khalif ah

10
http://eseiazizharjin2014.blogspot.com/2014/09/ pencapaian-tamadun-islam-di-zaman.html Koleksi Esei Pelajar 2014 Ustaz Abd Aziz bin Harjin, Pensyaah UiTM Perlis, Malaysia. Pencapaian Tamadun Islam Di Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Disediakan Untuk: Abdul Aziz Bin Harjin Disediakan Oleh: Muhammad Syafiq Bin Hamadan PENDAHULUAN Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang diterajui oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW ialah Abu Bakar As-Siddiq r. a., Umar bin Al-Khattab r. a., Uthman bin Affan r. a., dan Ali bin Abi Talib r. a. merupakan lembar-lembar cemerlang dari bahagian tamadun islam yang menerangi seluruh perjalanan sejarah, dan tidak mungkin dapat dihapuskan oleh perjalanan sejarah tokoh-tokoh lain kerana lembar-lembar sejarah mereka penuh dengan kemuliaan, keagungan, keikhlasan, jihad, dan dakwah demi tegaknya prinsip-prinsip mulia Islam. Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin banyak memberikan sumbangan besar di dalam perkembangan Islam di seluruh dunia dan menjaga kehormatan serta

Upload: mubarak-ahmad

Post on 06-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kh

TRANSCRIPT

http://eseiazizharjin2014.blogspot.com/2014/09/pencapaian-tamadun-islam-di-zaman.html

Koleksi Esei Pelajar 2014Ustaz Abd Aziz bin Harjin, Pensyaah UiTM Perlis, Malaysia.Pencapaian Tamadun Islam Di Zaman Khulafa Ar-RasyidinDisediakan Untuk: Abdul Aziz Bin HarjinDisediakan Oleh: Muhammad Syafiq Bin Hamadan

PENDAHULUANTamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang diterajui oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW ialah Abu Bakar As-Siddiq r. a., Umar bin Al-Khattab r. a., Uthman bin Affan r. a., dan Ali bin Abi Talib r. a. merupakan lembar-lembar cemerlang dari bahagian tamadun islam yang menerangi seluruh perjalanan sejarah, dan tidak mungkin dapat dihapuskan oleh perjalanan sejarah tokoh-tokoh lain kerana lembar-lembar sejarah mereka penuh dengan kemuliaan, keagungan, keikhlasan, jihad, dan dakwah demi tegaknya prinsip-prinsip mulia Islam. Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin banyak memberikan sumbangan besar di dalam perkembangan Islam di seluruh dunia dan menjaga kehormatan serta keagungan agama Islam di mata dunia. Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin sememangnya amat digeruni oleh tamadun-tamadun lain seperti Rom dan Parsi kerana kekuatan dan keteguhan syiar Islam semasa waktu itu. Zaman Khulafa Ar-Rasyidin berkembang dengan cara yang berbeza dan sumbangan yang berbeza daripada setiap khalifah yang memerintah pada masa tertentu pada zaman pemerintahan mereka. Corak kepimpinan dan pentadbiran yang digunapakai merupakan adil dan saksama terhadap semua kaum pada zaman itu dan rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram. Khulafa Ar-Rasyidin wujud setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW yang menggunakan gelaran Khalifah sebagai bermaksud penganti Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya baginda.

PENCAPAIAN KHALIFAH PERTAMA ( ABU BAKAR AL-SIDDIQ)1.Pengukuhan kuasa dan pentadbiran-Melancarkan Gerakan Riddah untuk memerangi golongan-golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat selepas wafatnya baginda Rasulullah SAW dan golongan-golongan yang enggan menunaikan kewajiban solat serta golongan nabi palsu.-Membuat pembaharuan terhadap polisi pemerintahan Nabi Muhammad SAW iaitu setiap wilayah dilantik wakil sebagai pemerintah, madinah masih kekal sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran, Abu Ubaidah al-Jarrah dilantik sebagai pemegang amanah perbendaharaan kerajaan, melantik pembantu dalam pentadbiran yang terdiri daripada kalangan sahabat dan melantik Umar Al-Khattab sebagai ketua dalam hal kehakiman.

