kisah isra` & mi`raj dari rumah ummu hani`

10
8/14/2019 Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani` http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 1/10 Kisah Isra' Mi'raj Dari Rumah Ummu Hani' Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Kisah Isra' Mi'raj' yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. bermula dari rumah Ummu Hani ' adalah begitu popular di kalangan masyarakat dan diutarakan dalam pelbagai bentuk yang menarik terutamanya pada musim ' Isra' Mi'raj' Kisah ini diterima bulat - bulat tanpa dipersoalkan dan diperiksa kecacatannya oleh kerana ia telah dimasukkan ke dalam sukatan - sukatan mata pelajaran Agama Islam termasuklah sukatan yang disediakan oleh Universiti al-Azhar- Sila rujuk buku sukatan pelajaran Muthala'ah yang diterbitkan oelh Universiti al-Azhar untuk peringkat menengahnya. Kita berasa sedih dengan nasib ummah yang malang ini. Setelah merosot dalam segala-galanya dan berada dalam keadaan tenat, umat Islam disuapkan pula dengan ubat-ubat beracun berupa cerita -cerita yang karut marut seperti ini. Apa agaknya yang akan terjadi kepada ummah ini jika keadaan ini dibiarkan terus merebak. Walaupun al-Quran secara lantang mengatakan, " Maha Suci Tuhan yang telah menperjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa"- (Surah al-Isra' ayat 11); walaupun Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain - lain kitab hadis yang muktabar dengan terang - terang menyebutkan riwayat dari Anas bin Malik dan Malik bin Sa'sa'ah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, " Ketika saya berada di Baitullah, ketika saya berada dalam hatim (yakni di Masjidil Haram)", namun sebahagian besar ulama' masih lagi dengan lantang berkhutbah di atas mimbar dengan mengemukakan riwayat mi'raj Nabi s.a.w. bermula dari rumah Ummu Hani '!

Upload: darulkautsar

Post on 30-May-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 1/10

Kisah Isra' Mi'raj Dari Rumah Ummu Hani'

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Kisah Isra' Mi'raj' yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. bermula dari rumah

Ummu Hani ' adalah begitu popular di kalangan masyarakat dan diutarakan

dalam pelbagai bentuk yang menarik terutamanya pada musim ' Isra' Mi'raj'

Kisah ini diterima bulat - bulat tanpa dipersoalkan dan diperiksa

kecacatannya oleh kerana ia telah dimasukkan ke dalam sukatan - sukatan

mata pelajaran Agama Islam termasuklah sukatan yang disediakan olehUniversiti al-Azhar- Sila rujuk buku sukatan pelajaran Muthala'ah yang

diterbitkan oelh Universiti al-Azhar untuk peringkat menengahnya.

Kita berasa sedih dengan nasib ummah yang malang ini. Setelah merosot

dalam segala-galanya dan berada dalam keadaan tenat, umat Islam

disuapkan pula dengan ubat-ubat beracun berupa cerita -cerita yang karut

marut seperti ini. Apa agaknya yang akan terjadi kepada ummah ini jika

keadaan ini dibiarkan terus merebak.

Walaupun al-Quran secara lantang mengatakan, " Maha Suci Tuhan yang

telah menperjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke

Masjidil Aqsa"- (Surah al-Isra' ayat 11); walaupun Sahih Bukhari, Sahih

Muslim dan lain - lain kitab hadis yang muktabar dengan terang - terang

menyebutkan riwayat dari Anas bin Malik dan Malik bin Sa'sa'ah bahawa Nabi

s.a.w. bersabda, " Ketika saya berada di Baitullah, ketika saya berada dalam

hatim (yakni di Masjidil Haram)", namun sebahagian besar ulama' masih lagi

dengan lantang berkhutbah di atas mimbar dengan mengemukakan riwayat

mi'raj Nabi s.a.w. bermula dari rumah Ummu Hani '!

Page 2: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 2/10

Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran dan hadis, tetapi masih

tidak mahu meninggalkan riwayat tersebut. Sebaliknya mereka cuba

mengemukakan bermacam - macam ta'wilan dengan mengatakan

umpamanya, rumah Ummu Hani' itu terletak dalam hatim! Padahal telah

diketahui umum bahawa tiada rumah sesiapapun dalam hatim itu! Ada juga

yang mengatakan bahawa ketika Baginda s.a.w. beristirehat di rumah Ummu

Hani', tiba - tiba datang dua orang malaikat, mereka menebuk bumbung

rumah Ummu Hani' lalu mengangkat Baginda s.a.w. ke Ka'bah.

