klasifikasi akaun dan modul 2 persamaan akaun · 2020. 10. 25. · sebagai contoh, pinjaman bank....

32
35 KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN METAFORA ALMARI PAKAIAN DENGAN PERAKAUNAN Berdasarkan gambar berikut, pakaian di dalam almari A tidak disusun manakala pakaian di dalam almari B disusun dengan kemas. Jika dilihat pakaian di dalam almari B jauh lebih mudah dicari dan diurus kerana disusun atur mengikut jenisnya. Perkara yang sama juga berlaku dalam perakaunan. Pakaian boleh diibaratkan sebagai akaun. 2 STANDARD KANDUNGAN Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan Item setiap komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan Persamaan Perakaunan Catatan Kontra dan Carta Akaun Modul A B Almari akan kelihatan lebih kemas dan pakaian mudah dicari apabila disusun mengikut kategori tertentu. Akaun-akaun sesebuah perniagaan atau organisasi perlu diklasifikasikan mengikut ciri-ciri kesamaan masing-masing supaya perekodan dan pengurusan akaun menjadi lebih efisien dan sistematik. chap 2 new.indd 35 10/10/2016 2:36:19 PM

Upload: others

Post on 17-Dec-2020

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

35

KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUNMETAFORA ALMARI PAKAIAN DENGAN PERAKAUNAN

Berdasarkan gambar berikut, pakaian di dalam almari A tidak disusun manakala pakaian di dalam almari B disusun dengan kemas. Jika dilihat pakaian di dalam almari B jauh lebih mudah dicari dan diurus kerana disusun atur mengikut jenisnya.

Perkara yang sama juga berlaku dalam perakaunan. Pakaian boleh diibaratkan sebagai akaun.

2STANDARD KANDUNGAN

Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

Item setiap komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

Persamaan Perakaunan

Catatan Kontra dan Carta Akaun

Modul

A BAlmari akan kelihatan lebih kemas dan pakaian mudah dicari apabila disusun mengikut kategori tertentu.

Akaun-akaun sesebuah perniagaan atau organisasi perlu diklasifikasikan mengikut ciri-ciri kesamaan masing-masing supaya perekodan dan pengurusan akaun menjadi lebih efisien dan sistematik.

chap 2 new.indd 35 10/10/2016 2:36:19 PM

Page 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

36

Murid boleh:• Mengenal pasti komponen

dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

• Mengenal pasti komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

STANDARD PEMBELAJARAN2.1 KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Pengenalan Akaun merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku dalam suatu tempoh masa. Dalam suatu akaun, kita akan merekodkan tarikh berlaku urus niaga, butiran dan amaun.

Perekodan urus niaga dalam perakaunan

Dalam perniagaan berbagai-bagai urus niaga berlaku pada setiap hari, misalannya membeli perabot, membayar bil air, menerima cek daripada hasil jualan dan mendepositkan tunai ke bank. Urus niaga perniagaan ini perlu direkodkan dalam akaun. Untuk memudahkan kerja perekodan urus niaga, baik secara manual atau secara berkomputer akaun-akaun perlu diklasifikasikan.

Komponen dalam Penyata PendapatanPenyata Pendapatan adalah penyata yang menunjukkan prestasi kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan.

Daya Fikir

Nyatakan komponen-komponen yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi disediakan untuk menentukan:• Untung kasar• Untung bersih

TIP

INFO

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perekodan urus niaga, sila imbas QR Code berikut:

http://www.slideshare.net/surayahhusein/bab-4-simpan-kira

(Diakses pada 9 September 2016)

Penyata Pendapatan

Akaun Perdagangan

Jualan Bersih HasilKos

Jualan Belanja

Akaun Untung Rugi

chap 2 new.indd 36 10/10/2016 2:36:20 PM

Page 3: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

37

Kedai Kasut LionelAkaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

RM RM RMJualan 28 286Tolak Pulangan Jualan (430)Jualan Bersih 27 856

Tolak Kos JualanInventori Awal 62 540Belian 23 143Tolak Pulangan Belian (320)Belian Bersih 22 823Tambah Angkutan Masuk 200Kos Belian 23 023Kos Barang untuk Dijual 85 563Tolak Inventori Akhir (69 234)Kos Jualan (16 329)Untung Kasar 11 527

Kedai Kasut LionelAkaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

RM RM RMUntung Kasar 11 527Tambah HasilDiskaun Diterima 457Komisen Diterima 650

12 634Tolak BelanjaDiskaun Diberi 500Kadar Bayaran 200Upah 900Sewa 800Faedah Pinjaman 400

(2 800)Untung Bersih 9 834

Jualan Bersih Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan

dan pulangan jualan.

Kos Jualan Kos dan belanja untuk membeli barang niaga, termasuk

inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.

Komponen dalam Akaun Untung Rugi

Komponen dalam Akaun Perdagangan

Komponen jualan bersih

Komponen hasil

Komponen belanja

Komponen kos jualan

Pulangan =

PulanganJualan Masuk

Pulangan =

PulanganBelian Keluar

TIP

chap 2 new.indd 37 10/10/2016 2:36:20 PM

Page 4: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

38

Hasil Pendapatan yang dijana dalam perniagaan. Sebagai

contoh, komisen diterima dan faedah diterima.

Belanja Perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan. Sebagai

contoh, kadar bayaran, gaji dan sewa.

Komponen dalam Penyata Kedudukan KewanganPenyata Kedudukan Kewangan merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan.

Kedai Kasut LionelPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RMAset Bukan SemasaKenderaan 50 000Aset SemasaInventori Akhir 69 234Akaun Belum Terima 7 665Bank 2 441Tunai 5 910

85 250Tolak Liabiliti SemasaAkaun Belum Bayar (10 752)Modal Kerja 74 498

124 498Ekuiti PemilikModal Awal 83 740Tambah Untung Bersih 9 834

93 574Tolak Ambilan (679)Modal Akhir 92 895Liabiliti Bukan SemasaPinjaman Bank 31 603

124 498

Komponen Penyata Kedudukan Kewangan

Aset Bukan Semasa

Liabiliti Semasa

Aset Semasa

Ekuiti Pemilik

Liabiliti Bukan Semasa

Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan

Aset Bukan Semasa

Aset Semasa

Liabiliti Semasa

Liabiliti Bukan Semasa

Ekuiti Pemilik

Daya Fikir

Nyatakan dua contoh item lain bagi:(a) Hasil(b) Belanja

Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk melihat baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada suatu tarikh.

TIP

chap 2 new.indd 38 10/10/2016 2:36:20 PM

Page 5: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

39

Aset Bukan Semasa Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat

penggunaan melebihi setahun kewangan dan tahap kecairannya rendah. Sebagai contoh, kenderaan.

Aset Semasa Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan

mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada setahun. Aset semasa juga mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Sebagai contoh, inventori, tunai di tangan dan deposit semasa.

Liabiliti Semasa Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat dijelaskan

dalam tempoh setahun kewangan. Sebagai contoh, Akaun Belum Bayar.

Liabiliti Bukan Semasa Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan

tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. Sebagai contoh, pinjaman bank.

Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan

akan menambahkan Ekuiti Pemilik manakala kerugian akan mengurangkan Ekuiti Pemilik.

Kategorikan setiap akaun berikut ke dalam komponen yang berkaitan:Tunai Angkutan masuk Inventori akhir AmbilanJualan Angkutan keluar Akaun Belum Terima Komisen diterimaPulangan belian Alat tulis Modal Faedah simpananUpah atas belian Faedah pinjaman Belanja am Akaun Belum BayarPinjaman Kadar bayaran Premis Alatan kedai

Komponen Akaun

Akaun Perdagangan dan Untung

Rugi

Jualan Bersih

Kos Jualan

Hasil

Belanja

Penyata Kedudukan Kewangan

Aset Semasa

Aset Bukan Semasa

Liabiliti Semasa

Liabiliti Bukan Semasa

Ekuiti Pemilik

Perbezaan dalam baki Aset Semasa dan Liabiliti Semasa dikenali sebagai Modal Kerja.Perniagaan yang mempunyai nilai Modal Kerja yang tinggi lebih menyakinkan para pelabur kerana perniagaan mempunyai Aset Semasa yang mencukupi untuk menampung Liabiliti Semasa dan mempunyai potensi menjana pendapatan yang lebih baik.

TAHUKAH ANDA?