2. Perundangan-mengumpulkan semua ayat-ayat suci Al-Quran dalam satu kitab kerana banyak hafiz telah syahid semasa perang di Yamamah maka beliau menyuruh Zaid untuk melakukan tugas menghimpunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

3. Perluasan kuasa dan pengaruh-Meluaskan pengaruh Islam dan pengukuhan kuasa dengan menyerang wilayah yang berada di bawah pengaruh Rom dan Parsi seperti Palestin dan Syria.PENCAPAIAN KHALIFAH KEDUA ( UMAR AL-KHATTAB)

1.Politik dan Pentadbiran-Membentuk majlis Asyura yang berfungsi sebagai Lembaga Tertinggi Negara untuk membincangkan tentang pentadbiran, politik dan juga sosial.-Dalam pentadbiran, Umar membuat pembaharuan terhadap wilayah-wilayah Islam iaitu dengan memecahkan kawasan dan pusat pemerintahan di wilayah yang berasingan.-Melantik seorang wakil dan beberapa pegawai untuk menjalankan pentadbiran dan mereka mestilah membuat laporan kepada khalifah setiap tahun.-Mengemaskini dan memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah di samping mengubahsuai dalam penempatan cukai urusan dan pentadbiran serta usaha terhadap hartanah.-Tanah yang menjadi milik penduduk Iraq dikekalkan sebagai hak milik mereka, tetapi mereka mestilah membayar cukai kepada kerajaan.-Tanah yang asalnya menjadi hak milik kerajaan Rom setelah dikalahkan dibahagikan kepada peanduduk dan petani.-Membuat projek pengairan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan hasil pertanian.-Hak milik diberikan kepada sesiapa sahaja yang akan mengusahakannya, tetapi hak milik tersebut ditarik balik sekiranya mereka tidak mengusahakan dalam masa tiga tahun.

2.Perluasan kuasa dan pengaruh-Pembaharuan dan penyusunan dalam lapangan ketenteraan seta meneruskan perluasan kuasa terhadap wilayah yang masih berada di bawah pengaruh kerajaan Rom dan Parsi.-Membayar gaji khususnya kepada anggota tentera.-Tentera ditubuhkan dalam dua bentuk, iaitu tentera tetap dan tentera simpanan.-Bandar utama dijadikan pusat ketenteraan, seperti Madinah, Kufah dan Basrah.-Membentuk pasukan polis rahsia dan pengintip.

3.Perundangan-Gaji hakim dinaikkan untuk mengelakkan daripada berlakunya rasuah.-Menambahkan hukum sebat kepada peminum arak daripada 40 kepada 80 sebatan dengan tujuan menakutkan rakyatnya tentang bahayanya.-Menetapkan sembahyang terawih sebanyak 20 rakaat dan diadakan secara berjemaah.-Mengadakan cukai tanah untuk kerajaan.-Jatuh talak tiga bagi sesiapa yang menyebutnya tiga kali serentak, sedangkan pada masa Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-Siddiq hanya jatuh satu talak sahaja. Penetapan itu hanya untuk mengelakkan rakyat memudahkan perkara talak.

4.Pencapaian sosial-Menurunkan kadar cukai jizyah terhadap kafir Zimmi supaya mereka tidak merakan tertekan.-Golongan hamba diberikan perhatian dan perlindungan agar mereka tidak ditindas dan tidak dihina.-Memperkenalkan kalendar Islam dengan menggunakan Tahun Hijrah bermula dari tarikh hijrah nabi ke Madinah.-Mengadakan penjara untuk menempatkan penjenayah.-Menubuhkan pasukan polis pertama dalam Islam.-Menubuhkan pejabat Baitul Mal di setiap Wilayah Islam.

PENCAPAIAN KHALIFAH KETIGA ( UTHMAN AFFAN )1.Mengarahkan Al-Quran dibukukan dan disalin semula dalam mushaf rasmi yang dikenali mushaf Uthmani.2.Salinan dibuat dalam beberapa buah dan dihantar ke kawasan tertentu untuk menetapkan umat Islam mengikut satu bentuk bacaan, iaitu berdasarkan tulisan Rasm Uthmani.3.Membesarkan Masjib Al-Nabawi di Madinah.

PENCAPAIAN KHALIFAH KEEMPAT ( ALI BIN ABI TALIB )1.Menukarkan gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman dengan gabenor yang baru, contohnya Syria, Mesir, Basrah, Kufah dan Yaman.2.Mengambil semula harta tang telah diberikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarga dan kerabatnya daripada sumber dan harta kerajaan.3.Menukar pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah.4.Menganjurkan Amar Makruf Nahi Mungkar kepada rakyatnya di dalam pidatonya.5.Mengajarkan kaum muslimin cara perlaksanaan hukuman rejam.

KESIMPULANKesimpulannya, Pencapaian Tamadun Islam di zaman Khulafa Ar-Rasyidin dapat diringkaskan dengan bahawa tamadun Islam pada zaman ini sememangnya membawa banyak pencapaian yagn mana amat membantu umat-umat Islam kini. Pencapaian yang dibawa oleh pemimpin atau khalifah pada zaman itu mencorakkan kemajuan tamadun Islam pada zaman sekarang. Pada zaman berikut, syiar Islam sememangnya teguh dan kukuh. Kebanyakkan pemimpin pada zaman tamadun Islam di zaman Khulafa Ar-Rasyidin berhadapan dengan masalah yang besar namun masih boleh dihadapi oleh khalifah yang memerintah. Sistem pemerintahan yang digunapakai oleh tamadun ini sememangnya telus, adil dan saksama dari setiap segi kerana berpandukan Al-Quran, As-Sunnah dan hadis. Setiap khalifah mempunyai cara yang tersendiri dalam mentadbir kerajaan tamadun Islam dan mempunyai pencapaian sendiri yang tertentu.

