promosi kempen tahun baru cina” dikemaskini … boleh menebus baucar tunai kfc. pelanggan layak...

21
PROMOSI KEMPEN TAHUN BARU CINA” Dikemaskini pada 26 Januari 2018 TEMPOH PROMOSI “Kempen Tahun Baru Cina” Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”) dan/ atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) terbuka kepada cawangan-cawangan HLB/HLISB; dan “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” terbuka kepada cawangan-cawangan HLB sahaja seperti yang diperuntukkan dalam Lampiran 1 di bawah. “Kempen Tahun Baru Cina” dan “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” kedua-duanya secara kolektif disebut “Promosi” dan butir-butir lanjut Promosi adalah seperti berikut: (a) Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cinadi 69 Cawangan Sertaan seperti yang tersenarai dalam Lampiran 1 di bawah (Cawangan Terpilih”) dengan Rumah Terbuka 1 Hari antara 27 Januari 2018 dan 24 Februari 2018 (“Tempoh Rumah Terbuka”) seperti dinyatakan dalam Lampiran 1 di bawah, yang akan diadakan di Cawangan Terpilih mulai pukul 10:00:00 jam (10:00 pagi) hingga pukul 15:00:00 jam (3:00 petang); dan (b) Kempen Tahun Baru Cinadi semua 285 Cawangan HLB dan HLISB yang akan diadakan mulai pukul 09:15:00 jam (9:15 pagi) hingga pukul 16:30:00 jam (4.30 petang) bermula pada 22 Januari 2018 hinggga 28 Februari 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”) HLB dan HLISB secara kolektif dikenali sebagai “Bank”. TERMA & SYARAT (a) RUMAH TERBUKA CAWANGAN TAHUN BARU CHINA (i) PROMOSI CASA Promosi Akaun Semasa / Simpanan (“Promosi CASA”) terbuka kepada Cawangan Terpilih sahaja. Promosi CASA terdiri daripada Promosi Peruntuk CASA dan Peraduan ”Putar & Menang” (bagi Pelanggan HLB sahaja) semasa Tempoh Rumah Terbuka seperti yang dijadualkan dalam Lampiran I. KELAYAKAN 1. Promosi CASA terbuka kepada seluruh pelanggan individu warga Malaysia dan/atau bukan warga Malaysia yang merupakan pelanggan sedia ada yang mempunyai CASA yang sah dan/atau Pelanggan Baharu-kepada-Bank (“Pelanggan HLB”). Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan Baharu-Kepada-Bank bermaksud pelanggan yang tidak mempunyai sebarang CASA sedia ada dengan Bank sebelum Tempoh Rumah Terbuka dan membuka CASA baharu dengan Bank dalam Tempoh Rumah Terbuka di Cawangan Terpilih. 2. Promosi CASA hanya terbuka kepada Pelanggan HLB yang hadir di Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah Terbuka. 3. Pelanggan HLB yang merupakan kakitangan Bank sama ada secara tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana pekongsi, wakil atau ejen Bank (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen pengiklanan dan promosi) dan ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (contoh, pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) TIDAK layak menyertai Promosi CASA. 4. Bagi tujuan Promosi CASA ini, deposit permulaan mestilah Dana Baharu. Bagi mengelakkan keraguan, Dana Baharu ditakrif sebagai: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baharu yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain yang didepositkan ke dalam CASA; dan (b) Hasil penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon/sukuk dan/atau Hong Leong Invest Safe semasa Tempoh Rumah Terbuka yang didepositkan semula ke dalam CASA. 5. Yang berikut ini tidak boleh dianggap sebagai Dana Baharu”:

Upload: dangdung

Post on 16-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROMOSI “KEMPEN TAHUN BARU CINA” Dikemaskini pada 26 Januari 2018

TEMPOH PROMOSI “Kempen Tahun Baru Cina” Hong Leong Bank Berhad (97141-X) (“HLB”) dan/ atau Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) terbuka kepada cawangan-cawangan HLB/HLISB; dan “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” terbuka kepada cawangan-cawangan HLB sahaja seperti yang diperuntukkan dalam Lampiran 1 di bawah.

“Kempen Tahun Baru Cina” dan “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” kedua-duanya secara kolektif disebut “Promosi” dan butir-butir lanjut Promosi adalah seperti berikut:

(a) “Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina” di 69 Cawangan Sertaan seperti yang tersenarai dalam Lampiran 1 di bawah (“Cawangan Terpilih”) dengan Rumah Terbuka 1 Hari antara 27 Januari 2018 dan 24 Februari 2018 (“Tempoh Rumah Terbuka”) seperti dinyatakan dalam Lampiran 1 di bawah, yang akan diadakan di Cawangan Terpilih mulai pukul 10:00:00 jam (10:00 pagi) hingga pukul 15:00:00 jam (3:00 petang); dan

(b) “Kempen Tahun Baru Cina” di semua 285 Cawangan HLB dan HLISB yang akan diadakan mulai pukul 09:15:00 jam (9:15 pagi) hingga pukul 16:30:00 jam (4.30 petang) bermula pada 22 Januari 2018 hinggga 28 Februari 2018 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”)

HLB dan HLISB secara kolektif dikenali sebagai “Bank”.

TERMA & SYARAT (a) RUMAH TERBUKA CAWANGAN TAHUN BARU CHINA

(i) PROMOSI CASA

Promosi Akaun Semasa / Simpanan (“Promosi CASA”) terbuka kepada Cawangan Terpilih sahaja. Promosi CASA terdiri daripada Promosi Peruntuk CASA dan Peraduan ”Putar & Menang” (bagi Pelanggan HLB sahaja) semasa Tempoh Rumah Terbuka seperti yang dijadualkan dalam Lampiran I.

KELAYAKAN 1. Promosi CASA terbuka kepada seluruh pelanggan individu warga Malaysia dan/atau bukan warga Malaysia yang

merupakan pelanggan sedia ada yang mempunyai CASA yang sah dan/atau Pelanggan Baharu-kepada-Bank (“Pelanggan HLB”).

Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan Baharu-Kepada-Bank bermaksud pelanggan yang tidak mempunyai sebarang CASA sedia ada dengan Bank sebelum Tempoh Rumah Terbuka dan membuka CASA baharu dengan Bank dalam Tempoh Rumah Terbuka di Cawangan Terpilih.

2. Promosi CASA hanya terbuka kepada Pelanggan HLB yang hadir di Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah Terbuka.

3. Pelanggan HLB yang merupakan kakitangan Bank sama ada secara tetap atau kontrak, kakitangan mana-mana pekongsi, wakil atau ejen Bank (termasuk juruaudit luar, vendor, pembekal, ejen pengiklanan dan promosi) dan ahli-ahli keluarga terdekat masing-masing (contoh, pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) TIDAK layak menyertai Promosi CASA.

4. Bagi tujuan Promosi CASA ini, deposit permulaan mestilah Dana Baharu. Bagi mengelakkan keraguan, Dana Baharu

ditakrif sebagai: (a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baharu yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek

tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain yang didepositkan ke dalam CASA; dan (b) Hasil penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon/sukuk dan/atau Hong Leong Invest Safe semasa Tempoh Rumah

Terbuka yang didepositkan semula ke dalam CASA.

5. Yang berikut ini tidak boleh dianggap sebagai “Dana Baharu”:

(a) Deposit Tetap (“FD”) yang matang atau pengeluaran pramatang FD daripada mana-mana akaun FD HLB / Deposit Tetap (“FD-i”) HLISB yang sedia ada”);

(b) Pindahan dana intra bank, iaitu pindahan dana daripada Akaun HLB/HLISB yang lain (sama ada CASA dan/atau CASA/i), FD, FD-i atau Akaun Pelaburan Am (“GIA”); dan

(c) Pindahan antara cawangan di dalam HLB dan HLISB termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3). KAEDAH 6. Untuk menyertai Promosi CASA ini, Pelanggan HLB mestilah datang ke Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah

Terbuka (“Pelanggan CASA Layak”).

7. Pelanggan CASA Layak berhak menyertai:- (a) Promosi Peruntuk CASA dengan amaun minimum sebanyak RM 16,888.00 diperuntuk selama empat (4) bulan dalam

CASA mereka untuk menebus satu (1) set 5 biji Glasslock (“Pemberian Peruntuk”); dan/atau (b) Peraduan “Putar & Menang” jika Pelanggan CASA Layak dapat memenuhi kriteria (‘Kriteria Peraduan”) yang

ditetapkan dalam jadual di bawah.

Nota: Deposit permulaan yang disediakan di Kriteria Peraduan No 1, 2 dan 3 mestilah Dana Baharu.

KAEDAH PROMOSI CASA PERUNTUK 8. Pelanggan CASA Layak mesti mendepositkan Dana Baharu dengan amaun minimum RM 16,888.00 untuk diperuntuk ke

dalam CASA mereka selama empat (4) bulan dalam Tempoh Rumah Terbuka untuk layak menerima Pemberian Peruntuk.

9. Empat ratus (400) unit Set 5 Biji Glasslock disediakan bagi Promosi Peruntuk sepanjang Tempoh Rumah Terbuka. Pemberian Peruntuk adalah terhad dan atas dasar siapa cepat dia dapat sepanjang Tempoh Rumah Terbuka dan setiap Pelanggan CASA Layak hanya berhak menerima satu (1) Pemberian Peruntuk sahaja.

10. Pelanggan CASA Layak hanya boleh menebus Pemberian Peruntuk selepas Tempoh Rumah Terbuka di Cawangan

Terpilih setelah diberitahu oleh Bank untuk datang mengambil Pemberian Peruntuk itu. Jika sekiranya Pelanggan CASA

Layak tidak datang mengambil Pemberian Peruntuk itu selepas 30 Mac 2018, maka Pemberian Perunuk itu akan

dilupuskan dan sebarang pertikaian/permohonan untuk mendapat pembayaran ganti bagi Permberian Peruntuk itu tidak akan dilayani Bank. Oleh itu pada dasarnya Pelanggan Bank wajib memberi maklumat hubungan terbaharu, sah dan terkemas kini (contohnya nombor telefon bimbit, alamat emel atau alamat surat-menyurat pos mereka) kepada Bank dan pihak Bank tidak akan bertanggungjawab seandainya Bank gagal memberitahu Pelanggan CASA Layak untuk mengambil Pemberian Peruntuk atas apa jua sebab sekalipun.

11. Pelanggan CASA Layak yang tidak menerima pemberitahuan tersebut dianggap tidak berhak menerima Pemberian

Peruntuk itu. KAEDAH PERADUAN “PUTAR & MENANG” 12. Setiap Pelanggan CASA Layak hanya boleh mendapat satu (1) peluang dalam Peraduan “Putar & Menang” dan mesti

memenuhi salah satu (1) Kriteria Peraduan seperti tersebut di atas.