LATIHAN MINDA 2.1

Daya Fikir

Nyatakan definisi Ekuiti Pemilik.

chap 2 new.indd 39 10/10/2016 2:36:20 PM

Page 6: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

40

HasilHasil merupakan pendapatan perniagaan yang dijana sama ada melalui operasi perniagaan ataupun bukan operasi perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan.

Mengikut prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, hasil termasuklah wang (tunai atau cek) yang sudah diterima dan juga wang yang akan diterima pada masa akan datang.

Hasil dapat dibahagikan kepada:

Hasil operasi • Pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian

perniagaan. • Pendapatan daripada jualan barang niaga atau

perkhidmatan merupakan sumber utama bagi jenis hasil ini.

• Contoh: Bagi sebuah kedai kain, jualan kain merupakan hasil

operasi yang paling utama. Bagi firma guaman, yuran guaman merupakan hasil

operasi paling utama. • Contoh lain bagi hasil operasi ialah komisen

diterima dan dividen diterima.

Hasil bukan operasi • Dijana daripada aktiviti yang berkaitan secara tidak

langsung dengan aktiviti utama. • Dividen daripada pelaburan dan keuntungan jualan

Aset Bukan Semasa.

Murid boleh:• Menjelaskan definisi hasil,

belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

• Membezakan hasil operasi dan hasil bukan operasi.

• Mengklasifikasikan hasil.• Membezakan belanja operasi

dan belanja bukan operasi.• Mengklasifikasikan belanja.• Membezakan hasil operasi,

hasil bukan operasi, belanja operasi dan belanja bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan.

• Menjelaskan ciri-ciri Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa.

• Mengklasifikasikan aset.• Menjelaskan sebab sesuatu

Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza.

• Menjelaskan ciri-ciri Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa.

• Mengklasifikasikan liabiliti.• Menjelaskan sebab sesuatu

Liabiliti Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa dalam perniagaan yang sama dan berbeza.

• Menyenaraikan item dalam komponen Ekuiti Pemilik.

STANDARD PEMBELAJARAN2.2 ITEM SETIAP KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu ialah hasil kerana anggaran hutang yang tidak dapat dikutip semula telah berkurangan. Andaikan pada tahun lepas, Peruntukan Hutang Ragu ialah RM10 000 manakala pada tahun ini berkurang menjadi RM8 000. Pengurangan RM2 000 merupakan hasil bagi tahun kewangan semasa.

TAHUKAH ANDA?

Penyata Kewangan

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

Penyata Kedudukan Kewangan

Hasil Aset

Liabiliti

Belanja Ekuiti Pemilik

chap 2 new.indd 40 10/10/2016 2:36:20 PM

Page 7: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

41

Selain daripada hasil yang melibatkan penerimaan wang, terdapat juga hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang.

Hasil yang melibatkan penerimaan wang Jualan, komisen diterima, sewa diterima dan faedah

simpanan.

Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu dan untung

atas pelupusan aset.

BelanjaBelanja merupakan perbelanjaan yang dibayar dan perbelanjaan yang akan dibayar pada masa hadapan.

Belanja penting untuk memastikan operasi perniagaan dapat dijalankan dengan lancar.

Sebagai contoh, bagi perniagaan pasar raya, jika tiada belanja untuk membayar penggunaan elektrik maka perniagaan sukar dijalankan dengan lancar kerana suasana tidak selesa, gelap dan panas.

Belanja dapat dibahagikan kepada:

Belanja operasi • Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti

utama perniagaan seperti gaji, insurans, sewa, kadar bayaran (bil telefon, elektrik, air, Internet), belanja am, alat tulis dan susut nilai.

Belanja bukan operasi • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam

aktiviti utama perniagaan seperti faedah atas pinjaman bank, faedah atas overdraf bank dan rugi atas pelupusan aset.

JUALAN: Hasil yang dijana daripada aktiviti menjual barang niaga.

KOMISEN DITERIMA: Ganjaran kepada usaha peniaga menjual barangan.

SEWA DITERIMA: Hasil yang dijana daripada menyewakan premis atau aset kepada pihak luar.

FAEDAH SIMPANAN: Hasil faedah daripada simpanan wang di institusi kewangan seperti bank perdagangan.

PENGURANGAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Pengurangan dalam anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip semula.

DIVIDEN: Hasil yang dijana daripada aktiviti pelaburan.

GLOSARI

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dilancarkan pada 1 April 2015 di negara kita. GST bukan hasil kerana GST yang dikutip tidak dimiliki oleh perniagaan. GST juga bukan belanja kerana perniagaan tidak menggunakan wang perniagaan untuk membayar GST.

TAHUKAH ANDA?

GERAK KERJA 1

Berikut merupakan butiran hasil yang biasa terdapat dalam perniagaan:

• Dividen • Jualan • Sewa diterima • Komisen diterima • Faedah atas simpanan

Klasifikasikan butiran hasil di atas kepada hasil operasi dan hasil bukan operasi. Gunakan peta pemikiran i-Think untuk membantu anda. CELIK KEWANGAN

‘Arahan tetap’ merupakan kaedah pembayaran yang semakin mendapat perhatian pengguna. Tunai di bank pemegang akaun akan dipindahkan ke dalam akaun pihak ketiga pada tarikh ataupun masa tertentu secara automatik. Misalannya, bil utiliti boleh dibayar secara arahan tetap setiap bulan. Dengan adanya arahan tetap, pengguna tidak perlu lagi risau tentang kelewatan pembayaran bil.

chap 2 new.indd 41 10/10/2016 2:36:21 PM

Page 8: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

42

Sama seperti hasil, belanja juga melibatkan pembayaran wang dan tidak melibatkan pembayaran wang.

Melibatkan pembayaran wang Sewa, gaji, insurans, kadar bayaran, belian dan

faedah pinjaman.

Tidak melibatkan pembayaran wang Susut nilai aset, hutang lapuk dan pewujudan atau

pertambahan Peruntukan Hutang Ragu.

BELIAN: Belanja untuk membeli barang niaga.

KADAR BAYARAN: Bayaran bil utiliti seperti bil elektrik, air, telefon dan Internet.

BELANJA AM: Belanja umum yang tidak diklasifikasikan dalam belanja lain.

INSURANS: Bayaran premium untuk mendapatkan perlindungan kewangan daripada syarikat insurans.

FAEDAH PINJAMAN: Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman pokok.

HUTANG LAPUK: Hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip semula dan dihapus kira.

PERTAMBAHAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Pertambahan dalam anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip semula.

SUSUT NILAI ASET: Penyusutan nilai aset bukan semasa.

DUTI IMPORT: Cukai yang dikenakan atas barangan import.

ANGKUTAN MASUK: Bayaran untuk mengangkut barang niaga ke dalam perniagaan.

ANGKUTAN KELUAR: Bayaran untuk mengangkut barang kepada pelanggan.

GLOSARI

Contoh aset fizikal

AsetAset ialah harta yang dimiliki oleh perniagaan untuk menjana hasil. Peniaga memerlukan aset untuk menjalankan perniagaan.

Aset yang digunakan dalam perniagaan boleh: Berbentuk fizikal Perabot, inventori dan kelengkapan. Tidak berbentuk fizikal Akaun Belum Terima dan faedah simpanan belum

diterima.

Daya Fikir

Pada pandangan anda, bagi perniagaan yang menjalankan jualan atas talian, bayaran pengehosan dan nama domain tahunan bagi laman sesawang diklasifikasikan sebagai belanja operasi atau belanja bukan operasi? Berikan alasan anda.

GERAK KERJA 2

Berikut merupakan butiran belanja yang biasa terdapat dalam perniagaan:

Kadar bayaran Rugi pertukaran wang asingPremium insurans Susut nilaiDuti import Belian

Klasifikasikan butiran belanja di atas kepada belanja operasi dan belanja bukan operasi. Gunakan peta pemikiran i-Think untuk membantu anda.

chap 2 new.indd 42 10/10/2016 2:36:21 PM

Page 9: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

43

Aset boleh diklasifikasikan berdasarkan tahap kecairan, hayat penggunaan dan ketahanan aset.

Aset dibahagikan kepada:

Aset Bukan Semasa • Aset perniagaan yang bersifat tahan lama boleh

digunakan melebihi satu tahun kewangan dan mempunyai tahap kecairan yang rendah.

• Sebagai contoh, premis (bangunan kedai, gudang), kenderaan, kelengkapan (penyaman udara, peti sejuk, kipas), alatan pejabat (komputer, mesin cetak, pengimbas kod bar) dan perabot (rak pameran, meja, kaunter, kabinet).

