keupayaan usahawan bumiputera melaksanakan kemahiran...

10
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 61-70 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIRIE & HABIBAH ELIAS Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Usahawan Bumiputera, kemahiran keusahawanan, kewangan, pemasaran, pengalaman ABSTRAK Kajian ini bertujuan memnjau persepsi usahawan Bumiputera terhadap keupayaan mereka melaksanakan kemahiran keusahawanan. Kajian ini berbentuk kajian kes ke atas 72 usahawan yang dipilih secara rawak daripada senarai ahli berdaftar dengan Dewan Perniagaan Melayu. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi berkaitan dengan kemahiran membentuk hubungan manusia yang baik, dan menentukan keperluan pelanggan. Secara amnya usahawan bumiputera berkeupayaan sederhana tinggi dalam aspek mengendalikan kemahiran pengurusan. Walau bagaimanapun, lebih daripada 50% usahawan mempunyai persepsi bahawa mereka mempunyai keupayaan 'rendah' ke 'sederhana' untuk melaksanakan kemahiran yang spesifik berkaitan dengan kewangan dan pemasaran. Mereka tidak melihat kemahiran berkaitan dengan pemasaran sebagai kemahiran yang paling penting. Kajian ini merumuskan pengalaman usahawan tidak begitu membantu mereka menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti rutin dalam bidang terse but. Cadangan telah dibuat untuk menggalakkan usahawan menukar sikap supaya lebih bersedia mengikuti program latihan keusahawanan yang releven untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam menjalankan perniagaan. Agensi yang memberi latihan keusahawanan sepatutnya menggunakan strategi berbentuk pengalaman supaya menjadi lebih berkesan. ABSTRACT The purpose of this study was to determine Bumiputera entrepreneur's perception towards their ability to perform entrepreneurial competencies. This is a case study, on 72 Bumiputera entrepreneurs randomly selected from the list of entrepreneurs registered with the Malay Chamber of Commerce. Data were collected through survey method. Bumiputera entrepreneurs possess high ability to perform competencies related to establishing good human relations and determining customers' need. In general, bumiputera entrepreneurs perceived that they possess 'moderate' to 'high' ability to perform management related competencies. However, more than 50% of Bumiputera entrepreneurs perceived that they possess "low" to "moderate" ability to perform specific competencies related to finance and marketing. They did not perceive marketing competencies as the most important competencies. This study concluded that entrepreneurs' experience was not very helpful in assisting them to obtain more knowledge in performing routine activities in the field. Suggestions had been made to encourage Bumiputera entrepreneurs to change their attitude so as to increase their interest to follow relevant entrepreneurship training programs in order to update their knowledge in operating their business. Agencies offering entrepreneurial training should utilize 'experiential' strategies to ensure effectiveness. PENGENALAN Peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia (Norasmah 2002). Berikutan itu, kerajaan Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Sehingga kini dorongan dan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputera supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya industri kecil dan sederhana, mewujudkan tindak balas yang positif.

Upload: phamthuy

Post on 12-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 61-70 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan KemahiranKeusahawanan: Satu Kajian Kes

ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIRIE & HABIBAH ELIASFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Usahawan Bumiputera, kemahiran keusahawanan, kewangan, pemasaran, pengalaman

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan memnjau persepsi usahawan Bumiputera terhadap keupayaan merekamelaksanakan kemahiran keusahawanan. Kajian ini berbentuk kajian kes ke atas 72 usahawanyang dipilih secara rawak daripada senarai ahli berdaftar dengan Dewan Perniagaan Melayu. Datadikumpul dengan menggunakan soal selidik. Usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yangtinggi berkaitan dengan kemahiran membentuk hubungan manusia yang baik, dan menentukankeperluan pelanggan. Secara amnya usahawan bumiputera berkeupayaan sederhana tinggi dalamaspek mengendalikan kemahiran pengurusan. Walau bagaimanapun, lebih daripada 50% usahawanmempunyai persepsi bahawa mereka mempunyai keupayaan 'rendah' ke 'sederhana' untukmelaksanakan kemahiran yang spesifik berkaitan dengan kewangan dan pemasaran. Mereka tidakmelihat kemahiran berkaitan dengan pemasaran sebagai kemahiran yang paling penting. Kajianini merumuskan pengalaman usahawan tidak begitu membantu mereka menimba lebih banyakilmu pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti rutin dalam bidang tersebut. Cadangan telahdibuat untuk menggalakkan usahawan menukar sikap supaya lebih bersedia mengikuti programlatihan keusahawanan yang releven untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam menjalankanperniagaan. Agensi yang memberi latihan keusahawanan sepatutnya menggunakan strategiberbentuk pengalaman supaya menjadi lebih berkesan.

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine Bumiputera entrepreneur's perception towards theirability to perform entrepreneurial competencies. This is a case study, on 72 Bumiputeraentrepreneurs randomly selected from the list of entrepreneurs registered with the MalayChamber of Commerce. Data were collected through survey method. Bumiputera entrepreneurspossess high ability to perform competencies related to establishing good human relations anddetermining customers' need. In general, bumiputera entrepreneurs perceived that they possess'moderate' to 'high' ability to perform management related competencies. However, more than50% of Bumiputera entrepreneurs perceived that they possess "low" to "moderate" ability toperform specific competencies related to finance and marketing. They did not perceive marketingcompetencies as the most important competencies. This study concluded that entrepreneurs'experience was not very helpful in assisting them to obtain more knowledge in performingroutine activities in the field. Suggestions had been made to encourage Bumiputera entrepreneursto change their attitude so as to increase their interest to follow relevant entrepreneurshiptraining programs in order to update their knowledge in operating their business. Agenciesoffering entrepreneurial training should utilize 'experiential' strategies to ensure effectiveness.

PENGENALAN

Peningkatan pendapatan kaum Bumiputeramasih belum memuaskan kerana ia masih agakketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia(Norasmah 2002). Berikutan itu, kerajaanMalaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum

Bumiputera untuk meningkatkan pendapatandan taraf hidup mereka. Sehingga kini dorongandan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputerasupaya melibatkan diri dalam bidangkeusahawanan, terutamanya industri kecil dansederhana, mewujudkan tindak balas yang positif.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias

Pelbagai perubahan dijangka akan berlakudalam arena perniagaan di Malaysia. MenurutNorhashim (1994) perniagaan kecil di Malaysiatelah meningkatkan jumlah peluang pekeIjaandan pembangunan usahawan. Di sini jelas bahawaperniagaan bersaiz kecil dan sederhana amatpenting dalam menyumbang terhadappembangunan negara. Aliran pertumbuhanekonomi di Malaysia telah menggalakkanpembangunan industri kecil dan sederhana (IKS),walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangandalam pegangan ekonomi antara kaum diMalaysia. Humam (1992) mendapati pendudukbukan Bumiputera telah menguasai sektorekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Bamgagal dicapai sepenuhnya (Malaysia 2001).Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaanbersama dengan agensi sokongan kerajaan,pengagihan pendapatan keseluruhan di kalanganisi rumah di Malaysia telah bertambah baik dalamtempoh Rancangan Malaysia ke-7 (Norasmah2002).

Pihak kerajaan telah melakukan berbagaiusaha ke arah memupuk dan mengembangkanasas keusahawanan di kalangan bumiputera bagimelahirkan usahawan yang berdaya maju danberdaya tahan. Antaranya melalui penglibatanmereka secara langsung dan aktif dalam duniaperniagaan. Pelbagai agensi telah disediakanuntuk membantu usahawan Bumiputera. Banyaktabung yang bertujuan khusus untukmembangunkan usahawan bumiputera telahditubuhkan. Antaranya ialah Tabung UsahawanBam, Tabung Industri Bumiputera, dan TabungUsahawan Kecil yang semuanya bertujuanmembantu usahawan kecil dan sederhana(Zaidatol et at. 1998).

Menurut Norasmah (2002), salah satukementerian yang berfungsi untuk membangunkanusahawan Bumiputera ialah KementerianPembangunan Usahawan. Kementerian ini bukansahaja ingin membangunkan usahawanbumiputera tetapi ingin melahirkan usahawanyang berkualiti, berpotensi serta berupayamembentuk masyarakat Perdagangan danPerindustrian (MPP) seperti yang dihasratkandalam Wawasan 2020.

Terdapat beberapa kelemahan usahawanseperti kekurangan modal, kekurangankemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuandan teknologi, kekurangan pekerja mahir,kekurangan kemahiran dan pengetahuan

pengurusan dan ketidakmampuan untukmendapat premis perniagaan yang sesuai(Zaidatol dan Habibah 1997). Dapatan Humamdan rakan-rakan (1992) menunjukkan faktoryang sarna juga telah menyebabkan kegagalanperniagaan iaitu pengurusan yang lemah,masalah pemasaran dan kewangan, faktorperundangan dan peraturan serta faktor peribadidan keusahawanan.

Walaupun sis tern pendidikan secaraberansur-ansur mengubah nilai dan sikapBumiputera ke arah perubahan positif, masihterdapat beberapa golongan usahawanBumiputera yang masih ketinggalan dari segidaya cipta, amalan perniagaan yang baik dansemangat bekerja yang gigih. Budaya niagakeusahawanan dan kesanggupan menanggungrisiko masih belum dihayati sepenuhnya olehmasyarakat peniaga Bumiputera. Usaha kerajaanuntuk membantu kaum Bumiputera telah banyakdilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dankeusahawanan telah lama wujud di Malaysia(Shahril 1993). Kementerian Pendidikan jugamemainkan peranan penting mewujudkanpelapis usahawan melalui program sepertiUsahawan Muda dan Briged Usahawan (Zaidatolet at. 1998).

Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profilusahawan Malaysia mendapati usahawanmenghadapi masalah dalam bidang kewangankerana mereka kurang pengetahuan. Pandanganyang sarna diberikan oleh Timmons (1985)apabila beliau mengatakan asas pendidikankeusahawanan adalah kemahiran teknikal dankewangan. Manakala Hess (1987) dan Kent(1990) menyarankan aspek pengurusan danpemasaran adalah penting untuk kejayaanusahawan. Secara am, kajian ini bertujuan untukmeninjau tahap kemahiran usahawanbumiputera dalam aspek pengurusan, pemasarandan kewangan. Memandangkan pesatnyaperkembangan keusahawanan sekarang ini,adalah penting untuk dijalankan kajian bagimengenal pasti tahap keupayaan usahawanBumiputera di Malaysia setelah kerajaanmempergiat usaha untuk membangunkankeusahawanan. Kajian ini cuba untuk menjawabsoalan kajian berikut: Sejauh manakah usahawanbumiputera mempunyai keupayaan melaksanakankemahiran keusahawanan dari aspek pemasaran,pengurusan dan kewangan?

