kolej vokasional sungai buloh asrama

Upload: yam-weng-hoong

Post on 21-Feb-2018

382 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Kolej Vokasional Sungai Buloh Asrama

    1/5

    KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Seluruh warga Kolej Vokasional Sungai Buloh mengucapkan tahniah dan syabas kerana

    anda terpilih antara ribuan pemohon untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional

    Sungai Buloh, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Sila baca keseluruhan Maklumat Pendaftaran ini.

    Tarikh Pendaftaran : 21 Januari 2013 (Isnin)

    Tempat : Dewan Murni

    Masa : 8.30 pagi 11.00 pagi

    1.0 Peringatan Sebelum Mendaftar

    i. Pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional TIDAK boleh kembali

    semula ke sekolah menengah harian biasa. Sehubungan dengan itu sila buat

    pertimbangan sewajarnya SEBELUM mendaftar sebagai seorang pelajar Kolej

    Vokasional Sungai Buloh.

    ii. Semasa pendaftaran, pelajar mesti memakai baju sekolah (putih) yang sedia ada dan

    seluar slack hitam.

    iii. Pelajar perlu membawa SEMUA dokumen asal semasa datang mendaftar.

    iv.Pelajar TIDAK akan didaftarkan TANPA Sijil Berhenti Sekolah.

    v. Pelajar perlu melengkapkanborang PT, borang TED 4, borang TED 5 dan

    borang yang berkaitan.

    vi. Pelajar perlu membawa Buku Rekod Kokurikulum, kad 001, Buku Nilamdan

    laporan SSDMdari sekolah lama. (Dokumen akan diserahkan kepada koordinator

    kursus masing-masing.)

    vii. Bagi pemegang biasiswa, sila bawakan surat pertukaran biasiswadan buku

    akaun bank(dari sekolah asal).

    2.0 Peraturan Sekolah

    Antara peraturan-peraturan penting yang perlu diberi perhatian:

    2.1 Peraturan Pemakaian

    2.1.1 Sepanjang pengajian tahun 2013, semua pelajar tingkatan 5 dan pelajar semester

    1 & 2 KV diwajibkan memakai pakaian alternatif. Reka bentuk pakaian seragam telah

    ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( sila rujuk Lampiran 1). Pakaian

    seragam ini akan dipakai di bilik kuliah, bengkel dan majlis rasmi.

    - Warna utama adalah oren yang merupakan lambang teknikal dan membawa maksud

    semangat kerja berpasukan.

  • 7/24/2019 Kolej Vokasional Sungai Buloh Asrama

    2/5

    - Warna sampingan (piping) biru pula merupakan warna rasmi Kementerian Pelajaran

    Malaysia yang melambangkan industri Jenis kain - campuran kapas dan polyster (40%

    kapas dan 60% polyster).

    Baju (Lelaki dan Perempuan)

    Ciri-ciri : Kemeja lengan pendek (Lelaki) , Kemeja lengan panjang (Perempuan)

    a. Kolar, piping Biru

    b. Depan, belakang dan lengan oren

    c. Poket di lengan untuk meletak tools

    d. Dua poket depan (atas) keselamatan

    2.1.2 Seluar (Lelaki dan Perempuan)

    Jenis slack warna hitam.

    Reka bentuk seluar mengikut pekeliling yang sedia ada.

    Seluar panjang sama seperti sekolah menengah biasa dan tidak terlalu ketat atau

    longgar. Buka kaki hendaklah di antara 16 inci 18 inci sahaja. Labuh seluar mestilah

    berukuran sehingga mata kaki (buku lali ). Pinggang seluar mesti di atas pusat. Seluarbentuk baggy, carrot look , bell bottom dan yang menyerupai jeans tidak dibenarkan.

    Hujung kaki seluar tidak boleh dilipatkan. Pelajar juga diingatkan supaya tidak

    mengecilkan seluar sama sekali.

