kkbi_sce3108

37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SCE3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 013) NAMA KHAIRUL RASYID BIN MOHAMMAD NO! K"P 800930-08-6281 NO! MATRIK G0611/674 KELAS SANIS 2 PENS#ARAH EN. RUSMAWATI BINTI OTHMAN TARIKH SERAHAN

Upload: cheahsin-tan

Post on 02-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

SCE3108MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 2013)

NAMAKHAIRUL RASYID BIN MOHAMMAD

NO. K/P800930-08-6281

NO. MATRIKG0611/674

KELASSANIS 2

PENSYARAHEN. RUSMAWATI BINTI OTHMAN

TARIKH SERAHAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

SCE3108MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 2013)

PENGUMPULAN DAN ORGANISASI MAKLUMAT

Persamaan antara 5 Fasa Needham, Kitar Pembelajaran 5E, Pengajaran Induktif dan Deduktif, Pengajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah.

PERBEZAAN ANTARA MODEL-MODEL PEMBELAJARANCiri-ciriFormat umumLima Fasa NeedhamKitaran Pembelajaran 5EPengajaran Induktif dan DeduktifPengajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah

PeloporTiada rekod ditemuiNeedhamJohn DeweyDavid Kolb.Induktif :David AusebelDeduktif :Jerome Bruner

Prinsip AsasAda 5 langkah Orientasi, Pencetusan Idea, Penstrukturan Semula Idea, Penggunaan Idea, RefleksMendefinisikan urutan belajar berdasarkan pengalaman belajar dan kitaran pengalaman belajar.Induktif: Dari contoh spesifik membuat generalisasi

Deduktif: Dari generalisasi kepada spesifikSatu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas

FasaSet induksiLangkah satu.Langkah dua.Langkah 3Penutup OrientasiPencetusan ideaPenstrukturan semula idea.Aplikasi idea.Refleksi Engage Explore Explain Elaborate EvaluateTiada fasa yang spesifik

Tidak mempunyai fasa.

Peranan GuruPemudah cara

Tutor/ pemudah caraTutor/ pemudah caraSebagai pengajar (guru) Tutor/ pemudah cara

Peranan MuridAktif Aktif Aktif Pasif Aktif

BerpusatkanBerpusatkan muridBerpusatkan muridBerpusatkan muridBerpusatkan guruBerpusatkan murid

KomunikasiDua halaDua halaDua halaInduktif : Dua halaDeduktif : Satu halaDua hala

Set induksiSet induksiOrientasi EngageDeduktif : Pelajar diperkenalkan kepada suatu hukum atau prinsip Dimulakan dengan memberi masalah.

Kekuatan Menimbulkanrasa minat murid untuk belajar kerana murid semua murid terlibat dalam kelas. Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan ideasecara bebas. Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam dengan ini mudah bagi guru dalam proses pengajaran.

Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya kepada murid. Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka. Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid. Murid lebih fokus untuk belajar. Murid bekerjasama dengan murid lain. Murid menghormati pandangan orang lain. Induktif: Murid melibatkan diri secara aktif. Menggalakkan murid berfikir. Guru lebih bersedia dalam menyediakan contoh yang sesuai untuk membantu murid membuat rumusan.

Melibatkan penggunaan deria pelajar khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuhan. Deduktif: Merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan isi-isi pelajaran. Amat sesuai untuk murid-murid bertahap kognitif tinggi. Pelajar berdikari dan berinisiatif Menekankan konsep kerjasama

Kelemahan Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi

Induktif: Guru perlu tahu dan faham pengetahuan awal murid. Pelajar perlu melakukan adaptasi sebelum memahami konsep yang diterangkan. Memerlukan masa yang lebih lama jikadibandingkan dengan kaedah tunjuk cara. Pendekatan inkuiri mungkin menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang kurang pengalaman atau lemah.

Dapatan yang diperolehi mungkin kurang tepat. Keadaan ini akan melemahkan semangat murid.

Kurang bermanfaat untuk murid-murid yang lemah

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

SCE3108MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 2013)

PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 5 FASA NEEDHAM

Mata Pelajaran : SainsTahun : 5 BestariBilangan Murid : 30 OrangTarikh : 5 April 2013Masa : 8.45 9.45 PagiTempoh : 60 MinitTema: Menyiasat Daya dan TenagaTajuk : 4. Haba.Objektif pengajaran: 4.1 Memahami bahawa haba adalah petunjuk darjah kepanasan.Hasil pembelajaran: Di akhir pengajaran, murid dapat:i. Menyatakan suhu akan meningkat apabila mendapat haba.ii. Menyatakan suhu akan menurun apabila kehilangan haba.

Pengetahuan sedia ada: i. Murid tahu teknik yang betul menggunakan termometer.ii. Murid dapat menyatakan unit metrik bagi suhu.