Aset Semasa

TAHAP KECAIRAN: Merujuk kepada sejauh mana sesuatu aset mudah ditukar kepada tunai. Semakin mudah aset ditukar menjadi tunai, semakin tinggi tahap kecairannya. Manakala semakin sukar aset ditukar menjadi tunai, semakin rendah tahap kecairan aset tersebut.

GLOSARI

Aset Semasa • Aset perniagaan yang dapat ditukar kepada bentuk

tunai dalam jangka masa setahun dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi.

• Sebagai contoh, inventori barang niaga, Akaun Belum Terima, tunai di tangan, deposit tetap, deposit kadar bayaran, pelaburan dan tunai di bank.

Aset Bukan Semasa

Daya Fikir

• Kedai barangan elektrik• Restoran• Kedai karaokeBagi setiap perniagaan di atas, adakah ‘televisyen’ diklasifikasikan sebagai Aset Bukan Semasa atau Aset Semasa (inventori)? Beri alasan anda.

Apakah perbezaan antara ‘Lekapan dan Lengkapan’ dengan ‘Kelengkapan’? Untuk menjawab soalan ini, sila imbas QR Code berikut:

https://sifu2b.wordpress.com/interaksi-guru-pelajar-akaun/topik-tgktn-4/t4-bhg1-kategori-dan-kelas-akaun/

(Diakses pada 9 September 2016)

TAHUKAH ANDA?

Contoh

chap 2 new.indd 43 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 10: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

44

Liabiliti Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Dengan kata lain, liabiliti ialah tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan.

Liabiliti dapat diklasifikasikan kepada:

Liabiliti Bukan Semasa • Hutang luaran yang mengambil masa melebihi satu

tahun kewangan untuk menjelaskannya. • Hutang jangka panjang yang perlu dijelaskan oleh

sesebuah perniagaan. • Sebagai contoh, pinjaman bank dan gadai janji.

Liabiliti Semasa • Hutang luaran yang mengambil masa kurang

dari satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. • Liabiliti Semasa bersifat hutang jangka pendek. • Sebagai contoh, Akaun Belum Bayar dan overdraf

bank.

Bagi perniagaan yang sama, sesuatu Liabiliti Bukan Semasa akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa jika tempoh matangnya kurang 12 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan berkenaan.

Apakah itu overdraf bank (overdraft facility – OD)?Pinjaman jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan atas persetujuan bank untuk menyediakan sejumlah wang pinjaman kepada pelanggannya. Apabila pengeluaran wang oleh pelanggannya telah melebihi baki tunai di bank, OD akan menampung kekurangan tersebut. Jika OD diperoleh tetapi tidak digunakan maka OD bukanlah Liabiliti Semasa kepada perniagaan. Sebaliknya, jika perniagaan sudah menggunakannya, maka OD itu ialah Liabiliti Semasa kepada perniagaan dan perlu dibayar balik kepada bank.

TAHUKAH ANDA?

CONTOH 1

Situasi A:Kedai Perabot Maju membeli meja, kerusi, almari dan rak televisyen daripada pembekal untuk dijual semula di kedainya. Barangan tersebut merupakan inventori barang niaga kepada Kedai Perabot Maju. Dalam situasi ini, perabot merupakan Aset Semasa kepada Kedai Perabot Maju.

Situasi B:Sebuah meja dan empat buah kerusi dibeli oleh Kedai Perabot Maju dan diletakkan di kaunter juruwang di dalam kedai. Dalam keadaan ini, meja dan kerusi ini merupakan Aset Bukan Semasa kepada perniagaan kerana meja dan kerusi di kaunter juruwang ini bukan untuk dijual semula kepada pelanggan sebaliknya digunakan untuk memudahkan urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam kedai.

Situasi C:Pemilik Kedai Roti Sedap berkunjung ke sebuah kedai perabot untuk membeli rak pameran. Rak pameran digunakan untuk mempamerkan kek yang dijual. Rak pameran tersebut bukan untuk dijual kepada pelanggan yang mengunjungi kedainya. Maka rak pameran itu merupakan Aset Bukan Semasa bagi Kedai Roti Sedap.

Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza, bergantung kepada aktiviti utama perniagaan. Sebagai contoh:

chap 2 new.indd 44 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 11: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

45

INFO

Pinjaman bank merupakan Liabiliti Bukan Semasa yang penting untuk membolehkan perniagaan membeli Aset Bukan Semasa, membiayai projek atau mengembangkan perniagaan.

CONTOH 2

Situasi A:

Tarikh matang Pinjaman A Tempoh perakaunan Baki tempoh matang pinjaman

30 September 2017 1 Januari 2016 – 31 Disember 2016 9 bulan

Berdasarkan situasi A, tempoh matang Pinjaman A hanya tinggal 9 bulan sahaja dan perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tahun perakaunan berakhir 31 Disember 2017. Oleh itu, Pinjaman A diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa.

Situasi B:

Tarikh matang Pinjaman B Tempoh perakaunan Baki tempoh matang pinjaman

30 September 2020 1 Januari 2016 – 31 Disember 2016 45 bulan

Berdasarkan situasi B, tempoh matang pinjaman ialah pada 30 September 2020. Pinjaman B akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa bagi tempoh 1 Jan 2017 hingga 31 Dis 2017 dan Liabiliti Bukan Semasa bagi tempoh mulai 1 Jan 2018 kerana mengambil masa lebih daripada setahun untuk menjelaskannya.

CONTOH 3

Perniagaan Amaun pinjaman

Tarikh mula pinjaman

Tarikh matang pinjaman

Bayaran dalam tahun kewangan

Kedai Runcit Su RM200 000 1 Januari 2016 31 Disember 2019 RM50 000

Good Time Sdn. Bhd. RM200 000 1 Januari 2016 31 Disember 2016 RM100 000

Berdasarkan jadual di atas, Kedai Runcit Su perlu melangsaikan pinjaman berjumlah RM200 000 dalam tempoh 4 tahun. Maka dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016, pinjaman tersebut akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa sebanyak RM50 000 dan Liabiliti Bukan Semasa sebanyak RM100 000.

Bagi Good Time Sdn. Bhd. pihak pengurusan perlu menjelaskan pinjaman berjumlah RM200 000 dalam tempoh 12 bulan. Maka dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2016, baki pinjaman RM100 000 akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa sebanyak RM100 000.

Situasi A mengklasifikasikan pinjaman bank sebagai Liabiliti Semasa manakala situasi B pula mengklasifikasikan pinjaman bank sebagai Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. Pengklasifikasian ini adalah bergantung kepada tempoh masa bayaran balik pinjaman.

chap 2 new.indd 45 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 12: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

46

Ekuiti PemilikEkuiti Pemilik merupakan ‘hutang’ perniagaan terhadap pemilik atau tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.

Untuk memulakan perniagaan, pemilik perlu membawa masuk harta benda peribadi supaya perniagaan boleh mula beroperasi untuk menjana pendapatan.

Tanpa sumbangan daripada pemilik, mustahil perniagaan itu boleh beroperasi. Situasi ini bagaikan perniagaan ‘meminjam’ modal daripada pemilik untuk memulakan aktiviti perniagaan.

Kesimpulannya, Ekuiti Pemilik merupakan bahagian perniagaan yang disumbangkan dan dimiliki oleh pemilik itu.

Ekuiti Pemilik = Modal + Untung Bersih/–Rugi Bersih – Ambilan

Daya Fikir

Nyatakan tiga komponen dalam Ekuiti Pemilik.

Faktor yang menyebabkan Ekuiti Pemilik bertambah:• Modal tambahan• Untung bersih

Faktor yang menyebabkan Ekuiti Pemilik berkurang:• Ambilan• Rugi bersih

TIP

1 Lengkapkan jadual berikut:

Hasil operasi Aspek Hasil bukan operasiDefinisi

Contoh akaun

Aset Bukan Semasa Aspek Aset SemasaCiri-ciri

Contoh akaun

Liabiliti Bukan Semasa Aspek Liabiliti SemasaCiri-ciri

Contoh akaun

2 Tentukan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau salah: (a) Aset Bukan Semasa dibeli adalah untuk dijual semula kepada pelanggan. (b) Liabiliti merupakan tanggungan hutang perniagaan terhadap pihak luar. (c) Ekuiti Pemilik ialah tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. (d) Pendapatan daripada jualan barang niaga dianggap sebagai hasil bukan operasi.

