bahan kajian k pru · pdf file(mtem) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi...

18
Bahan Kajian KPRU Badan Pemikir dan Penyelidik 1 Perjanjian Perjanjian Perjanjian Perjanjian Perkongsian Perkongsian Perkongsian Perkongsian Trans-Pasifik Trans-Pasifik Trans-Pasifik Trans-Pasifik (TPPA TPPA TPPA TPPA - Trans-Pacific Trans-Pacific Trans-Pacific Trans-Pacific Partnership Partnership Partnership Partnership Agreement Agreement Agreement Agreement) Pengenalan Pengenalan Pengenalan Pengenalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah cadangan perjanjian perdagangan bebas yang melibatkan 11 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Malaysia, Singapura, Brunei, dan Vietnam. Pada 15 Mac 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan minatnya untuk menyertai perundingan TPP. Korea Selatan pula diundang oleh AS untuk mempertimbangkan penyertaannya dalam perundingan tersebut. Walau bagaimanapun, Korea Selatan telah menolak undangan tersebut buat ketika ini dan masih membuat pertimbangan di samping memantau perkembangan, memandang ia telahpun mencapai perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat. Perjanjian yang kelihatan multilateral ini sesungguhnya merupakan set-set perjanjian bilateral antara Amerika dengan negara anggota TPPA. Maka, wujudnya keraguan bahawa cadangan Perjanjian TPP ini ialah tunggak usaha Washington bagi memacu pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. 1 Rundingan Perjanjian TPP kini telah masuk pusingan ke-17, dan diadakan di Lima, Peru dari 15 Mei hingga 24 Mei. Perundingan pusingan ke-18 akan diadakan di Kota Kinabalu, Malaysia dari 15 Julai hingga 25 Julai 2013. Perundingan Perjanjian TPP yang dilancarkan sejak tahun 2010 di bawah pentadbiran bekas presiden AS George W. Bush, merupakan perkembangan dari Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasific (TPSEP atau P4) pada tahun 2005 yang ditandatangani di antara Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore, yang bertujuan meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik. Perjanjian TPSEP atau P4 berkuatkuasa pada tahun 2006. Dengan pelaksanaan perjanjian tersebut, kebanyakan tarif yang dikena pada barangan perdagangan telah ditarik balik 1 http://www.jpost.com/Breaking-News/S-Korea-prioritizes-Asia-trade-pacts-over-Pacific-partners

Upload: haliem

Post on 04-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 1

PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian PerkongsianPerkongsianPerkongsianPerkongsian Trans-PasifikTrans-PasifikTrans-PasifikTrans-Pasifik ((((TPPATPPATPPATPPA ---- Trans-PacificTrans-PacificTrans-PacificTrans-Pacific

PartnershipPartnershipPartnershipPartnership AgreementAgreementAgreementAgreement))))

PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah cadangan perjanjian perdagangan

bebas yang melibatkan 11 negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Chile,

Mexico, New Zealand, Peru, Malaysia, Singapura, Brunei, dan Vietnam. Pada 15 Mac

2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan minatnya untuk

menyertai perundingan TPP. Korea Selatan pula diundang oleh AS untuk

mempertimbangkan penyertaannya dalam perundingan tersebut. Walau bagaimanapun,

Korea Selatan telah menolak undangan tersebut buat ketika ini dan masih membuat

pertimbangan di samping memantau perkembangan, memandang ia telahpun mencapai

perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Amerika Syarikat.

Perjanjian yang kelihatan multilateral ini sesungguhnya merupakan set-set perjanjian

bilateral antara Amerika dengan negara anggota TPPA. Maka, wujudnya keraguan

bahawa cadangan Perjanjian TPP ini ialah tunggak usaha Washington bagi memacu

pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat. 1

Rundingan Perjanjian TPP kini telah masuk pusingan ke-17, dan diadakan di Lima, Peru

dari 15 Mei hingga 24 Mei. Perundingan pusingan ke-18 akan diadakan di Kota Kinabalu,

Malaysia dari 15 Julai hingga 25 Julai 2013.

Perundingan Perjanjian TPP yang dilancarkan sejak tahun 2010 di bawah pentadbiran

bekas presiden AS George W. Bush, merupakan perkembangan dari Perjanjian

Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasific (TPSEP atau P4) pada tahun 2005 yang

ditandatangani di antara Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore, yang bertujuan

meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.

Perjanjian TPSEP atau P4 berkuatkuasa pada tahun 2006. Dengan pelaksanaan perjanjian

tersebut, kebanyakan tarif yang dikena pada barangan perdagangan telah ditarik balik

1 http://www.jpost.com/Breaking-News/S-Korea-prioritizes-Asia-trade-pacts-over-Pacific-partners

Page 2: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 2

serta-merta, yang lain pula akan dihentikan secara beransur-ansur. Misalnya, P4 telah

menghapuskan duti setinggi 92 peratus yang dikenakan pada barangan eksport dari

New Zealand ke Brunei dan 90 peratus barangan eksport dari New Zealand ke Chile.2

Sesungguhnya, perundingan Perjanjian TPP telah menimbulkan pertelingkahan di

kalangan masyarakat, terutamanya dikritik dan ditolak oleh kumpulan aktivis dan wakil

rakyat, akibat kerahsiaan rundingan dan perjanjian tersebut dikatakan merangkumi skop

yang terlalu luas, serta beberapa klausa kontroversi yang terkandung dalam draf yang

terbocor.

