tajuk: jangan memfitnah...2021/02/12  · 2 ali-imran : 102 khutbah jumaat 12.02.2021 l 30 jumadal...

13
0 Tarikh Dibaca: 12 Februari 2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H Tajuk: JANGAN MEMFITNAH*** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: others

Post on 10-Mar-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

0

Tarikh Dibaca: 12 Februari 2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H

Tajuk:

“JANGAN MEMFITNAH”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Page 2: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

1

‌‌“JANGAN MEMFITNAH”

ه‌حمد لل

لائ ا

ل

ا وٱ :لال نج ةغي ؤ ين وٱل ؤ يؤذون ٱل ي لذ

ا تي ا ا وإث ت ا ب ي ا فلد ٱحخ 1 ٥٨ٱكتست

ا

ن لهد ؤ

ش

هؤ

نا بل

هد ؤ

ش

ه وؤ

ل س

ش

ه وحده ل

ا الل

ابل

الل

ه. ا

دا عبده وزسىل د محما ا محما

ده

ى سم عل

هما صل وسل

ى آلهجمعين ےوصحبه ےوعل

أ ا بعد، ف ما

سلمىن ؤ

ها ال ي

اي ؤ ا م وب

وصى

ه، ؤ

ا الل

لىا اتا

لىن. تا اش ال

د ف

ل

بتلىي الله ف

ى: عال

ه ت

ا الل ا

ي ك

أ حقذ تلاحۦ ول ي ٱللذ ا ل ٱتذ ا ءا ي ا ٱلذ

ن سي خ ذ إلذ وأ ت ١٠٢2ت

Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah

SWT. Laksanakanlah segala apa yang hanya dibenarkan olehNya. Moga

kita menjadi insan yang taat dan seterusnya selamat dari kehinaan dunia

dan selamat dari azab neraka Allah SWT di akhirat kelak.

Khutbah hari ini bertajuk “JANGAN MEMFITNAH”.

Hadirin yang dirahmati Allah,

1 Al-Ahzab : 58

2 Ali-Imran : 102

Page 3: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

2

Fitnah adalah tuduhan atau tohmahan yang sengaja diada-adakan

sama ada ia berbentuk tulisan, gambar, video dan sebagainya. Fitnah

adalah perbuatan keji yang boleh memburukkan atau memalukan

seseorang, kumpulan atau institusi, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Dengan perkembangan teknologi maklumat hari ini, penyebaran fitnah

dalam media sosial yang telah disalahgunakan berlaku dengan cepat dan

meluas melalui medium whatsapp, facebook, instagram (IG) dan

sebagainya. Lebih malang ia disebar atas nama kebebasan bersuara

tanpa diselidiki dan tanpa memikirkan kesan buruknya.

Sikap seumpama ini amat dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam

menganjurkan umatnya agar setiap berita yang diterima mestilah diselidiki

terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada orang lain.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:

ن حصيتا أ ا فاسق ةنتإ فخبيذ إن جاءك ا ءا ي ا ٱلذ ي

أ ي

ين ند ا فػيخ ا عل ا بهيث فخصتح ٦ك

“Wahai orang yang beriman, Jika datang kepada kamu seseorang

fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)

kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan

perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)

sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Berdasarkan ayat tersebut, wajib bagi setiap Muslim untuk

menyelidiki segala berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam

kancah berita berunsur fitnah.

Muslimin tetamu Allah sekalian,

Page 4: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

3

Fitnah adalah amat bahaya dan mesti dihindari. Ucapan dan tulisan

fitnah boleh melahirkan sangkaan dan persepsi salah, membawa

kebencian, persengketaan sesama sendiri dan seterusnya mencetuskan

permusuhan. Fitnah akan membunuh karaktor dan menyebabkan

kehinaan kepada seseorang. Pembuat fitnah bukannya bimbang akan

kegagalan seseorang, sebaliknya sangat takut akan kejayaan orang lain.

Justeru permusuhan dan pembunuhan karaktor ini pula bakal menjadi

sebab musnahnya kerukunan bermasyarakat dan bernegara.

Ingatlah wahai penfitnah dan penyebar akan ancaman dan

peringatan yang disampaikan oleh Nabi SAW melalui sebuah hadis yang

diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

از ى الىا بها بل ص ن فيها، بيا

ت لمة ما

ي

م بال

التي عبد

بنا ال

غ سق وال

ش

ا بين ال بعد مما

سبؤ

“Sesungguhnya seorang hamba apabila menuturkan satu perkataan

yang tidak dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, akan membawanya

ke neraka yang jaraknya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat”.

