kk10 dr yabit

15
Isu Masa Depan Bahasa-Bahasa Peribumi di Negara Brunei Darussalam: Multibahasa vs ‘ Homogenous’ Bahasa Oleh: Dr Yabit bin Alas Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam Pengenalan Isu masa depan mana-mana bahasa dalam dunia ini adalah antara isu yang mendapat perhatian paling ramai pakar bahasa dan pengubal-pengubal dasar yang releven serta tidak kurang juga ditimbulkan oleh golongan-golongan aktivis bahasa. Ada bahasa yang sangat bernasib baik sehingga tidak perlu bimbang akan kepupusannya dalam jangka waktu yang terdekat, umpamanya bahasa Inggeris 1 . Terdapat juga bahasa yang terpaksa 1 Bahasa Inggeris memang digunakan dengan meluas, iaitu bermula dari England, iaitu tempat kelahiran bahasa ini. Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa rasmi di beberapa Negara. Selain dari itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa paling meluas diajarkan dan difahami di dalam dunia ini sehingga bahasa ini digelar sebagai lingua franca. Walaupun penutur bahasa ibunda Standard Cina Moden mempunyai penutur yang paling ramai, bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa kedua atau bahasa asing serta penutur yang mempunyai pengetahuan tentang bahasa Inggeris, sudah pasti angka ini mencecah lebih dari satu billion di seluruh dunia. Jumlah penutur yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dianggarkan melebihi 400 juta orang. Penutur bahasa kedua dianggarkan dari 150 juta sehingga 1.5 bilion. Bahasa Inggeris adalah bahasa dominan yang digunakan sebagai bahasa antarabangsa dalam bidang komunikasi, sains, perdagangan penerbangan , hiburan, hubungan antarabangsa dan juga internet. Bahasa ini telah menjadi bahasa rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semenjak penubuhannya

Upload: api-3740802

Post on 07-Jun-2015

483 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kk10 Dr Yabit

Isu Masa Depan Bahasa-Bahasa Peribumi di Negara Brunei Darussalam: Multibahasa vs ‘ Homogenous’ Bahasa

Oleh:

Dr Yabit bin Alas Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik

Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam

Pengenalan Isu masa depan mana-mana bahasa dalam dunia ini adalah antara isu yang mendapat perhatian paling ramai pakar bahasa dan pengubal-pengubal dasar yang releven serta tidak kurang juga ditimbulkan oleh golongan-golongan aktivis bahasa. Ada bahasa yang sangat bernasib baik sehingga tidak perlu bimbang akan kepupusannya dalam jangka waktu yang terdekat, umpamanya bahasa Inggeris1. Terdapat juga bahasa yang terpaksa

1 Bahasa Inggeris memang digunakan dengan meluas, iaitu bermula dari England, iaitu tempat kelahiran bahasa ini. Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa rasmi di beberapa Negara. Selain dari itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa paling meluas diajarkan dan difahami di dalam dunia ini sehingga bahasa ini digelar sebagai lingua franca. Walaupun penutur bahasa ibunda Standard Cina Moden mempunyai penutur yang paling ramai, bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa kedua atau bahasa asing serta penutur yang mempunyai pengetahuan tentang bahasa Inggeris, sudah pasti angka ini mencecah lebih dari satu billion di seluruh dunia. Jumlah penutur yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dianggarkan melebihi 400 juta orang. Penutur bahasa kedua dianggarkan dari 150 juta sehingga 1.5 bilion. Bahasa Inggeris adalah bahasa dominan yang digunakan sebagai bahasa antarabangsa dalam bidang komunikasi, sains, perdagangan penerbangan , hiburan, hubungan antarabangsa dan juga internet. Bahasa ini telah menjadi bahasa rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semenjak penubuhannya

Page 2: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

146

diperjuangkan survivalnya, umpamanya bahasa Melayu. Bagaimanapun, memang hakikat bahasa itu dinamik, ia akan tetap berubah walau apapun kita lakukan. Ada sesetengah perubahan itu cepat tetapi tidak kurang juga ada bahasa yang berubah dengan agak perlahan. Daripada sekitar 6,912 bahasa dalam dunia sekarang2 (Gordon 2005), dijangkakan separuh hingga 90 peratus (3,400 ke 6,120 bahasa) akan pupus menjelang tahun 2100, iaitu pada kadar kematian satu bahasa setiap dua minggu (Superville 2001).

Bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan yang sangat rapat. Jika sesuatu masyarakat mempunyai status, masyarakat berkenaan mungkin menjadi ikutan masyarakat lain. Bahasa juga sama dengan masyarakat, di mana faktor prestig boleh mengubah atau menukar bahasa tersebut atau bahasa-bahasa di sekelilingnya. Bahasa yang berprestig ini dikenali sebagai bahasa ‘superstratum’ sedangkan bahasa di bawahnya dikenali sebagai bahasa ‘substratum’. Kebanyakan negara di dalam dunia ini mempunyai lebih dari satu bahasa, umpamanya Papua New Guinea mempunyai 832 bahasa; Indonesia 731 bahasa3, Nigeria 515 bahasa, India 400 bahasa, Brazil 234 bahasa (Superville 2001).

Bagaimanapun, ada juga negara yang hanya mempunyai satu bahasa sahaja umpamanya Jepun dan Korea di mana secara umumnya masyarakat di negara tersebut hanya menuturkan satu bahasa sahaja.4 Dalam ilmu linguistik situasi seperti ini dipanggil sebagai ‘homogeneous’ bahasa.

pada tahun 1945 dan dianggap ramai sebagai bahasa universal (http://en.wikipedia.org/wiki/English_language). 2 Mengikut sumber lain jumlah bahasa dalam dunia ini adalah sekitar 6,800 (Superville 2001) atau ada juga yang melaoprkan sebanyak 6,900 bahasa (http://www.sil.org/). 3 Mengikut sumber lain jumlah bahasa di Indonesia ialah sebanyak 360 (http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesia). 4 Penduduk majoriti di Jepun adalah dari etnik Jepun yang hanya menuturkan bahasa Jepun. Selain dari masyarakat Ainu iaitu masyarakat asli Jepun, terdapat juga beberapa masyarakat imigran seperti orang Korea, Cina, dan penduduk dari beberapa negara lain yang berjumlah tidak melebihi dari 2 peratus. Dengan pengiraan tersebut menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang paling ‘homogeneous’ dari sudut

Page 3: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

147

Punca Kepunahan Bahasa Kepunahan bahasa atau kepupusan bahasa selalu dikaitkan dengan kontak bahasa kecuali pada situasi yang jarang-jarang berlaku di mana keseluruhan masyarakat penutur bahasa berkenaan mati akibat musibah seperti dilanda letupan gunung berapi dan sebagainya. Umpamanya penutur bahasa Paulohi di Maluku, Indonesia yang pada tahun 1982 dilaporkan berjumlah 50 orang tetapi hampir kesemua penuturnya mati akibat ombak besar dan tsunami (http://www.ohiou.edu/pli/Paulohi/libPaulo.htm). Selain itu terdapat juga kepunahan bahasa disebabkan pembunuhan penuturnya secara beramai-ramai, contohnya penutur bahasa Aborigin di Australia. Kedatangan orang-orang Eropah ke Australia telah membawa bencana kepada penduduk Aborigin kerana selain dari terkena cacar yang dibawa secara senghaja mereka juga ditembak dalam pesta-pesta menembak orang-orang Eropah (Crowley 1992: 274).

Bagaimanapun, apa yang selalu terjadi ialah kepunahan bahasa adalah disebabkan kontak yang terjadi dalam satu jangka waktu yang agak panjang. Apabila kontak antara masyarakat penutur dua bahasa yang berlainan terjadi dan salah satu masyarakat penutur tersebut mempunyai kuasa terhadap penutur bahasa yang lainnya, kemungkinan disebabkan oleh prestig sosial atau dominan secara demografi, memang mengakibatkan penutur dari bahasa yang secara sosial lemah akan meninggalkan atau mengabaikan bahasa mereka demi mengikuti bahasa yang dominan (Crowley 1992: 274). Bagaimanapun, kedalaman sesuatu proses akulturasi berbeza dari satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, umpamanya dalam kasus sejarah bahasa etnik atau komposisi nasional di dalam dunia ini (http://encarta.msn.com /encyclopedia_ 761566679_5/Japan.html). Seperti Negara Jepun, Negara Korea juga didiami oleh kumpulan etnik yang sangat ‘homogeneous’ iaitu orang Korea, yang juga menuturkan bahasa yang diberi nama sebagai bahasa Korea (http://en.wikipedia.org/wiki/Korea). Poland juga adalah antara negara di Eropah yang paling ‘homogeneous’ kerana mempunyai penduduk yang hanya bertutur serta menguasa bahasa Polish sekitar 97 peratus (http://en.wikipedia. org/wiki/Polish_language)

