k.fakta

24
Karangan Fakta / Pendapat / Perbincangan / Rencana A] PANDUAN MENGARANG karangan tdk berformat karangan yang berdasarkan isi – isi fakta yang benar, tepat dan jitu fakta yang diberikan arus!a disusu!i dengan tindakan yang yakni ma atau isu pendau!uan patut menarik gunakan penanda "a#ana yang unik, peribaasa, ka!au bo!e bina!a pantun pada baagian penutup $] %&P' 'AD(E)*+EN TEMA ; PUNCA Contoh Soalan : Saban hari ada – ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita walapun plbagai langkah pencegahan telhpun diambil. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini terus berlaku ? PENDAHULUAN : Gunakan Teknik KAUP [ K ami A kan U saha P andai ] K eadaa n Mutakhir ini, kita jarang – jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berbicara tentang kes kemalangan jalan raya yang bermaharajalela tanpa noktahnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan. A khbar Malah, isu mengenainya sering terpugau dan menghiasi dada – dada akhbar tempatan. U saha Kendatipun pelbagai usaha telah digorak langkah, namun kesemua pendekatan tersebut gagal menemukan jalan penyelesaian. P unca Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada puncanya yang terselindung bak pepatah ‘masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin bertiup’. ISI PENTING 1: Gunakan Teknik AMKCP [ A ku M asih K ekal C inta P adamu ] A pa Faktor perdana yang mencetuskan kemalangan jalan raya ialah kebanyakkan pengguna jalan raya terutamanya golongan muda tidak mematuhi peraturan jalan raya dan suka berlumba – lumba di jalan raya.

Upload: sadyeh

Post on 01-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm upsr

TRANSCRIPT

Karangan Fakta / Pendapat / Perbincangan / Rencana

Karangan Fakta / Pendapat / Perbincangan / RencanaA] PANDUAN MENGARANG karangan tdk berformat

karangan yang berdasarkan isi isi fakta yang benar, tepat dan jitu fakta yang diberikan haruslah disusuli dengan tindakan yang yakni masalah atau isu

pendahuluan patut menarik

gunakan penanda wacana yang unik, peribahasa, kalau boleh binalah pantun pada bahagian penutup

B] TIPS SADYEHCLEN

TEMA ; PUNCAContoh Soalan : Saban hari ada ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita walapun plbagai langkah pencegahan telhpun diambil. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini terus berlaku ? PENDAHULUAN :Gunakan Teknik KAUP [ Kami Akan Usaha Pandai ]

Keadaan Mutakhir ini, kita jarang jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berbicara tentang kes kemalangan jalan raya yang bermaharajalela tanpa noktahnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

AkhbarMalah, isu mengenainya sering terpugau dan menghiasi dada dada akhbar tempatan.

UsahaKendatipun pelbagai usaha telah digorak langkah, namun kesemua pendekatan tersebut gagal menemukan jalan penyelesaian.

PuncaSetiap permasalahan yang berlaku pasti ada puncanya yang terselindung bak pepatah masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin bertiup.

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaFaktor perdana yang mencetuskan kemalangan jalan raya ialah kebanyakkan pengguna jalan raya terutamanya golongan muda tidak mematuhi peraturan jalan raya dan suka berlumba lumba di jalan raya.

MengapaMereka mengamalkan sikap sedemikian hanya untuk berseronok dan menunjukkan kehebatan aksi masing masing semasa memandu

KesanNatijahnya, mereka melanggar perturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

ContohContohnya, mereka memandu kenderaan seperti lipas kudung, akibatnya had laju yang ditetapkan di kawasan kawasan tertentu tidak dipatuhi.

PenegasanTegasnya, sikap degil inilah yang menjadi penyumbang terbesar kepada pertambahan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]ApaSementelahan itu, kemalangan juga brpunca daripada jalan raya yang rosak.

MengapaJalan raya mengalami kerosakan disebabkan oleh sikap lepas tangan pihak berkuasa.

KesanMusibahnya, keadaan jalan raya rosak akan mengakibatkan kemalangan jalan raya kerana pengguna jalan raya tidak dapat mengawal kenderaannya di jalan raya yang dikategorikan sebagai kurang selamat.

ContohTamsilnya, jalan raya rosak seperti berlubang, timbunan tanah di dalam parit yang telah mendap dan jalan raya yang licin akibat tumpahan minyak menyebabkan kemalangan.

Penegasan Pendek kata, ketidaksempurnaan jalan menjadi faktor penyebab peratusan mangsa kemalangan bertambah setiap waktu

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif yang lain, pengguna jalan raya yang mabuk semasa memandu kenderaan di jalan raya tidak dapat dipinggirkan apabila kita membicara isu ini

MengapaHal ini demikian kerana sikap mereka yang meneguk minuman keras atau mengambil dadah secara berlebihan sebelum memandu kenderaan

KesanImplikasinya, penggunana jalan raya tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu semasa di jalan raya dengan sempurna kerana mereka khyal semasa memandu.

ContohUmpamanya, mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol mudah terbabas ataupun bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

PenegasanJelaslah bahawa sikap lepas tangan pengguna inilah yang menyumbang ke arah peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, kenderaan pengguna yang tidak berada dalam keadaan baik tidak boleh diabaikan apabila isu ini dibangkitkan dan diperdebatkan

MengapaHal ini demikian kerana pengguna tidak dapat mengawal sesebuah kenderaan dengan baik supaya dapat dipandu secara lancar kerana keadaan kenderaan itu sendiri kurang selamat,

KesanImpaknya, pengguna mungkin berdepan dengan kes kemalangan dan kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku kemalangan jiwa.

ContohSebagai contoh, kenderaan yang breknya tidak berfungsi secara efisyen boleh menyebabkan seseorang pengguna itu terbabas atau melanggar kenderaan di hadapan.

PenegasanSebagai penyimul kata, pengguna yang gagal memastikan keadaan kenderaanya pada tahap yang baik dapat menyebabkan kemalangan berleluasa.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanDeduktifnya, kemalangan berpunca daripada kealpaan dan kedegilan pengguna serta fizikal jalan raya yang rosak menjadi pencetus dominan meningkatnya kadar kemalangan di jalan jalan raya.

CadanganSemua pihak patut bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menangani isu kemalangan ini secara telus dan tulus dengan seberapa cepat daripada menjadi virus yang sukar diubati kerana sepakat membawa berkat.

AmaranJika tidak, kemalangan akan berleluasa dan menjadi umpama ulat yang mampu meruntuhkan institusi sesebuah keluarga dan negara.

HarapanUsaha usaha yang dijalankan perlu dilestarikan serta diefektifkan sehingga membuahkan hasil yang ingin kita miliki bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

TEMA ; LANGKAH

Contoh Soalan : Industri pelancongan memainkan peranan yang penting dari segi pelbagai aspek. Pada pendapat anda, apakah cara cara berkesan untuk meningkatkan industri pelancongan di negara kita ? PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAMU [ Kami Akan Makan Ulam ]

Keadaan Mutakhir ini, kita sering diuar uarkan untuk pergi melancong bersama sama dengan keluarga menyedari hakikat rakyat Malaysia kurang melancong. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan pelancong asing pula ke negara kita, Malaysia kurang memberangsangkan kebelakangan ini.

AkhbarMalah, isu mengenai kemerosotan industri pelancongan sering terpugau dan menghiasi dada dada akhbar tempatan.

MengapaMengapakah hal ini terus berlaku walapun pelbagai usaha telah digorak langkah oleh pelbagai pihak untuk menarik kemasukkan pelancong ke negra ini. Dimanakah silapnya sehinggakan jumlah kemasukkan pelancongan terus merosot.

Usaha Sebelum virus yang unik ini melumpuhkan tampuk kepimpinan negara, prakarsa - prakarsa yang istiqamah patut diambil

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaInisiatif perdana untuk menarik pelancong luar ke negara ini adalah dengan mempelbagaikan produk pelancongan

MengapaHal ini demikian kerana kerana setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza

KesanJikalau produk pelancongan dapat dipelbagaikan, sudah jelas lagi nyata hati para pelancong dapat dipuaskan

ContohContohnya, makanan pelbagai etnik perlu dipromosikan bukan sahaja di pelosok Malaysia malahan di podium antarabangsa

ContohSelain itu, kerajaan sendiri turun ke padang dalam hal ini. Kerajaan telah memperkenalkan produk pelancongan yang berkonsepkan sukan dan kesihatan seperti sukan permotoran F1, Pertandingan Perahu Layar Antarabangsa dan sebagainya.

PenegasanTegasnya, kepelbagaiaan produk pelancongan pastinya menggamit hati pelancong untuk memilih negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang dominan.

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, pelbagai kempen haruslah dilancarkan untuk menarik pelancong dari luar negara.

MengapaHal ini demikian kerana kempen mampu menerbitkan kesedaran yang menebal untuk menjaga hati pelancong, menjaga kebersihan dan rakyat setempat untuk melancong di dalam negara.

KesanImpaknya, masyrakat setempat akan mengambil usaha tersendiri untuk menggalakkan pelancongan

ContohKempen Kebersihan Tandas, Kempen Budi Bahasa, Kempen Kebersihan Alam Tanggungjawab Kita dan Kempen Cuti Cuti Malaysia adalah antara inisiatif inisiatif kerajaan.

PenegasanPendek kata, kempen kempen yang telah, sedang dan akan dilancarkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat tempatan.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif lain, pelbagai prasarana seharusnya didirikan dan prasarana sedia ada dikawal selia agar selamat digunakan.

MengapaHal ini demikian kerana, kebanyakkan kemudahan yang disediakan telah rosak akibat perbuatan pugut atau lebih dikenali sebagai vandalisme.

KesanNatijahnya, orang ramai terutama pelancong asing tidak dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.

ContohTamsilnya, pondok telefon telah dirosakkan, tandas tandas awam turut menerima nasib yang sma. Tambahan pula, taman rekreasi tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

PenegasanJelaslah bahawa prasaran yang dibina seharusnya dipelihara demi kepentingan bersama.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, pihak kerajaan merupakan satu lagi pihak yang perlu bersinergi untuk menggalakkan industri ini.

MengapaKementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan Malaysia harus membuka penerangan di mata dunia. Oleh yang demikian, kerjasama antara duta duta di semua negara amat mushtahak. Kerajaan juga patut merancang aktiviti aktiviti yang menarik.

KesanMenerusi penerengan di mata dunia dan aktiviti aktiviti menarik, hati pelancong dapat ditambat untuk melancong ke Malaysia.

ContohContoh aktiviti aktiviti yang telah dirancang oleh kerajaan ialah pesta air, pesta makanan, karnival membeli belah dan ekspo sejarah. Selain itu, kerajaan juga telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2007.

PenegasanSebagai penyimpul kata, peranan kerajaan menjadi paksi vital dalam mnggamit pelancong untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanTuntasnya, usaha usaha seperti mempelbagaikan produk pelancongan, melancarkan kempen, menyediakan infrastruktur yang lengkap dan perlu dijlankan secara konsisten bukanlah sekadar hangat hangat tahi ayam. Sebagai anak watan Malaysia, kita palarlah bangga akan keunikkan negara kita.

CadanganSesunguhnya, koparabiliti daripada semua lapisan masyarakat amat penting dalam memajukan industri pelancongan di Malaysia. Gandingan mantap pihak kerajaan, pihak swasta, media massa dan masyarakat dapat membantu perkembangan industri pelancongan di Malaysia.

AmaranSekiranya rakyat memandang enteng terhadap perkara ini, nescaya industri pelancongan akan terkubur.

HarapanInisiatif - inisiatif yang dijalankan perlu dilestarikan serta diefektifkan sehingga membuahkan hasil yang ingin kita miliki bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Berdasarkan tekad dan iltizam yang utuh dan kukuh daripada semua pihak , nescaya industri desa di Malaysia dapat melangkah ke hadapan supaya setaraf dengan negara maju bak pepatah duduk ama rendah, berdiri sama tinggi.

TEMA ; FAEDAH

Contoh Soalan : Kita sering duar uarkan untuk memupuk amalan menabung. Bincangkan faedah faedah amalan menabung. PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAMK [ Kami Akan Mendapat Kemajuan ]

Keadaan Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini, kita jarang jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berdiskusi tentang hakisan amalan menabung dalam kalangan pelajar.

AkhbarMalah, kepentingan amalan menabung menjadi pugauan dan sering menghiasi dada dada akhbar tempatan.

MengapaHakikatnya, faktor utama amalan menabung mengalami hakisan ialah ibu bapa tidak menerapkan amalan mulia seumpama menabung sejak kecil lagi.

Kesan Sesungguhnya, amalan menabung menndatang faedah yang banyak.

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaKesan perdana jika kita mengamalkan amalan menabung ialah kita dapat menggunakan wang itu ketika detik detik kecemasan

MengapaPada waktu kecemasan, kita mesti mahukan wang tambahan untuk menghadapi dugaan tersebut.

KesanMaka, wang tabung dapat menjadi senjata yang ampuh dalm konteks menghadapi kecemasan. Kita dapat selesaikan masalah tersebut dengan duit tabungan itu.

ContohContohnya, ketika berlaku kebakaran, seseorang itu akan sehelai sepinggang. Pada detik kecemasan tersebut, wang simpanan dapat membantu seseorang itu supaya tidak berada dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurang kurangnya, mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memakan makanan.

PenegasanTegasnya, kita dapat menempuhi detik detik kecemasan dengan adanya jaminan wang tabungan.

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, amalan menabung juga dapat mengelakkan seseorang itu menjadi pemboros.

MengapaPepatah Melayu ada berkata, hendak kaya berdikit dikit, hendak banyak bertabur urai. Oleh yang demikian, kita wajar berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan untuk tujuan berguna sahaja.

KesanImpaknya, pengaliran wang poket yang laju dapat dielakkan. Seterusnya, pembaziran wang dapat dihindari.

ContohTamsilannya, remaja masa ini kerap berulang alik ke kafe siber. Sekiranya sekali mereka berkunjung ke sana mesti membelanjakan RM 10, bagaimana pula wang yang dibelanjakan oleh pengguna kafe siber yang ketagihan. Bandingkannya pula apabila kita menabung duit tersebut.