(Muttafaqun Alaih).

Hadirin jumaat sekalian,

Fitnah boleh berlaku sama ada disedari atau tidak apabila seseorang

menyebut atau menceritakan keburukan seseorang tanpa menyiasat

terlebih dahulu. Penyebar fitnah biasanya berselindung di sebalik istilah

tertentu seperti “dengar khabar”, “dengar cerita” atau “mohon pencerahan”.

Namun, apabila sesuatu fitnah disampaikan daripada seorang ke seorang

yang lain, menjadi buah mulut tanpa henti dan diulang- ulang, maklumat

yang belum sahih itu seolah-olah sudah menjadi fakta yang benar.

Page 5: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

4

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36:

ع وٱلص وٱىفؤاد ك إنذ ٱلسذ ا ىيس لم ةۦ غي ول تلف مســـئ ولئم كن ع

٣٦ل أ

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai

pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan

serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa

yang dilakukannya.

Perseteruan dalam kalangan pemimpin yang menggunakan senjata

fitnah akan menjerumuskan negeri dan negara ke lembah kemusnahan.

Fitnah adu domba telah menghancurkan harapan rakyat yang bernaung

kepada pemimpin sebagai contoh ikutan, mengharmonikan antara satu

sama lain, mentadbir negara dengan baik dan mensejahterakan kehidupan

bermasyarakat dan bernegara.

Khalifah Islam yang kedua, Sayyidina Umar Al-Khatab R.A pernah

berkata, “Seandainya seekor keldai terperosok jatuh di Kota Baghdad,

nescaya Umar akan dipertanggungjawabkan dan akan ditanya di akhirat

nanti, “Mengapa tidak kamu meratakan jalan untuknya?’.” Keadilan Umar

al-Khattab bukan setakat kepada manusia, malah kepada semua makhluk

Allah SAW. Rasulullah SAW memberikan peringatan keutamaan pemimpin

untuk berlaku adil sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Auf bin

Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda :

م عن الى

تبإ

هتم ؤ

بن شئ

ها ما

ل وا

اهيها ماز وما ي؟أ ؤ

، و

،مة

ا

امة بل لىم ال اب،

الثها عر

، و

،دامة

ه من عد

Page 6: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

5

“Jika kamu semua mahu, aku akan memberitahu kamu apakah

kepimpinan? Awalnya adalah celaan. Yang keduanya adalah penyesalan.

Yang ketiganya adalah azab pada hari Kiamat kecuali orang yang berlaku

adil.”

(Riwayat Al-Tabarani)

Hadirin yang dirahmati Allah,

Antara nas-nas syarak yang melarang dan mengeji perbuatan

menyebar fitnah adalah:

Pertama: Penabur fitnah adalah orang yang paling keji. Firman Allah SWT

dalam surah al-Qalam ayat 10 dan 11:

ين ف مذ يم ١٠ول حطع كذ حلذ ة اء شذ ذ از ذ ١١

“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan

jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina

(pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka

menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).”

Abdul Rahman Bin Ghanmin Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

ىن بين ال

فسك

لمة، ا م ون بالىا

ائ شا ه ال

اة، شساز عباد الل حبا

عىتبرآء ال

ىن ال

باغ

لا

“Sekeji-keji manusia ialah mereka yang berjalan mengadu domba

(menabur fitnah), mereka yang melaga-lagakan di antara insan yang

berkasih sayang dan mereka yang mencari-cari kesalahan terhadap orang

yang tidak bersalah”.

Page 7: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

6

(Riwayat Ahmad).

Kedua: Penabur fitnah bakal mendapat azab. Hadis daripada Ibn Abbas

Radhiallahu Anhu beliau berkata bahwa Rasulullah SAW pernah

mengingatkan tentang dua orang yang sedang diazab di dalam kubur

dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka berdua diazab dan tidaklah mereka berdua

diazab disebabkan oleh dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi

disebabkan salah seorang mereka tidak berlindung ketika membuang air

kecil dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan berjalan

menabur fitnah”.

(Riwayat al-Bukhari).

Dan dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Samurah bin

Jundub Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

اجل ال ا السا ما

ت ع يروؤ ؤت

ه بهل

س شدك

سش

ش ،

ى ل

فاه، ومىخسه بك

ىه بل فاه، وع

ى ك

جل ل ه السا فاه، فةها

ى ك

اقغ الآف

بل

ت

بة

ر

رب الى

ى ته، ف دو من ب

غ

“Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang

menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang

hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata

sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi

menyebarkan pembohongan daripada rumahnya sehingga ke seluruh ufuk

penjuru dunia”.

(Riwayat al-Bukhari).

Page 8: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

7

Ketiga: Penabur fitnah tidak akan masuk Syurga. Sebagaimana

diriwayatkan daripada Huzaifah Radhiallahu Anhu bahawa dia mendengar

Nabi SAW bersabda:

ل ، تا ك

ة ىا ل اج

د

“Penabur fitnah tidak akan masuk syurga”.

(Riwayat al-Bukhari).

Keempat: Azab pedih menanti orang yang bergelumang dengan fitnah

sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 19:

ن تشيع ٱى يتن أ ي إنذ ٱلذ ل

غذاب أ ا ل ءا ي فحشث ف ٱلذ

ن ل تػي خ وأ يػي وٱللذ نيا وٱلأخرة ١٩ف ٱلد

“ Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-

tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka

akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di

akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu

tidak mengetahui (yang demikian).”

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah yang disampaikan pada hari yang mulia ini

khatib ingin berpesan kepada hadirin Jumaat yang berbahagia agar:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap perkataan dan

perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT pada

hari akhirat kelak.

Page 9: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

8

2. Umat Islam dilarang menyebarkan fitnah kerana boleh menimbulkan

perpecahan dan perbalahan.

3. Umat Islam hendaklah berwaspada dengan sentiasa menyelidik

setiap sebaran berita yang diterima untuk mengelakkan tersebarnya gejala

fitnah yang sangat bahaya dan,

4. Ingatlah bahawa penfitnah adalah orang yang bankrup dihadapan

Allah SWT kerana tuntutan orang yang difitnah.

يطان الرجي الش غذ ةالل أ

ۥ ون سس ةۦ نفس ا ح ونػي نس ا ٱل وىلد خيلريد حتو ٱل كرب إل

١٦أ ين وغ ٱل خيليان غ إذ يخيقذ ٱل

ال كػيد ي رقيب غخيد ١٧ٱلش ل إلذ لد ك ا ييفظ ١٨ذ

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami

sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang

(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat

lehernya,Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya)

menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu

duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.Tidak

ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang

dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa

sedia (menerima dan menulisnya).”

(Surah Qaf: 16-18).

Page 10: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

9

فعني م، وه عظ

لسآن ال

م ف؟ ال

ى

بازن الله ل؟ ول

ي ل من بال

م وت حى

س اج

ه

والر ا ه من الآ م بما ف

اه ا وب

م. علع ال م ه هى السا ه، بها

م تاوت

ومىى

فس اللهستغ

ا وؤ

ىل؟ هر

ك ى

ك

م ولسأئس ؤ

ى

م ل؟ ول عظ

ال

فىز غ

ه هى ال فسوه بها

استغ

، ف سلما

سلمين وال

ال

م. ح السا

Page 11: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

10

KHUTBAH KEDUA

ىا من سلمين، وزشك

ىا من ال

ري جعل

اه ال

احمدلل

جا

با ه .الطا

ش

ؤ

ان ل

اللهد ؤ

اه بل

بل

ه، وحده ل

ل س

ش

م هما صل وسل

الل

ه. ا

دا عبده وزسىل نا محما

هد ؤ

ش

وؤ

د ا محماده

ى سىوبازن عل

بعهم آله وعل

وصحبه ومن ت

ن. ىم الد ى بةحسان بل

لىا ا عباد الله، اتا

ا بعد، ف ما

ؤ

لىن. تا اش ال

د ف

ل

اي بتلىي الله ف ا م وب

وصى

ه، ؤ

ا الل

ى :عال

الله ت ا

ا وك ي

يأ ن عل ٱلنذب ۥ يصي لئهخ و إنذ ٱللذ

ا ا صي ءا ي ا ٱلذ ا تسيي ٥٦غيي وسي

Hadirin yang berbahagia,

Marilah kita bersatu atas dasar akidah Islam yang sahih. Umat Islam

hendaklah bersatu hati menghadapi persekitaran, ideologi songsang dan

ancaman musuh-musuh Islam. Bersatunya umat Islam adalah kekuatan

paling asas ke arah pembinaan ummah yang bermaruah berwibawa dan

cemerlang. Bersatulah dengan semangat kalimah tauhid, لا إله إلا الله,

prinsip-prinsip penegasan al-Quran dan al-Hadis serta Qudwah Rasulullah

SAW.