Page 4: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

148

Melayu beberapa budaya dan kosa kata sahaja yang diambil dari masyarakat India yang membawa agama Hindu / Buddha dan bahasa Sanskrit (Noriah 1999). Perkara yang sama juga terjadi apabila orang Arab datang membawa agama Islam dan bahasa Arab, hanya agama dan beberapa kosa kata yang diperlukan sahaja yang diambil oleh masyarakat Melayu ketika itu. Selepas dua ribu tahun, berbagai-bagai budaya telah mempengaruhi budaya dan bahasa Melayu tetapi masyarakat Melayu tetap mengambil jalan bijak iaitu mengambil sesuatu jika diperlukan sahaja atau selektif. Akultrasi seperti ini bolehlah kita panggil sebagai akultrasi separa. Bagaimanapun, terdapat juga akultrasi penuh, umpamanya di Hawaii hanya 1 peratus berbahasa Hawaii, orang Maori di New Zealand hanya 10 peratus boleh berbahasa Maori selebihnya berbahasa Inggeris di kedua-dua tempat ini (Crowley 1992: 274). Bahasa Melayu sebagai bahasa ‘superstratum’ Bahasa Melayu dijangkakan sudah menjadi bahasa ‘superstratum’ sejak 1300 tahun dahulu. Batu bersurat Kedukan Bukit yang ditemui pada tahun 683 masehi di Sungai Musi, Palembang Sumatera ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Sanskerit. Batu bersurat itu adalah dari kerajaan Serivijaya, iaitu sebuah kerajaan Melayu pertama di Nusantara. Sejak dari zaman bahasa Melayu digunakan untuk mengajar dan menyebarkan agama Hindu sehingga kedatangan agama Islam. Dari sejak kedatangan agama Islam sekitar abad ke-12 sehingga zaman kemuncaknya semasa keagungan empayar Melaka pada abad ke-14, agama Islam juga menggunakan bahasa Melayu yang bercampur dengan beberapa istilah keagamaan dari bahasa Arab. Bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca sejak zaman Melaka sehingga kedatangan kaum penjajah dari Eropah. Penjajah Inggeris dan Belanda mentadbir serta menyebarkan agama Keristian dengan menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di rantau Melayu tetapi sehingga ke Ambon dan Meluku. Umpamanya, menjelang abad ke-16 dan ke-17 bahasa Melayu sudah menguasai suasana budaya di Asia Tenggara. Perkara ini pernah dilaporkan oleh Antonio Galvao seorang gabenor Portugis (dari tahun 1536-1539) yang mengatakan pada masa itu bahasa Melayu sangat popular

Page 5: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

149

dan menjadi kebangaan di Meluku umpama bahasa Latin di Eropah. Seorang lagi orang Portugis iaitu Francois Valentyn pada tahun 1726, juga melihat bahasa Melayu sebanding dengan bahasa Perancis atau Latin di Eropah. Selain dari itu, beliau mengatakan jika tidak memahami bahasa Melayu, seseorang itu dianggap sebagai mempunyai pendidikan yang sangat buruk (Collins 1998: 33). Jadi, peranan bahasa Melayu memang tidak diragukan lagi dan pemilihannya sebagai bahasa kebangsaan di Brunei, Malaysia dan Indonesia adalah tepat. Pemilihan ini bukan disebabkan atas dasar jumlah penduduknya tetapi adalah disebabkan faktor sejarahnya yang gemilang sejak sekian lama. Disebabkan peranannya yang begitu besar, bahasa Melayu sejak dari zaman awalnya sudah menjadi bahasa yang mempunyai status yang tinggi. Tidak mustahil juga dari zaman awalnya bahasa Melayu sudah mempengaruhi bahasa-bahasa kecil yang lainnya. Proses akulturasi dan asimilasi di Nusantara sudah terjadi sejak sekian lamanya. Umpamanya, di Kalimantan Barat masyarakat Melayu berjumlah sekitar 39 peratus daripada jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 3.5 juta orang sedangkan masyarakat Dayak pula merupakan majoriti sekitar 41 peratus (Collins, http://www.angelfire.com/alt/ghettoway/malaysocio.html).

Walaupun masyarakat Dayak adalah majoriti jika dikira dari jumlah penduduknya, tetapi masyarakat Dayak adalah masyarakat yang bertaraf ‘substratum’ jika dibandingkan dengan masyarakat Melayu. disebabkan masyarakat Melayu lebih berprestig. Disebabkan perbezaan taraf ini telah mengakibatkan penambahan jumlah masyarakat Melayu kerana sebahagian dari mereka sekarang sebenarnya adalah dari masyarakat Dayak yang memeluk agama Islam, kemudian mengalami proses asimilasi sehingga menjadikan diri mereka orang Melayu. Contoh lain pula, umpamanya, orang Melayu Banjar sebenarnya adalah kebanyakkannya berasal dari orang Ngaju, orang Maanyan atau orang-orang dari masyarakat bukan Melayu yang tinggal di pedalaman Banjarmasin (Adelaar 2003).