International League of Peoples’ Struggle mengutuk secara kerasnya kerajaan AS dan

kapitalis monopoli yang mengambil kesempatan giat merealisasikan Perjanjian TPP

sebagai skim mengenakan kuasa mereka terhadap perdagangan dan pelaburan. Hal ini

dikatakan bakal memburukkan dan menyulitkan lagi situasi eksploitasi golongan pekerja

dan alam sekitar, sebagai jalan penyelesaian bagi meningkatkan keuntungan dan

menangani krisis ekonomi dan social yang serious.3

Jadual:Jadual:Jadual:Jadual: KeahlianKeahlianKeahlianKeahlian dalamdalamdalamdalam PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPPTPPTPPTPP

NegaraNegaraNegaraNegara StatusStatusStatusStatus TarikhTarikhTarikhTarikh permulaanpermulaanpermulaanpermulaan

perundinganperundinganperundinganperundingan

Brunei Penandatanganan asal Jun 2005

Chile Penandatanganan asal Jun 2005

New Zealand Penandatanganan asal Jun 2005

Singapore Penandatanganan asal Jun 2005

Amerika Syarikat Dalam perundingan Februari 2008

Australia Dalam perundingan Novermber 2008

Peru Dalam perundingan Novermber 2008

2

http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/Trans-Pacific/2-P4.php3

http://basicsnews.ca/2011/11/trans-pacific-partnership-an-american-imperialist-scheme-to-extend-its-domination-over-pacific/

Page 3: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 3

Vietnam Dalam perundingan Novermber 2008

Malaysia Dalam perundingan Oktober 2010

Mexico Dalam perundingan Oktober 2012

Kananda Dalam perundingan Oktober 2012

Jepun Dalam perundingan Mac 2013

Pada 9 September 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan

bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat berhasrat memuktamadkan rundingan TPP

menjelang akhir tahun 2013, meskipun masih terdapat beberapa isu masih belum dapat

diselesaikan.4 Kenyataan tersebut bertepatan dengan dakwaan bahawa TPP bakal

dilancarkan secara rasmi pada Oktober oleh Presiden AS, Barack Obama.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempertahankan perjanjian TPP

bahawa ia bakal menjadi sebuah kawasan perdangan bebabs dengan pasaran hampir 2.7

bilion pengguna. Dalam suatu kenyataan, MITI menyatakan bahawa TPP akan

membantu menyediakan persekitaran perniagaan lebih berdaya saing dengan

menggalakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus serta mempunyai satu bab

khusus untuk mengintegrasikan perusahaan kecil dan sederhana dalam rangkaian

pembekalan global.

Sementara Jepun secara rasminya mengumumkan minatnya untuk menyertai perundingan

TPP, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula

menyatakan dalam kenyataan beliau pada 19 Mac bahawa keanggotaan Jepun akan

memperkasakan perundingan tersebut, kerana ia boleh menjadi platform peraturan

perdagangan bebas (FTA) masa depan yang merentasi rantau Asia Pasifik. Tambahan

pula, Malaysia mempunyai FTA dengan Jepun , iaitu Perjanjian Perkongsian Ekonomi

Malaysia-Jepun (MJEPA) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Jepun

(AJCEP); maka keanggotaan Jepun dalam TPP akan meningkatkan lagi hubungan dua

4

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120910/dn_04/Malaysia,-AS-harap-rundingan-TPP-dapat-dimuktamadkan-akhir-2013

Page 4: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 4

hala.5

KontroversiKontroversiKontroversiKontroversi PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPP:TPP:TPP:TPP: KekuranganKekuranganKekuranganKekurangan ketelusan,ketelusan,ketelusan,ketelusan, mengugatmengugatmengugatmengugat privasiprivasiprivasiprivasi dandandandan kebebasankebebasankebebasankebebasan sivilsivilsivilsivil

digital,digital,digital,digital, menggadaikanmenggadaikanmenggadaikanmenggadaikan kedaulatankedaulatankedaulatankedaulatan negaranegaranegaranegara

Negara-negara yang terlibat dalam perundingan TPP tidak mendedahkan mana-mana teks

atau isi kandungan perundingan untuk pengetahuan awam. Satu-satunya informasi yang

didapati oleh masyarakat awam ialah isi kandungan dalam draf perjanjian yang terbocor.

Kerahsiaan perundingan perjanjian TPP hangat dipertikaikan memandangkan perjanjian

tersebut meliputi skop yang luas dan bakal mendatangkan implikasi signifikan terhadap

beberapa aspek, termasuklah ekonomi dan harta intelek (intellectual property) di seluruh

dunia, dan dikhuatir berkemungkinan besar menulis semula peraturan antarabangsa atas

penguatkuasaan dalam aspek tersebut.

Draf teks yang terbocor menunjukkan salah satu bab dalam perjanjian tersebut adalah

mengenai harta intelek yang merangkumi hak cipta, cap dagangan, paten dan mungkin

juga petunjuk geografi, melangkaui dari sektor farmaseutikal ke infomasi digital. Ia

dilihat akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebebasan bersuara dan hak kepada

privasi atau kesulitan, serta menjadi suatu halangan kepada inovasi kreatif.

Contohnya, draf terbocor pada Februari 2011 mengenai hak harta intelek telah

mendedahkan bahawa perunding AS giat menggerakkan penggunapakaian pengawalan

hak cipta yang jauh lebih ketat berbanding dengan permintaan perjanjian antarabangsa

yang lain, seperti Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan (Anti-Counterfeiting Trade

Agreement, ACTA) yang penuh dengan kontroversi.6

Di samping itu, dokumen terbocor juga mendedahkan bahawa perunding sedang

mengadakan peruntukan yang menetapkan peraturan bagi mengehadkan penguatkuasaan

badan perundangan negara dan keputusan Kongress mengenai bidang-bidang tertentu.

Selain daripada bidang hak harta intelek seperti paten dan hak cipta, sektor lain yang

akan terjejas termasuklah:

5

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mustapa-keanggotaan-jepun-akan-tambah-nilai-perkongsian-trans-pasifik6 https://www.eff.org/issues/tpp

Page 5: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 5

- Pelaburan dan penggunaan tanah;

- Peraturan sektor perkhidmatan;

- Keselamatan produk dan makanan;

- Persaingan korporat;

- Tenaga buruh;

- Piawaian atau standard alam persekitaran;

- Perkhidmatan kewangan

Semua negara yang menandatangani perjanjian tersebut dikehendaki mematuhi dan

mengakuri peruntukan dalam perjanjian tersebut, biarpun bercanggah dengan dasar-dasar

dan undang-undang domestik.

Sedangkan perundingan Perjanjian TPP diadakan di belakang pintu tertutup dan butiran

terperinci tetap kekal sulit, mahupun Parlimen tidak mendapat akses kepada teks-teks

perjanjian, korporat besar pula terlibat secara langsung dalam perundingan tersebut. Hal

ini telah menimbulkan keraguan bahawa akhirnya kuasa akan diserah kepada

korporat-korporat atas nama “perdagangan” dan membuka jalan untuk mereka mengejar

dan mencapai kepentingan korporat, pada masa sama meminggirkan kepentingan dan hak

majority dan negara.7

Suara kebimbangan dan keraguan sebegini turut muncul di negara maju lagi besar

Amerika Syarikat, apatah lagi negara sedang membangun seperti Malaysia.

SuaraSuaraSuaraSuara bantahanbantahanbantahanbantahan dalamdalamdalamdalam negaranegaranegaranegara

Dalam negara kita, terdapat juga pihak yang menyuarakan kesangsian dan bantahan

terhadap perjanjian TPP. Antaranya termasuklah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu

(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta

mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara.

MTEM dalam satu kenyataan pada 14 Mei menzahirkan kebimbangan terhadap

rundingan TPP yang dilakukan dalam suasana ‘penuh rahsia’ tanpa dibentangkan di

7

http://www.globalresearch.ca/secret-negotiations-the-trans-pacific-partnership-agreement-tpp-a-corporate-takeover/5335348

Page 6: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 6

Parlimen dan mempersoalkan beberapa klausa khusus dalam TPP yang akan memastikan

negara yang menyertai perjanjian itu seolah-olah menyerahkan kedaulatan mereka.

MTEM juga khuatir perjanjian TPP yang dikatakan menekankan undang-undang

perdagangan dan pelaburan tunggal boleh menjejaskan sosioekonomi unik di Malaysia

yang menggunakan pendekatan berhubung pembangunan kumpulan etnik berbeza dan

dalam masa sama mengekalkan keseimbangan ekonomis dan sosial antara kaum.

Standard yang digunapakai dalam TPP akan menyebabkan polisi ekonomi Malaysia

dilihat sebagai tidak berkesan dan menyalahi undang-undang. 8

Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang juga merupakan Naib Pengerusi KEADILAN, Nurul

Izzah turut mempersoalkan perjanjian tersebut di mana perundingannya diadakan secara

tertutup, sama ada bakal menggadaikan kepentingan dan kedaulatan negara atas nama

kebebasan perdagangan.

Dalam kenyataan Nurul Izzah bertarikh 6 Jun, beliau menyatakan kebimbangan bahawa

pihak kerajaan akan menandatangani perjanjian TPP tanpa mendapatkan pendapat

masyarakat awam, atau pun memberi perhatian kepada pertimbangan dan sentimen

rakyat Malaysia terlebih dahulu, walaupun kerajaan sememangnya dibenarkan mencapai

persetujuan dengan pihak luar dalam perjanjian antarabangsa tanpa mendapat kelulusan

Parlimen. Namun, skala dan saiz TPP telah pun menggantikan mana-mana perjanjian.

Penting sekali, TPP memberikan hak undang-undang yang lebih besar kepada perniagaan

asing berbanding yang tersedia kepada perniagaan domestik melalui klausa yang digelar

resolusi penyelesaian pertikaian antara pelabur dan negara (“investor-state” dispute

settlement, ISDS). Ini bermakna, pelabur luar negara berhak mencabar kerajaan di sisi

undang-undang sekiranya undang-undang atau dasar-dasar dalam negara “menjejaskan”

pelaburan dan kepentingan mereka. Persoalannya, apakah motif kerajaan menyertai suatu

perjanjian yang memberi kuasa kepada syarikat-syarikat asing bagi mencabar

undang-undang dan peraturan-peraturan negara kita di luar mahkamah domestik?9

8 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tpp-penjajahan-ekonomi-oleh-as-1.1606559

http://anwaribrahimblog.com/2013/06/06/press-statement-nurul-izzah-anwar-malaysias-sovereignty-sacrificed-for-free-trade/

Page 7: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 7

Australia, khususnya, telah menolak klausa sedemikian, seperti yang terdedah dalam bab

perjanjian yang terbocor, walaupun hak pelabur asing masih diperkasakan. Juga perlu

disentuhkan bahawa klausa yang memberikan hak istimewa kepada pelabur asing bagi

mendakwa kerajaan negara turut dikeluarkan dari Perjanjian Perdagangan Bebas

AS-Australia, dan juga tidak tergandung dalam Perjanjian Perdagangan Bebas

Malaysia-Australia.10

Keengganan Australia menerima klausa tersebut adalah disebabkan kerajaan Australia

pernah dicabar oleh syarikat tembakau gergasi Phillip Morris dengan menggunakan

peruntukan dalam perjanjian pelaburan dua hala antara Australia dengan Hong Kong

ekoran kerajaan Australia memperkenalkan undang-undang berkenaan pembungkusan

biasa.11

Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menekankan bahawa peruntukan mengenai

pelanggaran Perdagangan Berkaitan Hak Harta Intelek (TRIPS) yang merangkumi sektor

farmaseutikal asas selain daripada informasi digital berkemungkinan mengakibatkan

peningkatan kos perubatan dan harga unbat-ubatan. Hal ini secara langsung memberi

impak nyata kepada kehidupan harian semua lapisan masyarakat.

Tambahan pula, wujudnya juga beberapa peruntukan yang akan menjadi halangan kepada

hak privasi, hak bersuara dan inovasi di Internet akibat pembekal perkhidmatan Internet

(Internet Service Providers, ISPs) bakal dikehendaki memantau aktiviti-aktiviti pengguna

internet setiap hari, dan mereka juga akan diberi kuasa untuk mengambil tindakan seperti

melumpuhkan akses penguna ke internet, secara langsung menghambat dan mengganggu

kebebasan bersuara di ruang siber.12

Sesungguhnya, Amerika Syarikat telah didedahkan bahawa mengadakan pemantauan dan

pengawalan terhadap aktiviti seharian pengguna Internet. Maka, timbulnya kerisausan

jikalau Perjanjian TPP tercapai dan peruntukan pengawalan sebaran informasi dalam

10

http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/leaked-tppa-trade-chapter-australia-says-no-investor-rights-sue-11 http://www.greenpeace.org/new-zealand/en/blog/tppa-not-a-trade-deal/blog/43257/12

http://anwaribrahimblog.com/2013/06/06/press-statement-nurul-izzah-anwar-malaysias-sovereignty-sacrificed-for-free-trade/

Page 8: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 8

ruang siber dilaksanakan, kebebasan pengguna sudah tentu akan disekat lagi. Menurut

liputan The Guardian bertarikh 17 Jun, bekas kontrator dari Agensi Keselamatan Negara

(National Security Agency), Edward J. Snowden telah mendedahakn dokumen yang

menunjukkan bahawa agensi-agensi perisik Britain dan AS “memantau” emel dan

panggilan orang kenamaan dari negara asing dalam dua sidang kemuncak antarabangsa di

London pada tahun 2009.

Pendedahan tersebut adalah ekoran liputan The Washington Post dan Guardian dua

minggu sebelum itu yang juga berdasarkan pendedahan Snowden tentang pengawasan

yang meluas yang dilakukan oleh AS terhadap rakyat biasa bagi mengesan aktiviti

pengganas.13 Syarikat Internet yang dikatakan terlibat dalam activiti pemantauan yang

dikenali sebagai Prism ini termasuklah Microsoft, Google, Yahoo dan Apple. Laman

social seperti Facebook, Youtube dan Skype juga tersenarai.14 Pendedahan sedemikian

telah menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat umum kerana ia dilihat sebagai

pencerobohan privasi.

Perjanjian TPP juga dilihat bakal mengugat alam sekitar. Nurul Izzah dalam kenyataan

beliau tidak terkecuali menitikberatkan isu berkenaan dan memberi tekanan kepada

kerajaan Malaysia supaya memperkukuhkan undang-undang perlindungan alam sekitar

bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan ekosistem yang berkepelbagaian.

Dalam hal ini, masyarakat di New Zealand terutamanya memberi perhatian kepada isu

berkenaan dengan perlindungan alam sekitar dalam perundingan perjanjian TPP, maka

munculnya suara bantahan. Antara kebimbangan golongan pencinta alam di New Zealand

adalah sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani, syarikat minyak antarabanga seperti

Shell dan Anadarko mungkin tidak perlu lagi memenuhi piawaian alam sekitar seperti

Undang-undang Laut yang ditetapkan di bawah Konvensyen PBB (UN Convention of the

Law of the Seas, UNCLOS) dan sekiranya “hak” mereka terhalang kerana kerajaan

tertentu melarang aktiviti-aktiviti yang memudaratkan ekosistem laut seperti

penggerudian laut dalam, mereka berkemungkinan mengambil tindakan mahkamah

13

http://www.washingtonpost.com/world/britain-united-states-spied-at-summits/2013/06/17/b4c3166c-d72b-11e2-b418-9dfa095e125d_story.html14 http://www.guardian.co.uk/world/2013/jun/07/nsa-prism-records-surveillance-questions

Page 9: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 9

terhadap kerajaan negara tersebut.15

Kes-kes mahkamah sedemikian benar-benar berlaku. Pada bulan 8 November 2012,

syarikat gas Amerika Syarikat, Lone Pine Resources Inc., telah memfailkan notis bahawa

berhasrat menyaman kerajaan Kanada di bawah peruntukan kontroversi dalam Perjanjian

Perdagangan Bebas Amerika Utara (North-American Free Trade Agreement, NAFTA)

kerana melarangkan penggunaan “fracking”, iaitu process menggerudi dan menyuntik

cecair ke dalam tanah pada tekanan yang tinggi bagi memecahkan batu syal untuk

melepaskan gas asli yang terkandung di dalam. Lone Pine Resources Inc. menuntut lebih

daripada $250 juta sebagai pampasan.16

Sama sekali, sekiranya Perjanjian TPP ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, apabila

kerajaan Malaysia mengadakan peruntukkan bagi melarang syarikat perladangan dari luar

negara menggunakan kaedah membakar secara terbuka bagi membersihkan ladang

mereka, sebagai langkah mengelakkan masalah jerebu seperti yang sedang dialami oleh

negara kita yang mengakibatkan kemudaratan kesihatan masyarakat dan alam sekitar,

pihak syarikat boleh mencabar sekatan sedemikian di tribunal antarabangsa, kerana

dikatakan merugikan perniagaan mereka.

Peruntukan sedemikian yang memberikan hak dan kepentingan yang lebih tinggi kepada

pelabur asing sesungguhnya membawa implikasi yang tidak patut dipandang ringan oleh

sesbuah negara yang berdaulat dan rakyatnya.

Selain daripada sektor-sektor yang telah pun disentuh di atas yang bakal terjejas secara

langsung dengan pelaksanaan Perjanjian TPP, sektor pertanian dalam Malaysia,

khususnya, tidak patut terpinggir dalam perbincangan TPP.

Dalam perbentangan Bajet 2013, penekanan dikatakan diberi kepada sektor pertanian

bagi meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan

makanan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntukkan dengan sebanyak

RM5.8 bilion untuk membangunkan program pertanian dan membela nasib petani.17

15 http://www.greenpeace.org/new-zealand/en/blog/tppa-not-a-trade-deal/blog/43257/16

http://www.theglobeandmail.com/globe-investor/us-firm-to-launch-nafta-challenge-to-quebec-fracking-ban/article5337929/17

Page 10: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 10

Namun sedemikian, sekiranya TPP yang bertujuan mengurangkan tariff pelbagai

barangan, termasuklah produk pertanian ini ditandatangani oleh pihak kerajaan Malaysia,

maka ia akan mendatangkan hentaman kuat kepada petani-petani tempatan dan

pengusaha produk pertanian tempatan.

Satu contoh yang perlu disentuh adalah terkandung dalam perjanjian perdagangan bebas

yang gagal tercapai antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Hal ini demikian kerana

Malaysia mahu mengecualikan pengurangan tariff yang dikenakan ke atas beras import

dalam perundingan perjanjian tersebut sementara AS membuat permintaan

mengurangkan tariff beras sehingga sifar, biarpun tidak banyak beras AS yang diimport

masuk negara kita. Pada masa itu, Malaysia mengenakan tariff 40 peratus ke atas beras

diimport sebagai perlindungan kepada petani padi tempatan. Harus diingati bahawa beras

AS mendapat subsidi yang tinggi di mana harga eksportnya adalah rendah daripada

kosnya.

Persoalannya, sekiranya TPP ditandatangani dan peruntukkan sedemikian dilaksanakan,

adakah petani dan pengusaha produk pertanian tempatan dapat bersaing dengan barangan

luar negara yang berharga jauh lebih rendah? Dapatkah nasib petani tempatan terbela?

SuaraSuaraSuaraSuara bantahanbantahanbantahanbantahan didididi LuarLuarLuarLuar NegaraNegaraNegaraNegara

Sebelum perundingan pusingan ke-17 diadakan di Lima pada 15 Mei, tindakan

menentang Perjanjian TPP telah dilancarkan di negara-negara anggota dalam

perundingan:18

- Aktivitis di Amerika Syarikat melancarkan sebanyak 13 acara di seluruh negara;

- Kesatuan Australia dan organisasi social mengadakan perhimpunan di Sydney dan

Melbourne;

- Majlis Kanada melancarkan “lawatan perdagangan” di sekurang-kurangnya enam

Bandar di Vancouver;

- Di Peru, gerakan social yang menumpukan perhatian terhadap kesihatan awam dan

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Agriculture/files/Indikator_Terpilih_Pertanian_Tanaman_Ternakan2006-10.pdf18 http://www.itsourfuture.org.nz/nz-part-of-international-day-of-action-against-tppa/

Page 11: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 11

akses kepada ubat-ubatan, kemunsnahan yang disebabkan perlombongan di Amazon,

serta pencabulan hak asasi bumiputera telah melancarkan pelbagai activiti selama dua

minggu bertepatan dengan perundingan yang diadakan.

- Di Jepun pula, pihak yang membantah Perjanjian TPP merancang perhimpunan besar di

Tokyo pada 25 Mei.

- Di New Zealand, tiga acara telah diadakan, antaranya termasuklah program mendidik

masyarakat dan ahli parlimen tentang Perjanjian TPP dan implikasinya terhadap pelbagai

aspek.