Ta'wilan - ta'wilan seumpamanya ini terpaksa dilakukan oleh mereka untuk

mengkompromikan keterangan al-Quran dan hadis yang jelas dengan

riwayat "Imam al-Maghazi" Muhammad bin Ishaq.

Begitu mendalamnya kesan dan pengaruh Ibnu Ishaq itu dalam fikiran umat

Islam dan ia melekat dengan begitu kuat sekali sehingga tidak boleh

ditanggalkan lagi !

Sebenarnya, cerita yang mengatakan dua malaikat menebuk bumbung

rumah Ummu Hani' untuk membawa keluar Rasulullah s.a.w. ke Baitullah

atau ke Masjidil Haram itu lebih cocok dikaitkan dengan inovasi kumpulanpenculik dari mengaitkannya dengan sabda Nabi s.a.w.! Akan ada pula nanti

orang yang bersangka baik terhadap pengendap-pengendap atau penyamun

- penyamun yang mengintai-intai mereka dari atas bumbung

rumah.....manalah tahu jangan - jangan mereka juga malaikat seperti yang

tersebut dalam riwayat ini !!!.

Kisah ini bukan sahaja telah dikemukakan oleh Ibnu Ishaq, malah ia juga

telah dikemukakan oleh al-Kalbi- seorang pendusta besar dan Syi'ah pekat

seperti Ibnu Ishaq dan ramai lagi orang - orang yang seperti mereka.

Riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq adalah sebagaimana berikut: Di

antara kisah yang sampai kepada saya dari Ummu Hani' binti Abi Thalib

Page 3: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 3/10

Page 4: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 4/10

yang telah memeluk Islam menjadi murtad. Orang ramai terus pergi kepada

Abu Bakar untuk bertanya beliau.." - (Ibid jilid 2 m.s. 32,33 & 34)

Ibnu Ishaq, Ibnu Sa'ad dan al-Kalbi langsung tidak mengemukakan isnad

mereka dalam menyampaikan kisah ini. Tetapi Ibnu Jarir, at-Thabari,

Baihaqi, Ibnu Abi Hatim, Abu Ya'la dan Ibnu Asakir telah mengemukakan

isnad bagi kisah ini. Perawi - perawi yang tersebut dalam isnad mereka ialah

Abu Ja'far -ar Razi, Abu Harun al-Abdi dan Khalid bin Yazid atau Abu Malik.

Marilah kita berkenalan sebentar dengan perawi - perawi tersebut :-

1) Abu Ja'far ar-Razi

Namanya Isa bin Abi Isa. Lahir di Basrah dan menetap di Ray. Di antara

orang yang meriwayatkan daripada beliau ialah anak beliau sendiri Abdullah

dan Abu Nu'aim. Meskipun Yahya bin Ma'in dan Abu Hatim mengatakan

beliau seorang tsiqah namun Ali Ibnu Madini mengatakan beliau seringkali

melakukan kesilapan. Riwayat - riwayatnya bercelaru. Fallas berkata, "

Ingatannya sangat teruk." Ibnu Hibban berkata, " Dia seringkali

mengemukakan riwayat - riwayat yang mungkar dengan menghubungkankepada Imam - Imam yang masyhur." Abu Zur'ah berkata, " Selalu dia

mengalami kecelaruan fikiran (waham)." Imam Zahabi pula berkata, " Dia

telah mengemukakan peristiwa Mi'raj dalam satu riwayat yang panjang

melalui Rabi' bin Anas. Diambilnya dari Abu al-'Aaliah dan Abu al-' Aaliah

pula mengambilnya dari Abu Hurairah. Di dalam riwayatnya itu banyak sekali

perkara - perkara mungkar ".- (Mizan al-I'tidal jilid 3 m.s. 320)

Imam Zahabi telah menghukum mungkar riwayat ini kerana terdapat dalam

sanadnya Abu Ja'far ar-Razi, kerana kecacatan pada buruknya ingatannya

dan beliau selalu mengaitkan cerita karut dengan Imam-Imam yang

masyhur. Bagaimana dengan dua orang lagi perawi dalam isnad tersebut ?

Selepas Abu Ja'far ar-Razi mari kita lihat perawi seterusnya.