    2.1.3 Tali Pinggang (Lelaki)

    Jika bertali pinggang hendaklah jenis kanvas berwarna hitam dan berkepala aluminum /

    besi yang tidak berhias dan beranika bentuk. Tali pinggang seluar mestilah antara 1

    inci 2 inci lebar dan panjang dari kepala hingga hujung 400mm.

    2.1.4 Kasut Sekolah dan Kasut Sukan

    Semua pelajar diwajibkan memakai kasut kulit atau PVC atau kanvas berwarna hitam.

    Bagi pelajar lelakikasut hitam bertali.

    Kasut Sukan mestilah berwarna putih dan bertali untuk kegunaan aktiviti sukan dan

    riadah

    2.1.5 Sarung Kaki (Lelaki dan Perempuan)

    Pelajar juga diwajibkan memakai sarung kaki yang keseluruhannya berwarna hitam

    tanpa gelang berwarna atau tulisan berjenama.

    2.1.6 Rambut

    Pelajar Lelaki

    Panjang rambut mestilah mengikut ukuran no.4. Potongan rambut punk, mewarna

    rambut, stail rambut berekor serta seumpamanya dan mengeriting rambut tidak

    dibenarkan. Misai dan janggut adalah dilarang.

    * Bagi mengelakkan daripada kelewatan ketika pendaftaran, pelajar diingatkan

    untuk memotong rambut mengikut ukuran no. 4 sebelum datang mendaftar.

  • 7/24/2019 Kolej Vokasional Sungai Buloh Asrama

    3/5

    Pelajar Perempuan

    i. Tudung

    Pelajar-pelajar Islam wajib memakai tudung kepala berwarna putih dan awning oren

    (tanpa sulaman dan manik) dengan ukuran bahagian tepi tudung hendaklah berada

    10cm di bawah paras kedua-dua bahu.(Tudung boleh dibeli di koperasi sekolah

    untuk keseragaman warna oren).

    ii. Tidak bertudung

    Rambut hendaklah disikat kemas. Pelajar yang berambut panjang hendaklah diikat

    dengan memakai reben yang berwarna biru (turquoise), hitam atau putih. Sebarang

    hiasan rambut adalah tidak dibenarkan. Pelajar juga tidak dibenarkan mewarna rambut.

    2.1.7 Lencana Kolej dan Tanda Nama

    Lencana sulam kolej wajib dijahit di sebelah kiri bahagian atas uniform sekolah.Tanda

    nama pelajar wajib dijahit di sebelah kanan bahagian atas uniform kolej

    2.1.8 Perhiasan Diri

    Pelajar LelakiPemakaian sebarang jenis perhiasan diri adalah dilarang.

    Pelajar Perempuan

    i. Pengunaan Make-Up - Tidak dibenarkan sama sekali.

    ii. Barang Kemas - Tidak dibenarkan memakai barang kemas dan sebarang perhiasan

    diri.

    2.1.9 Kuku (Lelaki dan Perempuan)

    Semua pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau

    mewarnakan kuku dengan sebarang pewarna termasuk inai.

    2.2 Lain-Lain

    2.2.1 Kad Pelajar

    Semua pelajar diwajibkan memakai kad pelajar sementara sebagai pengenalan diri

    sepanjang waktu persekolahan /pengajian sebelum kad matriks dikeluarkan.

    3.0 Tatacara Pendaftaran

    Proses pendaftaran pelajar semester 1 akan dilangsungkan di Dewan Murni mengikut

    tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Semua pelajar yang mendaftar sebagai seorang

    pelajar KV Sg Buloh perlu melalui proses pendaftaran berikut :

    3.1 Semakan dokumen (Kaunter kursus di hadapan sisi kiri Dewan Murni)

    3.2

    Pendaftaran Kursus (Koordinator Kursus di Dewan Murni)

    3.3 Pendaftaran Asrama (bagi pelajar yang ditawarkan tempat asrama) di

    Dewan Murni

    3.4 Urusan Koperasi Sekolah

    3.5 Taklimat . (semua pelajar / penjaga)

    4.0 Khidmat sokongan / semakan dokumen pendaftaran

    4.1 Meja pertanyaan dan sebagainya akan disediakan di bahagian depan sisi kiri

    Dewan Murni bagi membantu pelajar dalam proses pendaftaran.