PenegasanPendek kata, pemborosan wang dapat dikikis dari jiwa raga pelajar.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif lain, duit tabungan dapat digunakan sebagai wang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

MengapaSebagai pelajar, kita mesti akan melangkah ke hadpan untuk melanjutkan pelajaran. Untuk membiayai segala perbelanjaan mengenainya, kita boleh selesaikannya dengan wang tabungan.

KesanOleh yang demikian, fobia dan kebinggungan tidak lagi akan menjajahi pemikiran kita untuk mencari wang sebanyak itu.

ContohUmpamanya, pelajar yang akan memasuki universiti, kolej, insitusi pengajian tinggi awam mahupun insitusi pengajian tinggi swasta boleh membayar wang untuk pembelajaran semester menggunakan wang tabungan.

PenegasanJelaslah bahawa amlan menabung dapat menghulurkan bantuan ketika melanjutkan pelajaran.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, duit tabungan juga dapat menjamin masa hadapan yang cerah.

MengapaApabila sudah dewasa atau berumah tangga, kita memerlukan duit tambahan untuk meneruskan kehidupan.

KesanDengan adanya duit tabungan, nescaya kita dapat menjalani kehidupan yang sempurna dari segi kemewahan mahupun kebahagian.

ContohMisalnya, duit tabungan boleh dijadikan modal asas untuk memulakan sesuatu perniagaan. Malah duit tabungan juga boleh digunakan untuk membeli sesuatu harta atau aksesori kemewahan yang menjadi lambang masyarakat elit.

PenegasanSebagai penyimpul kata, dui tabungan memainkan perwatakan yang efektif pada hari muka.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanIntihanya, amalan menabung mendatangkan kebaikan yang banyak. Anataranya ialah, sumber wang ketika waktu kecemasan, pelajaran, masa hadapan dan mengelakan amalan pemborosan wang sewenang wenangnya.

CadanganOleh yang demikian, ibu bapa perlu memperlebar sayap mereka untuk memupuk amalan menabung sejak kecil lagi bak pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

AmaranSesungguhnya, jika kita tidak mengamlkan amalan menabung, nescaya kita akan menjadi pemboros dan terpaksa bermandi keringat untuk mendapatkan sekeping wang kertas. Situasi ini memang bertepatan dengan peribahasa Melayu, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

HarapanJikalau kita mengamalkan amalan ini secara konsisten, sudah jelas lagi nyata masyarakat yang berjimat cermat.

Contoh Karangan 1 :

Kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar kian diperkatakan. Nyatakan pendapat anda tentang usaha usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAMU [ Kami Akan Makan Ulam ]

KeadaanMarcapada ini, kita jarang jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berbincang gejala gensterisme dalam kalangan pelajar yang semakin bermharajalela bagai cendawan tumbuh selepas hujan

AkhbarMalah, isu mengenainya sering meniti dari bibir ke bibir dan terpugau serta menghiasai dada dada akhbar harian.

MengapaMengapakah hal ini terus berlaku walapun pelbagai usaha telah digorak langkah oleh pelbagai pihak untuk memberantas masalah sosial ini.

Usaha Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada penawarnnya. Oleh yang demikian semua pihak patut berganding bahu untuk menangani kebejatan sosial ini hingga ke akar umbi.

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaInisiatif perdana dalam hal untuk meminimumkan isu ini ialah memberi didikan agama yang kamil dan mantap.

MengapaDidikan agama ibarat kemudi nakhoda kepada anak-anak yang serbah-serbih dalam mencari identiti diri.

KesanSebaliknya, ketandusan agama dan iman yang setebal kulit bawang boleh mencetuskan seseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri seperti membabitkan diri ke dalam gejala samseng

ContohContohnya, orang yang mendapat didikan agama yang kurang tidak tergamak untuk membunuh seseorang kerana ukuran agamnya yang tidak tahu beza dosa dan pahala.

PenegasanPendek kata, didikan agama yang kamil dan mantap amat penting dalam menangani gejala gensterisme.

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, pihak ibu bapa haruslah bersikap bagai aur dengan tebing dalam memberantas gejala ini.

MengapaAnak-anak umpama mutiara yang tiada nilai harganya kepada ibu bapa. Menyedari hakikat ini, ibu bapa perlulah meluangkan masa senggang yang lebih untuk mendampingi anak-anak mereka yang masih berusia setahun jagung. Ibu bapa perlulah menjadi idola yang terbaik untuk anak anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya

KesanAnak anak pula tidak lagi ketandusan kasih sayang dan menjadikan segala perwatakan ibu bapa sebagai contoh kepada mereka.

ContohAnak anak tidak lagi akan mencari kawan yang runtuh ahklaknya dan tidak akan melakukan gengsterisme kerana ibu bapa mereka tidak mengamalkan penyakit sosial itu.

