koleksi bahan cg narzuki onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/kt... ·...

9
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 10 orang pelajar 5Cita dan 10 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan satu rekod. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan belanjawan tunai dengan menggunakan teknik Akronim bagi formula. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Pelajar mengambil masa yang lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti “susah nak jawab soalan belanjawan”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu, macamana nak buat belanjawan tunai” dan lain-lain. Persoalan- Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Upload: lebao

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK

BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM

Oleh

RUSILAWATI BINTI MOIN

Sekolah Sultan Alam Shah

62520 Putrajaya

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 10 orang pelajar 5Cita dan 10 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan satu rekod. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan belanjawan tunai dengan menggunakan teknik Akronim bagi formula.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap

dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Pelajar mengambil masa yang lama

dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan

dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering

ditimbulkan oleh pelajar seperti “susah nak jawab soalan belanjawan”,

“nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”,

“cikgu, macamana nak buat belanjawan tunai” dan lain-lain. Persoalan-

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 2: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

persoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk

memudahkan anak murid saya menjawab soalan belanjawan dengan mudah

dan dalam masa yang singkat.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan

mendapati bahawa item belanjawan tunai merupakan satu item yang mudah

jika ianya disoal dalam SPM. Soalan ini menyumbang antara 10 hingga 12

markah. Jadi sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat,

peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi.

Masalah yang wujud dalam menjawab soalan belanjawan adalah pelajar tidak

mahir menentukan butiran penerimaan atau pun pembayaran dengan tepat

dan tidak mengingati formula dengan tepat.

Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan

masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah

mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang

pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar

dalam Belanjawan Tunai Prinsip Perakaunan dengan menggunakan

Akronim.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat belanjawan

tunai.

3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan

tepat dan mudah serta dalam masa 10 minit ke bawah.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 3: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam

peperiksaan.

3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan

lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar terdiri daripada 10 orang pelajar

lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 10 orang pelajar 5 Cita, Sekolah Sultan Alam

Shah, Putrajaya.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik Akronim

diperkenalkan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan

sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik

belanjawan tunai. Item belanjawan yang diuji adalah soalan 3

SPM Kertas 2 tahun 2004. Selepas semakan jawapan, saya tidak

memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat

penerangan teknik akronim. Seminggu selepas itu, saya

membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama.

Minggu seterusnya selepas itu saya membuat ujian pos 2

dengan menggunakan soalan 4 SPM Kertas 2 tahun 2007.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 4: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan

dengan belanjawan tunai sebelum dan selepas teknik Akronim

diperkenalkan.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :

a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan belanjawan tunai

dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam

masa kurang daripada 15 minit.

b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan

kesalahan yang dibuat.

c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan

menyeronokan.

5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

Bilangan Pelajar

10 – 12 5 16 18

08 – 09 4 1 2

06 – 07 7 2 0

04 –05 2 1 0

02 – 03 1 0 0

00 – 01 1 0 0

Jadual 1 :

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 5: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan

dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya

lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.

5.2.3 Analisa Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik

yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang

telah dijawab oleh pelajar.

Skala : 1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

Bil SKALA 1 2 3 4 5

ITEM BILANGAN PELAJAR

1. Prinsip Perakaunan adalah satu

subjek yang mudah 0 0 0 12 8

2. Belanjawan Tunai adalah tajuk yang

mudah 0 0 0 9 11

3. Teknik Akronim lebih memudahkan

saya menjawab soalan belanjawan 0 0 0 0 20

4. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 17 2 1 0 0

5.3 Tindakan yang dijalankan

1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta

memberikan penerangan tentang teknik Akronim kepada pelajar-

pelajar.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 6: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan

ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan

sebagai latihan pengukuhan.

3. Setiap kali latihan pembubaran, saya pasti akan mengingatkan

pelajar dengan teknik Akronim.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Semasa

melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Belanjawan

Tunai. Sebelum menggunakan Teknik Akronim saya mendapati pelajar

tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini

dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu

pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan

Teknik Akronim pada minggu kedua, apa yang saya dapati pelajar telah

memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah

dilaksanakan pada minggu kedua.

Seterusnya pada minggu ketiga saya telah menguji pelajar semula

keberkesanan Teknik Akronim dalam soalan yang lain. Penilaian

memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman

perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan

lebih cepat. Minggu keempat saya telah membuat tinjauan dengan

menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari

Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Teknik Akronim.

Pelaksanaan Teknik Akronim adalah seperti berikut :

1. Pelajar diberi soalan belanjawan tunai dan sehelai kertas kosong.

2. Guru menerangkan teknik Akronim kepada pelajar iaitu “Bukit

Bintang Terang Benderang Lampu Kalimantan Hot Bangat”.

3. Guru menerangkan dengan satu per satu maksud iaitu :

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 7: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

a. Bukit Bintang : Baki b/b

b. Terang : Penerimaan

c. Benderang : Pembayaran

d. Lampu Kalimantan : Lebihan / Kurangan

e. Hot Bangat : Baki h/b

4. Guru menunjukkan format sebenar dalam Belanjawan tunai dan

kaitkan dengan akronim tersebut.

Nama Perniagaan

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir .......

Butir Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

Baki b/b

PENERIMAAN

Jumlah Penerimaan

PEMBAYARAN

Jumlah Pembayaran

Lebihan/Kurangan

Baki h/b

5. Baca soalan yang diberi dan buat analisis dengan menulis T jika

butiran menunjukkan penerimaan dan B jika butiran menunjukkan

pembayaran.

6. Selepas selesai analisis, barulah pindahkan kepada jawapan dengan

terus merangka format yang lengkap.

7. Semasa memindahkan jawapan hendaklah ditulis untuk kesemua

bulan yang berkaitan. Jawab mengikut soalan satu per satu.

Kosongkan bahagian baki b/b, jumlah penerimaan, jumlah

pembayaran dan baki h/b.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 8: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

8. Selepas semua soalan telah dipindahkan, jumlahkan bahagian

penerimaan dan pembayaran.

9. Kemudian dengan mengikut formula (Jumlah Penerimaan tolak

Jumlah Pembayaran) isikan bahagian Lebihan / Kurangan. Jika

jawapan adalah positif bermaksud Lebihan dan jika negatif

bermaksud Kurangan.

10. Seterusnya, kirakan baki h/b dengan formula (baki b/b tambah

Lebihan @ tolak Kurangan). Jika jawapan negatif tuliskan kurungan

pada jawapan.

11. Akhir sekali, jawapan yang diperoleh hendaklah dipindahkan ke

baki b/b untuk bulan seterusnya.

5.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan

Teknik Akronim boleh diterima pakai dalam menjawab soalan

Belanjawan tunai Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan

juga menunjukkan Teknik Akronim dapat mengurangkan masa

menjawab kepada 5 hingga 10 minit bagi soalan yang dikemukakan.

Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah

berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik Akronim amatlah

menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang

dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini

juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik

Prinsip Perakaunan.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 9: Koleksi Bahan Cg Narzuki Onlinecgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/KT... · dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar

2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu

seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan

kepada semua pelajar dan guru.

RUJUKAN

Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22

November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online