Page 5: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 5/10

2) Khalid bin Yazid

Abu Malik ad-Dimasyqi - Dia adalah penduduk Damsyik. Yahya bin Ma'in

berkata, " Dia adalah seorang manusia yang lemah". Imam Ahmad berkata, "

Dia tiada bernilai langsung." Nasa'i berkata, " Dia tidak tsiqah". Daraquthni

berkata berkata, " Dia seorang da'if". Ibnu Abi al-Hawari menceritakan

bahawa, " Saya pernah mendengar Yahya bin Ma'in berkata, " Di Iraq ada

sebuah kitab yang perlu dikebumikan iaitu tafsir al-Kalbi (yang kemudiannya

terkenal dengan Tafsir Ibnu Abbas). Di Syam pula ada sebuah kitab yang

juga perlu dikebumikan iaitu kitab ad-Diyat tulisan Khalid bin Yazid. Hati

Khalid ini tidak akan senang selagi tidak berbohong tentang ayahnya dan

para sahabat ".

Ahmad bin Abi al-Hawari ini juga berkata, " Dulu saya pernah menyalin kitab

Khalid ini tetapi kemudiannya saya memberikannya kepada penjual ubat

untuk dijadikan kertas pembungkus ubat-ubatnya." Imam Zahabi berkata, "

Dia dilahirkan pada tahun 105H dan mati ketika berumur 80 tahun." - (Lihat

Mizan al-I'tidal jilid 1 m.s 654)

Keterangan di atas membuktikan bahawa Khalid bin Yazid adalah seorang

yang tidak boleh diterima menurut sekalian ulama' hadis. Imam Yahya bin

Ma'in bahkan mengatakan beliau seorang pendusta besar. Dia banyak

berbohong tentang para sahabat.

3) Perawi ketiga ialah Abu Harun al-Abdi

Namanya ialah Umarah bin al-Juwain. Riwayat-riwayatnya terdapat dalam

Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah. Imam Zahabi berkata, " Dha'if."

Hammaad bin Zaid berkata, " Pembohong." Imam Ahmad berkata, " Tidak

bernilai langsung." Yahya bin Ma'in berkata, " Dia seorang dha'if (lemah).

Riwayat - riwayatnya tidak boleh dibenarkan." Nasa'i berkata, " Matrukul

Page 6: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 6/10

hadis (seorang yang ditinggalkan dan tidak dipakai hadisnya)." Ibnu Hibban

berkata, " Dia selalu mengaitkan riwayat-riwayat dengan Abu Sa'id al-Khudri

iaitu riwayat - riwayat yang tidak pernah dikemukakan oleh Abu Sa'id."

Imam Syu'bah berkata, " Kalau aku diberi pilihan di antara 2 perkara, sama

ada aku dibunuh atau mengemukakan kepada orang ramai riwayat - riwayat

Abu Harun, maka aku akan memilih supaya dibunuh, aku tidak akan

mengemukakan riwayatnya. Sebelum ini aku selalu bertanyakan halnya dari

setiap qafilah yang datang tetapi kemudian dia datang ke Basrah. Padanya

ada sebuah kitab. Saya membaca kitab itu. Saya mendapati dia menuliskan

keburukan - keburukan Ali di dalamnya."

Iman Daraquthni berkata, " Dia seorang yang sentiasa berubah-ubah.

Kadang - kadang menjadi seorang Rafidhi (Syi'ah), kadang - kadang menjadi

seorang Khariji (orang Khawarij)."

Ibnu Hibban berkata, " Riwayat - riwayat yang dikaitkannya dengan Abu

Sa'id al-Khudri semuanya bohong. Abu Sa'id tidak pernah meriwayatkan

begitu. " Jauzajani berkata, " Abu Harun adalah seorang pendusta besar. Dia

selalu menuduh para sahabat dengan pelbagai tuduhan." Syu'bah berkata

lagi, " Pernah aku pergi kepadanya dan meminta supaya menunjukkankepadaku riwayat - riwayat yang dikaitkan Abu Sa'id dengannya. Dia

meletakkan sebuah kitab di hadapanku. Di antara yang tersebut di dalam

kitab itu ialah Abu Sa'id al-Khudri berkata bahawa Utsman bin Affan telah

benar - benar kufur terhadap Allah s.w.t. sebelum beliau wafat. Saya

mengembalikan kitab itu kepadanya dan terus pulang.

Itulah dia Abu Harun al-Abdi yang menulis tentang keburukan - keburukan

Sayyidina Ali dan juga keburukan - keburukan Sayyidina Utsman. Jika orang

seperti ini mengemukakan riwayat yang menyebut bahawa, " Setelah Nabi

S.A.W menceritakan peristiwa Isra' Mi'raj yang dialaminya, maka murtadlah

sekian ramai orang - orang yang telah memeluk Islam; barangkali mengikut

Abu Harun al-Abdi ini termasuklah juga Sayyidina Ali dan Sayyidina Utsman,

Page 7: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 7/10

kerana bukanlah ramai sangat orang - orang yang telah memeluk agama

Islam hingga ke waktu itu.

Yahya bin Ma'in berkata, " Abu Harun mempunyai satu sahifah yang

dipanggilnya Sahifah al-Washi (penerima wasiat atau Sahifah Ali). Saleh bin

Muhammad pula berkata bahawa, " Abu Harun lebih bohong daripada Firaun.

Dia telah meninggal dunia pada tahun 134H." - (Lihat Mizanu al-I'tidal jilid 3

m/s 173-174).

Itulah sekilas pandang tentang perawi - perawi kisah Isra' Nabi S.A.W dari

rumah Ummu Hani'. Mereka terdiri dari orang - orang Syi'ah seperti Ibnu

Ishaq juga dan telah dihukum oleh ulama' Rijal dengan pelbagai hukuman

seperti yang telah dikemukakan tadi.

Sekarang mari pula kita menilai riwayat tersebut dengan neraca dirayah dan

logik untuk menentukan di mana letaknya kepalsuan dan serentak dengan

itu dapat kita faham apa maksud sebenar di sebalik cereka itu.

1) Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. berlaku sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Pada waktu itu Ummu Hani' masih belum memeluk agama Islam. Beliau

hanya memeluk agama Islam setelah Mekah ditakluk Nabi pada tahun 8Hijrah.

2) Sembahyang Isya' dan Subuh baru difardhukan pada malam Mi'raj itu.

Bagaimana mungkin seperti yang tersebut di dalam riwayat ini di mana Nabi

s.a.w telah bersembahyang Isya' bersama Ummu Hani' yang belum Islam di

rumahnya ?

3) Siapakah yang dimaksudkan oleh Ummu Hani' dengan perkataan ' kami'

dalam riwayat ini iaitu……" Kami bersembahyang bersama Nabi"? Kalau yang

dimaksudkan ' kami' di sini termasuk suami beliau Hubairah, maka suaminya

adalah di antara musuh ketat Rasulullah s.a.w pada ketika itu bahkan setelah

Mekah dikuasai Nabi s.a.w pun dia tidak memeluk agama Islam sebaliknya

Page 8: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 8/10

cabut lari ke Najran. Kemudian dari sana dia berangkat pula ke Rom lalu

menganut agama Kristian dan mati sebagai seorang Kristian.

4) Tersebut juga dalam sirah bahawa Nabi s.a.w telah melamar Ummu Hani'

kepada Abu Thalib sebelum Baginda s.a.w berkahwin dengan Khadijah tetapi

Abu Thalib menolak mentah-mentah lamaran itu dengan alasan Nabi s.a.w

seorang yang papa kedana dan tidak mulia. Setelah itu Abu Thalib

mengahwinkan Ummu Hani' dengan Hubairah yang merupakan musuh ketat

Rasulullah s.a.w

Dalam keadaan sebegini wajarkah Nabi s.a.w bermalam di rumah Ummu

Hani' ? Sememangnya musuh - musuh Islam mereka cerita ini dengan

maksud menuduh Nabi S.A.W dengan 2 tuduhan iaitu :-

1) Jika kita andaikan Hubairah pada malam itu berada di rumah maka ia

menunjukkan betapa tidak malunya Nabi s.a.w kerana telah bermalam di

rumah seorang yang Nabi sendiri telah dianggap sebagai papa kedana dan

tidak mulia berbanding orang itu. Lebih penting dari itu, bagaimana

Rasulullah s.a.w boleh bermalam di rumah musuhnya ? Tidakkah mungkin

Hubairah juga telah mengetahui bahawa Nabis.a.w pernah melamar UmmuHani' sebelumnya ? Tidakkah mungkin timbul rasa cemburu di dalam hati

Hubairah, manalah tahu kalau - kalau Nabi s.a.w masih menaruh hati kepada

isterinya ? Apalagi bila diingatkan Muhamamd adalah musuh ketatnya ?

2) Jika diandaikan pada malam itu Hubairah tiada ti rumah pula, maka cerita

ini akan membuka peluang seluas - luasnya untuk meragui kesucian peribadi

Nabi S.A.W, kerana Nabi S.A.W digambarkan telah tidur bersama seorang

perempuan yang pernah dilamarnya dahulu, di rumah perempuan itu pada

ketika ketiadaan suaminya. Malah cerita ini menunjukkan betapa intimnya

perhubungan Nabi s.a.w dengan Ummu Hani'. Keadaan ini dapat dilihat

dengan jelas pada keesokan paginya bila mana Nabi s.a.w bersedia untuk

keluar memberitahu orang ramai tentang Isra' Mi'rajnya, bagaimana Ummu

Page 9: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 9/10

Hani memegang hujung selimutnya sehingga terdedah perut Nabi s.a.w yang

digambarkan seperti kain qibti yang berlipat.

3) Kisah ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan hadis - hadis Nabi s.a.w

yang sahih menurut ilmu usul hadis. Salah satu tanda kepalsuan sesuatu

hadis itu ialah ia bercanggah dengan al-Quran dan hadis - hadis yang sahih.

4) Tidak masuk akal sama sekali Nabi s.a.w akan meninggalkan rumahnya

sepanjang malam untuk bermalam di rumah seorang perempuan asing

dalam keadaan di rumah Baginda S.A.W sendiri masih ada dua orang anak

perempuan Baginda iaitu Fatimah dan Ummi Kultsum. Dalam kisah ini tidak

diterangkan pula kepada siapakah Nabi s.a.w meninggalkan mereka berdua

dan untuk apa Nabi s.a.w bermalam di rumah Ummu Hani ' ?

5) Tindakan Ummu Hani' memegang hujung selimut Nabi s.a.w pada

keesokan paginya menunjukkan dengan jelas bahawa Hubairah tiada di

rumah. Kalau Hubairah tiada di rumah maka siapakah lagi yang tidur di

rumah Ummu Hani ' pada malam itu dan bersembahyang secara berjamaah ?

Sesungguhnya kisah ini merupakan satu serangan yang amat dahsyat

terhadap kesucian peribadi Nabi s.a.w. Ia tidak mungkin dicipta dan direkakecuali oleh musuh - musuh Nabi s.a.w

6) Dalam riwayat Hasan Basri pula tersebut bahawa setelah Nabi s.a.w

mengemukakan peristiwa Isra' dan Mi'raj, maka murtadlah ramai orang yang

telah memeluk agama Islam. Tetapi tidak pula dalam riwayat ini disebutkan

nama orang - orang yang telah murtad itu. Siapakah mereka ? Sedangkan

orang - orang yang memeluk agama Islam pada ketika itu tidaklah begitu

ramai. Nama - nama mereka pun disebutkan dengan jelas dalam kitab -

kitab sirah. Sesungguhnya kisah ini juga merupakan satu serangan ke atas

keikhlasan dan keteguhan para iman para sahabat Nabi s.a.w ia hanya

rekaan musuh - musuh sahabat semata - mata

Page 10: Kisah Isra` & Mi`raj Dari Rumah Ummu Hani`

8/14/2019 Kisah Isra` & Mi raj Dari Rumah Ummu Hani

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-isra-miraj-dari-rumah-ummu-hani 10/10

7) Sebenarnya orang - orang yang merekacipta kisah ini adalah orang - oang

Syi'ah seperti yang terbukti pada latar belakang perawi - perawinya yang

telah disebutkan sebelum ini. Sesuatu cerita rekaan Syi'ah pasti akan

mempunyai unsur melebih-lebihkan Sayyidina Ali dan mengistimewakannya

dari sahabat - sahabat Nabi s.a.w yang lain. Bukankah Ummu Hani' ini kakak

kepada Sayyidina Ali, anak kepada Abu Thalib ? Bagaimana Syi'ah akan

melepaskan peluang ini ? Mereka tidak menerima sesuatu peristiwa besar

yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w tanpa adanya peranan Sayyidina Ali

atau keluarganya di sebalik peristiwa itu.

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff