ketua research & development - byondsuccess.com · orang-orang yang duduk dalam dunia kanan...

18

Upload: others

Post on 31-Oct-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap
Page 2: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Ketua Research & Development

Zulfadhli Talib ([email protected])

Penulis

Zulfadhli Talib / Munira Abd Rashid / Fateen Nurillia

Editor

Zulfadhli Talib

Reka Bentuk Grafik

Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu share ilmu di media social, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh:

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)

85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,

Jalan Dwitasik 1,

Bandar Sri Permaisuri,

56000 Cheras,Kuala Lumpur

Page 3: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

PENDAHULUAN

Korporat bukanlah satu istilah asing bagi kita terutama bagi para

pengusaha bisnes. Dunia korporat seringkali digambarkan sebagai dunia bisnes

orang kaya, kemewahan, protokol, politik, formaliti, bangunan pencakar langit

dan lain-lain.

Malah dikaca televisyen juga sering memaparkan gaya hidup ahli-ahli

korporat melalui drama bersiri dan filem tempatan. Malangnya kita tidak

didedahkan dengan cara pengurusan bisnes gaya korporat yang betul.

Pengurusan bisnes gaya korporat merujuk kepada pengurusan syarikat

yang bersistem dan berstruktur. Ilmu urus syarikat seperti inilah yang kami

cuba kongsikan agar para pemilik bisnes dapat aplikasikan segala ilmu ini ke

dalam syarikat masing-masing agar perjalanan syarikat lebih tersusun lantas

berkembang pesat.

Page 4: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Kebanyakkan usahawan lebih cenderung kepada penghasilan duit dan

pendapatan syarikat. Namun, sistem pengurusan yang tidak stabil akan

mengakibatkan para pengusaha bisnes ini terpaksa membayar cukai

kebodohan yang tinggi berbanding membayar yuran kebijaksanaan.

Rahsia dunia korporat yang mempunyai legasi bisnes yang gah didalam

industi perniagaan bukanlah terletak kepada sejauh mana hasil pendapatan

syarikat. Kunci sebenar kelestarian sesebuah syarikat adalah terletak kepada

sistem pengurusannya yang teratur.

Pengurusan = proses rancangan, susunan, kawalan dan usaha kerjasama

antara ahli-ahli organisasi melakukan tugas dengan cekap dan berkesan bagi

mencapai matlamat sesuatu organisasi.

Perkara penting yang kita perlu tahu adalah bagaimana sesebuah

syarikat maju ini berfungsi. Bila kita tahu segala operasinya, maka kita akan

dapat kenal pasti segala sistem dan teknik yang diamalkannya.

Justeru, adakah kita bersedia untuk tahu lebih lanjut tentang dunia

pengurusan syarikat daya korporat.

Page 5: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

DUNIA KORPORAT: 6 RODA PENGURUSAN

Perasan atau tidak watak-watak utama dalam kebanyakkan drama tv

membawa imej korporat dan kaya. Tugas mereka selalunya masuk ke pejabat

untuk kendalikan mesyuarat, sign cheque, membuat kerjasama antara syarikat,

mendengar presentation produk/tender.

Mereka juga digambarkan dengan kehidupan yang mewah seperti miliki

kereta mewah, rumah besar dan ada juga yang terpaksa kahwinkan anak demi

politik bisnes dan macam-macam lagi. Adakah sesebuah perniagaan realitinya

seperti itu?

Kesemua realiti yang kita lihat hanyalah berkonsepkan fizikal luaran atau

lifestyle dunia korporat. Dari sudut pengurusan perniagaannya pula, mereka

lebih cenderung kepada pengurusan yang bersistem dan berstruktur.

Kami bawakan kepada anda konsep 6 roda pengurusan yang mana telah

lama diamalkan secara sedar mahupun tidak sedar oleh kebanyakkan syarikat-

syarikat gergsasi dunia. 6 roda pengurusan ini terbahagi kepada dua dunia

iaitu:

+ Dunia buat duit

+Dunia urus duit

Page 6: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

DUNIA URUS DUIT

DUNIA BUAT DUIT

DUNIA BUAT BISNES

DUNIA BUAT BISNES

Page 7: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Dalam 6 Roda Pengurusan Bisnes di Byond Success, bahagian di

sebelah kanan seperti marketing, sales dan operasi digelar sebagai dunia

buat duit dalam bisnes. Manakala bahagian disebelah kiri seperti admin, HR

dan finance digelar dunia urus duit.