Media / radas / bahan :1. Video Misconceptions About Temperature2. Kaki retort3. Bikar 250ml4. Penunu bunsen5. Kasa dawai6. Tungku kaki tiga7. Termometer makmal8. Jam randik9. Air pili10. Lembaran kerja amali

Aktiviti-aktiviti:

Langkah Dan Masa & Isi PelajaranIsi Pelajaran Dan Aktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Orentasi(5 minit)

Miskonsepsi tentang suhu

Isi pengajaran:Pengenalan kepada tajuk

Guru menayangkan video Misconceptions About Temperature

Guru bersoal jawab dengan murid.

Guru menerangkan tajuk pada hari itu.

Soalan :

Apakah yang kamu lihat dalam sedutan video tadi?

Sebelum suhu diambil, adakah kamu menjangka yang suhu buku lebih panas dari suhu logam tadi?

Jadi, apa yang kamu faham tentang video tadi?Semua murid sedang memerhatikan gambar slide animasi fasa-fasa bulan.

Murid-murid cuba menjawab soalan guru.

Murid mendengar penerangan daripada guru mengenai tajuk.

Jangkaan jawapan :

Orang ramai meneka suhu antara logam dan buku.

Ya...

Pelbagai jawapan.Bahan dan Media:

Video Misconceptions About Temperature

Nilai:Kesyukuran

Pencetusan Idea(10 minit)

Tajuk:Menyatakan suhu akan meningkat apabila mendapat haba dan menurun apabila kehilangan haba.

Isi pengajaran:Perbincangan hipotesis eksperimen yang akan dijalankan.Guru mengedarkan lembaran kerja amali kepada murid.

Guru mengarahkan murid membentuk 5 orang dalam satu kumpulan dan membentuk 6 kumpulan.

Guru mengarahkan murid untuk berbincang di dalam kumpulan selama 5 minit tentang topik, tujuan, hipotesis, pemboleh ubah, radas dan bahan yang akan dibuat.

Guru meminta wakil kumpulan membaca tujuan dan hipotesis yang dibincangkan di dalam kumpulan.

Guru juga mengarahkan murid untuk melengkapkan topik, tujuan, hipotesis, pemboleh ubah, radas dan bahan di dalam lembaran kerja amali

Murid menerima lembaran kerja amali dari guru.

Murid membentuk kumpulan seramai 5 orang sekumpulan.

Murid membincangkan dalam kumpulan tentang topik, tujuan, hipotesis, pembolehubah, radas dan bahan eksperimen.

Seorang murid wakil kumpulan membaca tujuan dan hipotesis di hadapan kelas.

Murid melengkapkan topik, tujuan, hipotesis, pemboleh ubah, radas dan bahan di dalam lembaran kerja amali.Bahan dan media :

Lembaran kerja amali.

Nilai:Bekerja sama.

Penstukturan Semula Idea.(20 minit)

Tajuk:Menyatakan suhu akan meningkat apabila mendapat haba dan menurun apabila kehilangan haba.

Isi pengajaran:

Menjalankan eksperimen bagi menyukat suhu air apabila dikenakan dan kehilangan haba.

Guru mengarahkan wakil bagi setiap kumpulan untuk datang ke hadapan kelas dan mengambil bahan serta radas yang akan digunakan di dalam eksperimen kelak.

Guru membincangkan langkah-langkah eksperimen dengan murid.

Guru juga menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

Guru meminta murid menyediakan radas seperti contoh yang telah guru sediakan.

Guru meminta murid menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis mereka tadi.

Guru memantau murid menjalankan eksperimen.

Guru meminta murid mencatat data yang mereka dapat ke dalam lembaran kerja amali.Wakil kulpulan datang ke hadapan kelas untuk mengambil bahan serta radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen.

Murid berbincang dengan guru langkah-langkah eksperimen.

Murid memberi perhatian tentang langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

Murid menyusun dan menyediakan radas seperti contoh yang disediakan guru di hadapan kelas.

Murid menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis yang telah mereka buat tadi.

Murid menjalankan eksperimen di bawah pengawasan guru.

Murid mencatat data hasilan eksperimen di dalam lembaran kerja amali.Bahan dan media :

Kaki retort Bikar 250ml Penunu bunsen Kasa dawai Tungku kaki tiga Termometer makmal Jam randik Air pili Lembaran kerja amali

Sikap dan Nilai:

Aplikasi Idea(15 minit)

Tajuk:Menyatakan suhu akan meningkat apabila mendapat haba dan menurun apabila kehilangan haba.

Isi pengajaran :Mentafsir, mengelas , mencari pola dan membentuk graf dari data yang diperolehi.Guru meminta murid untuk membuat pengiraan perbezaan suhu antara masa sebelum api dihidupkan, selepas api dihidupkan, sebelum api dipadam dan selepas api dipadamkan.

