kkp_pismp_mte_3105

9

Click here to load reader

Upload: mohd-shahrin-basni

Post on 14-Aug-2015

118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkp_pismp_mte_3105

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS – PROJEK(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN)

KURSUS: STATISTIK – MTE 3105 TEMPOHTarikh Mula :Tarikh Serahan:

PROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Perguruan TAHUN/SEMESTER JAN - MEI 2013/Semester 3

KUMPULAN: PISMP Pengajian Matematik Rendah Ambilan Jan 2012

DISEDIAKAN OLEH: PN SITI KHADZIMAH BINTI SALLIP

DISAHKAN OLEH: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan

NAMA & TANDA TANGAN:

PN SITI KHADZIMAH BINTI SALLIP

TARIKH: 10 NOVEMBER 2012

Page 2: kkp_pismp_mte_3105

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : MATEMATIKKURSUS/MATA PELAJARAN : MTE 3105 - STATISTIK KUMPULAN : PISMPSEMESTER : TIGA

TARIKH MULA FEBRUARI 2013 TARIKH SERAHAN MAC 2013

A. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1.Menerangkan aspek teoretikal dan empirikal yang di sebalik kebarangkalian

2.Menggunakan teori persampelan dan anggaran dalam menganggarkan min populasi

3.Menggunakan statistik berdasarkan inferens seperti ujian Chi-Kuasadua, ANOVA dan regresi linear dalam ujian hipotesis.

4.Analisa dan penyelesaian masalah harian menggunakan kaedah statistik.

Kerja kursus ini akan meliputi hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

B. OBJEKTIF PROJEK

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Mengenal pasti, mengumpul data dan membentuk persamaan regresi linear menggunakan kaedah garis lurus kuasa dua terkecil.

2. Melukis dengan tepat garis persamaan regresi linear pada gambarajah serakan .3. Menggunakan Statistik Inferens seperti Chi-kuasa dua dan ANOVA dalam pengujian hipotesis.4. Mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan mereka dalam bidang Statistik dalam masalah harian yang

berkaitan.5. Menghasilkan satu penulisan reflektif dan kritikal berkaitan dengan tugasan mereka.

Page 3: kkp_pismp_mte_3105

JADUAL PENENTUAN TUGASAN

SPESIFIKASI TAJUKTUGASAN

TUGASAN

PROJEK MINI

WAJARAN

CATATAN

1. Satu projek mini berkaitan dengan alam kerjaya atau masalah situasi semasa yang melibatkan penggunaan statistik berdasarkan inferens iaitu regresi linear dalam ujian hipotesis (40 %) secara kumpulan tiga orang.

2. Analisa dan penyelesaian masalah harian menggunakan kaedah statistik melibatkan Ujian taburan khi-kuasa dua (25%) dan analisa varians ANOVA (25%) secara individu

3. Penulisan reflektif (10%)

Tugasan 1 : Projek Mini Buku Kerjaya - mengandungi analisa perkembangan kerjaya bidang melibatkan aplikasi statistik matematik dalam bentuk contoh model regresi linear dalam kehidupan seharian berkaitan yang melibatkan sepasang pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar sama ada yang dikumpulkan, dibaca atau dibina sendiri yang mengandungi :

mengandungi gambarajah scatter sebaran data berkenaan yang dilukis dengan tepatpenentuan persamaan regresi linear yang merupakan garisan terbaik yang menepati taburan data tersebutlukisan garisan regresi linear yang menepati taburan data (line best fits your data)pengiraan garisan kuasa dua terpendek dimana garisan kuasadua terpendek digunakan untuk mendapatkan garisan regresi tersebut.Membuat kesimpulan berdasarkan garisan tersebut.

Tugasan 2 : Penyelesaian Masalah Harian menggunakan aplikasi konsep taburan Khi-kuasadua dan analisis varians (ANOVA)

Berdasarkan soalan tugasan diberikan anda dikehendaki menyelesaikan masalah ini secara individu

Penulisan reflektif dan kritikal

40%

50%

Kriteria penilaian keseluruhan

Kandungan yang menepati Perbincangan yang kritis dan

logik Pengumpulan bahan yang

asli Statistik matematik yang

tepat .

Komitmen

Menunjukkan penglibatan yang bersungguh-sungguh semasa menyediakan tugasan

Sumber rujukan terkini dan relevan

Refleksi

Kesedaran baru hasil renungan kendiri dengan membuat catatan reflektif

Page 4: kkp_pismp_mte_3105

berkebolehan menganalisis pengalaman yang dilalui semasa penyediaan Buku Kerjaya dan penyelesaian masalah harian dengan pengetahuan baharu yang telah dicapai.

10%

C. SOALAN KERJA KURSUS PROJEK (100 % : WAJARAN 50 %) – PROJEK MODEL STATISTIKTugasan ini terdiri daripada dua bahagian :

1. TUGASAN 1 (50 % ) – projek mini regresi linear Tempoh : Feb – Mac 2013 Regresi linear merupakan salah satu teknik yang berkaitan dengan data di mana terdapat pertalian antara dua atau lebih pembolehubah. Satu kaedah pengujian regresi digunapakai sebagai alat inferens statistik dengan membuat ramalan secara ekstrapolit dan intrapolit. Anda dikehendaki membuat penyiasatan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yang sesuai dan membuat pemprosesan data daripada situasi masalah harian sebenar yang dipilih. Kutipan data boleh dilaksanakan semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah berkenaan.