Page 6: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

150

Senario bahasa masyarakat peribumi di Negara Brunei Darussalam Di dalam Perlembagaan 1959 tercatat tujuh rumpun bahasa Austronesia yang dirangkai sebagai penutur Rumpun Melayu. Secara linguistiknya ketujuh-tujuh rumpun Melayu di negara ini boleh dibahagikan menjadi 4 kelompok keluarga bahasa. Melayu Brunei dan Kedayan adalah dari kelompok keluarga bahasa Melayu, Belait dan Tutong dari sub-kelompok keluarga bahasa Baram-Tinjar iaitu keluarga bahasa Rejang-Baram, Murut dari kelompok keluarga bahasa Murutik dan Bisaya dan Dusun dari kelompok keluarga bahasa Dusunik dan kedua-duannya dari keluarga bahasa Sabah (Hudson 1978). Keempat-empat kelompok keluarga bahasa ini mempunyai hubungan jauh antara satu dengan yang lain walaupun semuanya adalah dari rumpun keluarga bahasa Austronesia Barat. Jadi, penggunaan istilah Melayu dalam Perlembagaan 1959 untuk merujuk ketujuh-tujuh masyarakat asli Negara Brunei Darussalam bukan bermaksud rumpun secara linguistik tetapi adalah bermaksud kaum asli atau peribumi. Bahasa Melayu sebagai bahasa dominant di Negara Brunei Darussalam Jika dilihat dari sejarah bahasa Melayu sejak 1300 tahun dahulu di Nusantara, memang tidak dinafikan yang bahasa Melayu di Brunei juga mempunyai kesan yang sama, iaitu dianggap sebagai satu bahasa yang mempunyai status yang tinggi. Umpamanya, terdapat dalam sejarah apabila dua orang utusan Sepanyol datang membawa dua pucuk surat ke Brunei, sepucuk surat ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi sedangkan sepucuk lagi kemungkinan menggunakan bahasa Tagalog yang menggunakan skrip Palava. Apabila kedua-dua orang utusan itu sampai ke Sungai Brunei dan menghadapkan kedua-dua pucuk surat berkenaan kepada Pengiran Seri Laila, beliau pada mulanya membaca surat dalam bahasa Tagalog dan secara berseloroh beliau mengatakan surat tersebut ditulis dalam bahasa Portugis, beliau kemudiannya mengoyakkan surat berkenaan kerana dianggap tidak bernilai untuk dipertimbangkan. Surat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, walaupun menampakkan keangkuhan pihak Portugis, iaitu musuh nombor

Page 7: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

151

satu Brunei ketika itu, telah disembahkan kehadapan sultan Brunei pada ketika itu. Surat itu akhirnya dibaca dengan nyaring secara formal oleh pegawai istana (Collins 1998: 23). Apabila pendidikan sekular mula diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1906 oleh Residen Inggeris pada ketika itu, bahasa Melayu atau bahasa vernakular adalah diutamakan kerana dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak akan cepat memahami pelajaran. Sistem ini digunakan sampai sekarang walaupun sebenarnya disebabkan keperluan semasa, bahasa Inggeris diutamakan. Bagaimanapun, dengan konsep Melayu Islam Beraja (MIB), kita dengan jelas boleh menilai kepentingan ‘Melayu’ tidak kira bangsa atau bahasanya. Kesan dominan bahasa Melayu terhadap bahasa peribumi lain Seperti yang lumrah diketahui terdapat tujuh rumpun masyarakat yang diiktiraf sebagai puak Melayu atau masyarakat peribumi Brunei.5 Walaupun ketujuh-tujuh rumpun puak Melayu ini telah dimaktubkan dalam Perlembagaan 1959 sebagai puak Melayu tetapi secara linguistiknya ketujuh-tujuh rumpun Melayu di negara ini adalah dari empat keluarga bahasa yang berlainan. Jadi, penggunaan istilah Melayu untuk merujuk ketujuh-tujuh masyarakat asli Negara Brunei Darussalam bukan bermaksud rumpun secara linguistik tetapi adalah bermaksud kaum asli atau peribumi.

Secara teorinya, seperti yang telah diterangkan di atas, antara punca kepunahan bahasa adalah disebabkan kontak yang terjadi antara masyarakat penutur dua bahasa yang berlainan dan salah satu masyarakat penutur tersebut mempunyai kuasa terhadap penutur bahasa yang lainnya. Jika perkara ini terjadi,

5 Walaupun sebenarnya terdapat beberapa bahasa lain lagi yang dituturkan di Negara Brunei Darussalam, umpamanya beberapa kumpulan bahasa Austronesia seperti bahasa Iban, Penan, Miri, Mukah, dan lain-lain; keluarga bahasa Cina seperti bahasa Hokien, Kantonis, Hakka dan lain-lain; bahasa-bahasa dari India, seperti Tamil, Urdu dan lain-lain; beberapa bahasa Eropah yang lainnya. Tetapi kesemua bahasa ini bukan menjadi fokus penulis dalam kertas kerja ini.