Guru membimbing murid untuk membentuk graf palang hasil dari data yang diperolehi tadi.

Guru membincangkan dan mentafsir graf tadi dengan murid. Menjawab beberapa soalan dari lembaran kerja amali.

Murid membuat pengiraan perbezaan suhu antara masa sebelum api dihidupkan, selepas api dihidupkan, sebelum api dipadan dan selepas api dipadamkan.

Murid membentuk graf palang dengan bimbingan guru.

Murid mentafsir graf tadi bersama guru dan menjawab soalan-soalan yang disediakan di dalam lembaran kerja amali.Bahan dan media :

Lembaran kerja amali.

Nilai:

Refleksi (5 minit)

.

Guru menanya murid apa yang telah dipelajari hari ini.

Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Soalan:Murid-murid, apakah yang telah anda pelajari hari ini?

Murid menjawap soalan guru mengenai apa yang telah dipelajari.

Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.

Jangkaan jawapan:Suhu akan meningkat apabila dikenakan haba

LEMBARAN KERJA AMALITopik: SuhuTujuan: Untuk mengkaji hubungan antara masa haba dikenakan pada air dengan suhu air.Hipotesis: Semakin lama haba dikenakan pada air, semakin tinggi suhu airPemboleh Ubah:i. Dimalarkan : kuantiti air sebelum eksperimenii. Dimanipulasikan: masa haba dikenakan pada airiii. Bergerak balas: suhu airRadas dan Bahan:

1. Kaki retort2. Bikar 250ml3. Penunu bunsen4. Kasa dawai5. Tungku kaki tiga6. Termometer makmal7. Jam randik8. Air pili9. Lembaran kerja amali

Langkah :1. Sediakan bahan dan radas seperti yang disediakan oleh guru.2. Isikan bikar dengan 200ml air pili.3. letakkan bikar di atas tungku kaki tiga yang beralaskan kasa dawai.4. Pastikan seorang murid untuk mengambil masa, seorang pencatat dan seorang untuk membaca julat suhu pada thermometer.5. Sebelum memulakan eksperimen, catatkan bacaan julat suhu pada jadual di bawah masa 0.6. Hidupkan api serentak dengan jam randik.7. Suhu akan diambil selang 2 minit.8. Apabila mencapai minit ke sepuluh, api dipadamkan dan suhu akan terus diambil sehingga minit ke 20.9. Lukiskan pemerhatian kamu di dalam kotak yang disediakan di bawah dan Jawab soalan di bawah.10. Seterusnya bina satu graf palang berdasarkan data yang kamu perolehi di dalam eksperimen. Kemudian jawab soalan-soalan seterusnya.11. Catatkan semua data kamu tadi di dalam jadual yang disediakan di bawah.

Pemerhatian:

MasaApi dihidupkanApi dipadam

02458101214161820

Suhu air20344962961009483767068

Soalan:1. Berapakah suhu air sebelum haba dikenakan?______________________________________________________________ 2. Berapakah suhu air pada minit ke 6?______________________________________________________________

3. Berapakah suhu air sebelum api dipadamkan (minit ke 10)?______________________________________________________________ 4. Berapakah suhu air selepas api dipadamkan (minit ke 20)?______________________________________________________________

5. Kira perbezaan berikut:a. Suhu air pada minit 0 dan minit ke 6:__________________b. Suhu air pada minit ke 10 dan minit ke 20:__________________c. Suhu awal air minit 0 dan suhu akhir air (minit 20):________________

Lukiskan graf palang anda di sini.

Berdasarkan graf tadi, jawab soalan-soalan berikut:

1. Nyatakan pola suhu air seperti di dalam graf dihasilkan.______________________________________________________________

2. Apakah hubungan antara masa haba dikenakan pada air dan suhu air?____________________________________________________________________________________________________________________________

3. Kelaskan data suhu tadi kepada 2 bahagian iaitu:Haba dikenakanKehilangan haba

Suhu air yang di catatkan

Rancangan Pelajaran 5-ENama Guru : Khairul Rasyid bin Mohammad

Tahun / darjah :5 BestariTempat : Bilik Sains SK Mahang

Tajuk Pengajaran : Sifat BahanTempoh Pengajaran : 1 jam

Proses PengajaranObjektif Pembelajaran :Memahami Sifat-Sifat Bahan

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat:1. Mengelas objek kepada beberapa kumpulan berdasarkan bahan asal.2. Mengenal pasti bahan konduktor elektrik, bahan penebat elektrik.3. Mengenal pasti bahan yang terapung di dalam air.4. Mengenal pasti bahan yang menyerap air5. Mengenal pasti bahan yang boleh diregangkan6. Mengenal pasti bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.

