khidmat masyarakat di rumah anak

2
KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM KG. CHE BEMA , SUNGAI PETANI, KEDAH Satu program bersama Penasihat Akademik telah diadakan bersama dengan pelajar-pelajar Diploma Akauntansi (DAT6A) Jabatan Perdagangan pada tanggal 19 Januari 2013 di Rumah Anak-anak Yatim Kg. Che Bema, Sg. Petani, Kedah . Program ini diadakan bagi memupuk rasa cinta dan kasih sayang terhadap insan yang kurang bernasib baik dan juga membentuk semangat tolong-menolong serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dan anak-anak yatim. Kami bertolak ke Rumah Anak Yatim Kg. Che Bema pada pukul 7.30 pagi dan tiba di sana pada jam 9 pagi. Setibanya di sana, kami disambut oleh anak-anak yatim seramai 21 orang iaitu pelajar lelaki sahaja yang terdiri daripada 4 orang pelajar sekolah rendah dan 17 orang pelajar sekolah menengah. Kemudian, kami telah diagihkan kepada 5 kumpulan yang turut disertai dengan 5 orang anak yatim untuk sesi gotong-royong dan juga sukaneka. Setiap kumpulan diagihkan tugas untuk membersihkan persekitaran rumah anak yatim iaitu di kawasan luar rumah anak yatim, surau, tandas, pejabat dan bahagian ruang legar rumah anak yatim. Kami juga menyumbangkan pokok bunga dan pokok buah-buahan yang telah ditanam dibahagian belakang rumah anak-anak yatim tersebut. Aktiviti gotong-royong telah selesai pada jam 11.30 pagi dan aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka. Acara pertama yang dijalankan adalah makan epal yang disertai oleh 2 orang anak yatim dari setiap kumpulan dan mereka akan berganding bahu untuk habiskan epal yang digantung tinggi. Kumpulan 5 telah menjadi juara dalam acara ini.

Upload: zaedi-ahmad

Post on 03-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

LAPORAN

TRANSCRIPT

Page 1: Khidmat Masyarakat Di Rumah Anak

KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM KG. CHE BEMA , SUNGAI PETANI, KEDAH

 

Satu program bersama Penasihat Akademik telah diadakan bersama dengan pelajar-pelajar Diploma Akauntansi (DAT6A) Jabatan Perdagangan pada tanggal 19 Januari 2013 di Rumah Anak-anak Yatim Kg. Che Bema, Sg. Petani, Kedah .  Program ini diadakan bagi  memupuk rasa cinta dan kasih sayang terhadap insan yang kurang bernasib baik dan juga membentuk semangat tolong-menolong serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dan anak-anak yatim.  

Kami bertolak ke Rumah Anak Yatim Kg. Che Bema pada pukul 7.30 pagi dan tiba di sana pada jam 9 pagi. Setibanya di sana, kami disambut oleh anak-anak yatim seramai 21 orang iaitu pelajar lelaki sahaja yang terdiri daripada 4 orang pelajar sekolah rendah dan 17 orang pelajar sekolah menengah.

Kemudian, kami telah diagihkan kepada 5 kumpulan yang turut disertai dengan  5 orang anak yatim untuk sesi gotong-royong dan juga sukaneka. Setiap kumpulan diagihkan tugas untuk membersihkan persekitaran rumah anak yatim iaitu di kawasan luar rumah anak yatim, surau, tandas, pejabat dan bahagian ruang legar rumah anak yatim. Kami juga menyumbangkan pokok bunga dan pokok buah-buahan yang telah ditanam dibahagian belakang rumah anak-anak yatim tersebut.  

Aktiviti gotong-royong telah selesai pada jam 11.30 pagi dan aktiviti diteruskan lagi dengan acara sukaneka. Acara pertama yang dijalankan adalah makan epal yang disertai oleh 2 orang anak yatim dari setiap kumpulan  dan mereka akan berganding bahu untuk habiskan epal yang digantung tinggi. Kumpulan 5 telah menjadi juara dalam acara ini.

Acara yang kedua adalah Makin Jauh Makin Sayang di mana setiap ahli kumpulan  berbaris dengan jarak yang telah ditentukan dengan belon berisi air yang dibaling oleh setiap ahli kumpulan. Kumpulan 3 telah memenangi acara tersebut dengan memperoleh markah dan belon yang terbanyak.  Sukaneka diteruskan lagi dengan acara mengisi air di dalam botol dan acara sepakan kasih. Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk mengisi air di dalam botol yang disediakan sehingga penuh dengan menggunakan cawan yang telah disediakan. Dalam acara sepakan kasih, setiap ahli kumpulan secara berpasangan perlu menyepak bola masuk ke dalam gol dengan kaki yang

Page 2: Khidmat Masyarakat Di Rumah Anak

berikat antara satu sama lain. Bagi acara ini, kumpulan 2 telah menjadi pemenangnya dengan memperolehi gol yang terbanyak.

Setelah selesai acara sukaneka, pelajar menikmati makanan yang disediakan dan  seterusnya menunaikan solat berjemaah bersama-sama dengan anak-anak yatim di surau Rumah Anak Yatim Kg. Che Bema.

Sehari bersama anak yatim diteruskan lagi dengan aktiviti kotak beracun. Kotak beracun akan bergerak serentak dengan muzik yang dipasangkan dan sesiapa yang memegang kota beracun ketika muzik dihentikan perlulah melakukan hukuman seperti memecahkan belon dalam masa 1 minit seperti yang diarahkan. Kami juga juga telah mengajar anak-anak yatim tentang gerakan-gerakan “energizer” yang boleh mereka praktikkan pada masa lapang.

Di akhir program, acara pemberian hadiah dan sumbangan telah diberikan kepada anak-anak yatim dan pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Kg. Che Bema.  Program ini telah berakhir sekitar pukul 5.30 petang dan kami bertolak pulang ke politeknik selepas selesai sesi fotografi bersama anak-anak yatim tersebut.