Di Amerika Syarikat, perjanjian perdagangan yang berat sebelah dan dirunding oleh

korporat dikatakan hanya mendatangkan kekayaan dan memanfaatkan Wall Street dan

segelintir CEO, manakala membawa kesusahan kepada kelas menengah. Contohnya,

sejak China menyertai Organisasi Perdagangan Dunia (World-Trade Organization, WTO),

AS telah kehilangan lebih daripada 50,000 buah kilang dan sekurang-kurangnya 6 milion

peluang pekerjaan kepada China disebabkan kos pembinaan infrastruktur di AS yang

tinggi tidak dapat bersaing dengan kos yang lebih rendah di China.

Juga, walaupun hanya dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan

Korea Selatan, ekonomi AS turut terjejas. Perjanjian tersebut telah meningkatkan defisik

perdagangan, meningkatkan import dan mengurangkan eksport. Laporan kenyataan oleh

Public Citizen19 yang baru-barunya dibentangkan telah menunjukkan bahawa kadar

eksport ke Korea Selantan telah mengurang 10 peratus manakala defisik perdagangan

telah meningkat secara mendadak ke 37 peratus. Di samping itu, sebanyak 12,000

peluang pekerjaan telah hilang akibat perjanjian tersebut.20

Jelasnya, perjanjian perdagangan bebas sedemikian juga tidak kelihatan dialu-alukan oleh

masyarakat di negara besar AS.

Di Australia, sebanyak 33 kesatuan Australian dan organisasi sosial telah mengeluarkan

kenyataan bergabung pada 14 Mac 2010 minta Menteri Perdagangan mempertahankan

Skim Faedah Farmaseutikal (Pharmaceutical Benefits Scheme), kandungan tempatan

19 http://www.citizen.org/documents/fta-trifecta-factsheet.pdf20

http://www.globalresearch.ca/secret-negotiations-the-trans-pacific-partnership-agreement-tpp-a-corporate-takeover/5335348

Page 12: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 12

dalam media Autralia, pengawalan makanan kaedah kejuruteraan genetic (GE),

pengawalan pelaburan asing dan dasar industri bagi melindungi dan menyokong

pekerjaan tempatan.21

Kerajaan Australia mendengar seruan masyarakat dan memberikan maklum balas yang

agak positif. Contohnya, apabila sekumpula syarikat-syarikat besar Amerika Syarikat,

termasuk syarikat tembakau Philip Morris, mengadakan jamuan makan mewah di

Washington dan menjemput duta-duta dari negara anggota perundingan perjanjian TPP

seminggu sebleum perundingan diadakan, Persatuan Kesihatan Awam Australia (Public

Health Association, PHAA) telah berjaya melobi kerajaan Australia supaya menarik diri

daripada jamuan tersebut kerana Philip Morris pada masa itu cuba menyaman kerajaan

Australia bagi mendapat pampasan ekoran penguatkuasaan pembungkusan biasa.

Satu lagi contoh adalah dalam bentuk penindasan korporat, di mana sekumpulan syarikat

AS termasuk juga Philip Morris mengutus surat kepada Presiden Obama dan mengadu

tentang dasar kerajaan Australia yang menentang resolusi penyelesaian pertikaian antara

pelabur dan negara. Sebagai respons, Menteri Perdagangan Australia Emerson membuat

kenyatan menyatakan bahawa kerajaan berdiri teguh atas dasarnya yang diluluskan oleh

cabinet dan persidangan ALP. Hal ini telah memberi kesan positif terhadap perundingan

TPP antara AS dengan Australia secara keseluruhan. 22

21

http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/tppa-community-organisation-statement-australian-government22 http://aftinet.org.au/cms/trans-pacific-partnership-agreement/trans-pacific-partnership-agreement

Page 13: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 13

PerkongsianPerkongsianPerkongsianPerkongsian EkonomiEkonomiEkonomiEkonomi KomprehensifKomprehensifKomprehensifKomprehensif SerantauSerantauSerantauSerantau (RCEP(RCEP(RCEP(RCEP ---- RegionalRegionalRegionalRegional

ComprehensiveComprehensiveComprehensiveComprehensive EconomicEconomicEconomicEconomic PartnershipPartnershipPartnershipPartnership))))

PengenalanPengenalanPengenalanPengenalan

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan rundingan perjanjian

perdagangan bebas yang ditubuhkan pada pertemuan ASEAN+6 di Bali, Indonesia pada

20 November 2012. Ia merangkumi 10 anggota ASEAN, iaitu Brunei, Kemboja,

Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, serta

enam negara yang dikenali sebagai rakan-rakan dialog yang mengadakan perjanjian

perdagangan bebas (FTA) dengan anggota ASEAN, iaitu Australia, China, India, Jepun,

Korea dan New Zealand.

RCEP diumumkan sebagai perjanjian perkongsian yang komprehensif, berkualiti tinggi

dan memanfaatkan sesama diri bagi memacu perkembangan perdagangan dan pelaburan

serantau, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi

global.23

RCEP dikatakan suatu langkah signifikan dalam evolusi rangka kerja dasar perdagangan

di Asia Timur dalam dekad lalu. Pada tahap permulaan, RCEP merupakan kajian

berkenaan dengan FTA di antara anggota ASEAN, China, Jepun, dan Korea (dikenali

sebagai ASEAN+3). Bermula dari tahun 2007, kajian tersebut dilakukan selari dengan

kajian FTA ASEAN+6, di mana Australia, New Zealand dan India turut mengikut serta.

Kedua-dua kajian dilengkapi pada tahun 2011, dan dari situlah konsep RCEP

dikemukakan.