Bahan dan Radas :1. Penguji arus elektrik2. Lampu suluh3. Akuarium sederhana besar4. Air 5. Pembaris kayu6. Sudu logam7. Kain8. Kertas9. Duit syiling10. Cebisan kulit11. Gelang getah12. Pinggan kaca13. Gabus 14. Marmar

Pengetahuan Sedia Ada ( Prior Knowledge ) :1. Murid tahu bahawa sesetangah objek terapung dan sebahagiannya tenggelam.2. Murid tahu bahawa sebehegian objek boleh menyerap air.3. Murid tahu bahawa sebahagian objek membolehkan kita melihat objek lain melaluinya.

Nilai Murni ( Noble Values ) : Berkerja sama di dalam kumpulan semasa perbincangan dan amali. Sabar menjalankan amali Jujur dalam menulis laporan amali

Persediaan TMK ( ICT Preparation )1. Menempah projektor LCD.2. Menyediakan Lemberan kerja amali dalam MS Word.3. Menyediakan slaid persoalan mengenai sifat bahan.4. Mencari dan menyediakan video di dalam laman Youtube

Persediaan Guru Bukan TMK ( Non ICT Preparation)1. Lembaran Kerja Amali.2. Buku teks3. Buku Aktiviti

Fasa Pengajaran

Fasa 1 : Engage the Learner (Melibatkan Murid)

Aktivit Guru: Menayangkan video kepada murid. Bersoal jawab dengan murid tentang isi kandungan video tadi

Aktiviti murid: Menonton sambil memerhati dan berfikir mengenai video yang ditonton tadi. Memberi maklum balas terhadap soalan yang dikemukan oleh guru.

Fasa 2 : Explore The Concept (Meneroka Konsep)

Aktivit Guru: Memaparkan persembahan slaid kepada murid mengenai pengelasan beberapa jenis bahan. Meminta murid berbincang di dalam kumpulan mengenai pengelasan tersebut. Meminta seorang wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas. Bersama-sama murid lain memurnikan hasilan perbincangan tadi.Aktiviti murid: Memerhati, berfikir dan memberi maklum balas mengenai persembahan slaid yang dipaparkan. Berbincang dengan ahli kumpulan mengenai pengelasan di dalam persembahan slaid tadi. Membentangkan hasilan kumpulan di hadapan kelas. Bersama-sama guru dan murid lain memurnikan hasilan kumpulan dan kumpulan lain.

Fasa 3 : Explain the concept and define terms (menerang konsep dan mendifinasi terma)

Aktivit Guru: Memberi radas dan bahan yang diperlukan kepada murid. Mengedarkan lembaran kerja amali kepada murid. Meminta murid membaca arahan dengan teliti. Meminta memberi perhatian kepada langkah berjaga-jaga. Memantau murid melakukan amali.

Meminta murid merekod keputusan amali mereka di dalam jadual di lembaran kerja amali. Meminta murid menjawab soalan-soalan yang disertakan di dalam lembaran kerja amali.Aktiviti murid: Mengambil radas dan bahan dan menyediakannya untuk amali. Mengambil lembaran kerja serta membaca, meneliti dan memahami arahan yang terdapat di dalam lembaran kerja amali.

Memberi perhatian kepada langkah berjaga-jaga. Melakukan amali dengan pemantauan guru. Merekod keputusan amali di dalam jadual di lembaran kerja amali. Menjawab semua soalan yang terdapat di dalam lembaran kerja amali.

Fasa 4 : Elaborate the Concept (menghurai konsep)

Aktivit Guru: Meminta wakil murid ke hadapan kelas untuk membentangkan hasilan amali mereka di hadapan kelas. Bersoal jawab dengan murid tentang hasilan mereka. Membincangkan soalan yang terdapat di dalam lembaran kerja amali. Menerangkan dan memurnikan konsep baru yang murid perolehi dan membetulkan miskonsepsi murid terhadap tajuk pengajaran.Aktiviti murid: Seorang wakil murid membentngkan hasilan amali.

Berbincang dengan guru tentang hasilan kumpulan. Berbincang dengan guru mengenai soalan di dalam lembaran kerja amali. Mendengar, bersoal jawab dengan guru mengeani penerangan yang lebih lanjut tentang sifat-sifat bahan.

Fasa 5 : Evaluate students Understanding of Concept (menilai murid memahami konsep)

Aktivit Guru: Menjalankan mini kuiz mengenai tajuk pengajaran hari ini iaitu sifat bahan. Murid yang berjaya menjawab dengan betul di beri ganjaran berupa hadiah kecil. Memberi kerja rumah kepada murid di dalam buku aktiviti murid. Menyemak dan menanda buku murid untuk meniai tahap kefahaman murid tentang tajuk pengajaran.

Aktiviti murid: Melibatkan diri di dalam kuiz mini dengan cuba menjawab soalan kuiz tersebut.

Menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru berdasarkan kefahaman hasil pembelajaran yang berlaku hari ini.

LEMBARAN KERJA AMALITopik: Sifat BahanTujuan: Untuk mengkaji kebolehan objek untuk mengalirkan elektrik, mengapung, menyerap air, boleh diregangkan dan membenarkan cahaya melaluinyaRadaS dan Bahan:

15. Penguji arus elektrik16. Lampu suluh17. Akuarium sederhana besar18. Air 19. Pembaris kayu20. Sudu logam21. Kain22. Kertas23. Duit syiling24. Cebisan kulit25. Gelang getah26. Pinggan kaca27. Gabus 28. Marmar

Langkah :

Menguji arus elektrik.12. Sediakan bahan dan radas seperti yang disenaraikan oleh guru.13. Uji satu persatu objek-objek tersebut menggunakan penguji arus elektrik.14. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual di bawah.Menguji keterapungan objek.1. Sediakan bahan dan radas seperti yang disenaraikan oleh guru2. Isikan akuarium dengan separuh air pili.3. Masukkan semua objek ke dalam air.4. Perhatikan objek yang tenggelam dan timbul5. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual di bawah Menguji penyerapan objek1. Sediakan bahan dan radas seperti yang disenaraikan oleh guru2. Isikan akuarium dengan separuh air pili.3. Celupkan sebahagian objek ke dalam air.4. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual di bawah.Menguji regangan objek1. Sediakan bahan dan radas seperti yang disenaraikan oleh guru2. Pegang objek di kedua-dua hujungnya.3. Tarik objek tersebut sekuat hati.4. Perhatikan kebolehan objek meregang1. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual di bawah

Menguji kebolahan objek membenarkan cahaya melaluinya.1. Sediakan bahan dan radas seperti yang disenaraikan oleh guru2. Halakan lampu suluh ke objek.3. [erhatikan adakah cahaya berjaya menembusi objek tersebut?4. Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual di bawah

Pemerhatian:BahanMenguji arus elektrik.

Menguji keterapungan objekMenguji penyerapan objekMenguji regangan objek

Menguji kebolahan objek membenarkan cahaya melaluinya.

KonduktorPenebatTerapungTenggelamSerapAirTidakSerapAirRegangTidakregangSemuaCahayaMenembusiSebahagianCahayaMenembusiCahaya tidak menembusi

Pembaris kayu

Sudu logam

Kain

Kertas

Duit syiling

Cebisan kulit

Gelang getah

Pinggan kaca

Gabus

Marmar

Soalan:6. Senaraikan bahan yang mengalir elektrik______________________________________________________________ 7. Senaraikan bahan yang tidak mengalirkan elektrik______________________________________________________________

8. Apakah persamaan pada bahan konduktor ?______________________________________________________________ 9. Senaraikan bahan yang terapung______________________________________________________________

10. Senaraikan bahan yang tidak terapung______________________________________________________________

11. Apakah persamaan bahan yang terapung?______________________________________________________________

12. Senaraikan bahan yang menyerap air______________________________________________________________

13. Senaraikan bahan yang tidak menyerap air______________________________________________________________

14. Apakah persamaan bahan yang menyerap air?______________________________________________________________

15. Mengapa sebahagian bahan boleh diregangkan?______________________________________________________________

16. Bahan yang membolehkan cahaya menembusinya diperbuat daripada ?______________________________________________________________

17. Berikan contoh lain bahanyang tidak ditembusi cahaya______________________________________________________________

Kesimpulan:___________________________________________________________________

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

SCE3108MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 2013)

