assingemt dr supian

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU JALAN LEMBAH PANTAI 50999 KUALA LUMPUR PM2311P5 __________________________________________ PENSYARAH : Dr. Supian Bin Md. Noor En Nazeri Bin Kamal Pn. Raja Rajeswari Oleh : NAMA : NURDIANA BINTI YUNUS NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278 NO GILIRAN : 2011192310045 KOD DAN MATAPELAJARAN: PM2311P5 KUMPULAN : PPISMP AMBILAN KHAS SEMESTER 2C TARIKH HANTAR :

Upload: mummy-rayyan

Post on 21-Jul-2015

178 views

Category:

Automotive


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assingemt dr supian

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BAHASA MELAYU

JALAN LEMBAH PANTAI

50999 KUALA LUMPUR

PM2311P5

__________________________________________

PENSYARAH : Dr. Supian Bin Md. Noor

En Nazeri Bin Kamal

Pn. Raja Rajeswari

Oleh :

NAMA : NURDIANA BINTI YUNUS

NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278

NO GILIRAN : 2011192310045

KOD DAN MATAPELAJARAN: PM2311P5

KUMPULAN : PPISMP AMBILAN KHAS SEMESTER 2C

TARIKH HANTAR :

Page 2: Assingemt dr supian

2

Isi Kandungan Petikan...........................................................................................................................................2

Penggolongan kelas kata .................................................................................................................5

Definisi frasa ……………………………………………………………………………………………………………………………………..10

Tugas-tugas frasa………………………………………………………………………………………………………………………………10

Contoh-contoh ayat………………………………………………………………………………………………………………………… 12

REFLEKSI....................................................................................................................................... 12

Bibliografi ..................................................................................................................................... 13

Lampiran ...................................................................................................................................... 14

Page 3: Assingemt dr supian

3

Petikan

Kesihatan ialah elemen penting dalam kehidupan manusia. Kehidupan

seseorang bergantung pada keadaan kesihatan mereka. Selain itu, kesihatan amat

penting juga untuk menentukan produktiviti seseorang.Negara yang maju semestinya

didukung oleh oleh rakyat yang memiliki taraf kesihatan yang baik. Dalam hal ini,

kerajaan berusaha untuk menyediakan kemudahan kesihatan demi kesejahteraan

rakyat.

Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh kerajaan untuk menyediakan

kemudahan kesihatan kepada rakyat. Apabila kerajaan meluaskan perkhidmatan

kesihatan ke kawasan luar bandar, masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan

tenaga kerja profesional seperti doktor dan jururawat. Kekurangan ini wujud kerana

permintaan terhadap jawatan ini melebihi tenaga kerja yang sedia ada. Di samping itu,

latihan tenaga profesional, misalnya doktor mengambil masa yang lama dan

memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional

ini telah menyebabkan kebanyakan pusat kesihatan tidak dapat berfungsi dengan

sempurna.

Keadaan menjadi tidak seimbang apabila permintaan yang tinggi terhadap

tenaga profesional yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Faktor tersebut

mendorong perpindahan tenaga kerja profesional daripada perkhidmatan awam kepada

perkhidmatan swasta. Perpindahan ini menyebabkan taburan perkhidmatan kesihatan

menjadi tidak seimbang. Hal ini demikian kerana kebanyakan pusat kesihatan swasta

terletak di kawasan bandar. Dengan ini kawasan bandar mempunyai perkhidmatan

kesihatan yang lebih banyak manakala di kawasan luar bandar pula untuk

mendapatkan tenaga kerja profesional bagi pusat kesihatan awam amat sukar

diperoleh

Kini, jangka hayat hidup rakyat negara ini meningkat kepada 69 tahun bagi lelaki

dan 73 tahun bagi perempuan. Hayat yang panjang dan ditambah lagi penyakit kronik

pada usia tua membawa kesan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan. Oleh itu,