13. Setiap Pelanggan CASA Layak akan memutar pada aplikasi “Cabutan Bertuah” pada tablet/iPad/telefon pintar yang disediakan di Cawangan-cawangan Terpilih sepanjang Tempoh Rumah Terbuka.

Bil. Kriteria Peraduan

1 Meletak deposit tetap promo (“FD”) baharu dengan amaun minimum RM 10,000.00

2 Membuka akaun CASA dengan deposit minimum RM 500.00 (bagi Pelanggan CASA Layak baharu)

3 Mendeposit amaun minimum RM 500.00 ke dalam CASA sedia ada mereka (bagi Pelanggan CASA Layak sedia ada)

4 Membelanjakan amaun minimum RM 30.00 dalam satu resit dengan Kad Debit Bank tiga (3) hari sebelum dan/atau dalam Tempoh Rumah Terbuka (Bukti resit mesti ditunjukkan di cawangan)

14. Setiap Pelanggan CASA Layak boleh memenangi satu baucar tunai KFC (“Baucar Tunai”) apabila skrin pada tablet/iPad/telefon pintar menunjukkan kemungkinan menang bagi baucar tunai KFC pelbagai nilai yang akan diputuskan oleh Bank (“Pelanggan Layak Putar & Menang”).

15. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan Layak Putar & Menang dikehendaki menjawab Dua (2) soalan dengan betul sebelum boleh menebus Baucar Tunai KFC. Pelanggan Layak Putar & Menang yang dapat menjawab Dua (2) soalan dengan betul boleh menebus Baucar Tunai KFC pada masa itu juga di Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah Terbuka (“Pemenang Putar & Menang”).

16. Dengan menyertai Peraduan Putar & Menang, maka Pemenang Putar & Menang dengan ini bersetuju untuk mematuhi

terma dan syarat penggunaan Baucar Tunai yang dikenakan oleh syarikat pembekal berkenaan dan apa-apa pertanyaan atau pertikaian mengenai Baucar Tunai hendaklah diselesaikan antara Pemenang Putar & Menang dengan syarikat pembekal berkenaan tanpa meminta bantuan Bank.

(ii) PROMOSI DEPOSIT TETAP/-i 6 BULAN DAN 12 BULAN Promosi Deposit Tetap/-i 6 bulan dan 12 bulan (“Promosi FD/-i”) terbuka kepada Cawangan Terpilih HLB sahaja dan bermula dari tarikh Tempoh Rumah Terbuka seperti terjadual dalam Lampiran I. KELAYAKAN 17. Promosi FD/-i terbuka kepada semua pemegang akaun yang baru dan sedia ada bagi Akaun Deposit Tetap/-i

Hong Leong sertaan berikut sepertimana ditakrif menurut Fasal 19 di bawah (“Akaun FD/-i”) yang merupakan pelanggan individu HLB/HLISB warga Malaysia atau bukan warga Malaysia dan pelanggan bukan individu warga Malaysia atau bukan warga Malaysia (“Pelanggan HLB”).

18. Bagi mengelakkan keraguan :

(a) Pemegang akaun baru bermaksud Pelanggan HLB yang tidak mempunyai sebarang Akaun FD/-i sertaan dengan HLB sebelum Tempoh Rumah Terbuka dan membuka satu Akaun FD/-i di Cawangan Terpilih semasa Tempoh Rumah Terbuka.

(b) Pelanggan HLB bukan individu bermaksud persatuan, kelab, sekolah, pertubuhan, organisasi tidak berasaskan keuntungan, pemilikan tunggal, perkongsian dan amalan profesional, yang sempurna didaftarkan atau diperbadankan di Malaysia, tidak termasuk syarikat dan badan korporat.

19. Akaun FD/-i Sertaan adalah seperti berikut:-

(a) FD Konvensional; (b) ‘Priority Banking Premium FD’; (c) ‘Junior FD’; (d) ‘Senior Savers Flexi FD’; dan (e) Deposit Tetap-i

20. Pelanggan HLB yang telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa penipuan atau kesalahan berkaitan dengan

mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Rumah Terbuka TIDAK layak menyertai Promosi FD/-i.

21. Pelanggan HLB yang telah melakukan, atau dikenalpasti oleh Bank berpotensi melakukan apa-apa kesalahan yang ditetapkan di dalam Terma & Syarat ini akan serta-merta terlucut kelayakan daripada menyertai Promosi FD/-i.

KAEDAH PROMOSI 22. Pelanggan HLB yang telah membuat peletakan deposit di antara Amaun Peletakan FD/-i Minimum dan Amaun

Peletakan FD/-i Maksimum (“Amaun Peletakan FD”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah dalam Akaun FD/-i yang baru dan sedia ada masing-masing bagi Tempoh FD/-i yang ditetapkan di bawah semasa Tempoh Rumah Terbuka akan menikmati Kadar Faedah FD/-i Promosi seperti berikut (“Pelanggan FD/-i Layak”):

Tempoh FD/-i

Produk Kadar Faedah

FD/-i Promosi

Kadar Faedah FD/-i

Efektif

Amaun Peletakan FD/-i Minimum

Amaun Peletakan FD/-i Maksimum

6 bulan

FD Konvensional / ‘Priority Banking Premium FD’ /

‘Junior FD’ / ‘Senior Savers Flexi FD’ /

Deposit Tetap-i

4.15% setahun

4.15% setahun

RM100,000 RM2,000,000

12 bulan

FD Konvensional / ‘Priority Banking Premium FD’ /

‘Junior FD’ / ‘Senior Savers Flexi FD’ /

Deposit Tetap-i

4.35% setahun

4.35% setahun

23. Amaun Peletakan FD/-i Minimum ialah Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM100,000) dan Amaun Peletakan FD/-i

Maksimum ialah Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000). Jika Amaun Peletakan FD/-i melebihi Amaun Peletakan FD/-i Maksimum yang ditetapkan, maka Amaun Peletakan FD/-i yang melebihi Amaun Peletakan FD/-i Maksimum yang ditetapkan akan tertakluk kepada kadar FD/-i konvensional semasa.

24. Promosi FD/-i terbuka kepada Dana Baru sahaja. “Dana Baru” ditakrifkan sebagai:

(a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baru yang diterima melalui pindahan telegrapf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dan deposit ke dalam Akaun FD/-i yang baru dan sedia ada Pelanggan FD/-i Layak; dan

(b) Hasil daripada penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon / sukuk dan / atau ‘Hong Leong Invest Safe’ semasa Tempoh Promosi FD/-i yang dideposit semula ke dalam mana-mana CASA-i HLB / HLISB.

25. Yang berikut tidak boleh dianggap sebagai “Dana Baru”:

(a) FD/-i yang matang atau pengeluaran pramatang FD/-i dari mana-mana akaun FD HLB / FD-i HLISB sedia ada; (b) Pindahan dana antara bank, iaitu pindahan dana dari akaun HLB / HLISB yang lain (sama ada Akaun Simpanan,

Simpanan-i, Semasa, Semasa-i, Deposit Tetap, FD-i atau Akaun Pelaburan Am (“GIA”); dan (c) Pindahan antara cawangan di dalam HLB dan HLISB termasuk pindahan pihak ketiga (ke-3).

26. Pelanggan FD/-i Layak dikehendaki menamakan CASA/-i yang dikekalkan dengan HLB di bawah nama Pelanggan FD/-i Layak (“CASA/-i Namaan”) bagi tujuan mengkreditkan faedah / keuntungan yang diperolehi di bawah Promosi FD/-i ini.

27. Kadar faedah / keuntung yang diperolehi bagi FD Konvensional, ‘Priority Bankng Premium FD’, ‘Junior FD’ dan Deposit Tetap-i akan dikreditkan ke dalam CASA/-i Namaan Pelanggan FD/-i Layak pada setiap enam bulan, manakala kadar faedah yang diperolehi bagi ‘Senior Savers Flexi FD’ akan dikreditkan ke dalam CASA Namaan Pelanggan FD/-i Layak pada setiap bulan.

28. Apabila tarikh matang, Amaun FD/-i pokok akan diperbaharui secara aurtomatik pada kadar faedah semasa FD/-i masing-masing dan faedah / keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan ke dalam CASA/-i Namaan Pelanggan FD/-i Layak pada setiap bulan.

29. Pengeluaran sebahagian Amaun FD/-i tidak dibenarkan bagi FD Konvensional dan Deposit Tetap-i. Tiada faedah /

keuntungan akan dibayar sekiranya Amaun FD/-i bagi FD Konvensional dan / atau Deposit Tetap-i dikeluarkan sebelum tarikh matang Tempoh FD/-i masing-masing sepertimana ditakrif menurut Fasal 22 di atas. Bagi ‘Junior FD’, ‘Priority Banking Premium FD’ dan ‘Senior Savers Flexi FD’, tertakluk kepada Fasal 30 Terma & Syarat di dalam ini, pengeluaran sebahagian Amaun FD dibenarkan dalam gandaan Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) sahaja. Bagaimanapun, jika amaun dalam ‘Priority Banking Premium FD’ dan / atau ‘Junior FD’ dan / atau ‘Senior Savers Flexi FD’ kurang daripada Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000), maka pengeluaran sebahagian bagi akaun berkenaan tidak dibenarkan.

30. Sekiranya Amaun FD dikeluarkan sebelum tarikh matang, maka peraturan Persatuan Bank-bank di Malaysia (“ABM”) terutamanya Seksyen E(v) akan dikenakan:- (a) Kadar faedah tidak akan dibayar bagi mana-mana Amaun FD yang dikeluarkan sebelum genap tiga (3) bulan. (b) Sekiranya FD dikeluarkan dalam bulan keempat (ke-4) dan ke atas, Pelanggan FD Layak akan menerima 50%

daripada kadar faedah yang ditetapkan dan diperolehi bagi bulan-bulan genap atas Amaun pokok FD sahaja.

HLB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan kadar faedah yang dibayar kepada Pelanggan FD Layak bagi Amaun FD yang dikeluarkan sebelum tarikh matang daripada Amaun Pokok FD semasa pengeluaran.

31. Pelanggan FD-i Layak bersetuju untuk mengetepikan haknya untuk menuntut Harga Jualan penuh bagi sebarang pengeluaran FD-i sebelum tarikh matang. Sekiranya amaun FD-i dikeluarkan sebelum tarikh matang, maka peraturan pengeluaran pramatang yang berikut akan diguna pakai: (a) Keuntungan tidak akan dibayar bagi mana-mana Amaun FD-i yang dikeluarkan sebelum genap tiga (3) bulan; (b) Sekiranya FD-i dikeluarkan dalam bulan keempat (4th) dan ke atas, maka Pelanggan FD-i Layak akan

menerima 50% daripada keuntungan yang ditetapkan dan diperolehi bagi bulan-bulan genap atas Amaun pokok FD-i sahaja.