Page 8: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

152

sudah pasti akan mengakibatkan penutur dari bahasa yang secara sosial lemah akan meninggalkan atau mengabaikan bahasa mereka demi mengikuti bahasa yang dominan (Crowley 1992: 274).

Di Negara Brunei Darussalam gejala prestig dan dominan bahasa Melayu telah mempunyai kesan yang sangat mahal terhadap ekologi bahasa. Walaupun seperti yang dapat dilihat dari latar belakang sejarahnya, bahasa Melayu adalah idola masyarakat peribumi lain tetapi kepupusan bahasa lain akibat dari prestig bahasa Melayu ternyata semakin cepat dalam masa 40 atau 30 tahun kebelakangan ini. Antara tiga faktor penyebab mengapa kepunahan bahasa peribumi terjadi dengan cepat adalah pertama, faktor pendidikan, kedua adalah faktor agama Islam dan ketiga adalah faktor Perlembagaan 1959. Faktor Pendidikan Sebelum pengaruh bahasa Inggeris yang terjadi secara berluas-luasa sekarang, bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang dianggap berprestig. Dengan tertubuhnya sekolah-sekolah di Negara ini bermula pada tahun 1906, medium pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan bahasa Melayu (Ahismah dan Hadijah 1987). Setelah rang undang-undang digubal dan dimanifestasi dalam Perlembagaan, status bahasa Melayu semakin melonjak naik. Sistem pendidikan melihat bahasa Melayu sebagai satu keutamaan. Kanak-kanak yang mula memasuki alam persekolahan akan lebih bernasib baik jika sudah menguasai bahasa Melayu kerana pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah adalah dalam bahasa Melayu. Mata pelajaran bahasa Melayu wajib lulus dalam beberapa peperiksaan tertentu terutama dalam peperiksaan P.C.E, B.J.C.E., G.C.E. peringkat ‘O’ dan ‘A’. Jika seseorang pelajar itu gagal dalam mata pelajaran bahasa Melayu, pelajar berkenaan tidak akan dinaikkan ke darjah atau ke tingkatan seterusnya. Selain dari itu, syarat-syarat untuk memohon dermasiswa belajar di seberang laut juga mewajibkan pemohon lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan G.C.E. peringkat ‘A’ serta lulus ujian lisan bahasa Melayu. Syarat-syarat pekerjaan terutama dalam sektor awam juga selalu menyebut bahasa Melayu sebagai keutamaan.

Page 9: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

153

Faktor Agama Islam Di Nusantara, agama Islam selalu dikaitkan dengan orang Melayu. Jika seseorang bukan Islam memeluk agama Islam mereka sering disebut sebagai ‘masuk Melayu’. Memang secara teknikal tidak boleh ‘masuk Melayu’ kerana ‘Melayu’ di sini merujuk bangsa.6 Manusia dilahirkan sebagai bangsa ayah atau ibunya dan bangsa tidak boleh ditukar ganti. Bagaimanapun, sedar atau tidak, sebenarnya proses ‘masuk Melayu’ ini betul-betul terjadi di Nusantara. Masyarakat Melayu di Kalimantan Barat berjumlah sekitar 39 peratus daripada jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 3.5 juta orang sedangkan masyarakat Dayak pula merupakan majoriti sekitar 41 peratus (Collins, http://www.angelfire.com/alt/ghettoway/malaysocio.html). Bagaimanapun, ramai antara masyarakat Melayu itu adalah dari masyarakat Dayak yang memeluk agama Islam, kemudian mengalami proses asimilasi sehingga menjadikan diri mereka orang Melayu. Orang Melayu Banjar kebanyakkannya berasal dari orang Ngaju, orang Maanyan atau orang-orang dari masyarakat bukan Melayu yang tinggal di pedalaman Banjarmasin (Adelaar 2003). Brown (1970) juga pernah mengatakan yang kebanyakkan dari orang Melayu Brunei kemungkinan adalah berasal dari masyarakat peribumi Brunei yang bukan Melayu. Di Negara Brunei Darussalam, ramai dari penduduk Kg Kuala Lurah adalah berasal dari Kg Merasam, Limbang, Malaysia7 (Yabit 2007). Generasi nenek atau ayah