Secara umumnya, RCEP meliputi aspek perdagangan dalam bentuk barangan dan

perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan teknikal, harta intelek, persaingan,

penyelesaian pertikaian dan sebagainya yang bakal dikenalpasti sepanjang proses

perundingan.

Perundingan pusingan pertama RCEP telah diadakan dari 9 Mei hingga 13 Mei tahun ini

23

http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/regional-comprehensive-economic-partnership-rcep-joint-statement-the-first-meeting-of-trade-negotiating-committee

Page 14: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 14

di Brunei Darussalam. Perundingan tersebut dikatakan menunjukkan perkembangan yang

memuaskan bagi menuju ke sasaran memuktamadkan perundingan perjanjian menjelang

akhir tahun 2015. Tiga kumpulan yang masing-masing meletakkan fokus pada sektor

perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan telah ditubuhkan dalam perundingan

pusingan pertama tersebut bagi membincangkan halatuju seterusnya.

Perundingan pusingan kedua akan diadakan di Brisbane, Australia selama tiga hari

bermula dari 24 September 2013. 24

Sedangkan perundingan Perjanjian TPP berjaya menarik perhatian pelbagai pihak,

perundingan RCEP pula dijalankan tanpa menimbulkan perbincangan hangat di kalangan

masyarakat. Walau bagaimanapun, impak dan implikasinya tidak patut sekali-kali pun

diketepikan.

PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian RCEPRCEPRCEPRCEP

Pertama sekali, walaupun kerjasama antara anggota ASEAN dan keenam-enam rakan

dialog dalam perundingan RCEP adalah dikatakan bagi memperkembangkan peranan

ASEAN dalam menyelaraskan perdagangan serantau, tujuan utamanya adalah bagi

mendamaikan dua cadangan perjanjian yang lama dikemukakan, iaitu Perjanjian

Perdagangan Bebas Asia Timur (East Asian Free Trade Agreement) yang merangkumi

negara ASEAN, China, Jepun serta Korea Selantan, dan Perkongsian Ekonomi

Komprehensif (Comprehensive Economic Partnership) yang turut disertai oleh Australia,

India serta New Zealand. Dengan menggunapakai skim kesertaan terbuka, RCEP dilihat

sebagai jambatan menghubungkan kedua-dua cadangan perjanjian tersebut.

Seperti yang sedia dimaklumkan, RCEP melibatkan antaranya tiga ekonomi terbesar di

dunia, iaitu China, India dan Jepun, maka ia sesungguhnya bakal mendatangkan kesan di

peringkat global. Blok ekonomi ini mencakupi sebanyak 49 peratus daripada jumlah

populasi sedunia dan menyumbang 30 peratus kepada KDNK dunia. Di samping itu, ia

membentuk 29 peratus daripada jumlah perdagangan dunia dan 26 peratus aliran

24 http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/RCEP/

Page 15: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 15

pelaburan asing.25 RCEP bakal muncul sebagai sebuah pasaran yang menawarkan lebih

tiga billion penduduk dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah US$17

trilion (RM52 trilion), sekali gus menjadikannya blok ekonomi terbesar di dunia.26

Hujah mengenai perjanjian RCEP turut dibentangkan termasuklah pandangan bahawa

RCEP berkemampuan menggariskan semula rangkaian pengeluaran global yang

kompleks lagi canggih mengikut rantau. Dengan ini, Asia akan muncul sebagai kilang

sedunia.

Tambahan pula, RCEP juga akan mengurangkan pertindihan perjanjian perdagangan

bebas di antara negara Asia bagi mengelakkan Asia daripada menjadi "noodle bowl" yang

mengelirukan dengan pelbagai peraturan perdagangan yang berlainan. Sekiranya suatu

perjanjian yang menyeluruh tercapai, maka dipercayai bahawa halangan perdagangan di

Asia dapat dikurangkan dan peraturan baru yang selaras dengan perjanjian WTO turut

dapat dicapai. Dalam aspek mengenai peratuan pelaburan pula, di mana tiadanya

sebarang perjanjian WTO diadakan, RCEP bakal menggalakkan aliran pelaburan asing

dan pemindahan teknologi yang digerakkan oleh syarikat multinasional dengan lebih

mudah.27

Sesetengah pengkritik berpendapat bahawa RCEP merupakan suatu alternatif yang lebih

menarik daripada TPP memandangkan ia mengadakan permintaan bagi perubahan

ekonomi yang lebih kurang berbanding dengan TPP, yang mana turut mengadakan

piawaian tinggi yang dilihat sebagai halangan kepada penyertaan negara sedang

membangun.

Juga perlu ditekankan bahawa peranan yang dimainkan oleh ASEAN dalam RCEP adalah

amat berbeza daripada TPP, di mana anggota-anggota dalam RCEP dilihat berada pada

kedudukan yang sama rata, secara teknikal.28

Sedangkan TPP dinampak diterajui oleh Amerika Syarikat, RCEP merupakan perjanjian

yang diperjuangkan yang dikatakan menggalakkan pemusatan ASEAN dan menjadikan

25 http://www.eastasiaforum.org/2013/05/15/why-the-rcep-matters-for-asia-and-the-world/26 http://www.mfat.govt.nz/Trade-and-Economic-Relations/2-Trade-Relationships-and-Agreements/RCEP/27 http://www.eastasiaforum.org/2013/05/15/why-the-rcep-matters-for-asia-and-the-world/28 http://csis.org/publication/asean-and-partners-launch-regional-comprehensive-economic-partnership