HLISB berhak menolak balik dan memotong amaun setara dengan keuntungan yang dibayar kepada Pelanggan FD-i Layak bagi Amaun FD-i yang dikeluarkan sebelum tarikh matang daripada Amaun pokok FD-i semasa pengeluaran.

32. Amaun FD/-i TIDAK boleh digunakan sebagai cagaran untuk tujuan menjamin apa-apa kemudahan kredit yang

diperolehi atau akan diperolehi oleh Pelanggan FD/-i Layak.

(iii) PROMOSI PEROLEHAN KAD KREDIT “Promosi Perolehan Kad Kredit” (“Promosi Perolehan Kad Kredit”) terbuka kepada Cawangan Terpilih HLB sahaja dan bermula pada tarikh Tempoh Rumah Terbuka seperti terjadual dalam Lampiran I. KELAYAKAN 33. Promosi Perolehan Kad Kredit ini terbuka untuk penyertaan oleh Pemegang Kad Utama HLB Baharu-kepada-Kad (“NTC”)

yang, semasa Tempoh Rumah Terbuka, memohon mana-mana kad kredit HLB sertaan (“Kad Layak”) berikut dar i Cawangan-cawangan Terpi l ih dan Kad-kad Layak i tu berjaya dikeluarkan selewat - lewatnya 31

Mac

2018 (“Pemegang Kad NTC”).

Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3

Hong Leong MasterCard Gold Credit Card + Hong Leong Visa GSC Gold

Credit Card

Hong Leong MasterCard Sutera Platinum Credit Card + Hong Leong

Visa GSC Platinum Credit Card

Hong Leong Visa Infinite Credit Card

Bagi mengelakkan keraguan, untuk “Pilihan 1” dan “Pilihan 2”, kedua-dua Kad Layak itu mestilah diluluskan untuk

membolehkan Pemegang Kad NTC layak menyertai Promosi Perolehan Kad Kredit ini.

Perhatian: Pemegang Kad NTC menandakan pemegang kad baharu yang tidak memegang apa-apa Kad Kredit Utama

HLB s e d i a a d a (termasuk Mach dan bekas EON Bank Berhad) dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti tersebut

dalam Fasal 34 di bawah.

34. Yang berikut ini tidak boleh dianggap sebagai Pemegang Kad NTC dan TIDAK layak menyertai Promosi Perolehan Kad

Kredit ini:

(a) Pemegang kad utama sedia ada bagi sebarang kad kredit HLB (termasuk Mach dan bekas EON Bank);

(b) Pemegang Kad NTC yang tidak lagi memegang sebarang kad kredit HLB yang sah dan/atau pemegang kad yang

akaun Kad Kredit HLB mereka tertunggak;

(c) Pemegang Kad NTC yang telah membatalkan Kad Kredit HLB mereka dan telah memohon semula Kad Kredit

HLB baharu (termasuk Kad Layak) sebagai pemegang kad utama dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh

pembatalan tersebut;

(d) Pemegang Kad NTC yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang

berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank a tau te lah di isyt iharkan muf l is (menurut

petisyen oleh sama ada bank atau mana-mana pihak ketiga) atau bakal d ikenakan pros iding kemuf l isan

pada bi la -bi la masa sebelum atau semasa atau selepas tar ikhTempoh Rumah Terbuka ;

(e) Pemegang Kad NTC yang merupakan pelanggan individu bukan warga Malaysia; dan

(f) Pemegang Kad NTC yang merupakan kakitangan HLB/HLISB (sama ada secara tetap atau kontrak) atau ahli-ahli

keluarga terdekat (iaitu pasangan, anak-anak, ibu atau bapa, adik-beradik) kakitangan itu.

Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad NTC hendaklah memberi maklumat terbaharu dan tepat (termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat surat-menyurat dan maklumat hubungan) kepada HLB untuk permohonan Kad Layak dan pada dasarnya Pemegang Kad NTC wajib menghubungi HLB jika tidak menerima Kad Layak yang diluluskan dalam masa 60 hari dari tarikh permohonan, j i ka gaga l be rbua t demik i an , mak a P emegang K ad NTC d i a ng ga p t e l a h

m e n e r i m a K a d L a y ak d a n HLB tidaklah bertanggungjawab jika sekiranya Pemegang Kad NTC tidak dapat menyertai Promosi Perolehan Kad Kredit ini atas apa jua sebab sekalipun. KAEDAH KEMPEN

35. Pemegang Kad NTC adalah layak menikmati tawaran-tawaran berikut (“secara kolektif disebut ‘Tawaran’ di dalam ini”)

dengan syarat kriteria yang ditetapkan di dalam ini (“Pemegang Kad Kredit”) dipatuhi:

(a) Pengecualian Fi Tahunan (“Tawaran 1”)

i) Pemegang Kad Kredit Layak yang dalam masa EMPAT PULUH LIMA (45) h a r i dari tarikh kelulusan Kad Layak

melakukan minimum s a t u (1) P e m b e l i a n Runcit (“seperti ditakrif dalam Fasal 36 di bawah”) bagi setiap

Kad Layak diluluskan akan layak mendapat pengecualian fi tahunan bagi tahun pertama bagi setiap Kad Layak

ii) Fi tahunan bagi tahun-tahun seterusnya adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengecualian fi tahunan sedia

ada. Untuk butiran lanjut, sila semak halaman produk berkenaan di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”).

(b) Pemberian Kelulusan (“Tawaran 2”)

i) Pemegang Kad Kredit Layak yang memohon serta mendapat Kad Layak yang diluluskan di bawah Promosi

Perolehan Kad Kredit ini adalah layak menerima SATU (1) unit pemberian kelulusan (“Pemberian Kelulusan Kad

Layak”).

ii) Bagi mengelakkan keraguan, Pemberian Kelulusan Kad Layak akan diuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat,

dihadkan kepada satu (1) Pemberian Kelulusan Kad Layak bagi setiap Pemegang Kad Kredit Layak sepanjang

Tempoh Rumah Terbuka tanpa mengira bilangan permohonan yang dikemukakan dan bilangan Kad Layak yang

diluluskan semasa Tempoh Rumah Terbuka, tertakluk kepada ketersediaan Unit Pemberian Kelulusan Kad Layak

yang dihadkan (seperti diperuntukkan dalam jadual dalam Fasal 35(b)(i) di atas)

iii) Bagi cawangan AMPM, Pemberian Kelulusan Kad Layak akan diberi kepada Pemegang Kad Kredit Layak yang

berjaya selepas kelulusan Kad Layak diperolehi daripada HLB semasa sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru

Cina.

iv) Bagi bukan cawangan AMPM, Pemberian Kelulusan Kad Layak akan disampaikan kepada bukan cawangan

AMPM berkenaan antara dua (2) hingga empat (4) minggu selepas sambutan Rumah Terbuka Cawangan Tahun

Baru Cina. Pemegang Kad Kredit yang berjaya hendaklah menebus Pemberian Kelulusan Kad Layak di

cawangan berkenaan sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (“SMS”) daripada syarikat penyedia

perkhidmatan SMS Bank, iaitu M3 Technologies (Asia) Berhad (“M3 Tech”) dalam masa empat (4) hingga lapan

(8) minggu dari tarikh permohonan Kad Layak. Jika tidak Pemegang Kad Kredit Layak yang berjaya akan

dianggap telah menerima Pemberian Kelulusan Kad Layak dan sebarang permintaan pembayaran ganti

Pemberian Kelulusan Kad Layak kepada HLB selepas 11 April 2018 tidak akan dilayani.

Pada dasarnya Pemegang Kad Kredit Layak berkewajipan untuk memberi nombor telefon bimbit yang terbaharu,

sah dan tepat kepada Bank dan/atau M3 Tech tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya Pemegang Kad Kredit

Layak tidak menerima pemberitahuan SMS tersebut atas apa jua sebab sekalipun

36. “Pembelian Runcit” bermaksud apa-apa pembelian runcit / dalam stor / transaksi dalam talian yang berjaya dicaj kepada

Kad Layak yang diluluskan tetapi TIDAK TERMASUK mana-mana transaksi berikut:

(a) Pengeluaran Tunai daripada mana-mana mesin ATM;

(b) Produk Portfolio seperti Pindahan Baki, Call-For-Cash, Call-For-Cash Plus dan Pelan Bayaran Fleksi;

(c) Pembalikan, bayaran balik dan transaksi berunsur penipuan; dan/atau

(d) Caj kewangan dan fi seperti fi tahunan kad kredit, caj bayaran lewat dan cukai perkhidmatan kerajaan.

37. Bagi Pembelian Runcit yang dilakukan dalam mata wang asing, nilai belian itu akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran seperti yang ditentukan oleh HLB atas budi bicara mutlaknya.

Pemberian Kelulusan Kad Layak Unit Dihadkan

Power Bank 680

(iv) PROMOSI FD PREMIUM BIASA BANCASSURANCE “Promosi FD Premium Biasa Bancassurance” (“Promosi Banca”) terbuka kepada Cawangan-cawangan Terpilih HLB sahaja dan bermula pada tarikh Tempoh Rumah Terbuka seperti yang terjadual dalam Lampiran I.

Promosi Banca ini hanya terbuka kepada kes-kes (yakni Produk-produk seperti tersebut dalam Fasal 39 di bawah) yang dikemukakan dalam masa 5 hari selepas tarikh Tempoh Rumah Terbuka dan mestilah membawa kepada penghasilan selewat-lewatnya 20 hari kalendar selepas tarikh Tempoh Rumah Terbuka. KELAYAKAN

38. Promosi Banca terbuka kepada seluruh pelanggan HLB baharu dan sedia ada termasuk pemastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia (“Pelanggan Banca”) yang, semasa Tempoh Rumah Terbuka, memohon mana-mana Produk sertaan seperti tersebut dalam Fasal 39 di bawah dan menjelaskan Premium Perniagaan Baharu dengan Saiz Premium Tahunan minimum bagi Produk-produk sertaan berkenaan seperti tersebut dalam jadual yang disediakan dalam Fasal 42 di bawah dalam masa 20 hari kalendar selepas Rumah Terbuka Cawangan Tahun Baru Cina (“Pelanggan Banca Layak”).

39. Produk-produk sertaan bagi Promosi Banca ini adalah Hong Leong SMART Cash Insurance, Prestige Life, Hong

Leong SMART5 Insurance dan Hong Leong SMART Value Insurance (secara kolektif disebut “Rangkaian Produk” dan secara individu disebut “Produk”) yang semuanya ditaja jamin oleh insurer, Hong Leong Assurance Berhad (“HLA”).