PENGAJARAN MIKRO

RINGKASAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKROHasil dari undian yang di buat di dalam kelas, saya telah diberi tajuk Perbincangan Hasil Eksperimen sebagai kemahiran yang perlu saya jalankan pengajaran mikro. Bedasarkan pembacaan dan rujukan saya, saya dapati kemahiran ini memerlukan seorang guru untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan data. Data yang diperolehi perlu dianalisis dan diproses untuk membantu murid untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid terhadap tajuk pengajaran tersebut. Selepas pelajar menjalankan eksperimen dan mengumpul data hipotesis perlu dibuktikan sebelum membuat kesimpulan. Data tersebut perlu diproses, diorganisasi, dianalisi dan dilapor. Dua perkara yang perlu dalam perbincangan hasil eksperimen ialah :a. Pemprosesan Datai.Membuat pengiraan data yang telah dikumpul.ii.Mempersembahkan data dalampelbagai format seperti carta dan graf.iii.Menterjemahkan graf dan carta.iv.Mengenalpasti paten data dan hubungan.v.Mengelaskan data.b. Teknik melaporkan maklumat dari eksperimen dan perkara yang perlu dibincangkan.i.Kaitkan dan huraikan keputusan, hipotesisdan ramalan.ii.Perbincangan keputusan.iii.Membuat laporan amali samada secara lisan atau penulisan.iv.Cadangan cara untuk memperbaiki eksperimenv.Pastikan setiap pelajar mempunyai data yang betul dan mengambil bahagian aktif dalam perbincangan.Apabila diamati dengan terperinci, saya memilih untuk membuat pengajaran berdasarkan model 5 Fasa Needham. Fasa kemahiran yang saya pilih adalah pada fasa Aplikasi Idea, di mana pada fasa ini, saya akan membimbing murid untuk menganalisis, mentafsir, mengelas, mencari pola dan membentuk graf dari data yang diperolehi. Pada permulaan fasa, saya meminta murid membuat pengiraan perbezaan suhu antara masa sebelum api dihidupkan, selepas api dihidupkan, sebelum api dipadam dan selepas api dipadamkan.ianya bertujuan untuk memberi murid pengukuhan terhadap takat didih air.Kemudian saya meminta murid membina graf palang berdasarkan data yang diperolehi. Saya membimbing murid untuk membentuk graf tersebut. Graf tersebut dilukis pada kertas graf yang dilampirkan bersama lembaran kerja amali. Murid diminta memastikan dengan betul pada paksi mana perlu untuk letakakan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas. Murid juga dinasihatkan untuk menanda dengan tepat pada graf tersebut untuk memastikan data tadi telus.Apabila graf selesai dilukis, murid diminta untuk mencari pola suhu air berdasarkan graf tadi. Jawapan yang dicadangkan kepada murid ialah semakin meningkat, semakin menurun atau tiada perubahan (statik). Murid juga boleh mengabungkan kedua-dua pola sekiranya pada graf tadi berlaku perubahan pergerakan pola.Kemudian murid diminta untuk menyatakan hubungan antara masa haba dikenakan pada air dengan suhu air. Untuk memjawab soalan ini, murid mestilah terlebih dahulu mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas. Apabila murid sudah mengenalpasti kedua-dua pemboleh ubah ini, murid mestilah menentukan pula pola perubahan pada setiap pemboleh ubah. Kemudian murid mestilah menyusun ayat supaya jawapan ditulis dapat menerangkan hubungan kedua-duanya dengan jelas dan tepat. Perimeter untuk kedua-dua pemboleh ubah mestilah tepat dan releven. Sebagai contoh, Semakin lama masa haba dikenakan pada air, semakin tinggi suhu air. (perimeter , Pemboleh ubah)Di akhir pengajaran mikro, saya meminta murid untuk mengelas data suhu tadi kepada 2 peringkat iaitu pada haba dikenakan dan pada kehilangan haba. Pada soalan ini, murid diminta untuk mengenal pasti dahulu pada suhu mana haba dikenakan dan pada suhu mana ianya kehilangan haba. Jawapan ditulis pada jadual yang disediakan.

BORANG ANALISIS KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO 3

PERBINCANGAN HASIL EKSPERIMEN

Pengajar : Khairul Rasyid bin Mohammad

Penilai :

Jabatan :

Tarikh :

KATEGORIPEMERHATIANULASAN

1 - Tiada,1 - tiada berkesan,

3 - sekali,3 - berkesan,

5 - banyak kali5 - sangat berkesan

135135

Teknik Memproses Maklumat

1Membuat kiraan berasakan data yang dikumpul

2Mewakili data dalam bentuk yang berlainan, seperti jadual

3Menggunakan graf dan carta

4Mentafsir graf dan carta

5Mencari pola atau perhubungan yang terdapat dalam data.

6Mengelas Data

Teknik Melapor maklumat

1Mentafsir perhubungan antara keputusan, Hipotesis & Ramalan

2Memberi Penjelasan kepada keputusan eksperimen

3Membuat Laporan secara Lisan atau bertulis

4Memberi cadangan untuk membaiki atau melanjutkan eksperimen.

5Lain-lain

ULASAN/KOMEN:

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

SCE3108MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4 (SESI JAN-MEI 2013)