3 Dalam setiap situasi berikut, kenal pasti sama ada aset diklasifikasikan sebagai Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa:

(a) Kedai Alat Elektrik Kevin mengeluarkan sebuah kipas meja untuk kegunaan kedai. Kipas meja tersebut merupakan .

(b) Puan Shamsiah membeli 10 buah mesin taip elektronik untuk dijual dalam kedai bekalan pejabatnya. Mesin taip berkenaan merupakan .

LATIHAN MINDA 2.2

chap 2 new.indd 46 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 13: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

47

Murid boleh:• Menulis rumus Persamaan

Perakaunan tanpa hasil dan belanja.

• Menghitung nilai aset, liabiliti atau ekuiti pemilik tanpa hasil dan belanja menggunakan rumus Persamaan Perakaunan.

• Menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan tanpa hasil dan belanja.

• Menulis rumus Persamaan Perakaunan dengan hasil dan belanja.

• Menghitung nilai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik yang melibatkan hasil dan belanja menggunakan rumus Persamaan Perakaunan.

• Menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja.

• Menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap Persamaan Perakaunan.

STANDARD PEMBELAJARAN2.3 PERSAMAAN PERAKAUNANPersamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan BelanjaPersamaan perakaunan yang asas menyatakan hubungan antara aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

Berdasarkan persamaan perakaunan, jumlah aset hendaklah sentiasa sama dengan jumlah ekuiti pemilik dan liabiliti.

Persamaan perakaunan asas (tanpa mengambil kira hasil dan belanja) dikenali juga sebagai persamaan Penyata Kedudukan Kewangan.

Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja

Ekuiti Pemilik terdiri daripada modal dan untung bersih. Maka persamaannya ialah

Aset = Liabiliti + Modal +Untung bersih/ – Rugi bersih

Ekuiti Pemilik dicerakinkan kepada modal dan untung bersih dan diletak di bahagian kanan persamaan.

Untung bersih merupakan lebihan hasil daripada belanja manakala rugi bersih merupakan lebihan belanja daripada hasil. Maka persamaannya ialah

Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Urus niaga Kesan Penerangan

1 Beli barang niaga RM500 dengan tunai

(+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM500.

(–) Tunai Tunai di tangan berkurang RM500 kerana tunai telah dibayar semasa membeli barang niaga.

2 Beli barang niaga RM1 200 dengan cek

(+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM1 200.

(–) Bank Tunai di bank berkurang RM1 200 kerana cek telah dibayar semasa membeli barang niaga.

chap 2 new.indd 47 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 14: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

48

Urus niaga Kesan Penerangan

3 Beli barang niaga RM2 400 secara kredit

(+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM2 400.

(+) Akaun Belum Bayar

Akaun Belum Bayar bertambah RM2 400 kerana membeli secara kredit (berhutang).

4 Jual barang niaga berkos RM400 dan tunai RM480 diterima

(–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM400.

(+) Tunai Tunai di tangan bertambah RM480 kerana menerima tunai daripada jualan.

(+) Untung/ Modal

Untung bersih = RM480 – RM400 = RM80

5 Jual barang niaga berkos RM900 dan cek RM990 diterima

(–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM900.

(+) Bank Tunai di bank bertambah RM990 kerana menerima cek daripada jualan (andaikan cek dideposit pada hari yang sama).

(+) Untung/ Modal

Untung bersih = RM990 – RM900 = RM90

6 Jual barang niaga RM760 dan tunai RM850 diterima. Tunai dibankkan

(–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM760.

(+) Bank Tunai di bank bertambah RM850 kerana tunai diterima dan dimasukkan ke dalam bank.

(+) Untung/ Modal

Untung bersih = RM850 – RM760 = RM90

7 Mengambil tunai di tangan RM200 untuk kegunaan peribadi

(–) Tunai Tunai di tangan dikeluarkan daripada perniagaan, aset perniagaan akan berkurang RM200.

(–) Modal Ambilan aset tersebut akan mengurangkan Ekuiti Pemilik perniagaan sebanyak RM200.

8 Membayar gaji RM920 dengan cek

(–) Bank Pembayaran dalam bentuk cek akan mengurangkan aset perniagaan sebanyak RM920.

(–) Untung/ Modal

Belanja akan mengurangkan Ekuiti Pemilik atau untung bersih perniagaan sebanyak RM920.

chap 2 new.indd 48 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 15: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

49

Urus niaga Kesan Penerangan9 Membayar cek

RM4 000 kepada Akaun Belum Bayar untuk menjelaskan hutang RM4 200

(–) Bank Cek dibayar, aset perniagaan berkurang sebanyak RM4 200.

(–) Akaun Belum Bayar

Akaun Belum Bayar akan berkurang RM4 200 kerana hutang telah dijelaskan.

(+) Untung/ Modal

Diskaun diterima = Jumlah hutang – Jumlah pembayaran = RM4 200 – RM4 000= RM200 (hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan)

10 Memindahkan tunai di tangan RM2 100 ke dalam bank

(–) Tunai Tunai di tangan dikeluarkan, tunai berkurang RM2 100.

(+) Bank Tunai yang dimasukkan ke dalam bank menambahkan tunai di bank perniagaan sebanyak RM2 100.

11 Mengeluarkan tunai di bank RM2 000 untuk kegunaan kedai

(–) Bank Apabila tunai di bank dikeluarkan, tunai di bank berkurang RM2 000.

(+) Tunai Pengeluaran tunai dari bank untuk digunakan di kedai/pejabat akan menambahkan tunai di tangan perniagaan sebanyak RM2 000.

12 Membawa masuk tunai RM6 000 sebagai tambahan modal

(+) Tunai Tunai di tangan untuk kegunaan perniagaan menambahkan aset perniagaan sebanyak RM6 000.

(+) Modal Sumbangan aset terhadap perniagaan akan menambahkan modal sebanyak RM6 000.

13 Menerima komisen RM160 dengan tunai

(+) Tunai Penerimaan hasil secara tunai akan menambahkan aset perniagaan RM160.

(+) Untung/ Modal

Hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan RM160.

14 Sebuah perabot berharga RM4 900 dibeli daripada Kedai Perabot Tan dengan bayaran pendahuluan RM1 000 secara tunai dan bakinya RM3 900 akan dibayar kemudian

(+) Perabot Membeli perabot, aset bertambah RM4 900.

(–) Tunai Bayaran tunai pendahuluan mengurangkan aset sebanyak RM1 000.

(+) Lain-lain Akaun Belum Bayar

Baki hutang terhadap Akaun Belum Bayar akan menambahkan liabiliti sebanyak RM3 900.

chap 2 new.indd 49 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 16: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

50

CONTOH 4

Pada 1 Ogos 2016, Cik Suhana telah memulakan Kedai Kain Suhana. Sepanjang bulan Ogos 2016, urus niaga berikut telah berlaku:(i) Membawa masuk tunai di tangan RM4 000, tunai di bank RM5 000 dan alatan kedai RM4 800

untuk memulakan perniagaan.(ii) Membeli inventori kain RM11 000 secara kredit daripada Pemborong Kain Istimewa.(iii) Membeli sebuah komputer RM1 800 untuk kegunaan kedai dengan tunai.(iv) Ambilan kain RM60 untuk menjahit baju anak belum direkodkan.(v) Sekeping cek RM3 000 dikeluarkan untuk menjelaskan hutang dengan Pemborong

Kain Istimewa. (vi) Membeli kain RM900 dengan tunai. (vii) Tunai RM1 000 dimasukkan ke dalam bank.

Anda dikehendaki:(a) Menyalin dan melengkapkan jadual di bawah.(b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016.

Penyelesaian(a)

Urus niaga

Aset Ekuiti + LiabilitiAlatan Kedai Inventori Bank Tunai Modal Akaun Belum Bayar

RM RM RM RM RM RM(i) 4 800 5 000 4 000 13 800

(ii) 11 000 11 000

(iii) 1 800 (1 800)

(iv) (60) (60)

(v) (3 000) (3 000)

(vi) 900 (900)

(vii) 1 000 (1 000)

Baki 6 600 11 840 3 000 300 13 740 8 000Jumlah 21 740 21 740

(i) Modal awal yang dibawa masuk ke dalam perniagaan pada 1 Ogos 2016 terdiri daripada alatan kedai RM4 800, tunai di tangan RM4 000 dan tunai di bank RM5 000. Oleh itu, jumlah modal pada 1 Ogos 2016 ialah RM13 800 (Pengiraan: RM4 800 + RM4 000 + RM5 000).

