kitaran nitrogen tutorial 2

Upload: nur-atiqah

Post on 11-Jul-2015

652 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KITARAN NITROGENKefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik. Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar. Gambarajah diatas menjelaskan serba sedikit tentang kitaran nitrogen didalam air. Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam. Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan. Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan. Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit. Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm. Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam. Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara. Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran. Ada juga cara lain untuk mengenyahkan amonia ini, iaitu dengan penggunaan EM ( Effective Microorganism ).

Oleh kerana EM mengandungi bakteria ,bakteria tersebut akan menjadikan ammonia sebagai makanannya. Akibatnya air menjadi hijau dan tidak perlu risau kerana air hijau baik untuk ikan . Air hijau itu adalah lumut yang akan menjadi makanan ikan itu semula. Akhirnya air yang sihat akan memberikan ikan yang sihat dan menjadikan daging ikan tersebut lebih segar dan lebih berkhasiat lagi

II. HIKMAH KEWUJUDAN PELBAGAI JENIS ORGANISMA A. Aspek falsafah: kenapakah diwujudkan pelbagai jenis hidupan? B. Aspek sains semulajadi: kenapakah diwujudkan pelbagai jenis hidupan? supaya sumber mutlak alam dapat diguna dan dimanfaatkan dengan secekap-cekapnya. sumber mutlak alam terdiri daripada:

1. 2.

Tenaga suria. Unsur-unsur kimia yang terdapat di dalam tanah, air, udara dan hidupan lain.

Mengikut hukum sains: Tenaga dan unsur kimia tidak boleh diwujudkan dan tidak boleh dimusnahkan; hanya boleh bertukar bentuk. Sesuatu jenis tenaga tidak boleh dicipta melainkan dihasilkan dari tenaga lain. Contoh aliran tenaga:

Contoh aliran unsur kimia:

Rumusan: Penukaran bentuk tenaga yang berasal dari tenaga suria dan penukaran bentuk bahan kimia yang berasal dari unsur ringkas merupakan fenomena asas yang berlaku di dunia. Secara semula jadi, apakah yang boleh menukar bentuk tenaga dan unsur kimia?

ORGANISMA Bagaimanakah pelbagai jenis organisma mengguna dan memanfaatkan sumber mutlak alam? ARAS TROF - Akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam Kursus Ekologi. (Rujuk Bab 49 Campbell; Bab 45 Audesirk & Audesirk) Aliran tenaga sehala: (m.s. 1138-1140 Campbell; m.s. 988-989 Audesirk & Audesirk)

Manfaat: melalui sistem aliran tenaga yang dijalankan oleh pelbagai organisma, tenaga kurniaan tuhan (tenaga suria) dapat dimanfaatkan. Tenaga tidak perlu dikitarkan semula kepada tenaga suria kerana tenaga suria sentiasa dibekalkan. Aliran unsur kimia berkitar: m.s. 1140-1144 Campbell; 995-1007 Audesirk & Audesirk Kitar karbon Kitar nitrogen Kitar fosforus Manfaat: Unsur kimia yang dikurniakan Tuhan tidak perlu ditambah, tetapi dimanfaatkan melalui tindak balas kimia yang berlaku di dalam organisma Rumusan: Setiap organisma bergantung kepada organisma lain dalam proses penggunaan sumber mutlak alam iaitu tenaga suria dan unsur kimia. Hasil = keseimbangan ekosistem. Organisma bertindak sebagai medium di mana tenaga dan bahan kimia bertukar bentuk supaya dapat dimanfaatkan. Inilah hikmahnya dijadikan berbagai jenis organisma di atas muka bumi ini.

Apakah peranan manusia dalam keseimbangan hidupan di atas muka bumi ini? ' Manusia dijadikan sebaik-baik kejadian........' ' Manusia dijadikan sebagai khalifah...... untuk menjaga kesejahteraan'. Tetapi, aktiviti manusia telah menggugat keseimbangan ekologi. Misalnya, proses pembangunan yang tidak terancang, peperangan, penghapusan spesies, pencemaran dll. Kenapa? kerana kurangnya ilmu dan kerana sifat tamak manusia. ' Bumi ini pasti berkeadaan lebih seimbang dan harmoni tanpa aktiviti manusia yang tidak mengikut landasan agama '