Secara asasnya, orang-orang dalam dunia kiri berfikir secara logik,

analisis, data, akta dan nombor. Merekalah orang yang sediakan plan dan

strategi untuk melestarikan kestabilan syarikat. Tugas mereka lebih kepada

persediaan untuk kurangkan risiko yang besar bila sesuatu perkara buruk

berlaku dalam syarikat.

Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara

buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

positif.

Mereka jarang merancang apa risiko dan perjalanan syarikat kerana

tiada masa dan hanya buat saja segala operasi syarikat selagi mana mampu.

Kebanyakan pemilik bisnes biasanya duduk dalam 3 department ini – sales,

marketing dan operation.

Sebab itu jangan persoalkan atau salahkan orang lain ke mana duit

kita pergi walau kita dah buat banyak duit dalam syarikat. Puncanya

department dalam dunia kiri itu sendiri pun kita tidak mahu ambil tahu.

Mengapakah bahagian-bahagian ini penting dalam pengurusan bisnes?

Page 8: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

DEPARTMENT DALAM DUNIA URUS BISNES

#1 - Pentadbiran atau Administration

Dalam bab pengurusan pentadbiran, kita bukan saja mesti tahu kendalikan

jenis perniagaan yang kita daftarkan, malah kita wajib ada staff untuk

uruskan pelbagai dokumen utama yang terlibat seperti:

Dokumen perjanjian.

Dokumen perniagaan & syarikat

Jadual tahunan

Mesyuarat

Laporan

Surat menyurat urusan rasmi

Orang admin perlu peka dengan sebarang jadual, sering buka emel

untuk sebarang notification, belajar terima arahan daripada pihak

organisasi tertinggi dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej kerana

admin merupakan pengantara maklumat antara pihak atasan dan pekerja

bawahan.

Page 9: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

A D M I N

A D M I N

U A A N E

T T N V T

H A A E W

O B G N O

R A I T R

I S N O T

T E G R H

Y D Y

#2 - Sumber Manusia atau Human Resources

Bahagian sumber manusia atau human resource merupakan

bahagian yang bertanggungjawab dengan segala polisi dan proses yang

melibatkan pengambilan tenaga kerja baru dalam organisasi termasuk

buang pekerja lama.

Page 10: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Department HR lah yang paling penting kerana mereka yang uruskan

pelbagai kerenah staf dalam syarikat. Tugas mereka adalah bangunkan tim

dalam syarikat. Syarikat bakal berkembang apabila tim di dalamnya

berkembang.

Kerana itu kita sebagai majikan perlukan mereka memandangkan

staff adalah aset yang berharga dalam syarikat.

“You can take my factories, burn up my buildings, but give me my people and I’llbuild the business right back again.”

- Henry Ford –

H U M A N

H U M A N

I P . D E

R G O V E

E R . I D

A M S S

D O

E R

Page 11: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

#3 - Kewangan atau Finance

Laporan kewangan sentiasa ada di mana-mana. Termasuk bil makan

di restoran bersama networking yang juga dikira sebagai laporan kewangan

yang kita boleh claim dalam syarikat

Syarikat mampu berkembang saat kita tahu penyata kewangan

sebenar. Jika tidak, selama ini buat bisnes syok sendiri saja. Lama-lama tak

mustahil akan bankrap andai segala macam kos tidak diambil tahu.

Orang Finance akan susun laporan kewangan, buat semakan akaun

tahunan syarikat, sediakan maklumat pelabur dan peminjam untuk nilai

keuntungan syarikat dan lain-lain.

