kisah anak tupai

3
“REZEKI ANAK TUPAI” BISMILLAH...ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT PAGI Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk berkongsi sebuah cerita yang berjudul Rezeki Anak Tupai . Ini Kisah si Anak Tupai Ia belajar mencari makan Walau selalu kena tegah Dia tetap terus bersabar (Rentak Ikan Kekek) Pada zaman dahulu ada seekor anak tupai yang tinggal di dalam huitan bersama-sama ibunya. Ia pandai mencari makanan dan memanjat dari dahan ke dahan. Anak Tupai ingin belajar mencari makan tetapi.......ibunya tidak membenarkan. Anak tupai merayu-rayu kepada ibunya dengan bersungguh-sungguh. Dia memberitahu ibunya yang dia sudah besar. Dia boleh mencari makanannya sendiri dan juga untuk ibunya. Tolonglah ibu... Akhirnya, ibu tupai mengalah. Ia membenarkan anaknya pergi mencari makanan di dalam hutan. Ibunya berpesan agar berhati-hati ketika mencari makanan bimbang kalau-kalau anak tupai terjatuh nanti. ANAK TUPAI SANGAT GEMBIRA DAN MELOMPAT-LOMPAT KERIANGAN. Pada keesokan harinya, anak tupai pergi ke hutan untuk mencari makanan. Ia melompat dari dahan ke dahan. Perutnya terasa sangat lapar. Akhirnya ia ternampak pokok durian yang sangat lebat buahnya. Anak tupai menghampiri pokok durian itu dan ingin memanjatnya. TANPA DISANGKA-SANGKA, MUNCUL SEEKOR MONYET TUA SAMBIL MENCEKAK PINGGANG LALU MEMARAHI ANAK MONYET ITU. Monyet tua menghalau anak tupai itu dengan wajah yang bengis. Pergi kau dari sini. Buah durian ini aku yang punya..Anak tupai merayu-rayu kepada monyet tua itu. Namun monyet tua itu tetap berdegil. 1

Upload: faridah-abdullah

Post on 15-Jan-2017

169 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah anak tupai

“REZEKI ANAK TUPAI”

BISMILLAH...ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT PAGI Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk berkongsi sebuah cerita yang berjudul ‘Rezeki Anak Tupai’.

Ini Kisah si Anak Tupai Ia belajar mencari makan Walau selalu kena tegah Dia tetap terus bersabar (Rentak Ikan Kekek)

Pada zaman dahulu ada seekor anak tupai yang tinggal di dalam huitan bersama-sama ibunya.

Ia pandai mencari makanan dan memanjat dari dahan ke dahan. Anak Tupai ingin belajar mencari makan tetapi.......ibunya tidak membenarkan.

Anak tupai merayu-rayu kepada ibunya dengan bersungguh-sungguh.

Dia memberitahu ibunya yang dia sudah besar. Dia boleh mencari makanannya sendiri dan juga untuk ibunya.“Tolonglah ibu...”

Akhirnya, ibu tupai mengalah. Ia membenarkan anaknya pergi mencari makanan di dalam hutan. Ibunya berpesan agar berhati-hati ketika mencari makanan bimbang kalau-kalau anak tupai terjatuh nanti.

ANAK TUPAI SANGAT GEMBIRA DAN MELOMPAT-LOMPAT KERIANGAN.

Pada keesokan harinya, anak tupai pergi ke hutan untuk mencari makanan. Ia melompat dari dahan ke dahan. Perutnya terasa sangat lapar. Akhirnya ia ternampak pokok durian yang sangat lebat buahnya.

Anak tupai menghampiri pokok durian itu dan ingin memanjatnya.

TANPA DISANGKA-SANGKA, MUNCUL SEEKOR MONYET TUA SAMBIL MENCEKAK

1

Page 2: Kisah anak tupai

PINGGANG LALU MEMARAHI ANAK MONYET ITU. Monyet tua menghalau anak tupai itu dengan wajah yang bengis.

“Pergi kau dari sini. Buah durian ini aku yang punya..”

Anak tupai merayu-rayu kepada monyet tua itu. Namun monyet tua itu tetap berdegil. Akhirnya anak tupai mengalah dan berlalu dari situ. Ia percaya bahawa rezekinya tetap ada.

Berjalanlah ia....seorang diri...Pergi ke hutan..mencari rezeki..Harap dan sabar tersemat di hati..Moga mendapat rezeki yang dicari (Syair)

Anak tupai terus berjalan, gunung didaki...lurah dituruni....meniti denai-denai di dalam hutan, biarpun sukar semangatnya tidak luntur, jiwanya kental demi mengotakan janji dan menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya. Setelah lama berjalan, akhirnya ia terjumpa sepohon

pokok pisang hutan yang buahnya sedang masak ranum. Anak tupai berasa sangat gembira. Tanpa membuang masa ia terus memanjat pokok pisang itu sambil menyanyi keriangan:

Pucuklah pauh, pucuklah pauh delima batu

Marilah kita, marilah kita memanjat pokok

Panjatlah pokok, panjatlah pokok si pisang hutan.

Kawan-kawan , Anak tupai terus makan buah pisang itu dan rasanya sungguh enak. Ketika anak tupai sedang makan, ia teringat akan ibunya. Pasti ibunya sedang ternanti-nanti akan kepulangannya. Anak tupai ingin membawa pulang buah pisang itu kepada ibunya. Pasti ibunya akan gembira kerana dia sudah pandai mencari makanan.

KETIKA ANAK TUPAI BERJALAN PULANG....IA TERDENGAR SUARA MONYET MENGERANG KESAKITAN.

2

Page 3: Kisah anak tupai

“Aduhhhhhhhhhhhh....tolong! Tolong!” (Optional)

KAWAN-KAWAN NAK TAHU APA YANG TERJADI? Rupa-rupanya buah durian telah menimpa monyet tua itu.Anak tupai terkejut apabila melihat badan monyet tua itu calar balar. Ia berasa sangat kasihan melihat monyet tua itu lalu menolongnya.

Monyet tua itu amat menyesal dan berasa malu, Ia meminta maaf kepada anak tupai. Anak tupai menghulurkan buah pisang kepadanya. Monyet itu berasa sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada anak tupai.

Rezeki anak tupai nama diberiBuat panduan kita semua Sikap tamak selalu rugi Bagaikan monyet dengan duriannya (PANTUN)

Ingat kawan-kawan... janganlah sesekali kita bersikap ksombong dan bongkak kerana

ia membawa padah kepada hidup kita. Kita hendaklah bersikap baik hati sesama makhluk agar hidup kita sentiasa dirahmati.

Sekian, terima kasih.

3