh

93. memberikan keputusan yang konklusif94. membina persekitaran yang kondusif95. menjadi satu ideologi96. tempias pembangunan97. kancah jenayah98. meningkatkan daya peka dan

keprihatinan remaja99. menjaga martabat negara daripada

dicemari100. membina utuh jati diri101. pembinaan bangsa madani102. pemantaauan dari semasa ke

semasa103. manusia dan arbitrarinya…104. penerokaan hutan yang terlalu

agresif105. setiap individu perlulah

membuka mata dan minda106. membentuk tamadun sesuatu

bangsa107. Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama108. budaya barat yang

menyesatkan109. Generasi kini tidak lagi melalui

zaman keperitan tetapi zaman yang selesa

110. Individu perlulah lebih kompetitif dalam…

111. semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk…

“Bahasa Jiwa Bangsa”

10