kimiaqb_bk3b

6
Kertas 3 (Ujian Amali Bertulis) (Bab 3) 1 Rajah di bawah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan formula empirik kuprum oksida. Gas hidrogen kering digunakan untuk menurunkan kuprum oksida. Keputusan yang berikut diperoleh: Jisim tabung pembakaran kosong = 21.50 g Jisim tabung pembakaran + kuprum oksida = 24.38 g Jisim tabung pembakaran + logam kuprum = 24.06 g [Jisim atom relatif: O;16, Cu;64] (a) (i) Namakan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menyediakan gas hidrogen di makmal. (ii) Tulis persamaan kimia bagi tindak balas di atas. (b) Namakan satu bahan kimia yang digunakan untuk mengeringkan gas hidrogen. (c) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan eksperimen ini. (d) Daripada keputusan di atas, tentukan formula empirik kuprum oksida. (e) Tulis satu persamaan kimia bagi penurunan kuprum oksida oleh gas hidrogen. (f) Bolehkah formula empirik magnesium oksida ditentukan dengan menggunakan kaedah eksperimen yang sama? Terangkan jawapan anda. (Bab 4) 1 Kereaktifan logam Kumpulan 1 (logam alkali) bertambah apabila

Upload: senthanm2013

Post on 14-Sep-2015

366 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KIMIAQB_BK3B

TRANSCRIPT

Kertas 3 (Ujian Amali Bertulis)

Kertas 3 (Ujian Amali Bertulis)

(Bab 3)

1Rajah di bawah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan formula empirik kuprum oksida. Gas hidrogen kering digunakan untuk menurunkan kuprum oksida.

Keputusan yang berikut diperoleh:

Jisim tabung pembakaran kosong

= 21.50 g

Jisim tabung pembakaran + kuprum oksida= 24.38 g

Jisim tabung pembakaran + logam kuprum= 24.06 g

[Jisim atom relatif: O;16, Cu;64]

(a)(i)Namakan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menyediakan gas hidrogen di makmal.

(ii)Tulis persamaan kimia bagi tindak balas di atas.

(b)Namakan satu bahan kimia yang digunakan untuk mengeringkan gas hidrogen.

(c)Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan eksperimen ini.

(d)Daripada keputusan di atas, tentukan formula empirik kuprum oksida.

(e)Tulis satu persamaan kimia bagi penurunan kuprum oksida oleh gas hidrogen.

(f)Bolehkah formula empirik magnesium oksida ditentukan dengan menggunakan kaedah eksperimen yang sama? Terangkan jawapan anda.

(Bab 4)

1

Kereaktifan logam Kumpulan 1 (logam alkali) bertambah apabila menuruni kumpulan.

Anda dibekalkan dengan logam litium, natrium dan kalium.

Rancangkan satu eksperimen untuk membuktikan pernyataan di atas.

Penerangan anda haruslah mempunyai perkara-perkara yang berikut:

(a)Tujuan eksperimen.

(b)Semua pembolehubah yang terlibat.

(c)Senarai radas dan susunan radas.

(d)Kaedah eksperimen.

(e)Penjadualan data.

(f)Penerangan keputusan eksperimen.

(Bab 6)

1Hasil elektrolisis dipengaruhi oleh kepekatan ion dalam elektrolit. Anda dikehendaki merancang satu eksperimen untuk menyiasat kebenaran kenyataan di atas. Penerangan anda haruslah mempunyai pekara-pekara berikut:

(a)Tujuan eksperimen dan hipotesis.

(b)Semua pembolehubah yang terlibat.

(c)Senarai bahan dan alat radas.

(d)Gambar rajah berlabel susunan radas.

(e)Kaedah eksperimen.

(f)Hasil elektrolisis yang dijangkakan.

(Bab 7)

1Seorang pelajar telah diberikan suatu sampel asid Z yang mempunyai kepekatan tepat 1.50 mol dm-3. Pelajar itu dikehendaki menentukan kebesan asid Z secara penitratan dengan larutan natrium karbonat.

