kolej universiti islam melaka...
TRANSCRIPT
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
JAWATAN KOSONG
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
PENSYARAH (BIDANG SEJARAH) GRED DS51
JURURAWAT KLINIKAL GRED U32
PEMBANTU TADBIR GRED N17
PEREKA GRAFIK GRED B17 SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
Calon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
Memperoleh Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
1. PEGAWAI PSIKOLOGI (S41)
I. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
II. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
S41 RM 1,909.00 RM 8,644.00
III. Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
IV. Memperoleh Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan)
di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab di dalam memberi khidmat nasihat, merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal dan khidmat kaunseling.
2. PENSYARAH SEJARAH (DS51)
GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
DS51 RM5,637.00 RM11,285.00
KELAYAKAN LANTIKAN PENSYARAH GRED DS51
I. Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau Sarjana Kepakaran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
II. Mempunyai tahap kecermelangan akademik yang tinggi mutunya serta mempunyai pengalaman di dalam bidang;
a) Penerbitan Buku atau Jurnal b) Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali didalam
bidang pengajian c) Mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang berkaitan
III. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan melaysia;
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial atau seminar, menyelia pelajar praktikal, mentadbir dan mengurus peperikaaan pelajar kolej, menyelidik dan membangunkan konsep teori serta menghadiri persidangan atau seminar.
3. JURURAWAT KLINIKAL (U32)
I. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi latihan kementerian
kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; atau
II. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; atau
III. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
swasta serta diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
IV. Memperoleh Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian
lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab di dalam memberi perkhidmatan seperti membantu dan mengajar pelbagai kategori pelatih kejururawatan di KUIM semasa latihan dan menyelia pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal di Hospital.
4. PEMBANTU TADBIR (N17)
I. Memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau II. Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; serta
III. Berkebolehan mengendalikan komputer
GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
U32 RM 2,214.00 RM 5,774.00
GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
N17 RM 928.00 RM 3,375.00
IV. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas pengkeranian dan operasi merangkumi tugas-tugas seperti pentadbiran am, pengurusan personnel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat dan pengendalian rekod, dokumen dan fail.
5. PEREKA GRAFIK (B17)
I. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai
pengalaman di dalam seni reka atau seni lukis
II. Memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat kepujian didalam subjek Pendidikan Seni Visual; atau
III. Memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Seni Grafik (Pereka Grafik) atau Perekabentuk multimedia (Multimedia Visual) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
IV. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk bahan serta peralatan yang berkaitan.
GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
B17 RM 936.00 RM 3,404.00
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :
i. Borang Permohonan yang disediakan ii. Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi
kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan. iii. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan
hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport. iv. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada :
NAIB CANSELOR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
KM 45, KUALA SUNGAI BARU (UP: Unit Perjawatan)
PERKARA AM i. Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2016
ii. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan
pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.