keupayaan membaca kanak

5
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Oleh itu, guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah bacaan yang teruk, kaedah pengajaran yang pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Walaupun mereka adalah golongan kurang upaya dari segi pembelajaran namun mereka harus diberi peluang sama rata untuk menguasai kemahiran membaca. Sehubungan itu, saya telah penggunakan ikon kartun dalam kajian ini dalam membantu menarik minat masalah pembelajaran membaca suku kata kvkv. Ini diharapkan dapat membantu dan memudahkan murid dalam aktiviti kehidupan seharian hari ini dan di masa hadapan. Sekiranya objektif kajian ini tercapai, maka akan mendatangkan nilai dan manfaat kepada semua pihak. Lantaran itu, Adam merupakan individu utama yang mendapat manfaat hasil daripada kajian ini. Antaranya ialah dapat mempengaruhi minat Adam untuk membaca suku kata kvkv tanpa rasa jemu dan menyeronokkan.

Upload: nurul-amirah

Post on 02-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

membaca

TRANSCRIPT

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Oleh itu, guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah bacaan yang teruk, kaedah pengajaran yang pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Walaupun mereka adalah golongan kurang upaya dari segi pembelajaran namun mereka harus diberi peluang sama rata untuk menguasai kemahiran membaca. Sehubungan itu, saya telah penggunakan ikon kartun dalam kajian ini dalam membantu menarik minat masalah pembelajaran membaca suku kata kvkv. Ini diharapkan dapat membantu dan memudahkan murid dalam aktiviti kehidupan seharian hari ini dan di masa hadapan. Sekiranya objektif kajian ini tercapai, maka akan mendatangkan nilai dan manfaat kepada semua pihak. Lantaran itu, Adam merupakan individu utama yang mendapat manfaat hasil daripada kajian ini. Antaranya ialah dapat mempengaruhi minat Adam untuk membaca suku kata kvkv tanpa rasa jemu dan menyeronokkan. Ini kerana ikon kartun yang digunakan merupakan ikon kartun yang diminati Adam yang sekaligus menjadi penggalak dalam membaca suku kata kvkv. Adam juga lebih menumpukan perhatian apabila membaca suku kata kvkv yang ada pada ikon kartun. Menerusi penggunaan ikon kartun ini juga telah dapat mengukuhkan ingatan Adam membunyikan suku kata kvkv yang dibacanya. Menurut pengkaji Mohammad Khairul Bazli Draman (2011), pemilihan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar sangat mempengaruhi pencapaian dan ingatan serta kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, Adam juga semakin aktif dan sentiasa terdorong memberikan tindak balas semasa mengikuti aktiviti membaca suku kata kvkv. Adam juga tidak lagi berkhayal dan teragak-agak apabila diminta membaca suku kata kvkv. Dengan ini, telah menunjukkan nilai keyakinan dalam diri Adam telah dapat ditingkatkan, terutama dalam membaca suku kata kvkv. Hal ini kerana, Adam telah menunjukkan keyakinan membaca suku kata dengan suara yang jelas dan bersungguh-sungguh. Pemberian pujian telah menambah lagi keyakinan diri Adam setiap kali berjaya membaca suku kata kvkv. Dengan itu, Adam semakin berani dalam mengikuti setiap aktiviti membaca suku kata yang dijalankan di dalam kelas. Adam juga tidak akan merasa tertekan, malah suka untuk meneruskan aktiviti kerana merasa yakin dengan kejayaan diri sendiri dan ini tentunya akan memudahkan proses pembelajaran berlaku. Daripada ini, motivasi murid turut terbina dan menjadi positif dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Penglibatan guru dalam kajian ini turut memberikan nilai yang bermanfaat sama ada dalam aspek meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan diri guru sebagai seorang yang lebih professional. Menerusi Kajian ini, telah dapat menyediakan ruang kepada guru untuk mengilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru juga dapat mengenal pasti teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bersistem.Menggalakkan guru menyelidik amalan rutin dalam pengajaran dan pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang wujud dalam amalan harian dengan membuat kajian tindakan bagi mendapatkan idea dan strategi baru ke arah pembaharuan. Dengan itu guru dapat membaiki tindakan dan menilai hasil atau keberkesanan tindakan tersebut. Guru juga menjadi lebih seronok dan bermotivasi untuk mengajar kerana masalah yang dihadapi dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi melalui kajian yang dilaksanakan.Melalui cara ini, menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri guru sebagai kumpulan profesional dan dapat membaiki prestasi dan kepuasan kerja. Seterusnya, mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini memberi peluang kepada guru menjadi agen perubahan. Apabila guru dapat mengubah cara pengajaran dan pembelajaran hasil daripada kajian yang dijalankan, dan murid menyukainya apa-apa yang diajar oleh guru itu dan ini menunjukkan objektif pelajaran tercapai dengan jayanya.Sekolah yang cemerlang lahir daripada para guru yang bersatu padu menjana pembangunan dan keberkesanan sekolah melalui kajian. Oleh itu guru sebagai pengkaji perlu membuat perbincangan, refleksi dan membuat keputusan ke arah tindakan yang baru sama ada mengaplikasikan penemuan baru atau pun mendefinisikan semula masalah. Hal ini kerana, kebolehan mengatur strategi, mengubah keadaan, membangunkan kemahiran dan pengetahuan guru meningkatkan lagi keupayaan organisasi sekolah melonjak maju dan mencapai kecemerlangan secara menyeluruh.Menurut Mills (2000, seperti dinyatakan dalam Othman, 2011) berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau guru lain yang berkepentingan dalam suasana pengajaran dan perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar belajar.Oleh itu, melalui kajian yang dilaksanakan ini dapat membantu secara tidak kepada pembangunan sekolah.Dengan hasil kajian tindakan juga yang telah menjadikan kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas menjadi lebih bersistematik dan efisen dalam mendidik kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas. Justeru itu, dapat merealisasikan hasrat Negara Malaysia yang telah dinyatakan dalam falsafah pendidikan khas. Pendidikan Khas Di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif.