kisah qarun ditelan bumi

8
KISAH QARUN DITELAN BUMI Bismillahirahmanirahim Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). Surah al Qasas ayat 76 Yang dihormati, pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana lagi arif. Guru –guru seterusnya sahabat dan rakan rakan sekalian Mungkin kita biasa dengan perkataan harta karun, iaitu harta yang tertanam di dalam tanah. Namun tahukah para sahabat semua bahawa……, karun sebenarnya berasal dari nama salah seorang saudara Nabi Musa yang bernama Qarun. Qarun yang asalnya miskin, hina dina lantas

Upload: fadhil-uzuan-idris

Post on 19-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

teks mtq

TRANSCRIPT

KISAH QARUN DITELAN BUMIBismillahirahmanirahimSesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Surah al Qasas ayat 76

Yang dihormati, pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana lagi arif. Guru guru seterusnya sahabat dan rakan rakan sekalian

Mungkin kita biasa dengan perkataan harta karun, iaitu harta yang tertanam di dalam tanah. Namun tahukah para sahabat semua bahawa, karun sebenarnya berasal dari nama salah seorang saudara Nabi Musa yang bernama Qarun. Qarun yang asalnya miskin, hina dina lantas menjadi kaya raya bahkan merupakan manusia terkaya pada masa itu.

Para sahabat sekalian,

Tahukah sahabat sekalian, Qarun pada asalnya seorang hamba Allah yang sangat taat beribadat kepada Allah. Tidak ada yang bermain di fikirannya selain ibadat kepada Allah.

Bismillahirahmanirrahim

Yang BermaksudBerdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

(Surah al Araf ayat 55)

Qarun telah meminta kepada Nabi Musa supaya berdoa kepada Allah agar melepaskan dirinya dari kemiskinan. Kerana melihatkan Qarun seorang yang tebal imannya., Baginda Nabi Musa telah berdoa kehadrat Allah .Dandoa Nabi Musa dimakbulkan Allah.

Bak kata pepatah melayu.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari

Qarun telah berubah. Ibarat kacang lupakan kulit, Qarun lupa pada janjinya, lupa pada Allah. Allah yang telah memberinya kesenangan. Dari hari ke hari Qarun semakin mabuk dengan hartanya.Ibadat tidak lagi menjadi keutamaan. Sebaliknya harta, harta harta. Bagaimana hendak menambah harta.Rakan rakan sekalian, kita tidak boleh bersifat tamak haloba kerana tamak itu adalah sifat yang dicela dan di keji Allah.

Lihatlah ,bagaimana Muammar Gadafi yang dulunya gah di takhta kerajaan Libya akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri.

Rakan rakan sekalian.

Tidak semua orang bernasib baik. Tidak semua orang dikurniakan harta melimpah. Tidak ada orang mahu dilahirkan miskin. Semua mahu kaya raya.

Oleh adalah tanggung jawab si kaya menolong yang miskin.

Allah telah menurunkan perintah supaya mengeluarkan zakat. Apabila arahan Allah itu sampai ke telinga Qarun , dibantahnya perintah Allah itu.Sebagaimana tercatat dalam surah Al Qasas ayat 77

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". Qarun tetap berdegil dan enggan mengeluarkan zakat. Sehingga Nabi Musa terpaksa datang menemuinya dan berkata,

Wahai Qarun, keluarkanlah zakatmu itu. Ini adalah perintah ALLAH dan aku hanya menyampaikannya sebagai Nabi dan Rasul." Qarun hanya mencebik. Dia terus mempersenda-sendakan perintah ALLAH dan menganggap semua itu hanyalah rekaan Nabi Musa. Qarun berkata,

Baiklah Musa, aku kasihan padamu hanya kerana engkau saudara sepupu aku. Aku boleh mengeluarkan zakat. Tetapi dengan caraku sendiri. Aku akan ambil sebahagian hartaku dan biar aku yang membahagikannya sendiri untuk zakat itu

Musa yang mendengar jawapan Qarun berasa lega. Akhirnya Qarun sudah patuh pada perintah ALLAH. Namun, siapa tahu niat jahat yang bersarang di hati Qarun?Rakan-rakan ,

Perintah Allah perlu kita laksanakan. Seperti perintah berzakat banyak memberi hikmah antaranya dapat menyuburdan membersihkan harta kita. Pendek kata harta yang kita keluarkan untuk Zakat akan diganti dengan lebih banyak lagi

Di dalam hati penuh dengki

Kalah debat tak bisa diterima

Qarun tidak berdiam diri

Mencari helah mengalahkan Musa

Seorang perempuan menawar diri

Mencalar maruah Nabi tercinta

Rakan rakan sekalian,

Qarun telah menyebarkan fitnah bahawa Nabi Musa telah berzina dengan seorang perempuan. Ya seorang Nabi yang mulia telah berzina. Dan dia ada saksi yang menyokong kata-katanya. Namun Allah tidak akan membiarkan Nabi Musa diaib sedemikian rupa.Tidak! Aku tidak pernah berzina dengan Musa. Dia tidak mengenaliku, jauh sekali ingin memandangku. Aku hanya seorang pelacur yang diupah untuk menipu dengan wang seribu dinar. Qarunlah yang telah berbohong dan berniat untuk memfitnah Musa, ujar pelacur itu tanpa ragu-ragu.

Rakan rakan sekalian,Janganlah kita suka memfitnah kerana perbuatan fitnah itu salah satu daripada dosa dosa besar. Malahan dosa fitnah sama seperti dosa membunuh.

Dewasa ini gejala fitnah semakin menjadi jadi seiring dengan teknologi internet.Dalam laman blog dan juga facebook kita sering didedahkan dengan fitnah yang melibatkan golongan artis dan orang-orang kenamaan.

Rakan rakan sekalian

Walaupun tidak Berjaya dalam tipu dayanya, Qarun terus menerus mencaci dan menghina Nabi Musa.Merasakan Qarun tidak lagi Berjaya dilembutkan hatinya. Nabi Musa menadah tangan berdoa kehadrat Allah supaya menarik balik harta-harta Qarun

Dan .doa Nabi Musa di makbulkan Allah

"Wahai Bani Israil, barang siapa yang mahu bersama Qarun, maka tetaplah di sini. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah SWT,marilah pergi dari sini ," kata Nabi Musa a.s.

Akhirnya dengan izin Allah berlaku satu gempa bumi yang maha dahsyat . seluruh tanah tempat Qarun berdiri merekah dan tenggelamlah Qarun bersama dengan harta harta kesayangannya.

Ingatlah kawan,

Harta yang banyak bukan bekalan untuk akhirat, tetapi amalan kitalah yang dapat membantu kita diakhirat nanti

Firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 69

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.Rakan rakan sekalianSesiapa sahaja diantara kita yang berbuat kejahatan, setiap perbuatan jahat kita akan dibalas dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan kita,.dan kita tidak akan terlepas daripadanya.

Rakan-rakan sekelian,

Begitulah kisahnya Qarun yang kaya raya akhirnya mati ditelan bumi. Semoga apa yang berlaku kepada Qaru itu menjadi pengajaran kepada kita semua.

Sekian

Wabillahi taufik wal hidayah wassalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.