khazanah lamamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3011/1/wmm...orang wakil bagi menghadiri...

4
IJil. 1/2005 .lanuari - .lun 2005 ISSN 0128-6897 PAMERAN MANUSKRIP MELAYU: WARISAN PEMIKlRAN SILAM P usat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia telah meneruskan aktiviti pameran bergeraknya bagi tahun 2005. Pada kali ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah terpilih bagi tujuan pameran ini. Pameran ini telah mempertontonkan 60 bingkai berg am bar manuskrip Melayu yang meliputi pelbagai bidang dan telah bermula pada 3 April 2005 sehingga 30 April 2005. Pelbagai institusi dan orang perseorangan serta orang awam telah dijemput untuk menghadiri ceramah dan pameran tersebut. Respon daripada penonton yang hadir pada sesi ceramah itu . am at menggalakkan. Pusat Manuskrip Melayu juga buat julung-julung kalinya berkerjasama dengan Bahagian Pemuliharaan, mengadakan demostrasi berhubung dengan pemuliharaan bahan-bahan manuskrip yang diwakili oleh Encik Saa'dun dan Encik Aris. Timbalan Pengarah Pusat Manuskrip Melayu, Puan Salimah Abd. Rahman turut dijemput untuk diwawancara di RTM Pahang dan RTM saluran 8 di dalam mempromosikan manuskrip Melayu kepada masyarakat. Pameran Manuskrip Melayu: Warisan Pemikiran Silam di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Khazanah Lama: WARISAN SENI PUSAKA, SATU PENGESANAN B erdasarkan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia Ahad bertarikh 20 Mac 2005, Perpustakaan Negara Malaysia yang diketuai oleh Encik Faizal Hilmie, Pegawai Pembinaan Koleksi di Pusat Manuskrip Melayu telah membuat lawatan di Rompin, Pahang pada 4 April 2005, dan berjaya menemui Encik Shahrizal pemilik Galeri Khazanah Lama: Warisan Seni Pusaka. Beliau memiliki lebih kurang 5 buah manuskrip Melayu lama yang mana beliau mendakwa salah satunya dipercayai kitab kepunyaan Khalifah Saidina Ali. Namun setelah dibuat penilaian, temyata manuskrip tersebut bukanlah seperti yang di dakwa, sebaliknya merupakan fragmen yang banyak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Bagi mendapat penjelasan Encik Faizal Hilmie menyarankan agar beliau merujuk kepada pakar bagi memastikan kesahihannya Selain itu, beliau juga menyimpan berbagai jenis keris pusaka termasuk peninggalan nenek moyangnya yang terdahulu. WARKAH MANUSKRIP MELAYU I 1 Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khazanah Lamamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3011/1/WMM...orang wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Pelancaran ini dimulai dengan kata alu-aluan Y.Bhg Tuan Haji Abd

IJil. 1/2005 .lanuari - .lun 2005 ISSN 0128-6897

PAMERAN MANUSKRIP MELAYU: WARISAN PEMIKlRAN

SILAM

Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia telah meneruskan aktiviti pameran bergeraknya bagi

tahun 2005. Pada kali ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah terpilih bagi tujuan pameran ini. Pameran ini telah mempertontonkan 60 bingkai berg am bar manuskrip Melayu yang meliputi pelbagai bidang dan telah bermula pada 3 April 2005 sehingga 30 April 2005. Pelbagai institusi dan orang perseorangan serta orang awam telah dijemput untuk menghadiri ceramah dan pameran tersebut. Respon daripada penonton yang hadir pada sesi ceramah itu . am at menggalakkan. Pusat Manuskrip Melayu juga buat julung-julung kalinya berkerjasama dengan Bahagian Pemuliharaan, mengadakan demostrasi berhubung dengan pemuliharaan bahan-bahan manuskrip yang diwakili oleh Encik Saa'dun dan Encik Aris. Timbalan Pengarah Pusat Manuskrip Melayu, Puan Salimah Abd. Rahman turut dijemput untuk diwawancara di RTM Pahang dan RTM saluran 8 di dalam mempromosikan manuskrip Melayu kepada masyarakat.

