khutbah jumaat 30 september 2011 “islam pada akhir...

5
Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor 1 "ISLAM PADA AKHIR ZAMAN" 1 . 2 ﹶﻥ ﹶﺷ ﱠﻪ ﺍﻟﻠ ﹶﻪ ﹺﻳﻚ ﺍ ﻋ ﱠ ﻣ ﹶﻥ ﹶﺷ ﹸﻪ . ﱠﻬ ﹶﻟﻠ ﺎ ﻣ ﺁﻟ ﹺﻪﺎﺑ ﹶﺻ ﹶﺟ. 3 ﹶﻴ، ﻓ ﺎ ﺑ ﹶﻣﻮﻥ ﹾﻤﺎ ﺍﻟ ﹶﻳ! ، ﱠﻪ ﹾ ﺍﻟﻠ ﹸﻮﺍ ﱠﻪ ﹶ ﺍﻟﻠ ﹶﺎﻝ : . 4 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat. 5 Ayat yang dibacakan di awal khutbah tadi menjelaskan bagaimana Allah SWT memberi peringatan kepada manusia yang berbangga dengan bilangannya dan pengikutnya yang ramai sedangkan mereka itu akan menyesatkannya dari jalan yang benar. Seringkali kita mendengar tokoh- tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. 6 Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadis daripada Thauban (ﺎنَ ْ َ ) R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; ﻻ ﺗ ﺍﻝ ﺎﺋ ﻲ ﻇ ﺎﻫ ﻰ ﺍﻟ ﻻ ﻳ ﻰ ﻳ ﺍﷲ . 7 “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”. (Riwayat Muslim) 8 Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman. 9 Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu.

Upload: trinhdieu

Post on 11-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/ManualKhutbah... · Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ... menguatkan hatimu

Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor

1

"ISLAM PADA AKHIR ZAMAN"

1

.

2 أشهد أن هدحو و الله و له ريكشهدبا عدمحأن م دهوأش لهوسرو . مالله

ملسل وص دمحا منيدس و هآل ابهحأصو نيعمأج.

3 :قال الله اتقوا الله، !أيها المسلمونأما بعد، فيآ

.

4 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

5 Ayat yang dibacakan di awal khutbah tadi menjelaskan bagaimana Allah SWT memberi

peringatan kepada manusia yang berbangga dengan bilangannya dan pengikutnya yang ramai sedangkan mereka itu akan menyesatkannya dari jalan yang benar. Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita.

6 Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir

zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadis daripada Thauban (ان ب و ;R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (ث

ال تط الزةفائ مأ نمي ظتراهين ى اللعقح ال يضرهم من لذخهم حتأى يتي . مهو اهللا رمأ

7 “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut”. (Riwayat Muslim)

8 Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan

mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

9

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu.

Page 2: Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/ManualKhutbah... · Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ... menguatkan hatimu

Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor

2

10

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia

bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa”. (Riwayat Muslim)

11 Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang

terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan.

Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak.

12

Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud;

“Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku”.

13 Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

14 Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah

apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

15 Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek

moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

16

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:

17 “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk

menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman”.

18

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

19 Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada

Allah SWT, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

20 Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan

dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Page 3: Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/ManualKhutbah... · Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ... menguatkan hatimu

Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor

3

21 Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat

Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

22

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.?. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat?. Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?.

23 Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud;

“Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Ahmad)

24 Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-

moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang.

25

26 ”Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar

sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”. (Hud :112)

27

يات بارك اهللا لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعنى وإياكم بما فيه من اأقول .هو السميع العليم إنه وتهوالذكر الحكيم، وتقبل منى ومنكم تال

يلقو ا رفغتأسو ،اتملسالمو نيملسر المآئسلو لكمو يل ميظهللا العهإن وهرفغتفاس ، اتنمؤالمو ننيمؤالمو يمحالر رفوالغ وه.

Page 4: Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/ManualKhutbah... · Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ... menguatkan hatimu

Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor

4

KHUTBAH KEDUA

نا من الطيبات، أشهد أن الحمدلله الذي جعلنا من المسلمين، ورزق هدحاهللا و له كريشهدبا عدمحأن م دهأشو ، لهوسرو.

28

اركبو ملسل وص مالله انيدس و هآل بهحصو مهبعت نمبإ و موي .الدين

29

قوا اللهتاهللا، ا ادبا عفي ،دعا بن أمقوتالم فاز اقال اهللا . فقدعت: .

30

للهم صل وسلما هـات سيد المرسلني وارض اللهم عن أصحابه وقرابته وأزواجه وذرينيعمأج.

(Ya Allah, kurniakanlah semulia-mulia rahmat dan kesejahteraan terhadap penghulu para Rasul dan redhailah jua para sahabat, ahli keluarga, para isteri dan sekalian zuriatnya.)

31

موات، إنك حيآء منهم وااللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ابقري عيمس اتاجالح ىا قاضيو اتوعالد بجيم.

(Ya Allah, ampunilah ke atas muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha mendengar, lagi hampir, serta sentiasa memperkenankan segala permintaan hambaNya, wahai Tuhan yang menunaikan segala permohonan.)

32

العظمىوصفاتك مين، ونسألك بأسمآئك الحسنىاللهم إنا نسألك ونتوسل إليك بنبيك ا(Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu dan kami mohon jua dengan berkat nabiMu yang bersifat amanah dan kami mohon dengan keberkatan nama-namaMu yang mulia dan sifat-sifatMu yang agung)

33

كتوقاي فظبحو ةانيبالر كتاينن عيفظ بعحال أن تج ،ةانيدمالص لطان لةظم سعا المنكلم ، .ح الدين عبد العزيز شاه احلاجسلطان شرف الدين ادريس شاه احلاج ابن املرحوم سلطان صال

(agar apalah kiranya dengan inayahMu Engkau anugerahkan pemeliharaan serta kawalan yang berkekalan terhadap raja kami yang dikasihi Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.)

34

قيفكنم ف ىف

(Ya Allah kekalkanlah pertolongan, taufik dan hidayah, kesihatan dan keselamatan daripadaMu kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj semoga sentiasa berada dalam keamanan dan kebaikan)

35

ةيفنكبمكم ظنيف

36

Page 5: Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/ManualKhutbah... · Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ... menguatkan hatimu

Khutbah Jumaat 30 September 2011 “Islam Pada Akhir Zaman” Jabatan Agama Islam Selangor

5

(Serta kesihatan dengan anugerahMu dan kemuliaanMu wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Ya Allah, lanjutkan usia kedua-dua baginda dalam usaha memperbaiki kehidupan para pegawai, kakitangan, dan rakyat serta menjamin keamanan Negara,)

غبل (Sampaikanlah hajat kedua-dua baginda kearah mendapat hidayah dan petunjukMu selama-lamanya).

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat..

37

Sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan Negara umat Islam khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai negeri maju, sejahtera dan berkebajikan. 38 Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia..

39 Kembalikanlah kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

40 Engkau bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan di dalam Al-Quran. 41 Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara’ dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

42

. (Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. )

43

.

(Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikkan di dunia & kebajikan di akhirat & peliharalah kami drpd azab api neraka.)

44

عباد اهللا، 45

هوكراشو كمذكري ميظوا اهللا العفاذكر همنع ،كمزده يلفض نم هألواسو كرلذو كمطعي 46 .اهللا أكبر واهللا يعلم ما تصنعون