cara untuk mengurangkan kos dan kejadian penyakit kronik adalah dengan kaedah

penjagaan kesihatan dan pencegahan. Dari aspek yang lain pula, kadar pembangunan

Page 4: Assingemt dr supian

4

negara yang pesat memungkinkan mobilitipenduduk. Keadaan ini menyebabkan

penduduk bandar akan bertambah ekoran daripada penghijrahan penduduk dari desa

ke bandar. Selain itu, pembangunan yang pesat ini turut mempengaruhi penghijrahan

pendatang asing. Kehadiran mereka memberikan kesan terhadap kesihatan penduduk

negara ini kerana mereka akan turut membawa penyakit yang berjangkit. Fenomena ini

mengakibatkan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada tidak mencukupi.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada sidang pengarang ,

“ Taraf KesihatanMasyarakat ”, Dewan Masyarakat,Mac 2008.)

Page 5: Assingemt dr supian

5

Penggolongan kelas kata

Bil Kata Kelas kata

1. Kesihatan KataNama 2. Ialah KataTugas 3. Elemen KataNama 4. Penting KataAdjektif 5. Dalam KataAdjektif 6. Kehidupan KataNama 7. Manusia KataNama 8. Seseorang KataNama 9. Bergantung KataKerja

10. Pada KataTugas 11. Keadaan KataNama 12. Mereka KataNama

13. Selain KataTugas 14. Itu KataNama 15. Amat KataAdjektif 16. Juga KataTugas 17. Untuk KataTugas 18. Menentukan KataKerja 19. Produktiviti KataNama 20. Negara KataNama 21. Yang Kata Tugas 22. Maju KataAdjektif 23. Semestinya KataTugas 24. Didukung KataKerja 25. Oleh KataTugas 26. Rakyat KataNama 27. Memiliki KataKerja 28. Taraf KataNama

29. Baik KataAdjektif 30. Hal KataNama 31. Ini KataNama 32. Kerajaan KataNama 33. Berusaha KataKerja 34. Menyediakan KataKerja 35. Kemudahan KataNama 36. Demi KataTugas 37. Kesejahteraan KataNama 38. Namun KataTugas 39. Begitu KataTugas

Page 6: Assingemt dr supian

6

40. Pelbagai KataNama 41. Masalah KataNama 42. Dihadapi KataKerja 43. Kepada KataTugas 44. Apabila KataTugas 45. Meluaskan KataKerja 46. Perkhidmatan KataNama 47. Ke KataTugas 48. Kawasan KataNama 49. Luar KataNama 50. Bandar KataNama 51. Utama KataAdjektif 52. Kekurangan KataNama

53. Tenaga KataNama 54. Kerja KataNama 55. Profesional KataNama 56. Seperti KataTugas 57. Doktor KataNama 58. Dan KataTugas 59. Jururawat KataNama 60. Wujud KataAdjektif 61. Kerana KataTugas 62. Permintaan KataNama 63. Terhadap KataTugas 64. Jawatan KataNama 65. Melebihi KataKerja 66. Sedia KataAdjektif 67. Ada KataKerja 68. Di KataTugas

69. Samping KataNama 70. Latihan KataNama 71. Misalnya KataNama 72. Mengambil KataKerja 73. Masa KataNama 74. Lama KataAdjektif 75. Memerlukan KataKerja 76. Perbelanjaan KataNama 77. Tinggi KataAdjektif 78. Mahir KataAdjektif 79. Telah KataTugas 80. Menyebabkan KataKerja 81. Kebanyakan KataNama 82. Pusat KataNama 83. Tidak KataTugas

Page 7: Assingemt dr supian

7

84. Dapat KataTugas 85. Berfungsi KataKerja 86. Dengan KataTugas 87. Sempurna Kata Adjektif 88. Menjadi KataKerja 89. Seimbang KataAdjektif 90. Menjanjikan KataKerja 91. Pulangan KataNama 92. Lumayan KataAdjektif 93. Faktor KataNama 94. Tersebut KataNama 95. Mendorong KataKerja 96. Perpindahan KataNama