6 Hashim (1996) pernah menulis istilah masuk Brunei yang beliau definisikan sebagai orang yang sudah menjadi rakyat Brunei secara berdaftar atau penuangan. Memang secara intrinsik maksud di sebalik masuk Brunei itu adalah menjadi warganegara atau rakyat Brunei, tetapi jika perkataan tersebut boleh digunakan, istilah masuk Melayu juga mempunyai makna dalaman yang lebih kurang sama, iaitu menjadi seperti orang Melayu bukan masuk Melayu secara literal. 7 Penulis mengetahui latar belakang mereka adalah disebabkan ada antara mereka yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan penulis. Pada awal tahun 70-an ketika penulis masih kecil lagi, keluarga penulis selalu membawa penulis tinggal di rumah saudara-mara di Kg Merasam, Limbang. Ada juga sebahagian dari keluarga ini yang selalu berkunjung ke rumah keluarga penulis pada ketika itu terutama saudara-saudara yang tua. Mereka adalah generasi pertama atau kedua Islam pada ketika

Page 10: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

154

mereka sebenarnya adalah Bisaya yang telah memeluk agama Islam (mualaf). Tetapi jika kita pergi ke kampung tersebut sekarang, mungkin agak sukar bagi kita mencari penduduk yang boleh berbahasa Bisaya kerana kebanyakkan dari penduduk di kampung tersebut mengakui diri mereka adalah Melayu atau Kedayan. Jadi, faktor Islamisasi juga boleh secara tidak disedari mengubah identiti masyarakat berkenaan. Faktor Perlembagaan Selain dari mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 juga menggunakan istilah Melayu sebagai alat perpaduan dengan mengkategorikan ketujuh-tujuh rumpun puak asli di Brunei sebagai Rumpun Melayu. Tetapi seperti yang telah diterangkan, tidak semua dari ketujuh-tujuh puak Melayu itu secara linguistik adalah dari keluarga bahasa Melayu. Bagaimanapun, demi kepentingan Negara, sebenarnya langkah mengkategorikan tujuh puak Melayu itu bolehlah dikatakan satu langkah yang sangat bijak kerana telah berjaya menyatupadukan masyarakat di negara ini. Perlembagaan Negeri Brunei 1959 itu sangat berjaya kerana kesan jangka panjangnya bukan sahaja berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini tetapi juga telah berjaya mengubah minda dan cara berfikir masyarakat peribumi bukan Melayu (secara linguistiknya). Disebabkan cara berfikir masyarakat preribumi bukan Melayu ini berubah sudah pasti budaya mereka juga berubah, iaitu mereka telah mengadaptasi budaya masyarakat Melayu Brunei. ‘Weltanschauung’ Masyarakat Peribumi Bukan Melayu ‘Weltanschauung’ [velt’-an-show-ŏong] berasal dari bahasa Jerman, welt bermaksud ‘dunia’, jadi ‘Weltanschauung’ bermaksud ‘pandangan terhadap dunia’ (outlook upon the world) (Kirkpatrick 1983: 1482); pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam

itu. Tetapi pada masa sekarang, ramai dari generasi baru tidak mengenali keluarga penulis lagi setelah ketiadaan orang-orang tua tadi.

Page 11: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

155

sejagat; pandangan dunia (Kamus Bahasa Melayu Nusantara 2003: 3030). Biasanya pandangan dunia seseorang individu adalah berlandaskan budaya masyarakat di mana seseorang individu itu dibesarkan. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam kita boleh bahagikan penduduknya kepada tiga tahap generasi, iaitu generasi 1 (GI) yang berumur 50 tahun ke atas, generasi 2 (G2) yang berumur sekitar 30 tahun sehingga 50 tahun dan generasi 3 (G3) yang berumur 30 tahun ke bawah. G1 adalah generasi peribumi yang betul-betul secara majoritinya menguasai bahasa ibunda masing-masing serta mereka juga faham serta fasih bertutur bahasa Melayu. Mereka dilahirkan pada zaman di mana sistem pendidikan dan alat media massa kurang tersebar. Pada zaman ini, pengaruh bahasa Melayu kurang memberi kesan terhadap kehidupan dan budaya individu masyarakat non-Melayu. Walaupun ada antara mereka sudah memeluk agama Islam tetapi pengaruh prestig Melayu kurang dirasai kerana masyarakat ini selalu membahas diri mereka sebagai masyarakat di mana dia dilahirkan, umpamanya jika dia dari masyarakat Murut, bahasa dan kepercayaan Murutlah yang dipegangnya. Propaganda penyebaran bahasa dan budaya Melayu tidak begitu intensif sehingga jati diri dan pandangan dunia G1 adalah pandangan dunia masyarakat ibundanya. G2 pula adalah masyarakat peribumi non-Melayu yang bilingual dan kebanyakkannya telah mendapat pendidikan formal dalam bahasa Melayu serta bahasa Inggeris. Bagaimanapun, G2 masih begitu akrab dengan G1 sehingga komunikasi tetap berlangsung dalam bahasa ibunda masing-masing. Kesedaran untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan sudah semakin meningkat pada zaman G2, jadi kesedaran mendapatkan pendidikan yang terbaik sudah mula bertapak. Bagaimanapun, media massa tidak begitu tersebar luas sehingga pengaruh dari luar masyarakat mereka kurang memberi kesan terhadap kehidupan harian generasi ini. Tetapi harus diingat, ramai antara masyarakat non-Melayu sudah mula memeluk agama Islam, jadi faktor memeluk agama Islam sudah mula mengubah cara berfikir G2. G3 dilahirkan dalam era globalisasi, di mana pendidikan sangat penting. Untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, kanak-

Page 12: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

156

kanak perlu mendapat ilmu sebaik mungkin. Untuk menguasai ilmu pendidikan terutama pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak akan lebih maju dengan cepat jika memahami bahasa guru, iaitu bahasa Melayu. Disebabkan dorongan inilah kebanyakkan ibu-bapa mendidik anak mereka dengan bahasa Melayu sejak dari lahir lagi. Kebanyakkan G3 dilahirkan sebagai seorang Islam kerana orang tua mereka kebanyakkannya adalah mualaf. Sebagai seorang Islam, identiti Melayu adalah semacam satu kemestian. Zaman ini juga memperlihatkan kepesatan perkembangan media massa sehingga semua aspek kehidupan disalurkan dalam media massa yang berbahasa Melayu. Penerapan Perlembagaan sudah membuahkan hasil kerana G3 dilahirkan selepas 17 tahun Perlembagaan 1959 digubal. Mereka lahir sebagai seorang rumpun Melayu seperti definisi Perlembagaan walaupun dia sebenarnya dari masyarakat Dusun, Tutong, Belait, Bisaya atau Murut atau dengan kata lain masyarakat peribumi non-Melayu. Pemesongan yang dilakukan oleh G2 terhadap G3 serta tekanan keadaan semasa memang sangat berjaya sehingga cara berfikir dan pandangan dunia masyarakat peribumi non-Melayu ini adalah sama seperti masyarakat Melayu Brunei yang lainnya. Menuju Masyarakat berbahasa Homogeneous Melayu Proses akultrasi dan asimilasi masyarakat peribumi non-Melayu yang lainnya ke dalam masyarakat Melayu akan mengakibatkan satu bentuk masyarakat standard, dan dalam konteks Negara Brunei Darussalam bentuk itu sudah pasti satu bentuk Melayu Brunei. Perkara ini belum terjadi secara menyeluruh sekarang, tetapi dianggarkan hampir 80 peratus dari G3 sudah mempunyai pandangan hidup seperti masyarakat Melayu. Jika kita melihat perkembangan peratusan itu terjadi sekitar 30 tahun ini, perubahan yang lebih cepat pasti terjadi pada masa akan datang disebabkan oleh faktor media massa dan sebagainya. Homogeneous Melayu bermaksud di Negara Brunei Darussalam pada masa akan datang hanya akan ada satu bahasa dan satu budaya sahaja, iaitu bahasa dan budaya Melayu atau Melayu Brunei. Pandangan dunia, cara berfikir, bahasa dan budaya yang diamalkan adalah satu bentuk yang standard, iaitu Melayu Brunei. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru atau

Page 13: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

157

tidak pernah berlaku umpamanya, hampir kesemua orang Hawaii hanya berbahasa Inggeris selepas ditakluk oleh Amerika Syarikat pada tahun 1898, menyababkan bahasa Hawaii hampir pupus (Superville 2001). Jika proses homogeneous Melayu ini terjadi secara total kelak, satu hal yang akan kita rasakan, iaitu kehilangan. Kehilangan yang dimaksudkan adalah dari sudut ekologi bahasa dan budaya atau etnik itu sendiri kerana semua ini bukan sahaja milik masyarakat itu tetapi juga adalah milik Dunia sejagat. Multi bahasa sebagai benteng kepunahan bahasa Melayu Secara anologinya, jika bahasa yang berstatus ‘superstratum’ akan menguasai atau mematikan bahasa ‘substratum’, iaitu superioriti bahasa Melayu boleh mengakibatkan kepunahan bahasa peribumi yang lainnya di Negara Brunei Darussalam, bagaimana pula masa depan bahasa Melayu sendiri? Istilah ‘superstratum’ dan ‘substratum’ sendiri adalah bersifat relatif dan dinamik. Jika sekarang bahasa Melayu adalah bahasa ‘superstratum’ bagaimana pula keadaannya jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam sendiri? Kewujudan bahasa-bahasa minoriti peribumi yang lain sebenarnya adalah berfungsi sebagai alat penghadang atau sebagai benteng yang boleh memperlambatkan proses kepunahan bahasa Melayu. Memang proses perubahan itu sebenarnya tidak boleh diramalkan sehingga agak sukar bagi kita mempertahankan dari berlaku. Bagaimanapun, dengan adanya bahasa minoriti peribumi, sekurang-kurangnya proses mengalihkan kesetiaan bahasa itu melalui dua peringkat. Pertama, sebelum kaum peribumi beralih ke bahasa Melayu sudah pasti seseorang itu akan memikirkan bahasa ibundanya terlebih dahulu. Perasaan patriotik terhadap kaum dan bahasa sendiri itu akan memperlambatkan proses asimilasi ke dalam bahasa Melayu serta makin lambat lagi menuju proses asimilasi dengan bahasa Inggeris. Bahasa Ibunda (Peribumi) ------ Bahasa Melayu ---- Bahasa Inggeris 1. Skema asimilasi dari bahasa peribumi sehingga berubah sepenuhnya ke bahasa Inggeris

