khurafat123

10
Tajuk : Khurat Pengenalan Amalan atau kepercayaan khurafat adalah merupakan hasil pengaruh agama lain dan kepercayaan anamisma yang dicampuradukkan dengan ajaran Islam. 1 Hasil kepercayaan- kepercayaan tersebut timbul permasalahan akidah dan amalan-amalan yang bertentan gan dengan Islam seperti penggunaan tangkal, azimat, pembomohan, dan seribu satu car a dan kaedah yang menyesatkan. Isu amalan khurafat ini bukan lagi isu picisan yang berlegar dikalanga n orang kampung sahaja, namun ianya telah menjadi suatu kepercayaan anamisma yang diper cayaai oleh segenap masyarakat samada yang berpendidikan tinggi atau tidak, yang tinggal d ibandar atau di kampung, dan yang Islam mahupun bukan Islam. Asal usul perkataan Khurafat Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bin Abu Bakar r.ha :                                                  2  Ertinya : Daripada Saidatina Aisyah r.ha berkata, pada suatu malam Rasulullah sa w telah meriyawatkan beberapa cerita kepada isteri-isterinya, lalu telah berkata seorang dari isterinya : Wahai Rasulullah bukankah cerita ini cerita Khurafat! . Ma ka Baginda Nabi saw pun bertanya : Adakah kamu tahu apa itu khurafat? ± baginda Nabi saw menerangkan- Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari kaum Uzrah, dia  telah disembunyikan (ditawan) oleh jin pada zaman jahiliah dalam tempoh masa yang lama, kemudian dia telah dilepaskan(dikembalikan) semula kepada manusia. Maka lelaki tadi menceritakan dengan apa yang telah dia lihat tentang keajaiban (kehidup an jin). Maka manusia ketika itu pun menamakan ini cerita khurafat (nama lelaki tersebut). 1  Dato, Hj. Omar Bin Awab, Pengarah Jabatan Agama Johor, Garis Panduan Khurafat D an Azimat, Jabatan Agama Johor. 2  Musnad Imam Ahmad, Maktabah al-Syamilah. Definisi Khurafat Khurafat ditakrifkan sebagai : "       " 3  Ertinya : Cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan

Upload: muhamad-faez-ahmad

Post on 13-Apr-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 1/10

Tajuk : Khurat

PengenalanAmalan atau kepercayaan khurafat adalah merupakan hasil pengaruh agamalain dankepercayaan anamisma yang dicampuradukkan dengan ajaran Islam.1Hasil kepercayaan-kepercayaan tersebut timbul permasalahan akidah dan amalan-amalan yang bertentangandengan Islam seperti penggunaan tangkal, azimat, pembomohan, dan seribu satu cara dankaedah yang menyesatkan.Isu amalan khurafat ini bukan lagi isu picisan yang berlegar dikalangan orang kampungsahaja, namun ianya telah menjadi suatu kepercayaan anamisma yang dipercayaai olehsegenap masyarakat samada yang berpendidikan tinggi atau tidak, yang tinggal dibandaratau di kampung, dan yang Islam mahupun bukan Islam.

Asal usul perkataan KhurafatDiriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bin Abu Bakar r.ha :

                                          2 Ertinya : Daripada Saidatina Aisyah r.ha berkata, pada suatu malam Rasulullah saw telahmeriyawatkan beberapa cerita kepada isteri-isterinya, lalu telah berkataseorang dariisterinya : Wahai Rasulullah bukankah cerita ini cerita Khurafat! . Maka Baginda Nabisaw pun bertanya : Adakah kamu tahu apa itu khurafat? ± baginda Nabi

sawmenerangkan- Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari kaum Uzrah, dia telahdisembunyikan (ditawan) oleh jin pada zaman jahiliah dalam tempoh masayang lama,kemudian dia telah dilepaskan(dikembalikan) semula kepada manusia. Makalelaki tadimenceritakan dengan apa yang telah dia lihat tentang keajaiban (kehidupan jin). Makamanusia ketika itu pun menamakan ini cerita khurafat (nama lelaki tersebut).

1 Dato, Hj. Omar Bin Awab, Pengarah Jabatan Agama Johor, Garis Panduan Khurafat D

an Azimat, JabatanAgama Johor.2 Musnad Imam Ahmad, Maktabah al-Syamilah.Definisi KhurafatKhurafat ditakrifkan sebagai :"      "3 Ertinya : Cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 2/10

perkara dusta.Khurafat juga ditakrifkan sebagai :"             "4 Ertinya : Sebarang cerita yang sebenar-benar dusta

Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, khurafat ialah : cerita karut (karut marut)5.Daripada definisi yang dinyatakan, dapat dibuat kesimpulan seperti berikut :ªKhurafat ialah semua cerita samada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan  yangmenyimpang dari ajaran Islamº.

Antara Amalan-Amalan Khurafat Arab Jahiliah.Sebelum kedatangan Baginda Nabi Muhammad saw dengan membawa ajaran Islam,orang arab jahiliah sangat berpegang kuat dengan ajaran-ajaran khurafat yang jelas syirikdan sesat. Amalan-amalan khurafat dan anamisma ini terlalu kuat berakar  umbi dalampemikiran dan kuat dalam amalan mereka.

Antara Bentuk-Bentuk Amalan Khurafat Arab Jahiliah Ialah :1. Menenung atau menilik nasib;2. Menyembah dan mempercayai kuasa berhala-berhala;

3   juzuk 1, halaman 237.4    , kamus, halaman 175.5 Kamus Idris al-Marbawi, halaman 169.3. Mempercayai dukun, ahli nujum, dan tukang tilik.Amalan meramal dan menilik nasib sering dilakukan oleh orang arab jahi

liah ketikahendak bermusafir, berkahwin, menerima cahaya mata, dan menentukan sesuatu itusamada akan membawa kebaikan atau kecelakaan. Mereka sering menggunakananakpanah yang belum dipasangkan bulu, yang dipanggil `azlam'. Anak panah tersebut akanmemainkan peranan dalam setiap tindakan yang akan mereka lalukan.Masyarakat arab juga akan membuat dan mengukir patung-patung berhala untuk merekasembah dan mengadu nasib. Di kaabah, mereka menggantung patung-patung yangmereka buat dengan tangan-tangan mereka sendiri yang dipanggil Latta dan Uzza. M

alahpatung-patung ini bukan sekadar melambangkan kesyirikan dan amalan khurafat yangdibuat oleh arab jahiliah tetapi ianya menunjukkan kerendahan akal dantaraf pemikiranmereka pada masa itu.Bomoh, dukun, tukang tilik, dan ahli nujum merupakan tempat sandaran masayarakatarab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Mereka akan mempercayai

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 3/10

ramalan dukun, ahli nujum dan bomoh yang mereka jumpa dan keyakinan mereka kepadaperkara-perkara tersebut sangat mendalam.Baginda Nabi saw bersabda, Hadith riwayat daripada saidina Ibnu Masud r.h :    6 Ertinya : Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih itu adalahsyirik.Sabda Nabi saw lagi :              7 Ertinya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasai sial atau memintadiramalkan kesialannya atau merenung nasib atau meminta ditenungkan ataumensihirkan atau meminta disihirkan.

Kedua-dua hadith di atas ini menggambarkan sikap orang arab jahiliah yang telahditegaholeh Nabi saw iaitu amalan jampi mentera, tangkal, ilmu pengasih, sihir, dan meramal

6

 Hadith riwayat al-Tabaroni.7 Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad.nasib samada membawa kebaikan atau kesialan. Ini semua merupakan amalan-amalankhurafat yang telah diamalkan oleh golongan arab jahiliah sebelum danketikakedatangan Islam. Baginda Nabi saw datang membawa cahaya untuk mengeluarkan umat arab jahiliah dari kegelapan, kejahilan, kesyirikan dan kebatilan tersebut.Dalam hadith yang lain juga, baginda Nabi saw menegaskan persoalan mempercayai ahlinujum, tukang tilik, atau bomoh. Sabda Nabi saw daripada Abu Hurairah r.h :

               8 Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir danmenanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya,maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada NabiMuhammad saw.Hadith ini juga menunjukkan amalan orang arab jahiliah yang suka mempercayai bomoh,tukang tilik dan ahli nujum untuk meramalkan nasib dan apa juga yang berkaitan dengankehidupan mereka.

Contoh Amalan Khurafat Arab Jahiliah ialah kepercayaan mereka kepadaburung9:Mereka akan mempercayai kepada arah burung yang berterbangan member kesan kepada nasib mereka. Apabila mereka hendak mengerjakan sesuatu atau sedang merekabermusafir menuju kesesuatu tempat dengan tujuan dan maksud tertentu, tiba-tiba

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 4/10

kedapatan burung yang melintasi mereka, maka mereka akan kaitkan dengan  suatukepercayaan-kepercayaan tertentu. Melah mereka meletakkan nama-nama khusus  padakeadaan burung yang melintasi mereka.Burung yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As-SawaehBurung yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al-BawarehBurung yang datang kepada mereka dari arah depan dinamakan : An-NatehBurung yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al-QaidJusteru, dari nama-nama tersebut datanglah pelbagai ramalan dan tafsiran  yang khusussamada ianya membawa bala bencana, ada tuah dan kebaikan, untung rugidan

8 Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim.9 Kertas kerja Khurafat, Darul Syifa', Dato' Dr. Harun Dinsebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepadakeadaanburung tersebut.Mereka juga mempercayai jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi diatas rumah, maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan m

eninggal dunia.Kepercayaan sebegini akan mengakibatkan penghuni rumah tersebut berkeadaan murungdan dukacita yang tidak terkira kerana musibah kematian yang akan menimpa ahlikeluarga mereka. Wallahua'lam.Secara umum kita kita dapati amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkandizamanjahiliah sebelum kedatangan baginda Nabi saw, malah ketika Nabi saw diutuskan allahswt untuk menegah perkara-perkara ini, masih ramai lagi umat arab jahiliah yang masihberamal dan berpegang kuat dengan adat dan khurat nenek moyang mereka.

  Apa yanglebih menyedihkan lagi, kita dapat lihat amalan-amalan khurafat ini turut diamalkandizaman sekarang. Setelah lebih 1400 tahun baginda Nabi saw meninggalkan kita tetapimasih ramai lagi manusia hari ini yang beramal dengan perkara-perkarakhurafat dankembali ke zaman jahiliah.Di dalam kita    ada menyebutkan :ªAdapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentangadanya seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh member kesan 

pada kebahagian atau kecelakaan manusia. semuanya itu adalah khurafat.I slammembatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhidº.10 

Antara Bentuk-Bentuk Amalann Khurafat Masyarakat Melayu Malaysia11 .Terdapat banyak amalan-amalan khurafat yang telah diamalkan oleh masyarakat mel

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 5/10

ayuantaranya :1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, batu, bukit, gunung, pokok  dansebagainya.2. Kepercayaan kepada sesuatu boleh membawa sial, justeru perlu dibuang  denganamalan istiadat mandi safar. Namun amalan ini sudah kurang diamalkan.3. Adat kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya reeki seperti adat memuja semangat padi.

10   halaman 179.11 Garis Panduan Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor4. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang nenek moyang yangtidak ada asas dan bercanggah dengan Islam.Terdapat pelbagai lagi kepercayaan-kepercayaan khurafat yang berlegar dikalangan umatmelayu dan ada yang masih kekal dan diwarisi turun temurun.

Contoh Amalan Khurafat Masyarakat Melayu Islam Ialah Dalam Ibadah Haji :

12 ªJemaah yang hendak bermusafir menunaikan ibadah haji, apabila hendak keluar darirumah jangan memijak bendul rumah, kalau dipijak, alamat tidak akan balik semula kerumah dan ke tanah air. Apabila mula sahaja keluar dari rumah, jangan  lagi pandang kebelakang iaitu melihat rumah kerana ini akan menyebabkan pekerjaan haji  tidaksempurna. Dan jemaah haj yang balik ke tanah air hendaklah melakukaniddah hajiselama 40 hari duduk di dalam rumah berkurung untuk mendapat keberkata

n dan hajiyang mabrur, jika tidak ianya menjadi sia-siaº.

Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Dalil-Dalilnya.Islam sangat menitikberatka soal-soal akidah dan syariah. Segala amalandankepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran,al-Hadith, Ijmak dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.Sabda Rasulullah saw :      :        :           13

 Ertinya : Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidakada di dalamnya, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.

Para ulamak menyatakan bahawa maksud perkataan ªyang dinyatakan sesuatu yangtidak ada didalamnyaº ialah tidak ada nas dan tidak menepati hukum-hukum,kaedah-kaedah dan usul-usul syarak.

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 6/10

12 Kertas Kerja Khurafat, darul Syifa', dato' Dr. Harun Din.13 Hadith riwayat Bukhari dan Muslim / Sohih Muslim / Hadit 40 al-Wafi Imam al-Nawawi.Sabda Rasulullah saw lagi :      :        :         14 Ertinya : Barangsiapa rnengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agamakami, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.Sabdanya lagi :           :         15 Ertinya : percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kitamelainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah swt akan menghilangkannyadengan tawakkal.Dalam hadith ini disebutkan contoh burung. Namun ianya termasuk apa jua binatangseperti biawak, burung gagak, kelicap, burung hantu dan benda yang dijadikan sebagai

azimat, maka hukumnya adalah sama iaitu syirik.Firman Allah swt :¸´¸ _.. _¸. ¸¿¸: ¸<¦ !. ¸ ,

 

., ¸´¸ 쯸., ¿¸|· ¸l-· ,.¸|· ¦:¸| ´_¸. _,¸.¸l.Ll¦ ¸¸¸_¸Ertinya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memujayang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan jugatidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkaumengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).Daripada ayat di atas ini, termasuklah amalan-amalan memuja jin dan memintapertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh seseorang bomohdan dukun

14 Hadith riwayat ahmad dan Muslim / Sohih Musli.15 Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.adalah syirik dan menyesatkan kerana ia telah menyembah atau memuja yang lain dariAllah swt.Sabda Rasulullah saw :       :        :                     16Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan

menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya,maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada NabiMuhammad saw.Hadith ini boleh dikaitkan amalan khurafat yang dilakukan oleh masyarakat melayu yangsuka dengan pembomohan, mempercayai dukun dan pawang, tukan tilik danilmu-ilmuhitam. Semua itu adalah haram dan syirik serta berdosa besar.Orang Melayu Islam juga terkenal dengan amalan jampi serapah dan ayat-

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 7/10

ayat menteradan azimat. Ini juga ada yang boleh jatuh kepada kufur, syirik dan haram.Sabda Rasulullah saw :     :      :    :      :          17Ertinya : Dari Saidina Auf ibnu Malik katanya : Dahulu kami melakukan jampi dizaman jahiliah, lalu kami bertanya : Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuandalam hal ini? Baginda bersabda ª PErlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu.Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi18, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada3 syarat iaitu :1. Ia mesti berdasarkan kepada Allah swt dan nama-namaNya yang mulia.

16 Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim17 Hadith riwayat Muslim / Sohih Muslim Imam al-Nawawi18

 Kitab Fatawa al-Muassirah, Dr Yusuf al-Qaradawi.2. Ia mesti diturunkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahamimaknanya (jika bukan bahasa arab).3. Beriktikad bahawa ianya tidak member kesan dengan sendirinya, tetapi  dengantakdir allah swt jua.Di dalam amalan tradisional, terdapat jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yangdiharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah19 :1. Jampi yang diharuskan : jampi ini ialah jampi yang menepati 3 syarat seperti

 yangdinyatakan di atas.2. Jampi yang diharamkan : jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yangmengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan sihir, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampuraduk,seperti jampi yang dimulakan dengan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseurnama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan berkat kata LaaIlaaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah atau seumpamanya. Maka ini termasukkhurafat yang syirik dan haram.

Peranan Guru Sebagai Da'ie Bagi Menangani Amalan KhurafatTidak dinafikan, bahawa guru juga memainkan peranan penting dalam menerang,mendidik dan mencegah amalan-amalan khurafat ini bukan sahaja dikalanga para pelajar,tetapi untuk kesinambungan maslahah umat.Antara cadangan yang boleh dikemukakan di sini ialah ;1. Guru mestilah memberikan penerangan yang jelas serta garispanduan mudah bagi 

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 8/10

para pelajar agar mereka dapat menilai sesuatu perkara itu termasuk dalamkategori khurafat atau pun tidak.Guru mesti mempastikan para pelajar mengetahui 3 syarat yang membolehkkanjampi itu diharuskan agar mereka dapat membuat penilaian yang betul danmenolak segala bentul amalan yang bercanggah dengan syarak.Sebagai contoh : Amalan memuja roh seperti permainan ªspirit¼ spiritº telahmenjadi mainan biasa dikalangan para pelajar. Maka dengan perkara-perkara asas,berkaitan pemujaan selain Allah swt, dan menyeru kuasa-kuasa ghaib adalahdiharamkan oleh syarak

19 Garis Panduan Khurafat dan Azimat, Jabatan Agama Johor2. Bekerjasama dengan institusi agama dalam mewawarkan fatwa-fatwa amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Dalam ertikata yang lain, guru jugaboleh menjadi juru cakap menyebar luaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan.Sebagai contoh : Fatwa kuda kepang yang telah diharamkan oleh pihak JabatanMufti Johor

20, maka guru memainkan peranan dalam menerangkan, kenapa ianyadiharamkan, apakah unsure-unsur syirik, khurafat, dan amalan-amalan yangbertentangan dengan syarak yang ada dalam amalan-amalan tersebut.Isu ini masih ramai lagi para pelajar dan golongan dewasa yang terlibat denganamalan permainan kuda kepang. Dan sesetengah sekolah masih terdapat kelabkuda kepang. Ini jelas bercanggah dengan fatwa yang telah dikeluarkan.Justeruguru memainkan peranan sebagai juru cakap dan menyebar luaskan fatwatersebut.3. Membuat kempen-kempen dan penerangan tentang bahayanya amalan khurafa

tkepada akidah dan syariat.Sebagai contoh : terdapat pamplet-pamplet, hand out yang telah dikeluarkan oleh jabatan agama dan jabatan mufti. Guru boleh mengajak para pelajar untuk turunpadang menyebarkan kempen-kempen amalan-amalan khurafat denganmengedarkan flyers, pamphlet, hand out, dan sebagainya. Secara tidak langsung,para pelajar dapat mendalami dengan lebih jelas isu khurafat ini danmenyampaikan kepada masyarakat4. Melaporkan setiap perkara yang berkaitan dengan isu khurafat, ajaran  yang

menyalahi akidah dan syariat kepada pihak yang berkuasa.Sebagai contoh : talian rakan cob atau penguatkuasaan yang berhubung secaralangsung dengan badan-badan yang bertanggung jawab bagi melaporkan gejaladan amalan-amalan khurafat yang berlaku.Guru juga boleh menjadi mata-mata untuk mendapatkan maklumat kepadaamalan-amalan khurafat yang dijalankan oleh sesetengah pihak untuk dilaporkankepada pihak berwajib. Selain itu, rangkaian guru dengan pelajar juga

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 9/10

bolehmendapatkan risikan dan maklumat yang lebih tepat bagi menangani masalahamalan-amalan ini.5. Guru juga mesti mampu menjadi pembimbing dalam isu pemurnian akidah  dandakwah, agar mereka yang tersesat dan terjebak dalam perkara-perkara khurafatini mendapat bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

20 Rujukan, Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Johor / Fatwa Kuda Kepang Jabatan Mufti JohorPakar kaunseling dan penasihat akidah mungkin tidak ramai di jabatan-jabatanagama, justeru, guru juga mestilah boleh membantu dalam memulihkan fahamanyang salah dan bercanggah dengan syariat.Secara umumnya, cadangan-cadangan ini menaikkan martabat dan profesionperguruan dimata masyarakat.

Kesimpulan Dan PenutupAmalan khurafat sememangnya berleluasa sejak zaman beraman dan khususnya, di alammelayu Malaysia ini juga tidak kurang banyaknya amalan-amalan tersebut.

Perkara iniperlulah dicegah kerana ianya membawa kepada syirik dan dosa besar. Namun, sebelumlangkah-langkah pencegahan diambil, proses didikan, pemahaman dan penyebarluasanilmu juga perlu dimainkan dengan baik. Banyak juga amalan-amalan khurafat inimerupakan amalan turun temurun nenek moyang dan orang-orang tua. Maka pendekatan dakwah untuk memperbetukkan perkara ini juga suatu yang perlu difikirkan keranakebanyakkan minda orang lama ini agak rijid dan sukar untuk menerimajika dikatakan

khurafat dan menyalahi syariat.Justeru, sebagai pendidik, guru, dan da'ie, perkara ini hendaklah diperjelaskan sebaiknyakepada generasi baru agar ianya tidak diwarisi dan konsep dakwah dan pendekatanilmuadalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu-isu khurafat yang berlegardi kalanganmasyarakat.Kesimpulannya, segala bentuk khurafat samada yang berbentuk amalan atau kepercayaanboleh membawa kepada syirik jika bertentangan dengan akidah dan syariah  Islam.Justeru, setiap umat Islam perlu menjauhinya dengan cara tidak mengamalkannya da

lamkehidupan sehari-hari dan hendaklah menambah ilmu pengetahuan dalam soal pendidikan agama.Wallahu a'lam.

7/24/2019 Khurafat123

http://slidepdf.com/reader/full/khurafat123 10/10

 Rujukan :1. Tafsir Al-Quran Edisi Melayu2. Sohih Bukhari, Imam Ibnu Hajar3. Sohih Muslim, Imam Al-Nawawi4. Hadith 40 Imam Al-Nawawi, Al-Wafi5. Garis Pandua Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor6. Kertas Kerja Khurafat, Darul Syifa' Dato' Dr. Haron Din7. Kamus Mukjam Al-Wasit8. Kamus Al-Munjid9. Kamus Idris Al-Marbawi10. Fatawa Al-Muasirah, Dr Yusuf Al-Qaradawi11. Azimat, Jampi, Sihir, Dan Berubat Menurut Islam, Dr. Rushdi Ramli12. Lawan Web Jakim / Mufti Brunei

Patah perkataah : 2,845