97. Daripada KataTugas 98. Awam KataNama 99. Swasta KataNama 100. Taburan KataNama 101. Demikian KataTugas 102. Terletak KataKerja 103. Mempunyai KataKerja 104. Lebih KataAdverbal 105. Banyak KataAdjektif 106. Manakala KataTugas 107. Pula KataTugas 108. Mendapatkan KataKerja 109. Bagi KataTugas 110. Sukar KataAdjektif 111. Diperoleh KataKerja 112. Kini KataAdverbal

113. Jangka KataNama 114. Hayat KataNama 115. Hidup KataKerja 116. Meningkat KataKerja 117. 69 KataNama 118. Tahun KataNama 119 lelaki KataNama 120. 73 KataNama 121. Perempuan KataNama 122. Panjang KataAdjektif 123. Ditambah KataKerja 124. Lagi KataTugas 125. Penyakit KataNama 126. Kronik KataAdjektif 127. Usia KataNama

Page 8: Assingemt dr supian

8

128. Tua KataAdjektif 129. Membawa KataKerja 130. Kesan KataNama 131. Peningkatan KataNama 132. Kos KataNama 133. Penjagaan KataNama 134. Cara KataKerja 135. Mengurangkan KataKerja 136. Kejadian KataNama 137. Adalah KataTugas 138. Kaedah KataNama 139. Pencegahan KataNama 140. Dari KataTugas

141. Aspek KataNama 142. Lain KataTugas 143. Kadar Kata Nama 144. Pembangunan KataNama 145. Pesat KataAdjektif 146. Memungkinkan KataKerja 147. Mobiliti KataNama 148. Penduduk KataKerja 149. Akan KataTugas 150. Bertambah KataKerja 151. Ekoran KataNama 152. penghijrahan KataNama 153. Desa KataNama 154. Turut KataKerja 155. Mempengaruhi KataKerja 156. Pendatang KataNama

157. Asing KataAdjektif 158. Kehadiran KataNama 159. Memberikan KataKerja 160. Berjangkit KataKerja 161. Fenomena KataNama 162. Mengakibatkan KataKerja 163. Mencukupi KataKerja

Page 9: Assingemt dr supian

9

2.0 DEFINISI FRASA

Frasa terdiri daripada sepatah kata atau lebih yang boleh berfungsi sebagai

subjek, predikat atau objek dalam ayat. Frasa terdiri daripada empat jenis iaitu

Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi.

(Nota Dr. Supian)

3.0 TUGAS-TUGAS FRASA

3.1 FRASA NAMA

Mengikut tatabahasa dewan frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahunya

boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberpa perkataan yang boleh berfungsi

sebagai satu konstitun dalam binaan ayat manakala mengikut nota yang diberikan oleh

Dr. Supian frasa nama berasal daripada kata nama (frasa nama) dapat berfungsi

sebagai subjek, predikat dan objek sementara frasa sendi nama (FS). Frasa kerja (FK)

hanya dapat berfungsi sebagai predikat ayat.

3.2 FRASA KERJA

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih

dan kata intinya kata kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai

beberapa unsure lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan

keterangan.Frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif (KKT) dan kata kerja tidak

transitif(KKTT). Kata kerja transitif berbentuk terikat kerana memerlukan frasa nama

sebagai objek untuk membentuk predikat ayat. Oleh itu kata atau kata-kata lain tidak

boleh di sisipkan diantara kedua-dua tersebut. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja

yang tidak memerlukan penyambut atau objek dan ia dapat di bahagikan kepada dua

subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap iaitu kata kerja yang boleh

berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut dan kata kerja transitif berpelengkap

bermaksud kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan

maksud ayatUnsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut,

kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja trransitif dan boleh pula

mengalami proses pasif. Pelengkap ilah unsure yang hadir selepas kata kerja tak

transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap

tidak boleh dipasifkan.