40. Bagi mengelakkan keraguan:-

“Premium Perniagaan Baharu” bermaksud premium tahun pertama yang dijelaskan bagi pembelian mana-mana Produk itu; “Saiz Premium Tahunan” bermaksud jumlah amaun premium dijelaskan setiap tahun dengan minimum Ringgit Malaysia Enam Ribu (RM6,000) bagi Hong Leong SMART Cash Insurance dan Prestige Life dan Sepuluh Ribu (RM10,000.00) bagi Hong Leong SMART5 Insurance dan Hong Leong SMART Value Insurance.

41. Pelanggan Banca Layak yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan Rangkaian Produk dan/atau mana-mana kemudahan yang diberi oleh HLB atau telah diisytiharkan muflis (menurut petisyen oleh sama ada Bank, bank-bank lain atau oleh mana-mana pihak ketiga) atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Rumah Terbuka TIDAK layak menyertai Promosi Banca.

KAEDAH

42. Pelanggan Bank Layak yang meletak deposit FD dalam akaun FD sedia ada atau akaun FD baharu mereka dengan HLB dalam amaun yang ditetapkan bagi Produk-produk berkenaan semasa Tempoh Rumah Terbuka bagi Tempoh FD berhak menikmati faedah FD Promosi Banca yang ditetapkan di bawah (“Pelanggan Bank Berkelayakan”) :

Produk Saiz

Premium Tahunan

Amaun Peletakan Deposit Tetap

(“FD”)* Faedah FD Promosi Banca

Kumpulan A

Hong Leong SMART5 Insurance

Hong Leong SMART Value Insurance

Minimum RM10,000

Berasas 1 ke 1 hingga maksimum

RM24,000

FD 2 Bulan (“Tempoh FD”) Faedah FD pada kadar efektif 8.88%

setahun

Dihadkan kepada 1,600 pertama Pelanggan Banca Berkelayakan

sahaja (berasaskan setiap pelanggan)

Kumpulan B

Hong Leong SMART Cash Insurance

Prestige Life

Minimum RM6,000

*Perhatian: Deposit tetap dan insurans layak dilindungi oleh PIDM.

43. Bagi mengelakkan keraguan, pemberian Faedah FD Promosi Banca ini adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, dan dihadkan kepada satu ribu enam ratus (1,600) pertama Pelanggan Banca Berkelayakan.

44. Pelanggan Banca Layak hanya boleh membuat peletakan FD setelah insurer, HLA memberi kelulusan bagi Produk-

produk yang dimohon dan selepas luputnya tempoh bertenang lima belas (15) hari kalendar sebaik sahaja polisi insurans

itu berjalan kuat kuasa. Surat pemberitahuan akan dihantar oleh HLA kepada Pelanggan Banca Layak dan Pelanggan Banca Layak dikehendaki membawa surat Pemberitahuan itu kepada mana-mana cawangan HLB sebagai bukti kelayakan untuk menikmati Faedah FD Promosi Banca supaya boleh melakukan peletakan FD, jika gagal berbuat demikian maka Pelanggan Banca Layak dianggap tidak berkelayakan menyertai Promosi Banca ini dan pada dasarnya Pelanggan Banca Layak berkewajipan mendapatkan surat Pemberitahuan tersebut daripada HLA / untuk memberitahu HLA sekiranya Pelanggan Banca Layak tidak menerima surat Pemberitahuan tersebut daripada HLA, dan HLB tidak bertanggungjawab terhadap ketidakterimaan surat Pemberitahuan itu oleh Pelanggan Banca Layak atas apa jua sebab sekalipun.

45. Bagi mengelakkan keraguan, HLB akan menjadikan surat Pemberitahuan itu sebagai panduan untuk memastikan

kelayakan Pelanggan Banca Layak untuk membuat peletakan FD mereka masing-masing dengan HLB. 46. Setiap Pelanggan Banca Berkelayakan hanya berhak menikmati Faedah FD Promosi Banca untuk satu (1) kali sahaja

(sama ada dalam akaun FD individu di bawah nama Pelanggan Banca Berkelayakan sahaja atau akaun FD bersama apabila Pelanggan Banca Berkelayakan adalah Pemegang Akaun FD Utama) tanpa mengira bilangan Produk yang dilanggani sepanjang Tempoh Rumah Terbuka. Bagi akaun FD bersama, hanya akaun FD bersama apabila Pelanggan Banca Layak (seperti tersebut dalam surat Pemberitahuan) adalah Pemegang Akaun FD Utama, berhak menikmati Faedah FD Promosi Banca.

47. Jika sekiranya Produk dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab sekalipun pada bila-bila masa dalam

Tempoh FD peletakan FD, maka Pelanggan Banca Berkelayakan tidak layak menikmati Faedah FD Promosi Banca. Dalam hal sedemikian, kadar FD konvensional semasa bagi Tempoh FD itu akan dikenakan dari tarikh peletakan FD.

48. Faedah FD Promosi Banca di bawah Promosi Banca ini akan dikreditkan ke dalam akaun semasa atau simpanan

(“CASA”) namaan Pelanggan Banca Berkelayakan pada tarikh matang Tempoh FD. Tokokan feadah kepada peletakan FD permulaan tidak dibenarkan.

49. Pada tarikh matang, FD akan diperbaharui secara automatik pada kadar FD konvensional semasa. Pengeluaran separa

FD semasa Tempoh FD tidak dibenarkan. 50. Pengeluaran FD hanya boleh dibuat di cawangan asal bank yakni di cawangan tempat peletakan FD itu dibuat. 51. Jika sekiranya FD ditarik balik sebelum tarikh matang Tempoh FD berkenaan maka tiada faedah yang akan dibayar bagi

mana-mana FD yang dikeluarkan. 52. Jika kemudiannya didapati Pelanggan Banca Berkelayakan tidak memenuhi mana-mana atau kesemua Terma & Syarat

di bawah Promosi Banca, maka HLB berhak menolak balik dan memotong Faedah FD Promosi Banca tambahan yang dikreditkan sebelum ini daripada CASA namaan Pelanggan Banca Berkelayakan. Pelanggan Banca Berkelayakan akan diberitahu oleh HLB melalui surat sebelum Faedah Promosi FD ditolak balik dan dipotong daripada CASA namaan Pelanggan Banca Berkelayakan.

53. Promosi Banca ini TIDAK sah bersama promosi sedang berjalan yang ditawarkan oleh HLB bagi Rangkaian Produk itu

dari semasa ke semasa.

PENAFIAN INSURANS

Dokumen/T&S ini tidak bertujuan sebagai jemputan atau tawaran untuk langganan insurans mahupun permintaan untuk langganan insurans oleh HLB daripada sesiapa. Pelanggan dinasihati untuk membaca dan memahami kandungan brosur produk/polisi kontak sebelum mendaftar. *NOTA PENTING: PRODUK INSURANS INI ADALAH BERGANTUNG KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK PELABURAN TULEN SEPERTI AMANAH SAHAM. PELANGGAN MESTI MENILAI PILIHAN MEREKA DENGAN BERHATI-HATI AND MEMUASKAN HATI MEREKA DI MANA PELAN PELABURAN BERKAIT SESUAI DENGAN SELERA RISIKO MEREKA, DAN PELANGGAN MAMPU MENANGGUNG PREMIUM SEPANJANG TEMPOH POLISI. UNTUK MENINGKATKAN PELABURAN PADA BILA-BILA WAKTU, ADALAH DINASIHATKAN SUPAYA PELANGGAN MEMBAYAR PREMIUM TAMBAHAN SEBAGAI “TOP UPS”. PULANGAN DANA PELABURAN BERKAIT ADALAH TIDAK DIJAMIN. Pelanggan yang tidak dilindung oleh dana pampasan di bawah Bahagian IV Pasaran Modal dan Akta Perkhidmatan 2007. Dana pampasan ini tidak dipanjangkan kepada Pelanggan sekiranya Pelanggan mengalami kerugian wang disebabkan penyelewengan atau penipuan salah guna duit dan hartanah lain, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil HLB.

Produk di atas adalah dilindungi oleh Hong Leong Assurance Berhad (HLA). HLA adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian manfaat yang dilindung di bawah polisi insurans yang ditawarkan oleh HLA adalah dilindungi daripada kerugian sebahagian atau seluruh manfaat insurans oleh PIDM, sekiranya kegagalan ahli pemberi insurans berlaku. Untuk maklumat lanjut mengenai had perlindungan dan skop liputan, sila dapatkan brosur informasi PIDM daripada HLA atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

b) KEMPEN TAHUN BARU CINA (i) PROMOSI PEMBIAYAAN-i HARTANAH

54. Promosi Pembiayaan Hartanah/-i terbuka kepada pelanggan individu Bank warga Malaysia dan bukan warga Malaysia yang telah memohon Kemudahan Sertaan baharu dalam Tempoh Promosi (“Pelanggan Pembiayaan Hartanah”). Untuk mendapat Pemberian Terimaan dan menyertai Peraduan Hadiah Utama Pembiayaan Hartanah (“Peraduan Pembiayaan Hartanah”) seperti dinyatakan dalam Fasal 58 dan Fasal 61, Pelanggan Pembiayaan Hartanah dikehendaki memohon kemudahan baharu di bawah mana-mana produk pinjaman/pembiayaan terpilih yang berikut seperti tersenarai di bawah dengan amaun kemudahan minimum sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM300,000) sahaja (“Kemudahan Sertaan”) semasa Tempoh Promosi dan menerima Kemudahan Sertaan tersebut dengan menandatangani Surat Tawaran pada atau sebelum 15 Mac 2018 (“Tarikh Terimaan”):-

Pinjaman Perumahan/Kedai Hong Leong; Pinjaman Perumahan/Kedai MortgagePlus Hong Leong; atau Pembiayaan Hartanah Fleksi-i CM Hong Leong (Pembiayaan Rumah/Kedai).

(“Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak”).

55. Promosi ini terbuka kepada Kemudahan Sertaan bagi tujuan untuk pembiayaan semula serta juga pembiayaan belian hartanah kediaman dan bukan kediaman yang sudah siap atau sedang dibina.

56. Bagi mengelakkan keraguan, dalam hal pemohon bersama, nama yang mula-mula tertera dalam rekod Bank akan

merupakan pemohon utama (“Pemohon Pembiayaan Hartanah Utama”). Bagi tujuan Promosi ini, hanya Pemohon Pembiayaan Hartanah Utama sahaja akan layak mendapat Pemberian Terimaan dan menyertai Peraduan Pembiayaan Hartanah ini.

57. Pada dasarnya Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak berkewajipan menyediakan dokumen-dokumen berkenaan yang

dikehendaki Bank untuk membolehkan Bank meluluskan Kemudahaan Sertaan pada masa yang tepat. Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya Kemudahaan Sertaan ditolak atau Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak tidak dapat menerima Surat Tawaran pada atau sebelum Tarikh Terimaan, atas apa jua sebab sekalipun (termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen-dokumen tidak memadai untuk meluluskan Kemudahan Sertaan)

KAEDAH (A) PEMBERIAN TERIMAAN

58. Terdapat tiga (3) jenis Caltex StarCash yang akan dibahagikan kepada Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak mengikut

amaun pembiayaan Kemudahan Sertaan (secara kolektif disebut “Pemberian Terimaan”). 59. Pemberian Terimaan yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil. Amaun Pembiayaan Caltex StarCash

i. RM300,000 - < RM500,000 RM68

ii. RM500,000 - < RM800,000 RM108

iii. RM800,000 ke atas RM128

60. Untuk menerima Pemberian Terimaan, Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak perlu menebus perkara yang tersebut

dari Bank dan melaksanakan Borang Akuan Penebusan Terimaan selepas menerima Kemudahan Sertaan tersebut dengan menandatangani Surat Tawaran, jika tidak Pemberian Terimaan akan dilucuthakkan dan sebarang rayuan bagi pembayaran balik Pemberian Terimaan tidak akan dilayan oleh Bank.

(B) PERADUAN HADIAH UTAMA PEMBIAYAAN HARTANAH

61. Tiga (3) Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak juga akan berpeluang memenangi satu (1) Hadiah Utama iaitu Caltex StarCash bernilai RM2,888 (Dua Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Lapan Ringgit Malaysia) (“Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah”) dengan menyertai Peraduan Pembiayaan Hartanah ini.

62. Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak berhak menerima bilangan Penyertaan Peraduan Pembiayaan Hartanah

(“Penyertaan Peraduan”) yang tertera di bawah ini berdasarkan yang kriteria berikut:-

i. Hartanah kediaman dan/atau bukan kediaman yang telah siap

Transaksi Yang Melayakkan Bilangan Penyertaan Peraduan

Setiap RM10,000 daripada jumlah amaun pembiayaan yang dilulus dan diterima bagi mana-mana Kemudahan Sertaan

20 Penyertaan

ii. Hartanah kediaman dan bukan kediaman yang sedang dibina

Transaksi Yang Melayakkan Bilangan Penyertaan Peraduan

Setiap RM10,000 daripada jumlah amaun pembiayaan yang dilulus dan diterima bagi mana-mana Kemudahan Sertaan

10 Penyertaan

63. Bank akan menjejaki Kemudahan Sertaan dan/atau Penyertaan Peraduan berasaskan transaksi yang tercatat dan

terpapar dalam sistem Bank. Cara dan bagaimana Bank menjejaki dan mengenal pasti Kemudahan Sertaan dan/atau Penyertaan Peraduan tidak boleh dipersoalkan dan segala keputusan yang dibuat oleh Bank menurut sistem penjejakan itu adalah muktamad.

64. Sebuah agensi pengurusan peraduan pihak ketiga, Dynamic Search Sdn. Bhd. (136574V) (“Dynamic Search”),

berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor akan dilantik oleh Bank untuk menguruskan pemilihan Peserta Layak Yang Ditapis.

65. Sepuluh (10) Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak (secara kolektif disebut di dalam ini sebagai “Peserta Layak

Ditapis”) akan dipilih secara rambang pada penghujung Tempoh Promosi dan akan dihubungi oleh Dynamic Search atas dasar usaha terbaik melalui nombor telefon terkini yang diberi oleh Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak seperti terdapat dalam sistem Bank SEKALI pada bila-bila masa dalam waktu pejabat (9:00 pagi hingga 5:00 petang) untuk sesi soal jawab untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul dalam rangka masa yang terpantas.

Maka, Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak bertanggungjawab untuk menyediakan nombor mudah alih mereka yang sah, sah dan tepat dengan Bank dan Bank dan/atau Dynamic Search tidak akan bertanggungjawab sekiranya Dynamic Search tidak dapat mencapai Peserta Layak Ditapis atas apa jua sebab.

66. Jika Peserta Layak Ditapis / Pelanggan Pembiayaan Hartanah Layak gagal menjawab telefon selepas lima (5) deringan atas apa jua sebab sekalipun, maka Peserta Layak Ditapis dianggap telah terlepas peluang menang dan Dynamic Search akan mempunyai hak mutlak untuk memilih seorang lagi Peserta Layak Ditapis jika perlu.

67. Peserta Layak Ditapis tidak akan diberitahu pada masa itu juga sama ada mereka pemenang Peraduan Pembiayaan Hartanah sebaik selesai sesi Soal Jawab itu.

68. Tiga (3) Peserta Layak Ditapis yang dapat menjawab paling banyak soalan dalam masa terpantas akan diumumkan sebagai pemenang (“Pemenang Hadiah Utama”). Jika sekiranya berlaku seri, Dynamic Search akan menghubungi Peserta Layak Ditapis dan Peserta Layak Ditapis akan ditanya satu (1) soalan pematah seri dan peserta yang dapat menjawab soalan itu dengan betul dalam masa terpantas akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

69. Jika Dynamic Search tidak dapat menghubungi Peserta Layak Ditapis (untuk tujuan Fasal 68 di atas) selepas 2 percubaan atau Peserta Layak Ditapis gagal menjawab telefon selepas lima (5) deringan atas apa jua sebab sekalipun, Peserta Layak Ditapis akan dianggap telah terlepas peluang memenangi Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah.

70. Akaun Kemudahan Sertaan Pemenang Hadiah Utama mestilah kekal aktif dan tidak ditamatkan atau tertunggak, jika tidak Pemenang Hadiah Utama akan terlucut kelayakannya daripada memenangi Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah.

71. Pemenang Hadiah Utama akan diberitahu oleh Bank sama ada melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran nama Pemenang Hadiah Utama dalam laman web Bank di www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my tidak lewat daripada 31 Mac 2018.

72. Jika Peserta Layak Ditapis tidak menerima pemberitahuan melalui surat, panggilan telefon atau penyiaran dalam laman Bank pada atau sebelum 31 Mac 2018, mereka dianggap BUKAN pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah.

73. Untuk menebus Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah, Pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan

Hartanah dikehendaki menebus perkara tersebut daripada Bank dari Bank dan melaksanakan Borang Akuan Penebusan Terimaan Hadiah Utama pada atau sebelum 12 April 2018, jika tidak Pemberian Terimaan akan dilucuthakkan dan sebarang rayuan bagi pembayaran balik Pemberian Terimaan tidak akan dilayan oleh Bank.

74. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah yang tidak dituntut selepas 12 April 2018.

75. Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah untuk Promosi ini akan tamat tempoh pada 31

Mac 2019. Jika Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah tidak digunakan selepas 31 Mac 2019, baki kredit kekal dalam Pemberian Terimaan dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah akan luput / luput dan Baki kredit (jika ada) tidak boleh ditukar dengan tunai

76. Terma dan syarat penggunaan Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah adalah di luar kawalan Bank dan ditentukan oleh Caltex Malaysia (berdaftar di bawah Chevron Malaysia Limited) semata-mata dan ditetapkan dalam Caltex StarCash atau Laman Web (URL: https://www.caltex.com/my/en.html) (jika ada). Sebarang pertikaian berkaitan dengan terma dan syarat Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah hendaklah diselesaikan secara langsung antara Pelanggan Pembiayaan Harta Layak / Pemenang Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah dengan Caltex tanpa meminta bantuan Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk mengganti atau membatalkan Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah akibat pertikaian tersebut.

77. Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan. Bank tidak bertanggungjawab terhadap Pemberian Terimaan dan/atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah yang hilang atau dicuri dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikannya.

(ii) PEMBIAYAAN AUTO: PROMOSI PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMALANGAN DIRI 1 BULAN EKSKLUSIF KELAYAKAN 78. Promosi Takaful Kemalangan Diri (PA) 1 Bulan Eksklusif Pembiayaan Auto (“Promosi Pembiayaan Auto”) terbuka

kepada seluruh pelanggan individu Bank (“Pelanggan Pembiayaan Auto”), yang permohonan Pembiayaan Auto Hong Leong (HLAF) mereka

Diterima dalam Tempoh Promosi; dan

Dibiayai (bermaksud tarikh bayar pembiayaan) tidak lewat daripada 15 Mac 2018 (“Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan”)

KAEDAH

79. Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan akan berhak mendapat perlindungan Takaful PA bernilai RM28,000 (“Pelan Takaful PA”), ditaja jamin oleh Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M) (Malaysia Bhd), beralamat Aras 5, Tower B, PJ City Development, No.15A, Jalan 219, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Pengendali Takaful), semasa Tempoh Promosi.

80. BIDANG PERLINDUNGAN

Kecederaan tubuh badan dan/atau hilang upaya kekal yang sepenuhnya dan secara langsung disebabkan kemalangan dan tidak termasuk kecederaan yang disebabkan sakit, penyakit atau masalah perubatan. Sekiranya berlaku kematian kepada “Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan”, benefisiari yang dinamakan akan ditanggung rugi dengan perlindungan jumlah dan faedah lain yang perlu dibayar.

Batasan wilayah – di dalam Malaysia

81. Jangka masa Takaful

Perlindungan takaful 1 bulan berkuat kuasa dari tarikh pembayaran pembiayaan

82. Pelan Takaful

Manfaat Pampasan Jangka Masa Lindungan

A. Mati kerana kemalangan RM28,000

1 bulan dari tarikh pinjaman dibayar

B. Kehilangan atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal RM28,000

C. Perbelanjaan Pengebumian & Pembakaran Mayat RM3,000

D. Perlindungan Keselamatan Rumah RM1,000

Perhatian: i. Lindungan takaful butiran (C) dan (D) adalah manfaat bonus diberi kepada “Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan ” ii. Perlindungan Keselamatan Rumah meliputi kos pembaikan kepada pintu pagar, gril, pintu, tingkap, kunci akibat rompakan / kecurian premis ketika orang berinsurans itu di perjalanan. iii. Tertakluk kepada Terma & Syarat Hong Leong MSIG Takaful Berhad dalam Sijil Induk

83. Notis tuntutan

Dalam kes Kematian Kemalangan / tuntutan Kehilangan atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan perlu melengkapkan dan mengemukakan borang tuntutan dengan butiran lengkap seperti yang dikehendaki kepada Pengendali Takaful dalam tempoh enam puluh (60) hari sebaik menerima notis atau menanggung sebarang kemalangan, jika gagal berbuat demikian, maka Liputan itu dianggap telah tamat tempoh dan Pengendali Takaful tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang pertikaian selanjutnya.

Pihak menuntut boleh menghubungi Pengendali Takaful secara langsung atau melayari laman web mereka di www.hlmsigtakaful.com.my untuk mendapatkan borang tuntutan

Bagi senarai penuh pengecualian dan maklumat tambahan mengenai Pelan PA Takaful, sila hubungi Pengendali Takaful secara langsung di talian (603) 7650 1800.