Page 12: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

F I N A N C E

F

I

N

A

N

C

I

A

L

P

L

A

N

I

N

C

O

M

E

S

T

R

E

A

M

N

U

M

B

E

R

A

C

C

O

U

N

T

/

A

U

D

I

T

N

E

E

D

F

O

R

C

A

S

H

C

O

N

T

R

O

L

E

V

A

L

U

A

T

E

Page 13: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

#4 – Jualan atau Sales

Dalam perniagaan, department jualan merupakan nadi yang

menyelamatkan syarikat. Dengan hasil jualan, kita dapat tampung hampir

keseluruhan perbelanjaan syarikat. Hasil jualan yang tinggi mampukan

kukuhkan kedudukan syarikat untuk satu tempoh yang lama.

Tanggungjawab department sales adalah mencari pelanggan, menjual

produk dan perkhidmatan. Kelancaran jualan sesebuah syarikat adalah

bergantung kepada tuntutan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan.

Kalau bahagian finance merangka bajet tahunan yang perlu syarikat ada,

bahagian jualan pula perlu cuba untuk mencapai target jualan. Orang di

department sales yang akan buat jualan dan uruskan customer service.

#5 - Pemasaran atau Marketing

Department sales tak akan bergerak kalau tidak disokong oleh bahagian

marketing. Marketing yang bantu syarikat kita raih sales. Department

marketing yang bantu promote produk dan perkhidmatan syarikat kita.

Page 14: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Masih ingatkah iklan syampu Sunsilk yang dilakonkan oleh isteri Dato’

Aliff Syukri? Atau iklan sabun Trojan?

Bagaimana pula dengan iklan Fair and Lovely yang dilakonkan oleh Anne

Ngasri? Atau iklan syampu Herbal Essence (syampu kelapa dan orkid bagus

untuk rambut)?

Mesti ingat kan?

Sebenarnya itulah marketing. Tugas marketing adalah pastikan orang

ramai tahu akan kewujudan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Orang marketing perlu ada idea-idea yang fresh untuk bantu tingkatkan

sales syarikat. Kita akan ingat sesuatu benda yang unik dan menarik. Benda

yang kita tidak jemu, kita akan suruh orang ulang dan ulang dan ulang lagi.

Page 15: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Kalau dulu, bidang marketing hanya berfungsi di radio, akhbar dan tv.

Tapi sekarang, media sosial juga dijadikan sebagai platform untuk luaskan

marketing produk dan perkhidmatan.

Sebelum mulakan sesuatu, marketing yang akan beritahu department

sales apa yang perlu dibuat dan bagaimana.

Department ini juga yang akan beri cadangan dan pandangan kepada

orang di bahagian jualan tentang harga dan promosi produk.

Bahagian marketing yang akan buat research and development (R&D),

strategi marketing. Mereka yang akan pantau pembangunan produk dan

perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan.

Mereka akan selidik bagaimana syarikat lain pasarkan produk. Marketing

juga bantu department sales tetapkan harga jualan produk. Ia termasuklah

dalam memilih pemborong, pengedar dan peruncit.

Page 16: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

#6: Operasi atau Operation

Kalau nak sistem bisnes kukuh, kena ada sistem operasi yang berkesan. Fungsi

department operation dan sales hampir sama, namun department ini yang

pastikan kelicinan perjalanan finance, sales dan marketing syarikat.

Tugas department operation terbahagi kepada tiga, iaitu:

Department operation yang akan tentukan target dan pantau

perkembangan sales. Operation juga bekerjasama dengan department sales

dan marketing untuk tentukan sales produk dan perkhidmatan.

Tingkatkan jualan

Kendalikan unit-unit

pengeluaran barang &

perkhidmatan

Laksanakan

strategi operasi

Page 17: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

Department ini juga yang pastikan objektif sales tercapai. Langkah pengurusan

yang operation amalkan adalah seperti:

Perancangan

Penyusunan

Pengarahan

Pengawal

Page 18: Ketua Research & Development - byondsuccess.com · Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap

KESIMPULAN

Alhamdulillah dan tahniah anda berjaya habiskan baca Ebook Sebalik

Tabir: Urus Bisnes Gaya Korporat. Kini, tiba masa kita praktikkan ilmu dalam

ebook ini terhadap syarikat kita pula. Oleh itu, kami doakan kita semua berjaya

capai apa yang dimahukan.

Salam success!