Page 10: Assingemt dr supian

10

3.3 FRASA ADJEKTIF

Mengikut buku tatabahasa dewan kata Adjektif juga dikenal sebagai kata sifat,

ilah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh terdiri

daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata

adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Manakala mengikut nota Dr supian frasa adjektif terbentuk daripada kata yang dapat

berfunsi sebagai predikat ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif

sebagai kata utamanya dan berfungsi sebagai predikat ayat juga. Kata adjektif boleh

disertai kata bantu yang boleh diletakkan didepan untuk membentuk frasa adjektif

contohnya amat gembira, sungguh tinggi dan sebagainya. Apabila kata penguat dan

kata adjektif digunakan sekaligus maka kata bantu mesti diletakkan di depan kata

penguat contohnya sudah terlalu kuat , telah agak lewat dan lain-lain.

3.4 FRASA SENDI

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata

sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.

Kata sendi nama kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Frasa sendi nama boleh

juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu (Tatabahasa dewan ). Frasa sendi

terbentuk daripada sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama

sebagai objek kata sendi tersebut. Hal ini bermakna bahawa frasa sendi tidak boleh

terdiri daripada satu patah kata sahaja.. frasa sendi boleh didahului oleh kata bantu

seperti dapat, hendak, boleh, masih, pernah dan sebagainya. (Nota Dr. Supian)

Page 11: Assingemt dr supian

11

4.0 CONTOH-CONTOH AYAT

4.1 FRASA NAMA + FRASA NAMA

I. Bapa Rayyan bekerja sebagai guru sekolah agama

II. Bandar Muar Bandar Maharani

III. Hadiah itu daripada Ammar

IV. Salmi seorang jurusolek

4.2 FRASA NAMA + FRASA SENDI

I. Marya berasal dari Selangor

II. Ketiga-tiga nelayan itu menangkap ikan

III. Cerita itu tentang Gunung Ledang

IV. Wang ini untuk Lydia

4.3 FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF

I. Adik Rayqal sangat pandai didalam kelas

II. Anak-anaknya masih kecil lagi

III. Suara penyanyi itu merdu

IV. Sekolahnya jauh dari sini

4.4 FRASA NAMA + FRASA KERJA

I. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah

II. Munirah sedang membaca buku

III. Hujan turun dengan lebatnya

IV. Dia menjalankan tugasnya dengan baik

Page 12: Assingemt dr supian

12

REFLEKSI

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu () pada masa yang

ditetapkan. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat rakan-rakan yang banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Jutaan terima kasih kepada

rakan-rakan kelas kerana mereka telah memberikan kerjasama yang cukup

membanggakan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan banyak halangan dan cabaran yang perlu

saya tempuh kerana banyak ilmu berkaitan Bahasa melayu khususnya bidang

tatabahasa yang saya tidak begitu faham. Tetapi semasa saya membuat tugasan ini

saya lebih faham dan jelas tentang morfologi dan sitaksis di dalam pelajaran Bahasa

Melayu,

Bagi saya, tugasan ini cukup mencabar kerana ia memerlukan konsentrasi yang

begitu tinggi terhadap setiap soalan yang saya cuba selesaikan dalam tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai masalah telah saya hadapi.

Terutamanya apabila saya dikehendaki membuat tugasan ini di dalam bulan

Ramadhan. Tapi, Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesabaran yang tinggi saya

menjadikan halangan sebagai satu motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan

sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, banyak ilmu dan pengetahuan baru

yang telah saya dapat. Hal ini menjadikan saya lebih faham terhadap subjek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang

ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Page 13: Assingemt dr supian

13

Bibliografi

Haji Mohd Asyraf bin Haji Abdul Wahad (2012)Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Selangor :CT Book

Makers Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (1995)Tatabahasa

Dewan.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul tatabahasa bahasa melayu terkini 2007

Page 14: Assingemt dr supian

14

Lampiran