PENULISAN REFLEKSI

REFLEKSI KENDIRIAlhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnianya, akhirnya saya berjaya merancang dan menjalankan pengajaran mikro saya pada hari ini. Pengajaran tadi boleh dikatakan berjalan agak lancar seperti yang dirancangkan. Dalam menyiapkan tugasan pengajaran mikro ini, terdapat dua peringkat dalam menjayakan pengajaran hari ni. Peringkat pertama iaitu pada peringkat merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Pada peringkat ini saya ditugaskan untuk menyediakan 2 rancangan pengajaran menggunakan 2 model yang berbeza. Model yang perlu saya sediakan ialah Model 5 Fasa Needham dan Model 5E. Apabila menyediakan kedua-dua rancangan pengajaran berdasarkan model-model ini, saya memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan baru. Antaranya apabila menyediakan rancangan pengajaran Model 5 Fasa Needham, dalam rancangan pengajaran ini, saya dapati saya semakin mahir dan lebih jelas cara menyediakannya. Ini kerana sebelum ini, saya sudah banyak kali menyediakan rancangan pengajaran berdasarkan Model ini. Ianya agak mudah dirancangan dan saya dapati ianya juga menarik untuk diaplikasikan kepada murid. Model ini juga memberi penekanan kepada berpusatkan murid. Murid akan lebih aktif semasa menjalankan pembelajaran berdasarkan model ini.Bagi Model 5E, ianya agak sukar untuk dirancang. Ini mungkin kerana saya kurang memahami cara penyediaan rancangan pengajaran model ini dan tiadanya format khusus untuk menyediakan rancangan pengajaran model ini. Saya juga ada merujuk contoh-contoh lain di dalam internet, tetapi saya dapati ianya mempunyai pelbagai versi. Tetapi berkat kesabaran saya untuk menyiapkannyajuga, akhirnya dapat juga saya meyediakannya dengan lengkap dan menarik. Saya merujuk pada pelbagai sumber untuk menyediakannya. Paa peringkat kedua, setelah selesai menyediakan rancangan pengajaran, saya memilih salah satu rancangan pengajaran tadi untuk dijalankan pengajaran mikro. Berdasarkan tajuk pengajaran mikdo yang ditugaskan, saya memilih Rancangan Pengajaran Model 5 Fasa Needham. Ini kerana saya berasa amat yakin dengan model ini. Ianya juga kerana berdasarakan tajuk pengajaran mikro saya, saya ditugaskan untuk menjalankan pengajaran Perbincangan Hasil eksperimen. Dalam tajuk ini, saya dikehendaki untuk menggunakan data untuk mentafsir, menganlisa, mengelas dan menghasilkan graf berdasarakan data tadi. Ini bertepatan dengan rancangan pengajaran 5 fasa needham saya yang mempunyai data untuk dibincangkan. Di dalam pengajaran mikro saya, saya telah memilh untuk menjalankan pada fasa aplikasi idea. Dalam fasa ini, data yang saya perolehi akan di tafsir, dikelaskan, diananlisa dan dihasilkan graf. Semasa menjalankan pengajaran mikro, saya dapati beberapa kelebihan dan kelemahan yang telah saya lakukan.Antara kelebihan di dalam pengajaran mikro saya, saya dapati murid amat berminat dengan cara penyampaian saya, penerangan saya saya berikan jelas dan menarik. Murid dapat ikuti setiap langkah yang saya jalankan. Berdasarkan borang analisis kemahiran pengajaran mikro 3, hasil dari pemantauan rakan-rakan. Saya dapati saya berjaya membimbing murid dalam mewakili data dalam bentuk yang berlainan. Saya juga berjaya membimbing murid untuk mentafsir graf, mencari pola dan hubungan yang terdapat pada data dan mengelas data. Saya juga juga berjaya memberi penjelasan kepada keputusan eksperimen. Tetapi terdapat juga kelemahan yang saya dan rakan-rakan kenal pasti. Antaranya ialah saya hanya sekali menggunakan dan mentafsir graf. Ini terjadi mungkin kerana saya ingin terlalu mengejar masa. Juga semasa menyediakan graf, saya dapati masa untuk menghasilkan graf agak lama dan murid perlu bimbingan yang lebih untuk menghasilkan graf tadi. Saya juga mempunyai kelemahan dari segi membimbing murid untuk metafsir perhubungan antara keputusan, hipotesis dan ramalan. Ini mungkin saya kurang memberi penekanan terhadap cara membuat hipotesis, ramalan dan keputusan.Bagi mengatasi masalah ini, saya harap pada pengajaran mikro yang akan datang (jika ada), saya dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan saya ini. Bagi kelemahan saya penggunaan dan pentafsiran graf, saya akan pastikan lembaran kerja yang dihasilkan kelak lebih menekankan soalan-soalan yang berkaitan dengan graf. Saya akan mempelbagaikan lagi cara saya menilai murid menggunakan graf ini. Bagi kelemahan penghasilan graf yang agak lama, saya terfikir untuk memberi latihan penyediaan graf secara intensif kepada murid untuk memahirkan murid menghasilkan graf. Murid saya akan kerap diberi latihan yang mempunyai data dan graf untuk memastikan kemahiran mereka untuk menghasilkan graf dapat dipertingkatkan lagi. Bagi kelemahan yang terakhir, saya kurang untuk membimbing murid mentafsir perhubungan antara keputusan, hipotesis dan ramalan. Bagi masalah ini, saya akan pastikan murid akan membuat latih tubi bagi soalan-soalan yang mempunyai ketiga-tiga maklumat ini, saya akan mengaitkan hubungan ketiga-tiga maklumat ini supaya murid lebih memahami kenapa hipotesis, ramalan dan keputusan dibuat dan kaitannya dengan pemboleh ubah.

