kokoko.doc

1
Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) sekali lagi mengorak selangkah ke hadapan apabila menganjurkan Persidangan Sains dan Perubatan Sukan Antarabangsa buat kali keenam bulan depan. Persidangan itu bertujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui program khidmat dan penyelidikan yang lebih berkesan untuk manfaat warga sukan. Ia akan berlangsung selama tiga hari di Marina Putrajaya dari 20 hingga 23 April ini. Menariknya, persidangan itu akan menjemput penceramah terbaik termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (Malaysia), Dr Edouard Rene Ferdinands (Australia), Dr Warren Gregson (Britain) dan Profesor Steve Stannard (New Zealand). Pengarah Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi ISN, Dr P Vellapandian berkata, persidangan itu sebenarnya sudah dianjurkan sejak 2011. “Bagi penganjuran kali keenam ini, kami dapat menarik minat pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka. “Objektif utama persidangan ini adalah meningkatkan pengetahuan berkaitan penyelidikan sains dan perubatan sukan kepada peserta program. “Apa yang lebih penting, kami dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta berkaitan peranan sains dan perubatan sukan untuk peningkatan dan pemantapan prestasi sukan negara. “Kami juga dapat mengenal pasti cabaran yang akan dihadapi pada masa depan dalam bidang sains sukan ini,” katanya kepada Arena Metro. Antara golongan sasaran bagi menghadiri persidangan itu adalah jurulatih, atlet, kumpulan pengkaji, pensyarah serta pelajar dalam dunia sukan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38512#sthash.vCD14G3H.dpuf

Upload: mohdradzlee77

Post on 17-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

T54T54

TRANSCRIPT

Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) sekali lagi mengorak selangkah ke hadapan apabila menganjurkan Persidangan Sains dan Perubatan Sukan Antarabangsa buat kali keenam bulan depan.

Persidangan itu bertujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui program khidmat dan penyelidikan yang lebih berkesan untuk manfaat warga sukan.

Ia akan berlangsung selama tiga hari di Marina Putrajaya dari 20 hingga 23 April ini.

Menariknya, persidangan itu akan menjemput penceramah terbaik termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (Malaysia), Dr Edouard Rene Ferdinands (Australia), Dr Warren Gregson (Britain) dan Profesor Steve Stannard (New Zealand).

Pengarah Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi ISN, Dr P Vellapandian berkata, persidangan itu sebenarnya sudah dianjurkan sejak 2011.

Bagi penganjuran kali keenam ini, kami dapat menarik minat pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka.

Objektif utama persidangan ini adalah meningkatkan pengetahuan berkaitan penyelidikan sains dan perubatan sukan kepada peserta program.

Apa yang lebih penting, kami dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta berkaitan peranan sains dan perubatan sukan untuk peningkatan dan pemantapan prestasi sukan negara.

Kami juga dapat mengenal pasti cabaran yang akan dihadapi pada masa depan dalam bidang sains sukan ini, katanya kepada Arena Metro.

Antara golongan sasaran bagi menghadiri persidangan itu adalah jurulatih, atlet, kumpulan pengkaji, pensyarah serta pelajar dalam dunia sukan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38512#sthash.vCD14G3H.dpuf