62 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes

METODOLOGI KAJIAN

Sampel Kajian

Kajian ini berbentuk kajian kes. Subjek terdiridaripada 72 usahawan Burniputera yang dipilihdaripada senarai ahli berdaftar dengan DewanPerniagaan Melayu di Wilayah Persekutuan danSelangor. Data dikumpul daripada respondenmelalui soal selidik yang telah dibina olehZaidatol (1992). Soal selidik ini mengandungibeberapa item yang mengukur kemahirankeusahawanan dalam tiga gagasan iaitupengurusan, pemasaran dan kewangan.

Instrumen dan Analisis

Untuk menentukan kesahan, soal selidik telahdisemak oleh pakar dalam bidang keusahawanan,dan pekali Cronbach Alpha .95 telah diperolehuntuk mengukur kebolehpercayaan bahagiankemahiran keusahawanan. Keseluruhan 30 itemkemahiran telah dibentuk untuk mengukurtahap kemahiran usahawan bumiputera.

Soal selidik yang digunakan dalam kajianini mengandungi dua bahagian. Bahagianpertama terdiri daripada maklumat latarbelakang usahawan. Bahagian kedua tentangpersepsi usahawan terhadap kepentingankemahiran keusahawanan yang terpilih dankeupayaan mereka melaksanakannya. SkalaLikert 5 pilihan telah digunakan untukmengukur aspek persepsi usahawan iaitu '1' yangmenunjukkan sangat rendah hingga '5' yangmenunjukkan sangat tinggi. Data dianalisis secaradeskriptif dengan menggunakan pakej SPSS.Jadual 2 mengandungi senarai item kemahirankeusahawanan yang diukur.

DAPATAN KAJIAN

Profil Usahawan

Jadual 1 menunjukkan latar belakang usahawan.Jelas kelihatan seramai 41.7% usahawanmempunyai kelulusan sehingga sekolahmenengah sahaja. Seramai 52.8% tidakmempunyai pendidikan yang berkaitan denganperniagaan, seramai 47.2% pula melibatkan diridalam perniagaan berbentuk jualan, 55.3%berpengalaman berniaga lebih daripada 10 tahundan 72.2% mempunyai pekeIja kurang daripada20 orang.

Kajian ini mendapati seramai 70.8%daripada responden memulakan perniagaandengan usaha sendiri, 65.3% memulakanperniagaan kerana 'minat', dan 'wang'

merupakan faktor utama mengapa merekamemilih untuk memulakan perniagaan sendiri.Lebih 50% daripada usahawan ini telahmengikuti kursus pengurusan dan keusahawanan.Namun begitu bilangannya agak kurang untukmereka yang telah mengikuti kursus yang spesifikseperti pemasaran (47.2%), kewangan (44.4%)dan perakaunan (36.1 %) .

Walau bagaimanapun, latihan keusahawananyang diterima adalah dalam tempoh yang terhadiaitu kurang daripada enam (6) bulan bagiseramai 56.9% usahawan. Seramai 92%usahawan merasakan latihan keusahawananadalah penting untuk mereka. Data yangdiperoleh tentang nilai bersih perniagaanmenunjukkan kebanyakan usahawan Bumiputeramempunyai nilai bersih perniagaan dalam duakategori iaitu 44% di bawah RM50,000 dan 43%di atas RM100,000.

Keupayaan Usahawan Bumiputera

Jadual 2 menunjukkan taburan persepsiusahawan terhadap kemahiran keusahawanan.Dapatan menunjukkan kebanyakan usahawanbumiputera mempunyai keupayaan yang tinggidalam aspek pengurusan terutama dalammembentuk hubungan manusia yang baik (69%),membentuk kemahiran komunikasi secara lisandan tulisan (67%) dan membentuk kemahiranmengurus (62%). Didapati juga kebanyakanusahawan burniputera berkeupayaan tinggi dalammengira untung kasar dan bersih (67%) danmenentukan keperluan pelanggan (67%).Kurang daripada 50% usahawan bumiputeraberkebolehan melaksanakan kemahiran tertentuseperti mengutip akaun boleh terima,menyediakan laporan kewangan, menjalankankajian pasaran, dan menyediakan rancanganpasaran.

Jadual 3 pula menunjukkan min tentangpersepsi usahawan Bumiputera terhadap 10kemahiran keusahawanan yang mereka anggappaling penting dan kebolehan merekamelaksanakannya. Usahawan burniputera melihatempat kemahiran sebagai amat penting(melebihi min skor 4.50) iaitu membentukkemahiran mengurus, membentuk hubunganmanusia yang baik, mengemas kini rekodkewangan dan menentukan keperluanpelanggan. Walau bagaimanapun skor min untuktahap keupayaan mereka melaksanakankemahiran yang dianggap penting ini hanya ditahap sederhana tinggi sahaja.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 63

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias

JADUAL 1Pembolehubah demografi usahawan Bumiputera

Kategori Demografi

PendidikanSekolah RendahSekolah MenengahMaktab/KolejUniversiti

Pendidikan dalam Bidang PerniagaanAda Kelulusan PerniagaanTiada Kelulusan Perniagaan

Jenis PerniagaanJualanPerkhidmatanPembinaan

Lama Berniaga< 10 tahun> 10 tahun

Jumlah PekeIja<20>20

Bagaimana Perniagaan DimulakanMulakan sendiriMewarisiLain-lain

Mengapa BerniagaTidak puas hati dengan keIja dahuluTradisi keluargaKehilangan PekeIjaanMinat

Kursus diikuti*

PemasaranKewanganPerakaunanEkonomiKeusahawananPengurusanUndang-undang

Umur Memulakan Perniagaan<25 tahun26 - 35 tahun36 - 45 tahun>45 tahun

Sebab Utama Memilih Perniagaan SendiriWangKebebasan

n %

6 8.330 41.712 16.724 33.3

34 47.238 52.8

34 47.226 36.112 16.6

32 44.440 55.5

52 72.220 27.8

51 70.812 16.79 12.5

14 19.410 13.91 1.4

47 65.3

34 47.232 44.426 36.116 22.237 51.441 56.922 30.5

18 25.029 40.317 23.68 11.1

31 43.017 23.6

64 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes

samb. Jadual 1

Kategori Demografi n %

Cabaran 18 25.0Kepuasan Kendiri 6 8.3

Adakah Pendidikan Keusahawanan PentingYa 66 91.7Tidak 6 8.3

Latihan Keusahawanan<6 bulan 41 56.9>6 bulan 19 26.4Tiada Latihan 12 16.7

Anggaran Nilai Bersih Perniagaan<RM 50,000 32 44.450,000 - 75,000 2 2.875,000 - 100,000 31 43.1

* responden memilih lebih daripada satu kursus.

JADUAL 2Keupayaan usahawan Bumiputera melaksanakan kemahiran keusahawanan

Frekuensi (%) Min Sisihanpiawai

Tinggi Sederhana Rendah

Pengurusan

l. Membentuk kemahiran komunikasi secara lisan 48 (67) 16 (22) 8 (11) 3.81 1.14dan tulisan

2. Membentuk prosedur untuk menggunakan masa 42 (58) 20 (28) 10 (14) 3.64 1.233. Membentuk hubungan manusia yang baik 50 (69) 16 (22) 6 (8) 3.92 1.144. Menilai kemampuan dan keupayaan peribadi 38 (53) 26 (36) 8 (11) 3.55 1.095. Melatih pekeIja 43 (60) 20 (28) 9 (13) 3.71 1.136. Memotivasikan pekeIja 41 (57) 20 (28) 11 (15) 3.58 1.187. Menyerahkan tugas/ tanggungjawab 45 (62) 21 (29) 6 (9) 3.78 1.078. Menilai perniagaan 39 (54) 26 (36) 7 (10) 3.61 1.069. Membentuk kemahiran mengurus 45 (62) 15 (21) 12 (17) 3.69 1.7310. Mencari peluang keuntungan baru 45 (62) 15 (21) 12 (17) 3.69 1.17

Kewangan11. Mengemas kini rekod kewangan 43 (60) 19 (26) 10 (14) 3.75 1.2112. Mentafsir laporan kewangan 35 (48) 25 (35) 12 (17) 3.46 1.0713. Menyediakan laporan kewangan 29 (40) 25 (35) 18 (25) 3.29 1.1914. Mengira untung kasar dan bersih 48 (67) 16 (22) 8 (11) 3.86 1.1015. Mengutip akaun boleh terima 28 (39) 30 (42) 14 (19) 2.54 1.2516. Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan 38 (53) 21 (29) 13 (18) 3.51 1.21

harian17. Menyediakan penyata aliran tunai 35 (48) 21 (29) 16 (22) 3.42 1.1918. Mengurus modal keIja 44 (61) 16 (22) 12 (17) 3.72 1.2019. Mengawal pusing ganti inventori 41 (57) 19 (26) 12 (17) 3.59 1.1820. Menyediakan belanjawan pengendalian 36 (50) 23 (32) 13 (18) 3.50 1.15

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 65

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias

Samb. Jadual 2

Pemasaran21. Menentukan keperluan pelanggan22. Mengira harga jualan produk25. Menyediakan rancangan pasaran26. Menentukan arah aliran produk27. Menjalankan kajian pasaran28. Menentukan kekuatan dan kelemahan persaingan29. Memilih bakal pembekal30. Memberitahu pelanggan rupa bentuk dan kebaikan

produk

48 (67)43 (60)33 (42)30 (42)28 (39)33 (47)41 (57)44 (61)

18 (25)22 (31)23 (32)23 (32)21 (29)23 (32)16 (22)10 (14)

6 (9)7 (10)16 (22)19 (26)23 (32)15 (21)15 (21)18 (25)