(ii) Apabila inventori dibeli secara kredit, hutang perniagaan akan bertambah. Oleh itu, inventori dan Akaun Belum Bayar perlu ditambah sebanyak RM11 000.

(iii) Pembelian komputer akan menambahkan baki alatan kedai sebanyak RM1 800 dan tunai berkurang sebanyak RM1 800.

(iv) Ambilan kain untuk kegunaan peribadi mengurangkan inventori sebanyak RM60 dan mengurangkan modal sebanyak RM60.

(v) Pembayaran hutang dengan cek berjumlah RM3 000 mengurangkan baki tunai di bank dan mengurangkan Akaun Belum Bayar sebanyak RM3 000.

chap 2 new.indd 50 10/10/2016 2:36:30 PM

Page 17: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

51

CONTOH 5

Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan oleh Pemborong Jessica pada 31 Disember 2016:

Pemborong JessicaPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RMKelengkapan 45 410 Modal 130 000Perabot 78 000 Untung Bersih 22 280Inventori 21 900 Bank (Overdraf) 1 080Akaun Belum Terima 3 450 Akaun Belum Bayar 3 200Tunai 7 800

156 560 156 560

Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Januari 2017:(i) 5% daripada inventori dijual pada harga RM1 250 secara kredit kepada Syarikat Wang Sheng.(ii) Akaun Belum Bayar dijelaskan sepenuhnya dengan tunai RM3 000.(iii) Ambilan barang niaga RM500 adalah untuk tujuan promosi.(iv) Seorang penghutang telah meninggal dunia dan hutangnya RM1 000 hendaklah dihapuskan

sebagai hutang lapuk.(v) Faedah atas simpanan RM600 dikreditkan terus oleh bank.(vi) Syarikat Wang Sheng membayar menggunakan cek untuk menjelaskan invoisnya. Anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017.

(vi) Pembelian kain (barang niaga) dengan tunai menambahkan inventori sebanyak RM900 dan mengurangkan baki tunai di tangan sebanyak RM900.

(vii) Pemindahan tunai di tangan ke dalam akaun bank telah mengurangkan baki tunai di tangan RM1 000 dan menambahkan baki tunai di bank RM1 000.

(b) Kedai Kain SuhanaPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RMAset Bukan Semasa Ekuiti PemilikAlatan Kedai 6 600 Modal 13 740Aset Semasa Liabiliti SemasaInventori 11 840 Akaun Belum Bayar 8 000Bank 3 000Tunai 300

21 740 21 740

chap 2 new.indd 51 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 18: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

52

Pemborong JessicaPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017

RM RMAset Bukan Semasa Ekuiti PemilikKelengkapan 45 410 Modal 130 000Perabot 78 000 Untung Bersih 21 735

151 735Aset Semasa Inventori 20 305 Akaun Belum Terima 2 450Bank 770Tunai 4 800

151 735 151 735

1 Baki awal bank merupakan baki overdraf (Liabiliti Semasa) dan diletakkan di bahagian debit, kurungan ditambah pada amaunnya untuk menunjukkan bakinya bernilai negatif.

2 Murid dimestikan menyediakan jadual pengiraan kerana lebih kemas dan sistematik.3 Baki-baki yang tidak mengalami sebarang perubahan perlu dihantar ke bawah menjadi baki akhir

(seperti Kelengkapan dan Perabot).4 Semasa mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan, kita hanya memasukkan akaun-akaun

yang ada baki akhir sahaja.

Penyelesaian

Urus niaga

Aset Ekuiti + Liabiliti

Kelengkapan Perabot InventoriAkaun Belum Terima

Bank Tunai Modal Untung Bersih

Akaun Belum Bayar

RM RM RM RM RM RM RM RM RMBaki awal 45 410 78 000 21 900 3 450 (1 080) 7 800 130 000 22 280 3 200(i) (1 095) 1 250 155(ii) (3 000) 200 (3 200)(iii) (500) (500)(iv) (1 000) (1 000)(v) 600 600(vi) (1 250) 1 250 Baki akhir 45 410 78 000 20 305 2 450 770 4 800 130 000 21 735 0Jumlah 151 735 151 735

CONTOH 6

Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan oleh Kedai Dobi Ramlah pada 31 Disember 2016:

Kedai Dobi RamlahPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RMKelengkapan 10 200 Modal 144 300Inventori 99 000 Akaun Belum Bayar 6 890Akaun Belum Terima 4 300Bank 37 000Tunai 690

151 190 151 190

chap 2 new.indd 52 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 19: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

53

Kedai Dobi RamlahPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017

RM RMAset Bukan Semasa Ekuiti PemilikKelengkapan 15 200 Modal 144 300

Tambah Untung Bersih 1 300145 600

Tolak Ambilan (120)145 480

Aset SemasaInventori 96 730 Liabiliti SemasaAkaun Belum Terima 9 800 Akaun Belum Bayar 10 890Bank 32 500Tunai 2 140

156 370 156 370

Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Januari 2017:(i) Beli kelengkapan baru RM5 000 dengan cek.(ii) Beli barang niaga pada harga RM4 000 secara kredit.(iii) Tunai sejumlah RM50 diambil untuk bayaran perubatan anak.(iv) Jual barang niaga berkos RM1 200 secara tunai pada harga RM1 500.(v) Terima komisen jualan sebanyak RM500 secara tunai dan telah dibankkan.(vi) Serbuk pencuci berkos RM70 dikeluarkan untuk kegunaan peribadi.(vii) Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara kredit pada harga RM5 500.Anda dikehendaki:(a) Menyalin dan melengkapkan jadual.(b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017.

Penyelesaian(a)

Urus niaga

Aset Ekuiti + Liabiliti

Kelengkapan InventoriAkaun Belum Terima

Bank Tunai Modal Untung Bersih Ambilan

Akaun Belum Bayar

RM RM RM RM RM RM RM RM RMBaki awal 10 200 99 000 4 300 37 000 690 144 300 6 890(i) 5 000 (5 000)(ii) 4 000 4 000(iii) (50) 50(iv) (1 200) 1 500 300(v) 500 500(vi) (70) 70(vii) (5 000) 5 500 500Baki akhir 15 200 96 730 9 800 32 500 2 140 144 300 1 300 120 10 890

145 480 10 890Jumlah 156 370 156 370

(b)

chap 2 new.indd 53 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 20: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

54

1 Pada 30 April 2016, baki aset Perniagaan Zaleha adalah sebanyak RM12 450, Liabiliti RM7 800, Ambilan RM400 dan mengalami Rugi Bersih sebanyak RM1 500. Hitung baki

modal pada tarikh ini.

2 Butiran di bawah diambil daripada buku Kedai Runcit Sam pada 31 Disember 2016. RM Premis 280 500 Inventori 57 930 Akaun Belum Terima: Terrence 2 400 Tunai di tangan 1 250 Tunai di bank (800) Akaun Belum Bayar: Thomas 8 900

Dengan menggunakan persamaan perakaunan, hitung modal Kedai Runcit Sam pada tarikh tersebut. Tunjukkan langkah pengiraan anda.

3 Encik Yusof ialah pemilik Perniagaan Jati yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Baki aset dan liabiliti perniagaannya pada 31 Jan 2016 adalah seperti berikut:

RM Perabot 4 800 Inventori 2 100 Akaun Belum Terima 5 400 Bank 3 810 Akaun Belum Bayar 1 810

Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Februari 2016: (i) Membeli empat buah meja pejabat bernilai RM2 800 dengan cek. (ii) Menerima cek daripada Akaun Belum Terima berjumlah RM1 960. (iii) Sekeping cek daripada Akaun Belum Terima bernilai RM410 tidak dilayan oleh bank. (iv) Encik Yusof mengambil RM600 untuk membayar yuran sekolah anaknya. (v) Menjelaskan hutang sebanyak RM800 dengan menggunakan cek. (vi) Membeli barang niaga secara kredit berjumlah RM780 daripada pembekal Chong. (vii) Inventori pada kos RM1 050 dijual dengan harga RM2 050 secara tunai dan dibankkan.

Rekodkan urus niaga dengan menggunakan jadual persamaan perakaunan berikut:

Urus niaga

Aset Ekuiti + Liabiliti

Perabot InventoriAkaun Belum Terima

Bank Modal Untung Bersih Ambilan

Akaun Belum Bayar

RM RM RM RM RM RM RM RM

LATIHAN MINDA 2.3

chap 2 new.indd 54 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 21: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

55

Murid boleh:• Menjelaskan maksud

Catatan Kontra.• Menyenaraikan akaun yang

boleh dikontrakan dengan akaun yang lain.

