kod holland sebagai alat bantuan memilih … holland sebagai... · arkitek, guru muzik, pelakon,...

2
KOD HOLLAND SEBAGAI ALAT BANTUAN MEMILIH KERJAYA Oleh: Roslinda Mohd Subbian, K.B., P.A Bayangkan sekiranya anda adalah seorang yang suka berinteraksi dengan manusia, adakah anda rasa anda akan seronok bekerja di dalam makmal melakukan eksperimen? Bagaimana pula kalau anda seorang yang kreatif, gemar berkarya dan tidak suka mengikut peraturan, bolehkah anda bayangkan diri bekerja sebagai seorang akauntan? Personaliti, minat dan kemahiran diri mempengaruhi kecenderungan seseorang individu dalam membuat pemilihan kerjaya. Jika diperhatikan, kebiasaannya individu akan memilih kerjaya yang menepati ciri-ciri personaliti diri dan minatnya. Kajian mendapati keserasian ini mempengaruhi kepuasan pekerjaan manusia. Oleh itu, jika seseorang individu memilih pekerjaan yang bertentangan dengan minatnya, dia mungkin masih boleh melakukannya tetapi kadar kepuasan hatinya terhadap pekerjaannya mungkin rendah. Menurut Teori Holland, minat manusia dan persekitaran kerja boleh dikategorikan kepada 6 kelompok iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional. Ia membantu menerangkan tentang jenis-jenis personaliti manusia yang mempunyai kecenderungan yang berbeza. Maklumat ini boleh digunakan sebagai alat bantuan merancang kerjaya dengan membuat pilihan yang sesuai dengan kelayakan dan personaliti. Penerangan mengenai jenis personaliti adalah seperti berikut: 1. Realistic: Kelompok ini suka bekerja dengan peralatan dan mesin. Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran mekanikal serta keupayaan fizikal. Umumnya, mereka lebih suka bekerja di luar dan bersifat praktikal. Selain itu, mereka dilihat sebagai ikhlas, rendah diri dan pemalu. Antara kerjaya yang sesuai adalah seperti jurutera, pakar mata, tukang kimpal, atlit sukan, mekanik, tukang kayu, chef, pemandu jentera, penternak dan lain-lain. 2. Investigative: Golongan ini suka memerhati, menyiasat, menganalisa,dan membuat penilaian. Mereka juga berkemahiran dalam bidang matematik dan sains. Mereka gemar bekerja bersendirian dan lebih suka terlibat dengan idea berbanding manusia dan peralatan. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, bersikap logikal, mementingkan ketepatan, bijak serta berdikari. Antara kerjaya yang sesuai buat kumpulan ini ialah doktor perubatan dan pergigian, ahli sains, pengaturcara computer, ahli psikologi, ahli antropologi, inspektor produk dan lain-lain.

Upload: vannhi

Post on 06-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD HOLLAND SEBAGAI ALAT BANTUAN MEMILIH … Holland Sebagai... · arkitek, guru muzik, pelakon, pereka grafik, jurufoto, penari, penulis/editor dan lain-lain. 4. Social: Kelompok

KOD HOLLAND SEBAGAI ALAT BANTUAN MEMILIH KERJAYA

Oleh: Roslinda Mohd Subbian, K.B., P.A

Bayangkan sekiranya anda adalah seorang yang suka berinteraksi dengan manusia,

adakah anda rasa anda akan seronok bekerja di dalam makmal melakukan eksperimen?

Bagaimana pula kalau anda seorang yang kreatif, gemar berkarya dan tidak suka mengikut

peraturan, bolehkah anda bayangkan diri bekerja sebagai seorang akauntan?

Personaliti, minat dan kemahiran diri mempengaruhi

kecenderungan seseorang individu dalam membuat pemilihan

kerjaya. Jika diperhatikan, kebiasaannya individu akan memilih

kerjaya yang menepati ciri-ciri personaliti diri dan minatnya.

Kajian mendapati keserasian ini mempengaruhi kepuasan

pekerjaan manusia. Oleh itu, jika seseorang individu memilih

pekerjaan yang bertentangan dengan minatnya, dia mungkin

masih boleh melakukannya tetapi kadar kepuasan hatinya

terhadap pekerjaannya mungkin rendah.

Menurut Teori Holland, minat manusia dan

persekitaran kerja boleh dikategorikan kepada 6

kelompok iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social,

Enterprising dan Conventional. Ia membantu

menerangkan tentang jenis-jenis personaliti manusia

yang mempunyai kecenderungan yang berbeza.

Maklumat ini boleh digunakan sebagai alat bantuan

merancang kerjaya dengan membuat pilihan yang

sesuai dengan kelayakan dan personaliti. Penerangan

mengenai jenis personaliti adalah seperti berikut:

1. Realistic: Kelompok ini suka bekerja dengan peralatan dan mesin. Selain itu, mereka juga

mempunyai kemahiran mekanikal serta keupayaan fizikal. Umumnya, mereka lebih suka

bekerja di luar dan bersifat praktikal. Selain itu, mereka dilihat sebagai ikhlas, rendah diri

dan pemalu. Antara kerjaya yang sesuai adalah seperti jurutera, pakar mata, tukang kimpal,

atlit sukan, mekanik, tukang kayu, chef, pemandu jentera, penternak dan lain-lain.

2. Investigative: Golongan ini suka memerhati, menyiasat, menganalisa,dan membuat

penilaian. Mereka juga berkemahiran dalam bidang matematik dan sains. Mereka gemar

bekerja bersendirian dan lebih suka terlibat dengan idea berbanding manusia dan

peralatan. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, bersikap logikal,

mementingkan ketepatan, bijak serta berdikari. Antara kerjaya yang sesuai buat kumpulan

ini ialah doktor perubatan dan pergigian, ahli sains, pengaturcara computer, ahli psikologi,

ahli antropologi, inspektor produk dan lain-lain.

Page 2: KOD HOLLAND SEBAGAI ALAT BANTUAN MEMILIH … Holland Sebagai... · arkitek, guru muzik, pelakon, pereka grafik, jurufoto, penari, penulis/editor dan lain-lain. 4. Social: Kelompok

3. Artistic: Kumpulan ini mempunyai kebolehan dalam bidang seni dan berfikiran kreatif.

Individu dalam kelompok ini lebih suka bekerja dengan idea, mahukan kebebasan dan

bersifat imaginatif serta berintuitif. Antara kerjaya yang sesuai untuk individu artistik adalah

arkitek, guru muzik, pelakon, pereka grafik, jurufoto, penari, penulis/editor dan lain-lain.

4. Social: Kelompok ini senang bekerja dengan

manusia dalam bentuk membantu, mengajar/

mendidik, membimbing, melatih dan memberi

dorongan. Mereka sangat berkebolehan dalam

menggunakan perkataan dan berminat dengan

perhubungan sesama manusia. Mereka bersifat

baik hati, pemurah, penyabar, mesra dan

bertanggungjawab. Kerjaya yang sesuai adalah

guru, kaunselor, jururawat, pelayan restoran,

jurulatih, pakar diet, pendakwah dan lain-lain.

5. Enterprising: Mereka dalam golongan ini berupaya memimpin dan memberi ucapan serta

mempengaruhi orang lain. Mereka sangat cenderung dalam politik dan wang selain suka

berkerja dengan manusia. Sifat ketara mereka adalah peramah, sukakan cabaran,

optimistik, cergas, berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Kerjaya yang sesuai adalah ahli

politik, peguam, perancang kewangan, wartawan, broker saham, pengurus restoran, agen

pelancongan dan lain-lain.

6. Conventional: Manusia dalam kategori ini pula mempunyai kemahiran perkeranian dan

pengiraan yang sangat baik. Sangat terurus, mereka ini akur kepada peraturan, dan gemar

merancang. Mereka bersifat praktikal, cermat, cekap, tekun dan berhati-hati. Antara kerjaya

yang sesuai buat personaliti sebegini adalah akauntan, juru audit, kerani pejabat, juru wang,

penganalisa kewangan, setiausaha dan lain-lain.

Maklumat tentang jenis-jenis personaliti ini boleh diperolehi dengan mengambil inventori

psikologi yang standard seperti Self-Directed Search (SDS), Strong Interest Inventory, Ujian

Minat Kerjaya Sidek dan Profil Personaliti TAJMA. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui

mengenai jenis personaliti anda, berjumpalah dengan kaunselor terlatih untuk penerangan

lebih lanjut.

Sumber rujukan:

1. Bolles, R.N. (1990). The new quick job-hunting map. California: Ten Speed Press.

2. Grutter, J. & Hammer, A.L. (2004). Strong interest inventory user’s guide. California: CPP.