3.903.793.443.213.103.373.443.62

1.031.131.271.251.281.141.291.45

JADUAL 3Susunan 'Min' mengikut persepsi usahawan: Kemahiran keusahawanan yang dianggap

paling penting dan keupayaan usahawan melaksanakannya

Susunan Kemahiran

1. Membentuk kemahiran mengurus2. Membentuk hubungan manusia yang baik3. Mengemas kini rekod kewangan4. Menentukan keperluan pelanggan5. Mengira untung kasar dan bersih6. Membentuk kemahiran komunikasi secara lisan

dan tulisan7. Memotivasi pekeIja8. Melatih pekeIja9. Menilai perniagaan10. Mencari peluang keuntungan barn

kepentingan kemahiran( x )

4.694.674.604.604.564.54

4.544.534.504.49

Keuoayaan usahawanmelaksanakan

kemahiran(x)

3.693.923.753.903.863.81

3.583.713.613.69

NB: Skala untuk kepentingan kemahiran5 = sangat penting 1 = tidak pentingSkala untuk keupayaan melaksanakan kemahiran5 = sangat berkeupayaan 1 = tidak berkeupayaan

Walaupun usahawan bumiputeramempunyai keupayaan tinggi dalam aspekpengurusan, jika ditinjau dengan lebihmendalam lagi kajian ini mendapati usahawanBumiputera mempunyai sepuluh kebolehanterendah dalam kemahiran yang berkaitandengan pengurusan kewangan dan pemasaranseperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Lima(50%) daripada kemahiran yang tersenaraiadalah berkaitan dengan bidang kewangan danlima (50%) lagi daripada bidang pemasaran. DiSini kelihatan daripada 30 kemahirankeusahawanan yang disenaraikan, sepuluhkemahiran terendah usahawan Bumiputeraadalah dalam aspek pemasaran dan kewangan.Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 58%usahawan kurang berkeupayaan dalam mengutipakaun boleh terima, menjalankan kajian pasaran,

menyediakan laporan kewangan danmenentukan arah aliran produk. Lebih kurang53% pula kurang berkeupayaan dalammenentukan kekuatan dan kelemahan pesaing,menyediakan rancangan pemasaran danmentafsir laporan kewangan.

PERBINCANGAN

Usahawan bumiputera mempunyai keupayaanyang tinggi dalam membentuk hubunganmanusia yang baik, dan membentuk kemahirankomunikasi seeara lisan dan tulisan. Dapatan inimenyokong pandangan Fatley (1990) dan MeCannon et at. (2000) yang menyarankankomunikasi berbentuk tulisan dan lisan adalahpenting dan menjadi asas kepada pembentukankemahiran yang lain di tempat keIja. Womble et

66 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Keupayaan Usahawan Burniputera Me1aksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes

JADUAL 4Skor 'Min' keupayaan usahawan Bumiputera untuk melaksanakan kemahiran

'perakaunan' dan 'pemasaran' yang kritikal

Kemahiran

Mengutip akaun boleh terimaMenjalankan kajian pasaranMenentukan arah aliran produkMenyediakan laporan kewanganMenentukan kekuatan dan kelemahan persainganMenyediakan penyata akaun tunaiMemilih bakal pembekalMenyediakan rancangan pemasaranMentafsir laporan kewanganMenyediakan belanjawan pengendalian

Skor Min keupayaan

2.543.103.213.293.373.423.443.443.463.50

FrekuensiKurang keupayaan

44 (61%)44 (61%)42 (58%)43 (60%)38 (53%)37 (51 %)31 (43%)39 (54%)39 (54%)36 (51%)

Nota: (1) Frekuensi dikira dengan menjumlahkan skor keupayaan di tahap sederhana, rendahdan terendah. Hanya 50% ke atas diambil kira untuk jadual ini.(2) Skala untuk keupayaan melaksanakan kemahiran5 = sangat berkeupayaan, 1 = tidak berkeupayaan

at. (2000) pula mendapati kemahiraninterpersonal dan hubungan manusia merupakansesuatu yang amat penting di tempat keIja hariini. Zaidatol et al. (2000) juga telah mengenalpasti kepentingan kemahiran komunikasi danhubungan manusia di tempat kerja untukkejayaan sesuatu kerjaya. Dapatan kajian inimendapati kemahiran keusahawanan dalamaspek pengurusan dimiliki oleh kebanyakanusahawan bumiputera dan keadaan ini amatbertepatan dengan pandangan Zaidatol et al.(2000) yang mengatakan bahawa perniagaanyang berjaya selalunya melibatkan beberapakemahiran yang lain selain daripada aspekfungsian perniagaan sahaja. Luft (1986)menyarankan prinsip hubungan manusia yangdiperlukan untuk kejayaan kerjaya adalahberkaitan dengan pembentukan konsep kendiriyang positif, menerima kritikan, menyelesaikankonflik, menangani perubahan, menanganidiskriminasi dan prejudis dan memahami surnbernilai, nilai kendiri dan menerima nilai oranglain. Usahawan burniputera yang dikaji telahmengenal pasti kemahiran mengurus danmembentuk hubungan manusia yang baiksebagai kemahiran keusahawanan yang palingpenting dan kedua-dua kemahiran tersebutmerupakan kemahiran yang paling tinggikebolehan usahawan melaksanakannya. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan dari segikebolehan usahawan dalam mengendalikanaspek kewangan dan pemasaran. Walaupun

secara keseluruhan didapati 47% usahawanBumiputera telah mempunyai kelulusan dalambidang perniagaan dan telah mengikuti kursusdalam bidang pemasaran, jelas mereka masihkurang berkeupayaan dalam melaksanakankemahiran kewangan dan pemasaran yangmereka sendiri sedar akan kepentingannya. Jikaditinjau dari segi pengalaman, dapatan kajianmenunjukkan 55% usahawan Bumiputeratelahpun berkecimpung dalam dunia perniagaanmelebihi 10 tahun. Walaupun perniagaan merekamerupakan perniagaan kecil-kecilan (72%mempunyai pekeIja kurang daripada 20 orang),mereka masih menghadapi masalah utama untukmengutip akaun boleh terima, iaitu seramai 61 %belum mampu untuk mengatasi masalahtersebut. Di samping itu juga didapati 61%kurang berkemampuan untuk menjalankankajian pasaran, 60% belum begitu mampumenyediakan laporan kewangan dan seramai58% kurang berkebolehan untuk menentukanarah aliran produk. Ini membimbangkan keranakebanyakan daripada kemahiran perakaunan danpemasaran yang dianggap penting untukkejayaan masih lagi belum dikuasai sepenuhnyaoleh usahawan Bumiputera. Apakah faktorutama yang menghasilkan keadaan ini? Dapatanjuga menunjukkan hanya 26% usahawan telahberpeluang mengikuti latihan keusahawananselama enam (6) bulan dan Iebih.Kebanyakannya (57%) hanya telah berpeluangmengikuti kursus keusahawanan kurang daripada

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 67

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias

(6) bulan. Fenomena ini mungkin mempengaruhipersepsi mereka terhadap keupayaanmelaksanakan kemahiran keusahawananterutama dalam bidang pemasaran. Seramai17% pula tidak pernah mengikuti latihanlangsung dan hanya 44% pernah mengikutikursus berbentuk perakaunan atau kewangan.

Ilmu pemasaran didapati amat pentinguntuk usahawan bumiputera. Keputusan yangdibuat dalam aspek pemasaran selalunyamempengaruhi usaha mereka dalam merancang,menjalankan dan menguruskan pemiagaannya.Usahawan Bumiputera hendaklahmengoperasikan perniagaannya berlandaskanamalan pemasaran yang betul. Menurut Zaidatolet at. (1997) terdapat banyak syarikat yang muftiskerana pemiliknya tidak mempunyaipengetahuan yang cukup dalam menanganikeadaan pasaran yang sentiasa berubah. Tambahbeliau lagi perniagaan hari ini hendaklahberorientasikan pemasaran. Syarikat yang inginmembentuk dan mengeluarkan barangan tanpamengambil kira kemudahan dan keperluanpelanggan akan menghadapi masalah. Denganmengambil kira perkembangan perniagaansecara global aplikasi konsep pemasaran ini perludiberi tumpuan yang lebih.

Mengikut Drucker (1963) dua fungsi utamauntuk sesebuah perniagaan ialah pemasaran daninovasi. Pandangan ini juga disokong olehBarnes, Pynn dan Noonam (1982) bahawakebanyakan firma gagal setiap tahun keranamereka tidak berupaya untuk menentukansasaran pasaran. Inijuga dipersetujui oleh Cohendan Reddich (1981) bahawa kegagalan sesuatuperniagaan itu adalah hasil daripada carapemasaran yang salah. Memandangkanusahawan dalam kajian ini berskala kecil,Tootelian dan Goedeka (1985) pernahmenyatakan bahawa sepatutnya mereka yangberkecimpung dalam perniagaan yang beginimendapat kelebihan dalam aspek: perkhidmatanpelanggan secara peribadi, pengetahuan tentangpelanggan dan pasaran, hubungan rapat dengankomuniti, pendekatan secara peribadi denganpekeIja dan pengurusan yang anjal. Malangnyausahawan bumiputera dalam kajian ini tidakmenunjukkan ciri-ciri yang positif dalammenguasai kemahiran pemasaran walaupunsituasi atau persekitaran yang disediakan mampumengarah mereka ke arah keberkesanan yanglebih tinggi. Malahan dalam senarai sepuluhkemahiran yang paling penting mengikut

persepsi usahawan hanya satu kemahiran sahajaberkaitan dengan pemasaran iaitu 'menentukankeperluan pelanggan'. Pemeringkatan yangrendah kepada aktiviti pemasaran oleh usahawanmenunjukkan usahawan kurang faham dan tidakmemberi tumpuan yang cukup kepada usahapemasaran yang penting untuk kejayaan.

Begitu juga dalam aspek kewangan, masalahutama usahawan Bumiputera ialah untukmengutip akaun boleh terima. Tate (1977) jugamendapati salah satu penyebab kepada kegagalandalam perniagaan ialah kegagalan usahawanmengutip akaun boleh terima. Pandangan inidisokong oleh Diffley (1983) yang mendapatikemahiran 'mengutip akaun boleh terima'merupakan kemahiran yang paling pentinguntuk usahawan di Kansas. Aspek lain yangketara pentingnya dalam pengendalianperniagaan adalah pengurusan kewangan,belanjawan dan penyediaan penyata aliran tunai.Kesemua kemahiran ini amat diperlukan tetapiusahawan Bumiputera tidak mempunyaikeupayaan yang tinggi dalam hal ini. Kemahiran­kemahiran ini adalah penting untuk menjaminkejayaan sesebuah pemiagaan (Kiesner 1990).

Kepentingan kemahiran pemasaran dankewangan ini tidak dapat dinafikan lagi.Beberapa kajian lepas seperti oleh Mc Ewen(1990), Hess (1987) dan Clouse (1990) telahmerumuskan bahawa kedua-dua aspek ini berkaitrapat. Misalnya Clouse (1990) menyatakanbahawa kepentingan membuat keputusan dalampemasaran adalah amat tinggi bagi seseorangusahawan. Beliaujuga menekankan kepentinganaspek kewangan terutama untuk memahamialiran tunai dan menganalisis untung dan rugi.Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspekjualan dan pemasaran mendahului senarai utamatugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiranpengurusan kewangan. Kohn (1985) pulapercaya kegagalan perniagaan itu disebabkanoleh kurang pengalaman usahawan dalampengurusan, usahawan tidak kompeten,kekurangan modal, strategi pemasaran yangsalah, serta rekod dan prosedur perakaunanyang tidak lengkap.

Memandangkan seramai 92% usahawanBumiputera merasakan latihan keusahawananadalah penting, dan mereka telah mula sedarakan kepentingan sesuatu kemahiran tertentumaka adalah lebih baik sekiranya mereka diberipeluang sewajamya untuk mengikuti programlatihan dan pembangunan usahawan yang

68 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004

Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes

sempurna. Program latihan itu perlulah bukansekadar pendedahan sahaja tetapi mempelajariselok-beloknya. Program latihan keusahawananini perlu diubahsuai pelaksanaannya sepertimenggunakan kaedah berbentuk pengalamanatau 'experiential' dan berorientasikan tindakanuntuk menepati keperluan dan kehendak spesifikusahawan bagi menjadikan seseorang itubertambah maju dan tidak ketinggalan dalamsegala bidang. Kaedah ini penting kerana untukmempelajari aspek perakaunan yang spesifikadalah lebih sukar jika kaedah yang digunakantidak tepat. Ini semua akan dapat membantumengecilkan jurang jurnlah usahawan beIjayadan yang gagal.

Pendidikan yang bererti amat diperlukan,walaupun 47% usahawan telah mengikuti kursuspemasaran dan juga pendidikan perniagaanamnya, mereka masih tidak mampumengendalikan aspek ini dengan baik. Adakahsegala latihan yang dilalui tidak menjaminkeupayaan yang lebih? Keberkesanan latihandan pendidikan keusahawanan untuk usahawanBumiputera perlu dinilai semula supaya agensiyang terlibat peka dengan keberkesanannya.Lagipun didapati usahawan bumiputeramenceburkan diri dalam bidang perniagaan atasinisiatif sendiri (71%) dan minat (67%).Sepatutnya kemahiran keusahawanan yangpenting dan perlu dikuasai dapat dipelajari secaraformal atau tidak formal sebelum mulamenceburkan diri lagi. Kemahiran tersebut dapatdipertingkat penguasaannya secara beransur­ansur setelah berkecimpung dalam duniaperniagaan.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara amnya, usahawan burniputera mempunyaikemahiran yang sederhana tinggi dalam aspekpengurusan tetapi hanya mempunyai kebolehanyang sederhana rendah dalam melaksanakankemahiran keusahawan berkaitan dengan'pemasaran' dan 'kewangan'. Keupayaan untukmelaksanakan kemahiran tersebut adalahsederhana rendah bagi lebih daripada 50%usahawan. Usahawan mempunyai asaspendidikan dan latihan yang sederhana dalambidang perniagaan. Peluang untuk mengikutilatihan perlu ditingkatkan terutama untukmempelajari dengan mendalam aspek kewangandan pemasaran yang dianggap penting untukterus beIjaya. Pendidikan yang diterima masih

belum mencukupi. Walaupun usahawanBumiputera telah lama menceburkan diri dalambidang perniagaan secara amnya kemahirankeusahawanan mereka tidak tinggi tetapi bertarafsederhana sahaja. Ini menggambarkan bahawapengalaman sahaja tidak memadai dalammeningkatkan pengetahuan usahawan.Pengalaman dan pendidikan yang dipunyai olehusahawan Bumiputera tidak menjaminpertambahan ilmu dalam mengendalikanperniagaan mereka secara berkesan. Ini terbuktiapabila didapati lebih 50% usahawan tidakmempunyai kemahiran yang tinggi dalammelaksanakan kemahiran yang dianggap'routine' dalam menjalankan sesebuahperniagaan. Keberkesanan agensi yangmenyediakan program dan pakej latihankeusahawanan terutama yang melatih usahawanperlu dikemas kini dan dinilai. Memandangkan92 % merasakan latihan keusahawanan inipenting untuk mereka maka pelaksanaan darisegi kaedah penyampaian dalam programpembangunan usahawan hendaklah berbentuk'experiential' dan berorientasi tindakan.Usahawan Bumiputera hendaklah mengubahsikap supaya sentiasa menambah usaha dankesanggupan untuk mengemas kini ilmupengetahuan dalam bidang kewangan danpemasaran. Walaupun bidang ini sukardipelajari, keinginan untuk menguasainyahendaklah sentiasa dipupuk. Di sampingmenambah usaha mempertingkat ilmupengetahuan bercorak teknikal, usaha untukmembentuk sikap dan personaliti usahawan yangunggul hendaklah diberi pertimbangan terutamabagi melengkapkan diri dengan ciri-cirikeusahawanan yang penting untuk kejayaan.