Page 14: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

158

Bahasa Melayu --- Bahasa Inggeris 2. Skema asimilasi jika tidak ada bahasa peribumi Mimpi buruk kepunahan bahasa Melayu sudah semakin nyata, di mana-mana sahaja kita melihat anak-anak muda atau golongan G3 lebih senang berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu. Perkara ini bukan sahaja terjadi di Bandar-bandar tetapi juga sudah mula terlihat di kampong-kampung yang jauh dari Bandar.Terdapat juga sesetengah keluarga yang membawa anak-anak mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jadi, apa pula yang bakal terjadi dalam G4 yang akan datang? Jawapannya tepuk dada tanya selera! Kalau kita berterusan tidak menghiraukan bahasa minoriti peribumi, suatu hari nanti bahasa Dusun, bahasa Bisaya, bahasa Tutong, bahasa Belait dan bahasa Murut hanya akan tinggal sejarah sahaja tentang kewujudannya. Tetapi lebih menyedihkan lagi jika bahasa yang sudah maju dan dianggap sebagai lingua franca selama 1,300 tahun, iaitu bahasa Melayu juga akan turut musnah akibat sikap kita sendiri serta sikap ikut trend yang ada pada kita sekarang. Ledakan arus globalisasi serta teknologi infokomunikasi dan teknologi-teknologi canggih yang lainnya akan menjadi cabaran yang sangat dahsyat dalam menjaga, memelihara dan mempopularkan bahasa Melayu. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, saya menyeru kepada semua pihak terutama pihak-pihak yang berwajib agar jangan melupakan yang lama demi mengejar yang baru. Takut yang dikejar tak dapat tetapi yang dikendong berciciran. Untuk merealisasikan pencapaian bahasa Melayu demi kepentingan perpaduan rakyat, bahasa kaum minoriti peribumi manjadi mangsa tetapi pada waktu yang sama serta dengan tidak secara sedar sebenarnya kita juga telah telah mengakibatkan sistem dayatahan diri (immuneity) bahasa Melayu semakin lemah. Kajian-kajian tentang bahasa peribumi perlu dipergiatkan selain dari itu program-program rehabilitasi bahasa-bahasa minoriti peribumi perlu dijalankan agar khazanah dunia yang sangat mahal ini tidak hanya tinggal sejarah. Kanak-kanak perlu diajarkan seberapa banyak bahasa

Page 15: Kk10 Dr Yabit

PROSIDING SETALING II

159

sebelum mereka dewasa kerana semakin banyak bahasa yang dikuasai kanak-kanak tersebut semakin inteligenlah kanak-kanak tersebut. Tetapi usaha seperti ini perlu mendapat dokongan dari pihak yang berwajib agar propaganda mencintai bahasa ibunda sampai kepada sasarannya. Sekian. Rujukan: Adelaar, K. Alexander. (2003). Borneo as the homeland of the

Malay language: fifteen years down the road. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahismah Haji Abd. Rashid dan Hadijah Haji Hassan. (1987). Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. Beriga. Oktober-Disember, 65-88.

Brown, Donald E. (1970). Brunei: The structure and history of a Bornean Malay Sultanate. Monograph of the Brunei Museum Journal, vol. 2 no. 2 Bandar Seri Begawan: Brunei Museum.

Collins, J.T. (1998). Malay, world language: A short history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crowley, Terry. (1992). An introduction to Historical Linguistics. (Edisi ke-2). Oxford: Oxford University Press.

Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: http://www. ethnologue.com/.

Hashim bin Haji Abd. Hamid., Hj. 1996. Anak Brunei dan Masuk Brunei Antara Homogeniti dan Asimilasi: Kes budaya Brunei dengan masyarakat Cina di Brunei Darussalam. Dlm. Purih. 27-34. Brunei: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Hudson, A.B. (1978). Linguistic relations among Bornean peoples with special reference to Sarawak: An interim report. In Sarawak: Linguistics and development problems, V. Sutlive (pny.). ms. 13-44. Williamsburgh: Department of Anthropology, College of William and Mary.