• Menerangkan dan menunjukkan kesan Catatan Kontra terhadap akaun yang berkaitan.

• Menerangkan kesan sekiranya tidak dibuat Catatan Kontra tersebut terhadap akaun yang berkaitan.

• Menjelaskan definisi Carta Akaun.

• Menjelaskan fungsi dan kegunaan Carta Akaun dalam perisian perakaunan.

• Menyediakan jadual Carta Akaun.

STANDARD PEMBELAJARAN2.4 CATATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN

Catatan KontraCatatan Kontra ialah catatan yang mengurangkan baki akaun yang berkaitan dengannya.

Bukan semua akaun mempunyai Catatan Kontra, hanya beberapa akaun sahaja yang ada Catatan Kontra.

Berikut merupakan senarai bagi pasangan akaun berkaitan berserta catatan kontranya:

Akaun Berkaitan Catatan Kontra

Aset Bukan Semasa Susut nilai terkumpul

Akaun Belum Terima Peruntukan hutang ragu

Modal/ Ekuiti Pemilik

Ambilan

Jualan Pulangan jualan/ Pulangan masuk

Belian Pulangan belian/ Pulangan keluar

Bagaimanakah Catatan Kontra ini memberikan kesan kepada akaun berkaitan dengannya?

Catatan Kontra akan mengurangkan baki dalam akaun berkaitan dengannya. Kesan pengurangan baki daripada Catatan Kontra terhadap akaun berkaitan dengannya dapat dilihat daripada Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan juga Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan pada akhir tempoh perakaunan.

SUSUT NILAI TERKUMPUL: Jumlah penyusutan nilai dalam Aset Bukan Semasa.

PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Anggaran hutang yang tidak dapat dikutip daripada Akaun Belum Terima.

PULANGAN JUALAN: Barangan yang telah dijual tetapi dikembalikan oleh pelanggan/pembeli kepada kita.

PULANGAN BELIAN: Barangan yang telah dibeli tetapi dikembalikan kepada pembekal/penjual.

DISKAUN DIBERI: Potongan harga yang diberikan kepada Akaun Belum Terima jika penerimaan bayaran mengikut terma yang ditetapkan.

DISKAUN DITERIMA: Potongan harga yang diterima daripada Akaun Belum Bayar apabila bayaran dibuat mengikut terma yang ditetapkan.

GLOSARI

CONTOH 7

Akaun Pulangan Jualan akan mengurangkan nilai jualan. Maka Akaun Pulangan Jualan merupakan Catatan Kontra kepada Akaun Jualan.

chap 2 new.indd 55 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 22: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

5656

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berikut akan menunjukkan kedudukan Catatan Kontra dan akaun yang berkaitan dengannya:

Perniagaan Runcit PesatAkaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

RM RM RM

Jualan 567 320

Tolak Pulangan Jualan (460)

Jualan Bersih 566 860

Tolak Kos Jualan

Inventori Awal 278 334

Belian 405 791

Tolak Pulangan Belian (210)

Belian Bersih 405 581

Tambah Angkutan Masuk 2 300

Upah atas Belian 4 410

Insurans atas Belian 2 100

Duti Import 345

Kos Belian 414 736

Kos Barang untuk Dijual 693 070

Tolak Inventori Akhir (599 457)

Kos Jualan (93 613)

Untung Kasar 473 247

Tambah Hasil

Komisen Diterima 5 000

Faedah Simpanan 2 700

7 700

Tolak Belanja

Kadar Bayaran 50 000

Insurans 60 000

Gaji 66 865

(176 865)

Untung Bersih 304 082

Inventori akhir dan kos jualan bukan Catatan Kontra tetapi merupakan sebahagian daripada pengiraan untuk menghitung untung atau rugi kasar perniagaan.

Pulangan jualan• merupakan

Catatan Kontra kepada jualan

• mengurangkan baki jualan

Pulangan belian • merupakan

Catatan Kontra kepada belian

• mengurangkan baki belian

chap 2 new.indd 56 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 23: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

57

Susut nilai terkumpul • merupakan

Catatan Kontra kepada Aset Bukan Semasa

• mengurangkan nilai Aset Bukan Semasa

Ambilan • merupakan

Catatan Kontra kepada Akaun Modal

• mengurangkan baki modal/Ekuiti Pemilik

Peruntukan Hutang Ragu • merupakan

Catatan Kontra kepada Akaun Belum Terima

• mengurangkan baki Akaun Belum Terima

Perniagaan Runcit PesatPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RM RM RMAset Bukan Semasa Kos Susut Nilai

TerkumpulNilai Buku

Premis 700 000Perabot 9 000 (1 800) 7 200Kelengkapan 8 000 (1 230) 6 770

13 970

713 970Aset SemasaInventori Akhir 599 457Akaun Belum Terima 45 320Tolak Peruntukan Hutang Ragu (890)

44 430Bank 51 050Tunai 2 300

697 237Tolak Liabiliti SemasaAkaun Belum Bayar (57 400)Modal Kerja 639 837

1 353 807

Ekuiti PemilikModal Awal 55 745Tambah Untung Bersih 304 082

359 827Tolak Ambilan (6 020)Modal Akhir 353 807

Liabiliti Bukan SemasaPinjaman Bank 1 000 000

1 353 807

INFO

Nilai Buku (book value) = Kos Aset Bukan Semasa – Susut Nilai Terkumpul

Dalam Penyata Kedudukan Kewangan, penggunaan Akaun Susut Nilai Terkumpul membolehkan nilai aset dinyatakan dalam harga kos dan dalam nilai buku. Merujuk kepada Penyata Kedudukan Kewangan di atas didapati bahawa:• Harga kos bagi perabot dan kelengkapan ialah RM9 000 dan RM8 000 masing-masing. Ini bertepatan

dengan konsep prinsip kos.• Selepas mengambil kira susut nilai terkumpul, nilai buku bagi perabot dan kelengkapan ialah

RM7 200 dan RM6 770 masing-masing.

57

chap 2 new.indd 57 10/10/2016 2:36:31 PM

Page 24: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

58

CONTOH 8

Sekiranya Catatan Kontra tidak dibuat, maka kesan terhadap akaun berkaitannya adalah seperti berikut:

Jika tiada Akaun Pulangan Jualan ⇒ Jualan akan terlebih nyata ⇒ Untung Kasar terlebih nyata

Jika tiada Akaun Pulangan Belian ⇒ Belian akan terlebih nyata ⇒ Untung Kasar terkurang nyata

Jika tiada Akaun Ambilan ⇒ Modal akhir akan terlebih nyata

Jika tiada Akaun Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa ⇒ Nilai buku aset berkenaan terlebih nyata

Jika tiada Akaun Peruntukan Hutang Ragu ⇒ Akaun Belum Terima akan terlebih nyata

Carta Akaun Carta Akaun merupakan senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun secara sistematik untuk tujuan perekodan dalam sistem perekodan berkomputer.

Dalam Carta Akaun, semua akaun yang terlibat akan dikumpul dan disusun mengikut kelasnya.

Setiap akaun yang terkandung dalam Carta Akaun diberi nama akaun berserta nombor yang tersendiri. Lazimnya, nombor yang diberi kepada sesuatu akaun mengandungi sekurang-kurangnya 3 digit seperti yang berikut:

1 2 0 Digit pertama menunjukkan klasifikasi suatu akaun

sama ada akaun itu merupakan aset, liabiliti atau kelas akaun yang lain.

Sebagai contoh, ‘1’ mewakili Akaun Aset.

Digit-digit berikutnya menunjukkan kedudukan akaun tersebut dalam lejar, misalannya ‘20’ mewakili muka surat ke-20 ataupun Akaun Aset yang ke-20.

Kod item Nama akaun10000 – 19999 Aset20000 – 29999 Liabiliti30000 – 39999 Ekuiti Pemilik40000 – 49999 Hasil50000 – 59999 Belanja60000 – 69999 Catatan Kontra

Berdasarkan contoh jadual di sebelah, jika akauntan ingin memberikan nombor untuk Akaun Tunai, maka nombor yang akan diberikan hendaklah antara nombor 10000 hingga 19999, misalnya 10011. Bagi Akaun Aset yang lain, contohnya Akaun Inventori, nombor yang mungkin diberikan ialah 10012; bagi Akaun Kadar Bayaran (belanja), nombor yang boleh diberikan adalah dalam julat 50000 – 59999.