  • 7/24/2019 Kolej Vokasional Sungai Buloh Asrama

    4/5

    5.0 Taklimat

    Semua ibu bapa/waris diwajibkan menghadiri taklimat yang akan diadakan selepas

    waktu pendaftaran bertempat di Dewan Murni.

    6.0 Keperluan Kolej dan Asrama

    6.1 Berikut disenaraikan keperluan kolej yang perlu disediakan SEBELUMharipendaftaran oleh semua pelajar dan keperluan asrama bagi pelajar yang ditawar tempat

    asrama sahaja.

    Bil. Barang Keperluan

    Jantina

    (L / P)

    Jumlah

    1 Pakaian Seragam Kolej L & P 2 pasang

    2 Stoking hitam (tanpa tanda jenama) L & P 2 pasang

    3 Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit / PVC / kanvas) L & P 2 pasang

    4Tudung Kepala Warna Putih awning oren (pelajar Islam)

    (Tudung boleh dibeli di koperasi sekolah untuk keseragaman

    warna oren).

    P 2 helai

    5 Kasut Sukan Warna Putih L & P 1 pasang

    6 Alatan Tulis (pen, pensil dan sebagainya) L & PMengikutkeperluan

    7

    Selipar Getah, Tuala Mandi, Penyangkut baju

    L & P

    Mengikutkeperluan

    8 Baju Tidur L & P 1 pasang

    9 Garpu dan sudu L & P 1 pasang

    10 Surah Yasin (pelajar Islam) L & P 1 buah

    11 Alatan Permainan (seperti raket badminton,tenis ) L & P Jika perlu

    12 Selimut L & P 1 helai

    13

    Pakaian Melayu Lengkap Warna Putih (pelajar Islam)

    tanpa sampin

    L 1 pasang

    14 Kain Pelekat / sarung (pelajar Islam) L & P 2 helai

    15 Songkok Hitam (pelajar Islam) L 1 buah

  • 7/24/2019 Kolej Vokasional Sungai Buloh Asrama

    5/5

    16 Keperluan Mencuci Pakaian L & PMengikutkeperluan

    17 Tudung Kepala Lain-lain Warna P 2 helai

    18 Telekung (pelajar Islam) P 1 pasang

    19 Bantal L&P 1biji

    20. Track Bottom (Biru tua / hitam) L&P 2 helai

    21.

    Kemeja T berkolar warna putih

    (Lelaki: Lengan Pendek, Perempuan Lengan panjang)

    L&P 2 helai

    Bil . 1,2,3,4,5, 6,13 : Semua Pelajar Bil . 7 hingga 21 : Pelajar Asrama Sahaja

    6.2 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

    i. Talipon bimbit (talipon awam disediakan di sekitar asrama, kad i-talk adadijual di koperasi sekolah / talipon bimbit merupakan punca utama kecurian,pergaduhan, ugutan,buli di asrama)

    ii. Alat pemanas air/water heater. (Berlaku litar pintas dan boleh menyebabkankebakaran bilik / bangunan)

    iii. Membawa barang-barang kemas dan pakaian yang berharga mahal.(pakaianberjenama seringkali berlakunya kehilangan/kecurian dan pecah loker).

    iv. Membawa senjata tajam yang boleh menyebabkan kecederaan. (Kegiatan

    vandalisme dan pergaduhan mudah berlaku).

    v. Tali pinggang yang yang berkepala besar melebihi 30mm (punca pergaduhanmenggunakan talipinggang).

    vi. Semua jenis seluar jeans / baldu.

    vii. Pakaian yang tidak sopan T-shirt bergambar atau melambangkan parti politik/ kumpulan muzik dan lain-lain

    viii. Buku-buku dan bahan-bahan berunsur lucah / judi.

    ix. Lain-lain barangan yang terlarang