Newer PostOlder PostHomeIsi Kandungan 2014(87) September(79) Islam Adalah Hubungan Manusia Dengan Sesama Manusi... Sejarah Penurunan Al-Quran Kisah Dan Perjuangan Nabi Saleh Kisah Dan Perjuangan Nabi Adam AS Perjuangan Nabi Isa Proses Penciptaan Manusia Menurut Al-Quran Dan Sai... Agama Yang Diredhai Allah Ialah Agama Islam Syirik Kisah Dan Perjuangan Nabi Hud As. Asma al Husna dan fadhilat membacanya Keimanan Kepada Allah Swt Menurut Al Quran Sihir Kisah Perjuangan Nabi Ismail Kisah Dan Perjuangan Nabi Ibrahim As Islam Penghubung Hubungan Antara Allah Dan Manusia... Islam Adalah Hubungan Manusia Dengan Alam Kepentingan Berakhlak Mulia Dalam Ajaran Islam Kisah Dan Perjuangan Nabi Idris As Kisah Nabi Zakaria As Dan Perjuangannya Islam Sebagai Ad-Din Merangkumi Semua Aspek Kehidu... Gejala Kerosakan Aqidah Penerimaan Lapan Orang Asnaf Yang Layak Menerima Z... Nikmat-Nikmat Syurga Menurut Islam Tokoh-Tokoh Yang Membincangkan Akhlak Kewajipan Berpuasa Di Bulan Ramadhan Kewajipan Menunaikan Zakat Kisah Dan Perjuangan Nabi Ilyas AS Kewajipan Mendirikan Sembahyang Galakan Bersedekah Di Kalangan Umat Islam Azab Didalam Kubur Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith... Kisah Dan Perjuangan Nabi Isa As Kisah Dan Perjuangan Nab Ilyasa Kewajipan Menunaikan Puasa Azab Dalam Neraka Menurut Al Quran Dan Hadith Amalan-Amalan Pada Bulan Ramadhan Kisah Dan Perjuangan Nabi Muhammad Saw Iktikaf Kisah Nabi Zakaria AS Dan Perjuangannya Huru Hara Di Padang Mahsyar Fadhilat Berpuasa Mengikut Al-Quran Dan Sains Kepentingan Ilmu Dalam Ajaran Islam Pengertian Dan Konsep Akhlak Larangan Bersifat Dengki Menurut Ajaran Islam Larangan Bersifat Tamak Menurut Ajaran Islam Larangan Bersifat Ujub Menurut Ajaran Islam Larangan Memfitnah Menurut Ajaran Islam Zikir Menurut Ajaran Islam Larangan Bersifat Cinta Dunia Menurut Ajaran Islam... Larangan Mengadu Domba Mengingat Kematian Kepentingan Sifat Redha Dalam Kehidupan Seharian Keimanan Kepada Takdir Qada Dan Qadar Kepentingan Istiqamah Dalam Ajaran Islam Kemanisan Iman Larangan Bersifat Cinta Kemegahan Menurut Ajaran I... Kepentingan Zakat, Sedekah Dan Derma Dalam Islam Larangan Memfitnah Larangan Bersifat Takabur Mengikut Ajaran Islam Larangan Bersifat Bakhil Dalam Ajaran Islam Sifat-Sifat Mazmumah Larangan Bersifat Marah Dalam Islam Solat Kepentigan Menjaga Tatatertib Makan Dan Minum Sains Kimia Dalam Islam Kesan Tamadun Islam Di Malaysia Tamadun Islam Dalam Sains Fizik Nabi Isa As Akan Kembali Sejarah hidup Saiyyidina Ali Bin Abi Talib Ra Dakwah Islam Nabi Muhammad Di Makkah Sejarah Dakwah Rasulullah Saw Di Madinah Amru Bin Al-Ass Sejarah Nabi Adam Abdul Rahman Al Sufi Pakar Astronomi Riwayat Hidup Nabi Ibrahim AS Pencapaian Tamadun Islam Di Zaman Khulafa Ar-Rasyi... Nilai-Nilai Kemanusian Dalam Tamadun Islam Ekonomi Islam Dan Pelaksanaanya Di Malaysia Konsep Tamadun Islam Berasaskan Tauhid Saidina Abu Bakar As-Siddiq October(8) 2015(6)

Ethereal template. Powered byBlogger.