Pelajar itu memasukkan 25.0 cm3 larutan asid Z ke dalam sebuah kelalang kon. Isi padu larutan natrium karbonat yang diperlukan diperoleh dengan menitratkan asid Z dengan larutan natrium karbonat piawai 0.70 mol dm-3 yang diisikan ke dalam buret. Beberapa titis penunjuk fenolftalein ditambahkan untuk mengesan takat akhir. Rajah 1 dan 2 di bawah menunjukkan bacaan buret sebelum dan selepas penitratan.

(a)Bacaan awal

(b)Bacaan akhir

Rajah 1: Titratan Pertama

(a)Bacaan awal

(b)Bacaan akhir

Rajah 2: Titratan kedua

(a)Nyatakan dua pemerhatian semasa penitratan dijalankan.

(b)Apakah alat yang akan digunakan untuk memindahkan 25.0 cm-3 larutan asid ke dalam kelalang kon?

(c)Sediakan sebuah jadual dan catatkan bacaan isi padu awal dan isi padu akhir larutan natrium karbonat. Kemudian, kirakan isi padu larutan natrium karbonat yang digunakan.

(d)Hitung isi padu purata larutan natrium karbonat yang digunakan dalam penitratan.

(e)Dengan menunjukkan langkah-langkah penghitungan yang jelas, kirakan

(i)Bilangan mol asid Z yang digunakan.

(ii)Bilangan mol natrium karbonat yang digunakan.

(f)(i)Daripada keputusan di atas, tentukan kebesan asid Z.

(ii)Cadangkan satu asid yang mungkin ialah asid Z.

(Bab 9)

1Dua eksperimen telah dijalankan untuk menentukan kuasa pemangkinan dua mangkin, X dan Y dalam penguraian hidrogen peroksida.

Eksperimen I : 0.2 g serbuk X ditambahkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi hidrogen peroksida 0.2 mol dm-3.

Eksperimen II : 0.2 g serbuk Y ditambahkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi hidrogen peroksida 0.2 mol dm-3.

Sebuah buret yang diisikan dengan air digunakan untuk mengumpulkan gas oksigen yang terbebas daripada penguraian hidrogen peroksida.

Keputusan eksperimen dicatatkan dalam jadual berikut:

Masa (min)00.51.01.52.02.53.03.54.04.55.05.56.0

Isi padu O2 (cm3)

Eksperimen 107.013.017.022.025.028.0 33.034.035.036.036.0

Isi padu O2 (cm3)

Eksperimen 2011.0

19.025.029.034.035.0

36.036.036.036.036.0

(a)Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.

(b)Nyatakan pembolehubah bagi eksperimen ini.

Pembolehubah dimanipulasikan:

Pembolehubah bergerak balas:

Pembolehubah dimalarkan:

Bacaan buret pada 0 minitBacaan buret pada minit ke 3.5

bagi Eksperimen Ibagi Eksperimen I

Rajah 1

(c)Dengan merujuk kepada bacaan buret dalam Rajah 1, tentukan isi padu oksigen yang terkumpul pada minit ke-3.5.

(d)Hitungkan kadar purata bagi

(i)Eksperimen I:

(ii)Eksperimen II

(e)Lukiskan graf isi padu melawan masa bagi Eksperimen I dan Eksperimen II pada paksi yang sama. Daripada graf, tentukan

(i)jumlah isi padu gas oksigen yang terkumpul pada minit ke-2.5 untuk

Eksperimen II

(ii)kadar tindak balas pada minit ke-2 bagi

Eksperimen I

Eksperimen II

(f)Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang eksperimen ini?

2Anda dibekalkan 250 cm3 dua sampel petrol, A dan B. Anda dikehendaki merancang satu eksperimen untuk membandingkan dua petrol ini dari segi ekonomi dan kesan pembakaran terhadap persekitaran. Perancangan anda haruslah mempunyai perkara-perkara berikut:

(a)Tujuan eksperimen.

(b)Hipotesis.

(c)Pembolehubah.

(d)Kaedah eksperimen.

(e)Penjadualan data.