84. Pada dasarnya Pelanggan Pembiayaan Auto berkewajipan memberi / menyediakan segala dokumen berkenaan yang dikehendaki Bank untuk membolehkan Bank meluluskan HLAF. Bank tidak akan bertanggungjawab seandainya HLAF ditolak atau jika sekiranya tarikh pembiayaan ditunda atas apa jua sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen-dokumen tidak memadai disediakan oleh Pelanggan Pembiayaan Auto seperti yang dikehendaki Bank untuk membolehkan Bank membiayai jumlah HLAF tepat pada masanya. Sebarang pertikaian mengenai kelewatan pembiayaan HLAF atau penolakan permohonan tidak akan dilayani.

85. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa tuntutan berkenaan dengan Pelan PA Takaful ini hendaklah diselesaikan antara

Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan dengan Pengendali Takaful tanpa meminta bantuan Bank. Dengan menyertai Promosi Pembiayaan Auto ini, Pelanggan Pembiayaan Auto Berkelayakan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan oleh Pengendali Takaful.

(iii) POWERLINK – PROMOSI SERANGKAI PELABURAN DAN DEPOSIT TETAP 86. Powerlink – Promosi Serangkai Pelaburan dan Deposit Tetap (“Promosi Powerlink”) terbuka untuk penyertaan oleh

seluruh Pelanggan HLB individu (“Pelanggan Powerlink HLB”) yang merupakan permastautin warga Malaysia dan bukan warga Malaysia terdiri daripada kategori berikut (“Kategori Pelanggan”):- i. Pelanggan Perbankan Persendirian (“PV”) sedia ada dan / atau baharu;

ii. Pelanggan Perbankan Prioriti (“PB”) sedia ada dan / atau baharu; dan

iii. Bukan Pelanggan PB/PV sedia ada / atau baharu,

melainkan diberitahu sebaliknya.

87. Dalam konteks ini Pelanggan PV bermaksud Pelanggan HLB yang telah memenuhi kriteria kelayakan Keahlian Perbankan Persendirian HLB (“Keahlian PV”). Keahlian PV bermaksud gabungan Aset Cair dan/atau Pelaburan (seperti ditakrif menurut Fasal 89 di bawah) berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM3,000,000.00) atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan oleh HLB dari semasa ke semasa (“Kriteria Kelayakan PV”). Pelanggan PV Baharu bermaksud Pelanggan HLB yang telah menyertai Keahlian PV semasa Tempoh Promosi.

88. Dalam konteks ini Pelanggan PB bermaksud Pelanggan HLB yang telah memenuhi kriteria kelayakan Keahlian

Perbankan Prioriti HLB (“Keahlian PB”). Keahlian PB bermaksud gabungan Aset Cair dan/atau Pelaburan (seperti ditakrif menurut Fasal 89 di bawah) berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu (RM300,000.00) atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan oleh HLB dari semasa ke semasa (“Kriteria Kelayakan PB”). Pelanggan PB Baharu bermaksud Pelanggan HLB yang telah menyertai Keahlian PB semasa Tempoh Promosi.

89. Bagi tujuan di dalam ini, istilah “Aset Cair” adalah bermakna segala jumlah yang ada dalam kredit mana-mana Akaun

Deposit Tetap (“FD”), Akaun Semasa & Akaun Simpanan (“CASA”) dan/atau Akaun Mata Wang Asing dengan HLB

manakala istilah “Pelaburan” bermakna amaun pelaburan pokok dalam mana-mana Dana Unit Amanah (“UT”), Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (“FRNID”), Bon Runcit, Pelaburan Berkaitan Ekuiti (“ELI”) dan / atau Pelaburan Dwimata Wang (“DCI”) dengan HLB pada mana-mana satu masa. Akaun Semasa Mortgage Plus dan Pinjaman Fleksi Super Easi 123 dikecualikan daripada sebahagian Aset Cair untuk mencukupkan kriteria kelayakan PB/PB.

90. Apabila terdapat lebih daripada satu (1) pemohon Keahlian PV/PB, maka akaun bersama mestilah dibuka. Pemegang

akaun bersama yang namanya mula-mula tertera dalam rekod HLB adalah pemegang akaun utama (“Pemegang Akaun Utama”) manakala pemegang akaun bersama yang seorang lagi adalah pemegang akaun kedua (“Pemegang Akaun Kedua”)

KAEDAH PROMOSI

91. Untuk menyertai Promosi Powerlink, Pelanggan Powerlink HLB dikehendaki semasa Tempoh Promosi menunaikan

keperluani/kriteria berikut seperti tertera dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah untuk layak menikmati Kadar FD Promosi Powerlink:

i. melabur Amaun Pelaburan Minimum dalam mana-mana UT atau FRNID terpilih (seperti tersenarai dalam Lampiran 2 disertakan di sini) (secara kolektif disebut “Pelaburan Terpilih”); dan

ii. meletak FD ke dalam akaun FD yang baharu dibuka atau sedia ada untuk tempoh maksimum 1 bulan (“Tempoh”) dengan amaun peletakan FD maksimum 1 kali (1x) Amaun Pelaburan dalam UT atau FRNID (“Powerlink FD”).

Jadual 1: Amaun Pelaburan Minimum bagi UT

Kategori Pelanggan

Amaun Pelaburan Minimum

Caj Jualan Pelaburan Minimum

Nisbah Pelaburan: FD

Amaun FD Maksimum

Kadar dan Tempoh FD Promosi Powerlink

Pelanggan PB/PV

RM50,000 3.00%* 1:1

Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000

FD 1 bulan pada 22.88% setahun

Bukan Pelanggan PB/PV

RM30,000 3.00%* 1:1

Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000

FD 1 bulan pada 18.88% setahun

* 3.00% merujuk kepada caj jualan UT minimum yang dikenakan ke atas dana UT sertaan. Jadual 2: Amaun pelaburan minimum bagi FRNID

Kategori Pelanggan

Amaun Pelaburan Minimum

Caj Jualan Pelaburan Minimum

Nisbah Pelaburan: FD

Amaun FD Maksimum

Kadar dan Tempoh FD Promosi Powerlink

Pelanggan PB/PV

RM100,000 Tak

berkenaan 1:1

Hingga 1 kali Amaun Pelaburan dan tidak melebihi RM5,000,000

FD 1 bulan pada 22.88% setahun

Bukan Pelanggan PB/PV

Tak berkenaan

Tak berkenaan

Tak berkenaan Tak berkenaan

Tak berkenaan

92. Bagi mengelakkan keraguan, untuk membolehkan Pelanggan Powerlink HLB menikmati Kadar FD Promosi:

i. perlu meletak Pelaburan Terpilih dan FD Powerlink serentak pada hari yang sama semasa Tempoh Promosi; dan ii. amaun FD Powerlink maksimum diletak serentak dengan Pelaburan Terpilih dinyatakan sebagai nisbah kepada

Amaun Pelaburan Terpilih dan tidak melebihi RM5,000,000. iii. Kadar FD Promosi Powerlink dinikmati dengan Dana Baharu sahaja (seperti ditakrif dalam Fasal 93 di bawah).

93. Dana Baharu ditakrif sebagai:

a) Wang tunai, GIRO antara bank, dana baharu yang diterima melalui pindahan telegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain yang didepositkan ke dalam akaun FD sedia ada atau baharu Pelanggan PB; dan

b) Hasil penebusan ekuiti, dana unit amanah, bon / sukuk dan / atau Hong Leong Invest Safe semasa Tempoh Promosi yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA HLB.

94. Yang berikut ini tidak boleh dianggap “Dana Baharu”:

a) FD yang matang atau pengeluaran pramatang FD daripada mana-mana akaun FD/akaun Deposit Tetap-i (“FD-i”) HLB / HLISB yang sedia ada;

b) Pindahan dana intra bank, iaitu pindahan dana daripada akaun HLB / HLISB yang lain (sama ada Akaun Simpanan/i dan/atau Akaun Semasa/i (CASA dan/atau CASA-i), FD, FD-i atau Akaun Pelaburan Am (“GIA”); dan

c) Pindahan antara cawangan di dalam Bank termasuk pindahan akaun pihak ketiga (ke-3).

95. Pelanggan Powerlink HLB baharu dikehendaki membuka akaun FD baharu dengan HLB semasa Tempoh Promosi (jika Pelanggan HLB tidak mempunyai akaun FD yang sedia ada) untuk membolehkannya memenuhi keperluan ini.

96. Pelanggan Powerlink HLB yang telah menunaikan dan memenuhi keperluan seperti dinyatakan dalam Fasal 91 dan 92

di atas akan disebut “Pelanggan Powerlink Layak” bagi tujuan Promosi Powerlink. 97. Pelanggan Powerlink Layak dikehendaki menamakan satu Akaun CASA yang diselenggarakan dengan HLB yang

seharusnya atas nama semua Pelanggan Powerlink Layak (“CASA Namaan”) untuk tujuan mengkreditkan faedah yang diperolehi di bawah Promosi ini. Faedah FD yang diperolehi hendaklah dikreditkan ke dalam CASA Namaan Pelanggan Powerlink Layak pada tarikh matang Tempoh. Tokokan faedah kepada Jumlah Pokok FD tidak dibenarkan.

98. Jika sekiranya FD ditarik balik sebelum tarikh matang Tempoh, maka tiada faedah akan dibayar atas mana-mana FD yang ditarik balik sebelum matang Tempoh menurut peraturan Persatuan Bank-bank di Malaysia (“ABM”), Seksyen E (v) akan diguna pakai:

a) Tiada faedah akan dibayar atas mana-mana deposit 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan yang belum cukup tempohnya.

99. Pada tarikh matang, FD akan diperbaharui secara automatik pada kadar FD konvensional semasa. 100. Pengeluaran separa FD tidak dibenarkan. 101. Pengeluaran FD, sama ada sebelum atau selepas tarikh matang Tempoh, hanya boleh dibuat di cawangan asal bank,

yakni tempat cawangan peletakan FD itu dibuat.

102. Tarikh tempahan UT hendaklah dianggap sebagai tarikh peletakan UT bagi produk-produk UT Terpilih dalam Pelaburan Terpilih

103. Tarikh niaga FRNID hendaklah dianggap sebagai tarikh peletakan FRNID bagi produk-produk FRNID terpilih dalam

Pelaburan Terpilih. 104. Peletakan FD dan Amaun Pelaburan dalam Pelaburan Terpilih mestilah dibuat pada hari yang sama dan tidak boleh

dikumpulkan daripada hari-hari yang berbeza. 105. Pemegang Akaun Utama (seperti menurut Fasal 90 di atas) bagi Pelaburan Terpilih dan juga akaun FD mestilah di

bawah nama Pelanggan Powerlink HLB yang sama. 106. HLB berhak meminda dana-dana sertaan Pelaburan Terpilih yang disenaraikan dalam Lampiran 2 dari semasa ke

semasa dalam Tempoh Promosi. 107. Pelanggan Powerlink Layak adalah bertanggungjawab dan hendaklah menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi

kerajaan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Promosi.

