kkp.docx

10
A. PENILAIAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Upload: sandy-chan

Post on 21-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

A. PENILAIAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

B. KAJIAN KES1.0 PENGENALANAhli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159) , bimbingan merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Proses membimbing meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh klien.

Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960), bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.

Huraian yang terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991). Maksud menolong bermakna bantu,, assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Seterusnya alam sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.

Kaunseling pula adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counselling. Kaunseling merupakan satu bidang sains perlakuan terapan. Kaunseling adalah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor dan seorang lagi adalah klien. Kaunselor, melalui perhubungan ini dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atau suasana, apabila klien dibantu memahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan situasi masa hadapannya, supaya dia dapat menggunakan sifat-sifat peribadinya dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat.Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu proses di mana seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya. Definisi di atas telah menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang proses bimbingan dan kaunseling adalah interaksi di antara klien dengan kaunselor ataupun dengan perkataan lain komunikasi.

Maka, kesimpulan yang dapat dibuat adalah keberkesanan sesuatu proses bimbingan dan kaunseling adalah bergantung pada sejauh manakah keberkesanan komunikasi yang berlaki di antara klien dengan kaunselor di sepanjang proses.

2.0 LATAR BELAKANG KLIENSejak kecil lagi, klien tinggal bersama makciknya dan tidak tinggal bersama ibu bapanya atas sebab perpisahan antara ibu dan bapa. Klien amat membenci ibunya kerana dari kecil lagi klien tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih sayang ibu.

Selain itu, klien juga benci akan bapanya yang tidak pernah mencerahkan kasih sayang kepadanya sejak ibu melarikan diri. Klien juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan bapanya.

Klien tinggal dengan makcik tetapi kasih sayang makcik dengan keluarga sendiri tidak sama baginya. Makciknya hanya memberi penjagaan asa, iaitu makanan, minuman, peluang menimba ilmu dan tempat tinggal.

Pilih kasih makcik kepada anak sendiri menyebabkan klien sentiasa berada dalam emosi negatif. Klien tinggal di loteng rumah makcik yang bersaiz kecil. Dalam situasi itu, emosi klien bertambah teruk atas sebab perasaan terbuang.

Selanjutnya, klien selalu diejek oleh rakannya bahawa dia merupakan seseorang yang dibuang oleh keluarga, tiada orang yang akan suka pada dia. Gosip berkenaan mendalamkan lagi luka pada hatinya.

3.0 MASALAH YANG DIKENAL PASTIAtas sebab kekurangan kasih sayang ibu bapa, klien mengalami fikiran buntu. Pada pendapatnya, tiada kasih sayang memenuhi dunia ini. Semua orang adalah musuh yang akan mengkhianati. Dia tidak menghargai kasih sayang yang dicurahkan kepada dia.

Oleh demikian, klien tidak dapat menahan diri melakukan keganasan atas sebaran gosip antara rakan sekelas. Dia selalu merosakkan peralatan dan perabot kelas apabila gagal mengawal emosi diri.

Kadang-kala klien mencederakan diri secara tidak sengaja dalam situasi tertentu. Walaupun lukanya telah berdarah, namun dia tidak berasa sakit dan enggan menerima bantuan orang lain termasuk nasihat guru kaunseling.

Tambahan pula, klien tidak mempunyai rakan yang boleh berkongsi suara hati. Selagi klien tidak meluahkan perasaan negatif, selagi dia berfikiran buntu sehingga ada keinginan membunuh diri.

4.0 TEORI KAUNSELING YANG DIPILIH

5.0 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

6.0 KESIMPULAN

7.0 BAHAN RUJUKANAmir Awang (1988). Penghantar dan kaunseling di Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Arthur P. Lloyd dan Aminah Hj. Hashim (1987). Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006). HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

Sabariah Siron (2003). Teori Kaunseling dalam Perhubungan Menolong. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

C. REFLEKSITugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai seorang guru, tugasan ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih mendalam dan terperinci.