PenegasanTegasnya, kasih sayang yang manis daripada orang tersayang dapat mengurangkan kepincangan sosial ini.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, memang tidak dapat dinafikan bahawa langkah pihak media massa menjadi pihak yang beretika boleh menjadi senjata yang ampuh dalam mengendurkan masalah ini

MengapaMedia seperti televisyen adalah menjadi wahana yang terpenting hari ini dengan begitu tidak patut menyajikan adengan-adengan yang tidak sihat dan bersifat antimoral yang berunsurkan 3S iaitu seks, sadis, dan seram.

KesanPengaruh negatif yang disusuli daripada tatapan media massa amatlah destruktif kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

ContohTamsilannya, pelajar yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onar akan cepat belajar dan membesar dalam pengaruh yang serba negatif.

PenegasanJelas bahawa peranan media massa amat penting untuk membendung fenomena ini.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif yang lain, langkah corak pendidikan kini diubahsuai supaya masa pembelajaran bahan akademik dapat diseimbangi dengan penerapan nilai murni menjadi paksi utama untuk mengatasi kebejatan sosial ini.

MengapaNilai murni adalah perlu lebih ditekankan dalam kuikulum supaya pelajar pelajar dapat menghayati nilai nilai murni tersebut.

KesanImpaknya, nilai nilai ini berjaya dipupuk dan akan disuntik dalam jiwa raga pelajar dan berkekalan sepanjang hayat mereka sebaliknya bukan sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

ContohContoh nilai murni yang boleh diterapkan cinta akan tanah air, kesederhanaan, murah hati, rasional dan sebagainya.

PenegasanSebagai penyimpul kata, penerapan nilai nilai murni amat penting dalam kalangan pelajar untuk mengatasi masalah gengsterisme.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanDeduktifnya, gejala gensterisme dapat dibanteras dengan peranan ibu bapa, kerajaan dan pihak sekolah.

CadanganSemua pihak patut bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menangani isu gengsterisme ini secara telus dan tulus dengan seberapa cepat daripada menjadi virus yang sukar diubati kerana sepakat membawa berkat.

AmaranJika tidak, penyakit sosial ini akan berleluasa dan menjadi umpama ulat yang mampu meruntuhkan institusi sesebuah keluarga dan negara.

HarapanUsaha usaha yang dijalankan perlu dilestarikan serta diefektifkan sehingga membuahkan hasil yang ingin kita miliki bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

***Pantun Hari Isnin pergi Langkawi,

Jangan lupa beli kereta;

Gejala samseng kita jauhi,

Agar hidup kita sejahtera.

Contoh Karangan 2 :

Memakan buah buahan temapatan amat berfaedah. Bincangkan faedah memakan buah buahan tempatan. PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAMK [ Kami Akan Mendapat Kemajuan ]

KeadaanMutakhir ini, kita acap kali diuar uarkan tentang pentingnya memakan buah-buahan tempatan. Dalam mengejar kemewahan, masyarakat seantero raghib meminggirkan isu buah buahan.

AkhbarMalah, iklan mengenai kebaikan memakan buah buahan tempatan sering terpugau dan menghiasi dada akhbar.

MengapaMengapakah masyarakat pada zaman ledkan sains dan teknologi ini kurang meminati buah buhan tempatan seperti buah durian, tembikai, rambutan, langsat dan sebagainya

Kesan Realitinya, memakan buah buahan tempatan banyak mendatangkan faedah.

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaFaedah prima sekiranya kita memakan buah buahan tempatan ialah dapat menghalang penyakit penyakit yang kronik

MengapaHal ini demikian kerana buah buahan tempatan mengandungi rencaman khasiat dan vitamin.

KesanKhasiat dan vitamin ini mampu menghalang diri kita daripada dihidapi penyakit. Pengambilan buah buahan tempatan juga boleh menghalang masalah membuang air besar

ContohContohnya, buah betik yang kaya dengan vitamin C amat baik untuk menghalang penyakit skurvi.

PenegasanPendek kata, memakan buah buahan menjadikan kita seorang yang sihat.

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, memakan buah buahan tempatan juga dapat menolong golongan petani yang mengusahkan hasil pertanian

MengapaJikalau kita memakan buah buahan tempatan dengan banyak, petani negara kita boleh mengusahakan pertanian buah buhan tempatan sama ada secara kecil kecilan atau menerusi ladang yang luas

KesanPenambahan sokongan rakyat tempatan dapat memajukan pertanian para petani.

ContohMisalnya, apabila petani yang langkah kiri meraih keuntungan yang lebih, mereka dapat membantu kehidupan keluarganya yang daif

PenegasanTegasnya, memakan buah buhan tempatan dapat membantu golongan petani yang miskin.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mandalam, menerusi memakan buah buahan tempatan, kita dapat mengelakkan kita daripada bergantung kepada buah buahan import

MengapaPergantunggan yang berlebihan menyebabkan mata wang kita banyak mengalir ke luar negara.