Dalam lejar, kedudukan baki Catatan Kontra adalah songsang dengan akaun berkaitan. Contoh: • Akaun Belian dan Akaun

Pulangan BelianAkaun Belian

XX

Akaun Pulangan BelianXX

• Akaun Jualan dan Akaun Pulangan Jualan

Akaun JualanXX

Akaun Pulangan JualanXX

• Akaun Modal dan Akaun Ambilan

Akaun ModalXX

Akaun AmbilanXX

• Akaun Belum Terima dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Akaun Belum TerimaXX

Akaun Peruntukan Hutang RaguXX

TIP

chap 2 new.indd 58 10/10/2016 2:36:32 PM

Page 25: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

59

Langkah-langkah untuk Menyediakan Carta Akaun

1 Kenal pasti semua akaun yang terlibat dalam sesebuah perniagaan.

2 Klasifikasikan akaun-akaun dalam langkah 1 kepada aset, liabiliti, Ekuiti Pemilik, hasil, belanja dan kontra.

3 Tetapkan bilangan digit yang perlu digunakan. Lazimnya perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan 3 digit manakala ada syarikat gergasi yang menggunakan lebih daripada 5 digit.

4 Tetapkan digit pertama bagi setiap jenis klasifikasi akaun, contoh digit ‘1’ untuk Akaun Aset, digit ‘2’ untuk Akaun Liabiliti, digit ‘3’ untuk Akaun Ekuiti Pemilik, digit ‘4’ untuk Akaun Hasil, digit ‘5’ untuk Akaun Belanja dan digit ‘6’ untuk Catatan Kontra.

5 Berikan nombor kepada setiap akaun mengikut klasifikasinya, misalnya berikan ‘110’ untuk Akaun Perabot, ‘120’ untuk Akaun Alatan Kedai dan ‘210’ untuk Akaun Belum Bayar.

INFO

Untuk memahami cara penyediaan Carta Akaun, sila imbas QR Code berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=sJWG1oYJshU

(Diakses pada 9 September 2016)

Daya Fikir

Adakah Carta Akaun sesuai digunakan oleh pihak yang berikut? Berikan rasional anda.• Penjaja burger di pasar

malam• Pekedai runcit di sebuah

pekan• Pasar Raya Ana• Syarikat Pelaburan Lum

Berhad

GERAK KERJA 3

Encik Mansur pemilik Kedai Runcit Mansur ingin mewujudkan Carta Akaun untuk memudahkan kerja penyelenggaraan akaun. Akan tetapi, beliau tidak tahu cara yang betul untuk menyediakan Carta Akaun. Beliau telah meminta pertolongan anda untuk membantunya.

Berikut merupakan akaun-akaun yang terdapat dalam buku lejarnya:

Tunai Simpanan Tetap Susut Nilai Van Kadar Bayaran Alat Tulis

Belanja Am Van Bermotor Komisen Diterima Komisen Dibayar Deposit Telefon

Akaun Belum Terima: Gilbert

Overdraf Bank Akaun Belum Bayar: Ronny

Jualan Akaun Belum Bayar: Kevin

Ambilan Insurans Faedah Pinjaman Pulangan Masuk Dividen

Modal Gaji dan Upah Akaun Belum Terima: Aivy

Diskaun Diberi Motosikal

Sewa Diterima Inventori Tunai Runcit Belian Duti Import

Sediakan sebuah Carta Akaun untuk Encik Mansur. Bandingkan Carta Akaun anda dengan rakan-rakan. Bincangkan amalan-amalan yang baik ketika menyediakan Carta Akaun.

chap 2 new.indd 59 10/10/2016 2:36:32 PM

Page 26: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

60

1 Apakah yang dimaksudkan dengan Catatan Kontra?

2 Lengkapkan jadual berikut:

Catatan Kontra Akaun Berkaitan

Akaun Modal

Akaun Susut Nilai Terkumpul

Akaun Belum Terima

Akaun Pulangan Keluar

3 Terangkan secara ringkas tentang Carta Akaun.

4 Berikut merupakan Carta Akaun bagi Syarikat Peter Sdn. Bhd.:

Kod Akaun

1000 – 1999 Aset

2000 – 2999 Liabiliti

3000 – 3999 Belanja

4000 – 4999 Hasil

Cadangkan kod akaun bagi setiap akaun berikut berdasarkan Carta Akaun yang diberi:

Akaun Cadangan Kod

Insurans

Sewa diterima

Pelaburan Syarikat A

Inventori

Angkutan keluar

Faedah simpanan

5 Susun langkah-langkah penyediakan Carta Akaun berikut mengikut turutan nombor yang betul:

Tetapkan digit pertama bagi setiap jenis klasifikasi akaun.

Tetapkan bilangan digit yang perlu digunakan.

Kenal pasti semua akaun yang terlibat dalam sesebuah perniagaan.

Berikan nombor kepada setiap akaun mengikut klasifikasinya.

Klasifikasikan akaun-akaun yang terlibat.

LATIHAN MINDA 2.4

chap 2 new.indd 60 10/10/2016 2:36:32 PM

Page 27: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

61

Persamaan Perakaunan

Barang yang diperlukan: Kad manila, pen penanda, kertas kosong, mesin kira

Langkah-langkah:

1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 – 3 orang murid. Setiap kumpulan dibekalkan dua keping kad manila dan pen penanda.

2 Setiap kumpulan memotong sekeping kad manila masing-masing kepada 16 kepingan kecil yang sama saiz.

3 Pada kepingan kecil kad manila, reka dan tulis perkara-perkara berikut:

(a) Pada kepingan pertama, reka maklumat asas perniagaan misalannya nama perniagaan, jenis perniagaan, tempoh rekod dan modal awal. Lihat contoh maklumat asas perniagaan berikut:

(b) Pada 15 kepingan kad manila yang selebihnya, reka 15 urus niaga yang sesuai dengan perniagaan yang telah direka dalam langkah (a). Lihat contoh urus niaga berikut:

4 Setelah siap mengisi semua kepingan kad manila, tukar dengan kumpulan lain.

5 Pada kad manila yang satu lagi, hasilkan jadual yang sesuai untuk mencatatkan kesan urus niaga terhadap persamaan perakaunan perniagaan.

6 Berpandukan 16 keping kad manila yang ditukar dengan kumpulan lain, bincang dan catatkan kesan semua urus niaga terhadap persamaan perakaunan dalam jadual.

7 Setelah jadual dilengkapkan, bentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.

Nama Perniagaan : Kedai Runcit Murah

Jenis Perniagaan : Jual beli barangan runcit

Tempoh rekod : 1 Februari 2016 – 29 Februari 2016

Modal awal : Perabot RM5 000, Tunai di tangan RM600, Inventori RM12 000

Pada 2 Februari 2016, belian barang niaga berjumlah RM5 000 secara kredit daripada Pemborong Cemerlang.

AKT

IVIT

I PEN

GAY

AA

N

chap 2 new.indd 61 10/10/2016 2:36:32 PM

Page 28: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

62

KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN Fungsi Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

Menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan dalam tempoh perakaunan tertentu.

Fungsi Penyata Kedudukan Kewangan Menunjukkan baki-baki aset, liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada suatu tarikh

tertentu. Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

•Komponenjualanbersih(jualan,pulanganjualan) •Komponenkosjualan(inventoriawal,belian,pulanganbelian,angkutan

masuk,upahatasbelian,insuransatasbelian,dutiimport) •Komponenhasil(komisenditerima,faedahsimpanan,sewaditerima,

hutanglapukterpulih,diskaunditerima) •Komponenbelanja(kadarbayaran,gaji,insurans,alattulis,susutnilaiaset,

diskaundiberi) Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan: Aset, liabiliti, Ekuiti Pemilik

Hasil – pendapatan yang dijana dalam perniagaan •Hasiloperasi •Hasilbukanoperasi

Belanja – perbelanjaan yang dibuat dalam perniagaan •Belanjaoperasi–perbelanjaanuntukmeneruskanoperasiperniagaan.

Sebagai contoh, kadar bayaran, sewa premis, insurans, gaji •Belanjabukanoperasi–perbelanjaanlainsepertirugiataspelupusanaset

Aset Harta benda perniagaan yang digunakan untuk menjana pendapatan yang

terdiri daripada Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa. Liabiliti

Hutang perniagaan terhadap pihak luar yang terdiri daripada Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa.

Ekuiti Pemilik •Tuntutanpemilikperniagaanterhadapasetperniagaan. •Sumbanganmodalpemilikdalamperniagaan. •Dipengaruhiolehmodaltambahan,untungataurugibersihdanambilan.

