koleksi karangan

Upload: ferraleny-doline

Post on 03-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

koleksi

TRANSCRIPT

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA

PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersama-sama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai. "Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan nenekku. Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu. Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai. Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong. Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras. Aku lihat Atan cuba berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus. Tangannya terkapai-kapai dalam air. Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk kampung. Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan ayah kami. Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan, tetapi gagal. Aku dan Usop menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang datang menemui mayat Atan tersangkut pada akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital. Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun, penyesalanku sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."

PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini. Peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku. Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa. Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari awal agar apa-apa yang dicita-citakan akan dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia , pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal ini penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan berhasil. Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid memang perlu sentiasa bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dengan belajar dan mengulangjkaji pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan dicapai. Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana mengingatkan kita supaya sentiasa bersedia. Oleh itu, wajarlah maksud peribahasa ini dijadikan amalan dalam kehidupan.

PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya. Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya. Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu. Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin. Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lama-kelamaan perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya.