khurafat

15
Najihah binti che azhar PISMP 6.02

Upload: najihah-azhar

Post on 08-Jul-2015

326 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khurafat

Najihah binti che azhar

PISMP 6.02

Page 2: Khurafat

DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:

(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang

dicampuradukkan dengan perkara dusta

(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:

KHURAFAT

Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada

perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Page 3: Khurafat

Kesimpulannya

KHURAFAT

Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dariajaran Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Page 4: Khurafat

CIRI-CIRI KHURAFAT

1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau

hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.

2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.

3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama

dan bercanggah dengan Islam.

4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok

dan sebagainya.

5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan

syariah.

6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk

halus

Page 5: Khurafat

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu,

telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

KERAMAT

1. Perkara yang luar biasa.

2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.

3. Terjadi daripada orang salih.

4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok

dll.

Page 6: Khurafat

5. Bukan dari orang fasik.

6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat

mandi membuang sial dan sebagainya.

7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon

pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat

merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya

TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.

Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi

sebanyak 3 kali)

Page 7: Khurafat

JIN

1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar

dan ada kewajipan.

2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di

dunia ini.

3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.

4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27

yang bermaksud

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada

tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang

diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api

yg sangat panas.

Page 8: Khurafat

Firman Allah:

وأنه كان رجال من اإلنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا

Maksudnya :

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia

meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin,

maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka.

(Al-Jin 72: 6)

.

Page 9: Khurafat

Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki

seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh

petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan

membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai

Rezeki Pemberian Allah

Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud

: 6)

Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah

Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan

mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak

berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.

Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga

jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang

datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan

hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.

.

Page 10: Khurafat

Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek

moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan

sebagainya.

Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-

angka atau rajah-rajah tertentu.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai

berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap

orang-orang yang membuat makam-makam para nabi

sebagai tempat ibadat

Page 11: Khurafat

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada

sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan

Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

من أحدث ىف أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami

sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu

adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok,

kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan

dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya

ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala,

adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan

kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Page 12: Khurafat

وال تدع من دون هللا ما ال ينفعك وال يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمني

Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari

Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat

kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat

kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang

demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku

zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

أوسحر أو سحر له Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau

meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib

atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta

disihirkan.

Page 13: Khurafat

Sabda Rasulullah

إن الرقى والتمائم والتولة شرك

Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itusyirik.

من علق متيمة فقد أشرك

Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukankesyirikan.

Page 14: Khurafat

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM

1. MEROSAKAN AKIDAH

2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH

3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR

4. HILANG SIKAP BERUSAHA

5. MUDAH BERPUTUS ASA

TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika

mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah

terjerumus ke lembah kesyirikan.

Page 15: Khurafat

RUJUKAN http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11886.0

http://dakwahwanita.wordpress.com/kepercayaan-

karut/3-jenis-jenis-khurafat/