Persamaan perakaunan •Aset=Liabiliti+EkuitiPemilik(tanpahasildanbelanja) •Aset=Liabiliti+EkuitiPemilik+Hasil–Belanja(denganhasildanbelanja)

Catatan Kontra •Catatanyangmengurangkanbakiakaunberkaitannya.

Carta Akaun •Senarainomborakaundantajukakaunyangsistematik.

62

chap 2 new.indd 62 10/10/2016 2:36:32 PM

Page 29: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

63

Soalan ObjektifArahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai.

1 Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu akaun:

Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas?A Alat tulis dan Akaun Belum Terima C Tunai di tangan dan overdraf bankB Inventori dan Akaun Belum Bayar D Simpanan tetap dan deposit telefon

2 Pasangan yang manakah benar tentang Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa? Aset Semasa Aset Bukan SemasaA Inventori TanahB Akaun Belum Terima Akaun Belum BayarC Kelengkapan Akaun Belum TerimaD Tunai di bank Premis

3 Semua yang berikut adalah benar tentang Aset Bukan Semasa kecuali A Aset Bukan Semasa dimiliki untuk dijual semula.B Aset Bukan Semasa digunakan untuk jangka masa panjang.C Aset Bukan Semasa sukar untuk ditukar menjadi tunai.D hampir semua Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai.

4 Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasar raya kecualiA Akaun Belum Bayar C Overdraf bankB Akaun Belum Terima D Pinjaman

5 Butiran berikut dipetik daripada buku Perniagaan Simon:

Aset Liabiliti ModalRM36 090 RM4 780 P

Perniagaan Simon memperoleh rugi bersih sebanyak RM5 000. Hitung nilai P.A RM35 870 C RM26 310B RM45 870 D RM36 310

6 Pilih pernyataan yang benar tentang Ekuiti Pemilik. A Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaanB Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaanC Harta yang digunakan untuk menjana pendapatanD Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga

7 Yang manakah antara berikut bukan belanja operasi bagi sebuah kedai elektrik?A Kadar bayaran C Alat tulisB Belanja runcit D Rugi pelupusan aset

• Tahap kecairan tinggi.• Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.

LATIHAN

chap 2 new.indd 63 10/10/2016 2:36:33 PM

Page 30: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

64

8 Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecualiA Aset = Liabiliti + Modal B Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih C Aset = Liabiliti + Modal – Rugi Bersih D Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan

9 Urus niaga berikut berlaku dalam Kedai Makan Ria pada bulan Oktober 2016:

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Makan Ria? A Aset bertambah, liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik berkurang.B Aset bertambah, liabiliti berkurang, Ekuiti Pemilik tidak berubah.C Aset bertambah, liabiliti tidak berubah, Ekuiti Pemilik bertambah.D Aset bertambah, liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik tidak berubah.

10 Berikut merupakan satu urus niaga yang berlaku dalam Perniagaan Teh bagi bulan Julai 2016:

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Teh pada bulan Julai 2016?A Inventori berkurang RM5 800, Akaun Belum Terima bertambah RM5 400, modal

berkurang RM400.B Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima bertambah RM5 800, modal

bertambah RM400. C Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima bertambah RM5 800, modal

berkurang RM400.D Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima berkurang RM5 800, modal

bertambah RM400.

11 Pilih pasangan Catatan Kontra dan Akaun Berkaitan yang betul.

Catatan Kontra Akaun BerkaitanA Akaun Ambilan Akaun ModalB Akaun Belum Terima Akaun Peruntukan Hutang RaguC Akaun Kenderaan Akaun Susut Nilai TerkumpulD Akaun Jualan Akaun Belum Terima

12 Carta Akaun Syarikat Maju adalah seperti berikut:

Kod Akaun1000 – 1999 Aset2000 – 2999 Liabiliti3000 – 3999 Hasil4000 – 4999 Belanja

Yang manakah antara kod di bawah sesuai diberikan kepada Akaun Alat Tulis?A 1021 C 3021B 2021 D 4021

Bangunan premis kedai dibesarkan dan kerja ini dibiayai dengan pinjaman bank RM50 000.

Inventori berkos RM5 400 dijual kepada Sam dengan harga RM5 800. Sam berjanji akan membayar invois pada bulan berikutnya.

chap 2 new.indd 64 10/10/2016 2:36:33 PM

Page 31: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN

65

Soalan Struktur

1 Nyatakan dua contoh belanja operasi.

2 Bezakan hasil operasi dengan hasil bukan operasi.

3 Berikan dua contoh akaun bagi setiap yang berikut: (a) Liabiliti semasa (c) Aset semasa (b) Liabiliti bukan semasa (d) Aset bukan semasa

4 Lengkapkan persamaan perakaunan berikut: (a) Aset = + Liabiliti (b) Aset = Modal + + Liabiliti (c) Aset = Modal + – Belanja + Liabiliti

5 Maklumat berikut dipetik daripada buku rekod Perniagaan Elanddi pada 31 Mac 2016:

RM RM Tunai 750 Alatan Kedai 7 800 Akaun Belum Bayar 3 300 Akaun Belum Terima 2 100 Modal 18 000 Perabot 10 800 Inventori 25 760 Untung Bersih 35 710 Bank 9 800 Lengkapkan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 berikut:

Perniagaan ElanddiPenyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016

RM RMAset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik

Aset Semasa Liabiliti Semasa

6 Cyfon menjalankan Perniagaan Super Fon dan dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji bulanan RM800 seorang. Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Super Fon pada 31 Disember 2016:

Perniagaan Super Fon Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016

RM RMKelengkapan 54 000 Modal XInventori 78 900 Akaun Belum Bayar 4 450Akaun Belum Terima 4 150Bank 7 300Tunai 150

chap 2 new.indd 65 10/10/2016 2:36:33 PM

Page 32: KLASIFIKASI AKAUN DAN Modul 2 PERSAMAAN AKAUN · 2020. 10. 25. · Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan

66

Urus niaga berikut berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) MJ Berhad membayar tunai RM2 000 untuk menjelaskan penuh hutangnya

sebanyak RM2 100. (ii) 10% daripada inventori dijual pada harga RM8 500 secara kredit. (iii) Membayar dengan cek untuk menjelaskan hutang RM4 450 dan menerima diskaun RM150. (iv) Bayar gaji pekerja dengan cek. (v) Pemilik membawa masuk tunai RM10 000 sebagai modal tambahan perniagaan. (vi) 3 buah alat penyaman udara telah dibeli pada harga RM7 500 daripada Kedai Wai Hong

secara kredit tetapi belum lagi dipasang di dalam premis kedai. Anda dikehendaki: (a) Menghitung nilai X. (b) Melengkapkan jadual berikut:

Urus niaga

Aset Ekuiti + Liabiliti

Kelengkapan Inventori Akaun Belum Terima Bank Tunai Modal Untung

BersihAkaun Belum

BayarRM RM RM RM RM RM RM

Baki 54 000 78 900 4 150 7 300 150 X 4 450(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)Baki

(Jawapan: X = RM140 050)

7 Butiran berikut dipetik daripada buku Kedai Perabot Mel pada 31 Disember 2016: RM Premis 56 000 Inventori 23 450 Akaun Belum Terima: Olleary 1 300 Tunai di bank 5 100 Akaun Belum Bayar: Dylan 2 300 Modal X Berikut merupakan urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) Olleary membayar cek RM1 200 untuk menjelaskan kesemua hutangnya. (ii) 10 set sofa berkos RM200 setiap set dijual dengan harga RM2 400 secara kredit. (iii) Kadar bayaran RM150 dibayar dengan cek. (iv) 2 buah kerusi plastik bernilai RM30 setiap satu diambil untuk kegunaan rumah

kediaman Mel. (v) Mel membawa masuk alat penyaman udara bernilai RM1 400 untuk kegunaan kedai. (vi) Terima komisen jualan RM400 dengan cek. (vii) Sebuah alat penyaman udara RM2 000 telah dibeli secara kredit pada 31 Januari 2017

tetapi akan dipasang di kedai pada bulan Februari 2017. Anda dikehendaki: (a) Menghitung nilai modal pada 31 Disember 2016 (tunjukkan kerja pengiraan). (b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017 (langkah kerja

hendaklah ditunjukkan di luar Penyata Kedudukan Kewangan).(Jawapan: Modal = RM85 440, Penyata Kedudukan Kewangan = RM89 740)

chap 2 new.indd 66 10/10/2016 2:36:33 PM