ketua sektor mewakili pengarah pelajaran...

11
TEKS UCAPAN KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN PERAK BERSEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2013 TARIKH : 11 MEI 2013 TEMPAT : SMK DATO’ AHMAD LENGGONG, PERAK

Upload: vodien

Post on 11-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

TEKS UCAPAN

KETUA SEKTOR

MEWAKILI

PENGARAH PELAJARAN PERAK

BERSEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK

TAHUN 2013

TARIKH :

11 MEI 2013

TEMPAT :

SMK DATO’ AHMAD LENGGONG, PERAK

Page 2: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 2

Alu-aluan – rujuk lampiran

Alhamdulillah, dengan izin dan

perkenan ALLAH S.W.T. kita dapat

bersama-sama berkumpul di dalam

majlis ini.

Saya ingin menyampaikan salam

hormat dan ukhuwah daripada Tn Hj.

Mohd Roli bin Hassan, Pengarah

Pelajaran Negeri Perak yang mana

beliau tidak dapat hadir di dalam

Page 3: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 3

majlis ini kerana sedang menjalankan

tugas rasmi yang lain.

o Saya juga ingin merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih

kepada Pejabat Pelajaran Daerah

Hulu Perak kerana sudi menjadi tuan

rumah bagi melaksanakan Mahrajan

Kesenian Islam peringkat negeri Perak

bagi tahun 2013 ini. Begitu juga

Sekolah Menengah Dato’ Ahmad

Lenggong ini yang sanggup menerima

tanggungjawab menyediakan tempat

untuk pertandingan Nasyid,Jawi dan

Page 4: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 4

Khat dalam MKI ini. Sesungguhnya

setiap sentuhan ahli jawatankuasa,

petugas, para hakim dan semua yang

terlibat bagi menjayakan Mahrajan

Kesenian Islam ini amat besar ertinya.

o Saya percaya, Mahrajan Kesenian Islam

pada kali ini telah dapat dilaksanakan

dengan jayanya seperti yang

dirancang, hasil permuafakatan,

kerjasama, penglibatan, komitmen dan

sokongan semua pihak yang terlibat.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Page 5: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 5

Pada tahun ini tema Mahrajan

kesenian Islam kita ialah “ Al-Quran

Penjana Wasatiyyah Ummah”. Pada saya

ianya sangat sesuai dan bertepatan

dengan tuntutan Islam yang sentiasa

menyeru umatnya melaksanakan segala

perintah Allah S.W.T dan Rasulnya secara

bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati

dan penuh tanggungjawab dan tidak

boleh dilaksanakan secara melampaui

batas¸ cuai, mengambil mudah,

meringan-ringankan sesuatu ibadah atau

perintah Allah dan Rasulnya.

Page 6: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 6

Kita tinjau sebuah hadis nabi, dari

Anas bin Malik telah berkata: bahawa

Rasulallah S.A.W telah bersabda,

maksudnya “ Permudahkanlah, jangan

memberat-beratkan, tenangkanlah

jangan meliarkan … “

Cuba kita perhatikan kehidupan

Rasulullah S.A.W. dalam melakukan

ibadah, baginda akan mengerjakannya

secara bersungguh-sungguh serta

menyama ratakan dengan aktiviti

hariannya. Ini bermakna ibadah dan

Page 7: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 7

kehidupan seharian adalah seimbang atau

tidak berat sebelah .

Tuan-tuan dan puan-puan,

o Hari ini kita telah berjaya

menghasilkan 20 kumpulan Nasyid dari

sekolah Rendah dan Menengah yang

mewakili kontinjen Daerah Masing-

masing. Penampilan ini merupakan KPI

yang telah dicapai bagi menghasilkan 2

buah kumpulan Nasyid terbaik dari

kalangan sekolah-sekolah di seluruh

Negeri Perak ini, bermula dari Kerian

Page 8: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 8

di utara Perak sehinggalah ke Batang

Padang di Selatan Perak.

Kepada para pemenang, saya ingin

mengucapkan tahniah dan jadikan

kejayaan yang dicapai sebagai

pemangkin untuk bergiat dengan lebih

cemerlang di peringkat saingan yang

lebih tinggi. Kepada Johan Nasyid

Sekolah Menengah dan Rendah, anda

akan mewakili negeri Perak ke

Peringkat Kebangsaan pada 21 – 24

Jun di Universiti Antarabangsa Al-

Bukhari di Kedah Darul Aman. Di

Page 9: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 9

Peringkat Kebangsaan ini tidak

dinamakan Mahrajan Kesenian Islam,

tetapi disebut Festival Nasyid kerana

hanya pertandingan Nasyid diadakan.

Tidak ada Pertandingan Khat dan

Tulisan Jawi di Peringkat Kebangsaan.

Setakat ini Khat dan Tulisan Jawi

hanya di peringkat negeri Perak,

belum ada di peringkat Kebangsaan.

Saya sangat mengharapkan pasukan

Nasyid yang akan mewakili Negeri

Perak nanti, akan berlatih bersungguh-

sungguh dalam latihan pusat yang kita

Page 10: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 10

adakan dan latihan di sekolah masing-

masing. Semoga tahun ini Negeri Perak

akan muncul sebagai Pasukan yang

berjaya memperolehi tempat teratas.

Buat akhirnya, saya sekali lagi ingin

merakamkan penghargaan dan terima

kasih kepada semua hadirin yang turut

sama menjayakan majlis kita pada kali

ini. Semoga objektif penganjuran

Makhrajan Kesenian Islam ini ke arah

memupuk minat pelajar dalam tulisan

jawi dan khat akan terus subur. Begitu

juga nasyid sebagai satu medium

Page 11: KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN …jpnperak.moe.gov.my/jpn/.../spi/TEKS-UCAPAN...2013.pdf · teks ucapan ketua sektor mewakili pengarah pelajaran perak bersempena majlis

muka surat 11

dakwah dan memupuk minda pelajar

agar mengamalkan cara hidup Islam di

samping menjadi alternatif yang baik

kepada para pelajar dan remaja hari

ini bagi mengisi keperluan mereka

untuk mencari hiburan.

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah.