kmj upsr 2005 bahasa tamil

16
037 BAHASA TAMIL Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 73 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Tamil Ujian Penulisan 037/1 mengandungi tiga bahagian dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 15 minit. Bahagian A dan Bahagian B wajib dijawab. Bahagian C merupakan pilihan daripada Soalan 3(i) atau 3(ii) atau 3(iii) berdasarkan tajuk yang diberikan. Calon dikehendaki menjawab satu daripada tajuk yang diberikan. BAHAGIAN A - SOALAN 1 Calon diberi 4 perkataan untuk membina ayat. Setiap satu perkataan hendaklah dibina satu ayat. Ayat-ayat tersebut hendaklah menunjukkan makna sebenar perkataan-perkataan tersebut. BAHAGIAN B - SOALAN 2 Soalan dalam bahagian ini wajib dijawab oleh calon. Calon tidak diberikan pilihan. Calon perlu menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan berdasarkan gambar bersiri yang diberikan. BAHAGIAN C - SOALAN 3 Calon diberi 3 tajuk untuk membuat pilihan. Calon hanya memilih satu daripada tajuk yang diberikan dan menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan. PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhan prestasi calon telah meningkat. Kebanyakan calon menguasai kemahiran menulis dan dapat menyampaikan isi-isi penting dengan baik dan tepat. Bagi calon cemerlang, mereka dapat mempersembahkan isi yang berkaitan beserta huraian dan contoh yang lengkap. Penggunaan bahasa sangat baik. Bagi calon sederhana pula, mereka dapat memahami isi tetapi huraian dan contoh adalah terlalu ringkas. Mereka juga kurang mahir menulis karangan berbentuk fakta. Calon kurang menguasai kemahiran menulis karangan. Mereka seringkali salah menafsirkan soalan dengan tanggapan yang kurang tepat. Penggunaan bahasa lemah dalam struktur ayat dan tatabahasa. Tiada kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi. Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dengan tepat. Mereka juga dapat mempersembahkan jawapan yang bermutu, bertepatan dengan kehendak peraturan pemarkahan. Pendahuluan dan penutup karangan bersesuaian dengan kehendak soalan dan dinyatakan dengan jelas. Struktur ayat yang gramatis digunakan beserta dengan perbendaharaan kata yang betul dan menarik serta indah. Kesalahan tatabahasa jarang- jarang ditemukan.

Upload: sk8erboi68

Post on 21-Nov-2015

374 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KMJ

TRANSCRIPT

  • 037 BAHASA TAMIL

    Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 73

    BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Tamil Ujian Penulisan 037/1 mengandungi tiga bahagian dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 15 minit. Bahagian A dan Bahagian B wajib dijawab. Bahagian C merupakan pilihan daripada Soalan 3(i) atau 3(ii) atau 3(iii) berdasarkan tajuk yang diberikan. Calon dikehendaki menjawab satu daripada tajuk yang diberikan. BAHAGIAN A - SOALAN 1 Calon diberi 4 perkataan untuk membina ayat. Setiap satu perkataan hendaklah dibina satu ayat. Ayat-ayat tersebut hendaklah menunjukkan makna sebenar perkataan-perkataan tersebut. BAHAGIAN B - SOALAN 2 Soalan dalam bahagian ini wajib dijawab oleh calon. Calon tidak diberikan pilihan. Calon perlu menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan berdasarkan gambar bersiri yang diberikan. BAHAGIAN C - SOALAN 3 Calon diberi 3 tajuk untuk membuat pilihan. Calon hanya memilih satu daripada tajuk yang diberikan dan menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan. PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhan prestasi calon telah meningkat. Kebanyakan calon menguasai kemahiran menulis dan dapat menyampaikan isi-isi penting dengan baik dan tepat. Bagi calon cemerlang, mereka dapat mempersembahkan isi yang berkaitan beserta huraian dan contoh yang lengkap. Penggunaan bahasa sangat baik. Bagi calon sederhana pula, mereka dapat memahami isi tetapi huraian dan contoh adalah terlalu ringkas. Mereka juga kurang mahir menulis karangan berbentuk fakta. Calon kurang menguasai kemahiran menulis karangan. Mereka seringkali salah menafsirkan soalan dengan tanggapan yang kurang tepat. Penggunaan bahasa lemah dalam struktur ayat dan tatabahasa. Tiada kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi. Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dengan tepat. Mereka juga dapat mempersembahkan jawapan yang bermutu, bertepatan dengan kehendak peraturan pemarkahan. Pendahuluan dan penutup karangan bersesuaian dengan kehendak soalan dan dinyatakan dengan jelas. Struktur ayat yang gramatis digunakan beserta dengan perbendaharaan kata yang betul dan menarik serta indah. Kesalahan tatabahasa jarang-jarang ditemukan.

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 74

    Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini memahami kehendak soalan tetapi tidak dapat mengembangkan dan menghuraikan idea dengan mendalam. Struktur ayat sederhana dan penggunaan kosa kata yang baik sangat kurang. Imaginasi calon juga kurang menarik. Calon Dalam Kumpulan Lemah Calon dalam kumpulan ini kurang memahami kehendak soalan. Karangan yang ditulis tidak bertepatan dengan kehendak soalan. Tugasan yang ditulis tidak mencukupi jumlah perkataan. Adakalanya calon menghasilkan tulisan yang sukar dibaca menyebabkan ayat kurang difahami. Terdapat banyak kesilapan tatabahasa, khususnya dalam ejaan dan struktur ayat. PRESTASI TEPERINCI

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 75

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 76

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 77

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 78

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 79

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 80

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 81

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 82

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 83

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 84

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 85

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 86

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 87

  • Bahasa Tamil Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2005 88

    SARANAN KEPADA CALON 1. Membaca dengan teliti dan memahami soalan sebelum menjawab. 2. Membaca banyak bahan bacaan seperti majalah dan surat khabar untuk menguasai

    fakta, tatabahasa dan ayat-ayat yang gramatis. 3. Memastikan bahawa perkataan dapat dijelaskan dalam soalan membina ayat 4. Memberikan tumpuan pada setiap unsur yang terdapat dalam karangan bergambar

    sebelum menginterpretasinya dengan betul. Contohnya dengan menyatakan keadaan, masa, tempat, plot dan sebagainya.

    5. Memilih tajuk yang sesuai dalam soalan karangan terbuka dengan kebolehan diri supaya dapat mengeluarkan idea yang baik dapat dikeluarkan.

    6. Membuat latihan pelbagai jenis karangan. 7. Menulis dengan terang supaya mudah dibaca dan difahami. SARANAN KEPADA GURU 1. Menggunakan bahan rangsangan yang sesuai untuk mengembangkan kemahiran

    murid dalam penulisan. 2. Melatih murid dalam pelbagai bentuk karangan berformat dan tidak berformat. 3. Menggalakkan pelajar membaca bahan bacaan yang sesuai untuk mendapatkan

    fakta dan memperoleh pengetahuan yang lebih mantap. 4. Menitikberatkan skop karangan seperti yang terdapat dalam huraian sukatan

    pelajaran. 5. Memastikan latihan mengarang untuk murid bermula dari tahun satu supaya guru

    dapat membantu murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Memastikan murid dapat menggunakan bahasa yang baik dan ayat yang gramatis

    dengan tulisan yang terang dan jelas. 7. Memberikan tumpuan pada ejaan dan struktur ayat supaya kesalahan tatabahasa

    tidak berulang.