REFLEKSI KESELURUHANAlhamdulillah syukur ke hadrat Illahi akhirnya saya berjaya menyiapkan KKBI ini dalam satu tempoh yang lama dan panjang serta memberi banyak pengalaman kepada saya walaupun sudah bergelar guru menjangkau 13 tahun. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya berikan kepada pensyarah pembimbing bagi subjek SCE3108 MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH ini iaitu Pn. Rusmawati binti Othman kerana memberi bimbingan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan KKBI ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan Puan harap saya dapat gunakan untuk mendidik anak didk pada masa akan datang. Juga tidak lupa pada Pn. Rahimawati binti Abd Rahim, pensyarah SCE3108 yang bersama-sama memberi tunjuk ajar dan penerangan yang berguna kepada saya. Saya juga memohon kedua-dua pensyarah ini menghalalkan semua ilmu yang dicurahkan kepada saya. Semoga ilmu tersebut diberkati Allah S.W.T. Juga jutaan terima kasih kepada isteri terrcinta , Pn Siti Aisyah binti Roslan dan anak-anak Siti Khairunnisa dan Khairul Fitri kerana sanggup berkorban masa, wang dan kasih sayang demi membantu saya menyiapkan KKBI ini. Sesungguhnya hanya Allah membalas jasa kalian. Juga tidak ketinggalan rakan-rakan seperjuangan yang masih bertahan sehingga semester ini. saya doakan kalian semua akan dapat meneruskan perjuanagn kita bersama. InsyaAllah....Terima kasih juga kepada pihak sekolah terutama En. Abu Bakar bin Mohd Desa , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mahang kerana banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk saya meneruskan perjuangan yang mulia ini. Juga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan KKBI dan sepanjang tempoh kursus ini.. Dalam menghasilkan KKBI ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan ada pada saya. Juga kelemahan yang semestinya di rasai kerana semua manusia ini tidak sempurna.Antara kekuatan yang saya dapat kenal pasti ialah saya dapat memahami dan menguasai beberapa tajuk sepanjang kursus ini. Tajuk-tajuk ini dapat saya fahami dan kuasai mungkin kerana cara pengajaran pensyarah di dalam kelas yang mudah difahami dan menarik minat saya untuk mendalami tajuk berkenaan dan pendedahan serta pengetahuan sedia ada yag dipelajari di sekolah dahulu.Kekuatan seterusnya ialah saya dapat menjalankan Pengajaran Mikro dengan bimbingan kedua-dua pensyarah saya tadi. Pengajaran ini dapat saya aplikasikan kemahiran-kemahirannya di sekolah kelak. Ianya juga dapat membantu saya lebih mendalami cara pengajaran yang berkesan untuk mengkukuhkan lagi pemahaman saya tentang tajuk berkaitan.Bagi kelemahan pula, saya rasakan terdapat banyak kelemahan yang saya kenal pasti. Antaranya ialah saya masih kurang faham mengenai cara menyediakan rancangan pengajaran 5E. Walaupun berulang kali membaca dan mencuba memahaminya, saya masih tidak dapat kuasainya dan mengingatinya. Yang kedua ialah kemudahan untuk mengakses makluman dan bahan-bahan kursus dan bahan untuk penghasilan KKBI ini. Bahan-bahan bacaan ini pula susah untuk diakses disekolah kerana tiada penyimpanan yang sempurna oleh pihak sekolah.Untuk menggunakan kemudahan Pusat Sumbar IPDA (PSI) adalah agak tidak relevan kerana memerlukan saya berulang alik tiap-tiap minggu dan melibatkan kos pengangkutan yang mahal.Antara cara penyelesaian yang saya fikirkan untuk mengatasi masalah saya ialah dengan merujuk buku-buku tersebut di dalam Internet seperti google doc dan sebagainya. Ianya dapat membantu sedikit saya dalam meyelesaikan masalah mencari buku rujukan selain dari bahan-bahan internet lain.Dari segi perjumpaan dengan pensyarah, saya cadangkan supaya pengunaan group di dalam facebook diperluaskan lagi kerana penggunaan OLL IPDA kurang berkesan dan mantap. Dengan cara ini saya dapat berinterksi dengan penyarah dengan lebih kerap lagi.Akhir kata dari saya, semoga dengan penghasilan KKBI ini dapat membantu meningkatkan markah saya dan seterusnya membantu saya mencapai cita-cita saya memiliki segulung ijazah. InsyaAllah.....KHAIRUL RASYID BIN MOHAMMADSAINS 2, PPG AMBILAN JUN 2011