KesanHal ini sudah jelas lagi nyata akan membantutkan tahap ekonomi kita.

ContohAntara buah buahan import ialah buah epal, oren, dan anggur.

PenegasanJelaslah bahawa, kita dapat menjamin ekonomi yang stabil melalui memakan buah buahan tempatan.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif yang lain, buah buhan tempatan diakui murah, segar dan mudah didapati dimana- mana sahaja

MengapaHarga yang murah bermakna kita dapat menjimat wang kita daripada membeli buah buahan luar negara.

KesanSebaliknya, kesegarannya pula mampu memberi kashiat yang tinggi. Hal ini demikian kerana racun serangga tidak digunakan dalam pertanian buah bauahan tempatan.

ContohBuah buahan tempatan boleh didapti di pasar tani, pasar malam, pasar raya, tepi jalan raya.

PenegasanSebagai penyimpul kata, buah buahan tempatan murah, segar dan mudah didapati.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanAkhir kalam, memakan buah buhan banyak mendatangkan faedah

CadanganSemua pihak patut berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mencambahakan amalan memakan buah buahan tempatan dalam jiwa raga generasi masa hadapan.

AmaranDemi kelangsungan hidup yang sihat dan memastikan ekonomi negara kita supaya utuh, kita patut memakan buah buahan tempatan.

HarapanSesungguhnya, kita patut bangga akan memakan buah buahan tempatan

Contoh Karangan 3 :

Pada masa ini, banyak pokok telah ditebang untuk memajukan sesuatu kawasan. Memang pembalakan ini banyak mendatangkan kesan kesan yang buruk. Tuliskan sebuah karangn yang bertajuk Keburukan Pembalakan.

PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAMK [ Kami Akan Mendapat Kemajuan ]

KeadaanSedasarwarsa ini, kita jarang - jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berbincang tentang pembalakan pokok pokok yang bermaharajalela bagai cendawan tumbuh selepas hujan

AkhbarMalah, isu mengenainya sering meniti dari bibir ke bibir dan terpugau serta menghiasai dada dada akhbar harian.

MengapaMengapakah hal ini terus berlaku tanpa noktahnya walapun pelbagai usaha telah digorak langkah oleh pelbagai pihak untuk memberantas fenomena ini.

Kesan Realitinya, pembalakan banyak mendatangkan musibah yang tidak diingini

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaImplikasi prima sekiranya pembalakan berlaku tanpa kawalan ialah banyak kawasan menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan.

MengapaTanah yang terhakis ini dihanyutkan ke sungai menyebabkan sungai menjadi cetek.

KesanSeterusnya, banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan boleh berlaku dan boleh menyebabkan ancaman kepada keselamatan penduduk.

ContohContohnya, di negeri Pahang, banyak bencan alam seumpama ini berlaku kerana penebangan pokok.

PenegasanPendek kata, pembalakan menyebabkan tanah terhakis

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, pembalakan memberi impak kepada kita melalui pemanasan global.

MengapaApabila kayu yang ditebang banyak, maka sesuatu kawasan itu menjadi terang. Gas karbon dioksida yang diserap oleh pokok pokok pun berkurangan.

KesanNatijahnya, haba yang tercetus dariapada pertambahan gs karbon dioksida menyebabkan suhu seantero dunia pun meningkat.

ContohBiar kita ambil contoh daripada ibu pertiwi sendiri. Pada tahun 2000, suhu bilik kita hanya 27C. Berbeza pula dengan keadaan sekarang. Suhu bilik masa ini pula meningkat sehingga 29C.

PenegasanTegasnya, pembalakan menyebabkan suhu global meningkat.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, memang tidak dapat dinafikan bahawa pembalakan menyebabkan kita kehilangan flora dan fauna.

MengapaSebagaiman yang sedia maklum, hutan merupakan khazanah alam yang amat berharga. Hutan asli ini dihuni oleh heterogen spesis haiwan dan tumbuhan. Malah ada flora dan fauna menjadi daya tarikan pelancong dan amat berguna dalam pelbagai bidang

KesanSekiranya pembalakan diteruskan tanpa kawalan, sudah pasti lagi jelas bahawa bilangan flora dan fauna ini kian berkurangan dan akhirnya akan pupus.

ContohContohnya, kini kita menghadapi masalah kepupusan flora dan fauna. Antaranya ialah kera, gajah, pokok meranti dan sebagainya.

PenegasanJelaslah bahawa pembalakan menyebabkan kehilangan flora dan fauna.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif lain, ironi pembalakan boleh kita sedari melalui ketidakstabilan ekonomi negara.

MengapaDi sesetengah kawasan, pokok pokok dan haiwan haiwan menjadi daya tarikan pelacong.