Pameran Manuskrip Melayu: Warisan Pemikiran Silam di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Khazanah Lama: WARISAN SENI PUSAKA,

SATU PENGESANAN

B erdasarkan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia Ahad bertarikh 20 Mac 2005, Perpustakaan Negara

Malaysia yang diketuai oleh Encik Faizal Hilmie, Pegawai Pembinaan Koleksi di Pusat Manuskrip Melayu telah membuat lawatan di Rompin, Pahang pada 4 April 2005, dan berjaya menemui Encik Shahrizal pemilik Galeri Khazanah Lama: Warisan Seni Pusaka. Beliau memiliki lebih kurang 5 buah manuskrip Melayu lama yang mana beliau mendakwa salah satunya dipercayai kitab kepunyaan Khalifah Saidina Ali. Namun setelah dibuat penilaian, temyata manuskrip tersebut bukanlah seperti yang di dakwa, sebaliknya merupakan fragmen yang banyak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Bagi mendapat penjelasan Encik Faizal Hilmie menyarankan agar beliau merujuk kepada pakar bagi memastikan kesahihannya Selain itu, beliau juga menyimpan berbagai jenis keris pusaka termasuk peninggalan nenek moyangnya yang terdahulu.

WARKAH MANUSKRIP MELAYU I 1

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Khazanah Lamamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3011/1/WMM...orang wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Pelancaran ini dimulai dengan kata alu-aluan Y.Bhg Tuan Haji Abd

Wacana dan Pelancaran Buku "SYEIKH AHMAD AL-FATHANI: PEMIKIR

AGUNG MELAYU DAN ISLAM"

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAII) dan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)

telah menganjurkan Pelancaran buku "Syeikh . Ahmad al-Fathani: Pemikir Agung Melayu

dan Islam" bagi memperingati 100 tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (11 Zulhijjah 1325-11 Zulhijjah 1425) di Wisma Sejarah, lalan Tun Razak Kuala Lumpur. Pusat Manuskrip Melayu telah menghantar 4 orang wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Pelancaran ini dimulai dengan kata alu-aluan Y.Bhg Tuan Haji Abd Rahman Mohamad, Pengerusi PENGKAII dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Omar Mohd Hashim, Pengerusi 11K Eksekutif PSM. Selain itu sesi tayangan klip video mengenai Syeikh Ahmad al-Fathani telah dipertontonkan kepada hadirin pada hari tersebut, kemudian ia disusuli dengan wacana yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohammad Shaghir Abdullah. Antara petikan kandungan buku tersebut:

"Syeikh Ahmad al-Fathani lahir pada malam Jumaat waktu "jendera budak" di Kampung Sena Janjar, Jambu. Jerim Fathani Daru Salam pada 5 Sya'ban 1271 Hl10 April 1856 M. Beliau wafat di Mina pada 11 Zulhijjah 1325 HI14 Januari 1908 M dan dikebumikan di Ma'la, Makkah. Beliau adalah dari keturunan pembesar-pembesar Daulah Fathani Darus Salam, baik dari sebelah ayah maupun dari sebelah ibunya. Datuknya Syeikh Haji Wan Mushthafa al-Fathani bergelar Datu' Pang lima Kaya Fathani berperanan sebagai pemutus terakhir sahnya perlantikan seseorang raja atau pembesar dala,m Daulah Fathani Darus Salam. Syeikh Ahmad al-

2 I WARKAH MANUSKRIP MELAYU

Fathani hidup dalam masa peralihan antara zaman klasik dengan zaman moden, belajar dan bergaul dengan ulama tradisional dan sempat pula hidup dalam awal dunia moden, bergaul dan berdialog atau bertukar-tukar pendapat dengan para tokoh reformisltajdid dunia Islam. Beliau menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan di antaranya ialah; Pemikiran dan penulisan tentang Islam, Melayu, penerbitan kitab dan percetakan, politik dan pentadbiran, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan, perubatan dan kemasyarakatan, sejarah, geograji, sosailogi, ilmu khat dan ilustrasi, pertanian dan berbagai lagi. Dalam perjuangan keilmuan dan pemikiran beliau memperjuangkan untuk kepentingan umat Islam seluruh dunia terutama kepada dunia Melayu"

Buku Syeikh Ahmad AI-Fathani: Pemikir Agung Melayu dan Islam, Jilid 1.

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Khazanah Lamamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3011/1/WMM...orang wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Pelancaran ini dimulai dengan kata alu-aluan Y.Bhg Tuan Haji Abd

Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara SEJARAH DAN WARISAN: MEMUPUK WARISAN DAN

TRADISI BANGSA BERAJA

Seminar antarabangsa ini diadakan di Hotel Vistana, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 8-11 Mei 2005 sebagai

menghargai dan memberi penghormatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah AI­Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riyatuddin AI-Muadzam Shah bersempena dengan Ulang Tahun ke-31 pemerintahan baginda di atas takhta kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seminar ini dirasmikan sendiri oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang Selain daripada itu, ia juga merupakan satu usaha berskala besar untuk mempertemukan golongan intelektual dan para pengkaji dari seluruh nusantara bagi sarna-sarna mengimbas kembali liku-liku sejarah awal Kesultanan Melayu serta kedudukan institusi tersebut pada mas a kini disamping menjadi perantara untuk mendekatkan raja dengan rakyat dan rakyat dengan raja. Seminar ini dihadiri lebih 181 peserta dari seluruh Nusantara termasuk

Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Sebanyak 26 kertas kerja telah dibentangkan oleh 25 orang cendiakawanlsejarawan dari seluruh Nusantara. Antaranya ialah:

1. Prof. Dato' Dr.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman "Kerajaan Pra-Melaka di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera"

2. Drs. Bambang Budi Utomo "A daptasi Lingkungan Masyarakat Melayu di Nusantara Abad 7-9 Masihi"

Seminar ini adalah menarik dan memberi banyak pengetahuan mengenai asal-usul dan kebangkitan raja-raja dan kerajaan Melayu dan memberi hujah-hujah yang munasabah mengenai kejatuhan kebanyakan kerajaan Melayu dan institusi beraja amnya di beberapa wilayah seperti Sambas, Pontianak, Sulu dan Kerajaan Melaka sendiri.

MAKLUMAN

• Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia telah menerima Timbalan Pengarah baru, Puan Salimah bt Abdul Rahman pada 1 Januari 2005 yang telah menggantikan Puan Siti Mariani S.M. Omar yang telah dinaikkan pangkat.

• Satu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pusat Manuskrip Melayu telah diadakan pada . 23 Mei 2005 (Sabtu) di Bilik Mesyuarat Lembaga, Peip\lstakaan Negara Malaysia.

Perolehan Terkini:

MSS 3656 a. Hari baik b. Azimat c. Doa-doa d. Ubat-ubatan tradisi

WAR K A H MAN U S K RIP MEL A YU I 3

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Khazanah Lamamyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3011/1/WMM...orang wakil bagi menghadiri majlis tersebut. Pelancaran ini dimulai dengan kata alu-aluan Y.Bhg Tuan Haji Abd

Persidangan Antarabangsa THE LANGUAGES AND LITERATURES OF WESTERN

BORNEO: 144 YEARS OF RESEARCH di Universiti Kebangsaan Malaysia

Persidangan Antarabangsa The Languages And Literatures Of Western Borneo: 144 Years Of Research ini dianjurkan oleh

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Institut Kajian Oksidental (IKON), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama The Jugah Foundation serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Persidangan kali ini adalah hasil daripada satu projek' penyelidikan ATMA yang bertemakan Borneo: The Homeland Of Malay Language yang diketuai oleh Profesor James Collins, bermula pada tahun 2000. Projek ini merupakan satu lagi langkah ATMA untuk memecah ruyung, iaitu untuk menguji dan membuktikan hipotesis bahawa Bahasa Melayu bukan hanya berasal dari wilayah Johor-Riau tetapi juga dari Borneo Barat. Persidangan ini juga adalah sebagai pembuka tirai kepada sambutan ulangtahun ke-35 tahun UKM. ATMA juga telah mempromosikan portalnya iaitu www.malayciviliz~tion.com.

yang mengandungi 11 pangkalan data digital mengenai pelbagai aspek kebudayaan, kesenian

dan warisan Alam Melayu di Malaysia. Persidangan tiga hari ini disertai oleh kira-kira 30 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat yang berminat dalam peradaban Melayu. Sebanyak 38 kertas kerja telah dibentangkan yang meliputi perkara berikut:

i. Oral Literature ii. Ethnography ~d iii. Language iv. Linguistics and Lexicography v. Society and Language vi. Classification and Culture vii. Written Literature viii. Names and Naming

Persidangan ini , telah disempurnakan oleh VB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berbesar hati memberi kerjasama dengan ATMA untuk memartabatkan bahasa Melayu.

~ENAS~T Dr. Baji Wan AU bin Wan ~-.unat

Ketf4(l P~ngar(lh, Perpf4sta/cQan Negara Ma14ysia

: ' " S~J\.NG PE~~J\aANG . . '.' ".i. r. Puan··Salj_lJ Imti J\lld- , ..... iJn , Ef(ah ~tiu. Diad ~ . -'

URUSSETIA Perpu~takaan Negara Malaysia, Pusat Manuskrip Melayu

232,Jalan Tun Razak, 50572 Kuala LUmpur Tel: 26871756(186

Laman \yeb: http://www.pnm.my·E-mel:[email protected] .'

4 I WARKAH MANUSKRIP MELAYU

! f ~ 1\ , •• , ~ p •

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2005 – Perpustakaan Negara Malaysia