Arahan tugasan :

i. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan 3 orang sahaja dengan melampirkan bahan bacaan berkaitan. ii. Buat bacaan literature berkaitan dan ringkaskannya dalam bentuk nota mengenai teknik regresi linear daripada

pelbagai sumber (minima 5 sumber).iii. Anda dikehendaki mengenalpasti sepasang pembolehubah bersandar dan tidak bersandar daripada kutipan

data situasi harian yang sebenar. iv. Berdasarkan data yang dikumpul, anda dikehendaki :

Memplotkan graf rajah sebaran daripada sebaran data. Melukis garisan regresi yang menepati taburan data tersebut secara manual. Menentukan persamaan regresi linear sebagai garisan terbaik. Mengira jarak garisan kuasa dua terkecil daripada regresi tersebut. Mengulang proses di atas menggunakan Microsoft Excel. Membuat perbandingan dan menulis secara kritis rumusan yang diperolehi. Menulis refleksi pengalaman semasa perlaksanaan projek mini ini.

2. TUGASAN 2 (50 %) – Aplikasi Statistik Inferens : Chi kuasadua dan ANOVA dalam masalah sebenar.Tempoh : Mac – April 2013

Page 5: kkp_pismp_mte_3105

Penggunaan sampel yang berbilang daripada populasi normal dapat membantu memperolehi nilai-nilai statistik yang lebih jitu dengan kaedah pengujian yang betul. Anda dikehendaki memperjelaskan masalah berkaitan kehidupan sebenar yang diberi ini dengan penggunaan taburan khi-kuasadua dan analisis varians (ANOVA) secara individu dengan menjawab kedua-dua soalan.

Soalan 1 – Tugasan topic khi - kuasadua

Katakan sebuah mesin menghasilkan kepingan logam yang mempunyai ketebalan 22 mm. Disebabkan oleh mesin, operator, bahan mentah, persekitaran kilang dan lain-lain faktor terdapat variabiliti didalam ketebalan kepingan tersebut. Dua buah mesin mengeluarkan kepingan ini. Operator pengeluaran amat menitikberatkan ketepatan bagi dua mesin ini.

Mesin 1 Mesin 222.3 21.9 22.0 21.721.8 22.4 22.1 21.922.3 22.5 21.8 22.021.6 22.2 21.9 22.121.8 21.6 22.2 21.9

22.0 22.1

Untuk menguji ketepatan, sampel rawak 10 keping logam yang dikeluarkan oleh Mesin 1 diambil dan 12 keping logam dari Mesin 2 juga diambil. Ukuran ketebalan bagi kepingan dari kedua-dua mesin tersebut diambil dan ditunjukkan didalam jadual berikut. Andaikan ketebalan kepingan logam adalah bertaburan normal didalam populasi. Bagaimanakah kita boleh menguji sama ada varian dari setiap sampel datangnya dari varian populasi yang sama (varian populasi adalah sama) atau dari populasi varian yang berbeza (varian populasi tidak sama). Gunakan a = 0.05.

Soalan 2 – Ujian topic ANOVA (25%) akan diadakan pada minggu ke 11

Page 6: kkp_pismp_mte_3105

D. PENULISAN REFLEKTIF DAN KRITIKAL(secara individu) – 10 %Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi aspek-aspek berikut :

1. Menganalisis pengalaman anda sendiri dalam memperkembangkan idea utama bidang matematik yang anda kaji secara menyeluruh.

2. Secara sintesis anda dikehendaki membuat hubungkait penghasilan model statistic matematik dengan pengalaman daripada pemerhatian anda sendiri.

E. PANDUAN PERLAKSANAAN KERJA KURSUS PROJEK1. Penghasilan Tugasan 1 (secara kumpulan ) , Tugasan 2 (secara individu) dan penulisan reflektif (secara individu).2. Format penulisan tugasan adalah dengan menggunakan font Arial bersaiz 12 dan langkau satu setengah baris3. Panjang tugasan tidak melebihi 25 mukasurat  dengan susunan seperti berikut :

i. Indeks kandungan tugasanii. Profile pelajar.iii. Organisasi alat grafik seperti garisan masa. iv. Laporan Tugasan 1 dan Laporan Tugasan 2 v. Refleksi penghasilan tugasan secara menyeluruh .vi. Slaid persembahan kumpulan untuk Tugasan 1 sahaja ( bercetak dengan 4 slaid pada setiap mukasurat) vii. Senarai rujukan seperti format APA.viii. Bukti bahan rujukan bercetak.

F. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :1. Fakta lebih spesifik dan jelas mengikut urutan yang koheren serta dapat menterjemahkan maklumat secara

kritikal dan analitikal.2. Laporan yang menyeluruh dan terperinci dengan bukti bahan rujukan yang dapat menyokong hujah dalam

contoh yang diberi .3. Keaslian jelas ada pada contoh yang dihasilkan dalam permodelan matematik dengan penggunaan data yang

sebenar .4. Format dan organisasi laporan perlu jelas menepati spesifikasi tugasan yang dikehendaki5. Olahan dapat dikelolakan dengan baik dan boleh mengemukakan pendapat sendiri yang baik .6. Penulisan adalah berbentuk ilmiah dengan rujukan yang jelas dan menepati hujah yang dihuraikan .  

Page 7: kkp_pismp_mte_3105

Tugasan disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

Pn Siti Khadzimah Sallip Pn Wan Noor Adzmin Mohd SabriTarikh : Tarikh :