Page 16: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 16

ASEAN menjadi sebuah hab yang membangun dengan pesat dalam rantau Asia-Pasifik,

bukan sekadarnya diketuai oleh ekonomi besar, sama ada China, AS atau Jepun.29

PerbandinganPerbandinganPerbandinganPerbandingan antaraantaraantaraantara PerjanjianPerjanjianPerjanjianPerjanjian TPPTPPTPPTPPdandandandan RCEPRCEPRCEPRCEP

Perjanjian TPP dicadangkan oleh Amerika Syarikat di bawah naungan APEC; manakala

cadangan RCEP dikemukakan dari Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dengan

pimpinan ASEAN. Pendek kata, Amerika Syarikat merupakan penggerak TPP, di mana

China dikecualikan; manakala RCEP diketuai oleh ASEAN digerakkan oleh China, dan

AS pula tidak terlibat dalam skim serantau yang baru ini.

Berikut ialah jadual menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perjanjian

tersebut:

TPPTPPTPPTPP RCEPRCEPRCEPRCEPAnggota perundingan APEC EAS

Amerika SyarikatAustraliaBruneiJepunKanadaMalaysiaMexicoNew ZealandPeruSingapuraVietnam

BruneiFilipinaIndonesiaKembojaLaosMalaysiaMyanmarSingaporaThailandVietnamChinaJepunKorea SelatanAustraliaIndiaNew Zealand

Tujuan Menjadi perjanjianperdagangan keutamaanyang berkualiti tinggidengan beberapapengecualian dan kawalselia yang merangkumiskop luas dalam bidang

Tidak bercita-cita setinggiTPP tetapi menerimapernyertaan negara-negarayang akan mengurangkanhalangan perdaganganpada tahap yang berlainan– khususnya bagi yang

29 http://www.bjreview.com.cn/world/txt/2012-11/26/content_503360.htm

Page 17: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 17

tertentu, termasuklahundang-undang buruh,perlindungan alam sekitar,hak harta intelek dansebagainya.

kurang maju dan sedangmembangun – dan jugamengadakan permintaanterhad bagipengharmonian peraturan.

Ciri-ciri30 Lebih giat menggerakkanliberalisasi ekonomi.

Negara anggota dijangkatidak berpeluangmenekankan perlindungansesetengah industrisensitif.

Mengadakan peraturandan piawaian yang lebihtegas dan ketat.

Tidak banyak mengadakanpermintaan bagiperubahan ekonomiberbanding dengan TPP.

Merangkumi peruntukanbagi melindungi hak buruhdan piawaian alam sekitar,mempertahankanpembaharuan perusahaanmilik negara, melindungiharta intelek danmenghapuskan tariff.

Lebih fleksibel dalammemenuhi keperluannegara sedangmembangun,

RumusanRumusanRumusanRumusan

Secara umumnya, TPPA dan RCEP dilihat sebagai perjanjian yang bersaing antara satu

sama lain. Lebih-lebih lagi, kemunculan TPP dinampak sebagai kenderaan bagi

memulihkan kekuasaan Amerika di rantau Asia Pasifik dan menangani kemunculan

China sebagai kuasa baru yang besar.

Hal ini lebih menonjol dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat yang lalu,

apabila Barack Obama dan Mitt Romney masing-masing bersaing mngalu-alukan TPP

sebagai pangsi strategi untuk bersaing dengan kemajuan China.31

Situasi sedemikian dikatakan membelenggui negara-negara yang terlibat dalam

perundingan kedua-dua perjanjian pada masa sama. Menurut analisasi seorang professor

Universiti Auckland, Jane Kelsey, Malaysia, bersama-sama dengan New Zealand,

Australia, Singapura, Brunei dan Vietnam dikatakan akan terperangkap dalam “perang

30 http://csis.org/publication/asean-and-partners-launch-regional-comprehensive-economic-partnership31 http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=10851517

Page 18: Bahan Kajian K PRU · PDF file(MTEM) yang mewakili 47 pertubuhan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu serta mewakili lebih 500,000 perniagaan Melayu di seluruh negara

Bahan Kajian KPRU

Badan Pemikir dan Penyelidik 18

dingin” melalui kedua-dua perjanjian integrasi ekonomi tersebut.32

Walau bagaimanapun, terdapat juga suara yang optimistik terhadap kedua-dua perjanjian

ini memandangkan kedua-duanya bersifat berbeza, dan negara-negara yang terlibat

memberi perhatian yang berlainan terhadap perjanjian yang berlainan.33

Pada 31 Mei 2013, Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa pihak mereka

sedang membuat kajian tentang kemungkinan menyertai perundingan TPP.34

Di samping itu, jurucakap Kementerian Luar Negara China, Hong Lei juga menyatakan

bahawa beliau berharap perundingan TPP dapat dijalankan dengan lebih telus selepas

Setiusaha Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat, Francisco J. Sanchez berkata

bahawa Amerika mengalu-alukan penyertaan China dalam TPP. Undangan Amerika dan

seruan China lebih-lebih lagi menandakan suatu perkembangan yang menarik.35

32 http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=1085151733 http://basc.berkeley.edu/pdf/Newsletters/fall2012.pdf34 http://thediplomat.com/pacific-money/2013/05/31/china-may-join-us-led-trans-pacific-partnershi-talks/35 http://www.wantchinatimes.com/news-subclass-cnt.aspx?id=20130602000030&cid=1101