RUJUKAN

BARNES, J. G., G. A. PYNN dan A. C. NOONAN. 1982.Marketing research: some basics for smallbusiness. Journal of Small Business Management20 July: 63.

Berita Hanan. 1995. Bumiputera mesti ubah sikap,29 Jun.

CLOUSE, V. 1990. A controlled experiment relatingentrepreneurial education to students start-updecision. Journal of Small Business Management22(2): 26-31.

COHEN, W. dan M. REDDICK. 1981. Successful Marketingfor Small Business. New York: AmericanManagement Association 2.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004 69

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias

DIFFLEY, J. H. 1983. A study of women businessowners and the importance of selectedentrepreneurial competencies related toeducational programs. Dissertation AbstractInternational 43: 180.

DRUCKER P.F. 1963. What is a business? Marketingand Advertising. p. 9. New York: McGraw Hill.

FLATLEY, M. E. 1990. Team presentation skills:essential tools today. Business Education Forum45(2): 19-21.

HESS, D. W. 1987. Relevance of small businesscourses to management needs. Journal of SmallBusiness Management 25(1): 26-34.

IBRAHIM, A. B. 1986. Perceived courses of success insmall business. AmericanJournal ofSmall Business11(2): 41-49.

KEN, C. A. 1990. Integrating entrepreneurship inthe secondary curriculum: Economics andother courses. Dalam Entrepreneurship Education,disunting oleh C. A. Kent. Connecticut:Quorum Book.

KrESNER, W. F. 1990. Post-secondary entrepreneurshipeducation for the practicing venture-initiator.Dalam Entrepreneurship Education: CurrentDevelopment, Future Direction. New York: QuorumBooks.

KOHNS, D. P. 1985. Entrepreneurship - An MDEeducational opportunity. Marketing EducatorsNews 3: 10-19.

HUMAM HJ. MUHAMED, ISMAIL HJ. ABDUL WAHAB, LANToo KYA, MOHAMED DAHLAN IBRAHIM dan RAHMATMOHAMED. 1992. Kegagalan perniagaan diMalaysia. Laporan Institut Penyelidikan. PusatPembangunan Usahawan Malaysia, InstitutTeknologi MARA.

LUFf, R. L. dan J. L. SCHOEN. 1986. Non technicalbusiness employment competencies in Illinois.The Delta Pi Epsilon Journal xxxviii(3): 167-157.

Mc CANNON, M. dan T. B. CREWS. 2000. The top fivecommunication skills needed by informationsystem graduates. The Delta Pi Epsilon Journalxxxxi(4): 246-250.

MALAYSIA. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8)2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan NasionalBerhad.

Mc EVI'EN, T. 1990. Validation of competencies forentrepreneurship education and training inJamaica. Dissertation Abstract International 51:3828A.

NORASMAH OTHMAN. 2002. Keberkesanan programkeusahawanan remaja di sekolah menengah.Disertasi Ph.D, Universiti Putra Malaysia,Serdang.

NORHASHIM NORDIN. 1994. Towards strengtheningSMIS. The Bank Pembangunan perspective.Kertas kerja dibentangkan di 1st NationalConference for SMIS, Kuala Lumpur, Malaysia.

SHAHRIL MARzUKI. 1993. Pendidikan di Malaysia. KualaLumpur: Utusan Publication.

SIEH LEE MEl LING. 1990. Malaysian industrial andentrepreneur profile. Malaysian ManagementReview 25(2): 3-10.

TATE, C. 1977. The Complete Guide to Your OwnBusiness. III. Homewood.

TIMMONS J. A., L. E. SMOLLEN dan A. L. M. DINGEE.1985. New Venture Creation. Edisi kedua.Homewood, Illinois: Irwin.

TOOTELIAN, D. dan R. GAEDEKE. 1985. Small BusinessManagement. Edisi kedua. Gienview: Scott,Foresman.

TROPMAN, J. E. 1989. Entrepreneurial Systems for the1990s. Connecticut: Glenwood Press.

WOUBLE, M. N., J. E. ADAMS dan W. L. S. GoHDES.2000. Business and marketing educationprogram in Georgia: focus groups executiveissues for program reform. The Delta Pi EpsilonJournal xxxxii(i): 38-57.

ZAiDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE. 1993. Preparationand training needs of teachers to teachentrepreneurship in vocational programs.Pertanika J Soc. Sci. Hum. 1(2): 123-132.

ZAiDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE dan ZAKARIA KAsA.2000. Professional traits needed for careersuccess: how it relates to education of futureworkers. Journal Psikologi 14: 75-86.

ZAiDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE, MOHD. MAJID KONTING,AB. RAHIM BAKAR dan A. GENEVIEVE. 1998. Dasardan strategi program peningkatankeberkesanan pendidikan keusahawanan untukabad ke 21. Kertas kerja yang dibentangkan diSeminar Pendidikan Keusahawanan: PendidikanKeusahawanan Abad ke-21. Selangor: UPM,Serdang.

ZAiDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE dan HABIBAH. 1997.Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

(Diterima: 8 Julai 2003)

70 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.1 2004