kfc

4
TEAM BUILDING Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan: Sesi mengenal ahli-ahli kumpulan (ice breaking) Latihan mempercayai antara satu sama lain di antara ahli kumpulan(trust each other) (Treasure Hunt) Tujuan Perlaksanaan: Aktiviti-aktiviti di atas dilaksanakan bertujuan mengubah persepsi peserta tentang bekerja di dalam sebuah kumpulan atau syarikat. Majoriti peserta yang dihantar menghadiri kursus ini adalah dari kalangan pekerja yang mempunyai masalah dari segi sikap iaitu suka mementingkan diri dan ego dalam melaksanakan sesuatu tugas.Secara tidak langsung,aktiviti-aktiviti inin dapat menyedarkan para peserta tentang pentingnya bekerja dalam kumpulan. Masa Aktiviti: Kursus ini akan berjalan selama 3 hari,jadi semua aktiviti di atas akan dilaksanakan pada setiap hari. Ini bermaksud satu hari akan dilaksanakan satu aktiviti yang melibatkan kumpulan yang dipanggil Latihan dalam Kumpulan (LDK) kepada para peserta.

Upload: zahey

Post on 01-Dec-2014

2.601 views

Category:

Business


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: kfc

TEAM BUILDING

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:

Sesi mengenal ahli-ahli kumpulan (ice breaking) Latihan mempercayai antara satu sama lain di antara ahli

kumpulan(trust each other) (Treasure Hunt)

Tujuan Perlaksanaan:

Aktiviti-aktiviti di atas dilaksanakan bertujuan mengubah persepsi peserta tentang bekerja di dalam sebuah kumpulan atau syarikat. Majoriti peserta yang dihantar menghadiri kursus ini adalah dari kalangan pekerja yang mempunyai masalah dari segi sikap iaitu suka mementingkan diri dan ego dalam melaksanakan sesuatu tugas.Secara tidak langsung,aktiviti-aktiviti inin dapat menyedarkan para peserta tentang pentingnya bekerja dalam kumpulan.

Masa Aktiviti:

Kursus ini akan berjalan selama 3 hari,jadi semua aktiviti di atas akan dilaksanakan pada setiap hari. Ini bermaksud satu hari akan dilaksanakan satu aktiviti yang melibatkan kumpulan yang dipanggil Latihan dalam Kumpulan (LDK) kepada para peserta.

Page 2: kfc

Peralatan Yang Diperlukan:

Dalam melaksanakan aktiviti ini sedikit peralatan diperlukan. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada perbincangan. Namun begitu, turut disenaraikan beberapa peralatan yang difikirkan perlu dalam memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Senarai peralatan adalah seperti berikut:

2 buah papan putih 50 helai kertas mahjong 10 batang marker pen

Jurulatih-jurulatih:

Beberapa khidmat jurulatih diperlukan. Dalam sesi ini jurulatih-jurulatih ini akan beperanan sebagai fasilitator-fasilitator kepada para peserta. Jurulatih-jurulatih yang dipilih adalah berdasarkan pengalaman mereka mengendalikan kursus-kursus sebelum ini. Jurulatih-jurulatih yang terlibat adalah seperti berikut:

Encik. Baharom Putra b. Zaid Encik. Zuraidi bin.Majid Encik. Fadhli b.Md Shah Puan.Noraini Fazrin bt.Nor Ahmad Cik Faridah bte.Kamaruddin

Page 3: kfc

Cara Melaksanakan Aktiviti-aktiviti:

Sesi mengenal ahli-ahli kumpulan (ice breaking)

Dalam aktiviti ini peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Melalui aktiviti ini para peserta akan cuba berinteraksi dengan ahli kumpulan yang lain.Peserta akan memperkenalkan diri dalam 2 minit. Kemudian, dalam masa yang sama ahli-ahli kumpulan yang lain akan cuba mengingati nama ahli kumpulan mereka. Hal ini kerana,selepas sesi ini,para peserta akan disoal secara rawak tentang apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli kumpulan mereka. Dalam aktiviti ini juga para peserta akan berbincang untuk memilih nama kumpulan.

Latihan mempercayai antara satu sama lain di antara ahli kumpulan (trust each other)

Dalam aktiviti ini peserta akan didedahkan dengan latihan mendengar dan cuba menerima pandangan orang lain. Peserta juga dikehendaki memberi komen terhadap idea-idea yang telah dikemukakan. Melalui aktiviti ini para peserta akan belajar untuk menerima pendapat orang lain seterusnya membuat keputusan berdasarkan komen yang diberikan.

Page 4: kfc

Treasure HuntSeperti aktiviti-aktiviti lain,aktiviti ini labih tertumpu kepada melihat sikap kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Selain itu aktiviti ini secara tidak langsung dapat mencungkil sifat kepemimpinan yang ada dalam setiap ahli kumpulan. Hal ini kerana,aktiviti ini memerlukan seseorang untuk memberi arahan kepada anak buah supaya misi dapat dilaksanakan dengan lancar dan tepat pada waktunya. Anak-anak buah pula beperanan untuk menerima setiap arahan dan cuba melaksanakannya secara bekerjasama sebaik mungkin.