KesanApabila pembalakan dilakukan secara berterusan, sudah pasti lagi nyata yang eko pelancangan akan terjejas. Selain itu, perniagaan berasaskan kayu balak juga akan terjejas pada masa hadapan sekiranya jumlah kayu yang ditebang meningkat secara drastik.

ContohMisalnya, Tahun Melawat Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan yang merangkumi aspek eko-pelacongan yang berkaitan dengan flora dan fauna dapat menunjukkan peningkatan jumlah pelancong.

PenegasanSebagai penyimpul kata, pembalakan mencetuskan ekonomi yang goyah dan pincang.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanTuntasnya, pembalakan banyak mendatangkan implikasi yang parah lagi kronik.

CadanganSemua pihak patut bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menangani isu pembalakan tanpa dirancang ini secara telus dan tulus dengan seberapa cepat daripada menjadi virus yang sukar diubati kerana sepakat membawa berkat.

AmaranJika tidak, kemelut sosial ini akan berleluasa dan menjadi umpama ulat yang mampu meruntuhkan institusi sesebuah negara serta ekonominya.

HarapanUsaha usaha yang dijalankan perlu dilestarikan serta diefektifkan sehingga membuahkan hasil yang ingin kita miliki bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

PantunPergi ke Pulau Pinang hari Isnin,

Jangan lupa untuk beli kereta ;

Kalau kita elakkan pembalakan

Nescaya hidup sihat sejahtera.

Contoh Karangan 4 :

Tulis sebuah karangan tentang Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar. PENDAHULUAN :

Gunakan Teknik KAUP [ Kami Akan Usaha Pandai ]

Keadaan Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini,kita jarang jarang bernada lega tetapi asyik berduka lara apabila berbincang tentang pencemaran alam skitar yang bermaharajalela bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

AkhbarMalah, isu mengenainya sering meniti dari bibir ke bibir dan terpugau serta menghiasai dada dada akhbar harian.

UsahaKendatipun pelbagai usaha telah digorak langkah, namun kesemua pendekatan tersebut gagal menemukan jalan penyelesaian.

PuncaSetiap permasalahan yang berlaku pasti ada puncanya yang terselindung bak pepatah masakan pokok bergoyang, kalau tiada angin bertiup.

ISI PENTING 1:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaFaktor perdana ialah pencenmaran udara berlaku disebabkan oleh pembakaran sampah, asap kilang dan juga sap kenderaan yang berlebihan dan tidak terkawal.

MengapaAkibatnya, lapisan ozon menjadi semakin nipis, persekitaran menjadi kurang selesa serta udara tidak bersih.

KesanHal ini menyebabkan kesihatan manusia akan terjejas.

ContohManusia akan terdedah kepada pelbagai penyakit seperti asma, batuk, penyakit kulit dan sebagainya.

PenegasanTegasnya, pembakaran sampah, asap kilang dan juga sap kenderaan yang berlebihan dan tidak terkawal menjadi penyumbang ke arah pencemaran udara

ISI PENTING 2:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaSementelahan itu, pencemaran air pula berlaku akibat tumpahan minyak, pembuangan sampah, sisa sisa makanan, sisa sisa toksik dan sebagainya ke dalam longkang, sungai dan laut.

MengapaKeadaan ini menimbulkan banyak masalah kepada hidupan. hidupan akuatik banyak yang mati. Hal ini banyak mendatangkan masalah kepada manusia yang banyak bergantung kepada hiduan air untuk mendapatkan sumber protein.

KesanManusia juga diancam penyakit kerana tidak mendapat bekalan air yang bersih untuk keperluan harian. Kerja kerja untuk membersihkan air sudah tentu menelan belanja yang besar.

ContohContohnya, minyak, sisa sisa toksik, sampah sarap dan bahan kimia yang disalurkan ke arah longkang, sungai, dan laut akan menghalang pernafasan hidupan akuatik.

PenegasanPendek kata, tumpahan minyak, pembuangan sampah, sisa sisa makanan, dan sisa sisa toksik mencetuskan pencemran air.

ISI PENTING 3:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika ditinjau secara mendalam, pencemaran bunyi berlaku akibat bunyi enjin, mesin, dan jentera jentera di kilang.

MengapaKetenteraman seseorang tergugat akibat daripada bunyi bising tersebut. Malah, bunyi yang kuat dapat merosakkan gegendang telinga.

KesanImplikasinya,keadaaan ini menyebabkan berlakunya gangguan pendengaran.

ContohTamsilannya,kerajaan mewartakan sesetengah kawasan sebagai zon perindustrian dan tidak menggalakkan penduduk tingak di kawasan tersebut seperi Zon Perindustrian Perai.

PenegasanJelaslah bahawa pencemaran bunyi berlaku akibat enjin, mesin dan jentera jentera.

