kmam

5
i) Apa Tujuan Sbnr Pengambilan Sampel Air Bandar ii) Mengapa Kita Membiarkan Aliran Air Adlh Perlahan Sblm Mengambil Sampel? iii) Terdapat 2 Jenis Mikrofil.Apakah Jenis2 Tersebut? i) Persampelan Sistem Bekalan Air Awam (dalam erti kata lainnya adalah sampel air perbandaran) adalah untuk memantau air yang bakal digunakan kepada pengguna bagi memastikan tahap keselamatan air tersebut tidak melanggar piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM/WHO. Diperingkat daerah, PPKP KMAM akan memasukkan data-data keputusan sampel air bakteria/kimia ke dalam Sistem Rekod Pengawasan Kualiti Air Minum (WQS). Daerah pula dikehendaki mengemaskini rekod data-data tersebut dan kemudiannya menghantar ke peringkat negeri bagi tujuan finalising sebelum diupload ke database Bahagian Kejuruteraan, KKM. Untuk makluman, KKM, dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi menghasilkan Akta Air Negara. Buat masa sekarang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah pun beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja, yang mana akan mengenakan tindakan kepada pembekal-pembekal air yang tidak mengikut spesifikasi yang

Upload: ppkp-jedan

Post on 29-Jun-2015

613 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kmam

i) Apa Tujuan Sbnr Pengambilan Sampel Air Bandar 

ii) Mengapa Kita Membiarkan Aliran Air Adlh Perlahan Sblm Mengambil

Sampel? 

iii) Terdapat 2 Jenis Mikrofil.Apakah Jenis2 Tersebut?

i) Persampelan Sistem Bekalan Air Awam (dalam erti kata lainnya adalah sampel air

perbandaran) adalah untuk memantau air yang bakal digunakan kepada pengguna bagi

memastikan tahap keselamatan air tersebut tidak melanggar piawaian yang telah ditetapkan oleh

KKM/WHO. Diperingkat daerah, PPKP KMAM akan memasukkan data-data keputusan sampel

air bakteria/kimia ke dalam Sistem Rekod Pengawasan Kualiti Air Minum (WQS). Daerah pula

dikehendaki mengemaskini rekod data-data tersebut dan kemudiannya menghantar ke peringkat

negeri bagi tujuan finalising sebelum diupload ke database Bahagian Kejuruteraan, KKM. Untuk

makluman, KKM, dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi

menghasilkan Akta Air Negara. Buat masa sekarang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

(SPAN) telah pun beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja, yang mana akan mengenakan

tindakan kepada pembekal-pembekal air yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

dari segi design, perlanggaran mutu air, etc. 

ii) Secara logiknya, membiarkan air perlahan adalah untuk meminimakan sampel-sampel (kalau

bakteria) daripada tercemar, disebabkan oleh percikan air. Kalau sampel kimia pula, adalah bagi

mengelakkan gelembung udara yang terhasil di dalam botol, yang mana boleh memberikan

kesan kepada bacaan. 

Page 2: Kmam

Pengaliran air terlalu deras akan menghasilkan buih atau gelembung udara di dalam botol

sampel. Apabila ada gelembung secara tidak langsung akan berlaku tindak balas kimia biasanya

pengoksidanan bagi unsur2 yg mudah bertindak balas dengan oksigen. Contohnya ferum/ iron.

Ini secara tidak langsung abg memberi hasil keputusan yg tidak depat apabila di uji di Makmal

Kimia. 

Jika sampel mikro pula... pengaliran air yg deras akan menggangu kerja pengambilan air dengan

whirlpack atau thiobag. Percikan air yg deras ini jugak dikhuatiri besar kemungkinan akan

menkontaminasi sampel yg tuan ambil. 

iii) Yang ni, saya hanya tau Millipore Test Kit sahaja.

Page 3: Kmam

UNIT INSPEKTORAT - Program Kawalan Mutu Air Minum KebangsaanObjektif

Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.

Memastikan mutu air yang dibekalkan kepada penduduk ladang/lombong adalah bermutu dan selamat diminum serta mematuhi piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada mendapat ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.

Tanggungjawab.

Menyediakan Program Tahunan aktiviti percontohan air yang dibekalkan oleh JKR. Menjalankan aktiviti-aktiviti percontohan setiap minggu mengikut jadual/program

yang telah disediakan. Menjalankan analisa makmal bagi sampel-sampel air bagi bekalan air KKM di

makmal KMAM Menjalankan kajian kebersihan kawasan tadahan, loji dan sistem retikulasi serta

ladang-ladang. Menyediakan laporan-laporan bulanan, suku tahun dan tahunan seperti yang

dikehendaki oleh ketua unit, ketua jabatan, unit kejuruteraan dan Kementerian Kesihatan.

Indeks Kualiti AirIndeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan

Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan

untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan.

Kelas IKA Kegunaan airKelas 1 >92.7 Dalam keadaan semulajadiKelas IIA 85.0-92.7 Air memerlukan rawatan konvensionalKelas IIB 76.5-85.0 Air boleh digunakan untuk rekreasiKelas III 51.9-76.5 Air memerlukan rawatan intensifKelas IV 31.0-51.9 Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedangKelas V <31.0 Air yang tercemar teruk