108. FD tidak boleh digunakan sebagai sandaran bagi tujuan mendapatkan apa-apa kemudahan kredit yang diperolehi atau

akan diperolehi oleh Pelanggan Powerlink Layak. 109. Jika sekiranya Pelanggan Powerlink Layak menggunakan hak bertenang Unit Amanah mereka atau sebarang transaksi

Pelaburan Terpilih ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab sekalipun, maka Pelanggan Powerlink Layak TIDAK berhak menikmati Kadar FD Promosi Powerlink sepeti disyaratkan dalam jadual yang dipaparkan dalam Fasal 91 di atas. Dengan itu dana-dana yang diletak dan didepositkan dalam akaun FD akan ditarik balik dan tiada faedah akan dibayar menurut peraturan ABM, Seksyen E (v).

TRANSAKSI PRODUK PELABURAN

110. Pelaburan bersama dianggap kepunyaan orang yang namanya mula-mula tertera dalam borang transaksi pelaburan bagi Pelaburan Terpilih (“Pemegang Akaun Utama Pelaburan”). Hanya Pemegang Akaun Utama Pelaburan layak menikmati Kadar FD Powerlink di atas.

111. Pelaburan dalam Dana UT terpilih dalam Pelaburan Terpilih menggunakan dana yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) tidak dibenarkan.

112. Semua terma dan syarat dan peraturan mengenai transaksi Pelaburan Terpilih akan dikenakan. 113. Terma dan syarat mengenai transaksi dan produk UT bagi Pelaburan Terpilih diperincikan dalam Prospektus terkini

dan Prospektus Tambahannya (jika ada) yang telah sempurna didaftarkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang akan ditadbir dan dikawal selia menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (seperti dipinda) serta garis panduan dan arahan berkaitan yang dilkeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa berkenaan.

114. Penafian Unit Amanah: Dokumen ini bukan bertujuan sebagai pelawaan atau tawaran untuk melanggan unit amanah dan ia bukan penawaran oleh HLB untuk mendapatkan langganan unit amanah daripada sesiapa. Pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan prospektus yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya, sebelum melabur. Salinan prospektus boleh diperolehi daripada mana-mana cawangan kami atau pejabat Pengurus Dana. Sebarang terbitan unit yang berkaitan dengan prospektus hanya akan dibuat selepas menerima borang permohonan yang dirujuk dan dilampirkan dalam prospektus. Pelabur diingatkan bahawa terdapat yuran dan caj yang dikenakan dalam pembelian unit amanah. Pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj berkenaan sebelum melabur dan merujuk dengan penasihat kewangan berlesen atau profesional mereka jika ada keraguan mengenai sebarang ciri atau jenis dana. Sila ambil perhatian bahawa harga unit dan agihan yang dibayar, jika ada, boleh naik atau turun. Prestasi lampau bukan indikasi prestasi masa hadapan. Pulangan ke atas pelaburan unit amanah tidak dijamin dan unit amanah tidak membentuk deposit bank atau tanggungjawab HLB dan ianya tidak dijamin atau diinsuranskan oleh HLB serta ia tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan amaun prinsipal yang dilaburkan. Skim unit amanah dan unit-unit di dalam skim tersebut tidak diinsuranskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”), dan sebarang wang yang dikeluarkan daripada deposit berinsurans untuk tujuan pembelian mana-mana unit dalam skim unit amanah tidak diinsuranskan oleh PIDM.

115. Semua terma dan syarat dan peraturan sedia ada yang mengawal FRNID terpilih di bawah Pelaburan Terpilih akan

dikenakan. Terma dan syarat yang mengawal FRNID terpilih yang diperincikan dalam Helaian Terma dan Helaian Pendedahan Produk berkenaan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Bank Negara Malaysia mengenai Ketelusan dan Pendedahan Produk seperti yang dipinda dari semasa ke semasa dan apa-apa garis panduan dan peraturan lain berkenaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa berkenaan dari semasa ke semasa.

Notis Penting: Pelanggan HLB tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah Bahagian IV Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Dana pampasan ini tidak meliputi Pelanggan HLB jika Pelanggan HLB mengalami kerugian kewangan akibat penyalahgunaan, atau penipuan salah guna wang dan harta lain, oleh pengarah, pegawai, kakitangan atau wakil HLB.

UMUM

116. Promosi ini TIDAK sah dengan mana-mana promosi sedang berjalan yang ditawarkan oleh Bank dari semasa ke

semasa. 117. Pelanggan CASA Layak, Pelanggan FD/-i, Pelanggan HLB, Pemegang Kad NTC, Pelanggan Banca, Pelanggan

Pembiayaan Hartanah, Pelanggan Pembiayaan Auto, dan Pelanggan Powerlink HLB secara kolektif dikenali sebagai “Pelanggan”.

Pemberian Peruntuk, Pemberian Kelulusan, dan Pemberian Terimaan secara kolektif dikenali sebagai “Pemberian”.

Baucar Tunai dan Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah secara kolektif dikenali sebagai “Hadiah”.

118. Dengan menyertai Promosi, Pelanggan:

(i) bersetuju telah membaca, memahami dan akan mematuhi Terma & Syarat Promosi; (ii) bahawa semua rekod transaksi yang dirakamkan oleh sistem Bank dalam Tempoh Promosi dan/atau Tempoh

Rumah Terbuka dan senarai Pelanggan adalah tepat dan muktamad; (iii) bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dikenakan oleh Caltex berhubung dengan penggunaan

Pemberian Terimaan dan / atau Hadiah Utama Peraduan Pembiayaan Hartanah; (iv) bersetuju bahawa semua permohonan untuk Kemudahan Sertaan adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan

kelulusan Bank; (v) bersetuju bahawa keputusan Bank atas semua hal berkaitan dengan Promosi adalah muktamad dan mengikat

ke atas semua Pelanggan dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan Bank tidak akan dilayani;

(vi) bersetuju bahawa Terma & Syarat di dalam ini, Terma dan Syarat Am Akaun Bank, Terma dan Syarat Perbankan Prioriti, Terma dan Syarat Perbankan Persendirian, Perjanjian Perkhidmatan Pelaburan (jika berkenaan), dan apa-apa Terma & Syarat berkenaan yang lain hendaklah dibaca sebagai suatu perjanjian keseluruhan dan jika terdapat sebarang percanggahan, maka Terma & Syarat tertentu di dalam ini hendaklah diutamakan setakat percanggahan tersebut; dan

(vii) bersetuju untuk mengakses laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”), laman web HLISB di www.hlisb.com.my (“Laman Web HLISB”) dan laman Facebook Hong Leong dari semasa ke semasa untuk menyemak Terma & Syarat dan memastikan sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma & Syarat.

(viii) membenarkan HLB/HLISB untuk mendedahkan data peribadi mereka (seperti nama, Nombor Kad Pengenalan dan maklumat hubungan) kepada penyedia perkhidmatan Bank, iaitu M3Tech dan/atau Dynamic Search, untuk tujuan menjalankan dan melaksanakan Promosi ini;

(ix) memberi keizinan kepada Bank untuk mendedahkan atau menyiarkan nama dan nombor kad pengenalan (dalam bentuk terlindung) atau foto mereka dalam media, bahan pemasaran atau pengiklanan

119. Bank berhak:

(i) menambah, menggugurkan, menggantung atau meminda Terma & Syarat yang terkandung di dalam ini, sama ada keseluruhan atau sebahagian atas budi bicara mutlaknya, dengan cara menyiarkannya dalam Laman Web HLB/HLISB atau dengan apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank;

(ii) menentukan transaksi yang akan dianggap “Pembelian Runcit” di bawah Promosi Perolehan Kad Kredit; (iii) menggantikan mana-mana atau kesemua Hadiah/Pemberian dengan produk lain yang sama nilainya pada

bila-bila masa dengan memberi notis awal; (iv) melucutkan kelayakan mana-mana Pelanggan atas apa jua sebab sekalipun yang dianggap wajar oleh Bank

menurut budi bicara mutlaknya daripada menyertai Promosi dan / atau berhak menerima Hadiah/Pemberian, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau Kadar FD Promosi Powerlink ; dan

(v) melupuskan Hadiah/Pemberian jika sekiranya Terma & Syarat di dalam ini tidak dipatuhi. 120. Hadiah/Pemberian dihadkan kepada satu (1) bagi setiap pemohon baharu atas dasar siapa cepat dia dapat dan

tertakluk kepada ketersediaan stok semasa Tempoh Promosi/Tempoh Rumah Terbuka dan tertakluk kepada terma dan syarat setiap Promosi.

121. Pelanggan yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan mana-mana kemudahan yang diberi oleh Bank atau telah diisytiharkan muflis atau bakal dikenakan prosiding kemuflisan pada bila-bila masa sebelum atau semasa Tempoh Promosi / Tempoh Rumah Terbuka TIDAK layak menyertai mana-mana Promosi dan/atau TIDAK layak menerima Hadiah dan/atau Pemberian, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau Kadar FD Promosi.

122. Pelanggan masing-masing dipertanggungjawabkan dan hendaklah menanggung sendiri segala cukai berkenaan, fi

kerajaan, segala kos yang berhubung dengan penghantaran atau pemasangan atau apa-apa caj lain yang boleh dikenakan terhadap mereka mengikut undang-undang berkenaan, jika ada, berkaitan dengan penyertaan dalam Promosi dan/atau pengambilan Hadiah/Pemberian, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau Kadar FD Promosi Powerlink.

123. Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab terhadap kegagalan atau kelewatan penghantaran

transaksi jualan oleh Visa International Incorporated/MasterCard Worldwide, organisasi niaga, pihak pos atau mana-mana pihak yang boleh menyebabkan Pelanggan tertinggal daripada Promosi ini;

124. Akaun Pelanggan mestilah sah/ aktif, berkedudukan baik dan mesti tidak melanggar mana-mana terma dan syarat

Promosi ini dan/atau Perjanjian Pemegang Kad pada setiap masa.

125. Pemberian dan/atau Hadiah akan disediakan atas dasar “Sebagaimana ada”. Pemberian/Hadiah yang dipaparkan

dalam semua bahan bercetak dan/atau laman web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Apa-apa prop, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Pemberian dan/atau Hadiah dalam apa-apa bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian daripada Pemberian dan/atau Hadiah itu.

126. Bank tidak memberi representasi atau waranti berkenaan kualiti atau kesesuaian Pemberian dan/atau Hadiah itu dan

tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan apa-apa Pemberian dan/atau Hadiah yang hilang, dicuri atau rosak (sama ada disebabkan kecacatan bahan atau mutu kerja oleh syarikat pembuat di bawah waranti atau tidak). Pelanggan hendaklah berurus secara langsung dengan syarikat peniaga dan/atau syarikat pembuat berkenaan bagi segala maklumat waranti dan tuntutan tanpa meminta bantuan Bank.

127. Dengan menyertai Promjosi ini, Pelanggan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat Pengendali Takaful / syarikat

peniaga masing-masing mengenai penggunaan Pemberian dan / atau Hadiah dan/atau Pelan Takaful PA, yang boleh dipinda oleh syarikat peniaga masing-masing dari semasa ke semasa tanpa memberi notis awal. Bagi mengelakkan keraguan, Bank tidak bertanggungjawab atas perubahan / pindaan terma dan syarat mengenai penggunaan Pemberian dan / atau Hadiah / Pelan Takaful PA oleh syarikat peniaga / Pengendali Takaful masing-masing dan sebarang pertanyaan atau pertikaian berhubung dengan pindaan / perubahan yang tersebut tadi tidak akan dilayani oleh Bank dan Pelanggan / Pemenang Putar & Menang hendaklah menyelesaikannya dengan syarikat peniaga / Pengendali Takaful masing-masing.

128. Pemberian / Hadiah, Pelan Takaful PA, Kadar FD/-i Promosi, Penepian Fi Tahunan, Faedah FD Promosi Banca, atau

Kadar FD Promosi Powerlink tidak boleh dipindah milik kepda mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai muka, kredit, cek atau manfaat barangan.

129. Jika sekiranya terdapat percanggahan antara Terma & Syarat ini berbanding dengan mana-mana bahan pengiklanan,

promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau bersabit dengan Promosi, maka Terma & Syarat muktamad dalam Laman Web HLB/HLISB hendaklah diutamakan.

130. Selain terma-terma yang disyaratkan di atas, Pelanggan bersetuju bahawa terma dan syarat am dalam Perjanjian

Pemegang Kad, Kontrak Takaful, Terma dan Syarat Am Akaun / Kad Debit / Connect / Mortgage / Mortgage-i / Pinjaman/Pembiayaan Peribadi, Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Kiriman Wang HLB / Deposit Tetap-i Hong Leong / Akaun Semasa dan Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-I”) atau terma dan syarat berkenaan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa hendaklah dibaca sebagai perjanjian keseluruhan. Sebarang percanggahan antara terma dan syarat berbanding dengan terma dan syarat am yang terkandung dalam Perjanjian Pemegang Kad, Terma dan Syarat Am Akaun / Kad Debit / Connect Mortgage / Mortgage-i / Pinjaman / Pembiayaan Peribadi dan Tema dan Syarat yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Kiriman Wang HLB / Deposit Tetap-i Hong Leong / Akaun Semasa dan Simpanan (Tawarruq CASA-i), maka terma-terma tertentu di atas hendaklah diutamakan setakat percanggahan tersebut.

131. Terma & Syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pemegang

Akaun bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia. 132. Perkataan yang menandakan satu jantina termasuk semua jantina lain dan perkataan yang menandakan tunggal juga

termasuk jamak dan begitu juga sebaliknya. Produk Deposit/Deposit-i dan Produk Insurans adalah layak dilindungi oleh PIDM. Unit Amanah dan Produk FRNID adalah TIDAK layak dilindungi oleh PIDM.

Lampiran 1 – Senarai Rumah Terbuka Cawangan

Alamat Tarikh

Rumah Terbuka Cawangan AMPM

Kedah

1 Jalan Gangsa, Alor Setar 23-Feb-18 Ya

2 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Fasa 2, Alor Setar 23-Feb-18 Ya

3 Jalan Bayu, Kulim 23-Feb-18 Ya

Penang

4 Jalan Jelutong 27-Jan-18 Ya

5 Simpang Ampat 27-Jan-18

6 Bayan Point Medan Kampung Relau 3-Feb-18 Ya

7 Jalan Ong Yi How, Butterworth 3-Feb-18 Ya

8 Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal 3-Feb-18

9 Taman Chai Leng, Prai 3-Feb-18

10 Bandar Baru Ayer Itam 24-Feb-18 Ya

Pahang

11 Jalan Tun Ismail, Kuantan 3-Feb-18

12 Jalan Kuantan, Temerloh 3-Feb-18

Perak

13 Jalan Bidor Raya, Bidor 27-Jan-18

14 Teluk Intan 3-Feb-18

15 Menglembu 10-Feb-18 Ya

16 Greentown, Ipoh 24-Feb-18 Ya

17 Medan Bercham, Ipoh 24-Feb-18

18 Parit Buntar 24-Feb-18

Kuala Lumpur

19 Kuchai Entrepreneur Park 27-Jan-18 Ya

20 Bandar Baru Seri Petaling 27-Jan-18 Ya

21 Jalan Genting Kelang, Setapak 27-Jan-18 Ya

22 Jalan Kepong 27-Jan-18 Ya

23 Jalan Kenanga 3-Feb-18

24 Jalan Ipoh 3-Feb-18 Ya

25 Jalan Petaling 3-Feb-18 Ya

26 Taman Connaught, Cheras 3-Feb-18 Ya

27 Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 3-Feb-18 Ya

28 Damansara City 9-Feb-18

Selangor

29 Taman Seri Tanming, Cheras 27-Jan-18

30 Kampung Baru Sungai Buloh 27-Jan-18

31 Taman Selayang Jaya 27-Jan-18

32 Bandar Bukit Tinggi, Klang 27-Jan-18 Ya

33 Jalan Sultan Abdul Samad, Banting 27-Jan-18

24 Jalan Cheras Maju, Balakong 3-Feb-18

35

Jalan SS2/67, Petaling Jaya

3-Feb-18

Ya

Alamat Tarikh

Rumah Terbuka Cawangan AMPM

36 Taman Paramount, Petaling Jaya 3-Feb-18

37 Jalan Kapar, Klang 3-Feb-18

38 Jalan Meru, Klang 3-Feb-18 Ya

39 Jalan Welman, Rawang 3-Feb-18 Ya

40 Bandar Puteri, Puchong 3-Feb-18 Ya

41 Taman Kinrara, Puchong 3-Feb-18 Ya

42 Jalan Besar Susur 1, Seri Kembangan 3-Feb-18

43 Kota Kemuning, Shah Alam 3-Feb-18 Ya

44 Setia Alam, Shah Alam 3-Feb-18 Ya

45 Bandar Baru Ampang 3-Feb-18 Ya

46 Pandan Perdana 3-Feb-18

47 Kajang 3-Feb-18 Ya

Negeri Sembilan

48 Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban 24-Feb-18 Ya

49 Jalan Gurney, Bahau 24-Feb-18

Melaka

50 Jalan Ong Kim Wee 27-Jan-18

51 Taman Malim Permai 27-Jan-18

Johor

52 Kota Tinggi 27-Jan-18

53 Permas Jaya, Masai 27-Jan-18

54 Taman Johor Jaya, Johor Bahru 27-Jan-18

55 Taman Pelangi, Johor Bahru 27-Jan-18

56 Taman Kulai Utama, Kulai 27-Jan-18 Ya

57 Main Road, Yong Peng 27-Jan-18

58 Pontian 3-Feb-18

59 Skudai 3-Feb-18 Ya

60 Kluang 3-Feb-18

61 Muar 3-Feb-18 Ya

Sabah

62 Fajar Commercial Complex, Tawau 3-Feb-18 Ya

63 Jalan Pantai, Kota Kinabalu 4-Feb-18

64 Bandar Indah, Sandakan 10-Feb-18

Sarawak

65 Mission Road, Sibu 27-Jan-18

66 Jalan Pending, Kuching 3-Feb-18

67 Central Park, Kuching 3-Feb-18 Ya

68 Merbau Road, Miri 3-Feb-18 Ya

69 Jalan Abang Galau, Bintulu 10-Feb-18

Appendix 2 – Senarai Pelaburan Terpilih

A) Dana Unit Amanah

Kode Nama Dana Unit Amanah Jenis Aset

AM02 AmGlobal Property Eq Equity

AM03 AmSchroder European Equity Alpha Equity

AM05 AmPan European Property Equities Equity

AM25 AMASIA PACIFIC REITS Equity

AM33 AmAsia Pacific REITs Plus Equity

AM34 AmConservative Income

AM35 Global Dividend Equity

CIMB01 CIMB-Principal Global Titans Equity

CIMB04 CIMB-Principal Greater China Equity Equity

CIMB07 CIMB-Principal China-India-Indonesia Eq Equity

CIMB10 CIMB-Principal Equity Equity

CIMB18 CIMB-Principal Equity Income Equity

CIMB19 CIMB-Principal Inc Plus Balanced Mixed Asset

CIMB29 CIMB-Principal Asia Pacific Dynamic Inc Equity

HLG01 Hong Leong Growth Equity

HLG02 Hong Leong Penny Stock Equity

HLG04 Hong Leong Consumer Products Sector Equity

HLG10A Hong Leong Bond Bond

HLG11 Hong Leong Balanced Mixed Asset

HLG14 Hong Leong Dividend Equity

HLG15 Hong Leong Strategic Equity

HLG37 Hong Leong HK Equity Optimizer Equity

HLG40 Hong Leong Regular Income Income

HWA01 Affin Hwang Select Opportunity Equity

HWA03 Affin Hwang Select Balanced Mixed Asset

HWA07 Affin Hwang Select Income Income

HWA11 Affin Hwang Sel AsaPac exJpn REITs&Infra Equity

HWA17 Affin Hwang Select AUD Income - MYR Income

HWA18 Affin Hwang Select Dividend Equity

HWA25 Affin Hwang Select Asia (ex Japan) Opp Equity

HWA26 Affin Hwang Select SGD Income - MYR Income

HWA28 Affin Hwang Japan Growth Equity

OSK02 RHB Small Cap Opportunity Unit Trust Equity

OSK09 RHB Smart Treasure Equity

OSK10 RHB Smart Balanced Mixed Asset

OSK12 RHB Growth & Income Focus Mixed Asset

OSK16 RHB Resources Equity

OSK21 RHB Thematic Growth Equity

OSK24 RHB Asian Growth Opportunities Equity

OSK30 RHB Energy Equity

OSK31 RHB Gold and General Equity

OSK34 RHB US Focus Equity Equity

OSK40 RHB Multi Asset Regular Income Mixed Asset

OSK43 RHB Asian Income Income

OSK45 RHB GoldenLife 2020 Mixed Asset

OSK46 RHB GoldenLife 2030 Equity

PRU02 Eastspring Investments Growth Equity

PRU03 Eastspring Investments Balanced Mixed Asset

PRU10 Eastspring Investments Equity Income Equity

PRU11 Eastspring Investments Global Leaders MY Equity

PRU15 Eastspring Investments Global Basics MY Equity

PRU23 Eastspring Investments MY Focus Equity

PRU26 Eastspring Inv Global Emerging Markets Equity

TA03 TA European Equity Equity

TA04 TA Asian Dividend Income Equity

TA05 TA Global Technology Equity

TA10 TA GROWTH Equity