ISI PENTING 4:

Gunakan Teknik AMKCP [ Aku Masih Kekal Cinta Padamu ]

ApaJika dihalusi dari perspektif lain, pencemaran darat berlaku kerana pembungan sampah sarap serta bahan buangan di merata rata tempat tidak kira tempat awam mahupun tempat persendirian.

MengapaSikap manusia yang seumpama lepas tangan acap kali membuang sampah di tempat yng dihajatinya walaupun banyak tong sampah disediakan

KesanHal ini akan menimbulkan pemandangan yang mnjijikan, bau yang busuk serta menyebabkan wujudnya banyak binatang dan serangga pembawa penyakit.

ContohGhalibnya, kerja kerja pembinaan yang tidak terkawal, pembuangan sampah yang tidak terurus dan bahan bahan buangan yang dibuang sesuka hati juga menjejaskan suasana persekitaran

PenegasanSebagai penyimpul kata, pembuangan secara membuta mata dapat menjejaskan pandangan darat.

PENUTUP:

Gunakan Teknik RCAH [ Rajini Cinta Akan Harini ]

RumusanDeduktifnya, pencemran alam sekitar berpunca daripada pelbagai faktor faktor yang kompleks.

CadanganSemua pihak patut bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menangani isu pencemaran ini secara telus dan tulus dengan seberapa cepat daripada menjadi virus yang sukar diubati kerana sepakat membawa berkat.

AmaranJika tidak, kemalangan akan berleluasa dan menjadi umpama ulat yang mampu meruntuhkan institusi sesebuah negara serta ekonominya.

HarapanUsaha usaha yang dijalankan perlu dilestarikan serta diefektifkan sehingga membuahkan hasil yang ingin kita miliki bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

PantunPergi ke pasar mini hari Isnin,

Jangan lupa beli pensel warna;

Pencemaran penyakit berbahaya,

Marilah kita cari penawarnya.

. .

TEMA : KESIHATAN

Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.Soalan : Kini, pelajar sekolah digalakkan untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dijalankan di setiap sekolah. Pada pendapat anda, apakah faedah yang dapat pelajar peroleh daripada aktivi tersebut.

Aktiviti kokurikulum dapat ditakrif sebagai aktiviti luar darjah yang dijalankan oleh pihak sekolah yang merangkumi tiga bahagian iaitu badan beruniform, kelab atau persatuan dan permainan. Contohnya, Kadet Polis, Persatuan Sains dan Matematik dan Kelab Bola Sepak. Hakikatnya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara aktif mendatangkan kebaikan.

Feadah prima menyertai aktiviti kokurikulum ialah dapat menjana perpaduan yang utuh dalam kalangan pelajar dari bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana pelajar terdiri daripada pelbagai kaum. Menerusi aktiviti yang dijalankan, kita dapat bercampur gaul dngan orang lain yang berbeza kaum. Seterusnya, jurang antara kaum dapat ditimbus dengan adanya silaturahim yang agak rapat. Pendek kata, aktiviti kokurikulum ialah dapat menjana perpaduan yang utuh.

Sementelahan itu, pelajar akan lebih cerdas dan cergas apabila pelajar menjalani aktiviti kokurikulum. Hal ini boleh berlaku melalui aktiviti aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Sebagai tamsil, aktiviti aktiviti seperti bergotong royong, bersukan, berkawat dan sebagainya. Apabila badan kita sihat, kita akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk menjalani hidup seharian. Tegasnya, pelajar akan lebih sihat jika menyertai aktiviti kokurikulum.

Jika ditinjau secara mendalam, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai nilai murni. Misalnya, nilai keyakinan diri, sifat kepimpinan diri, dan disiplin diri. Semua nilai murni ini boleh dilatih menerusi latihan dan aktiviti yang diadakan. Antara aktiviti yang berkaitan adalah seperti perkhemahan, pertandingan, menjalankan mesyuarat, lawatan dan juga menguruskan aktiviti kelab atau persatuan masing masing. Jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai nilai murni dalam jiwa raga pelajar.

Di samping itu, masa senggang juga dapat diisi dengan perkara berfaedah. Hal ini juga dapat mengekang pelajar daripada terjerumus ke dalam kancah hina. Selain itu, aktivitis yang brsifat tidak senonoh seperti melepak, merokok, menagih dadah dan sebagainya juga dapat dihindari. Sebagai penyimpul kata, masa terluang kita akan terisi dengan perkara perkara yang berfaedah dan terancang.

Deduktifnya, aktiviti kokurikulum sememangnya dapat mendatangkan faedah yang banyak dalam kalangan pelajar sekolah demi perpaduan yang utuh, pemupukan nilai murni, minda yang sihat dan tubuh badan yang sihat. Hal ini bertepatan dengan peribahasa badan sihat otak cergas. Soalan :