(khusus untuk kegunaan pemohon bagi program anak … · 2020. 3. 23. · manual pengguna isejahtera...

19
1 MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA) Oleh: HakMilik © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2014 iSejahtera “Permohonan Program Anak Emas Secara Atas Talian” http://isejahtera.penang.gov.my

Upload: others

Post on 11-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

1

MANUAL PENGGUNA (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK EMAS SAHAJA)

Oleh:

HakMilik © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2014

iSejahtera “Permohonan

Program Anak Emas

Secara Atas Talian”

http://isejahtera.penang.gov.my

Page 2: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

2

ARAHAN KEPADA SEMUA PEMOHON

Objektif utama manual pengguna ini disediakan adalah sebagai panduan

untuk pemohon (ORANG AWAM) yang layak bagi membuat permohonan

Progam Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara atas talian

(online) menggunakan sistem iSejahtera. Pembukaan permohonan online

kepada umum bagi Program Anak Emas ini adalah merupakan initiatif

Kerajaan Negeri dalam memberi kemudahan kepada pemohon dalam

mengemukakan permohonan menggunakan saluran kedua selain

daripada penggunaan borang permohonan manual sedia ada.

Semua Pendaftar dan Pengesah di Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN,

Pejabat Daerah dan Pejabat Masyarakat Penyayang TIDAK

DIBENARKAN menggunakan saluran permohonan online ini bagi tujuan

kemasukan data pemohon yang dihantar secara manual dan perlu login

ke dalam sistem seperti kebiasaannya untuk tujuan pendaftaran baru

pemohon. Sila ikuti arahan yang dinyatakan dibawah bagi memudahkan

proses pendaftaran anda dilakukan.

Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.

Sekurang-kurangnya salah seorang Ibu atau Bapa kepada anak

yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Malaysia (SPR) dan merupakan pengundi di Pulau Pinang.

Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak

dilahirkan.

Setiap permohonan yang dikemukakan mestilah menggunakan

nombor MyKid yang boleh diperolehi daripada Sijil Kelahiran anak

(12 digit).

Setiap pemohon yang membuat permohonan secara online

diwajibkan mencetak borang yang telah siap diisi dan

mengemukakan borang tersebut yang telah ditandatangani berserta

salinan dokumen sokongan seperti berikut:

Page 3: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

3

o Salinan Sijil Kelahiran Anak (wajib disertakan)

o Salinan MyKid Anak (jika ada)

o Salinan Kad Pengenalanan Ibu dan Bapa (wajib

disertakan)

o Bukti salinan semakan daftar pemilih (wajib disertakan)

Borang permohonan & salinan dokumen sokongan hendaklah

dihantar samada secara serahan terus (by hand) ke Pejabat Daerah

seperti yang dipilih dalam borang permohonan online atau melalui

pos untuk diproses. Penghantaran selain daripada kaedah yang

dinyatakan tidak akan diterima.

Untuk membuat permohonan Program Anak Emas secara online,

kedua-dua ibu bapa mestilah mempunyai MyKad (12 digit) sahaja.

Sekiranya salah seorang ibu bapa tidak mempunyai MyKad maka

perlu mendapatkan borang permohonan manual di Pejabat Daerah

atau Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN berdekatan.

Sila pastikan maklumat permohonan yang diisi disemak terlebih

dahulu sebelum klik butang hantar.

Sebarang pindaan atau pengemaskinian maklumat permohonan

hanya boleh dibuat di Pejabat Daerah sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat dikemukakan tidak benar

maka borang boleh dianggap tidak sah dan permohonan

dikemukakan terbatal.

Keputusan Kerajaan Negeri adalah muktamad dan sebarang

rayuan yang dikemukakan tidak akan dilayan.

Untuk tujuan keselamatan setiap transaksi permohonan yang dibuat

di laman ini akan direkodkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan Program Anak Emas

secara atas talian (online) ini bolehlah dibuat dengan menghubungi

Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN/PARLIMEN berdekatan anda atau

Pejabat Masyarakat Penyayang di paras 45, KOMTAR.

Page 4: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

LANGKAH ARAHAN KEPUTUSAN

1)

Sila masukkan alamat URL untuk akses

ke dalam sistem iSejahtera,

http://isejahtera.penang.gov.my

Halaman Utama sistem iSejahtera akan dipaparkan.

2)

Sila klik pada Menu Pemohon Bantuan.

Kotak Mesej akan dipaparkan.

Page 5: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

3) Untuk teruskan permohonan klik OK pada

Kotak Mesej dan untuk kembali klik

Cancel

Skrin Syarat & Peraturan Program akan dipaparkan.

Page 6: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

4) Sila baca dan fahami Syarat & Peraturan

Program Anak Emas. Sila klik pada tick

box dan klik butang Teruskan

Pendaftaran.

Skrin Semakan Daftar Pemilih (SPR) akan dipaparkan.

5) Sila masukkan No. K/P (MyKad) ibu atau

bapa kepada anak pemohon untuk

semak daftar pemilih SPR dan klik

Semak.

Maklumat Daftar Pemilih dipaparkan.

Page 7: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

*Semak DUN, Parlimen dan Negeri

kawasan mengundi.

*** Sila cetak maklumat daftar pemilih seperti diatas untuk dilampirkan

bersama borang permohonan dan dihantar ke Pejabat Daerah.

Page 8: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

6)

Sila masukkan No. MyKid Anak (12 digit)

untuk semakan & tapisan duplikasi

rekod.

Setelah pemohon (ibu/bapa)

memasukkan No. MyKid Anak (12 digit),

paparan pengesahan kali kedua

diperlukan dengan memasukkan No.

MyKid Anak (12 digit) sekali lagi.

Sekiranya No. MyKid yang dimasukkan tidak sepadan simbol cross (X) akan

dipaparkan seperti berikut.

Sekiranya No. MyKid yang dimasukkan sepadan simbol right (/) akan

dipaparkan seperti berikut.

Page 9: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

Sekiranya No. Mykid yang dimasukkan

sepadan sila klik butang Semak Data.

Sekiranya rekod pemohon telah wujud dan telah didaftarkan ke dalam sistem,

nama pemohon akan dipaparkan.

Page 10: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

Sekiranya tiada rekod didaftarkan berdasarkan kepada No. MyKid yang

dimasukkan, Borang Permohonan Program Anak Emas akan dipaparkan.

Page 11: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

7) Sila isi Borang Permohonan Program

Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau

Pinang selengkapnya.

Semua ruangan bertanda * wajib diisi

Page 12: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

Apabila borang permohonan berjaya

dipaparkan, maklumat No. MyKid tidak

boleh dibuat pindaan. Sekiranya ingin

membuat pindaan, sila klik butang

kembali (back) pada browser yang

digunakan dan ulang semula proses

semakan duplikasi No. MyKid dengan

syarat butang Setuju & Hantar masih

belum diklik. Sekiranya telah dihantar

sebarang pengemaskinian atau

pembetualn No. MyKid hanya boleh

dibuat di Pejabat Daerah sahaja.

Bagi kategori pemohon, sila pilih salah

seorang ibu atau bapa kepada anak

pemohon yang merupakan pemilih

berdaftar dengan Suruhanjaya

Pilihanraya Malaysia (SPR) dan

merupakan pengundi di Pulau Pinang.

Page 13: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

Sila buat satu pilihan Pejabat Daerah

samada:

Daerah Barat Daya (Balik Pulau)

Daerah Timur Laut (Komtar)

Seberang Perai Utara (Kepala

Batas)

Seberang Perai Tengah (Bukit

Mertajam)

Seberang Perai Selatan (Jawi)

Pilihan yang dibuat adalah muktamad

dan borang permohonan & salinan

dokumen sokongan wajib dihantar ke

Pejabat Daerah berikut.

Pengesahan Kod Keselamatan (Captcha

Code) wajib dimasukkan berdasarkan

kepada penjanaan kod secara automatik

oleh sistem. Sekiranya kod yang

dipaparkan tidak boleh dibaca, terdapat

kemudahan untuk penjanaan semula kod

keselamatan. Imej Baru, klik DISINI

Page 14: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

8) Akuan Pengesahan Pemohon akan

memaparkan Nama dan No. MyKad ibu

atau bapa berdasarkan kepada pilihan

kategori pemohon yang telah dibuat.

Pemohon perlu tanda pada ruangan tick

box (/) untuk membolehkan butang

Setuju & Hantar diaktifkan.

Page 15: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

9) Borang berjaya disimpan apabila anda

klik pada butang Setuju & Hantar dan

Paparan Borang Permohonan Program

Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau

Pinang dipaparkan berserta arahan

cetakan.

** Sila cetak borang permohonan yang

dipaparkan pada skrin untuk

ditandatangani oleh pemohon dan sila

dapatkan pengesahan daripada salah

seorang seperti berikut:

• ADUN

• Ahli Parlimen

• Pegawai Daerah

• Ketua Penolong Pegawai Daerah

• Penolong Pegawai Daerah

• Penghulu

• Pegawai Penyelaras KADUN

• Pengerusi JKKK

Page 16: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

10) Pada ruangan bawah borang permohonan

yang dicetak menyatakan peringatan

supaya borang tersebut perlu dihantar

bersama dengan salinan dokumen

sokongan seperti sijil kelahiran anak,

samakn daftar pemilih SPR dan MyKad

Ibu & Bapa.

Pada bahagian Akuan Terima, akan

disahkan oleh Pegawai di Pejabat Daerah

berkenaan apabila borang permohonan

yang lengkap berserta dokumen

sokongan diterima. Slip berkenaan akan

dicerai dan diserahkan kepada pemohon

sebagai rujukan pada masa akan datang.

PERHATIAN: SILA PASTIKAN PEMOHON MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

YANG TELAH DICETAK DARI SISTEM (HARD COPY), SUDAH DITANDATANGANI OLEH

PEMOHON SERTA TELAH MENDAPAT PENGESAHAN PEGAWAI TERLIBAT. SALINAN

DOKUMEN SOKONGAN WAJIB DISERTAKAN JUGA SEMASA MENGHANTAR

PERMOHONAN TERSEBUT KE PEJABAT DAERAH YANG TELAH DIBUAT PILIHAN

SEMASA PERMOHONAN ONLINE DIBUAT DALAM TEMPOH MASA 7 HARI.

KEGAGALAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI AKAN

MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DIPROSES DAN TERBATAL.

Page 17: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

11)

Sekiranya pemohon ingin membuat

cetakan semula borang permohonan yang

telah lengkap diisi secara atas talian

(online), sila masukkan No. MyKid Anak

pada halaman utama sistem iSejahtera,

http://isejahtera.penang.gov.my

iaitu pada ruangan Semakan Status

Pendaftaran dan klik butang Papar.

Maklumat asas pemohon butang cetak

borang akan dipaparkan.

Page 18: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

12)

Sila klik pada butang cetak Borang

Permohonan dibahagian bawah.

Page 19: (KHUSUS UNTUK KEGUNAAN PEMOHON BAGI PROGRAM ANAK … · 2020. 3. 23. · MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0 PTMKN @ PSUKPP 2014 6) Sila masukkan

MANUAL PENGGUNA iSEJAHTERA - PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS ONLINE v.1.0

PTMKN @ PSUKPP 2014

13)

Borang Permohonan Program Anak Emas

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan

dipaparkan. Sila klik cetak pada ruangan

dibawah borang tersebut.

MAKLUMAN: Proses pemohonan anda

selesai, sekiranya ada sebarang

pertanyaan atau masalah berkaitan

permohonan Program Anak Emas

Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara atas

talian (online), sila hubungi Pejabat

Daerah yang berdekatan untuk bantuan

selanjutnya.