Statistik Covid-19 di Selangor yang tinggi memerlukan kepatuhan

yang tinggi juga terhadap ketetapan SOP utama, SOP JAIS dalam

mencegah penularan dan kawalan kendiri masing-masing dalam situasi

yang sukar ini. Tingkatkan keyakinan kepada Allah SWT, mengesakan-

Nya dan menyucikan-Nya serta bertaubatlah. Renungkanlah kesalahan

­­­­

Page 12: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

11

lalu masing-masing sehingga Allah SWT manghantar bala dan musibah

ini. Bukan sibuk membuat tohmahan, memfitnah atau menyalahkan pihak-

pihak yang sedang berusaha keras menghadapi keadaan ini.

فهما اغ

الل

ا مىا

ا مىين وال

ا وال سلما

مسلمين وال

س لل

اء حمىامنهم ال

وال عىا ب الدا ب، مج س

ع، ك سم ، بها

بىب

ل بل تىسا وه

لسإ

ا و هما بها

الل

. ا حاجا

ي اج اض

ا ك و

مينن ال

مى، ؤ

عظ

ال حسنى، وصفات

اج سمأئ

بإ

لسإ

، وو

ت اة، وبحفظ وك ا اه با السا ت بعين عىا

حفظ

ت

ة

لة، جا ا مداه ىز، الصا

ان ساڠ

ط

م، سل

اعظ

ملىىا ال

ن ادزس شاه اجحاج، اب الد

سف

ان شط

ن السحىم سل

دم هما ؤ

الل

ص شاه اجحاج. ا ن عبد العص ح الد

ان صا

ط

سل

، لىلى مىامة والسا

ة حا م، والص ىف والتا

ة هدا

عىن وال

ال

ن الد

سف

ان شط

ل اه، ابن الس

مير ش

ىز، تڠيى ؤ

عهد ساڠ

م ف؟ادزس شاه اجحاج، ؤ سم

وه ة بمى ح وعاف

ن وصا

طل عمسهما، مصلحين هما ؤ

الل

سام. ا

واله ا

ااج

ا ذ

سم اصدهما لط

غ مل

د، وبل

با

ة وال ا ع فين والسا

امىظ

لل

اد.

ش هدي والسا ال

Page 13: Tajuk: JANGAN MEMFITNAH...2021/02/12  · 2 Ali-Imran : 102 Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Fitnah adalah

Khutbah Jumaat 12.02.2021 l 30 Jumadal Akhirah 1442H “Jangan Menfitnah”

Jabatan Agama Islam Selangor

12

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur

kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan keberkatan

kepada negeri ini yang terus sejahtera dan maju, serta rakyatnya bersatu

padu, dibawah naungan dan pimpinan raja kami sebagai Ketua Agama

Islam di negeri ini.

Ya Allah, lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak

penyakit seperti Covid-19.

هماالل

سض ا

ء وال

با

ىباء وال

ا ال

ا هر ع عىا

ء، ادف

با

ا دافع ال

ى و

عل بها

ف ط

ا ل ف

ط

حن، بل

دائد وال ىء والشا

ل ش

. س، جابة جد

س، وبال د ك

خذلين ا لي عين وٱجػية أ ا كرذ خ ا وذريذ زوج

أ ب لنا ا ربذ

ا ا ا .إ ث وك ث وف ٱلأخرة حس نيا حس ا ف ٱلد ءاح ا ربذ .٢٠١غذاب ٱلنذار

وإيخاي ذي ٱىلرب ، غتاد اللذ مر ةٱىػدل وٱلحس يأ إنذ ٱللذ

ىػيذل يػظل هر وٱلغ ٱىفحشاء وٱل ه غ ويرون ٩٠حذنذ

سوه عى

م واش

سه

ه

ر م عظ

الله ال

سوا

ه

اذ

م، ف

صده ى وعمه

ل

م ما عل ه

ابر والل

ه

س الله ؤ

ره

م ول

عطى ضله

ىه من ف

لواسإ

صىعىن.‌ت